Wednesday, February 11, 2015

080 BENDERA MALAYSIA WAJAR DITUKAR

WAJARKAH KITA TUKAR JALUR GEMILANG?
"TAK PERLU BEREMOSI"

Blog ini aku tulis beberapa hari sebelum keluar berita mengenai tindakan ADUN Kota Alam Shah, Selangor YB M.Manoharan (Utusan: 18 Sep 2011).

Tindakannya menukar pengagihan Jalur Gemilang kepada bendera DAP sempena hari Kebangsaan adalah tindakan yang amat tidak wajar dari aspek politik, patriotisma dan sifat kewarganegaraan.

Namun, kenyataannya untuk menukar bendera negara (JG) kepada bendera baru, bukan satu kesalahan.  Siapa sahaja boleh buat cadangan. Tapi selagi belum diluluskan penukarannya, tidak wajar sama sekali untuk mana-mana puak atau pihak yang boleh menggunakannya. Apalagi mengibarkan atau berarak mengguna bendera ciptaan sendiri.  Kalau buat majlis jamuan atau kenduri, nak gantung apa bendera pun, apa warna itu sendiri punya pasal.  

Mana-mana parti kalau dia memerintah, dia nak tukar bendera ke, lagu kebangsaan ke, lambang (jata) negara ke, itu hak dia.  Tiada siapa boleh pertikaikan cita-cita politik dia. Tiada dicatat dalam Perlembagaan Negara yang menyatakan bahawa perkara tersebut menyalahi Undang-undang Negara. Tiada tercatat dalam Perlembagaan Negara bahawa bendera Malaysia tidak boleh ditukar sehingga hari qiamat. Caranya perlu betul, ikut peraturan, ikut saluran undang-undang.

Sesiapa sahaja boleh untuk mencadangkan, semua rakyat Malaysia boleh membuat cadangan untuk menukar bendera kita kepada bendera yang baru. Terpulang kepada pihak Kerajaan (yang sedang berkuasa) untuk menerima atau menolak.

Kenapa perlu melenting, melompat dan menggelupur?  Faktor sejarah?  Bendera Malaysia bukan hak mutlak insan yang mula-mula merekabentuk.  Rekabentuk itu hak dia, akan jadi sejarah.  Kalau satu hari nanti, Kerajaan Malaysia menukar rekabentuk bendera (JG) kepada yang baru, ia juga satu sejarah.  Tidak bermakna, sejarah yang pertama tadi akan terpadam atau hilang.  Sejarah sentiasa bertambah.  Ia berbeza dengan geografi, ia berubah.  Sejarah hak dan pemilikan Pulau Batu Putih dari Malaysia kepada Singapura pada 23 Mei 2008 adalah satu sejarah.  Tetapi rekod-rekod yang lalu mengenai hak Tanah Melayu atau Johor ke atas Batu Putih tetap wujud dan tersimpan sebagai satu sejarah.  Apa yang berubah ialah sempadan geografi antara Malaysia dan Singapura begitu juga dengan keluasan negara Malaysia berkurangan sebanyak 200 meter persegi manakala keluasan Republik Singapura bertambah dengan angka yang sama.

Wajarkah Jalur Gemilang direkabentuk semula supaya menepati 'originality' keMalaysiaan. Alasan kenapa rekabentuk Jalur Gemilang perlu ditukar tidak perlu ditulis panjang-panjang. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah ini. Oleh itu, perbincangan perlu dibuat secara akademik bukan secara emosi dan politik melulu.

JALUR GEMILANG

STAR-SPANGLED BANNER (STARS & STRIPES)



BENDERA LIBERIA

Andaikata kita ke luar negara dan selimutkan badan kita dengan Jalur Gemilang dan kedudukan warna biru dan bintang bulan terlindung di belakang, dari jauh orang (especially Mat Saleh) akan kata, kita mungkin berselimutkan bendera USA atau Liberia?.  Tak percaya? cuba lihat?

Siapa yang boleh kata 100% dia ni berselimut dengan Jalur Gemilang
  
 
MALAYSIA = USA = MALAYSIA = USA


MALAYSIA = USA = LIBERIA

Kalau kita kibarkan Jalur Gemilang dan 'Stars and Stripes' banyak-banyak atas kereta kita, orang tidak boleh membezakan mana satu bendera USA dan mana satu bendera Malaysia, mana satu bendera Liberia kecuali kita duduk dekat-dekat.

Warga negara Malaysia selalu keluar negara menyertai misi pengaman, misi bantuan kemanusiaan, misi penyelamat, misi sukarelawan, misi bantuan antara bangsa dan pelbagai misi lagi.  

Bila kita mengikuti misi antara bangsa kita bawa dan kibar, atau tampal pelekat bendera Malaysia di lengan baju atau atas poket kita. Sudah tentu, kerana kita berbangga sebagai rakyat Malaysia.  Kita mahu supaya satu dunia tau, ini orang Malaysia datang membantu.

Fokuskan lagi.

Kita menyertai misi di Pakistan, Afghanistan, Somalia, Lebanon, Congo- majoritinya negara-negara Asia Barat (Timur Tengah) dan Afrika. Kita tahu, bahawa kumpulan pemberontak, penderhaka, pelampau jalanan dari kalangan rakyat tempatan adalah memusuhi USA- anti Amerika. Mereka ini kebanyakannya tidak sekolah, mungkin tak belajar geografi dan sejarah.  Mereka tidak tahu Malaysia dan rupa bendera Malaysia.  TAPI mereka tahu dan amat kenal dengan Amerika dan bendera Amerika.



Bagi mereka, Amerika adalah musuh dunia akhirat.  Jumpa bunuh. Tak berani dekat, tembak dari jauh.

Macam mana nak kenal mereka ni orang Amerika.  Kalau teropong dari jauh, nampak kat lengan baju, atau kat atas poket dada atau kat topi ada pelekat bendera Amerika, jangan tunggu lagi, TEMBAKKKKKK.


sukarelawan Sikhs- tak adapun pakai pelekat bendera mereka?

Mungkinkah, Allahyarham Noramfaizol bin Mohd Nor, jurugambar BERNAMA TV yang terbunuh di Somalia oleh tembak curi kumpulan samseng atau pemberontak jalanan Somalia pada 2 September 2011 adalah disebabkan kilauan atau kibaran Jalur Gemilang????? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Rata-rata peserta misi bantuan kemanusiaan ke Somalia yang diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memakai pelekat Jalur Gemilang di dada TShirt mereka.  Samseng Somalia nampak 'Stars and Stripes' kerana mereka tak kenal 'Jalur Gemilang'.

  
dari jauh lebih kurang sama sahaja

Ini pendapat peribadi saya.

Mungkin ramai yang TIDAK SETUJU dengan teori saya.  TAPI mungkin ada RAMAI juga yang setuju.  Lagi pun reka bentuk Jalur Gemilang tidak ada dalam Perlembagaan Negara.  Bukan sesuatu yang tidak boleh ditukar.  Apa-apa rupa bentuk bendera yang diluluskan oleh Kerajaan yang memerintah akan kita junjung sebagai lambang kemegahan negara.  Prinsip itu yang kita pegang. Kalau begitu, jika reka bentuk Jalur Gemilang  ditukar, ia langsung tidak akan menjejaskan KEDAULATAN Negara Malaysia.  Malah, kita mungkin sama-sama BANGGA kalau bendera Malaysia TIDAK KELIHATAN seperti atau HAMPIR SAMA seperti bendera Uncle Sam (Amerika).

Contoh: Cuba kita lihat bendera negeri-negeri Sabah dan Sarawak pun banyak kali ditukar ganti.  Sejak masuk menyertai negara Malaysia pada 16 September 1963, rupa bentuk bendera Sarawak telah bertukar 2 kali manakala Sabah telah bertukar 3 kali!.  Tak pernah pun kita dengan penduduk Sabah atau Sarawak jadi kecoh!.


PERUBAHAN REKA BENTUK BENDERA SARAWAK

  
1841 - 1848 & 1848 - 1870

  
1870 - 1941 & 1941 - 1963

  
1963 - 1988 & 1988 - kini

PERUBAHAN REKA BENTUK BENDERA SABAH


[State Ensign 1882-1948 (North Borneo, Malaysia)] [Blue ensign of the British North Borneo Company (North Borneo, Malaysia)]
1882 - 1948  dan 1948 - 1963

[Sabah 1963 - 1982 (Malaysia)] [Sabah 1982 - 1988 (Malaysia)]
1963 -1981 &  1982 - 1988

[Sabah (Malaysia)]
1988 - kini


PENGARUH REKABENTUK BENDERA MALAYSIA




1 comment: