.
DARAH TINGGI
Pada pagi 8hb November 2011, selepas pulang dari solat Subuh di surau, aku membaringkan diri di ruang rehat rumah aku sambil membuat senaman ringan (fisioterapi) untuk tulang belakang dan tulang leher aku. Aku sememangnya sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital ATM Tuanku Mizan setiap bulan sejak bulan Ogos 2011. jadi aku kena amalkan senaman setiap hari. Lepas keletihan bersenam, aku terlelap. Aku bangun semula pada jam 7.20 untuk qadhak hajat dan mandi untuk pergi berkerja. Kepala aku berdenyut-denyut, lain macam sahaja pagi ini.
Memang agak malas setelah 3 hari bercuti Raya Haji. Campur letih seluruh. Maklumlah Sabtu (5hb) tengahari memandu balik kampung, 4 jam- Ahad pagi (6hb) sampai tengahari mengerjakan lembu qurban - petang lepas Asar, memandu lagi 4 jam lebih balik ke KL. Pagi Isnin (7hb) terus ke surau Luqman Hakim untuk majlis Qurban lagi. Tengahari baru selesai.
Sebelum pergi kerja, aku cari PANADOL untuk ditelan, tapi tak jumpa.
Pagi ini (8hb Nov), jam 09.00 aku ada mesyuarat untuk Penal Pengadil Anugerah Inovasi (Pengurusan Kewangan) di Bahagian Akaun. Jadi, aku tangguhkan untuk pergi jumpa doktor. Sepanjang mesyuarat aku menahan rasa sakit sahaja. Sampai di pejabat aku membuat persediaan untuk mesyuarat, tapi dokumen tak jumpa, aku panggil pemandu untuk balik semula ke rumah. Aku baru teringat, selepas balik dari PU Gong Kedak pada 1hb Nov lepas, aku belum bawa dokumen ke pejabat. Apa laaaaaa....
Habis mesyuarat jam 10-15 aku terus ke Pusat Perubatan ATM Kem KEMENTAH. Pendekkan cerita, aku diberitahu bahawa ukuran tekanan darah aku ialah 150/100!. Aduh, setiap tahun aku membuat pemeriksaan perubatan, tidak pernah aku sampai ke tahap ini. Setahu aku tiada di kalangan ahli keluargaku setakat 2 generasi yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, sakit jantung atau diabetes. Jadi doktor memberikan aku tempoh pemerhatian selama seminggu, iaitu kena membuat pemeriksaan tekanan darah setiap hari sebelum membuat keputusan untuk membuat tindakan 'medication'.
Walaupun SAKIT, dan sudah memiliki PENYAKIT, aku harus bersyukur kepada ALLAH swt kerana aku mendapat maklumat seawal ini!.....
Apa-apa hal, selain dari ujian, penyakit juga adalah satu peringatan kepada kita agar sentiasa menjaga kesihatan diri, mengawal dan menjaga permakanan, mengelakkan dari makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi, dan sebagainya.
Selain dari makanan yang haram, semua kita boleh makan, isunya bukan JANGAN MAKAN, tetapi bersederhana dalam apa jua perkara termasuk permakanan.
Sambil itu, marilah kita lihat dan baca beberapa artikel dan diagram berkaitan dengan darah tinggi.
.
.
Blood Pressure Chart
Use the blood pressure chart below to see what your blood pressure means. The blood pressure chart is suitable for adults of any age. (The level for high blood pressure does not change with age.)
Blood pressure readings have two numbers, for example 140/90.
The top number is your systolic blood pressure. (The highest pressure when your heart beats and pushes the blood round your body.) The bottom one is your diastolic blood pressure. (The lowest pressure when your heart relaxes between beats.)

The blood pressure chart below shows ranges of high, low and healthy blood pressure readings.
Using this blood pressure chart: To work out what your blood pressure readings mean, just find your top number (systolic) on the left side of the blood pressure chart and read across, and your bottom number (diastolic) on the bottom of the blood pressure chart. Where the two meet is your blood pressure.
As you can see from the blood pressure chart, only one of the numbers has to be higher or lower than it should be to count as either high blood pressure or low blood pressure:
More than 90 over 60 (90/60) and less than 120 over 80 (120/80): Your blood pressure reading is ideal and healthy. Follow a healthy lifestyle to keep it at this level.
More than 120 over 80 and less than 140 over 90 (120/80-140/90): You have a normal blood pressure reading but it is a little higher than it should be, and you should try to lower it. Make healthy changes to your lifestyle.
140 over 90 (140/90) or higher (over a number of weeks): You may have high blood pressure (hypertension).Change your lifestyle - see your doctor or nurse and take any medicines they may give you. More on high blood pressure.
So:
- if your top number is 140 or more - then you may have high blood pressure, regardless of your bottom number.
- if your bottom number is 90 or more - then you may have high blood pressure, regardless your top number.
- if your top number is 90 or less - then you may have low blood pressure, regardless of your bottom number.
- if your bottom number is 60 or less - then you may have low blood pressure, regardless of your top number.
Ref: www.bpassoc.org.uk
.
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0224&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz3Sealv6pt
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 24/02/2008
Darah tinggi: Pembunuh Senyap
Bersama:DATUK DR. NOR IZHAM AZIZ (Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra Melaka).
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.
Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 2007, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira di bandar atau desa.
Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.
Penyakit ini melibatkan lebih kurang lima hingga enam juta rakyat Malaysia dan bilangan kes makin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.
Darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack) lemah jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan buta.
Mujurlah penyakit ini senang dikesan dan boleh dikawal dengan menukar gaya hidup dan pengubatan.
* Fisiologi
Darah biasanya mengalir dalam dua fasa iaitu:
* Sistolik; apabila jantung berdenyut, darah mengalir keluar dari jantung dan tekanan darah akan naik.
* Diastolik; apabila jantung berehat seketika serta diisi dengan darah untuk denyutan selanjutnya, menyebabkan tekanan darah turun seketika.
Ini bermakna tekanan darah akan turun dan naik mengikut denyutan jantung.
Ini menyebabkan tekanan darah mengandungi dua nilai iaitu sistolik yang tinggi dan diastolik yang rendah, contohnya 120/80 milimeter (mm) merkuri (Hg).
Tekanan darah juga berubah dari masa ke semasa sepanjang hari disebabkan emosi dan keadaan tubuh badan kita. Sebagai contoh, tekanan naik semasa bersukan dan tekanan turun sewaktu tidur.
Tiga jenis hormon dari kelenjar adrenal iaitu adrenaline, noradrenaline dan aldosterone turut mempengaruhi tekanan darah. Rangkaian urat saraf dan hormon tadi mempengaruhi tekanan darah di dalam tubuh kita.
Biasanya sistem yang kompleks ini mengawal tekanan darah dan gangguan di dalam sistem ini menyebabkan darah tinggi.
Kira-kira 90 peratus pesakit darah tinggi tidak ada penyebab yang khusus dan ini digelar Essential atau Primanory Hypertension.
Beberapa faktor dapat dikenali mempunyai kaitan dengan Primanory Hypertension seperti tabiat pemakanan, aktiviti fizikal dan juga keadaan persekitaran.
Fakta lain seperti kandungan garam dan lemak yang tinggi di dalam diet, obesiti dan kegemukan, kurang senaman serta kurang memakan sayur dan buah-buahan yang mengandungi nilai potassium yang tinggi. Selain itu, faktor genetik juga dilihat memainkan peranan penting.
Darah tinggi juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan ini dinamakan secondary hypertension yang membabitkan lima peratus dari jumlah kes.
Penyakit-penyakit tersebut ialah kegagalan fungsi buah pinggang (kidney failure), penyempitan pembuluh darah ke buah pinggang, tumor di kelenjar adrenal dan penyempitan pembuluh darah besar aorta.
Penyempitan pembuluh darah ini kadang kala dapat dirawat dengan pembedahan dan boleh menyembuhkan tekanan darah tinggi.
Selain itu, sesetengah jenis ubat juga boleh menyebabkan darah tinggi seperti steroid, cyclosporine, anti-depressant (kemurungan) dan ubat untuk sakit sendi dan tulang jenis NSAID (ubat antikeradangan bukan jenis steroid).
* Simptom atau petanda darah tinggi
Darah tinggi pada peringkat awal tidak memberi sebarang petanda dan kadangkala tidak dapat dikesan hingga bertahun lamanya.
Kadangkala, pesakit akan mengalami sakit kepala tetapi biasanya darah tinggi dikesan semasa pemeriksaan rutin.
Selalu juga tanda pertama darah tinggi ialah apabila pesakit menghidap komplikasi seperti strok, serangan jantung, lemah jantung atau masalah buah pinggang.
Kadang kala pesakit datang ke hospital dalam keadaan krisis dan tekanan darah melebihi 200/120 mm Hg.
Tekanan darah yang tinggi sebegini boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, sakit kepala, gangguan penglihatan, muntah-
muntah dan juga sawan.
* Klasifikasi darah tinggi
Darah tinggi boleh diklasifikasikan mengikut tahap tekanan darah (mm Hg) seperti berikut:
KATEGORI Sistolik Diastolik
Optimum - <120<80
Normal - 120-129 80-84
Normal Tinggi - 130-139 - 85-89
Hipertensi Gred 1 (Ringan) - 140-159 - 90-99
Hipertensi Gred 2 (Sederhana) - 160-179 - 100-109
Hipertensi Gred 3 (Teruk) - >/180 - >/110
Hipertensi Sistolik Terpencil - >/140 - <90
Darah tinggi boleh dibezakan di antara sistolik dan diastolik. Biasanya hipertensi sistolik dihadapi oleh pesakit yang berumur 60 tahun ke atas di mana tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik kurang daripada 90 mm Hg.
Sebaliknya pula, pesakit yang lebih muda mengalami tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik juga melebihi 90 mm Hg.
Di kalangan pesakit yang datang ke klinik atau hospital dan dikatakan mengidap darah tinggi, lebih kurang 20 peratus daripada mereka mempunyai tekanan darah yang normal apabila diperiksa sendiri di rumah.
Golongan ini dinamakan white coat hypertension (hipertensi kot putih). Biasanya doktor akan menggunakan alat pemantauan automatik yang boleh digunakan di rumah selama 24 jam untuk mengesan golongan ini (24 hours ambulatory blood pressure monitoring).
Di kalangan pesakit darah tinggi, ada juga yang tekanan darahnya tidak menurun sewaktu tidur dan kumpulan ini digelarkan non dippers.
Golongan ini didapati menghadapi kadar komplikasi yang lebih tinggi. Ada kajian yang mengatakan bahawa non dippers ini disebabkan terlalu banyak kandungan garam (sodium) di dalam darah dan rawatan untuk mengurangkan garam boleh menukar non dippers kepada nocturnal dippers.
* Komplikasi dari tekanan darah tinggi
Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah besar dan juga yang kecil.
Contoh kerosakan pembuluh darah yang besar adalah seperti strok dan serangan jantung dan contoh kerosakan pembuluh darah yang kecil ialah kegagalan buah pinggang dan gangguan penglihatan disebabkan kerosakan mata.
Satu lagi komplikasi ialah atrial fibrillation atau degupan jantung yang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dan kadang-kala pening dan sesak nafas.
Darah tinggi juga menyebabkan jantung membengkak dan boleh berlarutan hingga ke peringkat lemah jantung.
Satu lagi komplikasi ialah bengkak di saluran aorta (aneurisme). Aneurisme ini kadangkala terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak. Komplikasi ini kerap menyebabkan pesakit maut.
* Pencegahan
Pencegahan darah tinggi adalah amat penting disebabkan kerosakan organ boleh bermula apabila tekanan darah melebihi 120/80 mm Hg dan sebelum dapat dikesan oleh doktor.
Pencegahan juga boleh mengelakkan daripada keperluan menggunakan ubat kelak dan merupakan cara yang terbaik untuk mengelak komplikasi.
Cara pencegahan adalah dengan mengubah cara hidup seperti mengurangkan berat badan, kerap bersenam, cara pemakanan yang sihat seperti memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan kandungan garam dan lemak dalam masakan.
Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang seimbang dengan kandungan nutrien penting terutamanya potasium melebihi 4,000 miligram (mg) sehari boleh merendahkan tekanan darah.
Selain itu, memakan sebanyak lima cawan sayur dan buah-buahan, tiga cawan bahan tenusu rendah lemak dan mengurangkan kegunaan garam sebanyak 1,500 mg sehari boleh merendahkan tekanan darah.
* Sindrom metabolik
Berat badan yang tinggi memainkan peranan yang penting dalam apa yang dinamakan sindrom metabolik.
Sindrom ini boleh dikenali dengan adanya obesiti dengan Indeks Jisim Badan (IJB) atau BMI (Basal Metabolic Rate) yang melebihi 25 serta perut buncit selain ukuran pinggang yang melebihi 40 inci untuk lelaki, melebihi 35 inci untuk perempuan, diabetes, darah tinggi, HDL kolesterol (kolesterol baik) yang rendah dan triglyceride yang tinggi.
Kesemua penyakit ini boleh dielak jika kita menjaga berat dan ukuran pinggang yang sesuai. Biasanya jika berat badan dapat dikurangkan sebanyak 10 peratus, tahap tekanan darah juga dapat diturunkan.
* Diagnosis
Darah tinggi biasanya dikesan semasa pemeriksaan rutin atau semasa berjumpa doktor untuk masalah kesihatan yang lain.
Selalunya doktor akan memeriksa tekanan darah dua atau tiga kali dalam masa yang berasingan untuk memastikan tekanan darah tinggi.
Pesakit dinasihatkan jangan meminum kopi atau teh, jangan hisap rokok selama setengah jam dan berehat selama lima minit sebelum memeriksa tekanan darah.
Alat-alat pemeriksaan darah tinggi jenis elektronik juga boleh digunakan di rumah untuk mengesan golongan white coat hypertension dan untuk memantau tekanan darah setiap hari.
Doktor juga boleh menggunakan alat untuk merakamkan tekanan selama 24 jam (24 hours BP monitoring) kerana cara ini lebih tepat dan dapat mengesan golongan non dippers yang menghadapi darah tinggi sewaktu tidur.
* Rawatan
Rawatan darah tinggi mementingkan kawalan tekanan yang tidak melebihi 140/90 mm Hg bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit sampingan atau 130/80 bagi mereka yang menghidap diabetes, lemah jantung dan kerosakan buah pinggang.
Penting juga bagi doktor untuk mengesan mereka yang menghidap secondary hypertension supaya punca utama darah tinggi dapat dirawat.
Biasanya rawatan darah tinggi dimulakan dengan memperbaiki cara hidup dengan pemakanan yang seimbang, mengamalkan cara hidup yang aktif, melakukan aktiviti fizikal dan senaman jika tekanan darah masih di peringkat satu.
Bagi pesakit dengan tekanan darah didapati terlalu tinggi (peringkat kedua), pesakit harus menggunakan ubat untuk mengawal tekanan darah.
Di kalangan pesakit yang menghidap diabetes, lemah jantung, strok atau kerosakan buah pinggang, ubat biasanya digunakan pada peringkat satu dan tekanan darah perlu dikurangkan hingga ke 130/80 mm Hg.
* Ubat-ubatan
Terdapat pelbagai jenis ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan darah. Biasanya doktor memilih ubat mengikut keadaan dan faktor-faktor kesihatan lain yang terdapat pada pesakit.
Contohnya di kalangan pesakit yang berumur 65 tahun ke atas dan menghidap hipertensi sistolik, ubat yang paling berkesan adalah dari kumpulan diuretic dan di kalangan pesakit diabetes pilihan pertama adalah angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau angiotensin receptor blocker.
Jika pesakit menghidap angina atau serangan jantung, beta-blocker adalah pilihan pertama. Di kalangan pesakit dalam peringkat pertama dan tiada tanda-tanda kerosakan organ, perubahan cara hidup boleh dicuba terlebih dahulu selama enam bulan hingga setahun. Jika tekanan darah masih melebihi 140/90 mm Hg, biasanya satu jenis ubat digunakan.
Bagaimanapun di kalangan pesakit yang dalam peringkat kedua, kadangkala doktor memulakan dengan dua jenis ubat dengan serentak.
Terdapat ubat moden di mana dua jenis ubat disatukan di dalam satu pil dan ini menyenangkan pesakit dan menggalakkan mereka kekal memakan ubat setiap hari. Di dalam pemilihan ubat, kos juga menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan.
* Rawatan jangka panjang
Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi biasanya menjalani rawatan seumur hidup dan selalunya berjumpa doktor antara satu hingga tiga bulan sekali.
Di kalangan pesakit yang tekanannya tidak terkawal atau menghidapi masalah perubatan seperti sakit jantung, strok atau kerosakan buah pinggang haruslah berjumpa doktor setiap bulan.
Ada setengah pesakit di mana tekanannya susah dikawal dan memerlukan tiga atau empat jenis ubat.
Kajian menunjukkan bahawa 50 peratus daripada pesakit memerlukan satu jenis ubat dan 30 peratus lagi memerlukan dua jenis ubat sementara bakinya pula memerlukan tiga atau empat jenis ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.
Kajian juga menunjukkan bahawa 30 peratus daripada pesakit mempunyai tekanan darah tidak terkawal.
Faktor pertama tekanan tidak terkawal adalah disebabkan ubat yang tidak mencukupi disebabkan pesakit tidak memakan ubat yang diberikan.
Ada kajian yang menunjukkan 50 peratus daripada pesakit berhenti makan ubat dan tidak berjumpa doktor dalam jangka masa setahun selepas bermulanya rawatan.
Hakikat ini boleh difahami kerana penyakit darah tinggi selalunya tidak mendatangkan apa-apa gangguan dan ubat yang dimakan kadangkala menyebabkan kesan sampingan yang mengganggu kehidupan harian pesakit. Tetapi, adalah sangat penting ubat dan rawatan diteruskan memandangkan penyakit-penyakit yang serius yang boleh terjadi akibat tekanan darah tinggi yang tidak dikawal.
* Jenis-jenis ubat darah tinggi
* Diuretik
Diuretik mengurangkan kandungan garam dan air di dalam badan dengan mengeluarkan bahan ini di dalam air kencing. Dengan ini tekanan darah dapat dikurangkan.
* Beta-blocker
Beta-blocker menyekat perjalanan hormon adrenaline dan noradrenaline. Ini mengurangkan kekuatan dan kelajuan denyutan jantung dan mengurangkan tekanan darah.
* Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau Angiotensin receptor blocker (ARB)
ACE inhibitor dan ARB menyekat enzim yang mengeluarkan angiotensin II, satu bahan yang menyebabkan saluran darah mengecut. Ubat ini mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan.
* Calcium channel blocker
Calcium channel blocker menyekat perjalanan kalsium ke sel di saluran darah. Ini menyebabkan saluran mengembang dan menurunkan tekanan darah.
* Alpha-blocker
Alpha-blocker menyekat isyarat saraf yang menyebabkan cengkaman saluran darah.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0224&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz3Sealv6pt
© Utusan Melayu (M) Bhd
.
Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang
Tekanan Darah Tinggi Yang Tidak Dikawal Akan Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang Yang berkekalan
Buah pinggang memainkan peranan utama dalam mengawal tekanan darah ke tahap yang normal.Walaubagaimana pun,tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah di buah pinggang.Keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang anda mengalami kerosakan.
Tekanan darah adalah ukuran daya kekuatan darah terhadap dinding pembuluh darah.Jika tekanan darah kekal berada dalam keadaan lebih tinggi dari biasa,maka ianya di sebut tekanan darah tinggi atau hipertensi.Peningkatan cecair dalam darah dan saluran darah tersumbat juga boleh meningkatkan tekanan darah.
Tekanan darah tinggi yang berkekalan akan menyebabkan jantung anda bekerja keras dan akhirnya akan menjadikan pembuluh darah yang membawa darah ke seluruh tubuh akan rosak.Kerosakan pembuluh darah di buah pinggang akan menyebabkan ketidakmampuannya untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dan cecair tambahan dari tubuh.
Tekanan darah tinggi juga merupakan punca utama kepada berlakunya kegagalan buah pinggang atau di kenali sebagai End Stage Renal Disease(ESRD).Mereka yang mempunyai masalah ini perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.
Bacaan terbaik yang mesti anda kekalkan untuk menjaga tekanan darah anda terutamanya jika anda mempunyai masalah buah pinggang ialah 130/80.
Tanda Dan Gejalanya
Tekanan darah tinggi pada kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa tanda atau gejala yang menunjukkan anda mempunyai tekanan darah tinggi.Kebanyakannya langsung tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi.Ini kerana mereka langsung tidak mengalami apa-apa tanda.Dan ada sesetengahnya pula akan mengalami sakit kepala.
Sesetengahnya hanya akan mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi setelah berlakunya beberapa jenis penyakit seperti stroke,penyakit jantung atau kerosakan buah pinggang.
Satu cara untuk mengetahui apakah tekanan darah anda tinggi dari yang sepatutnya adalah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah yang dilakukan oleh mereka yang pakar.
Saya syorkan anda beli alat untuk memeriksa tekanan darah anda.Ianya ada dijual di farmasi-farmasi di tempat anda.Dengan alat ini anda boleh memeriksanya sendiri dan lebih kerap.
Rawatan untuk tekanan darah tinggi meliputi perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.Sentiasa mengikuti rancangan rawatan yang ditetapkan kerana ianya sangat penting bagi mengelak atau melambatkan komplikasi kepada buah pinggang anda atau pun penyakit-penyakit lain.Ianya juga akan dapat membantu anda untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.
Perubahan gaya hidup antara lain ialah meliputi diet makanan yang sihat berkhasiat,banyakkan bersenam dan bersukan,menjaga berat badan yang sihat dan juga mengawal pengambilan kafein dan alkohol.Bagi anda yang beragama Islam,ketahuilah kerana sesungguhnya pengambilan alkohol(arak) adalah haram.
1) Sentiasa mengikut rancangan diet pemakanan yang telah ditetapkan.
Hadkan pengambilan garam harian kepada 2000 miligram sehari atau lebih rendah.
Elakkan pengambilan makanan yang berlemak dan tinggi kandungan kolestrol dalam diet anda.
Hadkan dan sebaiknya elakkan terus pengambilan alkohol.Pengambilan terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah.Dan diulangi arak adalah HARAM di sisi agama Islam.
Dan sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang,doktor mungkin akan meminta anda untuk mengurangkan pengambilan sumber protein.
2) Lakukan banyak senaman fizikal dalam aktiviti harian anda.Anda boleh bertanya kepada pakar kesihatan apakah aktiviti fizikal yang sesuai untuk anda.Disiplinkan diri agar melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.Anda boleh melakukan aktiviti yang ringan seperti berjogging,berjalan cepat dan juga berbasikal.
Bagi sesetengah individu,mengamalkan gaya hidup sihat sudah cukup untuk mengawal tekanan darah mereka.Walaubagaimanapun,pada sesetengahnya pula memerlukan kepada pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah mereka.
Ada banyak jenis ubat yang dapat anda ambil untuk mengawal tekanan darah anda,tetapi ada dua jenis ubat yang bukan sahaja dapat mengawal tekanan darah anda,malah ianya dapat membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang.
Ubat-ubat tersebut ialah angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitor dan angiotensin receptor blocker (ARB).Selain itu doktor anda mungkin akan sertakan ubat Dueratik atau disebut sebagai ‘pil air’ bersama dengan ACE dan ARB.Fungsi dueratik ialah untuk membantu mengepam keluar lebihan air dan juga garam dari tubuh.Ini akan menyebabkan cecair menjadi kurang dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan tekanan darah.
Sekiranya anda tidak merasakan apa-apa perubahan,lakukanlah pemeriksaan tekanan darah secara teratur.Dengan ini akan dapat mengesan lebih awal sekiranya berlaku tekanan darah tinggi.Pengesanan dan rawatan di peringkat awal tekanan darah tinggi akan membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang anda dan mencegahnya daripada rosak.Selain itu dapat juga mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi lain.

http://darahtinggi1001.blogspot.com/2013/02/kesan-tekanan-darah-tinggi-kepada-buah.html
http://darahtinggi1001.blogspot.com/2013/02/kesan-tekanan-darah-tinggi-kepada-buah.html
.
Hari pertama keesokan harinya (9hb Nov), aku membuat pemeriksaan tekanan darah di PPAT MinDef ukuran sudah menurun kepada 133/87, senang sikit hati.... HARI KE3 (10hb Nov), adushh, naik balik 144/81...... see what is the reading for tomorrow.
Lepas hari ke 10, pada keseluruhannya antara 133/87 -147/90- doktor kata masih ok,cuma dekat borderline case. kena jaga makanan. (dan ...buku catatan blood pressure harian tu, dah ilang la pulakkk, aku pun lupa sama ada doktor ambik atau aku yang salah letak. Orang dah tua, macam ni laaa.
Ada seorang kawan dari JB telah mencadangkan buah tunjuk langit (skyfruit) sebagai ubat darah tinggi, kencing manis dan kolesterol. Dia siap kirimkan melalui pos laju (8 Dis 2011). Budi baik mu hanya Allah swt sahaja yang membalasnya.
Sedikit maklumat tentang buah Tunjuk langit untuk dikongsi bersama:
Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla) boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah. Kesan pengambilan secara berterusan biji buah ini boleh memulihkan kesihatan tubuh badan secara semula jadi di samping melancarkan peredaran darah ke seluruh badan kita. Apabila kesemua sel menerima oksigen yang secukupnya dan kesemua bahan-bahan toksik luaran dinyahkan, tahap kecergasan akan kembali kepada sediakala dan lebih sihat.
Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-
- Anti-penuaan
- Kekejangan otot
- Alahan kulit / Psoriasis
- Kurang Bertenaga / Keletihan
- Asma / Alahan Pernafasan
- Masalah Tidur
- Barah / Ketumbuhan
- Penyakit Jantung
- Gout / Artritis / Gastrik
- Penyakit Hati
- Haid dan Keputihan
- Resdung / migrain
- Hubungan Kelamin Strok
- Kolestrol tinggi
- Sembelit / Buasir
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Kegemukan Tekanan darah rendah
- Kesuburan
- Tulang Belakang
Rujuk: www.murnihati.kayawan.com
Mudah-mudahan -dengan izin Allah yang mengubati segala penyakit, akan dapat mengurangkan beban penyakit yang aku hidapi ini. Walaupun setiap penyakit itu satu ujian, dan ada ubatnya (kecuali mati), namun hanya dengan izin Allah sahaja ia boleh menyembuh atau tidak.
Sesiapa yang mempunyai masalah yang sama (darah tinggi, dan kolesterol tinggi)- boleh lah mencuba.
No comments:
Post a Comment