Sunday, February 8, 2015

061 KESAH TAHTA SULTAN KELANTAN

.




  SULTAN MUHAMMAD KE V  
  SULTAN KELANTAN  

SULTAN BERJIWA RAKYAT

Dalam SEJARAH MALAYSIA selepas merdeka, belum pernah mana-mana seorang Raja Melayu (Sultan-Raja-YDP Besar) turun dari takhta semasa masih dalam tempoh pemerintahan - sama ada secara sukarela - dipaksa atau berlandaskan perundangan.  

Pernah juga saya dengar suatu masa dulu, Sultan Brunei telah turun takhta secara sukarela kerana memberi peluang kepada anakandanya menaiki takhta.  Mungkin ada motif penyerahan kuasa ini - namun saya kurang berminat menulisnya - kerana kesilapan fakta boleh mengundang kecelakaan.

"After ruling for 17 years, on 4 October 1967, Sultan Omar Ali Saifuddien decided, on his own freewill, willingly abdicated in favour of his eldest son, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  After his abdication from the throne, he took the title of His Royal Highness Paduka Seri Begawan Sultan, a title he held until his death in 1986" - Wikipedia.

BAGAIMANAPUN- pernah berlaku dalam sejarah - pada bulan Julai 1951, Raja Abdullah (Raja Jordan) telah meninggal dunia kerana dibunuh di Masjidil Aqsa dan digantikan oleh anakanda sulungnya Talal. Bagaimanapun pada bulan September 1952, Raja Talal telah diisytiharkan sebagai Raja Jordan tetapi baginda mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan. Sebahagian besar tempoh pemerintahannya baginda menjalani rawatan di Eropah dan tugas dipangku oleh adiknya, Putera Naif. Sehinggalah pada 11 Ogos 1952, apabila puteranya Hussein mengambil  tindakan mengikut perlembagaan untuk mengambil-alih takhta Kerajaan Jordan atas asas - raja yang memerintah telah hilang kelayakan untuk meneruskan pemerintahan. Kes ini merupakan kes yang paling hampir dengan apa yang berlaku di Kelantan pada 10 September 2010.

"Prince Talal succeeded on the death of his father on 20 July 1951. He reigned under the regency of his younger brother (Prince Naif) until he returned from a clinic in Switzerland and took the oath to the constitution on 3 September 1951. Talal reigned under a series of regencies for most of his short reign and then constitutionally deposed in favour of his eldest son for reasons of ill health on 11 August 1952" - Wikipedia.

Tanggal 12 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431 merupakan satu tarikh berlakunya satu peristiwa yang pertama kali berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Lazimnya, seseorang Sultan atau Raja yang baru hanya diisytiharkan setelah Sultan/Raja yang memerintah telah mangkat. Namun, pada hari ini, Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke13 menggantikan ayahandanya Tuanku Ismail Petra yang masih hidup dan bergelar sebagai SULTAN MUHAMMAD KE V.



Baginda dilantik sebagai Sultan Kelantan di bawah peruntukan Artikel 23A Perlembagaan Negeri (Bahagian 2). Perisytiharan ini diluluskan sebulat suara oleh Majlis Perajaan Kelantan yang bersidang pada hari ini. Peristiwa ini menarik perhatian umum, bukan sahaja rakyat Kelantan malah seluruh rakyat Malaysia kerana sebelum ini istana Kelantan telah melalui krisis kekeluargaan yang berlarutan.

Ayahanda kepada Sultan iaitu Tuanku Ismail Petra menaiki takhta Kelantan pada 29 Mac 1979 apabila ayahanda baginda, Tuanku Yahya Petra mangkat ketika memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong ke 6.


Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid mempunyai 3 orang putera dan seorang puteri iaitu; Tengku Muhammad Faris Petra (Tunku Mahkota Kelantan), Tengku Muhammad Faiz Petra (Tunku Bendahara Kelantan), Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tunku Temenggong Kelantan) dan Tengku Amalin Aisyah Putri.



Tengku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Okt 1968, ditabalkan menjadi Tengku Mahkota pada 6 Okt 1985 dan telah berkahwin dengan Tengku Zabedah bt Tengku Noruddin pada 15 Nov 2004.  BAGAIMANAPUN status perkahwinan baginda ini tidak dimaklumi kerana sepanjang tempoh perkahwinan, saya sendiri belum pernah melihat baginda membawa isterinya dalam mana-mana majlis rasmi atau tidak rasmi.

 

My Comments?

This is an 'internal affairs of Kelantan royal family', so, I am nobody to utter my comment on this issue. This issue attracted my attention because it never happened in Malaysian post-independent history. So, I put it in my blog as a record and also reference to the future generations. In additions, as a Johorean I cannot simply put my comments on the affairs in Kelantan where I do not know the rules, customs and traditions in that state.

However, just for information, the Johore royal family has a close relationship with Kelantan royal family.

Two ex-Sultanahs of Johore were from Kelantan royal family. Tengku Nora bte Tengku Ahmad, the widow of almarhum Sultan Ismail is a sister to Tengku Hajjah Zanariah bte Tengku Ahmad (the widow of almarhum Sultan Iskandar). Both are daughters to Tengku Ahmad bin Tengku Abdul Jaafar, Tengku Panglima Raja Kelantan.

Apa selepas ini?

Mengikut firasat ku, memandangkan Sultan Muhammad V tidak mempunyai putera, maka aku meramalkan bahawa baginda akan melantik adinda baginda Tengku Muhammad Faiz Petra (Tengku Bendahara) sebagai Tengku Mahkota Kelantan. Ini adalah berdasarkan kepada kedudukan Tengku Faiz merupakan waris yang terdekat dan beliau telah secara konsisten memperlihatkan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada kekandanyanya sepanjang tempoh berlakunya krisis keluarga diraja ini. Beliau juga memperlihatkan kematangan dengan mengambil pendirian berdiam diri sepanjang tempoh krisis istana Kelantan dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh merumitkan keadaan.


Dan apa lagi selepas itu?

Aku memang mengikuti perkembangan salasilah kesultanan di semua negeri di Malaysia ini. Aku juga mengikuti perkembangan, trend serta prosedur perlantikan Yang Di Pertuan Agong sejak ia dilaksanakan pada tahun 1957 lagi.

Pada 1999, semasa aku di MTAT, dalam satu 'English Presentation' aku ada membuat satu andaian. Masa itu YDPA Malaysia XI ialah almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor dan Timbalannnya ialah Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu. Dalam presentation itu, aku berkata Timbalan YDPA tidak semestinya menjadi YDPA. Sultan Mizan dilantik menjadi Timbalan YDPA pada tahun 1999 kerana Raja Perlis ketika itu, almarhum Tuanku Syed Putra (yang pernah menjadi YDPA III pada tahun 1960-1965) telah menolak perlantikan (giliran).

Aku kata 'jika dalam tempoh terdekat berlaku kemangkatan ke atas Raja Perlis, maka Raja Perlis yang baru akan dilantik menjadi YDPA XII (jika baginda tidak menolak)'. Dan kebetulan, tahun berikutnya pada 16 April 2000, Raja Perlis telah mangkat. Apabila yang baru Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah dilantik menjadi YDPA XII dan Tuanku Mizan sekali lagi dilantik menjadi Timbalan YDPA.

Timbalan YDPA sekarang ialah Sultan Kedah. Sultan Kedah (Sultan Abdul Halim alMuadzam Shah) pernah menjadi YDPA V. Sekiranya YDPA sekarang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember 2011 dan DYMM Sultan Kedah dilantik menjadi YDPA ke XIV, maka Sultan Muhammad V akan lsampai giliran dilantik menjadi Timbalan YDPA.  Andainya Sultan Kedah menolak giliran menjadi YDPA XIV (untuk kali keduanya), maka giliran akan jatuh kepada Sultan Kelantan.. Dan jika andaian ini menjadi kenyataan, maka andaian kedua, Tengku Muhammad Faiz Petra akan dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan (13 Dis 2011 - 12 Dis 2016).

'DAULAT TUANKU'

Sekarang,marilah, kita mengetahui serba sedikit maklumat mengenai Negeri Kelantan Darul Naim.

    Sultan Ismail Petra (1979 -2010)

    Almarhum Sultan Yahya Petra (1960- 1979)

    Almarhum Sultan Ibrahim (1944 - 1960)

    Almarhum Sultan Ismail (1920 - 1944)

    Almarhum Sultan Muhammad ke IV (1900- 1920)


    betul tak apa yang aku tulis (ramalkan) di dalam perenggan awal blogpage ini?  Bacalah berita di bawah ini....


    Tengku Muhammad Faiz is Kelantan crown prince

    KOTA BARU, 18 October 2010: Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, the younger brother of the Sultan of Kelantan Sultan Muhammad V, was appointed the Tengku Mahkota Kelantan and heir to the Kelantan throne with immediate effect.

    State Secretary Datuk Mohd Aiseri Alias said the decision was made by the State Council of Succession which met Monday and chaired by its chairman, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

    The ceremony to present the letter of appointment as Tengku Mahkota Kelantan was held at Istana Negeri in Kubang Kerian at 2pm.

    Mohd Aiseri told a press conference that the meeting of the Council of Succession was attended by 14 of its 15 members except Tengku Razaleigh Hamzah whose membership ceased automatically for being absent before without the permission of the council.
    Tengku Muhammad Fa-iz, 36, is second of four children of the former Kelantan Sultan, Tuanku Ismail Petra. His other two siblings are Tengku Muhammad Fakhry Petra and Tengku Amalin A-Ishah Putri.

    Tengku Muhammad Fa-iz, who was born at Istana Kota Lama on June 20, 1974, was appointed Tengku Bendahara Kelantan on March 30, 1989 and is the head of the Kelantan Islamic Religious and Malay Customs Council since June 21, 2009.

    Mohd Aiseri said that according to the Kelantan State Constitution, Tengku Muhammad Fa-iz could be the ruler or regent when the Sultan is abroad for a period of more than 12 months or unable to carry to out his duties as the ruler over the same period.

    He said the Council of Succession did not discuss the appointment of Tengku Temenggong as Monday's meeting was only to determine the heir to the throne.

    The title of Tengku Temenggong was previously held by Tengku Muhammad Fakhry Petra but it was withdrawn by Sultan Muhammad V recently. - Bernama


    Kelantan's Tengku Muhammad Fakhry stripped of Temenggong title and awards

    Thursday, September 30th, 2010 18:40:00
    KOTA BARU: The Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad V, today withdrew the title of Temenggong and the award of Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) bestowed on Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra, effective today.
    The announcement was made by State Secretary Datuk Mohd Aiseri Alias at a news conference at his office, here, after the notification letter was handed to the staff of Istana Mahkota in Kubang Kerian, here, at 10am.
    Mohd Aiseri said Sultan Muhammad V also consented to withdrawing the award, Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) which had been awarded previously.
    "We have informed Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra on the matter through a letter addressed to Istana Mahkota in Kubang Kerian," he added.
    Tengku Muhammad Fakhry Petra, a brother of Sultan Muhammad V, is the third child of the former Kelantan sultan, Tuanku Ismail Petra.


    Sultan Yang Prihatin

    SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

    Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.
    Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

    Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

    Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam. Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana
    .Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

    Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

    Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.
    Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai. 

    Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah...”

    Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

    Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

    Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

    Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

    Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

    Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

    Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

     AKAN KEMBALI SEORANG RAJA SEPERTI SULTAN MUHAMMAD AL FATEH
    ALA-MALAYSIA


     
     
     

     
     
     




    .

    No comments:

    Post a Comment