Tuesday, February 3, 2015

M 029 TRAGEDI 1: TAKUMA NISHIMURA



  PARIT SULONG  
  MASSACRE  
  What was missing?  


Battle of Batu Pahat merupakan salah satu lokasi dalam Kempen Malaya iaitu siri pertempuran antara Tentera Jepun (pihak penyerang) dengan Tentera Berikat (pihak bertahan) yang dipimpin oleh British.  Kempen Malaya mengandungi beberapa pertempuran yang penting seperti berikut:

(1)   Pertempuran Kota Bharu

(2)   Pertempuran Jitra

(3)   Pertempuran Kampar

(4)   Pertempuran Slim River

(5)   Pertempuran Gemas

(6)   Pertempuran Endau

(7)   Pertempuran Muar

(8)   Pertempuran Batu Pahat (Parit Sulong)

(9)   Pertempuran Singapura (Bukit Chandu)


Keseluruhan Kempen Malaya melibatkan jumlah kekuatan bala tentera  dan mengakibatkan kehilangan nyawa kedua-dua belah pihak seperti berikut:

KEKUATAN
BRITISH
140,000 orang
158 pesawat
JEPUN
70,000 orang
568 pesawat
200 k/kebal
KEMATIAN/KECEDERAAN/TAWANAN
60,500
5,500 terbunuh
5,000 cedera
40,000 ditawan 
5,171
1,793 terbunuh
3,378 cedera

Aku teringat semasa menjalani kursus di MTAT pada tahun 1999. Salah satu 'major assignment' dalam kursus tersebut adalah 'Battle Study'.  Dalam tugasan ini setiap sindiket diberi satu peperangan bermula dari zaman Rasullullah (Battle of Badar) sehinggalah ke peperangan modern seperti 'Falkland War' dan 'Iraq War'.  Salah satu assignment adalah bertajuk 'Battle of Batu Pahat'.  Pada masa itu, itulah kali pertama aku mendengarnya. Menunjukkan betapa butanya aku dengan sejarah tanah air sendiri. Sindiket aku diberi tajuk 'Battle of Austerlitz' salah satu siri pertempuran dalam 'Napoleon Wars'.

Selain dari berlaku dalam daerah di mana aku dilahirkan, Pertempuran Batu Pahat adalah sebahagian dari catatan sejarah yang penting dalam Kempen Malaya sebelum keseluruhan Semenenjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun (apabila jatuhnya benteng terakhir di Bukit Chandu, Singapura pada bulan 14 Feb 1942.  Pertempuran Muar dan Batu Pahat merupakan kubu terakhir pihak British sebelum tentera Jepun berjaya menyeberangi Tambak Johor.  Satu lagi elemen yang penting dalam Pertempuran Batu Pahat ini ialah kerana ia melibatkan satu tragedi menyayat hati iaitu 'Parit Sulong Massacre'.

Sebelum tentera Jepun sampai ke Batu Pahat  mereka telah melalui satu persatu pertempuran dengan gabungan tentera pihak penjajah British.  Tentera Jepun memasuki Tanah Melayu melalui dua pintu utama iaitu Kota Bharu di Kelantan dan Jitra di Kedah. Dari situ, semua halangan dapat mereka tembusi hinggalah sampai ke benteng kedua terakhir, iaitu Negeri Johor sebelum kedua laluan bergabung menyeberangi Tambak Johor untuk menamatkan misi mereka di Singapura.

Tapi, kalau anda teliti artikel sejarah ini, terdapat satu kelowongan yang disengajakan. Baca dan analisa? Apa yang tercicir?

PERTEMPURAN MUAR 

Pertempuran Muar adalah salah satu dari pertempuran penting dalam Kempen Malaya yang berlaku di Muar dan Bakri semasa perang Dunia II di antara pasukan tentera Australia (di bawah Allied Forces) dengan pasukan tentera Jepun (25th Imperial Guard Division). Pertempuran ini adalah sebahagian daripada siri pertempuran-pertempuran semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Pertempuran Muar juga merupakan pertempuran besar terakhir semasa Kempen Malaya.


Ia berlangsung antara 14 Januari hingga 22 Januari 1942 sekitar Jambatan Gemensah dan di Sungai Muar. Serangan Tentera Berikat (Allied Forces) di Segamat di bawah pemerintahan Maj Gen Gordon Bennett telah menyebabkan kehilangan jiwa yang teruk kepada pasukan tentera Jepun. Pasukan Division Australia ke-8 membunuh lebih dari 700 tentera dari Division Pengawal Imperial Jepun dalam serangan hendap di jambatan ini.


File:Japanese troops near Gemas, Malaya.jpg
Askar Jepun mara dari arah Gemas 

Ini merupakan pertempuran pertama antara pasukan Jepun dan Australia dalam Kempen Malaya. Brigade Infantri ke-53 juga merupakan unit Britain pertama dan yang tunggal dari Division ke-18 yang bertempur dengan Jepun di Malaya.


Persediaan. Serangan hendap ini diperintah oleh Komander Ketumbukan (GOC) Malaya,  Lt Gen Arthur Percival sendiri; dia merasakan bahawa serangan hendap merupakan cara terbaik bagi menghalang kemaraan tentera Jepun. Pasukan pelbagai negara di bawah pimpinan Maj Gen Gordon Bennett (dari Australia), nama kod WESTFORCE, ditetapkan bagi mempertahankan Muar.

Gen Arhur Percivall

Westforce mengambil kedudukan, melindungi sempadan dari pergunungan (tengah Johor) ke persisiran Selat Melaka. Terdapat dua kawasan utama, dan keduanya dipecahkan lagi kepada sektor, yang jauh terpisah dan kebanyakannya disambung antaranya dengan komunikasi yang kurang baik.

Kawasan pertama adalah sekitar jalan utama dan landasan kereta api berhampiran Segamat. Tiga sub-sektor adalah:

a.    Kedua belah jalan dan landasan berhampiran Gemas. Disini, Briged India ke-8 membuat kubu pertahanan.

b.     Lebih di hadapan pada jalan yang sama, Briged Australia ke-27. Mereka bertanggung jawab bagi peranan menyerang balas, dan telah bersedia serangan hendap beberapa batu di hadapan.


c.    Di sebelah kiri Briged India ke-22 ditugaskan bagi mengawal laluan ke Segamat dari Melaka, yang mengelilingi kedua sisi Gunung Ledang.

File:UmpCABKYXM0.jpg
Sarjan Charles Parsons dan kaki tangan meriamnya dengan meriam 2 paun (Ordnance QF 2 pounder). Mereka berjaya memusnahkan enam kereta kebal Jepun.

File:25 pounder Bakri.jpg
A 25 pounder Anti-Tank Gun crew of the 8th Australian Division, AIF, in a camouflaged position, preparing to open fire on approaching Japanese in Johore

Kawasan kedua adalah yang melitupi Persisiran Timur dan jalan selari dengannya sehingga Selat Johor. Ini mempunyai dua sektor, sebenarnya selaras dengan tempat pertama tetapi mempunyai perhubungan kurang baik. Pertahanan kawasan ini diberikan kepada Brigade India ke-45, disokong oleh satu bateri artileri lapangan. Ia termasuk pelabuhan Muar, dan menjulur 30 batu ke hutan kearah Segamat, sepanjang sungai Muar yang berliku-liku, yang tebingnya dipenuhi tumbuhan tebal. Di atas perintah Maj Gen Gordon Benett, dua dari batalion itu diletakkan sepanjang tebing sungai, yang memisahkan mereka, sementara yang ketiga bertindak sebagai simpanan aktif di persisiran pantai.


Gen Gordon Benett

Sekumpulan dari Batalion Australia 2/30 berkubu dan menyembunyikan diri mereka di sebelah Jambatan Gemensah, yang menyemberangi sungai, sebagai sebahagian serangan hendap.Jambatan itu sendiri telah dipasang letupan, dan satu bateri artileri lapangan menduduki kawasan tanah tinggi dibelakang infantry dari mana ia dapat mengawal kemaraan musuh mendekati jambatan. Batalion ini, yang paling banyak berjaya membunuh musuh di bawah pemerintahan Lt Col Frederick Galleghan yang juga digelar (nickname) Black Jack.



Lt Col Galleghan @ Black Jack

Jambatan Gemensah (kedudukan tengah) pada 1945.

Pertempuran Jambatan Gemensah

Serangan hendap itu berlaku sekitar 4 petang pada 11 Januari, ketika pegawal hadapan musuh mara dengan menunggang basikal. Mereka mendayung menyeberangi jambatan, melepasi kawasan serangan hendap. Kemudian lalu perbarisan Jepun utama, beratus orang, juga berbasikal dan diikuti dengan kereta kebal dan lori jurutera. Pada ketika ini, jambatan itu diletupkan, dan kayu, basikal dan mayat berterbangan ke udara, sementara dari denai serangan hendap dan perangkap anti-kereta kebal lebih di hadapan melepaskan tembakan yang sengit, menumbangkan musuh disepanjang tepi jalan.

File:Bukit Pelandok defile.jpg
Lokasi pertempuran di Bukit Pelandok

Kehilangan jiwa terus berlaku dikalangan barisan Jepun yang diserang hendap. Bagaimanapun, sebahagian musuh yang melalui kawasan serangan hendap menjumpai kabel telepon lapangan tersembunyi dalam semak samun di tepi hutan yang menyusur sampai ke kedudukan meriam, dan terus memotongnya. Oleh itu artileri sahabat tidak menerima isyarat dan tidak terbabit dalam pertempuran sama sekali.

Pengawal Imperial kemudian menerima sokongan artileri. Bagaimanapun, kebanyakan peluru meriam sebaliknya menghujani jambatan, di mana orang mereka sendiri sedang dibunuh oleh pihak Australia, yang menambahkan bilangan kematian (sebarang tentera Jepun yang cedera dan tidak mampu berjalan atau berjuang akan dibiarkan oleh Tentera Imperial sebagaimana yang mereka diberikan kepada musuh yang tercedera atau tahanan perang). Pasukan penyerang hendap Australia telah menyebabkan kemalangan jiwa yang besar terhadap tentera Jepun.  Mereka seterusnya berundur dalam beberapa kumpulan pada petang yang sama dan menjelang hari berikutnya menyertai batalion mereka dikedudukan berhampiran Gemas. Pihak Berikat kehilangan 8 orang dan mengalami 80 tercedera.

Pertempuran di bandar Muar

Jeti menyeberang feri Muar, di mana Briged India ke 45 ditempatkan sepanjang 24 batu sepanjang sungai dengan pecahan (detachments) di hadapan sungai, bagi melindungi jalan persisiran utama di Muar dari kemaraan Division Pengawal Imperial.

Pada pagi 15 Januari, kapal terbang Jepun mula tiba dan mula mengebom junam tentera Australia, dan juga Bandar Gemas itu sendiri. Menjelang 10 pagi infantri musuh telah bertembung dengan barisan bertahan, dan sepanjang hari mereka disokong oleh jumlah kereta kebal yang meningkat. Tentera jurutera (Sapper) Jepun tidak membuang masa, dengan membaiki Jambatan Gemensah yang telah dimusnahkan.


Tentera Australia terus mematahkan serangan, menjadikan pihak Jepun kelam kabut dengan serangan balas yang kental. Tetapi pasukan tambahan Jepun kini bergerak masuk dengan berterusan. Menjelang ketibaan malam,  Lt. Kol. Galleghan mengundurkan batalionnya sepanjang jalan Gemas-Segamat.

Lt Col Galleghan membaca peta operasi

Pada malam yang sama, tentera Jepun menawan beberapa tongkang yang berlabuh di sebelah tebing selatan sungai Muar dan menundanya kehilir untuk mengepung Bandar Muar dan satu-satunya batalion simpanan. Tongkang -tongkang belayar menyeberangi kuala tanpa menerima tentangan kecuali pertempuran dengan peronda India yang berundur selepas pertempuran ringkas. Pasukan peronda tidak pernah memberitahu Ibu Pejabat bahawa tentera Jepun berada di tebing Selatan. Apabila pagi menjelang, pasukan pintasan Jepun mengejutkan kompeni Rifle Rajputana ke 7/6 dan mengundurkan mereka. Menjelang tengah hari, mereka menyerang dari arah hilir bandar Muar dan memutuskan talian komunikasi garison dengan batalion simpanannya, yang terletak berhampiran Bakri, di jalan utama selatan bandar Muar.

Pada 15 Januari 1942, Briged ke 45 India yang bertahan di garis pertahanan di Sungai Muar telah bertempur dengan pasukan elit Jepun dari Imperial Guards Division. Oleh kerana Briged ke-45 India dilihat lemah, Gordon Bennett, pemerintah Divisyen ke 8 Australia menugaskan dua batalion infantri askar Australia (Batalion 2/29 dan Batalion 2/19) dari Divisyen tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pertahanan Briged ke 45 India.

Briged ke 45 India dipaksa berundur ke arah Bakri, di mana anggota dari Batalion 2/29 infantri Australia dan anggota dari Rejimen ke 4 Anti-Kereta Kebal ditempatkan sebagai pasukan penghalang di Bakri. Pasukan tentera Jepun lolos benteng pertahanan di antara Batalion 2/29 dan Batalion 2/19 di Bakri. Batalion 2/29 terpaksa berjuang untuk mengundurkan diri kembali ke Bakri.


Pasukan Australia itu bertahan untuk membolehkan askar-askar India melarikan diri dari kepungan askar Jepun, tetapi askar-askar India itu diserang hebat oleh pasukan darat dan pasukan udara Jepun. Hampir kesemua pegawai turus Briged ke 45 India terbunuh ataupun cedera apabila markas mereka terkena bedilan bom.

File:Australian convoy wreckage.jpg
Serpihan peralatan askar Briged ke 45 India di kiri kanan jalan Pt Sulong

Di Bandar Muar itu sendiri, cubaan tentera Jepun bagi mendarat dan merampas pelabuhan dipatahkan oleh artileri Australia, yang menembak kearah tongkang- tongkang ketika mereka cuba menyeberang kuala. Menjelang lewat petang tentera Jepun yang telah pun menyeberang di hulu, menyerbu Bandar Muar dan menawan ibu pejabat garison, membunuh semua pegawai di dalamnya.


Menjelang senja 16 Januari, Bandar dan pelabuhan Muar jatuh ketangan musuh. Baki garison berundur beberapa batu kepersisiran sejauh Parit Jawa. Pasukan serangan hendap musuh kemudian ditempatkan bagi mematahkan sebarang seranganbalas pihak berikat, pada masa yang sama meneruskan kemaraan mereka kearah Bakri, Parit Sulong dan Batu Pahat.



Jambatan Gemencheh

Pengepungan Bakri

Pada 17 Januari, Briged India ke- 45 yang masih mentah, bersama Division Australia ke-8, Batalion ke-2/19 dan 2/29 berkhidmat sebagai sokongan, di hantar bagi menawan semula Muar. Mereka berkumpul sekitar Bakri  dan mengatur baris pertahanan sempadan kasar mengelilinginya. Komander mereka, Brig Herbert Duncan, merancang kemaraan serampang tiga mata dari situ ke Muar; melalui jalan utama antara bandar, hutan, dan sepanjang jalan persisiran. Serangan tersebut menjadi salah sebelum ia dilancarkan. Brigade tersebut terserempak dengan pasukan serang hendap Jepun, dan serangan balas itu dibatalkan. Pada hari berikutnya, Jeneral Nishimura memerintah serang tiga penjurunya sendiri terhadap Bakri, dan menjelang waktu petang pihak Jepun telah berada di jalan utama, hampir mengepung brigade tersebut.

Pasukan meriam anti kereta kebal pimpinan Sarjan Charles Parsons membedil bagi menghalang kemaraan k.kebal Type 95 Ha-Go Jepun di jalan Muar-Parit Sulong.

File:Three japanese Type 95 Ha-Go light tanks destroyed.jpg
File:Type 95 Ha-Go tank Malaya AWM 011298.jpg 
Kereta kebal Jepun Ha-Go dimusnahkan oleh Sarjan Charles Parsons dan anggota meriam 
anti-kereta kebalnya berhampiran Bakri.

Batalion Norfolk ke-6 dari Brigade British ke-53, yang ditugaskan untuk mempertahankan rabung sekitar 5 batu ke Barat Yong Peng, bimbang mereka akan ditawan atau dihapuskan dalam kawasan yang hampir dikepung. Pada awal petang 19 Januari, pasukan penjarah Jepun menyerang dan mengundurkan mereka dari rabung tersebut. Pihak British berundur melalui hutan tebal ke puncak rabung utara. Pasukan Norfolks gagal memaklumkan ibu pejabat kedudukan mereka kerana ketiadaan wireless.

Pada subuh keesokan harinya, pasukan Punjabi 3/16 diperintahkan bagi menawan rabung itu kembali. Ketika mereka tiba ke sana, mereka ditembak oleh pasukan Norfolks, yang menyangka mereka adalah musuh. Setelah mengalami korban di kedua belah, ia dapat diselesaikan. Tetapi sebelum pertahanan sempurna dapat diuruskan, tentera Jepun telah mara dan mengundurkan kedua tentera British dan India turun dari bukit.

 "Rekrut tentera India muda lemah. Mereka tidak tahu walaupun 
untuk berlindung, dan tidak terdapat cukup pegawai 
bagi mengawal mereka. 
Saya katakan ini bukannya berniat menghina. 
Ia adalah hukuman bertahun lewa untuk 
peperangan yang tiba mengejut" 

Lt Gen Arthur Percival

Sementara, General Duncan terbunuh ketika memimpin serangan balas bayonet, dan dengan kematiannya, Lt Col Charles Anderson mengambil alih pimpinan Brigade ke- 45. Awal pagi 20 Januari, mereka mula berbaris keluar dari Bakri kearah Yong Peng. Dalam jarak sebatu sahaja, mereka tertahan oleh halangan jalan. Beberapa usaha melepasinya gagal, sehingga serbuan bayonet dipimpin oleh Lt Col Anderson berjaya.

Lebih banyak sekatan jalan diharungi oleh brigade India. Menjelang senja, selepas bertungkus-lumus setiap jam siang, barisan itu hanya melepasi jarak sekitar tiga batu. Lt. Col  Anderson memberi amaran bahawa tidak ada masa untuk berehat malam itu dan memerintah perbarisan diteruskan. Brigade itu bagaimanapun telah sampai ketepi kawasan terbuka dan laluan lebih mudah, sungguhpun barisan itu dipenuhi dengan mereka yang tercedera.

PERTEMPURAN BATU PAHAT

Jambatan lama Parit Sulong

Pegawai Pemerintah batalion 2/19 Infantri Australia, Lt Col Charles Anderson mengambil alih tampuk pimpinan dan mengarahkan semua askar berundur secra teratur ke Parit Sulong. Di sana, Pertempuran Parit Sulong berlaku, melibatkan pertempuran hebat di antara pasukan askar Australia dan askar Jepun.


Sementara Lt Col Anderson menunggu kemunculan sebuah unit Tentera India yang hilang, pasukan askar Australia bertembung dengan askar Jepun dari arah depan dan dari arah belakang. Kedudukan mereka terkepung, dan Lt Col Anderson mengarahkan pasukan Australia itu bertempur untuk melepaskan diri daripada kepungan askar Jepun. Usaha mereka berjaya, dan satu laluan diperolehi untuk membolehkan pasukan Australia itu melepaskan diri daripada kepungan.



Balai Polis lama Parit Sulong



Lt Col Charles Anderson (kiri)


Pada pagi 22 Januari 1942, pasukan askar Australia itu sampai di Parit Sulong, tetapi mendapati jalan mereka dihalang oleh satu pasukan askar Jepun. Pada ketika itu, ramai askar Australia dan India yang mendapat cedera ataupun terbunuh. Pasukan British (Bn 2 Loyals) yang dihantar untuk membantu mereka pula tidak muncul. Lt Col Anderson memberikan arahan supaya mereka yang masih berdaya untuk melarikan diri dalam kumpulan-kumpulan kecil melalui jalan-jalan kampung. Mereka yang cedera terpaksa ditinggalkan.

Hanya 271 orang askar daripada Batalion 2/19 dan 120 orang anggota Batalion 2/29 dapat melepaskan diri daripada kepungan askar Jepun tersebut – kurang dari satu perempat daripada bilangan yang ada semasa pertempuran di Muar. Untuk keberanian dan kepimpinannya, Lt Col Anderson diberikan anugerah Victoria Cross. 

Jelas, dalam artikel ini yang saya pasti ditulis oleh 'Mat Salleh' telah menghilangkan peranan pasukan ASKAR MELAYU dalam pertempuran mempertahankan Negeri Johor dari langgaran Jepun.

Sila lihat komen saya di bawah nanti.




  PARIT SULONG MASSACRE 


Jambatan Parit Sulong, di mana tentera Australia berjuang pada peringkat akhir  Pertempuran Muar menentang pasukan Jepun yang lebih besar. Plak peringatan korban tentera Berikat diletakkan pada tahun yang sama. Jambatan ini dimusnahkan pada tahun 1994 dan digantikan dengan jambatan yang baru pada tahun 1997.


Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Jan 1942 yang dilakukan oleh anggota Divisyen Imperial  Pengawal Jepun (JIGD) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II. Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran jambatan Gemencheh.

Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Divisyen ke 8 Australia dan Briged Infantri ke 45 India sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

Setelah gagal berunding di bawah bendera putih untuk membenarkan mereka yang tercedera untuk lalu, pemerintah pasukan memutuskan bahawa pihak Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva (Geneva Convention ) mengenai tawanan perang dan memerintahkan kesemua mereka yang sihat dan mampu diperintahkan untuk berpecah ke dalam hutan, satu-satunya jalan bagi mereka kembali menyertai barisan pihak Berikat; tetapi bagi sekitar 110 tentera Australia dan 40 tentera India yang cedera terlalu teruk untuk melarikan diri, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk menyerah diri.

Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam sebuah bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Lt Gen Nishimura Takuma, Panglima Division Pengawal Imperial (25th Japanese Army) yang memberikan arahan untuk "menghapuskan" tahanan yang tercedera.

Dalam perbicaraannya, Nishimura mendakwa bahawa ini bererti "memindahkan mereka yang tercedera ke belakang" - tetapi Ketua Staf, Kolonel Imai Kamerjiro - yang tidak terselamat dalam perperangan - menambah; "Mayat tahanan hendaklah dibakar selepas selesai pembunuhan itu". Teks penuh arahan tersebut diberikan kepada Lt. Fujita yang ditugaskan bagi menghapuskan tahanan.

Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, sama ada duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang mulai menembak, mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam puluh galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki sebelum diisikan ke dalam lubang bom di jalan berhampiran.

Terdapat keterangan saksi lain yang menyatakan kisah berlainan, anataranya: Sesetengah dari mereka diikat dengan kawat di tengah jalan sebelum ditembak dengan mesingan dan dicurah dengan petrol dan dibakar dan (dalam kata-kata Russel Braddon selepas "dibakar hangus -  sebelum digelek ke hadapan dan ke belakang (secara teratur) dengan lori yang dipandu oleh tentera Jepun."  Kebanyakan mayat tersebut dijadikan pengisi lubang bom dijalan. Kenyataan penduduk tempatan turut melaporkan bahawa tahanan perang (POWs) diikat beramai-ramai dengan kawat dan dipaksa berdiri di atas jambatan, sebelum seorang tentera Jepun menembak seorang, menyebabkan yang lain jatuh kedalam Sungai Simpang Kiri  dan lemas.


Tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup sehingga tamat perang. Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu dan menjadi saksi mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang. Rekod rasmi menunjukkan seramai 150 orang yang tercedera dibunuh.




Lt Gen Takuma Nishimura kemudiannya disabitkan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) dan digantung hingga mati pada 11 Jun 1951. Dia juga telah disabitkan oleh Mahkamah British bagi penjara seumur hidup bagi Sook Ching Massacre. 

Nishimura adalah graduan Kelas (Intake) ke 22 dari  Imperial Japanese Army Academy dalam tahun 1910, selanjutnya mengikuti kursus Army Engineering School. Beliau merupakan graduan Kelas ke 32 Army Staff College tahun 1920. Sebahagian besar dari kerjayanya beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan staf dan pentadbiran dalam Imperial Japanese Army General Staff.

Nishimura pernah berkhidmat sebagai Presiden (Hakim) Mahkamah Tentera yang membicarakan pegawai tentera Jepun yang dituduh menyerang dan membunuh Perdana Menteri Jepun, Inukai Tsuyoshi pada tahun 1932.  (Kes ini melibatkan 11 orang anggota Tentera laut Jepun yang menyerbu masuk ke pejabat dan menembak mati Perdana Menteri). Semua pesalah dihukum dengan hukuman ringan. Untuk ini (menyebelahi tentera), Nishimura telah (kemudiannya) diberikan ganjaran dengan melantiknya menjadi pemerintah Imperial Guards Division, satu jawatan yang berprestij.

Dari tahun 1936-1938, Nishimura merupakan Panglima 9th Infantry Regiment, dan dari 1938-1939 memerintah Briged Pertama Heavy Field Artillery. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Chief of Staff of the Eastern Defense Army dari 1939-1940.  Pada tahun 1940 beliau dinaikkan ke pangkat Major General dan dilantik mengetuai pasukan Indochina Expeditionary Army dalam pencerohonan ke atas French Indochiba. Nishimura dinaikkan ke pangkat Lt Gen pada tahun 1941.

Dalam tahun 1941, Nishimura memerintah Briged ke 21 Independent Mixed Brigade, dan kemudiannya Imperial Guards Division semasa peperangan menawan Semenanjung Tanah Melayu (Malayan Campaign). Semasa berlaku Pertempuran Muar (Battle of Muar), Imperial Guards telah membunuh 155 askar tawanan Australia dan India (POW) dalam satu peristiwa yang dipanggil Pembunuhan (Penyiksaan) Beramai-ramai Parit Sulong (Parit Sulong Massacre).

Lanjutan dari penguduran Tentera Berikat (Allied Forces) di Singapore, Nishimura mengetuai kawasan timur pulau Singapura iaitu tempoh berlakunya satu lagi peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang dikenali sebagai "Sook Ching Massacre. Nishimura sendiri seringkali tidak sependapat dengan Pemerintah 25th Army, General Tomoyuki Yamashita. Hasilnya divisyen pemerintahannya telah menafikan Emperor's Victory Citation, dan beliau dipanggil balik ke Jepun dan dipaksa bersara pada April 1942.


Dari June 1943 hingga February 1944, Nishimura telah dilantik menjadi Gabenor di Negeri  Shan di utara Burma. Dari February 1944, Nishimura telah dilantik menjadi Gabenor tentera di Sumatra sehingga lah Perang Dunia II tamat.

 
General Tomoyuki Yamashita


==================================

Parit Sulong Massacre

For the wounded who were left behind, the Japanese, after mistreating them, massacred all except a handful who escaped.  A captured Australian ambulance column were not even spared. With kicks, clouts and curses, blows from rifle butts and bayonet jabs, their captors crammed them all into a couple of small rooms in a coolie hutment at Parit Sulong village on the Muar highway. The wounded lay piled upon one another's bodies on the floor. They were denied drinking water by the Japanese, who mocked them by bringing bucketfuls of it as far as the doorway-and then pouring it out upon the ground.

The prisoners were soon promptly trussed up into small groups with rope or wire, pushed into a roadside scrub at the point of a bayonet, and machine-gunned. Petrol was then flung over the bodies of the shot prisoners, some of whom were still alive, and then set alight to remove any evidence of war crimes committed by the Japanese.

One of the victims, Lieutenant Ben Hackney of the 2/29th Australian Battalion, survived to witness the horror. After crawling agonizingly away from the area, he came upon two members of his battalion, one of them Sergeant Ron Croft. Both were completely soaked in petrol and were among a few who were not tied when the prisoners were shot. They were joined by an English soldier. However, the man who was with Croft died of his wounds the next day. The remaining three were granted shelter in a Malay house for a while. Hackney, still unable to stand, persuaded the others to leave him while he remain hidden. Croft is presumed dead on 15 April 1942.

Hackney was soon carried off by the Malays and left some distance from the house. He was often refused help by Malays who feared reprisals, but was generally aided by the Chinese. He was caught by a party of Malays, one of them a policeman on 27 February, 36 days after he had begun his attempt to escape. They turned Hackney over to the Japanese at Parit Sulong and was subsequently beaten up. He survived the war and provided information regarding the massacre. He and Private Reginald Wharton are the only two European men who survived the massacre. Altogether, 145 prisoners lost their lives. Many of the Indian prisoners were beheaded.

 Lt Ben Hackney (1946)- salah seorang pegawai tentera Australia yang terselamat dari pembunuhan beramai-ramai di ParitSulong


==================================



 
Di sinilah berlakunya 'Parit Sulong Massacre'


22 Jan 2012. Today marks the 70th anniversary of a massacre of Australian prisoners at the Malayan village of Parit Sulong during World War II.

It is an atrocity that was lost to public consciousness for many decades. The publication in 2005 of The Bridge at Parit Sulong: An Investigation of Mass Murder, based on research by Sydney historian Lynette Silver, retrieved it from the mists of history.

Not only were the appalling events brought to public awareness again, but Silver also solved an enduring mystery underlying the atrocity.

Although Japanese general Nishimura Takuma, who ordered the killings, was hanged for war crimes - one of only two survivors of the massacre, Lt Ben Hackney, supplied a deposition against him - no traces of the victims' remains were found.

Troops of the Australian Imperial Forces captured at Parit Sulong on January 22, 1942, were involved in the fierce battle around the town of Muar.

It was part of a desperate fighting retreat by Allied forces during the Malayan campaign.
Though depleted and greatly outnumbered by 10,000 Japanese Imperial Guards, the Allied forces - of about 4000 Australians, with a small Indian Army group - inflicted heavy casualties on them. However, pushed back to the hamlet of Parit Sulong, the Australians were surrounded.

No relief would be forthcoming. Refusing to surrender, Lt-Col Charles Anderson, who was awarded the Victoria Cross for his role in the fighting, gave the order - every man for himself.

It was hoped at least some of the troops would make it through the jungle swamps back to Allied lines. But 110 badly wounded Australians and 35 Indian soldiers had to be left behind in trucks at the bridge.

It was expected they would receive Red Cross protection.

Instead, the Japanese forced them out of the vehicles, tied them together, bayoneted and machine-gunned them. Petrol was poured over the dead and dying men and they were set on fire.

"Post-war, not a single trace of any of these victims was found," Silver said.

"As the Japanese claimed they had been cremated, no further investigation in regard to the remains was undertaken."

Knowing it was impossible to cremate the bodies to ash, Silver was puzzled by the contradictory stories she encountered about the fate of the remains as she researched the history of the battle.

In addition to the cremation story, there was testimony that charred bodies were disposed of in a mass grave. Others said the victims were thrown in the river.
To complicate matters, survivor Lt Hackney saw no sign at all of the battle or massacre when he passed through the village after recapture.

Then, in 2003, in an upgrading of the Parit Sulong bridge, human bones were found.
Later, an Australian-Malaysian archaeological examination of the site was done through the Department of Defence's Unrecovered War Casualties Unit.

However, this only deepened the mystery. Despite three weeks of sifting tonnes of dirt, no trace of the massacre was found.

"Indeed, the most remarkable feature of the excavation was there was nothing to indicate the area had been subjected to fierce fighting, or that large numbers of Allied troops and civilians had been killed there," Silver said.

"Malaysian archaeologist Dr Stephen Chia remarked that he had never excavated a site with such potential that had yielded not a single archaeological find of any significance."
Silver finally solved the puzzle. The drains (or parits) in the area emptied at low tide. They made a perfect mass grave.

She was able to pinpoint that the "burial" had taken place on January 23. The bodies would have later washed out on the evening high tide.


"Any residual remains would soon be flushed by the monsoonal rain, which resulted in massive floods about two weeks later," she said.




   WHAT WAS MISSING?   



Sepanjang tulisan berkaitan Pertempuran Muar dan Parit Sulong, penulis langsung tidak menyebut  sumbangan Askar Melayu untuk mempertahankan tanah air.  Hanya askar British, Australia dan India sahaja yang diperbesarkan.  Benarkah mereka tidak terlibat dalam dua pertempuran besar ini?

Dari awal hingga akhir, hanya nama-nama berikut yang disebut sebagai hero yang berjuang untuk mempertahankan Malaya:

    1.   Lt Gen Arthur Percival - General Officer Commanding of Malaya
    2.   Maj Gen Gordon Benett - Commander of Australian 8th Div Infantry Forces
    3.   Brig Gen Herbert Duncan - Commander of 45th Indian Brigade
    4.   Lt Col Charles Anderson - CO of 2/19 Australian 2/19 Inf Bn
    5.   Lt Col Frederick Galleghan - CO of Australian 2/30 Inf Bn
    6.   Sgt Charles Parsons - Artilerry Pl Cdr


Saya cuba mencari dalam website dan blog-blog mengenai peranan RAMD ini, tapi terlalu sedikit catatan mengenainya.  Malah dalam website RAMD pun tidak banyak bercerita tentang peranan mereka dalam Pertempuran Muar dan Batu Pahat.  Ini sahaja yang tercatat:

"Dalam mempertahankan maruah bangsa melayu dan membuktikan keperwiraan anak-anak watan, 2 buah batalion Rejimen Askar Melayu Diraja telah terlibat di dalam Perang Dunia ke 2.  Di antara pertempuran yang menjadi ingatan dan kebanggan Kor Infantri adalah “Battle Of Muar”. Di dalam pertempuran ini, Lt Ibrahim Alla Dita selaku Ketua Platun telah membuktikan keberaniannya. Beliau telah dianugerahkan “Military Cross”  iaitu pingat yang tertinggi Perang Dunia ke 2 bersama dua  lagi rakannya iaitu Lt Ismail Babu dan Kpl Yaakob Bidin".

Pada 25 Nov 1991 (sempena harijadiku  yang ke 32), aku ada membeli sebuah buku bertajuk Askar Melayu 50 Tahun tulisan seorang sejarawan, Abdul Samad bin Idris (Allahyarham Tan Sri, seorang bekas Menteri Kabinet), yang mendedahkan banyak kesah suka duka Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1933.

Dalam muka surat 136-140 ada menceritakan penglibatan aktif 'Kompeni D, Batalion ke 2 Askar Melayu' dalam Pertempuran Batu Pahat (tapi aku telah ubahsuai sikit gaya bahasanya - fakta dikekalkan):

Ketiadaan Askar Melayu bertahan di Tanah Melayu (kerana telah diperintahkan berundur ke Singapura pada 12 Jan 1942) telah menyebabkan Briged ke 45 Infantri India yang bertahan di Segamat dan Muar terdedah kepada ancaman serangan musuh (Jepun).  Jepun terus mengganas, dengan bantuan serangan dari udara terus mengasak dan mengkucar-kacirkan pertahanan British.  pada 19hb pasukan Divisyen Pengawal Imperial (IGD) menawan Muar.  Briged ke 45 IIF berundur ke Yong Peng.  Briged ke 6 dan 15 British Inf  (diperintah oleh Brig Challen) menguatkan pertahanan di  Jemaluang, Kluang, Ayer Hitam dan Batu Pahat.

Batu Pahat bukanlah medan yang asing bagi orang Jepun.  Sebelum perang meletus, ramai orang Jepun  yang berkerja diladang getah dan lombong besi.  Mereka sebenarnya merupakan spy Jepun, telah memahami selok belok jalan di pendalaman Batu Pahat.  Ini memudahkan pergerakan tentera Jepun.  Pasukan British yang dipimpin oleh Challen semakin tersepit. Briged ke 45 IIF telah kecundang di Yong Peng dan menyerahkan aset dan senjata mereka kepada pihak musuh. 

Pemerintah tentera British semakin panik dan hilang pertimbangan strategi.  Mereka semakin goyah dan takut menghadapi kemaraan Jepun sehinggakan 'D Coy', Bn ke 2 Askar Melayu yang diperintah berundur ke Singapura pada 14 Jan dan ditempatkan di Kem Normanton, Singapura telah diarah balik ke Batu Pahat pada keesokan harinya (15hb) untuk membantu pertahanan di situ. Kehadiran D Coy menjadikan 6 pasukan bergabung di batu Pahat di bawah perintah Brig Challen iaitu:

      1.   Bn British
      2.   Pasukan Cambridgeshire ke 2
      3.   1 Bty 155th Field Regt
      4.   11th Heavy AA Bty
      5.   D Coy, 2th Bn Askar Melayu
      6.   Unit Pentadbiran

Tiga pegawai Melayu yang terlibat bersama D Coy ialah Lt Ibrahim Alla Ditta, Lt Yazid bin Ahmad dan Lt Muda Mohd Ali Sharakat.  Mereka telah membuktikan keperwiraan dengan berjuang berhabis-habisan menentang kemaraan dan menyekat usaha Jepun untuk menyeberangi Sg Batu Pahat sepanjang malam 18hb Jan 1942.  Kelewatan kemaraan Jepun ini membolehkan Bn British berundur ke Singapura pada 19hb dan meninggalkan Askan Melayu mengawal lapangan terbang di Tg Labuh. 

Pada 20hb satu pasukan kecil Askar Melayu  berundur ke Pontian, namun perjalanan mereka disekat oleh banyak sekatan jalan tentera Jepun di antara Senggarang dan Rengit.  Pasukan British (termasuk Askar Melayu) tersepit dan terputus bantuan. Lt Ibrahim dengan beraninya telah menyusup ke kawasan musuh membuat tinjauan kekuatan musuh.  Tindakan berani ini amat dikagumi oleh pemerintah D Coy  iaitu Col Morrison. 

Pada 19hb itu juga Jepun berjaya merempuh Batu Pahat dan terus maju ke selatan. Pasukan British semakin lemah dan berpecah dan cuba melepaskan diri dari kepungan Jepun.  Pada 25hb Brig Challen dan pasukannya melarikan diri ke arah Benut melalui jalan pantai dan memerintahkan supaya senjata dan kenderaan dimusnahkan supaya tidak jatuh ke tangan Jepun.  Seramai 2000 tentera British terkepung di kawasan pantai di Punggur,  Rengit, tersepit antara kemaraan Jepun dan air Selat Melaka yang terbentang luas.

Lt Ibrahim Alla Ditta

Dalam saat genting ini, Lt Ibrahim sekali lagi menunjukkan keberaniannya menyusup ke kawasan musuh mencari maklumat dan mencuri semula dua pucuk British gun (yang telah ditinggalkan) dan melarikannya dari Batu Pahat ke Punggur melalui kebun-kebun dan belukar.

LtM Mohd Ali pula menyamar sebagai nelayan dan berkayuh sejauh 32 batu ke Pontian Kecil untuk mendapatkan bantuan dari Markas Divisyen di situ.  Keberanian mereka membolehkan 2000 tentera British diselamatkan oleh kapal HMS Dragonfly dan HMS Scorpion pada 29hb Jan dan dibawa ke Singapura.  D Coy samp ke Singapura pada jam 2 pagi 30hb Jan untuk menyertai semula pasukan mereka di Kem Normanton.

Lt Yazid bin Ahmad (Beliau diserapkan dari Kapten dalam pasukan Sukarela Simpanan di MPSI ke Askar Melayu) telah ditawan oleh tentera Jepun dalam pertempuran mempertahankan Batu Pahat dan di bawa ke Siam untuk dijadikan buruh paksa membina landasan keretapi dan meninggal dunia di sana.


Di atas semangat keberaniannya Lt Ibrahim Alla Ditta telah dianugerahi dengan pingat 'Military Cross (MC)' iaitu pingat yang tertinggi untuk Perang Dunia II.  Beliau juga adalah anak Melayu dan anak Tanah Melayu (Malaya) yang pertama dianugerahi pingat tersebut.  Ibrahim terus berkhidmat dalam ATM dan bersara dalam pangkat Mejar dalam tahun 1954.


"These young untried soldier (Askar Melayu)
acquitted themselves in a  way which bore
comparison with the very best troops in Malaya,
in particular by their stubborn defence of the
Pasir Panjang Ridge at the height of the Battle of Singapore, 
they set an example of steadfastness and endurance
which will become a great tradition in the Regiment and 
an inspiration for future generations"

Lt Gen Arthur Percival
GOC Malaya 1941/42
World War II


RUJUKAN
www.wikipedia.com
www.ask.com
Askar Melayu 50 Tahun oleh Abd Samad Idris 
Memoir Seorang Pejuang oleh Mej (B) Mohd Khalid Abd Hamid
RAMD 1933-1986 oleh Syed Othman Syed Omar 

No comments:

Post a Comment