Tuesday, February 3, 2015

046 NEGERI 14: WILAYAH PERSEKUTUAN

WILAYAH PERSEKUTUAN

Sekarang tibalah kita ke negeri ke 14 dalam Malaysia, iaitu negeri terbaru dan terakhir dalam Persekutuan Malaysia. Wilayah Persekutuan hanya diwujudkan dalam tahun 1974, iaitu setelah 17 tahun (1957) Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan setelah 11 tahun Negara Malaysia ditubuhkan (1963).

Sebelum menulis lebih banyak lagi, ingin aku maklumkan bahawa sebahagian besar dari hayatku adalah dihabiskan di WP Kuala Lumpur.

  • Aku dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di daerah Batu Pahat dari tahun 1959 sehingga 1977, iaitu selama 18 tahun.
  • Aku belajar di UTM Jalan Gurney selama 2 tahun dari tahun 1977 hingga 1979 (waktu itu WPKL belum diwujudkan).
  • Aku kembali menganggur di kampung selama setahun (Mei 1979-April 1980) setelah gagal pengajian di UTM.
  • Aku menjalani latihan ketenteraan di SPK, Port Dickson dan latihan penerbangan/attachment di TUDM Kluang selama setahun 6 bulan dari April 1980 hingga September 1981)
  • Aku bertugas di TUDM Kuching, Sarawak selama 1 tahun 6 bulan dari Okt 1981 hingga April 1983)  kemudian berkursus di TUDM Kinrara selama 6 bulan dari April hingga Okt 1983.
  • Aku bertugas di TUDM Kuantan, Pahang selama 2 tahun 8 bulan dari Okt 1983 hingga Jun 1986.
  • Aku melanjutkan pengajian di ITM Shah Alam dan tinggal di Seksyen 17 Shah Alam, Selangor selama 3 tahun dari Jun 1986 hingga Jun 1989 dan kekal tinggal di Shah Alam sehingga Jan 1993.
  • Aku berpindah ke OMQ 121, Lorong Golok di Kem MINDEF mulai Jan 1993 hingga Okt 2007, OMQ Desa Wangsa Keramat mulai Okt 2007 hingga Jan 2010 dan OMQ Jalan Handalan 4/4 dari Jan 2009 hingga kini (Feb 2015), jumlahnya sehingga kini ialah 22 tahun.

Ini bermakna, dari jumlah 55 tahun usiaku (2015) aku tinggal di WPKL selama 24 tahun. Kalau Allah izinkan usiaku panjang dan bersara dalam tahun 2019, aku akan tinggal di WPKL selama 4 tahun lagi, menjadikan jumlahnya 28 tahun!. Lepas itu aku akan memulakan sejarah kehidupan baru sebagai warga Negeri Sembilan.

Lebih nostalgik, dua orang dari 6 anak aku dilahirkan di WP KL.  Muhammad Heikal (anak ke 5) dilahirkan di rumah (OMQ 121, Blok JKR 4501, Lorong Golok, Kem KEMENTAH) pada 26 Mei 1995, manakala anak bungsuku, Nurul Azyan dilahirkan di Hospital KL pada 4 Mei 2000.


SINOPSIS WILAYAH PERSEKUTUAN

Sejarah WP bermula dengan WP Kuala Lumpur sebelum diperluaskan wilayahnya kepada Labuan dan Putrajaya.

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga merupakan ibu negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972. 

Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.

WP KL merupakan wilayah (bertaraf negeri) dalam Persekutuan Malaysia. WPKL ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir tiga sub-wilayah berikut:

  1. WP Kuala Lumpur yang meliputi keluasan 244 km persegi ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur;
  2. WP Labuan yang berkeluasan 92 km persegi ditadbir oleh Perbadanan Labuan dan Majlis Perbandaran Labuan.
  3. WP Putrajaya yang berkeluasan 46 km persegi diurustadbir oleh Perbadanan Putrajaya.

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978 untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaras dengan  Akta Tugas-tugas Kementerian 1969. Penubuhan KWP adalah susulan dari penubuhan WP Kuala Lumpur pada 1 Feb 1974. Pada masa itu fungsi KWP meliputi penyelarasan perancangan dan pembangunan WPKL dan Lembah Klang.  Menteri pertama yang mengepalai KWP ialah Perdana Menteri ketika itu, Dato Seri Hussein Onn dan Timbalan Menterinya ialah YB Datuk Abdullah bin Ahmad Badawi.

Setelah 8 tahun beroperasi dan tugasnya semakin luas apabila Labuan juga diiktiraf sebagai WP pada tahun 1984, taraf KWP telah dituruntaraf kepada sebuah Bahagian dalam Jabatan PM pada tahun 1987.  Jabatan ini dikenali sebagai Bahagian  Pembangunan WP dan Perancangan  Lembah Klang.  PM ketika itu ialah Dato Seri Dr Mahathir bin Mohamad.

Apabila Datuk Seri Abdullah Badawi menjadi PM (mulai Okt 2003) pada bulan Mac 2004 beliau membuat rombakan kabinet secara besar-besaran meliputi penubuhan beberapa kementerian baru dan penggabungan dan pemecahan kementerian lama.  Dalam rombakan itu, KWP telah diwujudkan semula.  Kementerian khusus untuk WP kembali menjadi penting dengan penubuhan WP Putrajaya pada 1 Feb 2001.  Fungsi lamanya dikekalkan.

Apabila Dato Sri Najib mengambil-alih tampok kepimpinan negara pada tahun 2009, fungsi KWP telah diperkasakan lagi meliputi fungsi pembasmian kemiskinan dalam kawasan perbandaran di seluruh negara, dan pada 13 November 2009, KWP bertukar nama menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing).

Semasa pembentukan kabinet 2013, KWPKB telah dikembalikan kepada nama asalnya iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan. Fungsi 'Kesejahteraan Bandar' diambil alih oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


SENARAI NAMA MENTERI

Senarai nama Menteri Wilayah Persekutuan sejak ia ditubuhkan pada tahun 1978 ialah:

  • Dato' Seri Hussein Onn (1979 - 1981) (Tun)
    • Timbalan: Datuk Abdullah bin Ahmad (1978-1980)
  • Dato Shahrir bin Abd Samad (1981-85) - (Tan Sri)
    • Timbalan: Ahmad Shah bin Hussein Tambakau (1981 - 1982)
    • Timbalan Mukhyiddin Mohd Yassin (1982-1983)
  • Dato Abu Hassan bin Omar  (1985 - 1987) (Tan Sri)
    • Timbalan: -
KWP dibubarkan pada tahun 1987 dan diwujudkan semula pada tahun 2004: 

  • Tan Sri Mohammad Isa bin Abd Samad (27 Mac 2004 – 17 Okt 2005)
  • Datuk Seri Shahrizat bt Abd Jalil (Pemangku – 18 Okt 2005 – 16 Feb 2006)
    • Timbalan: Datuk Zulhasnan bin Rafique (Mac 2004 - Feb 2006)
  • Dato Hj Zulhasnan bin Mohd Rafique (16 Feb 2006 – 07 Apr 09)
    • Timbalan: Datuk Hj Abu Seman bin Yusoff (2006 - 2006)

Pada 13 Nov 2009 KWP dijenamakan semula sebagai Kementerian WP dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB):


  • Senator Datuk Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin (08 Apr 09 - 6 Mei 2013)
    • Timbalan: Datuk M. Saravanan

Pada 16 Mei 2013, KWPKB sekali lagi dikembalikan kepada nama asalnya iaitu KWP: 


  • Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (6 Mei 2013 - kini)
    • Timbalan: Datuk Loga Bala Mohan



 WP KUALA LUMPUR 


Kuala Lumpur atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) merupakan ibu negara dan pusat perundangan dan diplomatik dan pusat komersil utama Malaysia. WPKL pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran negara sebelum dipindahkan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2002.

Sejarah Kuala Lumpur


Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

Ia dijadikan ibu negeri Selangor pada tahun 1880 kerana disebabkan kejayaan Kapitan Yap. Dia menjadikan Kuala Lumpur sistem keadilan batasan yang berkesan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, dan memastikan Kuala Lumpur menjadi pusat perdagangan di Selangor. Selepas kebakaran Kuala Lumpur pada tahun 1881, Kapitan Yap bercadang membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun. Dia membina sekolah yang pertama di Kuala Lumpur dan sebuah tempat tinggal untuk orang yang tidak berumah. Kuala Lumpur kepunyaan Yap adalah bandar batasan agak berbahaya melihat pada Yap sendiri seorang ahli kumpulan samseng dan peperangan samseng perkara yang biasa. Kapitan Yap mengizinkan lesen rumah pelacuran, kasino dan salun mabuk. Sir Frank Swettenham pada waktu itu diwakilkan Residen Selangor dan dia menjadi orang bertanggung jawab untuk membuat Kuala Lumpur kedudukan pentadbiran Selangor. Masa pentadbirannyalah Kuala Lumpur bersambung menjadi bandaraya kaya dan aman, selepas kematian Kapitan Yap. Apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu digabungkan dengan Swenttenham sebagai penjaganya pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi ibu negerinya.
Pada Perang Dunia II tentera Jepun menakluki Kuala Lumpur pada 11 Januari, 1942 dan menguasai bandar itu selama 44 bulan.

Era Selepas-Merdeka (1957-1990)

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur menjadi ibu negaraPersekutuan Tanah Melayu dan bersambung menjadi ibu negara kepada yang dinamakan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Untuk peristiwa kemerdekaan, sebuah stadium besar, Stadium Merdeka, dibinakan, di mana Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, mengumumkan kemerdekaan Malaya di hadapan orang yang sangat ramai. Bendera Union Jack diturunkan dari tiang bendera di Dataran Merdeka dan bendera bendera Tanah Melayudinaikkan. Tempat itu menandakan kekuasaan British kerana ia adalah padang kriket untuk pentadbiran penjajah dan menghadapi Kelab Diraja Selangor, kelab Malaya yang terekslusif dan untuk Orang Putih sahaja.

Pada 1 Februari 1972 Kuala Lumpur diberi taraf bandar raya. Pada 1 Februari 1974 Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor dan bandar itu menjadi Wilayah Persekutuan.

Era Komteporari (1990-Sekarang)

Kuala Lumpur maju dengan cepat semenjak Kepesatan Ekonomi Asia pada awal 1990an (ketika itu pukul rata tumbuhan ekonomi ialah 10%). Pencakar langit telah dibinakan dan Kuala Lumpur, bekasnya kota kara penjajahan yang tidak bermaya, telah menjadi salah satu bandar yang tersibuk, maju dan bersemangat di Asia Tenggara. Kesesakan jalanraya are a scourge commuters endure daily, despite the numerous lebuhraya 6-baris dibinakan ke seluruh bandar (termasuk lebuhraya dua tingkat). Perkidmatan Bas dikenali dengan ketidakteraturnya and ketidakcukupnya.

Kebanyak tempat pusat KL telah membesar tanpa menggunakan rancangan pusat. Kebanyakan pusat itu walau apa pun, menjadi jalan-jalan di kawasan bandar yang lebih tua sangat kecil, winding and bersesakan. Gaya seni bina di bahagian ini ialah jenis penjajah unik, bentuk kacukan Eropah dan Cina.

Bentangan jalan yang menghadap Dataran Merdeka adalah mungkin jalan yang termasyur di Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad dengan kubah tembaganya dan gaya seni bina Moorish berdiri di sini, seperti juga salah satu tiang bendera yang tertinggi di dunia, yang berdiri di Dataran Merdeka. Sehingga tahun 2004, mahkamah atasan persekutuan (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) yang ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, semenjak itu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutu telah dipindah ke Istana Keadilan Putrajaya. Bangunan Dayabumi dapat dilihat dari situ kerana wujudnya di seberang jalan. Kawasan ini digunakan sebagai titik fokus perbarisan Hari Kemerdekaan Malaysia, yang disiarkan di televisyen di seluruh Malaysia. Akan tetapi pada tahun 2003, perbarisan itu dipindahkan ke jalan berhias di Putrajaya, mengikut dengan taraf Putrajaya sebagai pentadbiran baru ibu negara Malaysia. Yang menariknya, ibu pejabat Polis putih yang letaknya di atas Bukit Aman juga menghadap Dataran.

Tempat lain di bandaraya Kuala Lumpur telah dibangunkan dengan cara piawai, persamaan dengan ibu negara lain di negara-negara lain. Tumpukan perhatian, arkitek telah digesakan untuk menggabungkan elemen seni tradisional pada pekerjaan mereka. Contoh pergabungan ini adalah bangunan Dayabumi, pencakar langit pertama Kuala Lumpur, Bangunan Tabung Haji and Menara Telekom, kedua-duanya dikaryakan oleh arkitek tempatan Hijjas Kasturi, dan sudah tentu, Menara Berkembar Petronas.


Kuala Lumpur telah diundikan sebagai salah satu dari sepuluh bandar, yang terbaik di Asia pada majalah utama Asia Asiaweek.


 
Jalan Bukit Aman 1900
Jalan Ampang 1910
Sultan Abdul Samad Building 1910
Sultan Abdul Samad Building 1930
Java Street (Jalan Tun Perak) 1923
Old Market Square (Medan Pasar) 1957


Bukit Aman sekarang

Panggung Odeon, Jalan Tuanku Abd Rahman 1953
x
 
High Street (sekarang Tun HS Lee) dan Foch Avenue (Jalan Tan Cheng Lock) 1960
Masjid Jamek Kuala Lumpur 1960an

Ampang Park awal 1970an



DEWAN BANDARAYA KL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah sau-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia mentadbir WPKL . DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Persuruhjaya Ibu Kota pada masa itu.

Senarai nama Datuk Bandar KL sejak ia diisytiharkan sebagai Bandaraya pada 1 Feb 1972 ialah:
  • Tan Sri Datuk Lokman bin Yusof  (1 Feb 72 - 15 Mei 72) meninggal dunia dalam jawatan.
  • Tan Sri Yaacob bin Datuk Dr Abdul Latiff  (Julai 72 - 31 Jan 82) 
  • Tan Sri Datuk Elyas bin Omar  (1 Feb 1983 - 17 Nov 1992)
  • Datuk Dr  Mazlan bin Ahmad  (Tan Sri) (18 Nov 1992 - 14 Dis 1995) - Tan Sri
  • Tan Sri Datuk Kamaruzzaman bin Shariff ( 15 Dis 95 - 14 Dis 2001)
  • Datuk Mohamad Shaid bin Mohd Taufek   (15 Dis 2001 - 14 Dis 2004)
  • Datuk Roslin bin Hassan  (15 Dis 2004 - 31 Nov 2006)  
  • Datuk Abdul Hakim bin Borhan  (1 Dis 2006 - 13 Dis 2008)  
  • Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail (14 Dis 2008 - 15 Julai 2012)
  • Datuk Seri Ahmad Phesal bin Talib (18 Julai 2012)
Kem Tentera
  • Kem Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
  • Kem Imphal, Jalan Padang Tembak
  • Kem Batu Kantonmen, Jalan Ipoh
  • Kem Perdana, Sungai Besi
  • Kem Wardieburn, Jalan Setapak
  • Kem Genting, Jalan Setapak
  • Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sempang (Sg Besi)
  • KD Sri Klang, Jalan Sultan Yahya Petra
  • KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak
                          
Tarikan Pelancong
  • Masjid Negara
  • Stesen Keretapi Tanah Melayu
  • Muzium Negara
  • KL Sentral
  • Memorial Tunku Abdul Rahman
  • Memorial Tun Abdul Razak
  • Memorial Tun Hussein Onn
  • Galeri Perdana (Memorial Tun dr Mahathir)
  • Taman Burung
  • Taman Rama-rama
  • Taman Tasik Perdana
  • Taman Orkid
  • Memorial P Ramlee
  • Istana Budaya
  • Balai Senilukis Negara
  • KLCC
  • KLICC (Under Water Park)
  • China Town, Jalan Petaling
  • Pasar Budaya (Central Market)

Pusat Pengajian Tinggi
  • Universiti Malaya, Lembah Pantai
  • Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kota
  • Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
  • Universiti Teknologi Tun Abdul Razak (UNITAR)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM)
  • Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Bukit Jalil
  • Asia e University (AeU)
  • International Centre for Education in Iskamic Finance (ICEIF) University
  • University College of Sedaya International  (UCSI) University
  • KL Metropolitan University College (KLMUC)
  • International University College of Technology, Twintech (IUCTT)
  • Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya
  • Kolej Universiti HELP
  • Malaysian Allied Health Science  (MAHSA) University College
  • Asia Pacific University College of Technology and Innovation |(APUCTI)
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR YANG TELAH DITUKAR NAMA

Ampang Road - Jalan Ampang
Ampang Street - Leboh Ampang
Batu Road - Jalan Tuanku Abdul Rahman
Birch Road - Jalan Maharajalela
Bluff Road - Jalan Bukit Aman
Brickfields Road - Jalan Sambanthan
Campbell Road - Jalan Dang Wangi
Cecil Street - Jalan Hang Lekir
Church Street - Jalan Gereja
Clarke Street - Jalan Mahkamah Tinggi
Club Road - Jalan Parlimen
Cross Street - Jalan Silang
Dickson Street - Jalan Masjid India
Davidson Road - Jalan Hang Jebat
Foch Avenue - Jalan Cheng Lock

Gurney Road - Jalan Semarak kemudian Jalan Sultan Yahya Petra
High Street - Jalan Bandar - Jalan Tun H S Lee
Holland Road - Jalan Mahkamah Persekutuan
Hospital Road - Jalan Chenderasari
Java Street - Mountbatten Road - Jalan Tun Perak
Klyne Street - Jalan Hang Lekiu
Malacca Street - Jalan Melaka
Market Street - Leboh Pasar Besar
Old Market Square (Macao Street + Hokkien Street) - Medan Pasar
Parry Road - Jalan P Ramlee
Petaling Street - Jalan Petaling
Pudoh Street - Jalan Pudu
Rodger Street - Jalan Hang Kasturi
Shaw Road - Jalan Hang Tuah
Station Street - Jalan Balai Polis
Sultan Street - Jalan Sultan
Swettenham Road - Jalan Mahameru
Theatre Street - Jalan Panggong
Treacher Road - Jalan Sultan Ismail
Venning Road - Jalan Perdana
Victoria Avenue - Jalan Sultan Hishamuddin
Weld Road - Jalan Raja Chulan





WP LABUAN





Wilayah Persekutuan Labuan merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 kilometer persegi. Pulau Labuan terletak sekitar 10 kilometer dari pantai Sabah, dan 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai ( offshore financial centre ) dan pelabuhan bebas cukai. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".


Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjau persisiran pantai menjadikannya sebagai destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi menyelam skuba.



Sejarah Labuan

Pada tahun 1846, Pulau Labuan diserahkan kepada Britain oleh Sultan Brunei dan mulai 1849 hingga 31 Dis 1889 Labuan ditadbir oleh Pejabat Tanah Jajahan British di London.  Mulai 1 Jan 1889 Labuan ditadbirurus oleh British North Borneo Company sehingga 1905 (atau 1907).  Dari 1907 hingga 1912 Labuan menjadi sebahagian dari Negeri-negeri Selat (the Straits Settlements) ditadbir oleh Gabenor di Singapura. Pada tahun 1912, Labuan keluar dari Negeri Selat dan ditadbir semula oleh Syarikat British North Borneo.  Pada awalnya Labuan diletakkan di bawah kawalan Sir James Brooke (Rajah Sarawak) mulai 27 Nov 1847 hingga 1848.

Selepas itu, Labuan ditadbir oleh Pegawai-pegawai British berikut:

Lieutenant Governor

  • William Napier (Lieutenant Governor) (1848 - 1850)
  • John Scott (Lieutenant Governor) (1859 - 1856)
Governor
  • George Warren Edwards (1856 - 1861)
  • Jeremiah Thomas Fitzgerald Callaghan (1861 - 1866)
  • Hugh Low (1866 - 1867)
  • John Pope Hennessy (1867 - 1871)
  • Henry Ernest Gascoyne Bulwer (1871 - 1875)
  • Herbert Taylor Ussher (1875 - 1879)
  • Charles Cameron Lees (1879 - 1881)
  • Peter Leys (1881 - 1888)
  • Arthur Shirley Hamilton (1888 - 1890)


Dalam Perang Dunia II, Labuan turut ditakluki dan ditadbir oleh Jepun mulai 3 Jan 1942 hingga 10 Jun 1945.  Semasa pendudukan Jepun, nama Labuan ditukar menjadi Pulau Maida. Komander Tentera Jepun di Labuan ialah Hichiro Okuyama.

Apabila Jepun menyerah kalah, Labuan kembali ditadbir semula oleh Syarikat British North Borneo sebagai sebahagian dari Borneo Utara (kemudian Sabah).  Pada 16 Sep 1963 Labuan yang merupakan sebahagian dari Sabah telah menyertai penubuhan Malaysia.

Pada 16 April 1984, Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.





Kem Tentera

  • Kem Labuan
  • Unit TLDM Labuan (bekas kompleks Markas Wilayah Laut II)
  • Pangkalan Udara Labuan
  • Kompleks TUDM Bukit Kubong

Destinasi Pelancongan

  • Kuil Kwong Fook Kung dibina 1952, kuil Cina tertua di Labuan.
  • Laluan Gurdwara Sahib dibina 1957 oleh golongan Sikh.
  • Taman Kedamaian (Peace Park) di Pulau Layang-layang yang merupakan taman peringatan Perang Dunia II.
  • Pulau Papan
  • Senibina Masjid Jamek An'nur

IPT

  • Kampus Antarabangsa UMS

WP PUTRAJAYA



Ringkasan Sejarah WP Putrajaya


Pada 01 Feb 2001  Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Sebelum, Putrajaya dikenali sebagai Kampung Prang Besar dalam daerah Sepang, Selangor.

Putrajaya dibangunkan dan diurustadbir oleh Perbadanan Putrajaya di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Azizan bin Zainal Abidin.  Pada 2 Ogos 2004 Tan Sri Dato Azizan bin Zainal Abidin meninggal dunia pada 14 Jul 2004 dan digantikan oleh Tan Sri Dato Shamsudin bin Osman pada 2 Ogos 2004.


 
Estet Prang Besar

Tempat Tarikan Pelancong

Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Dari sebuah perkampungan terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia MSC), Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Okt 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS,  syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).

Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.

Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya . Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ianya seakan-akan Washington DC, USA, Canberra, Australia dan Brasilia, Brazil.

Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra al Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.



Politik

WP Putrajaya sendiri merupakan satu kawasan Parlimen dan diwakili oleh seorang Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.


Pengangkutan

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah:
  • untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
  • untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
  • untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
  • untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.
Jalan Raya

Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North South Central Expressway Link , NSCEL) dan Lebuhraya Selatan Lembah Klang ( South Klang Valley Expressway. SKVE terletak di utara Putrajaya dan akan disambungkan ke sebuah lagi lebuhraya di mana tidak ada sebarang bayaran tol yang dikenakan. Putrajaya dikelilingi oleh beberapa lebuhraya dan jalan utama:
  • South Klang Valley Ekspressway (SKVE)
  • North South Central Expressway (NSCEL)
  • Lebuhraya Puchong-Damansara
  • Lebuhraya KL-Seremban
Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Sentral Link (NSCEL) dan Lebuhraya KLIA. NSCEL yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuhraya Klang Baru (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan NSECL di Persimpangan Nilai.ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.

Pelancongan

Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan,Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah :
  • Perdana Putra
  • Masjid Putra
  • Jambatan Putra
  • Dataran Putrajaya
  • Millennium Monument
  • Palace of Justice
  • Seri Perdana
  • Jambatan Seri Perdana
  • Putrajaya Landmark
  • Putrajaya Wetlands Park
  • Putrajaya Convention Centre (PCC)
  • Taman Selatan
  • Yayasan Kepimpinan Perdana
  • Istana Melawati
  • Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan)
  • Heritage Square
  • Wisma Putra
  • Istana Darul Ehsan
  • Tasik Putrajaya
  • Taman Warisan Pertanian
  • Botanical Garden





No comments:

Post a Comment