RAWATAN ALTERNATIF
Zaman aku kanak-kanak dulu, perkataan klinik atau hospital adalah sesuatu yang amat ditakuti, macam juga dengan perkataan 'polis' dan 'kabol'. Takut polis, semua orang tahu sebabnya. Takutkan 'kabol' aku dah ceritakan secara terperinci di dalam blog ku yang lain (From d Cradle to d Grave) di bawah tajuk Kampong Boy.
Hospital atau doktor dikaitkan dengan suntikan (injection). Injek atau cocok, itulah yang menakutkan kanak-kanak untuk berjumpa doktor. Malah, budak-budak lelaki (termasuk lah aku) takut sangat nak bersunat (berkhatan) bukan lah pasal kena potong, tapi kena cocok (untuk bius) sebelum kena potong. Adushhhhhhh.
Masa di sekolah rendah, kalau dengar ada staf Jabatan Kesihatan datang untuk memberi suntikan antibody atau tanam cacar, sebahagian besar akan ketakutan dan ada yang menangis kerana takut suntikan.
Dulu, ke hospital adalah pilihan terakhir. Kalau demam panas, begok, batuk, cengkering, demam campak (chicken pox)- memang tak payah nak jumpa doktor. Orang tua-tua kampong ada bermacam-macam formula untuk mengubatinya- khususnya menggunakan ramuan daun-daun. Daun jambu batu, daun durian belanda, daun serai dan daun kunyit adalah antara yang popular dalam bidang perubatan tradisional. Begok, disapu dengan kapur sirih campur nila. Kalau demam panas, biasanya emak akan beli 'air sumbu badak' je. Kalau pening kepala ubat yang paling mujarab ialah serbuk cap kaki tiga. Sekarang dah jadi tablet Panadol.
Kalau sakit yang bersifat 'spiritual' sikit seperti demam meracau, kanak-kanak menangis tak nak berenti, kena sampuk,kena lah pergi rumah Pak Imam Kampung. Imam akan jampi air dalam mangkuk atau botol - lepas tu bagi minum, percik atau sapu di muka.
Kalau bersalin - tak pernah aku dengan orang bersalin di hospital. Semua guna bidan kampung yang biasanya dah tua yang lazimnya juga adalah tukang urut. Kesemua lapan adik beradik aku dilahirkan dirumah. Tapi sejak lepas merdeka, banyak klinik bidan dibina di kampung-kampung. Bagaimanapun bidan kampung tetap digunakan, mereka diberi latihan oleh bidan kerajaan dan dibenarkan menguruskan kelahiran di kampung-kampung. Bagi orang kampong Pt Lapis Mahang dan penduduk sekitarnya, nama Embah Mini (Sumini) adalah pakar sakit geneakologi pada masa itu.
Walaupun zaman telah berubah, sains perubatan semakin moden. doktor bertambah ramai, klinik swasta juga ada di merata-rata termasuk pekan kecil. Keperluan perubatan tradisional semakin berkurangan dan hampir pupus.
Tetapi di dalam arus kemodenan, dalam tahun lapan puluhan, perubatan tradisional kembali popular,kali ini dikenali sebagai rawatan alternatif (pilihan) seperti sistem perubatan homeopati, rawatan islam (syifa'), rawatan akupuntur, refleksologi dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu, apabila doktor moden (hospital) telah sampai ke tahap kepakaran maksima, gagal untuk membantu menyembuhkanpenyakit melalui perubatan moden, maka masyarakat akan mencari rawatan alternatif.
Selain dari penyakit konventional seperti demam, kanser, jantung, kencing manis, darah tinggi, stroke, athsma, batu karang, buah pinggang, keracunan makanan, paru-paru, malaria dan pelbagai jenis penyakit zaman moden, rawatan alternatif turut meliputi sakit dunia kedua (alam ghaib) seperti histeria (sampok), terkena sihir, terkena santau, gangguan jin, saka dan lain-lainnya.
Di Surau Luqman Hakim, setiap hari Selasa malam ada kuliah agama berkaitan perubatan alternatif oleh Ustaz Mohd Rashidi bin Bujai (Mej KAGAT). Sebelum aku menurunkan ilmu yang aku pelajari dari Ustaz Rashidi di surau, mari kita membaca sedikit berkaitan perubatan islam yang aku perolehi melalui internet.
PERUBATAN DALAM ISLAM
Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.
Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya berasal dari ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates, dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibn Sina dan Al-Razi telah terus mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam.
Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Di benua kecil India, sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan Barat moden.
LATAR BELAKANG ILMU PERUBATAN ISLAM
Kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan asal dari Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah karya-karya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke Mesopotamia.
Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen.
Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates. Ilmu perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai sumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa. Sumbangan Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas pada penterjemahan karya-karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia dan materia medika. Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagi pusat-pusat perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-lain. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

Antara tokoh-tokoh dalam perubatan islam ialah:
- Hunayn bin Ishaq Beliau adalah pengamal perubatan dan penterjemah yang terkenal, juga dikenali sebagai Joannitius yang dilahirkan di Hirah (Iraq) dan mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Ma’mun (813-833 M ) melantik beliau menjadi pengarah Institut al-Hikmah. Semasa pemerintahan Khalifah Abbassiyah- al-Mutawakil (847-861 M) beliau dilantik sebagai doktor istana.
- Hunayn Ibnu Ishaq telah berjaya menterjemah buku Materia Medika oleh Dioscorides, Aphorisma oleh Hippocrates dan hampir semua karya Galen. Terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Arab adalah sangat berguna untuk pendidikan perubatan asas.
- Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Razi (ArRazi) Tokoh Islam ini dikenali dengan nama Rhazes dan dianggap sebagai seorang pengamal perubatan yang teragung dalam dunia Islam malah di dunia. ArRazi dilahirkan di bandar Rai berdekatan dengan bandar Teheran. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat pendidikan. Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn yang merupakan seorang pakar dalam perubatan Parsi dan India. Kemahiran beliau dalam bidang perubatan tertumpu dari segi prognosis penyakit. Analisa beliau amat tajam tentang gejala dan kesan-kesan sesuatu penyakit dan cara perawatan serta pemulihan yang begitu lengkap dan mendalam. Beliau juga merupakan pengasas perubatan psikosomatik.
- Selain itu ArRazi mempunyai pengetahuan yang agak mendalam tentang bidang anatomi. Sumbangan ArRazi yang terkenal di dunia Barat adalah karya beliau. Di antara dua buah karangannya yang terbesar ialah sebuah ensiklopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul Kitab Al-Hawi. Buku teragungnya yang kedua ialah Kitab Al-Mansur. Buku ini dianggap suatu hasilnya yang tulen dan tersendiri yang mencerminkan kematangan tokoh perubatan Islam ini tentang amalan perubatan moden. Sumbangan ArRazi terhadap ilmu perubatan dan farmakologi tidak terkira banyaknya. Beliau merupakan tokoh yang ulung sekali mengenali penyakit cacar serta cara menyembuhkannya dengan berjaya.
- Abu Qassim Khalaf bin Az Zahrawi. Abu Qassim Khalaf atau lebih dikenali di Eropah dengan nama Abulcassis. Beliau dilahirkan di bandar Di Raja AzZahrah dalam tahun 936 M. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan, pakar bedah dan Pharmacist. Sumbangan beliau terhadap bidang perubatan dapat difahami dari buku Al-Tasrif. Buku ini meliputi tajuk-tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan. Pada abad ke-12 M, nama Abu Qassim mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya dapat disamakan dengan Celcus dan Paulus dalam bidang perubatan.
- Abu Ali Al Hussein ibnu Abdullah ibnu Sina (Ibnu Sina). Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna dikalangan orang Barat merupakan seorang tokoh politik dan perubatan, falsafah dan fiologis yang terkenal di dunia. Beliau dilahirkan di Isfahan. Pada masa kecil lagi Ibnu Sina mempelajari bahasa Parsi dan Arab. Semasa berumur sepuluh tahun, beliau telah menghafal Al-Quran dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika berumur enam belas tahun. Dua tahun kemudian, beliau menjadi terkenal apabila beliau dapat menyembuhkan sultan setelah doktor-doktor yang berpengalaman gagal. Beliau selepas itu telah dilantik menjadi doktor istana. Dengan itu beliau telah mendapat peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan pelbagai jenis buku. B
- Beliau menghasilkan buku yang pertama ketika berumur dua puluh satu tahun. Sepanjang hayat Ibnu Sina, beliau telah menulis sebanyak 456 buah buku. Karyanya yang paling masyhur dalam bidang perubatan ialah Al-Qanun fi Al-Tibb. Ia dijadikan sebagai buku teks perubatan di negara Islam dan Eropah selama 600 tahun.
- Ibnu Sina telah dapat membincangkan penyakit - penyakit seperti tetanus, pleuritis, antraks dan diabetes dengan tepat. Beliau juga memberi gambaran klinikal yang tepat mengenai meningtis dan diagnosis. Sumbangan beliau terhadap bidang farmasi juga tidak kurang pentingnya. Dalam bukunya beliau telah membincangkan tentang proses penyediaan ubat . Beliau menyenaraikan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes, preservatif, jem, lozeng, pil, minyak , salap dan infusi. Beliau juga menyentuh mengenai kepentingan dos. Sumbangan ini telah menggalakkan pertumbuhan sejarah farmasi dengan secara langsung.
Ramai lagi tokoh Islam dalam perubatan yang muncul selepas Ibnu Sina. Sumbangan mereka terhadap perubatan moden tidak boleh diperkecilkan. Boleh dikatakan asas ilmu perubatan moden sekarang berasal dari konsep-konsep yang ditimbulkan oleh pakar-pakar perubatan Islam. Tanpa sumbangan ini peruabatan moden tidaklah semaju sekarang. Malangnya, selepas keruntuhan kota Baghdad telah menyebabkan ilmu-ilmu yang dikumpulkan oleh orang-orang Islam terhapus. Orang-orang Barat telah mengambil langkah yang kejam seperti memusnahkan buku-buku hasil karya Islam setelah mereka menguasainya.
ILMU ILMU ASAS PERUBATAN ISLAM
Dalam zaman tamadun Islam tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ahli-ahli perubatan Islam pernah membedah mayat manusia. Walaubagaimanapun ulama fikah yang terakhir telah mengharuskan pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran. Abdul Latif Al-Baghdadi selepas memeriksa beratus-ratus struktur rangka manusia telah merumuskan bahawa tulang bawahan manusia terdiri daripada satu sahaja.
Ahli perubatan Islam mengasaskan pentafsiran mereka tentang fungsi anggora badan manusia dan proses penghayatannya mengikut teori Jalinus. Daripada pentafsiran yang dibuat, mereka mendapati bahawa badan manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu cecair, bebeku dan roh.
Cecair adalah terdiri daripada humour dan unsur ini terbahagi kepada empat iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Keempat-empat unsur ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Cecair adalah terdiri daripada humour dan unsur ini terbahagi kepada empat iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Keempat-empat unsur ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
- Darah adalah cecair yang panas dan basah. Darah terjadi di dalam limpa daripada makanan yang dihadamkan. Kemudian darah ini mengalir ke urat-urat halus dalam badan.
- Kahak adalah cecair sejuk dan basah. Tempatnya ialah di dalam urat-urat, berperam dan masak di sana untuk dijadikan makanan anggota-anggota badan.
- Hempedu kuning adalah cecair yang panas dan kering. Hempedu kuning adalah berpunca daripada pundi-pundi kuning di dalam limpa dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang mengalir ke dalam usus di mana ia dibersihkan daripada lendir dan bahagian yang kedua menuju ke perut untuk membantu proses penghadaman.
- Hempedu hitam pula merupakan cecair yang sejuk dan kering. Ia dikeluarkan oleh hati yang menyimpan bahagian yang terbaik daripadanya dan menghantar sebahagian yang lain ke pangkal perut. Ini adalah untuk membuka selera makan.
- Bebeku adalah yang terdapat dalam badan manusia iaitu daging, tulang dan lain-lain.
- Roh yang terdapat di dalam manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu roh tabi’i yang berpunca dari hati, roh hidup berpunca dari akal fikiran dan roh haiwan berpunca dari otak yang merupakan pusat tertinggi bagi perasaan dan pergerakan.
Para ahli perubatan Islam telah membina teori yang mengatakan bahawa penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan atau kerosakan struktur keempat-empat cecair di dalam badan. Ketidakseimbangan ini menyebabkan badan tidak stabil. Rawatan diperlukan untuk membantu badan mengembalikan keseimbangannya iaitu dengan memberikan makanan atau ubat yang berupaya melawan penyakit tersebut.
SUMBANGAN ISLAM DALAM DUNIA PERUBATAN
Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.
Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting.
Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah.
Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat.
Rujukan: www.pkukmweb.ukm.my
RAWATAN ALTERNATIF
Sistem perubatan utama adalah sistem yang diamalkan oleh hospital-hospital kerajaan atau swasta, klinik dan dispensari yang 100% berasaskan kemajuan sains dan teknologi. Walaupun asas perubatan disebut di dalam alQur'an dan telah diterokai oleh saintis untuk menghasilkan pelbagai penemuan perubatan yang digunakan sehingga kini. Begitu pun masih banyak lagi penyakit yang baru ditemui dan masih tiada lagi kaedah perubatan moden (utama) untuk menyembuhkannya seperti AIDS, HIV, ebola, selsema burung, untut, selsema babi (JE) dan cocksackie.
Walaupun dikatakan bahawa "setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati" namun pakar-pakar perubatan masih bertungkus lumus membuat kajian dan penyelidikan untuk mencari penawar kepada penyakit di atas.
Dalam sistem perubatan moden |(utama), dadah merupakan bahan utama dalam penyediaan ubat-ubatan, khususnya ubat menahan kesakitan.
HADITH MENGENAI PERUBATAN
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.
Huraian Hadith:
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.
2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.
3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.
4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.
5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.
AYAT-AYAT PENAWAR
Terdapat 7 surah di dalam Al Quran yang menjadi asas dalam rawatan penyakit atau perubatan:
- Surah Al Mulk
- Surah Ar Rahman
- Surah Al Waqiah
- Surah As Sajadah
- Surah Al Hasyr
- Surah Yasin
- Surah As Syura
ANTARA SURAH DAN AYAT PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT.
1- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Al Ahqaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
2- Surah Al-Buruuj ayat 1 hingga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.
3- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
4- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.
5- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
6- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
7- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
8- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Surah Al Ambiyaa' dan Surah Aali Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
9- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Surah Yunus, Surah Hud, Surah Az-Zumar, Surah Al Ma'idah, Surah Al-A'raff, Surah Ash-Syura, Surah Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
10- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Fussilat, Surah Ash-Syu'aara, Surah Al-Furqaan, Surah Ar-Ra'd, Surah Toha, Surah Al-Mu'minum, ah Surah Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".
Selain dari penyakit yang disebut di atas, didapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.
Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu diubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.
AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT
Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.
KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN
Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!
Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).
Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:
1- Surah Al Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.
2- Ayat-ayat di dalam Surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.
3- Surah Al Ahqaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
4- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.
5- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
6- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.
PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)
Ramai juga pesakit yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.
Penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.
Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.
ksyahmi.fotopages.com

(Nota kuliah Ustaz Mej Hj Rashidi di Surau Luqman al Hakim)
Pengajian seterusnya adalah berpandukan kepada ayat dan doa yang dituliskan di bawah sebagai No 1 hingga No 6.
NO 1. SURAH AL FATIHAH
NO 2: DOA SYIFA'
NO. 3: AYAT KURSIY
Maksudnya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
NO 4: SURAH AL HASYR (Ayat 21-24)
022. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
023. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
024. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
NO. 5: Surah Al Mukminun (ayat 115-118)
"Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" Maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar;tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia. Dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaikbaik pemberi rahmat!" (23: 115-118)
NO. 6:Surah As Syuara' (130)
"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?"
NO. 7: DOA
.
IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT
(Nota kuliah Ustaz Mej Hj Rashidi di Surau Luqman al Hakim)
Penyakit Athma
Kaedah rawatan dengan menggunakan AIR dan dibacakan kombinasi ayat dan doa berikut:
1. Baca Al Fatihah (No1)
2. Baca Selawat Syifa' (No 2)
3. Baca Doa No 7.
Penyakit Batu Karang
Kaedah rawatan dengan menggunakan BUAH TEMBIKAI yang dibacakan kombinasi ayat dan doa berikut:
1. Baca No 1
2. Baca No 4
3. Baca No 5
4. Baca No 2
Penyakit Buah Pinggang
Kaedah rawatan dengan menggunakan AIR yang dibacakan kombinasi ayat dan doa berikut:
1. Baca No 1
2. Baca No 2
3. Baca No 5
4. Baca No 6
Penyakit Campak
Kaedah rawatan dengan menggunakan AIR atau AIR KELAPA yang dibacakan kombinasi ayat dan doa berikut:
1. Baca No 1
2. Baca No 2
3. Baca No 4
Penyakit Demam Panas
Kaedah rawatan dengan menggunakan AIR atau AIR DAUN DURIAN BELANDA yang dibacakan kombinasi ayat dan doa berikut:
1. Baca No 1
2. Baca No 4
3. Baca Doa Darah Tinggi
4. Baca Doa Demam Panas
Doa Darah Tinggi
Doa Demam Panas
LAIN-LAIN DOA
LAIN-LAIN DOA
DOA MERAWAT SELSEMA
DOA MIGRAIN/PENING KEPALA
DOA MERAWAT STROK
DOA-DOA UNTUK AMALAN HARIAN
DOA NABI SULAIMAN (PERJANJIAN)
(MENGHALAU JIN DARI DALAM BADAN)
BERSAMBUNG....................................
No comments:
Post a Comment