Wednesday, February 11, 2015

084 HARAM DAN TAK HALAL



  MAKANAN YANG TIDAK HALAL  
  JADI HABUAN UMAT ISLAM
Aku kadang-kadang pelik sangat dengan apa yang berlaku dalam negara kita yang termasyhur seantaro dunia sebagai sebuah negara islam yang maju dan dinamik.  Kita bangga sebagai negara dunia ketiga yang maju ke hadapan dan 'kononnya bertamaddun' berbanding negara-negara yang telah lama merdeka sama ada di Asia Selatan, Amerika Latin atau Afrika.  Kita aktif dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), kita organize tilawah qur'an peringkat antarabangsa sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Kita juga dah isytihar untuk menjadi hub makanan halal di Asia! Tapi bila kita baca isu wujudnya makanan tak halal yang dijual secara berleluasa dalam pasaran Malaysia, makanan yang dah jadi kegemaran seluruh umat islam di Malaysia termasuk ustaz-ustaz, mungkin kadhi-kadhi dan mufti-mufti.

Katanya kawalan halal oleh JAKIM telah bermula dari tahun 1974- maknanya lebih 35 tahun!.  kalau sebulan ambil dua jenis makanan dalam pasaran diambil sample dan diuji dalam makmal- dalam masa 35 tahun sudah ada 840 'line food item' boleh disahkan halal atau haram. Terlalu sukar ke? Mahal sangat ke kalau JAKIM ada makmal sendiri untuk wujudkan makmal khusus untuk tujuan ini.  Kalau CAP mampu, apalah sangat untuk JAKIM?

Bukan banyak sangat, makanan dalam tin seperti sardin, daging, tomato sos, tomato puri, kuah-kuah lauk dalam tin khususnya yang bukan buatan orang islam, makanan dalam peket seperti susu, gula-gula, biskut, teh, kopi, macam-macam jenis campuran minuman 3 dalam 1, makanan segera (roti, roti canai, kueh-kueh, pau dll), ais krim, air minuman fruit-based dan lain-lain lagi.  Tak la banyak sangat makanan yang digemari oleh orang islam.  Kalau dah diimpot dari USA, Jepun, Australia, New Zealand, Thailand, Hong Kong, CHINA pastilah diragui.  Tak payah lah fikir atau nanti disiasat, terus sahaja TEST. Harapkan TV3 atau Astro buat research dan pendedahan. Kenapa banyak sangat makanan atau barangan kegunaan umat islam mengandungi DNA/lemak BABI?  

Kadangkala, ada jumpa yang tak halal, tapi cara nak isytihar pun macam hendak tak hendak sahaja, tak tegas, tak dibuat publisiti meluas.  Umat islam tertanya-tanya, eh betul ke tak halal, yang cakap tu ada authoriti ke tidak? Kenapa bukan JAKIM yang declare?

Mana satu lebih penting nak jaga? Kepentingan ORANG ISLAM atau kepentingan perniagaam PENGELUAR makanan itu.

Amat memalukan bila kita diberitahu bahawa KEK LAPIS SARAWAK, makanan tradisi orang Melayu (Islam), produk yang diusahakan oleh orang islam, sudah berpuluh tahun dimakan oleh orang islam, dah jadi darah daging berpuluh tahun, termasuk  darah daging saya laaaa.

Aku ada baca satu berita dalam KOSMO bertarikh 20 Ogos 2011 bahawa JAKIM nasihatkan umat islam pandai-pandai memilih makanan yang ada tanda halal (yang mendaftar kepada JAKIM).  Satu lagi arahan ialah Super Market/Kedai mengasingkan produk yang ada tanda halal dengan yang tiada.  Kalau macam ni, aku boleh bayangkan banyak kerepek ubi, pisang, keropok dan makanan ringan buatan SME akan diletakkan dalam rak-rak makanan TIDAK HALAL kerana produk makanan ini memang jarang didaftarkan.

Inilah beberapa maklumat yang saya kutip dari pelbagai sumber berita berkaitan makanan kegemaran islam yang diragui KEHALALANnya.



KOPI "KLUANG STATION" ADA KANDUNGAN 
LEMAK BABI?

MASYA'ALLAH.  Apa dah jadi??.  Selama bertahun-tahun  Kopi Kluang telah menjadi kegemaran, malah ketagihan ramai orang Islam.  Setiap hari terutamanya di waktu pagi, kantin Kluang Railway Station menjadi tumpuan segala bangsa, tak tertinggal ustaz-ustaz, imam-imam dan tok-tok guru untuk menikmati kelazatan kopi Kluang Station serta menu tambahan di situ iaitu roti bakar dengan kaya special dan nasi lemak bungkusnya.

Lantaran sambutan yang mengkagumkan, banyaklah cawangan 'Kluang Station' ini dibuka di serata tempat di negara ini.


Aku sejak mengenali kopi ini di awal tahun 190an memang selalu menyimpan stok kopi ini.   Aku kerap mengirim kawan-kawan yang turun ke Kluang untuk membeli kopi ini.  Rupanya.......selama ini kita semua ditipu oleh empunya produk ini.

Keratan Berita Harian Metro: Jumaat, 25 Mac 2011

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan
.
“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya
.



SEJAK tahun 1938?

Bayangkan, begitu lama orang islam tertipu oleh China beruk bangsat ini. Apa yang mendukacitakan sekali, semua orang (khususnya orang Johor) maklum bahawa almarhum Sultan Iskandar adalah individu yang amat menggemari KOPI Kluang Station ini.  Kemana sahaja baginda pergi , dalam atau luar negara, baginda hanya mahu dihidangkan dengan minuman kopi ini.  Almarhum tidak akan mahu minum kopi yang lain.



Perbincangan lanjut, sila buka dan baca dalam www.ondscene.my/pengguna/

Kadangkala aku naik confuse , walaupun kita duduk di negara Islam- majoriti penduduk Islam dan Melayu pulak tu tapi makanan (khususnya yang berbungkus) yang dijual di pasaran masih disangsikan kehalalannya.  Orang bukan islam bebas memproses dan mengeluarkan produk makanan dan bebas meletak produk mereka di pasaran terbuka.

Walaupun negara kita ada kawalan terhadap barangan halal namun ramai yang sewenang-wenangnya menjual produk tidak halal - malah menggunakan logo halal sesuka hati.
Kita selalu war-warkan, Malaysia nak jadi hub produk halal di dunia ini tapi kita beli barang makanan pun masih belum yakin untuk dapat barangan yang halal.
Risalah ini mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. 

Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. 

Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan.

Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan.

i- Firman Allah SWT:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)

ii- Firman Allah SWT:

“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai’th.

Perkara-perkara yang diharamkan:

1) Bangkai.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-An’am:145)

Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan:

1.    yang mati tercekik atau dicekik.
2.    yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan.
3.    yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya.
4.    yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain.
5.    yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.

Dalilnya ialah firman Allah SWT:

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3) 

Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar’ie selagi ia belum mati.

2) Darah yang mengalir. 

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.

Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: “makanlah”, lalu mereka berkata: “ia adalah darah”, jawab beliau: “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir”.

3) Babi.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.  

Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah:

setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan.

4) Sembelihan untuk selain daripada Allah.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. 

Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: “Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: “dengan nama al-Masih” dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah. 

5) Semua binatang buas (as-Siba’) yang bertaring.

Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW:

“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).

Al-Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu’ di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya. 

Hujah al-Syafi’e berhubung dengan dubuk: 

1.    ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam. 
2.   andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba’ yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim. 
3.   Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: 

Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim). 

6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar. 

Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya: 

“Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.” (Riwayat Muslim) 

Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Contohnya: helang, enggang, gagak dan layang-layang. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik).

7) Keldai peliharaan.  

Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-’Allamah Siddiq Hasan Khan: “Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan.” Sabda Nabi SAW: 

“Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah). 

(8) Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran). 

Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya: 

i- Hadith Ibn Umar: 

Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya). 

ii- Hadith Ibn Abbas: 

Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini. 

Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar. 

Kata al-Baghawi: “kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”. Kata Ibn Hazm: “telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran”.

Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:

*Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafi’iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-’Eid. 

*Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja. 

Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi. 

1. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istihalah (seperti mengurungnya). 
2. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri, al-Syafi’e dan Ahmad: haram memakan daging, telur dan susunya. 
3. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.

*Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan. 

‘Illah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. ‘Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila ‘illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram. 

Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersihkan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan: “barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil”. 

9) Anjing dan Kucing. 

Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman anjing datang dengan beberapa faktor: 

1. ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim). 
2. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran. 
3. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih). 

Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir: 

“Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya.” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid – dhaif). 
Sungguhpun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas.

Menurut ulama, tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafi’yyah yang menyatakan halal kucing liar. 

10) Semua jenis binatang yang menjijikkan.

Firman Allah SWT: 

” dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157) 

Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut: 

1. Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan – bukan kerana sesuatu ‘illah atau kerana tidak biasa – sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik, maka ia adalah haram. 

2. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak, maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti.

Sungguhpun begitu, al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara’ itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia. 

Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini. 

11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh. 

Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram. 

Binatang yang diarahkan bunuh: 

Sabda nabi SAW: 

“Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-’aqur (sejenis binatang yang menggigit).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai). 

Binatang yang dilarang bunuh: 

Sabda nabi SAW: 

Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri. 

12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati. 

Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai’th. Juga dengan umum ayat: 

” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah:195) 

13) Haiwan 2 alam: 

Kata al-Qadi Ibn al-’Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat). Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya. 

14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya:

Berdasarkan sabda nabi SAW: 

“Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan.” (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim). 

15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya: 

a) landak: 

- yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad 
- yang menghalalkannya: Malik dan Syafi’e 

Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajih ialah: halal. 

b) katak: 

- yang menghalalkannya: Malik 

Dalilnya: 

Umum ayat Allah: “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan” (al-Maidah: 96) 

ii- Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan. 

Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafi’e dan imam yang empat).  Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air), lalu ia mencakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr. 

- yang mengharamkannya: Ahmad 

Dalilnya: 

Hadith Abd. Rahman Bin ‘Uthman tentang seorang doktor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan), lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Sa’id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya). 

Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak. 

Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya ia tidak jelas. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan. 

c) buaya: 

* yang menghalalkannya: Malik, Syafi’e dan sebahagian yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut. 

* yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring. 

Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan. 

d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini.

Penutup 

Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyai berbagai-bagai spesis. Pemerincian tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith ahkam serta buku-buku Fiqh.

Antara makanan yang disahkan mengandungi LEMAK BABI @ KHINZIR

 

List of Non Halal

http://halalguide.org/List_of_Non_Halal.html

1) Alcohol.  Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol. 

2) Animal Shortening. Shortening is a type of fat such as lard that is solid at room temperature, and is used for making pastry. Vegetable shortening is halal. 

3) Animal Fat. May be consumed if from Halal, Zabihah, animals. 

4) Bacon.  Meat from the back and sides of a hog that has been salted, dried, and often smoked. 

5) Broth (from animals) . A liquid made by cooking vegetables, meat, seafood, or poultry in water for a long time, used as a base for soups and sauces. 

6) Enzymes (Microbial Enzymes are okay). A protein substance produced in living cells, that influences a chemical reaction within a plant or animal without being changed itself; an organic catalyst. Enzymes help break down food so that it can be digested. Pepsin is an enzyme. 

7) Ethanol. Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol. 

8 ) Ethyl Alcohol. Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol. 

9) Gelatin. An odorless, tasteless, protein substance like glue or jelly, obtained by boiling the bones, hoofs, and other waste parts of animals. It dissolves easily in hot water and is used in making jellied salads and desserts, camera film, and glue. 

10) Gin. A strong colorless alcoholic drink distilled from grain and flavored with juniper berries. 

11) Ham -Meat cut from the thigh of the hind leg of a hog after curing by salting or smoking. 

12) L-cysteine (if from human hair) L-cysteine is an ingredient which is used in bakery products as a dough conditioner. It is often used in pizza crusts, pita breads and in bagels. It is made from human hair, chicken/duck feathers and synthetic materials. L-cysteine from human hair is Haram and must always be avoided. Synthetic and chicken/duck feather L-cysteine is Halal and may be consumed. 

13) Lard - The fat of pigs or hogs, melted down and made clear. Lard is made especially of the internal fat of the abdomen and is used in cooking. 

14) Lipase (Only animal lipase should be avoided) - An enzyme produced by the liver, pancreas, or stomach, or by plant seeds, that breaks down fats. Animal lipase should be avoided. 

15) Pepsin. An enzyme in the gastric juice of the stomach that helps to digest meat, eggs, cheese, and other proteins. 

16) Rennet – All forms should be avoided except for plant/microbial/synthetic. Substance containing rennin, obtained from the stomach of a calf or other ruminant, used for curdling milk in making cheese and junket. 

17) Rum. An alcoholic liquor made from sugar cane or molasses. It can be clear but is usually colored brownish-red by storage in oak casks or by the addition of caramel. 

18) Stock (from animals) A liquid made by simmering meat, fish, bones, or vegetables with herbs in water, used in soups, stews, and sauces. 

19) Wine. Alcohol fermented from grapes: an alcoholic drink made by fermenting the juice of grapes. Alcohol fermented from other fruit: an alcoholic drink made by fermenting the juice of fruit other than grapes, or the juice of other plants. 

20) Tallow. A hard fatty substance extracted from the fat of sheep and cattle. 

21) Vanilla Extract/Flavour.  A flavouring extract made from the vanilla bean and used in candy, ice cream, and perfumes. The flavour extracted from vanilla beans is most commonly dissolved in alcohol. Documentation from a distributor of vanilla extract showed that the ingredient contained 50% alcohol. 

22) Whey (Should be avoided unless the rennet used in its production is plant / microbial / synthetic.) The watery part of milk that separates from the curd when milk sours and becomes coagulated, or when cheese is made. Rennet is used to curd the milk. Whey should be avoided because the rennet used to curd the milk could be from a haram or non-Zabihah animal
 HARAM Emulsifier
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

fishball dim-sum

KEPADA PENGGEMAR FISHBALL atau nama melayunya "bebola ikan".Korang kena hati-hati untuk mengelak termakan benda haram.Nina ada baca berita,sebuah kilang dekat Kepala Batas yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan."Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah."
xxx

Contoh PAU AHMAD.Kalau dengar mesti korang ingat" oh,ni mesti melayu buat".Tapi sebenarnya kilang tu cina yang punya.Lagi satu,sekarang ramai orang perihatin pasal makanan.Ramai yang elak ambil MSG(MONOSODIUM GLUTAMATE).Selalu kita nampak dekat macam kiub pati ayam knorr.No msg kan?Sebenarnya ada.
nnn
  
  -

Starbucks HARAM, ISO 9002
JABATAN IMEGRESEN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.



juga dikatakan mengandungi lemak babi, betul ke???

[makanan+yg+mengandungi+lemak+babi.jpg]



KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :Canned MeatCanned SeafoodCanned FruitsCanned VegetablesSeasoningsdi atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawatiwebsite 

http://www.halaljakim.gov.my/







MINYAK SAPI QBB JUGA TAK HALAL

BERITA HARIAN: 2010/09/04

KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan. 

Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM.

Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam. 


Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran. 
.
KEK LAPIS SARAWAK PUN TAK HALAL???

Bertambah kalut! apabila mendapat maklumat bahawa makanan yang selama ini menjadi kegemaran untuk dibeli jika berkunjung ke Kuching, iaitu kek lapis Sarawak yang begitu popular dengan kelazatan serta rekabentuk yang cantik, unik dan kreatif juga diragui kandungan halalnya.
Setelah diperiksa, didapati pengeluar kek lapis ini menggunakan mentega (butter) jenis Golden Churn Creamy Butter yang diimport dari Australia!!!!.  Sejak bila?
Aku kemudian melayari internet mencari lebih fakta- ada maklumat yang mengatakan bahawa goldern Churn yang diimport dari Australia ini mengandungi DNA 'BABI'.  Tetapi pelik sekali, Golden Churn yang diekspot ke Semenanjung Malaysia dan Brunei tidak mengandungi lemak babi, hanya mentega yang diekspot ke SARAWAK sahaja yang mengandungi lemak BABI ini!!!!.


 


Mohon pihak pengeluar Kek lapis Sarawak sendiri membuat pengumuman rasmi sama ada kenyataan ini benar.  Kalau benar, apa tindakan susulan? adakah telah MEMBERHENTIKAN PENGELUARAN  atau telah MENUKAR KEPADA MENTEGA LAIN atau apa jua kenyataan yang boleh melegakan penggemar kek lapis ini.  
Ya Allah, ampunilah dosaku jika selama ini telah banyak lemak BABI ini telah masuk dalam perut ku dan sebahagiannya menjadi darah daging dalam diriku.

No comments:

Post a Comment