TAJWID AL QUR'AN
.
.
Bersempena dengan raja segala bulan, iaitu Ramadhan Karim 1432 ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk berbincang tentang Tajwid Al Qur'an. Dalam bulan puasa, umat islam mengambil kesempatan untuk mengulangkaji pelajaran tajwid.
Aku belajar mengaji secara talaqi (bersemuka) dengan ayahku sendiri sejak aku berusia 5 tahun. Bermula dengan Muqaddam (masa itu guna tulisan lama -bukan Rasm Uthmani) hinggalah tamat AlQur'an. Tapi ayahku tidak mengajar tentang hukum-hukum bacaan (tajwid) seperti kenapa panjang, kenapa pendek, kenapa dengung kenapa tidak dengung. Aku hanya meniru atau mengikut sahaja apa yang ayah aku baca. Sehinggalah aku belajar asas tajwid semasa bersekolah agama, ketika itu aku berusia 10 tahun. Tapi masa itu, belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja, bukan untuk ilmu atau amalan.
Ilmu TAJWID amat penting. Ia adalah asas pembacaan Qur'an yang betul. Belajar Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah. Membaca Qur'an hukumnya SUNAT tetapi membaca Qur'an dengan bertajwid adalah WAJIB. Jadi, kalau baca Al Qur'an dengan tajwid yang salah, hukumnya BERDOSA BESAR.
Kenapa berdosa kalau baca Al QUR'AN tanpa bertajwid - satu: telah ditetapkan hukum membaca bertajwid adalah WAJIB, kedua: membaca tanpa bertajwid boleh mengubah makna kalimah atau ayat, khususnya bacaan panjang/pendek dan dengung. Oleh itu, kalau sendiri dah tau tidak dapat membaca Al Qur'an dengan baik (tajwid tidak betul) tetapi masih ingin belajar, maka hukum dosa tersebut mungkin Allah ampunkan. TETAPI kalau sedar tak tau tetapi enggan atau menangguh-nangguh masa atau tidak berusaha untuk belajar, maka kekal berpanjangan hukum dosa tersebut.
Membaca Alqur’an dengan bertajwid hukumnya fardhu ‘ain. Pendapat tersebut didasarkan pada dalil sebagai berikut: Firman Allah SWT: “Bacalah Alqur’an itu dengan tartil. (Q. S. Al-Muzzammil (73) : 4)
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.” (Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)
Aku belajar mengaji secara talaqi (bersemuka) dengan ayahku sendiri sejak aku berusia 5 tahun. Bermula dengan Muqaddam (masa itu guna tulisan lama -bukan Rasm Uthmani) hinggalah tamat AlQur'an. Tapi ayahku tidak mengajar tentang hukum-hukum bacaan (tajwid) seperti kenapa panjang, kenapa pendek, kenapa dengung kenapa tidak dengung. Aku hanya meniru atau mengikut sahaja apa yang ayah aku baca. Sehinggalah aku belajar asas tajwid semasa bersekolah agama, ketika itu aku berusia 10 tahun. Tapi masa itu, belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja, bukan untuk ilmu atau amalan.
Ilmu TAJWID amat penting. Ia adalah asas pembacaan Qur'an yang betul. Belajar Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah. Membaca Qur'an hukumnya SUNAT tetapi membaca Qur'an dengan bertajwid adalah WAJIB. Jadi, kalau baca Al Qur'an dengan tajwid yang salah, hukumnya BERDOSA BESAR.
Kenapa berdosa kalau baca Al QUR'AN tanpa bertajwid - satu: telah ditetapkan hukum membaca bertajwid adalah WAJIB, kedua: membaca tanpa bertajwid boleh mengubah makna kalimah atau ayat, khususnya bacaan panjang/pendek dan dengung. Oleh itu, kalau sendiri dah tau tidak dapat membaca Al Qur'an dengan baik (tajwid tidak betul) tetapi masih ingin belajar, maka hukum dosa tersebut mungkin Allah ampunkan. TETAPI kalau sedar tak tau tetapi enggan atau menangguh-nangguh masa atau tidak berusaha untuk belajar, maka kekal berpanjangan hukum dosa tersebut.
Membaca Alqur’an dengan bertajwid hukumnya fardhu ‘ain. Pendapat tersebut didasarkan pada dalil sebagai berikut: Firman Allah SWT: “Bacalah Alqur’an itu dengan tartil. (Q. S. Al-Muzzammil (73) : 4)
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.” (Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)
Hadis riwayat Abu Umamah al-Bahili r.a, di mana Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya" Bacalah Quran, maka sesungguhnya dia akan datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya..." (Hadis ke 1338 Sahih Muslim)
Masalahnya bukan sunat atau wajib sahaja TETAPI isunya ialah dalam solat ada bacaan ayat Al Qur'an yang wajib dibaca(contohnya Surah Al Fatihah dan juga Tahiyyat Akhir). Jadi, kalau baca dengan Tajwid tak betul, maka TAK SAH lah solat kita.
Jika kita membaca AlQur'an secara tidak betul (tidak bertajwid)- antara yang akan berlaku ialah:
- Membawa makna yang lain atau mengubah makna sebenar - kerana dalam dalam Bahasa Arab panjang dan pendek dalam satu kalimat (perkataan) boleh membawa makna yang berbeza. Begitu juga jika makhraj huruf- jika tidak disebut dengan betul juga boleh membawa makna yang berbeza. Oleh itu jangan sesekali belajar Qur'an sendiri menggunakan Tulisan Rumawi.
- Bacaan menjadi janggal dan tidak sedap didengari.
- Solat menjadi batal atau tidak sempurna.
- Qur'an akan mengutuk kita semula. Kalau dikutuk kawan pun kita panas telinga, atau marah. Macamana agaknya kalau kita dikutuk oleh Qur'an?
Aku mula menyedari semula kelemahanku dalam bidang Tajwid ini ialah semasa aku melanjutkan pelajaran Diploma di ITM Shah Alam pada tahun 1986. Ketika usia aku 27 tahun. Anak sudah dua orang. Salah satu subjek dalam kursus DBS ialah Pendidikan Islam. Setiap pelajar diuji membaca ayat-ayat Lazim secara berdepan dengan Ustaz/Ustazah. Bila diuji aku dapati aku agak lemah. Aku ingat Ustazah yang menguji aku ialah Ustazah Asmak. Malu sungguh aku. Maklumlah anak dah dua, mengaji tak betul.
Mulai dari situ, aku mengorak langkah mempelajari Tajwid secara intensif. Aku menganjurkan kelas Tajwid di Surau Al Amin, Sek 17 tempat aku menyewa rumah (1988-1993). Ustaz Salleh Daud. Alhamdulillah, dengan asas Tajwid yang aku pelajari semasa sekolah agama di kampung dulu, aku dapat menyerap ilmu itu dengan lebih cepat.
Akhirnya, masyarakat di Kariah surau itu telah melantik aku sebagai salah seorang dari Penolong Imam di Surau Al Amin, sehinggalah aku berpindah ke OMQ di MINDEF pada tahun 1993.
Mari Belajar Tajwid
CARA BACAAN
Pada asasnya gaya pembacaan al-Quran mempunyai empat tingkatan atau martabat iaitu bacaan dari aspek kecepatan dan perlahannya bacaan itu. Bagaimanapun cara mana yang dipilih, ia tetap memelihara hukum-hukum tajwid dan mahrajnya.
At-Tartil. Iaitu bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan kerana telah sabit dari firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Telah Kami(Allah) membacakannya(Al-Quran)kepadamu(Muhammad) secara tartil” – Surah al-Furqan ayat 32.
At-Tahqiq. Bacaan ini adalah seperti bacaan Tartil cuma ianya lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar bacaan al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.
Al-Hadar. Bacaan jenis ini ialah bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini kebiasaannya adalah untuk mereka yang telah menghafal al-Quran. Ini supaya mereka dapat mengulangi hafalan bacaan al-Quran dalam masa yang singkat.
At-Tadwir. Jenis yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan iaitu antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar. Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.
SIFAT-SIFAT HURUF
Cara Sebutan Asas Huruf Arab (Makhraj)
- Alif - Membuka bibir dan belakang hujung lidah dilengkungkan kegusi hadapan
- Baa - Merapatkan kedua bibir
- Taa - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Tha - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Jim - Tengah lidah ditekan ke lelangit
- Ha - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
- Kho - Mengangkat belakang lidah hingga bersambung ke lelangit lembut
- Dal - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Zhal - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Ro - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan dengan bergetar
- Zai - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Sin - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Syin - Tengah lidah ditekan ke lelangit
- Sod - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Dhod - Melekatkan permulaan lidah dengan gusi dan gigi atas
- Tho - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Dho - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Ain - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
- Ghain - Mengangkat belakang lidah sehingga bersambung ke lelangit lembut
- Fa - Permukaan bibir bawah ditekan kehujung gigi kacip atas
- Khob - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak
- Kaf -Pangkal lidah ditekan ke lelangit belakang
- Lam - Bahagian depan lidah ditekan ke gusi hadapan
- Mim - Merapatkan dua bibir dengan merendahkan tutupan
- Nun- Hujung lidah ditekan kegusi hadapan
- Wau - Membulatkan dua bibir
- Ha - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
- Lam Alif - Menyambungkan sisi lidah dengan gusi
- Hamza - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
- Ya - Tengah lidah ditekan ke lelangit
Ulama berselisih pendapat tentang bilangan sifat huruf, namun biasanya pendapat yang digunapakai ialah pendapat Ibn Jazari; iaitu terdapat 17 sifat huruf kesemuanya.
Pembahagian sifat huruf
Sifat huruf terbahagi kepada dua:
Sifat Lazimah () - ciri kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaan, tidak terpisah dari suatu huruf itu sama ada pada keadaan berbaris mahupun mati. Sifat ini juga dikenali sebagai "sifat yang berlawanan". Terdapat sepuluh sifat yang tergolong dalam kategori ini:
- Hams lawannya Jahr.
- Syiddah lawannya Rakhawah (pertengahan bagi kedua-dua sifat ini dinamakan tawasut).
- Isti'la' lawannya Istifal.
- Itbaq lawannya Infitah.
- Idzlaq lawannya Ismat.
Sifat ‘Aridhah; () ialah ciri mendatang yang berubah-ubah bagi suatu huruf yang ada kalanya terpisah dari huruf dan menyertainya pula pada keadaan yang lain seperti tarqiq (nipis), tafkhim (tebal), ghunnah, idgham, atau ikhfa’, panjang atau pendek dan seumpamanya. Sifat ini juga dikenali sebagai "sifat yang tidak berlawanan". Terdapat tujuh sifat yang tergolong dalam kategori ini:
- Safir - Suara dari hujung mulut seakan-akan bersimpul.
- Qalqalah (قلقلة) - melantun.
- Lin - lembut.
- Inhiraf - melencong.
- Takrir (تكرير) - berulang.
- Tafasysyi (تفشي ) - berselerak.
- Istitolah (استطالة) - panjang.
Tiap-tiap huruf itu termasuk dalam lima sifat suara yang mempunyai lawanan. Suara-suara tidak berlawanan pula terkadang-kadang termasuk datu atau dua sifat daripadanya, terkadang-kadang tidak termasuk suatupun. Selebihnya terkumpul pada satu huruf itu tujuh sifat suara iaitu sepet, berulang-ulang dan lima sifat yang berlawanan.
Perincian Sifat Huruf
Hams (Arab: همس) dari segi bahasa bermaksud menyembunyikan; cara menyebutnya ialah dengan menyembunyikan huruf dan melarikan nafas bersamanya. Terdapat sepuluh huruf yang bersifat hams dan dikelompokkan dalam lafaz (فَحَثُّهُ شَخْصٌ سَكَتْ), iaitu fā' (ف), ḥā' (ح), thā' (ث), hā' (ه), syīn (ش), khā' (خ), sīn (س), kāf (ك), dan tā' (ت).
Jahr
Jahr (Arab: جهر) dari segi bahasa bermaksud terang dan nyata; cara menyebutnya ialah dengan menerangkan huruf dan menahan nafas bersamanya. Huruf-hurufnya ialah 19 huruf yang berbaki dari huruf-huruf hams.
Beza sifat hams dengan sifat jahr ialah huruf hams disebut dengan melarikan nafas, manakala huruf jahr disebut dengan menahan nafas.
Syiddah
Syiddah (شدة) dari segi bahasa bermaksut kuat; cara menyebutnya ialah dengan menguatkan huruf dan menahan suara ketika menyebutnya. Terdapat lapn huruf yang bersifat syiddah dan dikelompokkan dalam lafaz (بَكَتْ قَطٍ أَجِدْ), iaitu hamzah (ء), jīm (ج), dāl (د), qāf (ق), ṭā' (ط), bā' (ب), kāf (ك), dan tā' (ت).
Rakhawah
Rakhawah (الرخاوة) bermaksud lembut; ia disebut dengan membunyikan suara. Huruf-huruf rakhawah ialah 15 yang berbaki dari huruf-huruf syiddah dan tawasut.
Tawasut
Tawasut dari segi bahasa bermaksud pertengahan; dari segi istilah bermaksud pertengahan suara
Isti'la'
Isti'la' (الإستــعلاء) bermaksud mengangkat atau meninggi. Cara menyebutnya ialah dengan mengangkat lidah hingga ke langit-langit. Huruf-huruf isti'la' ada tujuh, dan dikelompokkan dalam lafaz قِظْ ضَغْطٍ خُصَّ (trans: khuṣṣa ḍaghṭin qiẓ), iaitu kha' (خ), ṣad (ص), ḍad (ض), ghayn (غ), ṭa' (ط), qaf (ق), dan za' (ظ).
Istifal
Ertinya rendah semasa menyebutnya ialah keadaan lidah tenang, tidak terangkat ke langit-langit
Itbaq
Itbaq bermaksud menutup atau mendempik. Semasa menyebut hurufnya, hendaklah melengkung keliling lidah ke lelangit.
Infitah
Infitah bermaksud membuka. Semasa menyebut hurufnya, hendaklah tidak melengkung keliling lidah ke lelangit.
Idzlaq
Idzlaq menurut bahasa ialah ialah tergelincir atau terlepas. Secara terperincinya ialah menyebut hurufnya dengan mudah dan lancar. Disebabkan sebahagiannya keluar daripada hujung lidah dan sebahagian lagi keluar daripada dua bibir mulut, maka ia dapat disebut dengan cepat dan lancar.
Ismat
Ismat'secara bahasanya ialah tertegah iaitu ditegah hanya menggunakan hurufnya untuk menyusun kalimah Bahasa Arab yang lebih daripada tiga huruf yang menjadi huruf akar pada kalimah. Maka kalimah yang berkenaan susah disebut dengan cepat dan terdapat dua puluh tiga huruf.
Safir
Safir ialah suara yang menyerupai suara unggas atau haiwan kerana menyebut hurufnya dengan bunyi berdesir dan kuat dari antara dua bibir mulut. Hurufnya ada tiga, iaitu sād (ص), zāy (ز), dan sīn (س). Bunyi desiran yang berlaku pada huruf sād paling kuat dibanding zāy dan berikutnya. Perbezaan sifat safir dengan hams adalah desiran nafas yang lebih kuat berbanding dengan hams yang sekadar membunyikan hurufnya dengan hembusan nafas yang lebih ringan.
Semasa menyebut "ص" Kedengarannya seperti suara angsa.
Semasa menyebut "ز" Kedengarannya seperti suara lebah.
Semasa menyebut "س" Kedengarannya seperti suara belalang.
Qalqalah
Qalqalah (قلقلة) ialah melantunkan suara sehingga terdengar sedikit detakan, khusus hanya apabila huruf itu mati. Apabila wakaf, detakan itu dibunyikan dengan lebih kuat. Terdapat lima huruf qalqalah, iaitu qaf (ق), ta' (طْ), ba' (ب), jim (ج), dan dal (د); dan dikelompokkan dalam lafaz (جَدٍّ قُطْبُ).
Lin
Lin (لين) bermaksud lembut; disebut dengan lembut dan mudah. Hurufnya ada dua, iaitu waw (و) dan yā' (ي). Pembunyian dengan sifat lin hanya berlaku apabila huruf itu mati, dan di sebelumnya ada huruf berbaris atas. Contohnya waw dalam kalimah khawf (خَوْف) dan yā' dalam kalimah bayt (بَيْت).
Inhiraf
Membunyikan huruf dengan melenturkan lidah dan melencongkan makhrajnya ke makhraj Lam yang berdekatan.
Takrir
Takrir (تكرير) bermaksud berulang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ra' (ر). Dinamakan takrir kerana bunyi unik ra' yang bergetar secara berulang. Walau bagaimanapun, getaran yang dibenarkan adalah sekali sahaja, lebih-lebih lagi pada keadaan sabdu.
Tafasysyi
Tafasysyi (تفشي) bermaksud tersebar atau berselerak. Hurufnya satu sahaja, iaitu syin (ش). Dinamakan تفشي kerana bunyi unik syin yang tersebar dan terselerak di kawasan hujung lidah.
Istitalah
Istitalah (استطالة) bermaksud memanjang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ḍad (ض). Dinamakan استطالة kerana makhraj ḍad yang memanjang di sebelah kiri atau kanan lidah.
Huruf dan Sifat-sifatnya
Berikut disenaraikan semua sifat yang dimiliki oleh huruf-huruf hija'iyah:
- Alif/Hamzah (5) - Jahar, Syiddah, Istiqlal, Infitah dan Ismat
- Ba' (6) - Jahar, Syiddah, Istiqlal, Infitah, Al Izlaq dan Qalqalah
- Ta' (5) - Hammas, Syiddah, Istiqlal, Infitah dan Ismat
- Tsa' (5) - Hammas, Rakhawah,Istifal, Infitah dan Ismat.
- Jim (6) - Jahar, Syiddah, Istiqlal, Infitah, Ismat dan Qalqalah.
- Kha' (5) - Hammas, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Ismat.
- Kho' (5) - Hammas, Rakhawah, Isti'la', Infitah dan Ismat.
- Dal (6) - Jahar, Syiddah, Istifal, Infitah, Ismat dan Qalqalah.
- Tzal (5) - Jahar, Rakhawah, Istifal, Infitah dan ismat.
- Ro' (7) - Jahar, Tawasut, Istifal, Infitah, Izlaq, Inhiraf dan Takqrir.
- Zai (6) - Jahar, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ismat dan Sofir.
- Sin (6) - Hammas, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ismat dan Sofir.
- Syin (6) - Hammas, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ismat dan Tafasysyi
- Sod (6) - Hammas, Rakhawah,Isti'la', Itbaq dan Sofir
- Dhot (6) - Jahar, Rakhawah, Isti'la', Itbaq, Ismat dan istitolah.
- To' (6) - Jahar, Syiddah, Istifal, Itbaq, Ismat dan Qalqalah.
- Zho' (5) - Jahar, Rahawah, Isti'la', Itbaq dan Ismat.
- 'Ain (5) - Jahar, Tawasut, Isti'la', Infitah dan Ismat
- Ghein (5) - Jahar, Rakhawah, Isti'la', Infitah dan Ismat.
- Fa' (5) - Hammas, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Izlaq
- Qof (6) - Jahar, Syiddah, Isti'la', Infitah, Ismat dan Qalqalah.
- Kaf (5) - Hammas, Syiddah, Istifal, Infitah dan Ismat
- Lam (5) - Jahar, Tawasut, Istifal, Izlaq dan Inhiraf
- Mim (6) - jahar, Tawasut, Istifal, Infitah, Izlaq dan Inhiraf
- Nun (5) - Jahar, Tawasut, Istifal, Infitah dan Izlaq
- Wau (5) - Jahar, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ismat dan Lin.
- Ha' (5) - Hammas, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Ismat
- Ya' (6) Jahar, Rakhawah, Istiqal, Infitah, Ismat dan Lin
HUKUM-HUKUM BACAAN
1. Waqaf( وﻗﻒ)
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.
1.1 Waqaf Lazim (وﻗﻒ اﻟﻼزم /Waqaf Tam (وﻗﻒ اﻟﺘﺎم)
Wajib menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( م )
1.2 Waqaf Ja'iz (Harus Berhenti) (وﻗﻒاﻟﺠﺎﺋﺰ)
Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala
berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).
1.3 Waqaf Kafi (وﻗﻒ اﻟﻜﺎﻓﻲ )
Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya: ( ﻗﻠﻲ )
1.4 Waqaf Tasawi ( وﻗﻒ اﻟﺘﺴﺎوي)
Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama.
Tandanya:( ج ).
1.5 Waqaf Hasan (وﻗﻒ ﺤﺴﻦ)
Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya ( ﺻﻠﻲ)
2. Hamzah
Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie.
2.1 Hamzah Qat'ie (هﻤﺰة اﻟﻘﻄﻊ)
Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana ia memutuskan beberapa huruf dari huruf yang lain ketika membacanya. Hamzah Qat'ie terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah. Ia juga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el) dan sendi nama (harf). Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya.
2.2 Hamzah Wasal (هﻤﺰة اﻟﻮﺻﻞ)
Ia disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. Ia dinamakan demikian kerana disambung dengan huruf yang
bertanda Sukun pada awal perkataan. Tanda Hamzah Wasal ialah terdapat huruf Sad di atas huruf Alif. Hukum Hamzah yang berbaris atas: Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang( ال ) takrif yang sentiasa disandang pada kata nama am. Contohnya:( اﻟﺮﺣﻤﻦ - اﻟﺤﻤﺪ ﷲ رب اﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ - اﻟﺮﺣﻴﻢ)
Hukum Hamzah yang berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah atau berada di dalam terbitan kata kerja yang telah lalu (اﻟﻔﻌﻞ اﻟﻤﺎﺿﻲ). Contohnya:
( ارﺟﻊ إﻟﻴﻬﻢ) (اﺳﺘﻜﺒﺎرا ﻓﻲ اﻷرض) (ادﻓﻊ ﺑﺎﻟﺘﻲ هﻲ أﺣﺴﻦ )
Perhatian penting: Di dalam bacaan, Hamzah Wasal terdapat pada tujuh tempat iaitu:
(اﻣﺮؤ - اﺑﻨﺔ - اﺑﻦ - اﺳﻢ - اﺛﻨﺘﻴﻦ - اﻣﺮأة )
(اﻣﺮؤ - اﺑﻨﺔ - اﺑﻦ - اﺳﻢ - اﺛﻨﺘﻴﻦ - اﻣﺮأة )
Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah.
Hukum Hamzah yang berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris hadapan. Contohnya:
(ادع - ارآﺾ ﺑﺮﺟﻠﻚ - إﻟﻲ ﺳﺒﻴﻞ رﺑﻚ)
(ادع - ارآﺾ ﺑﺮﺟﻠﻚ - إﻟﻲ ﺳﺒﻴﻞ رﺑﻚ)
Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah. Pada ketika ini Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris hadapan. Jika Hamzah Wasal berada di dalam satu kalimah contohnya: (واﷲ -
وﺑﺎﻟﺤﻖ ), ia tidak boleh disebut sama sekali kerana tidak sah menyebutnya secara berasingan dalam apa keadaan sekalipun. Apabila Hamzah Wasal yang berbaris bawah bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal perlu dibuang dan disebut Hamzah Istifham secara berbaris di atas. Keadaan ini terdapat pada tujuh tempat di dalam al-Quran iaitu:-
Pertama: (أﺗﺨﺬﺗﻢ) dari firman Allah (ﻋﻬﺪا ﻗﻞ أﺗﺨﺬﺗﻢ ﻋﻨﺪ اﷲ)
Kedua: (ﻃﻠﻊ ) dari firman Allah ( أﻃﻠﻊ اﻟﻐﻴﺐ أم أﺗﺨﺬﺗﻢ ﻋﻨﺪ اﷲ ﻋﻬﺪا )
Ketiga: (أﻓﺘﺮى) dari firman Allah ( أﻓﺘﺮى ﻋﻠﻰ اﷲ آﺬﺑﺎ)
Keempat: (أﺻﻄﻔﻰ) dari firman Allah (أﺻﻄﻔﻰ اﻟﺒﻨﺎت ﻋﻠﻰ اﻟﺒﻨﻴﻦ)
Kelima: (أﺗﺨﺬﻧﺎهﻢ) dari firman Allah ( أﺗﺨﺬﻧﺎهﻢ ﺳﺨﺮﻳﺎ أم زاﻏﺖ ﻋﻨﻬﻢ اﻷﺑﺼﺎر)
Keenam: (أﺳﺘﻜﺒﺮت) dari firman Allah (أﺳﺘﻜﺒﺮت أم آﻨﺖ ﻣﻦ اﻟﻌﺎﻟﻴﻦ )
Ketujuh: (أﺳﺘﻐﻔﺮت) dari firman Allah (ﺳﻮاء ﻋﻠﻴﻬﻢ أﺳﺘﻐﻔﺮت أم ﻟﻢ ﺗﺴﺘﻐﻔﺮ ﻟﻬﻢ )
Hamzah Wasal yang berbaris di bawah juga apabila bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal mestilah dibuang dan Hamzah Istifham mesti disebut secara berbaris di atas.
Ketiga: (أﻓﺘﺮى) dari firman Allah ( أﻓﺘﺮى ﻋﻠﻰ اﷲ آﺬﺑﺎ)
Keempat: (أﺻﻄﻔﻰ) dari firman Allah (أﺻﻄﻔﻰ اﻟﺒﻨﺎت ﻋﻠﻰ اﻟﺒﻨﻴﻦ)
Kelima: (أﺗﺨﺬﻧﺎهﻢ) dari firman Allah ( أﺗﺨﺬﻧﺎهﻢ ﺳﺨﺮﻳﺎ أم زاﻏﺖ ﻋﻨﻬﻢ اﻷﺑﺼﺎر)
Keenam: (أﺳﺘﻜﺒﺮت) dari firman Allah (أﺳﺘﻜﺒﺮت أم آﻨﺖ ﻣﻦ اﻟﻌﺎﻟﻴﻦ )
Ketujuh: (أﺳﺘﻐﻔﺮت) dari firman Allah (ﺳﻮاء ﻋﻠﻴﻬﻢ أﺳﺘﻐﻔﺮت أم ﻟﻢ ﺗﺴﺘﻐﻔﺮ ﻟﻬﻢ )
Hamzah Wasal yang berbaris di bawah juga apabila bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal mestilah dibuang dan Hamzah Istifham mesti disebut secara berbaris di atas.
3. Qalqalah (اﻟﻘﻠﻘﻠﺔ)
Dari sudut bahasa: Bergerak-gerak dan gementar. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang.
3.1 Lantunan yang paling rendah (ﺷﺪة أﻗﻞ) (Sughra)
Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah contohnya: Huruf Qaf di dalam kalimah
(وﺧﻠﻘﻨﺎآﻢ أزواﺟﺎ)
(وﺧﻠﻘﻨﺎآﻢ أزواﺟﺎ)
3.2 Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan (ﺷﺪة ﻣﺘﻮﺳﻂ) (Kubra)
Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid) contohnya: Huruf Ta' ( ط ) di dalam kalimah ( واﷲ ﻣﻦ وراء ﻣﺤﻴﻂ )
3.3 Lantunan yang paling tinggi (ﺷﺪة أﻗﺼﻰ ) (Akbar).
Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid) contohnya huruf Qaf di dalam kalimah ( ﻗﺎل رب أﺣﻜﻢ ﺑﺎﻟﺤﻖ )
4. Hukum Nun dan Tanwin
Nun Sukun (yang berbaris Sukun) ( اﻟﻨﻮن اﻟﺴﺎآﻨﺔ) Nun yang berbaris mati dan bacaannya terhenti mengikut huruf yang berada selepasnya.
Nun Tanwin (yang berbaris dua) (اﻟﺘﻨﻮﻳﻦ ﻧﻮن) Nun tambahan yang bertanda Sukun terdapat di akhir kata nama am yang bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan ketika memberhentikan bacaan padanya. Tandanya ialah baris dua di hadapan ( ٌ ), baris dua di atas ( ً ) atau baris dua di bawah( ٍ ). Nun Sukun ( ْ ) yang lahir dari tanwin juga dibaca dengan Sukun di dalam Hukum Tajwid.
Nun Tanwin (yang berbaris dua) (اﻟﺘﻨﻮﻳﻦ ﻧﻮن) Nun tambahan yang bertanda Sukun terdapat di akhir kata nama am yang bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan ketika memberhentikan bacaan padanya. Tandanya ialah baris dua di hadapan ( ٌ ), baris dua di atas ( ً ) atau baris dua di bawah( ٍ ). Nun Sukun ( ْ ) yang lahir dari tanwin juga dibaca dengan Sukun di dalam Hukum Tajwid.
Perhatian: Apabila terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Sukun dan Tanwin, kedua-duanya tidak boleh dibaca dengan hukum Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa' tetapi kedua-duanya mestilah dibaca dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua baris Sukun kecuali
huruf Nun yang terdapat pada huruf Jar (sendi nama bahasa Arab) seperti di dalam kalimah
( ﻣﻦ ), ia dibaca dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) kerana sebutannya terlalu berat.
( ﻣﻦ ), ia dibaca dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) kerana sebutannya terlalu berat.
Perlu diberi perhatian juga tentang hukum yang sama dengan hukum Nun Sukun atau Tanwin, ia juga mesti dibaca dengan baris atas ketika membaca secara sambung.
4.1 Iqlab ( اﻹﻗﻼب ).
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung.
Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'.
4.2 Idgham( اﻹدﻏﺎم ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung). Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah
( ﻳﺮﻣﻠﻮن ).
( ﻳﺮﻣﻠﻮن ).
4.2.1 Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) ( إدﻏﺎم ﺑﻐﻨﺔ )
Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ﻳﻨﻤﻮ ) iaitu Ya', Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin
dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu: ( ﻳﺲ واﻟﻘﺮﺁن اﻟﺤﻜﻴﻢ - ن واﻟﻘﻠﻢ وﻣﺎ ﻳﺴﻄﺮون )
Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
4.2.2 Idgham Bi La Ghunnah ( ﻏﻨﺔ ﺑﺪون إدﻏﺎم ) iaitu memasukkan tanpa dengung.
Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang
berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah
kecuali pada Nun( راق ﻣﻦ )kerana di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas - saktah) dan ia tidak diidghamkan.
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung.
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia
dinamakan Halqi kerana enam hurufnya keluar dari kerongkong. Huruf-huruf tersebut ialah: Hamzah ( أ ), Ha'( هـ), 'Ain( ع ), Ha'( ح ), Ghain( غ ) dan Kha'( خ ).
4.3.2 Izhar Mutlaq ( اﻟﻤﻄﻠﻖ اﻹﻇﻬﺎر ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia
dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan dari tekak atau mulut. Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya' atau Wau terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada tempat tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu: ( ﻗﻨﻮان - ﺻﻨﻮان - ﺑﻨﻴﺎن - اﻟﺪﻧﻴﺎ)
Manakala ( ﻳﺲ واﻟﻘﺮﺁن اﻟﺤﻜﻴﻢ - ن واﻟﻘﻠﻢ وﻣﺎ ﻳﺴﻄﺮون ) pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
4.4 Ikhfa'( اﻹﺧﻔﺎء ).
Dari sudut bahasa: Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk menghasilkan Ikhfa' di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak selain dari keduaduanya. Huruf Ikhfa' terdiri dari lima belas huruf yang terhimpun di dalam bait syair: (ﺷﺨﺺ ﻗﺪ ﺳﻤﺎ دم ﻃﻴﺒﺎ زد ﻓﻲ ﺗﻘﻰ ﺿﻊ ﻇﺎﻟﻤﺎ ﺻﻒ ذا ﺛﻨﺎ آﻢ ﺟﺎد )
5. Hukum Nun dan Mim
Nun dan Mim yang bersabdu. Nun yang bersabdu, Mim yang bersabdu dan huruf yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf iaitu huruf yang pertama Sukun dan yang kedua berbaris.
5.1 Mim Bersabdu
Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama Sukun dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Izhar Ghunnah (menzahirkan dengungnya) sepanjang dua harakat. Mim yang bersabdu dinamakan huruf dengung yang disabdukan.
5.2 Nun Bersabdu
Nun bersabdu pada asalnya terdiri dari: Dua Nun, pertama Sukun dan kedua berbaris, Nun yang berbaris mati dimasukkan ke dalam Nun yang berbaris hidup sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Nun yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Izhar Ghunnah (menzahirkan dengungnya) sepanjang dua harakat. Nun yang bersabdu dinamakan huruf dengung yang disabdukan.
6. Mim Sukun
Mim Sukun yang terletak sebelum huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun.
6.1 Izhar Syafawi (اﻹﻇﻬﺎر اﻟﺸﻔﻮي)
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya.
Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.
6.2 Ikhfa' Syafawi (اﻹﺧﻔﺎء اﻟﺸﻔﻮي )
Dari sudut bahasa: Tersembunyi Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. Ia
dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir mulut. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.
6.3 Idgham Mithlain Saghir ( إدﻏﺎم ﻣﺜﻠﻴﻦ ﺻﻐﻴﺮ ﻣﺜﻠﻴﻦ )
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun (mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri dari satu huruf iaitu Mim.
7. Lam Sukun
Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta'rif
(ﻻم اﻟﺘﻌﺮﻳﻒ ) atau Lam ( ال ), Lam Fi'li (ﻻم اﻟﺘﻌﺮﻳﻒ) dan Lam Harfi (ﻻم اﻟﺤﺮف )
(ﻻم اﻟﺘﻌﺮﻳﻒ ) atau Lam ( ال ), Lam Fi'li (ﻻم اﻟﺘﻌﺮﻳﻒ) dan Lam Harfi (ﻻم اﻟﺤﺮف )
7.1 Lam Ta’rif
Lam ( ال ) iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta'rif yang dapat bersama-sama dengan kata nama (isim). Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti (اﻷرض ) ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti ( اﻟﺬﻳﻦ ) menyebabkan penambahan Alif Lam ( ال ) ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya.
Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti ( اﻟﺬي ) dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya' atau Hamzah selepasnya seperti kalimah: ( واﻟﻴﺴﻊ ) dan ( اﻷن ).
7.1.1 Lam Qamariah ( اﻟﻘﻤﺮﻳﺔ اﻟﻼم )
Terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair: ( ﻋﻘﻴﻤﺔ اﺑﻎ ﺣﺠﻚ وﺧﻒ )
Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan hurufhuruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut.
Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan hurufhuruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut.
7.1.2 Lam Syamsiah ( اﻟﺸﻤﺴﻴﺔ اﻟﻼم )
Terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair:
( ﻃﺐ ﺛﻢ ﺻﻞ رﺣﻤﺎ ﺗﻔﺰ ﺿﻒ ذا ﻧﻌﻢ دع ﺳﻮء ﻇﻦ زر ﺷﺮﻳﻔﺎ ﻟﻠﻜﺮم )
Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.
( ﻃﺐ ﺛﻢ ﺻﻞ رﺣﻤﺎ ﺗﻔﺰ ﺿﻒ ذا ﻧﻌﻢ دع ﺳﻮء ﻇﻦ زر ﺷﺮﻳﻔﺎ ﻟﻠﻜﺮم )
Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.
7.2 Lam Fi’li
Lam Sukun yang terletak pada kata kerja (Fe'el) sama ada kata kerja tersebut yang telah lalu (madhi), sedang berlaku (mudharik) / akan datang atau kata kerja seru dan dalam semua keadaan sama ada ia terletak pada pertengahan ayat atau di akhir ayat.
Idgham: Lam Fi'li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra' atau Lam.
Izhar: Lam Fi'li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra' dan Lam.
Idgham: Lam Fi'li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra' atau Lam.
Izhar: Lam Fi'li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra' dan Lam.
7.3 Lam Harfi
Lam Sukun yang berada di dalam sendi nama (harf) iaitu di dalam ( هﻞ), (ﺑﻞ ) sahaja dan tidak terdapat di dalam kalimah yang lain di dalam al-Quran selain dari dua kalimah tersebut.
Idgham: Lam Harfi dibaca secara Idgham apabila terdapat huruf Ra' atau Lam selepasnya kecuali pada ayat (ﺑﻞ ران ) di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana terdapat
hukum yang mewajibkan diam (berhenti seketika tanpa bernafas) yang menghalang dari Idgham.
Izhar: Lam Harfi dibaca secara Izhar (nyata) apabila terdapat salah satu huruf hijaiah selepasnya kecuali huruf Ra' dan Lam.
Izhar: Lam Harfi dibaca secara Izhar (nyata) apabila terdapat salah satu huruf hijaiah selepasnya kecuali huruf Ra' dan Lam.
8. Mad (ﻣﺪ)
Dari sudut bahasa: Lebih / Tambahan. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memanjangkan sebutan lebih dari dua harakat ketika membaca huruf Mad (pemanjang) atau Lin yang bertemu dengan huruf Hamzah atau baris Sukun.
Huruf Mad terdiri dari tiga huruf iaitu Alif ( ا ), Wau ( و ) dan Ya' ( ي ). Huruf Wau disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di hadapan dan huruf Ya' pula disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di bawah manakala huruf Alif tidak baris lain yang berada sebelumnya selain baris di atas. Huruf Ya' dan Wau apabila berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, kedua-dua huruf tersebut tidak dinamakan huruf Mad tetapi ia dinamakan Huruf Lin.
8.1 Mad Tabi'i ( اﻟﻤﺪ اﻟﻄﺒﻴﻌﻲ ) atau Mad Asli (اﻟﻤﺪ اﻷﺻﻠﻰ )
Mad yang terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.
8.1.1 Ketika Berhenti dan Sambung
Apabila huruf Mad berada dalam keadaan tetap, sambung dan berhenti, huruf tersebut dibaca secara Mad (panjang) sama ada ketika sambung dan berhenti. Begitu juga sama ada
ketika berada di pertengahan kalimah seperti ( ﻳﻮﺻﻴﻜﻢ) (ﻣﺎﻟﻚ) atau di akhir kalimah seperti
(واﻟﺸﻤﺲ وﺿﺤﺎهﺎ). Di dalam bahagian ini disyaratkan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
(واﻟﺸﻤﺲ وﺿﺤﺎهﺎ). Di dalam bahagian ini disyaratkan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
8.1.2 Ketika Sambung
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja khususnya yang berkaitan dengan Mad Silah Kecil (ﻣﺪاﻟﺼﻠﺔ اﻟﺼﻐﺮى ) iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ُﻪ ـ ) dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah ( ِﻪ ـ ), begitu juga supaya huruf Ha' kinayah disambung dengan huruf Wau atau Ya', huruf Mad disyaratkan mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris hidup seperti kalimah ( ﺑﻪ) (هﻮ إﻧﻪ ﺑﺼﻴﺮا ).
Dalam keadaan ini huruf wau dan Ya' dibaca secara Mad sepanjang dua harakat (dengan syarat tidak terdapat huruf Hamzah yang berasingan darinya di dalam kalimah lain) dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti ia tidak dibaca secara Mad.
8.1.3 Ketika Berhenti
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja akan dibaca secara panjang sekiranya huruf Mad tersebut tetap berada di dalam keadaan berhenti bukan ketika sambung. Ia dibaca panjang pada huruf-huruf Alif yang ditukar dari baris dua di atasnya (Tanwin) seperti (ﺎًﺣﻜﻴﻤ ﺎًﻋﻠﻴﻤ ) dengan memberhentikan bacaan pada huruf Alif (ﺎًﺣﻜﻴﻤ ) dan disyaratkan supaya Alif ini dibaca secara Mad tanpa menyambungnya dengan kalimah yang berada selepasnya.
8.2 Mad Far'i (اﻟﻤﺪ اﻟﻔﺮﻋﻲ)
Ialah Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari Mad Asli disebabkan terdapat Hamzah( ء )atau tanda Sukun( ْ )selepas huruf Mad.
8.2.1 Mad Muttasil iaitu berangkai ( اﻟﻤﺘﺼﻞ )
Ialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti.
8.2.2 Mad Munfasil iaitu bercerai ( اﻟﻤﻨﻔﺼﻞ )
Ialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain.
Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs. Mad Silah Kubra (iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ُﻪ ـ ) dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ِﻪ ـ )) juga termasuk di dalam hukum Mad Munfasil.
Apabila terdapat huruf Hamzah yang berada dalam keadaan berasingan di dalam kalimah berikutnya selepas huruf Wau Silah dan Ya' Silah, hukumnya adalah mengikut hukum Mad Munfasil jika dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti, ia tidak boleh dibaca secara Mad.
Ialah Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi Mad Tabi'i.
Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat seperti (اﻟﺤﻤﺪ ﷲ رب اﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ). Mad 'Aridh mengambil hukum Mad Lin iaitu memanjangkan bacaan Wau dan Ya' Sukun dan terdapat huruf berbaris atas sebelum Wau dan Ya' ketika berhenti. Ia dinamakan dengan nama tersebut ialah kerana sebutannya terlalu lembut dan mudah seperti di dalam ayat: (اﻟﺒﻴﺖ هﺬا رب ﻓﻠﻴﻌﺒﺪوا)
Ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati). Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif( ا ) seperti: ( ﺁﻣﻨﻮا ) kerana asalnya ( ءأﻣﻨﻮا ) . Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti: ( إﻳﻤﺎﻧﺎ) kerana asalnya ( إﺋﻤﺎﻧﺎ ).
Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Wau ( و ) seperti: ( أوﺗﻮا ) kerana asalnya ( أؤﺗﻮا ). Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i.
8.2.5 Mad Lazim (اﻟﻤﺪ اﻟﻼزم)
Iaitu huruf Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di dalam bacaan bersambung atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf (sendi nama). Ia dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah dibaca dengan enam harakat tanpa berubah, begitu
juga kerana sebabnya iaitu Sukun ketika bacaan sambung dan berhenti.
8.2.5.1 Mad Lazim Harfi Muthaqqal (اﻟﻤﺪ اﻟﻼزم اﻟﺤﺮﻓﻲ اﻟﻤﺜﻘﻞ)
Ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid. Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya.
Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat seperti huruf Lam di dalam kalimah
( اﻟﻢ ).
( اﻟﻢ ).
8.2.5.2 Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (اﻟﻤﺪ اﻟﻼزم اﻟﺤﺮﻓﻲ اﻟﻤﺨﻔﻒ)
Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam ( اﻟﻢ ).
Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair ( ﻗﻄﻌﻚ ﻣﻦ ﺳﺤﻴﺮا ﺻﻠﻪ ) dan ia terbahagi kepada empat bahagian:
Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair ( ﻗﻄﻌﻚ ﻣﻦ ﺳﺤﻴﺮا ﺻﻠﻪ ) dan ia terbahagi kepada empat bahagian:
Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair (ﻋﺴﻞ آﻢﻧﻘﺺ) kecuali huruf 'Ain. Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna.
Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain. Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat.
Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair (ﻃﻬﺮ ﺣﻲ). Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat.
Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad.
Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya. Contohnya Alif di dalam kalimah (اﻟﻀﺎﻟﻴﻦ), dari firman Allah s.w.t (ﻏﻴﺮ اﻟﻤﻐﻀﻮب ﻋﻠﻴﻬﻢ وﻻاﻟﻀﺎﻟﻴﻦ)
8.2.5.4 Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf (اﻟﻤﺪ اﻟﻼزم اﻟﻜﻠﻤﻲ اﻟﻤﺨﻔﻒ)
Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung. Contohnya di dalam kalimah (أاﻵن) di dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.
Apabila bertemu dua huruf Sukun maka pada ketika itu perlu diselesaikan salah satu dari kedua-duanya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kaedah Bahasa Arab, sama ada membuang huruf pertama yang bersukun atau membariskannya. Perlu diberi perhatian bahawa keadaan sebegini diharuskan ketika ingin menyambung bacaan sahaja.
9.1 Menggugurkan Huruf Awal Sukun
Huruf Mad dibuang pada ketika ingin menyambung bacaan sahaja apabila terdapat huruf Hamzah yang bersambung selepas huruf Mad. Ia dibuang pada bacaan sahaja tidak pada tulisan kerana biasanya ia tercatat di dalam al-Quran seperti: (آﻮرت اﻟﺸﻤﺲ إذا). Kadangkala huruf Mad dibuang pada bacaan sambung dan berhenti kerana ianya tidak tercatat di dalam tulisan apabila terdapat selepasnya huruf Hamzah yang bersambung. Contohnya membuang huruf Ya' dari kalimah: (ﺗﺤﻲ) di dalam ayat al-Quran: (رﺑﻲ أرﻧﻲ آﻴﻒ ﺗﺤﻲ اﻟﻤﻮﺗﻰ)
Untuk menyelesaikan pertemuan dua huruf yang bersukun, perlu dibariskan huruf Sukun yang pertama sama ada dengan baris atas, baris bawah atau baris hadapan.
Huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah (untuk mengelakkan) pertemuan dua huruf Sukun jika sekiranya huruf Sukun pertama di akhir kalimah pertama dan huruf Sukun kedua ialah Hamzah Wasal, berada pada awal kalimah kedua. Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan. Contohnya (ﻗﻞ أدﻋﻮا ﷲ) keadaan demikian bukanlah dalam bentuk huruf tersebut berbaris atas dan hadapan.
Perhatian penting: Nun yang terbit dari Tanwin jika terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Tanwin, Nun tersebut dibariskan dengan baris bawah dengan syarat huruf yang berbaris ini dibaca di dalam keadaan sambung sahaja contohnya Tanwin dalam kalimah (ﻋﺎدا) di dalam ayat (اﻷوﻟﻰ ﻋﺎدا) dan Lam (اﻻﺳﻢ) yang terdapat di dalam surah al-Hujurat kerana ia terletak antara dua huruf Hamzah yang bersambung, oleh sebab itu Huruf Lam dibariskan dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua Sukun.
9.2.2 Baris Atas
Huruf Sukun pertama dibariskan dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua Sukun) di dalam dua keadaan iaitu:
Pertama: Nun di dalam kalimah (ﻣﻦِ) jika terdapat selepasnya Hamzah yang bersambung seperti: (وأﻧﺎ ﻋﻠﻰ ذﻟﻜﻢ ﻣﻦ اﻟﺸﺎهﺪﻳﻦ).
Kedua: Huruf Ya' (ganti nama kepada orang yang bercakap), apabila terdapat Hamzah yang bersambung selepasnya seperti: (أذآﺮوا ﻧﻌﻤﺘﻲ اﻟﺘﻲ أﻧﻌﻤﺖ ﻋﻠﻴﻜﻢ)
9.2.3 Baris Hadapan
Terdapat dua keadaan (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) yang membolehkan Sukun pertama dibariskan dengan Dhammah:
Pertama: Huruf Wau yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal, contohnya: (ﻓﺘﻤﻨﻮا اﻟﻤﻮت إن آﻨﺘﻢ ﺻﺎدﻗﻴﻦ)
Kedua: Huruf Mim yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya: (وﺳﺨﺮ ﻟﻜﻢ اﻟﻠﻴﻞ واﻟﻨﻬﺎر).
10. Tafkhim dan Tarqiq
Huruf hijaiah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut Tafkhim( اﻟﺘﻔﺨﻴﻢ) dan ( اﻟﺘﺮﻗﻴﻖ )Tarqiq.
Pertama: Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu Huruf-huruf Isti'la'.
Kedua: Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat. (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra').
Ketiga: Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada huruf Lam dan Ra'.
10.1 Tafkhim ( اﻟﺘﻔﺨﻴﻢ )
Dari sudut bahasa: Gemuk (tebal). Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Ibarat kekuatan masuk pada bunyi huruf hingga bunyinya memenuhi mulut. Huruf Tafkhim terdiri dari tujuh huruf yang terkandung di dalam bait syair (ﻗﻆ ﺿﻐﻂ ﺧﺺ).
10.1.1 Peringkat pertama Tafkhim Ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan selepasnya
terdapat huruf Alif contohnya:( ﻗﺎل ).
10.1.2 Peringkat kedua Tafkhim Ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan tidak ada selepasnya huruf Alif contohnya:( ﺧﻠﻘﻜﻢ ).
10.1.3 Peringkat ketiga Tafkhim Ialah apabila huruf Tafkhim berbaris hadapan contohnya:( ﻳﻘﻮل).
10.1.4 Peringkat keempat Tafkhim Ialah apabila huruf Tafkhim Sukun contohnya:( إﻗﺮأ ).
10.1.5 Peringkat kelima Tafkhim Ialah apabila huruf Tafkhim berbaris bawah contohnya:( ﻗﻴﻞ ).
10.2 Mengikut Tempat
Iaitu khusus dengan kalimah yang dibaca dengan Tarqiq dalam
keadaan tertentu dan dibaca dengan Tafkhim di dalam keadaan yang lain. Hurufnya adalah sebanyak tiga huruf selain dari huruf Istifal iaitu (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra').
10.2.1 Tafkhim (ditebalkan bacaan) mengikut tempat merangkumi huruf Alif, Lam pada lafaz Allah dan Ra'.
(1) Pertama (Alif): Alif dibaca dengan tebal jika ia terletak selepas huruf tebal, contohnya di dalam kalimah (ﻗﺎل ).
(2) Kedua (Lam pada lafaz Allah): Lam pada lafaz Allah dibaca dengan tebal jika ia terletak selepas huruf yang berbaris atas, hadapan atau di permulaan kalimah contohnya:
(ﻋﺒﺪ ﻗﺎل)
(ﷲ ﷲ)
(ﷲ ﻻإﻟﻪ إﻻ هﻮ )
(3) Ketiga (Ra') : Ra' sentiasa dibaca dengan tebal di dalam tiga keadaan iaitu:
(اﻟﺒﺮ أن ﺗﻮﻟﻮا وﺟﻮهﻜﻢ) - (ﻟﻴﺲ ﺑﺮﺑﻜﻢ) - (رﺑﻨﺎ)
(b) Kedua: Jika ia berbaris hadapan, contohnya (رددت - رزﻗﻨﺎ).
(c) Ketiga: Jika ia berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, di hadapan atau di bawah manakala baris bawahnya pula ialah baris asal serta terdapat selepasnya Huruf Isti'la' atau huruf sebelumnya berbaris bawah dan baris bawahnya adalah mendatang seperti:
( زرﻋﺎ - ﻣﺮﺗﻔﻘﺎ - ﻗﺮﻃﺎس ارﺟﻌﻮا )
( زرﻋﺎ - ﻣﺮﺗﻔﻘﺎ - ﻗﺮﻃﺎس ارﺟﻌﻮا )
10.2.2 Tarqiq mengikut keadaan tempat merangkumi huruf Alif, Lam pada lafaz Allah dan Ra':
(1) Pertama Alif: Alif dibaca dengan nipis apabila ia terletak selepas huruf Tarqiq, contohnya kalimah (اﻟﻜﺘﺎب).
(2) Kedua Lam pada lafaz Allah: Ia dibaca dengan nipis apabila ia terletak selepas huruf yang berbaris bawah, sama ada huruf tersebut bersambung dengannya di dalam satu kalimah atau berasingan di dalam dua kalimah contohnya: (ﺑﺴﻢ ﷲ , ﷲ)
(3) Ketiga Ra': Ra' sentiasa dibaca dengan nipis di dalam tiga keadaan iaitu:
(a) Pertama: Jika ia berbaris bawah contohnya: ( رﺟﺎل - ﻣﺮﻳﺌﺎ).
(b) Kedua: Jika ia berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah asli dan tidak ada huruf Isti'la' selepasnya seperti kalimah (ﻓﺮﻋﻮن).
(c) Ketiga: Jika ia berbaris Sukun (Sukun mendatang) kerana memberhentikan bacaan selepas huruf Ya' Mad atau Mad Lin, contohnya: (وهﻮﻋﻠﻰ آﻞ ﺷﺊ ﻗﺪﻳﺮ) (ذﻟﻚ ﺧﻴﺮ).
10.2.3 Ra' harus dibaca dengan Tafkhim (tebal) dan Tarqiq (nipis) tetapi jika dibaca dengan Tafkhim (tebal) adalah lebih utama di dalam dua keadaan:
Pertama: Jika Ra' dibaca dengan Sukun ketika berhenti bacaan dan huruf sebelumnya berbaris atas atau hadapan contohnya: ( اﻟﺒﺸﺮ) (آﺬﺑﺖ ﺛﻤﻮد ﺑﺎﻟﻨﺬر إن هﺬا إﻻ ﻗﻮل )
Kedua: Jika Ra' dibaca dengan Sukun ketika berhenti bacaan dan huruf sebelumnya berbaris Sukun serta didahului dengan huruf yang berbaris atas atau hadapan dan ia dibaca ketika sambung dengan baris bawah ( واﻟﻔﺠﺮ) (واﻟﻌﺼﺮ ).
Perhatian penting: Sesiapa yang membaca Ra' dengan nipis di dalam keadaan ini bererti dia telah melihat kepada hukumnya iaitu wajib dinipiskan ketika sambung disebabkan ia berbaris bawah dan sesiapa membacanya dengan tebal bererti dia tidak melihat kepada keadaannya ketika sambung tetapi ia melihat kepada Sukun yang mendatang.
10.2.4 Ra' harus dibaca dengan Tafkhim (tebal) dan Tarqiq (nipis) tetapi jika dibaca dengan Tarqiq adalah lebih utama di dalam tiga keadaan iaitu:
Pertama: Jika huruf Ra' dibaca ketika berhenti dengan Sukun dan selepasnya terdapat huruf Ya' yang digugurkan untuk meringankan bacaan seperti: (ﻳﺴﺮ ) di dalam firman Allah s.w.t
(واﻟﻠﻴﻞ ﻳﺴﺮ إذا ﻳﺴﺮ ) kerana pada asalnya (ﻳﺴﺮي ) lalu digugurkan Ya' untuk meringankan bacaannya.
(واﻟﻠﻴﻞ ﻳﺴﺮ إذا ﻳﺴﺮ ) kerana pada asalnya (ﻳﺴﺮي ) lalu digugurkan Ya' untuk meringankan bacaannya.
Kedua: Jika Ra' disukunkan selepas huruf yang berbaris bawah kerana ingin memberhentikan bacaan dan keduaduanya diselangi dengan huruf Isti'la'. Tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali satu kalimah sahaja iaitu kalimah (Sesiapa yang membacanya dengan (اﻟﻘﻄﺮ)
(وأﺳﻠﻨﺎ ﻟﻪ ﻋﻴﻦ اﻟﻘﻄﺮ ) nipis bererti dia ingin menyambung bacaan dan sesiapa yang membacanya dengan tebal ketika berhenti bacaan bererti dia melihatnya sebagai mendatang.
(وأﺳﻠﻨﺎ ﻟﻪ ﻋﻴﻦ اﻟﻘﻄﺮ ) nipis bererti dia ingin menyambung bacaan dan sesiapa yang membacanya dengan tebal ketika berhenti bacaan bererti dia melihatnya sebagai mendatang.
Ketiga: Jika Ra' Sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya terdapat huruf Isti'la' yang berbaris bawah. Tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali satu kalimah sahaja
iaitu kalimah (آﻞ ﻓﺮق آﺎﻟﻄﻮد). Sesiapa yang membacanya dengan nipis bererti dia melihat kepada baris bawah yang terdapat sebelumnya dan dia tidak melihat kepada huruf Isti'la' yang terletak selepasnya kerana ia berbaris bawah. Sesiapa membacanya dengan tebal bererti dia melihat kepada huruf Isti'la' yang terletak selepasnya dan dia tidak melihat kepada baris bawah yang terletak sebelumnya serta dia tidak melihat kepada baris bawah huruf Isti'la'.
10.2.5 Hukum Imalah ( اﻹﻣﺎﻟﺔ )
Adalah dikhususkan untuk huruf Ra' sahaja. Ra' dibaca dengan nipis kerana baris atas yang cenderung kepada baris bawah. Huruf Alif yang cenderung kepada Ya' terdapat di dalam satu kalimah sahaja di dalam al-Quran iaitu kalimah ( ﻣﺠﺮاهﺎ ).
10.3 Tarqiq (اﻟﺘﺮﻗﻴﻖ ).
Dari sudut bahasa: Menipiskan Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Gambaran perubahan yang berlaku pada bunyi huruf yang mengakibatkan bunyi tersebut tidak memenuhi mulut. Huruf
Muraqqaqah (Tarqiq) ialah keseluruhan huruf hijaiah selain dari huruf Tafkhim (ﻗﻆ ﺿﻐﻂ ﺧﺺ ) dan huruf-huruf yang dibaca dengan tebal dan nipis mengikut keadaannya iaitu (Alif - Lam pada lafaz Allah - Ra'). 34disusun oleh lelabu.com
11. Pertemuan Huruf
Setiap dua huruf yang bertemu sama ada dalam bentuk lafaz atau tulisan sahaja, kedua-duanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu: (Mithlan - Mutaqariban - Mutajanisan - Mutaba'idan). Ulama Tajwid tidak menyebut hukum tentang Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan)
kerana tujuan dari mempelajari ilmu ini ialah untuk mengetahui sesuatu yang perlu diidghamkan (dimasukkan) atau tidak dan hukum ini tidak terdapat pada Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan).
Dua huruf yang sama makhraj dan sifatnya seperti dua huruf Ba' dan dua huruf Ta'( ت ).
11.1.1 Mithlan Saghir (اﻟﻤﺜﻼن اﻟﺼﻐﻴﺮ )
Huruf awal Sukun dan huruf yang kedua berbaris. Ia dinamakan Saghir (kecil) kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris menyebabkan ia mudah dimasukkan (diidghamkan).
Hukumnya: Wajib diidghamkan (dimasukkan) kecuali jika huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Mad. Dalam keadaan ini wajib diizharkan contohnya: ( وهﻢ ﻗﺎﻟﻮا ) atau huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Ha' saktah. Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika (berhenti tanpa menyambung nafas) yang menegah dari diidghamkan (dimasukkan) seperti ( هﻠﻚ ﻣﺎﻟﻴﻪ ).
Hukumnya: Wajib diidghamkan (dimasukkan) kecuali jika huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Mad. Dalam keadaan ini wajib diizharkan contohnya: ( وهﻢ ﻗﺎﻟﻮا ) atau huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Ha' saktah. Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika (berhenti tanpa menyambung nafas) yang menegah dari diidghamkan (dimasukkan) seperti ( هﻠﻚ ﻣﺎﻟﻴﻪ ).
11.1.2 Mithlan Kabir ( اﻟﻤﺜﻼناﻟﻜﺒﻴﺮ)
Dua huruf yang berbaris. Ia dinamakan Kabir (besar) ialah kerana ia banyak terdapat di dalam al-Quran dan kerana baris lebih banyak dari Sukun.
Hukumnya: Wajib diizharkan (dinyatakan) kecuali pada ayat: ( ﺗﺄﻣﻨﺎ ) di mana hukumnya mesti diidghamkan (dimasukkan) berserta Isymam iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan ketika menyebut huruf Nun Sukun yang pertama dan mengidghamkan kepada Nun yang kedua Keadaan ini bertujuan ingin menunjukkan bahawa baris asal huruf Nun adalah baris hadapan kerana kalimah ( ﻨﺎّﺗﺄﻣ ) pada asalnya adalah ( ﺗﺄﻣﻨﻨﺎ ) lalu Nun pertama dimasukkan ke dalam Nun kedua menyebabkan ia menjadi ( ﻨﺎّﺗﺎﻣ ).
Hukumnya: Wajib diizharkan (dinyatakan) kecuali pada ayat: ( ﺗﺄﻣﻨﺎ ) di mana hukumnya mesti diidghamkan (dimasukkan) berserta Isymam iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan ketika menyebut huruf Nun Sukun yang pertama dan mengidghamkan kepada Nun yang kedua Keadaan ini bertujuan ingin menunjukkan bahawa baris asal huruf Nun adalah baris hadapan kerana kalimah ( ﻨﺎّﺗﺄﻣ ) pada asalnya adalah ( ﺗﺄﻣﻨﻨﺎ ) lalu Nun pertama dimasukkan ke dalam Nun kedua menyebabkan ia menjadi ( ﻨﺎّﺗﺎﻣ ).
11.1.3 Mithlan Mutlaq (اﻟﻤﺜﻼناﻟﻤﻄﻠﻖ )
Huruf awal berbaris hidup dan huruf yang kedua berbaris Sukun (mati). Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) dan Kabir (besar). Hukumnya wajib diizharkan (dinyatakan) di sisi Ahli Qiraat.
11.2 Mutaqariban (اﻟﻤﺘﻘﺎرﺑﺎن ).
Dua huruf yang makhraj dan sifatnya berdekatan atau makhraj sahaja atau sifat sahaja yang berdekatan.
11.2.1 Mutaqariban Saghir (اﻟﻤﺘﻘﺎرﺑﺎن اﻟﺼﻐﻴﺮ)
Huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia dinamakan kecil kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris hidup.
Hukumnya: Diizharkan (dinyatakan) mengikut pendapat Hafs dan ahli Qiraat selain daripadanya. Walau bagaimanapun huruf Lam dan Ra' wajib diidghamkan (dimasukkan) berdasarkan kata sepakat Ahli Qiraat. di mana ( ﺑﻞ ران ) kecuali pada: ( ﻗﻞ رب - ﺑﻞ رﻓﻌﻪ اﷲ ) Contohnya hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana mengikut riwayat Hafs terdapat Saktah iaitu diam seketika (berhenti tanpa mengambil nafas) yang menghalang dari Idgham (dimasukkan).
Hukumnya: Diizharkan (dinyatakan) mengikut pendapat Hafs dan ahli Qiraat selain daripadanya. Walau bagaimanapun huruf Lam dan Ra' wajib diidghamkan (dimasukkan) berdasarkan kata sepakat Ahli Qiraat. di mana ( ﺑﻞ ران ) kecuali pada: ( ﻗﻞ رب - ﺑﻞ رﻓﻌﻪ اﷲ ) Contohnya hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana mengikut riwayat Hafs terdapat Saktah iaitu diam seketika (berhenti tanpa mengambil nafas) yang menghalang dari Idgham (dimasukkan).
11.2.2 Mutaqariban Kabir( اﻟﻤﺘﻘﺎرﺑﺎن اﻟﻜﺒﻴﺮ)
Dua huruf yang berbaris dan ia dinamakan Kabir (besar) adalah disebabkan ia banyak didapati dan baris hidup lebih banyak dari baris Sukun (mati). Hukumnya ialah wajib Izhar.
11.2.3 Mutaqariban Mutlaq (اﻟﻤﺘﻘﺎرﺑﺎن اﻟﻤﻄﻠﻖ)
Huruf awal berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati). Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir (besar). Hukumnya wajib Izhar (dinyatakan).
11.3 Mutajanisan (اﻟﻤﺘﺠﺎﻧﺴﺎن )
Dua huruf yang sama makhraj dan berlainan sifat kedua-duanya seperti huruf Dal dan Ta'( ت ).
11.3.1 Mutajanisan Saghir( اﻟﻤﺘﺠﺎﻧﺴﺎن اﻟﺼﻐﻴﺮ)
Huruf pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia dinamakan kecil kerana huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Hukumnya: Izhar (dinyatakan) kecuali pada enam tempat yang perlu diidghamkan (dimasukkan) iaitu:
1- Huruf Ba' ( ب ) selepasnya huruf Mim ( م ) di dalam ayat ارآﺐ ﻣﻌﻨﺎ
2- Huruf Ta' ( ت ) selepasnya huruf Dal ( د ) contohnya: ( أﺛﻘﻠﺖ .( دﻋﻮا
3- Huruf Ta' ( ت ) selepasnya huruf Ta'( ط ) contohnya: ( هﻤﺖ إذ
.( ﻃﺎﺋﻔﺘﺎن
4- Huruf Tha' ( ث ) selepasnya huruf Zal ( ذ )contohnya: ( ﻳﻠﻬﺚ .ذﻟﻚ
5- Huruf Dal ( د ) selepasnya huruf Ta' ( ت ) contohnya:( وﻣﻬﺪت ).
6- Huruf Zal ( ذ ) selepasnya huruf Dza ( ظ ) contohnya: ( ﻇﻠﻤﺘﻢ إذ), manakala Huruf Ta' ( ط ) yang terdapat selepasnya huruf Ta' ( ت ) contohnya: ( أﺣﻄﺖ ), hukumnya adalah Idgham Naqis dengan sepakat Ahli Qiraat.
11.3.2 Mutajanisan Kabir( اﻟﻤﺘﺠﺎﻧﺴﺎن اﻟﻜﺒﻴﺮ).
Dua huruf yang berbaris, ia dinamakan demikian kerana banyak didapati di dalam bacaan begitu juga kerana huruf yang berbaris hidup lebih banyak dari yang berbaris Sukun (mati). Hukumnya wajib Izhar.
11.3.3 Mutajanisan Mutlaq ( اﻟﻤﺘﺠﺎﻧﺴﺎن اﻟﻤﻄﻠﻖ).
Huruf pertama berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati). Ia dinamakan demikian kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir (besar).
Catatan ini adalah disalin dari sesawang lelabu.com. Penulis sesawang tersebut menyatakan bahawa nota ini adalah berdasarkan panduan daripada laman web www.al-islam.com. Penulis lelabu.com tidak bertanggungjawab jika terdapat kesalahan fakta dalam susunan nota ini. Oleh itu, jika memerlukan kepastian, tanyalah guru-guru yang pakar dalam bidang ini.
Kenapa la tak boleh copy & paste. Ia kan pahala besar boleh dibawa sampai akhirat. Sesiapa nak ambik... ambik la...
ReplyDelete