Sunday, February 8, 2015

M 067 PULAU LAYANG LAYANG


PULAU

LAYANG-LAYANG


Pulau Layang-Layang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Spratly. Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah. 

Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautikal dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon esklusif) di Laut Cina Selatan. Juga dikenali sebagai Terumbu Layang-Layang (Swallow Reefs).

Kepulauan cecincin (oceanic atoll) Layang-Layang timbul hampir 200 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagic) yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah.

Inisiatif untuk memiliki Pulau Layang-layang dilakukan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil-alih tampok Kerajaan pada tahun 1981.  Beliau telah mengarahkan supaya TLDM membina satu 'penanda' yang menunjukkan ia telah diduduki oleh Malaysia. Sejak itu, Tun terus menerus membangunkan dan mewujudkan kedaulatan Malaysia di pulau itu.  Pada masa ini Malaysia mempunyai penempatan tetap anggota TLDM yang berpangkalan di situ.


dahulu


Pada masa ini Malaysia menduduki dan mempertahankan hak milik ke atas Terumbu Laksamana, Pulau Amboyna Kecil, Terumbu Perahu, Terumbu Layang Layang, Terumbu Ubi, Terumbu Laya, Terumbu Siput, Terumbu Semarang/ Barat Kecil (Malaysia ada bina rumah api disini),Terumbu Mantanani dan Beting Burgai.

Sebuah agensi pelancongan telah dibenarkan dan dipertanggungjawabkan untuk memajukan pulau ini sebagai destinasi pelancongan.

Komposisi Wilayah Baru Malaysia di Kepulauan Spratly

Terumbu Layang-Layang atau Swallow Reef (English) atau Celerio (Filipina) atau Da Hoa Lau (Vietnam) atau Dan Wan Jiao (China)

The eleventh largest Spratly island. Treeless cay and rocks up to 3 m high surround a lagoon. Malaysia has drawn territorial seas around this and Amboyna Cay. Some 70 plus soldiers stationed here maintain a beacon. Has a fishing port and a 15-room diving resort, including a 1.5 km airstrip. Present land mass is reclaimed, making it the firstartificial island in Spratly. Occupied since 1983.

Comprising five stations originally built on outlaying atolls, with the most developed now expanded to a full fledged island that is now a popular diving spot in the region. This is in contrast from the origins of Layang-Layang Island when the island started to receive its first human population three years after a claim plaque was erected on the coral atoll it was at the time on 21 June 1980, when eighteen hardy Paskal men went ashore on May 1983 to build the first encampment while braving the elements. This place is called Wisma Kaki Langit because at the time the only infrastructure available was a helipad for personnel transfer and the soldiers had to camp under the open skies on the bare reef. When the naval station proper was constructed six years later with the construction of a small living-cum-operations quarters, it was also decided that the enlarged island the atoll has become will also be developed as a tourist attraction so that the tourism potential of the island can be exploited. Thus by 1995, more buildings were added, including two air-conditioned accommodation blocks, an aircraft landing strip, which can be used by Hercules C-130 and CN235 aircraft, two hangars, a radar station, an air traffic control tower, watchtowers and a jetty has made the island a proper island station code named Station Lima for the naval men stationed there to safeguard our nation’s claim to the area. Patrols by navy soldiers in CB90H attack vessels and larger, faster patrol boats are carried out around the island. Several anti-ship and anti-aircraft guns are placed on several areas on the island and the RMAF personnel operate a Starburst air defence system to prevent low-level air attacks here.



Terumbu Ubi atau Ardasier Reef (English) atau Antonio Luna (Filipina) atau Bai Kieu Ngua (Vietnam) atau Guangxingzai Jiao (China)

Naturally above water only at low tide. Encloses a lagoon. Has a few sandy patches. Several soldiers stationed. Occupied since 1986.

.Ubi Reef or Station Uniform was one of the stations which construction was started in the mid-80s for the purpose of monitoring and protection the territorial waters in international boundaries. It was built in early 1986 by Malaysian Shipping Engineering Corporation and in its early stage, was only a module built on top of a barge measuring 60 metres long and 30 metres wide anchored on top of Ubi Reef(Ardasier Reef) that is supposed to be the largest reef in Gugusan Semarang Peninjau. The station was officialy opended on 16 April 1986 and is located 16 nautical miles to the south west of Station Lima and 25 miles south of Station Mike. In 2000 the station was enlarged by filling in around the lagoon basin and a channel was built for safe passage of the visiting navy CB90 Combat Boat to enter and dock at the station. A beacon was also built about one mile to the east of the station to mark guide the boats into the lagoon. A buoy was also placed in the middle of the lagoon to assist in the berthing of the boats. In general, Station Uniform assets has been much enhanced to increase the operational readiness of the station


Terumbu Laya  atau Dallas Reef (English) atau Rajah Matanda (Filipina) atau Guangxing Jiao (China)

Naturally above water only at low tide. Encloses a lagoon. Several soldiers stationed. Malaysia is also using this reef for tourism.

Terumbu Siput atau Erica Reef (English) atau Gabriela Silang (Filipina) atau Boji Jiao (China)

Above water only at low tide. Some isolated rocks on the eastern edge stand above high water.

The founding history of Station Sierra or Siput Reef started with the construction on a barge type module at Jerjak Island by PSCND. The module was specially designed originally as a floating vessel to facilitate towing at sea before it is anchored at Siput Reef. The towing was carried out in April 1999 codenamed Ops Sri Petaling whereby the module was towed under the element of disguise to avert notice by neighbouring countries in an operation taking almost one month. The sailing and towing operations was undertaken with several RMN ships in escort until reaching the site and anchored about 16 nautical miles south west of Station Mike. Location selection and module positioning was done during high tide so that it can be more easily anchored during low tide and after found satisfactory, the module was landed and filled in with cement and rocks to strengthen its anchorage. These works were completed in early May 1999 and officially named on 10 May 1999. In its early operations, it was declared that the module was built for marine and scientific research to reduce pressure and misunderstanding by claimant nations. The station was further secured by the extension of Ops Sri Petaling for monitoring and defence in order to safeguard the station from any threats especially from nations objecting to Malaysia’s settlement on the islet.


Terumbu Peninjau atau Investigator Shoal (English) atau Pawikan (Filipina) atau Bai Tham Hein (Vietnam) atau Yuya Ansha (China)

Above water only at low tide. Some large rocks at the western end are visible at high water. Encloses a lagoon.

Similarly Station Papa was also constructed by PSCND thatwas originally a module built on top of a large barge that was towed to its current site in the same Ops Sri Petaling in early April 1999 before being anchored in the middle of Peninjau reef and located 70 miles north east of Station Lima. Work on anchoring the module on the largest reef in amongst the station was completed and then officially opened on 10 May 1999. Station Papa was similarly declared as a maritime scientific research station to reduce claimants’ pressure and similarly secured like Station Sierra against any threats from competing claimants.


 

Terumbu Semarang Barat Kecil atau Antong Jiao (China)

Rocks 1 m high. Malaysia operates a lighthouse here


Terumbu Semarang Barat Kecil

Terumbu Mantanani atau Mariveles Reef (English) atau Mariveles (Filipina) atau Bai Da Ki Van (Vietnam) atau Nan Hai Jiao (China)

A sand cay, 1.5–2 m high, surrounded by two lagoons, parts of which are above water at high tide. Several soldiers stationed. Occupied since 1986.

The next reef to be populated was Station Mike or Mantanani Reef when a habitat module built by Malaysian Shipping Engineering Corporation was anchored onto the reef in the middle of September 1986 and was officially opened three months later. The 44 metre long Station Mike is located about 35 nautical miles to the north of Station Lima and is close to a Vietnamese settlement on Amboyna Cay only 40 nautical miles away. On 18 May 1994, the area around the islet was however declared a restricted area possibly due to its close proximity to competing forces.




KETEGANGAN DAN KONFLIK DI SPRATLY

Insiden yang berlaku pada akhir April 2010 telah menyebabkan kekuatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dikejarkan ke sana.

Negara China sudah mula diperkuat dengan armada laut yang canggih dan pesawat terbaru seperti Sukhoi dan J-10 sudah mula menjalankan gerakan-gerakan untuk menguatkan tuntutannya ke atas kepulauan Spratly dengan lebih agresif.

Penganalisis pertahanan dan sains politik dunia sudah sejak sekian lama meramalkan konflik terbaru yang dijangka lebih hebat dari isu kepulauan Falklands akan meletus di Laut China Selatan, khususnya kerana terdapat tuntutan bertindih di antara China, Vietnam, Filiphina, Indonesia, Brunei dan Malaysia.

Ia bukan sahaja kaya dengan telaga minyak tetapi merupakan sumber makanan dan ekonomi yang penting, ia mewah dengan perikanan.

KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY

Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.



Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani. Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.



China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief. Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar. China juga mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.

STRATEGI MALAYSIA

Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.
    
Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly. Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.  Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.

Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.

Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.


INSIDEN DI SPRATLY 

CHINA vs AMERIKA SYARIKAT

Kepulauan Spratly mempunyai potensi untuk merebak ke konflik yang lebih besar. Pada 8 Mac 2009, lima buah kapal milik China iaitu sebuah kapal perisik, sebuah kapal jabatan laut China, sebuah kapal pengukur laut dan dua buah kapal nelayan laut dalam telah mengelilingi dan membuat gerakan-gerakan yang menganggu perjalanan sebuah kapal milik Amerika Syarikat (AS) iaitu USS Impeccable.

Insiden berlaku lebih kurang 75 batu dari selatan Pulau Hainan menyebabkan berlakunya “pertempuran” kecil dengan menggunakan meriam air (kapal AS ini tidak dilengkapi senjata api).  Kelasi China turut menanggalkan seluar dalam mereka dan melontarkan cangkuk untuk merosakkan peralatan survey kapal AS tersebut.

CHINA vs VIETNAM

Pada 14 Mac 1988, satu pertempuran kecil berlaku di antara tentera laut China dan Vietnam dalam satu insiden yang di namakan pertempuran di Terumbu Selatan Johnson.  Terumbu Johnson merupakan kawasan yang dikuasai oleh Vietnam (umum mengetahui bahawa Vietnam pernah terlibat dalam peperangan dengan China dan kedua-dua negara ini adalah seteru di antara satu sama lain walaupun China pernah membantu vietnam dalam peperanganya memerangi AS di antara tahun 60an dan 70an dahulu).




Menjelang akhir Januari 1988, Vietnam sudah mula mengesan kehadiran tentera China dan kapal perangnya di terumbu Johnson menyebabkan Vietnam turut menghantar tenteranya sebagai persediaan sebarang kemungkinan dengan seterunya itu.

Pada Mac 13, kapal perang China mengesan kehadiran kapal perang kecil Vietnam dengan nombor penan HQ-604 bergerak ke kawasan terumbu Johnson dan satu lagi kapal perangnya dengan nombor penan HQ-605 bergerak ke terumbu Lansdowne Reef.  Kapal perang Vietnam dengan nombor penan HQ-505 pula belayar ke arah Terumbu Collins, tiga pergerakan kapal yang dianggap sebagai pencerobohan ke dalam wilayah China.



Kapal perang China sebelum itu telah pun menurunkan 25 orang askar di kawasan terumbu Johnson dan sebuah lagi kapal perang China telah mendaratkan 33 tentera marin ke kawasan itu.  Kapal perang China iaitu Xiantan pula dikejarkan ke Terumbu Lansdowne.

Pada 14 Mac, jam 7.30 pagi, askar Vietnam dilihat sedang cuba menaikkan tiang bendera negara mereka di Terumbu Johnson Selatan.  Selepas terjadinya perang mulut di antara askar China dan Vietnam, pertengkaran itu bertukar menjadi pertempuran senjata api dan kapal perang Vietnam iaitu HQ 604 menawarkan tembakan bantuan.  Akibatnya, kapal perang China yang berada di kawasan berhampiran bertindak menembak HQ 604 sehingga kapal perang Vietnam itu terbakar dan tenggelam.  Di Terumbu Collins, kapal perang Vietnam iaitu HQ 505 turut musnah di tembak kapal perang China.

Di Terumbu Lansdowne, kapal perang Vietnam, HQ 605 turut ditenggelamkan.  Melalui kemenangan ini, China berjaya menguasai tujuh terumbu di kawasan itu.


Da Tay Island (Vietnem)

CHINA vs FILIPINA


Pada tahun 1994, insiden pencerobohan yang serupa turut terjadi di antara tentera laut Filipina dengan kapal perang China.  Pencerobohan di lakukan oleh kapal perang China ke dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) milik Filipina.


Kalayaan Island (diduduki oleh Filipina)


Filipina yang diketahui mempunyai armada laut yang paling lemah di kalangan negara Asean bagaimanapun tidak mengarahkan kapal perangnya menembak atau melakukan provokasi ke atas kapal perang China itu.  Ini dibuat memandangkan kesanggupan China untuk memusnah atau menggunakan kekerasan ke atas sesiapa sahaja seperti yang terjadi pada Vietnam sedangkan pencerobohan secara jelas di buat oleh China.

Kapal perang Filipina kemudian melarikan diri dari bertembung dengan kapal perang China itu.


CHINA vs MALAYSIA

Insiden yang melibatkan kapal perang dan pesawat milik TUDM ini dilapor berlaku pada akhir April 2010. Ia tidak dilapor dalam mana-mana media tempatan dalam negara tetapi menjadi tajuk utama dalam akhbar di China.



Laporan dari akhbar The Southern Daily (akhbar rasmi komunis China dalam bahasa Cina) bertarikh 1 Mei memberitahu, sekumpulan kapal perikanan China sedang menjalankan aktiviti pelayaran mereka di kepulauan Spratly yang dipanggil Nansha oleh pihak China.  Armada kapal-kapal perikanan China ini sebenarnya merupakan strategi China untuk menguatkan tuntutan dan penguasaan mereka ke atas seluruh pentas Laut China Selatan dan khususnya Spratly.

Kapal-kapal perikanan China bukanlah seperti kapal-kapal dari Jabatan Perikanan Malaysia kerana kebanyakkan kapal-kapal perikanan China ini mempunyai keupayaan untuk belayar di laut dalam dan jauh dari pengkalan mereka.  Kapal-kapal ini ada di antara berat 1,400 tan sehingga 2,400 tan mempunyai besar yang hampir menyamai kapal korvet.  Ada kapal-kapal perikanan laut China ini merupakan modifikasi dari bekas-bekas kapal perang China.

Akhbar The Philippine Star pada tahun 2009 ada menyiarkan hasrat China untuk menggunakan kapal-kapal perikanan yang kelihatan “innocent” ini untuk berlayar di Laut China Selatan. Jurucakap dari kedutaan China di Manila iaitu Hua Ye memberitahu akhbar tersebut bahawa China tidak melanggar atau membuat sebarang provokasi di kawasan tuntutan bertindih memandangkan tidak ada kapal perang yang dihantar berlayar di kawasan yang sedang direbut oleh Vietnam, Filipina dan Malaysia itu serta beberapa buah negara lain kecuali kapal milik jabatan perikanan negara itu.

Berbalik kepada siaran berita yang disiarkan oleh akhbar The Southern Daily tadi, berikut merupakan terjemahan yang dibuat: 


Beberapa hari sebelum 1 Mei, armada kapal nelayan China telah dihalang secara agresif oleh bot peronda milik Malaysia.  Kapal-kapal nelayan China itu dengan diiringi oleh kapal agensi perikanan China sudah lama mencari ikan di kawasan yang sudah ditandai sebagai kawasan tradisi mereka.  Bot peronda Malaysia dilihat bertindak agresif dan penuh provokasi apabila muncung meriam di halakan kepada kapal yang paling hadapan di dalam armada kami.

Pada pukul 10.30 pagi, radio kapal nelayan China disergah dengan amaran oleh suara pegawai dari kapal perang Malaysia.  ”Chinese fishery fleet, we are Malaysian warships, I hope you will leave.” suara amaran dari kapal perang Malaysia.  Armada perikanan China bagaimanapun telah mendapat arahan dari ibupejabat marin untuk mengekalkan haluan dan menambah kelajuan. Tiba-tiba dari jauh kelihatan sebuah kapal perang yang lebih besar dan jelas kelihatan, ia membawa peluru berpandu.


Bot peronda tadi menghampiri bot bernombor 311, anak kapal China melihat kelasi kapal perang bot peronda itu sudah memakai topi besi dan meriam kapal itu dihalakan kepada kapal bernombor 300, suasana tiba-tiba menjadi tegang.  

Pada pukul 11.30 pagi, sebuah pesawat terbang Malaysia dilihat terbang mengelilingi armada perikanan China selama 15 minit.  Kapal-kapal perang Malaysia seterusnya dilihat mengikuti armada kapal perikanan China sehingga pada pukul 22.30 malam dan keadaan ini berterusan sehingga pada pukul 3 pagi............

CHINA vs INDONESIA 

Kapal-kapal China terutama kapal perikanan laut dalam mereka menjalankan aktiviti mencari ikan beribu-ribu kilometer dari kawasan negara mereka. Pada tahun 2005, sebuah kapal perang Indonesia, KRI Tanjung Dalpele berjaya memintas empat buat kapal perikanan China yang mencari ikan secara haram di kawasan lautan Arafura yang terletak di antara Wilayah Papua dan Maluku.

Tiga kapal perikanan milik China itu melarikan diri tetapi sebuah lagi, MV Fu Yuan 123 berjaya ditahan.  Sebelum itu, kapal perang Indonesia sudah pun memberi tembakan amaran sebanyak 3 das tetapi kapal perikanan China bertindak agresif dan melakukan manuver yang seakan-akan mahu melanggar KRI Tanjung Dalpele.  Akibatnya kapal perang Indonesia itu terpaksa melepaskan tembakan dan membunuh salah seorang kelasi kapal perikanan China.

Tindakan kapal perang tersebut mengundang rasa tidak puas hati Beijing tetapi pemerintah tentera laut Indonesia di Surabaya menjelaskan, tembakan itu dibuat selepas semua prosedur atau “Rules of Engangement” dipatuhi.

Sumber: militaryofmalaysia.net 

  
 

.
Projek pangkalan Tentera Udara terapung di Pulau Layang-Layang atas arahan Tun Mahathir

Kedudukan pulau Layang
KOTA KINABALU, 12 Dis (Bernama) -- Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.

Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.

"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.

F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.


DIINTIP KAPAL SELAM ASING

Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.

Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.

Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.

Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.

Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.

Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?

KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY


Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.

Binaan konkrit 3 tingkat milik China, Ia dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.

Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.


STRATEGI MALAYSIA

Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.

Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.


Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.

Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.

Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.


Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.

Reference:
www.facebook.com/pages/VAT-69-Perjuangan-Semalam/403142033068693




SEJARAH PEMBINAAN
PULAU LAYANG-LAYANG
Pengorbanan Komando Malaysia 
Menawan Pulau Layang -Layang

Isu Kepulauan Spratly di Laut China Selatan terus menjadi konflik besar  di rantau Asia Tenggara . Ini kerana selain negara Asean seperti  Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam , negara kuasa besar China juga  menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak.

Bagi negara tercinta kita Malaysia,  hanya Pulau Layang-Layang  menjadi  lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan hingga kini.

Awal tahun 80 an , tiada pun pulau layang -layang ini  .Yang ada hanyalah  terumbu karang. Tetapi hasil  kebijaksanaan bekas Perdana Menteri ketika itu iaitu negarawan ulung Tun Dr Mahathir, beliau   mengarahkan pasukan komando kita menawan terumbu itu & jadikan ia sebuah pulau.

Langkah pantas Tun mengarahkan tentera kita menguasai pulau berkenaan membuktikan kedaulatan negara sentiasa dilindungi kerajaan. 


Bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu. Maka terkial-kial lah ATM menghantar personel dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi. 

Kasihan, dengan kudrat komando yang tidak seberapa (depa pun manusia juga, ada anak bini), maka kawan-kawan kita yang gagah berani menakluki Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada. 


Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat kerangka  besi scaffolding dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat. 


Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.


Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina. Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana modula-modula ini dibina di Semenanjung dan tidak di kawasan yang hampir sama ada di Sabah atau Sarawak. Modula-modula ini kemudiannya diletakkan di atas sejenis tongkang atau 'barge' dan di'camouflage' dengan kayu-kayan serta papan lapis. 


Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai. Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.

Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur (perlu disahkan kesahihan).


Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui (perlu disahkan kesahihan).


Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu tahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.  
Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah.


INSIDEN DI STESYEN LIMA

Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil.  Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau, silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam.


Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja.


Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China.  Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan stesyen Lima tetapi tidak ada ketegangan yang wujud, kehadiran mereka dianggap tidak membahayakan tetapi langkah-langkah keselamatan tetap diambil.

http://sejarahmelayu.blogspot.com

4 comments:

  1. Ada fakta-fakta dimana modul-modul tersebut dibena tidak benar sebab saya terlibat didalam pemasangan sistem komunakasi di dalam modul tersebut di lokasi pembenaan. Seterusnya ke Stn Lima untuk meneruskan kerja-kerja pemasangan, ujian dan penerimaan sistem komunakasi.

    ReplyDelete
  2. Sekadar pembacaan...

    Ayat "komando terpaksa panjat pokok untuk bermalam" tidak tepat. Tiada pokok di kawasan tersebut, hanya batuan yang timbul ketika air surut.

    Pembinaan tugu dan modul bermula tahun 1980 oleh RAJD dibantu Nuri TUDM dan KD Sri Bangi TLDM.

    Mereka yang terlibat semasa pembinaan ini mendiami pelantar scaffolding yang dipasang diatas terumbu.

    PASKAL mula menduduki Terumbu Layang Layang pada tahun 1983.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH DI ATAS TEGURAN TUAN, PENULIS ASAL DI MANA SAYA RUJUK MUNGKIN KURANG TELITI.

      Delete