SISTEM
PERLANTIKAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
BAHAGIAN
KE 3
Dalam
TAJUK ini saya akan menyambung semula sejarah mengenai perlantikan setiap
Yang DiPertuan Agung Malaysia sejak Merdeka. YDP Agong seterusnya ialah
YDP Agong VII, iaitu giliran Negeri Pahang. Seperti disebut dalam TAJUK M
012, Sultan Kedah, alMu'tasim Billahi Alhaj Sultan Abdul Halim Muhibuddin
Muadzzam Shah telah melakar sejarah tersendiri apabila dilantik menjadi SPB
Yang DiPertuan Agong Malaysia buat kali kedua.
Kali pertama baginda naik tahta YDP Agong ke 5 ialah pada bulan September 1970 ketika berusia 43 tahun. Pada tahun 1975 baginda kembali ke Kedah. Pada bulan Disember 2006 baginda telah dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertuan Agong untuk kali pertama sehingga bulan Disember 2011. 36 tahun kemudian baginda sekali lagi terpilih untuk menyandang jawatan YDP Agong untuk kali kedua.
Kali pertama baginda naik tahta YDP Agong ke 5 ialah pada bulan September 1970 ketika berusia 43 tahun. Pada tahun 1975 baginda kembali ke Kedah. Pada bulan Disember 2006 baginda telah dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertuan Agong untuk kali pertama sehingga bulan Disember 2011. 36 tahun kemudian baginda sekali lagi terpilih untuk menyandang jawatan YDP Agong untuk kali kedua.
Sejarah
monarki Malaysia hingga ke tarikh ini merekodkan bahawa DYMM Almu'tasimu
Billah Muhibuddin Tuanku Haji Abdul Halim Al Muadzam Shah - Sultan Kedah
merupakan satu-satunya kalangan Raja Melayu yang menjadi YDP Agong
sebanyak dua kali.
Rekod
juga mencatatkan bahawa sehingga ke tarikh ini, dua orang YDP Agong
telah dilantik menjadi YDP Agong tanpa terlebih dahulu menjadi Timbalan Yang Di
Pertuan Agong (tidak mengambil kira YDP Agong Pertama), iaitu:
(1)
Almarhum DYMM Sultan Iskandar Alhaj, Sultan Johor - terus dilantik
menjadi YDPA VIII pada tahun 1984.
(2)
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis- terus dilantik
menjadi YDPA XII pada tahun 2001.
Sejarah
perlantikan sehingga ke tarikh ini juga merekodkan
bahawa tiga orang YDPA pernah dilantik menjadi Timbalan YDPA
sebanyak dua kali; iaitu:
(1)
DYMM Sultan Abdul Halim AlMuadzam Shah - Sultan Kedah, kali pertama
(1965-1970) dan kali kedua (2006-2011).
(2)
Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Alhaj- YDP Besar Negeri Sembilan, kali
pertama (1979-1984) dan kali kedua (1989-1994).
(3)
DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin- Sultan Terengganu, kali pertama (1999 -
2001) dan kali kedua (2001-2006).
Sejarah
juga merekodkan bahawa empat (4) YDP Agong telah mangkat semasa dalam tempoh
menyandang jawatan iaitu:
(1)
YDP Agong Pertama: Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku
Muhammad (Negeri Sembilan).
(2)
YDP Agong Kedua: Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni
almarhum Tuanku Alaeddin Sulaiman Shah .
(3)
YDP Agong Keenam: Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni almarhum Sultan
Ibrahim (Kelantan)
(4)
YDP Agong Kesebelas Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni
almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj (Selangor)
Almarhum Almu'tasim Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim alMuadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah
(13 Dis 2011 - 12 Dis 2016)
(13 Dis 2011 - 12 Dis 2016)
PERLANTIKAN YDP AGONG XV
Apabila Tuanku Sultan Abdul Halim melengkapkan tempoh 5
tahun pemerintahan pada 12 Dis 2016,
maka Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 243 (Khas) yang bersidang pada 14 Okt 2016
telah memilih YDP Agong yang baru berdasarkan senarai kedudukan penggiliran
seperti berikut:
(1) DYMM Sultan
Muhammad V (2010)- Sultan Kelantan telah
DIPILIH Yang Di Pertuan Agong.
(2) KDYMM Sultan Hj
Ahmad Shah Al Mustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam
Shah, Sultan Pahang. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan kedua untuk
negeri Pahang dan juga tawaran kali kedua bagi diri Baginda. Baginda pernah
menjadi YDP Agong kali pertama dari 1979 - 1984. Baginda telah MENOLAK tawaran
untuk menjadi Timbalan YDPA.
(3) DYMM Sultan
Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Ini merupakan giliran
pemilihan untuk pusingan kedua Negeri Johor dan tawaran kali pertama untuk diri
Baginda. Baginda juga MENOLAK tawaran untuk menjadi Timbalan YDPA.
(4) DYMM Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlah Muhibbuddin Shah Maghfirullah
(2014), Sultan Perak. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan dua bagi
Negeri Perak dan tawaran kali pertama untuk diri Baginda. Baginda telah DIPILIH menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong.
(5) DYMM Tuanku
Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir, YDP Besar Negeri Sembilan. Ini merupakan
giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi NSDK.
(6) DYMM Sultan
Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Sultan
Selangor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri
Selangor.
(7) DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin ibni alhamrum Syed Putra Jamalullail - Raja Perlis. Ini
merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi Perlis dan kali kedua
untuk diri Baginda.
(8) DYMM Tuanku
Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah - Sultan
Terenggannu. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri
Terengganu dan kali kedua untuk diri Baginda.
(9) DYMM Al Mu'tasim Billahi Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - Sultan
Kedah. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Kedah
dan yang baru menamatkan tugas Yang Di Pertuan Agong.
Sultan Muhammad V
Tengku
Muhammad Faris Petra diputerakan pada 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota
Bharu. Ayahandanya ialah DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan
Yahya Petra manakala bondanya ialah DYMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid,
Raja Perempuan Kelantan. Baginda mendapat dididkan di Sekolah Sultan
Ismail I, Alice Smith School KL. Oakham School, Rutland UK, St Cross College,
Oxford UK, Oxford Centre for Islamic Studies, Deutsche Stiflung Entwickling,
Berlin dan European Business School London.
Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 30 Mac 1979 ketika berusia 10 tahun dan ditabalkan pada 6 Okt 1985. Pada 24 April 2009 Tengku Muhamamd Faris telah dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila ayahandanya mengalami kegeringan.
Selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, pada 13 Sep 2010 Majlis Perajaan Kelantan telah mengisytiharkan YMM Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al Sultan Kelantan menggantikan ayahandanya yang mengalami kegeringan yang berkekalan dan hilang upaya untuk melaksanakan tugas sebagai Sultan. Baginda menggunakan gelaran sebagai Sultan Muhammad V.
Baginda al Sultan adalah Kolonel YDP Rejimen Artileri DiRaja dan juga Kor Risik DiRaja. Baginda juga Canselor Universiti Malaysia Kelantan sejak 2011.
Baginda bernikah dengan Tengku Zubaidah (nama asal Kangsandarn Pipitpakdee) binti Tengku Nuruddin pada 15 Nov 2004. Mengikut sumber tertentu baginda telah berpisah dengan Tengku Zubaidah.
Pada 22 Nov 2018, baginda telah bernikah di Moscow (melalui viral yang boleh dipercayai- kenyataan rasmi dari Istana Negara tidak dikeluarkan) dengan Miss Oksana Veovodina.
Pada 6 Jan 2019, Sultan Muhammad V meletak jawatan secara arsmi sebagai Yang DiPertuan Agong XV.
Timbalan Yang DiPertuan Agong
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah.
Peristiwa selepas tarikh perlantikan
(1) DYMM Sultan
Kedah, Al Mu'tasim Billahi Tuanku Alhaj
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah telah
mangkat pada 11 September 2017. Adinda baginda, Tunku Mahmud Salehuddin ibni almarhum
Sultan Badlishah telah diisytiharkan menaiki tahta Sultan Kedah dengan gelaran
rasmi Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Shah ibni almarhum Sultan Badlishah.
(2) DYMM Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memangku jawatan YDP Agong mulai 2 Nov
2018 hingga 31 Dis 2018 kerana YDP Agong XV bercuti di luar negara.
(3) Pada 6 Jan
2019, SPB YDP Agong XV Sultan Muhammad V telah meletak jawatan (turun tahta)
sebagai Yang DiPertuan Agong XV.
SPEKULASI UMUM PADA 6 JANUARI 2019
1. Majlis Raja-Raja akan bersidang pada 24 Januari 2019 bagi memilih dan mengundi perlantikan Yang Di Pertuan Agong XVI.
2. Keadaan DYMM Sultan Pahang yang telah gering sejak lebih setahun tahun yang lalu (2016) tidak memungkinkan untuk beginda menawarkan diri atau dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja bagi dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke XVI. Keadaan ini akan memungkin dua perkara berikut berlaku:
a. Possibility 1: Sekiranya DYMM Sultan Pahang menolak tawaran atau tidak ditawarkan, penggiliran akan jatuh kepada DYMM Sultan Johor. Jika Sultan Johor juga menolak, giliran/tawaran akan diberi kepada DYMM Sultan Perak.
b. Possibility 2: DYMM Sultan Pahang akan secara sukarela menyerahkan TAHTA Sultan Pahang kepada Tengku Mahkota. Jika perkara ini berlaku, Sultan Pahang yang baru akan layak untuk dicalon, dipilih dan dilantik menjadi YDP Agong XVI.
PERISTIWA SELEPAS 6 JANUARI 2019
1. Pada 12 Januari 2019, DYMM Sultan Pahang telah bersetuju untuk menyerahkan tahta Kerajaan Pahang kepada anakanadanya Tengku Mahkota Pahang, DYTM Tengku Abdullah. Tengku Abdullah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke 6 pada 15 Jan 2019.
1. Majlis Raja-Raja akan bersidang pada 24 Januari 2019 bagi memilih dan mengundi perlantikan Yang Di Pertuan Agong XVI.
2. Keadaan DYMM Sultan Pahang yang telah gering sejak lebih setahun tahun yang lalu (2016) tidak memungkinkan untuk beginda menawarkan diri atau dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja bagi dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke XVI. Keadaan ini akan memungkin dua perkara berikut berlaku:
a. Possibility 1: Sekiranya DYMM Sultan Pahang menolak tawaran atau tidak ditawarkan, penggiliran akan jatuh kepada DYMM Sultan Johor. Jika Sultan Johor juga menolak, giliran/tawaran akan diberi kepada DYMM Sultan Perak.
b. Possibility 2: DYMM Sultan Pahang akan secara sukarela menyerahkan TAHTA Sultan Pahang kepada Tengku Mahkota. Jika perkara ini berlaku, Sultan Pahang yang baru akan layak untuk dicalon, dipilih dan dilantik menjadi YDP Agong XVI.
PERISTIWA SELEPAS 6 JANUARI 2019
1. Pada 12 Januari 2019, DYMM Sultan Pahang telah bersetuju untuk menyerahkan tahta Kerajaan Pahang kepada anakanadanya Tengku Mahkota Pahang, DYTM Tengku Abdullah. Tengku Abdullah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke 6 pada 15 Jan 2019.
PERLANTIKAN YDP AGONG XVI
Apabila Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai YDP Agong
pada 6 Januari 2019. Baginda belum menamatkan tempoh sebenar yang sepatutnya pada
12 Dis 2021. Maka Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 251 (Khas) yang bersidang pada
24 Januari 2019 telah memilih YDP Agong yang baru
berdasarkan senarai kedudukan penggiliran seperti berikut:
(1) KDYMM Sultan Abdullah ibni Sultan Hj
Ahmad Shah Al Mustain Billah (15 Jan 2019), Sultan Pahang. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan
kedua untuk negeri Pahang dan juga tawaran kali pertama bagi diri Baginda. Baginda DIPILIH menjadi Yng DiPertuan Agong XVI.
(2) DYMM Sultan
Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar (2010) - Sultan Johor. Ini merupakan
giliran pemilihan untuk pusingan kedua Negeri Johor dan tawaran kali pertama
untuk diri Baginda.
(3) DYMM Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlah Muhibbuddin Shah Maghfirullah
(2014), Sultan Perak. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan dua bagi
Negeri Perak dan tawaran kali pertama untuk diri Baginda. Baginda telah DIPILIH menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong untuk kali kedua.
(4) DYMM Tuanku
Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir (2009), YDP Besar Negeri Sembilan. Ini
merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi NSDK.
(5) DYMM Sultan
Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (2001) -
Sultan Selangor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi
negeri Selangor.
(6) DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin ibni alhamrum Syed Putra Jamalullail (2000) - Raja Perlis. Ini
merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi Perlis dan kali kedua
untuk diri Baginda.
(7) DYMM Tuanku
Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah (1998) -
Sultan Terenggannu. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi
negeri Terengganu dan kali kedua untuk diri Baginda.
(8) DYMM Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Shah (2017)
- Sultan Kedah. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi
negeri Kedah dan kali pertama untuk diri Baginda.
(9) DYMM Sultan
Muhammad V (2010)- Sultan Kelantan yang baru menamatkan tugas Yang Di Pertuan Agong.
Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong XVI
Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
Al-Musta’in Billah telah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga
Tunggal, Pekan, Pahang.
Baginda menerima pendidikan awal prasekolah di Sekolah
Clifford, Kuala Lipis pada 1965, sebelum menyambung persekolahan di Sekolah
Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966–1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas,
Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St
Thomas (1970–1974).
Baginda kemudiannya berangkat ke United Kingdom (UK) untuk
meneruskan pengajian di Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, UK dan Davies
College, London, UK pada 1975–1977.
Pengajian baginda kemudiannya disambung dalam bidang
ketenteraan iaitu di The Royal Military Academy Sandhurst, UK (1978 – 1979) dan
pengajian di Worchester & Queen Elizabeth College, UK (1980 – 1981)
sehingga baginda dianugerahkan Diploma In International Relations And
Diplomacy.
Komitmen baginda dalam bidang ketenteraan terserlah
sehingga dilantik sebagai Leftenan Muda dari Royal Military Academy, Sandhurst,
England dengan menerima pentauliahan oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1980.
Baginda juga merupakan Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja
Malaysia, dan pada 1 Mei 1999 baginda dilantik menjadi Leftenan Kolonel,
Rejimen 505 Askar Wataniah, dan menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah
pada 1 Jun 2000 serta menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar
Wataniah pada 1 April 2004.
Pada tanggal 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi
Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977
di Istana Abu Bakar, Pekan.
Pada usia baginda menjangkau 20 tahun, baginda telah
dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh 5 tahun
iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah
menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII.
Pada 8 Dis 2016, baginda sekali lagi dilantik menjadi
Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019, iaitu setelah Jumaah Pangkuan
Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang yang
keenam.
Baginda juga amat meminati bidang sukan dan ketika di
England, baginda mengetuai pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan
antarabangsa di Windsor Polo Club, England.
Seterusnya, baginda mengambil bahagian dalam pertandingan
di Singapura, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan
Belgium.
Di peringkat negeri Pahang, baginda menubuhkan pasukan bola
sepaknya sendiri yang dinamakan pasukan Sri Mahkota Alam di Pekan.
Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan
penerbangan ultralight.
Timbalan Yang DiPertuan
Agong
DYMM Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah
WHAT's NEXT: RAMALAN SAYA pada 31 Jan 2019
1. Lihatlah kenyataan ini:
a. DYMM Sultan Abdullah, Sultan Pahang diputerakan pada tahun 1959.
b. DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim diputerakan r pada tahun 1958.
c. DYMM Sultan Nazrin, Sultan Perak diputerakan pada tahun 1956.
2. Sultan Abdullah, Sultan Pahang dilantik menjadi YDP Agong XVI pada usia 60 tahun. Dengan izin Allah, yang mengurniakan usia dan kesejahteraan kepada DYMM Al Sultan Abdullah Riayatuddin alMustaffa Billah Shah dan baginda dapat bertahta dan dapat menyempurnakan tempoh 5 tahun penuh, maka pada tahun 31 Jan 2024 nanti, Majlis Raja-Raja akan membuat pemilihan untuk jawatan SPB YDP Agong XVII.
3. Mengambil kira THEORI pemilihan jawatan SPBYDP Agong sekarang, giliran pada masa itu akan jatuh kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar. Dengan izin Allah jua, usia DYMM Sultan Johor sekarang juga panjang dan baginda masih sihat, baginda akan menerima perlantikan sebagai SPB YDP Agong XVII. Usia Sultan Ibrahim Johor pada masa itu adalah 66 tahun.
4. Pada masa yang sama, DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah akan menerima perlantikan sebagai Timbalan YDP Agong untuk kali yang ketiga. Ketika perlantikan kali pertama (2016) baginda berusia 60 tahun. Ketika perlantikan kali kedua (2019) baginda berusia 62 tahun.
5. Pada 31 Jan 2029, YDP Agong XVII menamatkan tempoh pemerintahannya pada usia 71 tahun. Giliran sebenar Sultan Perak telah tiba, dengan izin Allah jika Sultan Nazrin menerima perlantikan sebagai YDP Agong XVIII. Pada ketika ini, usia baginda ialah 73 tahun.
6. Terimalah juga kenyataan ini: Ketiga-tiga negeri ini, Pahang, Johor dan Perak mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat di kalangan Sultan sekarang dan Sultan-Sultan yang terdahulu.
a. Nenda kepada Sultan Pahang sekarang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah (Sultan Pahang IV) telah berkahwin dengan Almarhumah Raja Hajjah Fatimah binti almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah (Sultan Perak XXX). Sebelum itu, Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah telah berkahwin dengan Almarhumah Raja Nong Fatimah binti almarhum Sultan Ahmad Shah AlMuadzam Shah, Sultan Pahang I.
b. Sultan Pahang sekarang (Sultan Pahang VI), DYMM Sultan Abdullah berkahwin dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar, (Sultan Johor IV). Tunku Azizah adalah juga adinda kepada Sultan Johor sekarang (Sultan Johor V), DYMM Sultan Ibrahim. Terdahulu dari itu Sultan Pahang kedua, Almarhum Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan almarhumah Tunku Mariam ibni almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor I).
c. Sultan Johor sekarang (Sultan Johor V), DYMM Sultan Ibrahim berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah binti almarhum Sultan Idris Shah Afifullah (Sultan Perak XXXIII).
d. Sejak pemerintahan Sultan Pahang I dan Sultan Johor I lagi, kerabat Diraja Pahang dan Kerabat Diraja Johor sememangnya mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Salasilah keturunan Sultan Pahang sekarang adalah daripada Bendahara Kesultanan Johor.
e. Jika selepas Pahang, Johor menerima penggiliran jawatan YDP Agong, ini bermakna YDP Agong XVII merupakan abang kepada Raja Permaisuri Agong XVI atau abang ipar kepada YDP Agong XVI.
PERISTIWA SELEPAS 6 JANUARI 2019
1. Pada 22 Mei 2019, DYMM Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah telah mangkat pada usia 89 tahun. Bagaimanapun kemangkatan baginda tidak memberi apa-apa kesan kepada penggiliran jawatan SPB Yang DiPertuan Agong kerana beberapa peristiwa bersejarah pemasyhuran Tengku Mahkota Pahang sebagai Sultan Pahang pada 12 Januari 2019 dan seterusnya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong XVI pada 25 januari 2019.
No comments:
Post a Comment