Tuesday, February 3, 2015

M 023 SULTAN JOHOR 2: ALMARHUM SULTAN IBRAHIM I AL MASYHUR


SULTAN JOHOR MODEN
KEDUA

ALMARHUM SULTAN IBRAHIM

(1895 - 1959)


Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (sultan johor ke 22)
1895-1959 in johor by Hafizi Briged para
                                                                    Pic: myspace.com

DYMM Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar DK DMN SPMJ GCMG KCMG GBE KBE DK(Kel) diputerakan di Istana Bidadari, Serangoon, Singapore pada 17  September 1873. Nama asalnya Tunku Ibrahim Iskandar  merupakan putera tunggal kepada almarhum Sultan Sir Abu a Bakar ibni al-Marhum Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim.  Bondanya bernama Che Zubaidah binti Abdullah.


Tunku Ibrahim ditauliahkan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dalam pangkat Leftenan pada 1890. Dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor pada 23 Mei 1891 dan dilantik menjadi Sultan menggantikan ayahandanya yang mangkat pada  4 Jun 1895 dan disytiharkan pada di Istana Besar, Johor Bahru pada 7 September 1895 serta ditabalkan pada  2 November 1895.



Baginda menyambut Jubli Intan  pemerintahannya pada 17 September 1955 dan merupakan Sultan yang paling lama memerintah mana-mana negeri di Malaysia.  Baginda adalah Kolonel Komandan JMF (1895 - 1959) dan dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral pada 17Mac 1941. 




Menerima bintang kebesaran dari negara luar seperti:

(1)   Grand Commander of the Orders of Chula Chom Klao of Thailand (2.8.1898);

(2)   The Crown of Romania (1920);

(3)   White Elephant of Thailand (1924);

(4)   Royal Order of Cambodia (1933);

(5)   Dragon of Annam, Vietnam (1933);

(6)   Rising Sun of Japan (9.4.1934);

(7)   The Crown of Italy (1938);

(8)   The Imperial Order of the Osmans (Nishan-i-Osmanieh) 1st class of Turkey (4.6.1898); dan

(9)   The Brilliant Star of Zanzibar 1st class.



Perkahwinan

Baginda berkahwin dengan Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid (1876 - 1909) di Istana Tyersall, Singapore pada 5 Oktober 1892.  Pada tahun 1892 Ungku Maimunah diberi gelaran DYMM Sultanah Maimunah.  Baginda mangkat pada tahun 1909.



Photobucket


Baginda telah mengahwini Che Ruqaiya atau Rogaiyah (1880 - 8 Mac 1926) pada 1897 di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Che Ruqaiyah diberi gelaran Sultanah Ruqaiyah pada tahun 1920.  Sultanah Ruqaiyah mangkat pada tahun 1926.



Baginda berkahwin dengan isteri ketiganya, Che Dara @ Hassanah binti Dato Jaafar (1877 - 1926), iaitu anak kepada Dato' Jaafar bin Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.

Baginda juga mengahwini  YM Ungku Intan binti Ungku Ahmadsebagai isteri yang keempat.


Perkahwinan baginda kali kelima adalah dengan Helen Bartholomew (1889 - 1977) di Horsham, Sussex, England pada 15 Okt 1930.  Helen kemudiannya bergelar Sultanah Helen pada 1931 sehingga berpisah pada tahun 1937.


  


Isteri baginda yang keenam ialah  Marcella Mendl (1915 - 1980) yang berbangsa Romania yang dikahwini di London pada 6 Nov 1940. Marcella diberi nama Che Fawzia binti Abdullah dan bergelar Sultanah Marcella pada 1955.   




 



Sultan Ibrahim mangkat pada 8 Mei 1959 dan dimakamkan di Makam Sultan Sultan Abu Bakar, Bukit Mahmudiah, Johor Bahru.  Baginda dikurniakan lima putera dan seorang puteri:

(1)   Ungku Abdul Rahman Ibrahim (sebelum 1893).

(2)   Tunku Muhammad Khalid diputerakan dan meninggal dunia pada bulan Ogos 1893 (bondanya Sultanah Maimunah).

(3)   Tunku Ismail  (bondanya Sultanah Sultanah Maimunah) - Sultan Johor ke 3.

(4)   Tunku Haris Abu Bakar DK (Tunku Aris Bendahara) diputerakan di Singapura pada 17  Februari 1898 (bondanya Sultanah Ruqaiya), berkahwin dengan Ungku Fatimah binti Ungku Ahmad di Johor Bahru pada 1920 dan dikurniakan seorang putera dan 7 puteri.  Beliau meninggal dunia di London pada 1 Mei 1956.  Putera tunggalnya, Tunku Sulaiman (1932-1999) berkahwin dengan Sharifah Salwa binti almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis) dan pernah menjadi Pemangku Raja Perlis (1963 - 1965).

(5)   Tunku Ahmad (bondanya Che Dara), Tunku Temenggong Johor  diputerakan pada 28  Julai 1898.  Berkahwin pada tahun 1922 dengan Ungku Elek Maimunah binti Ungku Ahmad, kemudian berkahwin dengan  Melba Estelline Walker (Ibrahim) pada tahun 23 Jun 1975.  Meninggal dunia di Cottonwood, Yavapai, Arizona USA pada 26 Oktober 1983.

(6)   Tunku Miriam (Mariam) (bondanya Sultanah Marcella) dilahirkan di London pada 18 September 1950 dan meninggal dunia di Florida pada 3 Julai 2014.



Tunku Ahmad ibni Sultan Ibrahim al-Mashur



Tunku Miriam binti Sultan Ibrahim al-Mashur


ALBUM SULTAN 

  

Almarhum Sultan Ibrahim merupakan seorang pemburu yang handal malah masyhur di seluruh dunia

Ramai yang tidak mengetahui kehandalan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur berburu. Nama baginda kerap disebut di merata dunia dalam hal perburuan. Kesukaan baginda adalah memburu binatang buas yang mencabar seperti harimau dan singa. Baginda lebih suka memburu haiwan yang telah membunuh manusia, baginda kurang berminat untuk membunuh haiwan yang tidak membunuh manusia.

Keberanian baginda memburu diakui ramai pemburu-pemburu handal dari serata dunia sekitar tahun 1890an iaitu ketika baginda masih begitu muda. Apa yang diakui berani dan handal adalah baginda kerap memburu dengan hanya berjalan kaki tanpa kenderaan atau jarang berburu di atas kenderaan seperti kereta atau gajah. Baginda juga merupakan pemburu yang kerap disebut namanya dan kerap menerima menghadap kehadiran pemburu handal dari luar negara.

Salah seorang pemburu rekod terbaik bernama Frank Burke dan pengumpul haiwan eksotik yang terkenal di Amerika tahun 1930an telah datang menghadap baginda di Johor Bahru untuk berguru dengan baginda. Keitka berburu bersama, baginda pernah menyelamatkan Frank Burke dari diterkam harimau ketika mereka berburu di Kota Tinggi. Baginda hanya memburu haiwan buas yang mendatangkan masalah kepada penduduk, seperti contoh harimau memakan orang kampung. Baginda tidak berminat untuk memburu sesuka hati tanpa sebab yang baik.

Dalam satu artikel keratan akhbar "Clinton Morning Post" mengatakan, sekitar akhir 1890, ada seorang pemburu handal dari British India bernama George Pauling hendak beradu "skill" berburu dengan baginda. Semasa waktu berburu di Johor Bahru, George Pauling hanya duduk berburu di dalam kereta kuda tetapi baginda pula turun dan berjalan kaki menjalakan aktiviti pemburuan.. membuatkan G.P begitu kagum dengan kebolehan dan keberanian baginda. Johor Bahru ketika itu terdapat banyak haiwan buas terutamanya harimau. Sekitar Kebun Teh dan Sentosa sahaja sudah terdapat banyak spesis tersebut hingga sesekali merisaukan penduduk kampung kerana sering juga terdapat kes penduduk terserempak dan terbunuh ketika menoreh getah dan pekerja kampung. Baginda lah yang sering turun padang menziarahi keluarga mangsa dan memburunya sendiri haiwan buas yang telah membunuh itu.

Kita pernah tergempar dengan kes harimau kumbang peliharaan Zoo Johor terlepas dari kandangnya dan merayau-rayau di sekitar Johor Bahru. Selepas berfikir, baginda Almarhum Sultan Iskandar menititahkan supaya ditembak harimau kumbang tersebut kerana dalam keadaan yang menakutkan begitu sebelum harimau tersebut mengorbankan rakyat baginda maka dititahkan baginda untuk memburu dan membunuh haiwan tersebut. Titah baginda disampaikan ke pihak Perhilitan.


Kerana kehebatan dan kebolehan hebat baginda Sultan Johor dalam ilmu perburuan, sekitar tahun 1930an terdapat rancangan TV bersiri Bring 'Em Back Alive terbitan Amerika megisahkan kisah benar seorang pemburu terkenal lagenda Amerika bernama Frank Burke dan Sultan Ibrahim dan mendapat rating tinggi ketika itu. Watak H.H His Royal Highness, the Sultan of Johore dilakonkan oleh Ron O'neal kelihatan segak dan menggayakan cara baginda dengan character yang elegant.


  

 

  

 \
Upacara pengkebumian almarhum Sultan Ibrahim


Almarhum Sultan Ibrahim merupakan Sultan atau Raja yang memerintah (duduk di atas takhta) sesebuah negeri yang kedua paling lama dalam dunia. Ia itu selama 64 tahun (1895-1959).  Raja/Ratu yang paling lama memerintah ialah Queen Victoria England iaitu selama 69 tahun (1833-1902).

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Raja-raja Melayu telah bersidang untuk memilih calon untuk menjadi Yang DiPertuan Agong yang pertama.  Sultan Ibrahim adalah Raja Melayu yang terkanan pada masa itu dan menjadi calon teratas menjadi YDPA.  Namun baginda telah menolak pencalonan tersebut.

KEKAYAAN

Almarhum Sultan Ibrahim juga terkenal dengan kekayaannya. Baginda merupakan antara individu yang terkaya di dunia pada masa itu.   Pada ketika itu, tiada isu menggunakan wang Kerajaan kerana kedudukan baginda sebagai Sultan Johor adalah seperti Sultan Brunei sekarag. Sultan Johor adalah Kerajaan Johor.

Baginda pernah menderma satu fleet lori kepada Jabatan Bomba Australia, mendermakan satu fleet pesawat bernilai lebih USD750,000 kepada pasukan tentera ANZAC semasa perang Dunia II.  Baginda juga pernah memberikan peruntukan sebanyak GBP750,000 kepada Kerajaan British untuk mempertahankan Singapura.


Semasa merayakan Jubilee Intan pemerintahannya pada tahun 1955, baginda telah membelanjakan sejumlah GBP1 juta untuk mengadakan jamuan menggunakan 'dinner set' yang diperbuat dari emas. Jamuan yang diadakan sebanyak dua kali, pertama di Johor Bahru pada bulan Sep 1955 dan sekali lagi di Grosvenor House, United Kingdom pada bulan Dis 1955.

Copied from Rujukan: www.untolhistories.blogspot.com

SULTAN YANG TIDAK BOLEH SENYUM

Almarhum Sultan Ibrahim adalah seorang yang amat sukar untuk tersenyum. Kenapa?


Semasa mudanya, baginda telah mengalami kemalangan (jatuh dari kuda lumba/polo) di Australia yang menyebabkan baginda kehilangan hampir kesemua giginya.  Lalu baginda menggantikan giginya dengan emas padat bertatahkan berlian.  Inilah punca mengapa baginda amat sukar untuk mengukir senyuman dan ada yang mengatakan baginda adalah seorang Raja yang bengis.


Rujukan: www.untolhistories.blogspot.com

1 comment:

  1. Bapak saya lahir pada 1929 dan alhamdulillah sehingga sekarang sihat. Bapa saya kata, Sharp shooter utk pemburuan pada zaman itu ialah Yahya bin Abu Talib (Lef Col JMF) dan anaknya Atan bin Yahya. Setiap kali Sultan ingin memburu, Dato Yahya dan anaknya Atan akan bersama sama dengan Sultan Sir Ibrahim untuk menjaga keselamatan Sultan.

    Yg benar,
    Org Johor lama

    ReplyDelete