KEMBARA
JOHOR
ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI NEGERI JOHOR: SIRI 5
Jeti Pengerang
Deep water terminal
Integrated Petroleum Complex
Jemaluang dulu
Jemaluang sekarang
Pulau Besar, Johor atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Mersing. Pulau Besar mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Bagi memelihara dan memulihara kehidupan laut yang terdapat disekitar perairan pulau tersebut, kerajaan Johor telah mewartakan perairan pulau itu sebagai "Taman Laut". Ia dibuat demi menjaga lebih kurang 60 spesies hidupan marin daripada diancam kepupusan akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia yang boleh mengancam habitat asli hidupan laut dalam lingkungan 2 batu nautika dari pulau tersebut.
Laksa Johor
ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI NEGERI JOHOR: SIRI 5
Dua daerah terakhir dalam negeri Johor yang ingin kita lalui ialah Kota Tinggi dan Mersing. Kota Tinggi merupakan daerah yang paling banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor Lama. Di sinilah letaknya Makam Mahmud Mangkat Dijulang. Kota Tinggi juga daerah yang membangun dengan puluhan tanah Felda dan satu-satunya daerah yang mempunyai Pangkalan TLDM di negeri Johor.
Mersing pula dikatakan sebagai daerah yang paling mundur di Johor, kaya dengan khazanah hutan, jaluran pantai yang indah dan puluhan pulau-pulau kecil di Laut China Selatan yang popular sebagai destinasi pelancungan laut.
DAERAH KOTA TINGGI
Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.
Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.
Bandar Kota Tinggi
Tumpuan pelancong: Air Terjun Kota Tinggi dan Tapak sejarah Makam Sultan Mahmu
Makam Sultan Mahmud Mangkat di Julang
Makam Laksamana Bentan
Makam Sultan Abdul Jalil Ali Jalla Shah di Batu Sawar
Kampung Johor Lama- dulu adalah pusat pentadbiran Kesultanan Johor Lama dan kanan ialah pemandangan
Kg Johor Lama sekarang
pekan Johor Lama
Banjir besar melanda Kota Tinggi 2006
Tg Pengelih - sebuah kampung nelayan yang telah berwajah baru setelah pembinaan
sebuah Pangkalan TLDM
jetty Tg Pengelih, pintu masuk dari kepulauan Riau
jetty Tg Pengelih, pintu masuk dari kepulauan Riau
Teluk Ramunia merupakan kawasan pekan perlombongan bauksit yang terletak di Pengerang dan mengadap Laut China Selatan. Ramunia ialah nama sejenis buah-buahan tempatan yang rasanya agak masam.
Jalan raya dua lorong menghubungkan Kota Tinggi, Bandar Penawar, Desaru dan Sg Rengit terus ke Teluk Ramunia. Jalan laut menjadi sebahagian dari jalan perhubungan ke Teluk Ramunia. Teluk Ramunia juga berhubung jalan raya dengan Pengerang, Pelabuhan Tg Belungkur, Tg Pengelih di muara Sg Johor
Industri terbaru ialah perlombongan pasir silika di bekas tapak lombong bauksit ini. Batu silika turut dilombong di Punggai untuk di eksport diselia. Ramai penduduknya bekerja di sektor perlombongan ini . Sebahagian pasir silika ini digunakan untuk kegunaan tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura. Kuari silika dipajak kepada Presind Holding yang merupakan anak syarikat Perbadanan Islam Johor.
Lombong bauksit ini diusahakan oleh syarikat Ramunian Bauxite sejak 1955. Sementara Ramunia Holding Berhad mengusahakan industri besi keluli sejak 1981.Terdapat jeti khas khusus untuk kapal berlabuh tetapi bukan untuk kegunaan orang awam. Projek Pembangunan Gas Duyong dimajukan bersama Petronas Carigali dan disiapkan pada 1984. Ramunia Holding Berhad menghasilkan lebih 21,000 metrik tan peralatan besi keluli untuk industri petroleum, marin dan lain-lain.
Jeti Pengerang
Deep water terminal
Integrated Petroleum Complex
Pekan Sungai Rengit
Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah sempena mengambil nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal dari Siam. Pada masa yang sama ada seorang Cina bernama Pongsai yang menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi "Tak tengok si Deli ke?" dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.
Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor dan kemudiannya digantikan dengan Penghulu Hj. Md. Lazim Bin Md. Akhir disebabkan oleh keuzuran.
Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil.
Mengikut cerita orang tua-tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan mula diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu tersebut mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu. Ketua Kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd Salleh Bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim Bin Omar. Selepas tamat tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa Bin Abdullah mulai tahun 80-an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya.
Tanjung Sedili (dulunya Tanjung Lembu) dan Sg Sedili
Pantai Tg Sedili
Pembinaan jambatan yang menguhungkan Kuala Sedili dengan Sedili Besar
Pantai Tg Sedili
Pembinaan jambatan yang menguhungkan Kuala Sedili dengan Sedili Besar
DESARU
Peranginan Desaru
DAERAH MERSING
Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.
Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.
Perjalanan dari Kluang ke Mersing melalui perjalanan yang sunyi kerana selain dari kampung-kampung tradisional, di kiri kanan jalan adalah hutan tebal yang sejuk mata memandang. Apabila menghampiri Mersing, banyak tanah penempatan Rancangan Felda (jika melalui jalan potong Felda Nittar. Jika diteruskan akan melalui ke simpang pekan koboi Jemaluang, sebuah pekan lama yang masih mundur dan tidak banyak kemajuan sejak bertahun-tahun lalu.
Jemaluang dulu
Jemaluang sekarang
Melepasi bandar Mersing pula kita akan menuju ke sempadan negeri Pahang yang dipisahkan oleh Sungai Endau. Di kuala sungai ini adalah pekan nelayan bernama Endau
Endau juga masyhur dengan Taman Negara Endau Rompin yang meliputi kedua-dua negeri Johor dan Pahang.
Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun. Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.
Taman Negeri Endau Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturong (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.
PULAU-PULAU PERANGINAN JOHOR
Pantai timur Johor khususnya daerah Mersing memang terkenal dengan keindahan pantai peranginannya malah lebih cantik dari pantai-pantai di Terengganu dan Kelantan. Selain dari itu Mersing juga dianugerahi dengan banyak pulau-pulau kecil yang mempunyai semula jadi yang sangat indah dan mempersona. Antaranya ialah Pulau Tinggi, Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Pemanggil dan Pulau Besar.
Pulau Tinggi ialah sebuah pulau peranginan berbentuk bujur dan terletak kira-kira 20 batu notika (37km) dari selatan tenggara Mersing. Pada zaman dahulu, pulau ini digelar sebagai Pulau Topi Jeneral ("General's Hat Island") oleh kelasi kapal-kapal Cina.
Pulau Tinggi mempunyai 448 penduduk(2001) dan merupakan jumlah penduduk yang terbesar di kalangan pulau-pulau timur negeri Johor. Penduduknya menetap di Kampung Tanjung Balang, Kampung Pasir Panjang dan Kampung Sebirah Besar.
Pulau Tinggi mempunyai pantai berpasir putih yang bersih, air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Perjalanan ke Pulau Tinggi dari Mersing memakan masa 45 minit. Pedalaman pulau diselaputi oleh hutan pamah tropika. Titik tertinggi pulau ini ialah 2,000 kaki (600 meter) dari aras laut. Pulau Tinggi kaya dengan buah-buahan, rotan, kayu kayan serta gua-gua dan terumbu karang yang mengandungi banyak hidupan laut.
Sebagai pulau peranginan, Pulau Tinggi mempunyai banyak rumah penginapan dan chalet dan destinasi utama untuk peminat snorkel dan selam scuba ialah di Tanjung Balang dan Sebirah Besar.
Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor. Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle).
Pulau Besar, Johor atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Mersing. Pulau Besar mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Bagi memelihara dan memulihara kehidupan laut yang terdapat disekitar perairan pulau tersebut, kerajaan Johor telah mewartakan perairan pulau itu sebagai "Taman Laut". Ia dibuat demi menjaga lebih kurang 60 spesies hidupan marin daripada diancam kepupusan akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia yang boleh mengancam habitat asli hidupan laut dalam lingkungan 2 batu nautika dari pulau tersebut.
Keunikan lain yang turut memperkayakan khazanah alam di pulau tersebut adalah seperti sayuran liar (ulam-ulaman) yang hijau merimbun, bebatang nyiur (pokok kelapa) serta aneka khazanah alam yang terdapat di dalam hutan tropikanya. Di sana terdapat lebih kurang 7 hingga 8 kampung kecil yang menjadi penempatan kepada lebih kurang 100 orang laut (kaum nelayan) yang telah menetap sekian lama disana yang menjadikan pulau tersebut sebagai rumah dan lubuk carian rezeki mereka. Puncak tertinggi di Pulau Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.
Pulau Tengah merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Ia terletak kira-kira 16km dari pantai Mersing di perairan Laut China Selatan di pantai timur Johor. Ia memakan masa satu jam bagi tempoh perjalanan menggunakan bot dari bandar Mersing. Ketika era 70-an, pulau ini menjadi terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal 80-an.
Pulau ini adalah lokasi pertama untuk penggambaran rancangan Expedition Robinson.
Pada tahun 1985, Pulau Tengah merupakan salah satu pulau yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia sebagai taman laut kerana ia merupakan habitat bagi ikan yang jarang ditemui dan terumbu batu karang.
Selain itu, Pulau Tengah adalah sebuah tempat untuk menyaksikan penyu belimbing gergasi mendarat ke pantai untuk bertelur sepanjang bulan Julai pada setiap tahun. Ia merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai padang golf dan resort di sebuah pulau. Resort atau chalet yang selesa boleh didapati untuk tempahan.
Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di pesisiran laut Mersing. Pulau Rawa terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaituPulau-pulau Besar, Sibu dan Tinggi. Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung. Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih.
Laksa Johor
No comments:
Post a Comment