Tuesday, February 3, 2015

033 NEGERI 5: NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS


Selepas Johor, Kedah, Kelantan dan Melaka kini tiba giliran abjad seterusnya iaitu negeri NEGERI SEMBILAN.

Negeri yang juga dikenali sebagai negeri Pagar Ruyung.  NS ada sejarah tersendiri dengan diri aku.  Di negeri inilah aku mengubah diri dari seorang pemuda kampung kepada seorang pegawai tentera. Perjalanan keluar dari kepompong kampungku menaiki keretapi siang dari Stesen Kluang ke Stesen Seremban merupakan perjalanan membelah kehidupanku yang telah dicemari dengan kegagalan.  Sembilan bulan menjalani latihan pegawai kedet di SPK, Port Dickson telah mengubah carta aliran dalam kehidupanku.

Bermula dari kota peranginan inilah aku membawa diri dengan berbekalkan tekad dan usaha untuk mengorak langkah menempuh onak dan duri, pahit dan manis sehingga ke tahap yang aku gapai sekarang.

Port Dickson juga sinonim dengan Angkatan Tentera kerana di kota inilah lahirnya pasukan pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933.  Pada 28 september 2009, Port Dickson telah diisytiharkan oleh YABPM sebagai Bandar Tentera Darat.

TERBARU-  dengan izin Allah tanpa dirancang, negeri tempat aku menukar identiti dari orang awam kepada anggota Tentera ini rupanya bakal menjadi negeri tempat aku bertukar kembali kepada kehidupan awam.  Aku telah membeli sebuah rumah di Taman Ampangan, Seremban sebagai tempat aku menghabis sisa hidupku selepas bersara dari ATM nanti.

Fakta Negeri Sembilan:

Keluasan: 6,645 km persegi
Penduduk:  878,500 (2001)
Kepadatan: 132.2/km persegi
Ibu Negeri: Seremban
Bandar DiRaja: Seri Menanti

Keluarga DiRaja Negeri Sembilan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga DiRaja Johor apabila anakanda kedua kepada mantan Sultan Johor ke 3, almarhum Sultan Ismail iaitu almarhum Tunku Abdul Rahman Alhaj (mantan Tunku Mahkota Johor  dari 1961 hingga 1981 kemudian Tunku Bendahara -1981 hingga mangkat 1989) berkahwin dengan Tunku Shahariah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman, mantan YDP Besar NS (1938-1957) yang juga SPB Yang Di Pertuan Agong yang pertama (1957-1960)

Sejarah NSDK

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah dibawah naungan kerajaan Melayu Johor.

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung,  Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak bergelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan.

Asal penubuhan negeri sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakanpengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik dinegeri melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. 

Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. 

Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor dan Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka.  Manakala Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan.  Hulu Pahang dan Jelai pula kini menjadi sebahagian daripada Pahang dan Kelang pula menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

Bagaimanapun satu sumber lagi menyatakan bahawa 9 daerah yang bergabung membentuk Negeri Sembilan pada tahun 1773  ialah Jelebu, Inas, Johol, Rembau, Sungai Ujong, Tampin, Jempol, Ulu Muar dan Gunung Pasir.


Pada tahun 1876 negeri-negeri ini berkurangan (akibat perpecahan antara penghulu) dan dinamakan sebagai Seri Menanti.  Pada tahun 1878 menerima naungan British dan pada 1 Jul 1896 membentuk sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu bersama Perak, Selangor dan Pahang (bersekutu- maksudnya bersekutu dibawah pentadbiran Inggeris) dan mula menerima Penasihat (Resident) Inggeris mulai 1988.  Senarai Resident British di NSDK ialah:

  • Martin Lister (1988 - 1891)
  • W F B Paul (1891 - 1894) 
  • Robert Norman Bland (1894 - 1895)
  • Martin Lister (kali kedua) (1895 - 1898) 
  • Ernest Woodford Birch (1898 - 1901)
  • Henry Conway Belfield  (1901- 1902) 
  • Walter Egerton (1902 - 1903) 
  • vacant (1903 - 1904)
  • Douglas Graham Campbell  (1904 - 1910) 
  • Richard James Wilkinson (1910 - 1911)
  • vacant (1911 - 1912)
  • Arthur Henry Lemon (1912 - 1921)
  • J.R.O. Aldworth (acting) (1919 - 1921)  
  • Edward Shaw Hose (1921 - 1925)
  • Ernest Charteris Holford Wolff (1925 - 1928) 
  • J.W. Simmons (1928 - 1932) 
  • J.W.W. Hughes (1932 - 1937)   
  • G.L. Ham (1937 - 1939)
  • John Vincent Cowgill (1939 - 1941)

NSDK mengalami sejarah yang sama dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu apabila dijajah oleh Jepun (1942-1945) kemudian diperintah oleh BMA sehingga 1946 untuk membentuk Malayan Union dan seterusnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang akhirnya mencapai kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957.

Senarai raja yang memerintah Negeri Sembilan bermula dari tahun 1773 ialah:
  • Tuanku Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil (1)1773 - 1795).
  • Tuanku Raja Hitam ibni al Marhum Yamtuan Raja Balamban (2) (1795 - 1808)
  • Tuanku Raja 'Ali (Raja Lenggang Laut) ibni al Marhum Yang di-Pertuan Malenggang Alam (Yamtuan Raja Nara I) (3) 1808 - 1824)
  • Raja Radin ibni al Marhum Tuanku Raja Ali (1824)
  • Raja Kerjan (isytihar diri) (1824 - 1826)
  • Tuanku Raja Laboh (Raja Sati) (1826 - 30-11-1931)
  • Tuanku Nasiruddin (Yamtuan Radin) ibni al-Marhum Tuanku Raja 'Ali (4) (00-00-1831 - 00-00-1833)
  • Tuanku Raja 'Ali ibni Daeng Ampaki (1833 - 1836)
  • Tuanku Nasiruddin (Yamtuan Radin) ibni al-Marhum Tuanku Raja 'Ali (1836 - 1869)
  • Tuanku Imam (Yamtuan Ulin atau al Marhum Janggut) ibni al-Marhum Raja 'Ali (5) (1861 - 1869)
  • Tuanku Ampuan Intan (Pemangku) (1869 - 1872)
  • Tuanku Antah ibni al-Marhum Tuanku Nasiruddin (6)(1872 - 22-10-1888)
  • Tuanku Muhammad Shah ibni al-Marhum Tuanku Antah (7)(22-10-1888 - 01-08-1933)
  • Tuanku 'Abdu'l Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad (8) (01-08-1933 - 31-08-1957)
  • Tunku Laksamana Munawir ibni Tuanku 'Abdu'l Rahman (Pemangku ketika YDPB menjadi Yang DiPertuan Agong I) (31-08-1957 - 01-04-1960)
  • Tuanku Munawir ibni al-Marhum Tuanku 'Abdu'l Rahman Shah (9) (05-04-1960 - 14-04-1967)
  • Tuanku Ja'afar ibni al-Marhum Tuanku 'Abdu'l Rahman (10) (19-04-1967 - 26-04-1994)
  • Tunku Naqiuddin ibni Tuanku Jaafar Alhaj (Pemangku sewaktu YDPB menjawat YDPA X (26-04-1994 - 26-04-1999)
  • Tuanku Ja'afar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (26-04-1999 -  27-12-2008)
  • Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir  (11) (27-12-2008 - kini)
Senarai Menteri besar Negeri Sembilan sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu:
  • Abdul Malek bin Yusuf (1 Feb 1948  - 11 Ogos 1950) - MB dilantik oleh Raja.
  • Mohamad Salleh bin Sulaiman (11 Ogos 1950 - 1 Jan 1951) 
  • Abdul Malek bin Yusuf  (1 Jan 1951 - 15 Apr 1952)
  • Dr Abdul Aziz bin Abdul Majid (15 Apr 1952 - 1 Okt 1952) 
  • Abdul Malek bin Yusuf (1 Okt 1952 - 1 Okt 1953) 
  • Dato Shamsuddin bin Naim (1 Okt 1953 - 31 Jan 1959) 
  • Mohamad Shariff bin Abdul Samad (1 Apr 1959 - 23 Jun 1959)
  • Tan Sri Mohamad Said bin Mohamad (23 Jun 1959 - 10 Mei 1969) - MB yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya)
  • Dato Mansor Othman (10 Mei 1969 - 12 Jul 1978)
  • Dato Mohd Rais Yatim (12 Jul 1978 - 29 Apr 1982) 
  • Tan Sri Dato Mohamad Isa bin Abdul Samad (29 Apr 1982- 25 Mac 2004)  
  • Datuk Mohamad bin Hasan (25 Mac 2004 - kini)
NAMA-NAMA UNDANG LUAK dan TUNKU BESAR TAMPIN


Undang Luak Jelebu
Dato' Mendelika Mantri Akhir Zaman Muhamad Azafean bin Muhamad Fahmi
(mulai 8 April 2016)


Undang Luak Johol
Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Mohammad bin Abdullah
(mulai 15 Dis 2015)


Undang Luak Rembau
Datuk Lela Maharaja Muhammad Sharif bin Othman
(mulai 21 Nov 1998)


Undang Luak Sungai Ujong
Datuk Kelana Putera Seri Jaya Hj Mubarak bin Dohak @ Tahak
(mulai 29 Dis 1993)



Tunku Besar Tampin
Datuk Syed Razman bin Syed Idrus Al Qadri.
(mulai 26 Dis 2005)

Adat perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri kerana anak sulung YDPB tidak semestinya menggantikan ayahandanya yang mangkat.  Kuasa perlantikan Pemangku YDP dan juga pengganti YDPB apabila baginda mangkat akan diputuskan dengan undi majoriti oleh empat Undang Luak (Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol).  Perlantikan adalah salah satu dari kalangan Putera Yang Empata berikut:
  • Tunku Besar Seri Menanti
  • Tunku Laksamana
  • Tunku Muda Serting
  • Tunku Panglima

PENTADBIRAN NEGERI


DAERAH

Seremban  (ibu daerah di Seremban)
Port Dickson (Port Dickson)
Tampin (Tampin)
Rembau (Rembau)
Jelebu (Kuala Kelawang)
Kuala Pilah (Kuala Pilah)
Jempol (Jempol)


PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya
  • Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Port Dickson
  • Majlis Perbandaran Jempol

Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Rembau
  • Majlis Daerah Tampin
  • Majlis Daerah Kuala Pilah
Pelabuhan Antarabangsa
  • tiada
Lapangan Terbang Antarabangsa
  • tiada
Pelabuhan Domestik
  • Port Dickson
Landasan Terbang  Domestik
  • tiada
Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Pantai Port Dickson
  • Kompleks Sejarah Lukut
  • Kompleks Sejarah Linggi
  • Hutan Lipur Ulu Bendul
Kem Tentera
  • Kem Sirusa, Port Dickson
  • Kem Segenting, PD(kampus Kolej Tentera Darat)
  • Kem Sebatang Karah, PD
  • Kem Rasah 
  • Kem Sikamat
  • Kem Sunggala, PD
  • Kem Senawang
  • Kem Sirajuddin, Gemas
Institusi Pengajian Tinggi
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai
  • UITM Negeri Sembilan Kampus Rembau
  • UITM Cawangan Seremban
  • UITM Cawangan Kuala Pilah
  • INTI International University
  • University College of Linton
  • University College of Nilai
  • Clinical School for International Medical University
  • Politeknik Port Dickson
  • Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pusat, Nilai
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban
YANDIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR(2008 - kini)



Almarhum TUANKU JAAFAR ALHAJ (1967 - 2009)

Almarhum TUANKU MUNAWIR (1960 - 1967)

Almarhum TUANKU ABDUL RAHMAN (1933 - 1960)

Almarhum TUANKU MUHAMMAD (1888 - 1932)


Almarhum YAMTUAN ANTAH (1872 - 1888)



MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
DATO' SERI HJ MOHAMMAD BIN HASSAN


MANTAN MB NS


Abdul Malek bin Yusuf 
(1 Feb 1948  - 11 Ogos 1950), (1 Jan 1951 - 15 Apr 1952) dan (1 Okt 1952 - 1 Okt 1953)

Suleiman Mahmud
Mohamad Salleh bin Sulaiman 
(11 Ogos 1950 - 1 Jan 1951)


Dr Abdul Aziz bin Abdul Majid 
(15 Apr 1952 - 1 Okt 1952)


Dato Shamsuddin bin Naim 
(1 Okt 1953 - 31 Jan 1959)

Mohamad Shariff bin Abdul Samad (Pemangku) 
(1 Apr 1959 - 23 Jun 1959)


Tan Sri Mohamad Said bin Mohamad 
(23 Jun 1959 - 10 Mei 1969)


Dato Mansor Othman 
(10 Mei 1969 - 12 Jul 1978)


Dato Mohd Rais Yatim 
(12 Jul 1978 - 29 Apr 1982)


Tan Sri Dato Mohamad Isa bin Abdul Samad 
(29 Apr 1982- 25 Mac 2004)



No comments:

Post a Comment