BOLA SEPAK MALAYSIA
Aku bukanlah seorang penggemar sukan yang tegar, jauh
sekali ahli sukan. Aku tulis pasal bola sepak ni sebab, inilah sukan yang jadi
perhatian semua lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jadi tak dapat
tidak, aku kena ambik tau jugak la pasal bola sepak di Malaysia ni.
Masa aku sekolah rendah dulu, aku pun main bola sepak juga
untk mewakili 'school team'. Tapi sekolah aku tak pernah menang semasa
perlawanan antara sekolah bagi kawasan Senggarang. Baru perlawanan pusingan
awal dah kecundang. Aku main posisi ‘fullback’. I did not blame the players and
also the ball. We were not ‘kaki bangku’. But you know laaaa..., sekolah
pendalaman (at that time 1966-71) consider as remote area), kalau tengok
keadaan padang sekolah kita pun tak padang bola, padang ragut lembu pun lagi
cantik. Tanah gambut, rumput macam-macam rupa, campur dengan lalang. Tunggul
kayu hutan pun tak ilang lagi, bonggol dan lopak air sana-sini. Silap-silap nak
sepak bola tersepak tunggul atau bonggol tanah yang terbang. Depan tiang gol
macam lopak kubang kerbau.
Kasut bola pun kami tak kenal. Latih main bola ‘kaki ayam’
atau kasut sekolah, tapi bila lawan bola, kena pakai kasut, sekolah bagi
‘pinjam’. Kasut turun temurun dari murid2 tahun lepas. Tu pun midfielder saja
yang dapat.Yang lain pakai kasut Fung Keong. Bayangkan. Bila main kat sekolah
lawan (dipekan), padang cantik, rata, keras…., jadi macam lembu lawan lari kat
padang lumba kuda. Bersepah, haru-biru kene kerjakan pasukan lawan.
Masa sekolah menengah, aku tak berapa minat main bola.
Sesekali masa pendidikan jasmani atau main petang-petang masa hari sukan. Aku
‘tobat’ main bola bila salah satu jari tangan ku patah kerana menahan bola
(salah teknik laaaa) masa jadi ‘goalkeeper’ sambilan. Lepas tu, aku cuma aktif
sukan olahraga (lempar cakera) dan 3 tahun berturut-turut dapat pingat emas
masa sukan tahunan sekolah). Bila masuk MSSD kat Stadium Batu Pahat,
hancussssss….. bukan nak kata aku ni lemah, tapi masa saringan, tenguk saiz budak
Cina dari High School, SMK Jalan Kolam Air, SMI…dah kecut. Budak sarapan
lempeng lawan budak bandar sarapan roti dan keju.
TAPI...ada hikmahnya, walaupun kalah setiap tahun. Di
Stadium Batu Pahat itu lah aku bertemu jodoh dengan isteriku sekarang....
Huhuhu.
Pada tahun 1972, semasa pasukan bolasepak Malaysia berjaya
mewakili Asia Timur ke Sukan Olimpik Munich, aku masih dalam Tingkatan 1. Aku
masih ingat, Syed Ahmad bin Syed Bakar, hero pasukan Malaysia yang menjaringkan
5 gol (kalau tak silap) dengan mengalahkan gergasi bolasepak Asia masa itu,
Korea Selatan dan Jepun semasa perlawanan kelayakan peringkat Zon Asia Timur.
Walaupun aku bukan kaki bola, aku boleh hafal nama semua
pemain Malaysia masa itu, antaranya:
Chow Chee Keong (penjaga gol)
Wong Kam Fook (penjaga gol)
Wong Hee Kok (penjaga gol)
Lim Fung Kee (penjaga gol)
Soh Chin Aun (sekarang Datuk)
Wong Chun Wah
M.Chandran (sekarang Datuk)
Dell Akbar Khan (sekarang Datuk)
Othman Abdullah
Wan Zawawi Wan Yusof
Shaharudin Abdullah
Namat Abdullah (sekarang Datuk)
Santokh Singh(sekarang Datuk)
Bahwandi Heralal
Mahadi Yusof
Ali Bakar (allahyarham)
Mohamad Bakar
Zulkifli Norbit
Baharin Khamis
Abdullah Ali
Salleh Ibrahim
.......dan lain-lainnya.
Walaupun tewas di pusingan awal Olimpik, menang dengan USA
(3-0), kalah dengan tuan rumah Jerman barat (0-3) dan tewas dengan Morocco
(0-6). Dalam perlawanan kelayakan Olimpik 1972 di Seoul, Malaysia berjaya
membenam cabaran tuan rumah, Korea Selatan 1-0, mengetepikan Jepun 3-0. Semua
gol ialah hasil jaringan Syed Ahmad, seorang legenda bola sepak negara.
Welldone!
Dalam Sukan Asia di Tehran (1974) Malaysia tewas di tangan
Israel 3-8 tapi kemudian menewaskan Filipina dengan 11-0, satu rekod yang sukar
diatasi hingga kini. Bagaimanapun, Malaysia tewas 0-1 di tangan Iran pada
peringkat separuh akhir, sebelum menumpaskan Korea Utara 3-2 dalam penentuan
pingat gangsa.
Aku baca satu blog yang ditulis oleh Baharin Khamis (salah
seorang bekas pemain Olimpik 1972), bahawa elaun harian pemain bola sepak
negara era 1970-an hanyalah RM50 sehari, tetapi mereka tetap MEGAH dan PERKASA.
Aku tak tau la pemain Malaysia sekarang, berapa mereka dapat sehari. Tapi bila
dah kaya, main pulak entah apa-apa, takut cedera, nanti tak dapat jadi pemain
Semi-Pro. Ye la, sekarang main bola adalah pekerjaan, bukan permainan lagi.
'Skipper' Soh Chin Aun (Kapten Malaysia 1974-79)
Tahun 1980 (masa tu aku ada di SPK Sebatang Kara Port
Dickson- nak tengok tv pun ytak ada peluang), sekali lagi Malaysia berjaya masuk ke Olimpik di Moscow. Malangnya
pasukan kita tidak kesampaian untuk mempamirkan bakat mereka di arena Olimpik
lantaran isu pemulauan pasukan Israel. Malaysia merupakan salah satu gergasi
bolasepak Asia. Bintang bolasepak yang
mewarnai dunia bolasepak Malaysia masa itu ialah:
Arumugam
Ong Yu Tiang
Soh Chin Aun
Kamarudin Abdullah
Santokh Singh
Jamal Abdul Nasir
Abdullah Ali
Khalid Ali
Ong Yu Tiang
Soh Chin Aun
Kamarudin Abdullah
Santokh Singh
Jamal Abdul Nasir
Abdullah Ali
Khalid Ali
Shukor Salleh
Abdal Aliff
Bakri Ibni
Mokhtar Dahari
Abdal Aliff
Bakri Ibni
Mokhtar Dahari
Hassan Sani
James Wong
Salleh Ibrahim
Davendran
Peter Rajah
Wan jamak Wan Hassan
Ramli Junit
D. DevendranS. Puspanathan
Zulkifli Hamzah
Tukiman Bahari
(Soh Chin Aun dan Santokh juga masih bermain).
Pasukan ini yang bergelar Harimau Malaya disegani pada
tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal
2000-an. Walaupun, ia nampak bangkit sedikit setelah memenangi pingat emas di
Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos pada bulan Disember 2009 TAPI
personally, aku masih belum ada penuh kepercayaan.... selagi belum disahkan
dalam 2 atau 3 perlawanan utama selepas ini. Kalau tidak, akan jadi macam
pasukan Badminton kita, lepas menang All-England, terus lenyap. Kat bawah ni,
aku coretkan sedikit sejarah Pasukan Bola Sepak Negara, yang aku perolehi dari
Wikipedia.
SEJARAH
Pasukan Kebangsaan
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia
dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan
antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama
dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya
ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah
menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain
seperti:
(1) Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola"
(allahyarham Tan Sri),
(2) Arthur Koh,
(3) G.Govindaraju,
(4) Robert Choe,
(5) Dali Omar (Dali kemudiannya berhijrah ke Australia untuk bermain di sebuah Kelab di sana),
(6) Edwin Dutton dan
(7) Stanley Gabriel.
Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat (Raja Bola)
Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat PSM DSSA DIMP AMN PJK
dilahirkan pada tahun 23 December 1935 dan meninggal dunia pada 28 September
2012. Beliau mewakili Selangor pada tahun 1950s sehingga 1960s. Beliau bermain
sebagai Penyerang dan Pemain Sayap, beliau juga pernah dihantar oleh FAM ke
Eintracht Frankfurt, Germany dan beberapa negara lain untuk menjalani latihan.
Beliau masih lagi memegang rekod Malaysia dengan jaringan 106 goal dalam 15
perlawanan serta 11 goal dalam kemenangan 15-1 ke atas Filipina.
Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan
Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan
Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan
Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran
yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi
pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia
1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak
berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980.
Senarai pemain Malaysia di awal tahun 70an ialah:
Chow Chee Keong (penjaga gol)
Wong Kam Fook (penjaga gol)
Wong Hee Kok (penjaga gol)
Lim Fung Kee (penjaga gol)
Soh Chin Aun (sekarang Datuk)
Wong Chun Wah
M.Chandran (sekarang Datuk)- Kapten
Dell Akbar Khan (sekarang Datuk)
Othman Abdullah
Looi Loon Teik
Wan Zawawi Wan Yusof
Shaharudin Abdullah
Namat Abdullah (sekarang Datuk)
Bahwandi Heralal
Mahadi Yusof
Ali Bakar (allahyarham)
Zulkifli Norbit
Syed Ahmad Syed Bakar
Baharin Khamis
Wan Zawawi Yusof dan Soh Chin Aun
'Super Mokh" Mokhtar Dahari-Kapten pasukan Malaysia 1979-1986
Mokhtar Dahari bersama
lagenda bola sepak dunia Maradona yang datang ke KL bersama Boca Juniors pada
1983
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan
peningkatan satu generasi pemain legenda, satu gabungan kental yang diketuai
oleh penyerang serba boleh Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan kebal; Santokh
Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga gawang goal yang tangkas, R.Arumugam atau
'spiderman'.
Pemain-pemain Kebangsaan di akhir tahun 70an dan awal 80an
ialah:
Lim Fung Kee (penjaga gol)
R.Arumugam (penjaga gol)
Yip Chee Keong (penjaga gol)
Ong Yu Tiang (penjaga gol)
Hamid Ramli (penjaga gol)
Santokh Singh(sekarang Datuk)
Soh Chin Aun (Datuk)- Kapten
Bakri Ibni
Hassan Sani
Isa Bakar
James Wong
Khalid Ali
Khor Sok Ling
Marzuki Ismaun
Mokhtar Dahari (Kapten)
Redhuan Abdullah
Shukur Salleh
Yahya Jusoh
Abdullah Ali
Tukiman Bahari
Zulkifli Hamzah
JamalAbdul Nasir (sekarang Datuk)
Wan Anizan Daud
Ramli Junit
K. Rajagopal
Nik Fauzi Hassan
Wan Jamak Hassan
K.Marimuthu
Norizan Bakar
K.Kanagaraja
Irfan Bakti Sali
Kamarudin Ahmad
Kamarudin Mohd Noor
Yassin Mohd NoorRahim Abdullah
Buat kali keduanya, Malaysia layak ke Sukan Olimpik di
Moscow (1980), malangnya kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana
membantah pencerobohan USSR ke Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak
Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kali ini, pasukan
kebangsaan masih terus menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain
pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth
Singh. Antara pemain utama lain negara
masa ini ialah:
Senarai Pemain Kebangsaan antara 1980n - pertengahan
1990an.
Rashid Hassan (gol)
Lim Teong Kim (gol)
Salleh Mohd Noor (gol)
Omar Salim (gol)
K. Vithialingam
Khan Hun Meng (Khan HM kemudiannya berhijrah ke sukan golf profesional)
K. Rajagopal
Dollah Salleh
Shukur salleh (Kapten)
Azizool Abu Hanipah
Serbegeth Singh (Shebby)
Zainal Abidin Hassan Ali
Subadron Aziz
S. Balachandran
Tang Siew Sing
Wong Hung Nung
Ibrahim Hj Din
Lahad Daduk Sulik
Nasir Yusof
Abd Karim Pin
Faridzul Kassim
Mohideen Hussein
Ismail Ibrahim
Hussin Jaafar
Solehan Mohd Som
Annuar Abu Bakar
Hassan Miskam
Khalid Shahdan
Mubin Mokhtar
Suharmin Yusof
Zami Ismail
Zubir Ibrahim
P. Dharma linggam
Wan Anizan Daud
Zahid Jamil
Malek Rahman
V.Murugan
K. Sanbagamaran
A. Jayakanthan
Asrof Hanafiah
Shahrin Majid
Razif Ismail
Chow Siew Lai
Mat Zan Mat Aris
See Kim Peng
Saidin Osman
Abdul Muin Rahim
Azlan Johar
K. Gunalan
Ahmad Yusof (Kapten)
Zaidi Mokhtar
Zainal Abidin Hassan Ali dan Serbegeth Singh
James Wong dan Hassan Sani
Dollah Salleh
Zaman kegemilangan pasukan Malaysia mulai RUNTUH pada 1994
apabila berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai
tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti
Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanipah yang sekaligus menghancurkan bola sepak
Malaysia. Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi
seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan
imej pasukan bola sepak negara.
Pemain Kebangsaan pertengahan tahun 1990an hingga awal 2000
Khairul Azman Mohammad
K.Sanbagamaran
Syahril Arshad
Yap Wai Loon
Ahmad Fairuz Yunos
B. Rajnikanh
Lee Kin Hong
K. Ravichandran
Rusdi Suparman
Zami Mohd Noor
Matlan Marjan
Azman Adnan
Radhi Md Din
Manja Man
Azmil Azali
A. Ambalagan
Naina Mohd Ismail
Aziz Azizan
Azmi Mahmud
Subri Sulong
Mohd Nizam Adzha Yusof (Kapten)
P. Ravindran
Zaidi Napiah
Nazzab Hizzan
Mohd Zain Md Asri
Husron Che Busu
Azman Adnan
Pada dekad 2000-an ada juga nampak kelibat pemain
berpotensi, seperti Khalid Jamlus dan Akmal Rizal Ramli serta Indra Putra
Mahayuddin, namun mereka tak konsisten, sehingga kini masih gagal mencipta nama
untuk menambat hati rakyat Malaysia. Pasukan Malaysia tetap terumbang-ambing
dan kadangkala tenmggelam punca sehingga tewas memalukan kepada pasukan
hingusan di peringkat Sukan SEA.
Tanya saya kenapa sukar sangat bolasepak Malaysia nak
pulih? Jawapan dari orang yang tak minat bola seperti saya ialah:
Pemain Malaysia dah manja dengan simbahan wang ringgit
akibat dari wujudnya Liga Semi Pro. Semangat kenegerian dan kekelaban
meningkat. Tiada priority untuk pasukan kebangsaan. Kelab dan negeri adalah
periuk nasi mereka. Faktor kepimpinan.... istana dan politik.
Bila prestasi menurun, sokongan pun menurun, penuntun pun
menurun, pendapatan (kutipan tiket) pun ikut menurun. Hasilnya pasukan negeri
dan kelab tak cukup dana untuk membangunkan pasukan. Dengan kekurangan minat
dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia dalam dekad pertama 2000 masih terlalu
jauh daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sinar Baru
Tahun 2009. Adalah nampak sedikit perubahan di penghujung
tahun ni. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan
sinar harapan apabila menamatkan penantian 20 tahun apabila memungut Pingat
Emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan
bukan pilihan pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos.
Tapi kemenangan ini pun masih belum membuktikan bahawa Malaysia telah bangkit.
Tiada jaringan gol oleh pemain Malaysia. Gol tunggal dijaringkan sendiri oleh
pemain Vietnam, akibat kesilapan pihak lawan.
Pada Sukan SEA 2000 Vientiane, Laos, skuad kebangsaandi bawah 23 tahun tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat Emas di temasya tersebut. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia, yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1-0.
Pasukan Senior Malaysia (2008)
Pasukan Bawah 23 (Emas Sukan SEA 2009)
Skuad Johan Piala AFF Suzuki 2010
29 Disember 2010 menjadi sejarah kepada rakyat Malaysia dan pasukan bolasepak Malaysia (Harimau Malaya) apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 setelah 14 tahun lamanya. Malaysia menjadi juara buat pertama kalinya sejak kejohanan ini bermula. Malaysia dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan indonesia dengan agrerat 4 – 2. Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Dengan sokongan padu yang diberikan oleh 80 000 penyokong Malaysia di SNBJ dan 20 juta didepan kaca tv, Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan 3 – 0. Pada perlawanan ini Malaysia menunjukkan kualiti permainan yang baik dan menghiburkan.
Pada perlawanan akhir ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Malaysia tewas tipis dengan jaringan 2 – 1. Namun keadaan ini tidak menjejaskan pasukan Malaysia membawa pulang piala terbaik dirantau Asia Tenggara.
Tahniah Harimau Malaya. Inilah hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia untuk tahun 2010.
Pemain Kebangsaan 2010
- Khairul Fahmi Che Mat
- Mohd Sharbinee Allawee
- Mahalli Jasuli
- Mohd Razman Roslan
- Mohd Sabree Mat Abu
- Mohd Muslim Ahmad
- Mohd Fahdli Shas
- Khairul Helmi Johari
- Asraruddin Putra Omar
- Mohd Faizal Mohammad
- Safiq Rahim
- Mohd Amri Yayah
- K. Gurusamy
- Amar Rohidan
- Khyril Muhaymeen
- Mohd Amirul Hadi Zainal
- K. Kunalan
- Mohd Ashari Shamsudin
- Safee Sali
- Norshahrul Idlan Talaha
- Izzaq Faris Ramlan
- Faizal Abu Bakar
Pemain Kebangsaan 2011
21 November 2001, pasukan (Team) Harimau Malaya sekali lagi mengaum, mengamuk dan menggegarkan Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dalam pertandingan akhir Bola Sepak Sukan SEA Jakarta/Palembang, apabila mengalahkan tuan rumah Indonesia dengan jaringan tendangan penalti yang tragik 4-3 setelah seri 1-1 (jaringan Asrarudin Putra) dalam permainan 90 minit dan masa tambahan 30 minit.
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli;
- Khairul Fahmi Che Mat;
- Mohd Farizal Marlias;
- Mohd Sabre Mat Abu;
- Mohd Asraruddin Putra Omar;
- Mohd Rizal Fahmi Abd Roshid;
- Shahrizal Mohd Saad;
- Mohamad Aidil Zafwan Abd Razak;
- Safiq Rahim;
- Norshahrul Idlan Talaha;
- Mohamad Azmi Muslim;
- Amar Rohidan;
- Ahmad Fakri Saarani;
- Chanturu Suppiah;
- Gurusamy Govandar Kandasamy;
- Kunalan Subramaniam;
- Azidan Sarudin;
- Mahalli Jazuli;
- Izzaq Faris Ramlan;
- Mohd Amirul Hadi Zainal;
- Baddrol Bakhtiar;
- Mohamad Muslim Ahmad;
- Mohamad Ashari Samsudin;
- Mohd Fadhli Mohd Shas.
21 November 2001, pasukan (Team) Harimau Malaya sekali lagi mengaum, mengamuk dan menggegarkan Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dalam pertandingan akhir Bola Sepak Sukan SEA Jakarta/Palembang, apabila mengalahkan tuan rumah Indonesia dengan jaringan tendangan penalti yang tragik 4-3 setelah seri 1-1 (jaringan Asrarudin Putra) dalam permainan 90 minit dan masa tambahan 30 minit.
Kemenangan ini bukan sahaja berjaya menggondol 'Ibu' Pingat Emas Sukan SEA untuk kali kedua berturut-turut, bahkan melebur dan meluluhkan lebih 200 juta rakyat Indonesia yang meletakkan harapan besar kepada pasukan mereka.
Hero Harimau Malaya ialah penjaga gawang gol, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menggagalkan 2 tendangan penalti Indonesia. TAHNIAH!
Senarai penuh nama pemain utama Malaysia dalam Sukan SEA XXVI (U23) ialah:
Senarai penuh nama pemain utama Malaysia dalam Sukan SEA XXVI (U23) ialah:
- Penjaga Gol:
- Khairul Fahmi Che Mat
- Mohd Izham Tarmizi
- Pertahanan:
- Mahali Jazuli
- Mohd Muslim Ahmad
- Mohd Fadhli Shas
- Mohd Amer Saidin
- Fandi Othman
- Asraruddin Putra
- Zubir Azmi
- Tengah:
- Baddrol Bakhtiar (Kapten)
- Wan Zaharulnizam
- K.Gurusamy
- Shukur Jusoh
- Irfan Fazail
- Yong Kuong Yong
- Nazmi Faiz
- Penyerang:
- Syahrul Azwari
- Thamil Arassu
- Izzaq Faris
- Fakri Saarani
SELEPAS INI....
AKU TIDAK LAGI BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA
MUNGKIN AKU HANYA BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PIALA MALAYSIA ATAU LIGA SAHAJA
LEBIH SERONOK MELIHAT PASUKAN NEGERI BERMAIN DARIPADA PERMAINAN PASUKAN MALAYSIA
AKU TIDAK LAGI BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA
MUNGKIN AKU HANYA BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PIALA MALAYSIA ATAU LIGA SAHAJA
LEBIH SERONOK MELIHAT PASUKAN NEGERI BERMAIN DARIPADA PERMAINAN PASUKAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment