.
KELANTAN DARUL NAIM
Pertama kali aku ke Kelantan ialah pada tahun penghujung
tahun 1992. Ketika itu aku berhasrat
untuk membawa keluargaku bercuti ke Langkawi.
Tetapi entah macamana sampai di Ipoh aku menukar fikiran untuk ke pantai
Timur, lalu aku menukar arah perjalanan ke Kuala Kangsar-Grik-Jeli melalui
Lebuhraya Timur Barat. Perjalanan pulang
ke KL melalui Kuala Terengganu dan Kuantan.
Aku menginap di Mes Pegawai TUDM Bukit Petri dan terperangkap 2 malam di
sana akibat hujan lebat tanpa berhenti-henti selama dua hari. Jambatan Kuala Besut telah ditenggelami air
sedalam lebih sekaki.
Pada penghujung tahun 2003, aku ke Kelantan kerana
menghantar/mengambil 2 anak aku yang baru menamatkan SPM di Kedah ke Nilam Puri
untuk mengikuti kursus Bahasa Arab selama sebulan lebih. Kali ini perjalananku melalui ke Kota Bharu
melalui jalan Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Kerai.
LAGU RASMI NEGERI KELANTAN
SELAMATKAN SULTAN
(5 JUN 1927)
Lanjutkan usia Al-Sultan kami,
Sultan Kelantan raja ikrami,
Aman sentosa Tuhan sirami,
Kekal memerintah kami.
Kasih dan taat setia disembahkan,
Keriangan diucapkan,
Segala kebesaran Allah cucurkan,
Bertambah kemuliaan.
Perhubungan antara keluarga DiRaja Johor dan Kelantan
berlaku apabila Sultan Johor ke 3, Almarhum Sultan Ismail berkahwin dengan
Tengku Nora binti Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja Kelantan) pada 13 Nov
1977 yang kemudiannya bergelar Sultanah Johor.
Sebelum itu, anakanda Sultan Ismail, Tunku Mahmud Iskandar
juga telah berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Long Ahmad pada 20 Ogos
1961. Tengku Zanariah adalah adinda kepada Tengku Nora. Tengku Zanariah juga kemudiannya menjadi
Sultanah Johor apabila Tunku Mahmud Iskandar dilantik menjadi Sultan Johor ke 4
menggantikan ayahandanya pada tahun 1981 sehingga Sultan Iskandar mangkat pada
tahun 21 Jan 2011.
Ayahanda Tengku Nora dan Tengku Zanariah adalah anakanda
kepada Tengku Long Ahmad ibni almarhum Tengku Long Abdul Jaafar ibni almarhum
Sultan Muhamamd II, Sultan Kelantan,
Salah seorang anak almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mariam
Zaharah juga telah berkahwin dengan Tengku Ahmad Zainal Abidin binti Tengku
Muhammad Zaid. Tengku Zaid bin Tengku
Long Ahmad adalah juga kekanda kepada dua Sultanah Johor, Sultanah Nora dan
Sultanah Zanariah.
Fakta Negeri Kelantan Darul Naim
Ibu Negeri: Kota Bharu
Bandar DiRaja: Kota Bharu
Keluasan: 14,922 km persegi
Penduduk: 1.4 juta
Kepadatan: 94/km persegi
SEJARAH KELANTAN
Dari penemuanku dalam internet, Nama "Kelantan"
dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam"
(agaknya..gelamutan, kelamutan, lama-lama jadi kelantan), iaitu nama Melayu
bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya
datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan
arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman sejarah Kelantan
awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Khmer, Srivijaya dan Siam.
Kira-kira 1411, Raja Kumar, Raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam.
Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad
ke 15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka.
Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh
ketua-ketua kecil. Dengan penaklukan oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua
kecil Kelantan menjadi anak buah Kerajaan Patani. Kira-kira tahun 1760, seorang
ketua kecil Kubang Labu di Kelantan berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan
sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus merampas takhta kerajaan
dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan
kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai
Sultan Kelantan yang pertama. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada
pengaruh Terengganu dan menjadi negera ufti Siam yang berasingan. Pada 1820an,
Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta
termakmur di Semenanjung Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan
pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus
memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke 19.
Kota
Bharu, Jln Kampong China 1900
Kota
Bharu, Jln Temenggong 1927
Di bawah syarat Anglo-Thai Treaty 1909, Siam
menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain.
Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di
bawah nasihat Residen British.
Senarai namaPenasihat Inggeris di Kelantan ialah:
(1) Walter Amstrong Graham (1903 - 1910)
(2) J.S.
Mason (1910 - 1913)
(3) W.
Langham Carter (1913 - 1917)
(4) Roland John Farrer (pemangku) (1917 - 1919)
(5) Henry
Wagstaffe Thompson (1919 - 1923)
(6) Arthur Furley Worthington (1923 - 1926)
(7) H.C
Eckhardht (pemangku) (1924 - 1925)
(8) G.E
Shaw (1926 - 1928)
(9) Reginald John Byard Clayton (1928 - 1930)
(10) Alwayn Sidney Haynes (1930 - 1933)
(11) T.P.
Coe (pemangku) (1931 - 1932)
(12) A.C
Baker (1933 - 1940)
(13) E.T.
Williams (1940 - 1941)
Kelantan merupakan tempat pertama di Tanah
Melayu yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa
pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas
kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan memulih kepada pemerintahan Inggeris.
Nama Gabenor Jepun di Kota Bharu semasa
Pendudukan Jepun ialah:
(1) Yashushi Sunakawan (1941 - 1943)
(2) Kikura Fujisawa (1943 - 1943)
Nama pegawai Siam yang dilantik mewakili Raja
Siam selepas Kelantan diserahkan semula kepada Thailand setelah Jepun menyerah
kalah:
(1) Charu
Chaichan (1943 - 1944)
(2) Tharin Rawang Phu (1944 - 1945)
Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah
Melayu pada 1 Feb 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 Sept 1963, Kelantan menjadi salah satu
daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.
SENARAI RAJA DAN SULTAN
KELANTAN SEJAK 1233
SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
(1) Maharaja Suran (Raja Jawaka) (1233 -1253).
(2) Raja Sakranta@ Raja Zainudin anak Raja Tilam
anak Maharaja Suran (1253 - 1267).
(3) Paduka Sri Sang Tawal anak Raja Sakranta (1267
– 1339).
(4) Raja Bharabusa anak Sang Tawal (1339 - 1362).
Raja Bharabusa telah memeluk islam
dan bergelar Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Riayat Saadatus Salam.
SETELAH KEDATANGAN ISLAM
(1) Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Riayat Saadatus Salam (1339 – 1362)
(2) Sultan Baki Shah ibni almarhum Sultan Mahmud
Jiddah Riayat Saadatus Salam (1362 – 1418)
(2) Sultan Sadik Muhammad Maulana Shah ibni almarhum
Sultan Baki Shah (1418 – 1429)
(3) Sultan Iskandar Shah ibni almarhum Sultan Sadik
Muhammad (1429 – 1467)
(4) Sultan Mansur Shah ibni almarhum Sultan
Iskandar Shah (1467 – 1521)
(5) Sultan Sri Gombak ibni almarhum Sultan Mansur
Shah (1521 - 1526)
(6) Sultan Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Sri
Gombak (1526 – 1547)
(7) Sultan Mansur ibni almarhum Raja Ahmad (1547 –
1561)
(8) Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Mansor Shah
(1561 – 1565)
(9) Raja Omar ibni almarhum Raja Ahmad (1565 –
1570)
(10) Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Mansor Shah
(1570 – 1579)
(11) Sultan Adiluddin bin Nik Jamaluddin (1579 –
1597)
(12) Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan
Ibrahim (1597 – 1602)
(13) Sultan Adiluddin bin Nik Jamaluddin (1602 –
1605)
(14) Sultan Samiruddin bin Nik Jamaluddin (1605 –
1616)
(15) Sultan Abdul Kadir ibni almarhum Sultan
Samiruddin (1616 – 1632)
(16) Raja Sakti ibni almarhum Sultan Abdul Kadir
(1632 – 1649)
(17) Raja Loyor ibni almarhum Raja Sakti (1649 –
1663)
(18) Tuan Puteri Saadong binti almarhum Raja Loyor
(1663 – 1667)
(19) Sultan Abdullah ibni almarhum Sultan Samiruddin
(1667 – 1671)
(20) Sultan Abdul Rahim ibni almarhum Sultan
Samiruddin (1671- 1675)
(21) Sultan Omar ibni almarhum Raja Sakti (1675
-1721)
(22) Sultan Long Bahar ibni Raja Daim (1721 – 1733)
(23) Sultan Long Sulaiman ibni almarhum Sultan Long
Bahar (1733 – 1739)
PERANG SAUDARA (1739 – 1746)
Sultan Long Sulaiman ibni almarhum Sultan Long
Bahar KEMBALI MEMERINTAH (1746 – 1756)
(24) Sultan Long Pandak ibni Tun Sulong (1756 –
1758)
(25) Sultan Long Muhammad ibni almarhum Sultan Long
Pandak (1758 – 1763)
PERANG SAUDARA - Raja Tuan Besar (1763 – 1766)
(26) Sultan Long Yunus ibni almarhum ibni almarhum
Sultan Long Sulaiman (1766 – 1794)
PERANG SAUDARA - Tengku Muhammad bin Tengku Mansur (wakil Sultan
Terengganu) (1794 – 1800)
(27) Sultan Muhammad I (Long Muhammad) ibni almarhum Sultan Long
Yunus(1800 – 1835) -mengisytiharkan diri sebagai Sultan Kelantan yang pertama.
Long Jinal -Regent(1835 – 1837)
(28) Sultan Muhammad II ibni al-Marhum Temenggong
Tengku Long Tan (1837 – 1886)
(29) Sultan Ahmad ibni al-Marhum Sultan Muhammad
(1886- 27-02-1890)
(30) Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan
Ahmad(27-02-1890 - 00-05-1891)
Long Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad
(Pemangku) (00-05-1891 – 1891)
(31) Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad (1891
- 26-07-1898)
(32) Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad
(26-07-1898 - 10-03-1900)
(33) Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad
III (10-03-1900 - 20-12-1920)
(34) Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV
(20-12-1920 - 20-08-1943)
(35) Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad
IV(08-09-1945- 09-07-1960)
(36)nTuanku Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan
Ibrahim (09-07-1960 -29-03-1979)
Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra
(Pemangku Raja)-Sultan menjadi YDPA IX. (21-09-1975 - 29-03-1979)
(37) Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya
Petra (29-03-1979 - 24-05-2009)
Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail
Petra (Pemangku Raja)- (24-05-2009 - 11-09-2010). Memangku kerana Sultan
gering.
(38) Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra
(12-09-2010 – 12 Dis 2016). dimasyhurkan sebagai Sultan kelantan dibawah
Artikel 23A Perlembagaan Negeri, apabila baginda Sultan Ismail Petra gering dan
tidak berupaya memerintah Negeri dengan berkesan secara berpanjangan.
Tunku Dr Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan
Ismail Petra (Pemangku: 13 Dis 2016 hingga 6 Jan 2019).
Sultan Muhammad V kembali memerintah pada 7 Jan 2019.
al Sultan Kelantan
.Sultan Muhammad V (2011 - kini)
dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong XIV pada 13 Dis 2016 untuk tempoh 5 tahun
dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong XIV pada 13 Dis 2016 untuk tempoh 5 tahun
Sultan Ismail Petra (1979 -2010)
Almarhum Sultan Ibrahim (1944 - 1960)
source: TENGKUSYAH.BLOGSPOT.com
source: TENGKUSYAH.BLOGSPOT.com
Almarhum Sultan Ismail (1920 - 1944)
source: radin87.blogspot.com
Almarhum Sultan Muhammad ke IV (1900- 1920)
source: freepages.genealogy.rootsweb.ancestry.com
.
SENARAI
NAMA MENTERI BESAR KELANTAN
Menteri Besar yang dilantik oleh AlSultan
1. Long
Jaafar (1775 -1794)
2. Wan
Mahmud bin Wan Ibrahim (1800 - 1835)
3. Tuan
Besar bin Tuan Ismail (1835 - 1839)
4. Engku
Seri Long bin Engku Abdul Ghaffar (1839 - 1851)
5. Nik
Abdul Majid bin Nik Yusof (1851 - 1886)
6. Tuan
Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid (1886 - 1890)
7. Encik
Said bin Ngah (1890 - 1894)
8. Tuan
Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid (1894 - 1900)
9. Che
Hassan bin Mohamed Salleh (1900 - 1920)
10. Tuan
Nik Mahmud bin Nik Ismail (1921 - 1944)
11. Tuan
Nik Ahmed Kamil bin Nik Mahmud (1944 - 1953) - Tan Sri (pernah menjadi
Speaker
Dewan Rakyat)
12. Tengku
Mohamed Hamzah bin Tengku Zainal Abidin (1953 - 1959)
Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya
1. YAB
Dato' Haji Ishak Lutfi bin Omar (1959 - 1964) - PAS
2. YAB
Dato' Haji Mohammad Asri bin Haji Muda (1964 - 1974) - PAS (kemudian
menerima
gelaran Tan Sri)- semasa kerajaan campuran BN-PAS (1974-1977), pernah
dilantik
menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Malaysia.
3. YAB
Dato' Haji Muhamed bin Nasir (1974 - Nov 1977) - BERJASA (pernah menjadi
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri)
Pemerintahan
MAGERAN (di antara Nov 1977 - Feb 1978 Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan
Darurat di Kelantan)- Y.Bhg Tan Sri Hashim bin Aman telah dilantik menjadi
Pengerusi MAGERAN.
4. YAB
Tan Sri Mohamed bin Yaacob (Mac 1978 - 22 Okt 1990) - UMNO (sebelum menjadi
MB
pernah menjadi Menteri Sains Teknologi & Alam Sekitar dan Menteri
Pelajaran)
5. YAB
Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (22 Okt 1990 - 6 Mei 2013)
6. YAB
Tuan Guru Dato Ahmad bin Yaakob (6 Mei 2013 - kini)
YAB DATUK AHMAD BIN YAAKUB
(APR 2013 -kini)
MANTAN MB KELANTAN
TUAN GURU DATUK SERI HJ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
(1990 - 6 MEI 2013)
TAN SRI MOHAMED BIN YAACOB
(1978 - 1990)
DATUK HJ MUHAMMAD BIN NASIR
(1974 - 1977)
DATUK HJ MOHD ASRI BIN HJ MUDA (TAN SRI)
(1964 - 1974)
DATUK HJ ISHAK LOTFI BIN HJ OMAR
(1959 - 1964)
TENGKU MOHD HAMZAH BIN TENGKU ZAINAL ABIDIN
(1951 - 1959)
DATUK NIK AHMAD KAMIL BIN NIK MAHMUD(Tan Sri)
(1944 - 1951)
DATUK NIK MAHMUD BIN NIK ISMAIL
(1921 - 1944)
PENTADBIRAN
NEGERI
NAMA
JAJAHAN DI NEGERI KELANTAN
Tidak
seperti negeri-negeri lain, pentadbiran negeri Kelantan tidak dibahagikan
kepada Daerah tetapi dikenali sebagai Jajahan. Ketua Jajahan (setaraf dengan
Pegawai Daerah)merupakan pegawai dari Perkhidmatan Awam Negeri. Jajahan-jajahan
di Kelantan ialah:
1. Kota
Bharu (pejabat daerah di Kota Bharu)
2. Tumpat
(Tumpat)
3. Bachok
(Bachok)
4. Machang
(Machang)
5. Tanah
Merah (Tanah Merah)
6. Pasir
Mas (Pasir Mas)
7. Pasir
Putih (Pasir Putih)
8. Kuala
Kerai (Kuala Kerai)
9. Ulu
Kelantan (Gua Musang)
PIHAK
BERKUASA TEMPATAN
Majlis
Bandaraya. Belum ada bandar yang telah layak menerima taraf sebagai
Bandaraya.
Majlis
Perbandaran. Hanya bandar Kota Bharu yang mencapai taraf Majlis
Perbandaran dan dikenali sebagai 'Kota Bharu Bandaraya Islam'.
Majlis Daerah. Terdapat 11 buah Majlis Daerah dalam negeri Kelantan, iaitu:
Majlis Daerah. Terdapat 11 buah Majlis Daerah dalam negeri Kelantan, iaitu:
1. Majlis Daerah
Bachok-Bandar Pelancongan Islam
2. Majlis Daerah
Gua Musang
3. Majlis Daerah
Jeli
4. Majlis Daerah
Ketereh-Perbandaran Islam
5. Majlis Daerah
Dabong
6. Majlis Daerah
Kuala Krai
7. Majlis Daerah
Machang
8. Majlis Daerah
Pasir Mas
9. Majlis Daerah
Pasir Puteh
10. Majlis Daerah
Tanah Merah
11. Majlis Daerah
Tumpat
Lapangan
Terbang. Terdapat sebuah lapangan terbang bertaraf domestik iaitu Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.
Destinasi Pelancongan. Kelantan terkenal dengan jaluran pantai yang
indah. Namun keadaan ombak Laut China Selatan yang dibawa oleh Angin
Timur Selatan telah menyebabkan hakisan yang teruk kepada pantai-pantai di
timur Kelantan. Tambahan pula sebagai sebuah negeri yang memberatkan hukum
syariat dengan menetapkan sekatan dari aspek kebebasan berpakaian telah
menyebabkan pelancong barat kurang melancong ke Kelantan. Antara pantai yang
menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ialah:
- Pantai Cahaya Bulan (dulu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi)
- Pantai Tok Bali
- Pantai Seri Tujuh
- Pantai Bisikan Bayu
- Pantai Irama
Selain
dari pantai,antara destinasi pelancongan di Kelantan ialah:
- Pasar Besar Siti Khadijah (mengambil sempena nama isteri pertama Muhammad Rasulullah yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya- di pasar ini 90% dari peniaganya adalah kaum wanita- setiap kali masuk waktu solat, segala aktiviti perniagaan di sini akan dihentikan selama 15 minit)
- Perkampungan Nelayan di Pantai Sabak.
- Bank Kerapu (Memorial Perang Dunia II)
- Masjid kampung Laut
- Gelanggang Seni, Jalan Mahmud
- Muzium DiRaja (Istana Batu)
- Muzium Kraftangan
- Istana Jahar (Muzium Budaya)
- Muzium Islam
- Muzium Negeri, Jalan Hospital
- Masjid Muhammadi
- AirTerjun Gunung Stong
Kem
Tentera. Di Kelantan terdapat banyak kem Tentera Darat dan sebuah
pangkalan TUDM.
1.
Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
2.
Kem Desa Pahlawan, Ketereh.
3.
Kem Batu Melintang, Jeli
4.
Kem Batu 11, Tanah Merah
5. Pangkalan Udara Gong Kedak.
5. Pangkalan Udara Gong Kedak.
Pusat
Pengajian Tinggi. Terdapat tiga buah kampus Universiti dan sebuah
Politeknik di Kelantan.
1.
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - kampus tetap di Jeli masih dalam
pembinaan.
2.
Universiti Teknologi MARA (Kampus Kelantan) di Kota Bharu.
3.
Universiti Sains Malaysia (Kampus Sains Perubatan) di Kubang Kerian.
4.
Politeknik Kota Bharu
5.
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Wilayah
Pembangunan. Terdapat 3 rancangan pembangunan wilayah di Kelantan atau
melibatkan Negeri Kelantan:
1.
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
2.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
3.
East Corridor Economic Region (ECER)
.
TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN
Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan pada tahun 1850. Ayahnya Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram, kerana itu Tok Janggut dibesarkan dan dididik dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut ilmu di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.
Setahun sebelum itu atau pada tahun 1909 telah diadakan perjanjian Inggeris-Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Camputangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatahlagi apabila Inggeris membuat perubahan yang ternyata bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam.
Sebelum kedatangan Inggeris negeri Kelantan diperintah oleh Sultan Mansur yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Beliau seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda mendampingi ulama yang terkenal pada masa itu antaranya Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat.
Sultan Mansur Syah atau Sultan Muhammad 111 telah menguatkuasakan undang-undang Islam. Antaranya perlaksanaan hukum hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan mengenakan hukuman terhadap perempuan yang tidak menutup aurat.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur atau Sultan Muhammad 111, negeri Kelantan berada pada zaman kegemilangannya dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan beragama di kalangan rakyat negeri Kelantan.
Tetapi segalanya berubah apabila Inggeris menghantar penasihatnya ke Kelantan. British telah memperkenalkan undang-undang mereka sendiri terhadap rakyat Kelantan antaranya merubah sistem pemilikan tanah yang mana secara otomatik menolak undang-undang tanah tradisional Melayu yang berlandaskan kepada undang-undang Islam yang berdasarkan prinsip Ihya (usaha) dan Tha’jir (tanda).
Itulah punca penentangan Tok Janggut yang sebenar, bukan hanya disebabkan enggan membayar cukai yang dipaksakan Inggeris seperti yang diuwar-uwarkan British.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyah. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai yang melayannya akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan mempimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.
Pada 29 April 1915, Haji Mat Hassan atau Tok Janggut bermesyuarat dengan para pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib. Mereka mengatur strategi menentang Inggeris, mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka atau memerintah sendiri mengikut undang-undang Islam.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh, Abdul Latif yang berasal dari Singapura, kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Tok Janggut.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Tok Janggut menyerah diri. Kebetulan ketika itu, Tok Janggut sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.
Bagi mengelakkan berlaku pertempuran Tok Janggut bersetuju mengikut anggota polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Tetapi sikap lembut dan mengalah Tok Janggut disalahartikan oleh Sarjan Che Wan yang memberi layanan seperti penjenayah lalu berlaku perbalahan.
Dalam usaha mempertahankan dirinya Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya menyebabkan tercetusnya peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris. Tok janggut dan pengikutnya berjaya menawan Pasir Puteh lalu menubuhkan pentadbiran sendiri, beliau menjadi Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
Inggeris yang ketika itu merupakan salah sebuah kuasa besar dunia berasa tercabar lalu menghantar pasukan tentera ke Kelantan.
Akhirnya pada 24 Mei 1915 berlaku pertempuran sengit dikampong dalam pupuh yang berakhir dengan Tok Janggut gugur syahid bersama dengan sahabat-sahabatnya Tok Abas dan Tok Hussin.
Kemudian mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu, diarak dan digantung sonsang selama empat jam di padang bank atau Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Kampung Pasir Pekan

No comments:
Post a Comment