AIRPORT MALAYSIA
.
Hari ini, 17hb Oktober 2011, aku berpeluang menghadiri Majlis Sambutan '100 Years Aviation in Malaysia' yang dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia di Hangar No 6, KLIA. Sungguh meriah.
Hari itu aku sungguh letih. Hari Ahad (16hb) aku dijemput (mewakili TUDM) menghadiri Majlis Pelancaran Rejimen Askar Wataniah (oleh PTD) di Ipoh Padang, Perak. Berlepas dari rumah lepas Subuh jam 6.30 pagi. Selesai majlis tengahari dan sampai rumah dekat jam1500.
Pagi Isnin aku ada mesyuarat Panel Pengadil Anugerah Inovasi Kewangan Peringkat KEMENTAH di MinDef. Sebelah petang ada mesyuarat Bengkel Kecemerlangan Organisasi yang dipengerusikan oleh TPTU. Semasa dalam mesyuarat (lebih kurang jam 1600) dapat panggilan telefon dari Sekretariat B, mengatakan aku dipilih (diarah) mewakili TUDM untuk Majlis 100 Tahun Penerbangan di KLIA. Jam 6.15 petang bertolak dari rumah, betul-betul sampai Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, masuk waktu Maghrib. Lepas solat barulah terima kad jemputan dan pelekat masuk ke KLIA.
Begitulah keadaannya.
Semasa dalam ucapannya, YAB PM dan juga dalam ucapan YB Menteri Pengangkutan, Dato Seri Kong Cho Ha ada menyebut bahawa pesawat pertama (jenis Antoinette Monoplane) yang dipandu oleh G.P Fuller mendarat di Race Course, Ampang Road, KL (sekarang KLCC) pada 17 Oktober 1911. Pesawat kedua mendarat di landasan Alor Setar beberapa tahun kemudian.
(dalam wikipedia menyebut, pesawat pertama mendarat di Malaya pada tahun 1911 di Old Race Course, Farrer Park, Singapura???)
Kebetulan, malam itu aku dapat jumpa rakan-rakan lama 'ex-air force' yang kini telah berkhidmat sama ada dengan MAS, Air Asia, DCA dan syarikat-syarikat dalam 'aerospace industries'. Malam itu juga aku berjumpa dengan Tengku Rosman dan Fauziah (anak saudara isteriku) yang menghadiri majlis penyampaian Sijil Jurutera Penerbangan oleh YAB PM. Salah seorang penerimanya ialah anak lelaki mereka, Tengku Muhd Zulkarnain (kira cucu saudara la). Tahniah!- mengikut jejak langkah ayahnya.
Aku juga tetiba ditegur oleh seorang yang tak pernah aku kenali, En Sager, pernah bertugas dengan NSTP dan terlibat dalam kumpulan pencari pesawat terbang yang hilang dalam Perang Dunia II. Beliau hanya mengenali aku melalui BLOG ini. Sungguh tajam mata dan ingatannya, hanya melihat nama di 'name tag' sahaja, beliau terus menegur. Dapat bersembang, tapi masa amat terhad. Beliau berjanji akan memberikan fakta-fakta untuk bolog aku, khususnya berkaitan dengan kemalangan pesawat TUDM.
'Airfield' atau 'runaway' atau landasan terbang atau lapangan terbang atau 'airport' atau 'aerodrome' adalah satu istilah yang berkait rapat dengan kehidupan seorang juruterbang. Ada juruterbang yang berlepas dari landasan terbang dengan baik dan di akhir penerbangannya dia pulang dan mendarat dengan selamat. Ada juga juruterbang yang berlepas dengan selamat tetapi kemudian dia tidak pulang mendarat di landasan yang sama kerana dia mendarat di tempat lain atau banyak berlaku juga dia tidak pulang terus kerana berlaku bencana (kemalangan) semasa dalam penerbangan.

Pengalamanku dengan landasan terbang ini hanya untuk tempoh yang pendek sahaja iaitu ketika berpeluang menjalani latihan asas penerbangan helikopter Bell 47G-5A di TUDM Kluang pada bulan Februari hingga Jun 1981. Tapi, itu pun setakat 'take off' and 'landing' atas landasan rumput sahaja. Masa tu ada TIGA jenis PERASAAN dalam diri aku. Pertama; perasaan semangat berkobar-kobar untuk jadi pilot, kedua perasaan takut kena belasah oleh instructor (yang terbayang dimuka aku ialah muka Kapt Syed Busri- mintak maaf Tuan Syed, kerana saya tak ada instructor lain yang saya boleh bayangkan) dan ketiga kecut kalau-kalau.......tiba-tiba helikopter aku jatuh macam tahi burung.
Kluang Airfield (Kod ICAO: WMAP)
Aku tak nak cerita panjang-panjang pasal latihan penerbangan itu. Rasanya aku dah tulis secara panjang lebar di awal blog ini. Silabaca di bawah Tajuk 11: PULATIBANG.
................kali ini aku cuma nak tunjuk gambar-gambar lapangan terbang awam (komersil) yang ada dalam negara kita. Beberapa buah lapangan terbang dalam negara kita yang dulunya tidak berapa menarik kini telah dibina semula atau dibuat renovation menjadikan ia sebuah lapangan terbang yang moden dan canggih. Contohnya Lapangan Terbang di Alor Setar, Kuching, KK, Labuan, Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Operasi kesemuanya lapangan terbang awam ini ditadbirkan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) dan diiktiraf (telah diberikan kod) oleh ICAO (International Civil Aviation Organization) atau IATA (International Air Transportation Association). Berbeza sangat keadaannya dengan airfield TUDM Kluang.
Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya meneruskan usaha dan berjaya mencapai cita-cita menjadi juruterbang, samada pejuang, angkut, atau helikopter.
Oh ye, ada lagi satu, selain dari menyaksikan kegagalanku unruk menjadi seorang pilot, lapangan terbang juga mengingatkan aku satu lagi peritiwa pahit yang pernah aku alami ketika berada di lapangan terbang. Peristiwa ini berlaku di lapangan terbang antarabangsa heathrow, London dalam bukan Julai tahun 2007. Semasa aku melaksanakan satu tugas di Russia (akhir bulan Jun 2007) aku ada membeli pelbagai souvenir untuk diberikan kepada sahabat-sahabat di Malaysia. Biasalah, key chain jadi pilihan kerana cantik, banyak pilihan dan murah. Aku tertarik dan membeli beberapa biji 'lighter' untuk dihadiahkan kepada sahabat-sahabat yang mempunyai hobi membakar duit. Lighter ini agak spesel, ada lighter, ada nail clipper dan ada pisau lipat. Semasa dalam perjalanan dari Moscow ke London aku masukkan semua souvenir dalam beg besar. So, tak ada apa-apa masalah.
Setelah beberapa hari di London, barangan yang dibeli bertambah, beg besar menjadi sempit, maka malam terakhir sebelum bertolak pulang ke KL, aku mengemas semula beg aku. Aku keluarkan semua barangan souvenir yang kecil-kecil tetapi menambah berat (key chain dll) kerana diperbuat dari logam. Elakkan excess baggage. Aku masukkan semua barangan souvenir itu dalam pelastik dan masukkan dalam beg sandang. Aku lupa ada beberapa lighter yang mengandungi pisau lipat.
Semasa check in, beg sandang aku masuk dalam mesin scanning, mereka mengesan terdapat barangan larangan - pisau lipat- dikategorikan sebagai senjata merbahaya. Aku terpaksa ditahan untuk soal siasat. Berderau darah aku- pucat- panik tapi buat-buat tenang.
Pihak lapangan terbang menghubungi pihak polis. Kerana hari itu Ahad, maka segala urusan dengan pejabat Kerajaan agak slow. Tempoh masa penerbangan makin dekat.Aku dah makin panik. Sejam kemudian baru pegawai polis sampai, aku disoal siasat dan diambil statement. Aku juga diberitahu bahawa ini adalah kesalahan serius di UK di bawah undang-undang sivil. Boleh dipenjara selama 6 bulan. MasyaAllah.
Syukur, setelah mengambil kira aku seorang pegawai Kerajaan, Lt Kol TUDM pulak tu, aku diberi "pengampunan" setelah diberi amaran dan kedua-dua lighter aku kena rampas (DUA je!). Sebenarnya ada lagi dua yang tersimpan dalam beg besar. Aku dilepaskan untuk meneruskan perjalanan. Allahu Akbar. Lega aku. Aku tak mungkin lupa (selagi aku belum hilang ingatan), bagaimana dan kenapa aku boleh melakukan kerja bodoh itu.
Kita teruskan untuk melawat semua lapangan terbang awam dan komersil yanga ad di negara kita.
LAPANGAN TERBANG BERTARAF ANTARABANGSA
KL International Airport (KLIA)
Lokasi: Sepang
Lokasi: Sepang
Kod ICAO: WMKK
Kod IATA: KUL
Construction: 1990 - 1998
Value:
Panjang Landasan:
Runaway No 1: 4,124 meter (13,530 kaki)
Runaway No 2: 4,056 meter (13,288 kaki)
Construction: 1990 - 1998
Value:
Panjang Landasan:
Runaway No 1: 4,124 meter (13,530 kaki)
Runaway No 2: 4,056 meter (13,288 kaki)
Penang International Airport
Kod ICAO: WMKP
Kod IATA: PEN
Lokasi: Bayan Lepas
Construction:
Panjang Landasan: 3,352meter (10,997 kaki)
Sultan Ismail International Airport
Lokasi: Senai, Johor Bahru
Kod ICAO: WMKJ
Kod IATA: JHB
Construction: 1974
Panjang Landasan: 3,800 meter (11,004 kaki)
Construction: 1974
Panjang Landasan: 3,800 meter (11,004 kaki)
Kuching International Airport
(sharing with RMAF Kuching Air Base)
(sharing with RMAF Kuching Air Base)
Lokasi: Pekan Batu 6, Kuching
Kod ICAO: WMGG
Kod ICAO: WMGG
Kod IATA: KCH
Construction:
Panjang Landasan: 3,780 meter (12,402 kaki)
Kota Kinabalu International Airport
Kod ICAO: WMKK
Kod IATA: BKI
Lokasi: Kota Kinabalu
Construction: 1959
Panjang Landasan: 3,780 meter (12,482 kaki)
Langkawi International Airport
Kod ICAO: WMKL
Kod IATA: LGK
Lokasi: Padang Mat Sirat
Construction:
Panjang Landasan: 3,810 meter (12,500 kaki)
Sultan Abdul Aziz Shah Airport
Sultan Abdul Halim Airport
(sharing with RMAF Alor Setar Air Base)
(formerly Subang International Airport. Sharing with RMAF Subang Air Base)
Kod ICAO: WMSA
Kod IATA: SZB
Lokasi: Subang, Selangor
Construction: 1965
Panjang Landasan: 3,780 meter (12,401 kaki)
Langkawi International Airport
Kod ICAO: WMLK
Kod IATA: LGK
Lokasi: Padang Mat Sirat
Construction:
Panjang Landasan: 3,810 meter (12,500 kaki)
Labuan International Airport
Kod ICAO: WMKL
Kod IATA: LBU
Lokasi: Labuan Island
Open:
Panjang Landasan: 2,300 meter (7,546 kaki)
(sharing with RMAF Alor Setar Air Base)
Kod ICAO: WMKA
Kod IATA: AOR
Lokasi: Kepala Batas, Alor Setar
Dibuka pada: 1925
Panjang Landasan: 3,352meter (10,997 kaki)
Panjang Landasan: 3,352meter (10,997 kaki)
Sultan Azlan Shah Airport
Kod ICAO: WMKI
Kod IATA: IPH
Lokasi: Ipoh
Construction:
Panjang Landasan: 1,788 meter (5,990 kaki)
Melaka International Airport
Kod ICAO: WMKM
Kod IATA: MKZ
Lokasi: Batu Berendam
Construction:
Panjang Landasan: 2,135 meter (7,004 kaki)
Sultan Haji Ahmad Shah Airport
(sharing with RMAF Kuantan Air Base)
Kod ICAO: WMKD
Kod IATA: KUA
Lokasi: Gambang, Kuantan
Construction:
Panjang Landasan: 2,804 meter (9,200 kaki)
Sultan Mahmud Airport
Kod ICAO: WMKN
Kod IATA: TGG
Lokasi: Telaga Batin, Kuala Terengganu
Construction:
Panjang Landasan: 3,480 meter (11,417 kaki)
Sultan Ismail Petra Airport
Kod ICAO: WMKC
Kod IATA: KBR
Lokasi: Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Construction: 1945
Panjang Landasan: 2,400 meter (7,874 kaki)
Taiping Airport (or Tekah Airport)
Kod ICAO: WMBI
Kod IATA: TPG
Lokasi: Asam Kumbang, Taiping, Perak
Construction: 1929
Panjang Landasan: 1,320 meter (4,330 kaki)
Sitiawan Airport
Kod ICAO: WMBA
Kod IATA: SWY
Lokasi: Sitiawan, Perak
Open:
Panjang Landasan: 549 meter (1,801 kaki)
Kluang Airport (Army Air Wing)
Kod ICAO: WMAP
Kod IATA: -
Lokasi: Kluang, Johor
Open:
Panjang Landasan: 1,250 meter (4,101 kaki)
Kerteh Airport (owned by PETRONAS)
Kod ICAO: WMKE
Kod IATA: KTE
Lokasi: Kerteh, Terengganu
Open:
Panjang Landasan: 1,355 meter (4,446 kaki)
Pangkor Airport
Kod ICAO: WMPA
Kod IATA: PKG
Lokasi: Pulau Pangkor
Construction:
Panjang Landasan: 792 meter (2598 kaki)
Tioman Airport
Kod ICAO: WMBT
Kod IATA: TOD
Lokasi: Kampong Tekek, Pulau Tioman
Construction:
Panjang Landasan: 992 meter (3,254 kaki)
Mersing Airport
(operated by UTM)
(operated by UTM)
Lokasi: Mersing, Johor
Kod ICAO: WMAU
Kod IATA: MEP
Construction:
Panjang Landasan: 500 meter (1,640 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 500 meter (1,640 kaki)
Redang Airport
Lokasi: Pulau Redang, Terengganu
Kod ICAO: WMPR
Kod IATA: RDN
Construction:
Panjang Landasan: 940 meter (3,084 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 940 meter (3,084 kaki)
Miri International Airport
Kod ICAO: WBGR
Kod IATA: MYY
Lokasi: Batu Berendam
Construction:
Panjang Landasan: 2,745 meter (9,006 kaki)
Bintulu International Airport
Kod ICAO: WMGB
Kod IATA: BTU
Lokasi: Bintulu, Sarawak
Construction: 1955
Panjang Landasan: 2,745 meter (7,006 kaki)
Sibu Airport
Kod ICAO: WBGS
Kod IATA: SBW
Lokasi: Sibu
Construction: 1994
Panjang Landasan: 2,754 meter (7,004 kaki)
Tanjung Manis Airport
Kod ICAO: WBGT
Kod IATA: TGC
Lokasi: Mukah, Sarawak
Construction: 1994
Panjang Landasan: 1,497 meter (4,912 kaki)
Limbang Airport
Kod ICAO: WBGJ
Kod IATA: LMN
Lokasi: Sibu
Construction: 1963
Panjang Landasan:1,500 meter (4,922 kaki)
Mulu Airport
Lokasi: Mulu, Miri, Sarawak
Kod ICAO: WBMU
Kod IATA: MZV
Construction:
Panjang Landasan: x meter (x kaki)
Construction:
Panjang Landasan: x meter (x kaki)
Bario Airport
Lokasi: Bario, Sarawak
Kod ICAO: WBGZ
Kod IATA: BBN
Open:
Panjang Landasan: 670 meter (2,198 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 670 meter (2,198 kaki)
Lawas Airport
Lokasi: Lawas, Sarawak
Kod ICAO: WBGW
Kod IATA: LWY
Open:
Panjang Landasan: 686 meter (2,250 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 686 meter (2,250 kaki)
Ba Kelalan Airport
Lokasi: Ba Kelalan, Sarawak
Kod ICAO: WBGQ
Kod IATA: BKM
Open:
Panjang Landasan: 549 meter (1,801 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 549 meter (1,801 kaki)
Belaga Airport
Lokasi: Belaga, Sarawak
Kod ICAO: WBGC
Kod IATA: BLG
Open:
Panjang Landasan: 427 meter (1,400 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 427 meter (1,400 kaki)
Marudi Airport
Lokasi: Marudi, Limbang, Sarawak
Kod ICAO: WBGM
Kod IATA: MUR
Construction:
Panjang Landasan: 998 meter (3,274 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 998 meter (3,274 kaki)
Sandakan Airport
Lokasi: Sandakan, Sabah
Kod ICAO: WBKS
Kod IATA: SDK
Construction:
Panjang Landasan: 2,134 meter (7,000 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 2,134 meter (7,000 kaki)
Tawau Airport
Lokasi: Tawau, Sabah
Kod ICAO: WBKW
Kod IATA: TWU
Open: 1968
Panjang Landasan: 2,682 meter (8,800 kaki)
Open: 1968
Panjang Landasan: 2,682 meter (8,800 kaki)
Lahad Datu Airport
Lokasi: Lahad Datu, Sabah
Kod ICAO: WBKD
Kod IATA: LDU
Construction:
Panjang Landasan: 1,371 meter (4,498 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 1,371 meter (4,498 kaki)
Kudat Airport
Lokasi: Kudat, Sabah
Kod ICAO: WBKT
Kod IATA: KUD
Open:
Panjang Landasan: 730 meter (2,395 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 730 meter (2,395 kaki)
Semporna Airport
Lokasi: Lahad Datu, Sabah
Kod ICAO: WBKA
Kod IATA: SMM
Open:
Panjang Landasan: 609 meter (1,998 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 609 meter (1,998 kaki)
Keningau Airport
Lokasi: Keningau, Sabah
Kod ICAO: WBKG
Kod IATA: KGU
Panjang Landasan:
Landasan 1: 1,178 meter (3,702 kaki)
Landasan 2: 756 meter (2,480 kaki)
Panjang Landasan:
Landasan 1: 1,178 meter (3,702 kaki)
Landasan 2: 756 meter (2,480 kaki)
Ranau Airport
Lokasi: Ranau, Sabah
Kod ICAO: WBKR
Kod IATA: RNU
Open:
Panjang Landasan: x meter (x kaki)
Open:
Panjang Landasan: x meter (x kaki)
Long Lellang Airport
Long Pasia Airport
Lokasi: Long Pasia, Sabah
Kod ICAO: WGKN
Kod IATA: GSA
Open:
Panjang Landasan: 610 meter (2,001 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 610 meter (2,001 kaki)
Long Semado Airport
Lokasi: Long Semado, Sarawak
Kod ICAO: WBGD
Kod IATA: LSM
Construction:
Panjang Landasan: 487 meter (1,597 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 487 meter (1,597 kaki)
Long Seridan Airport
Lokasi: Long Seridan, Sarawak
Kod ICAO: WBGI
Kod IATA: ODN
Construction:
Panjang Landasan: 548 meter (1,798 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 548 meter (1,798 kaki)
The other airfields or airports are listed below:
- Pangkalan Udara Butterworth (WMKB/BWH)
- Pangkalan Udara Gong kedak (WMGK)
- Pangkalan Udara Sempang (WMKF/SPG)
- Lapangan Terbang kapit (WBGP/KPI)
- Lapangan Terbang Pamol (WBKP/PAY)
- Lapangan Terbang Sematan (WBGN/BSE)
- Lapangan Terbang Sepulot (WBKO/SPE)
- Lapangan Terbang sri Aman (WBGY/SGG)
- Lapangan Terbang Tommanggong (WBKM/TMG)
No comments:
Post a Comment