SAY "NO" TO COMMUNISM
Aku pernah menceritakan dalam salah satu tajuk blog aku tentang tragedi kematian NENDAku (sebelah emak), Almarhum Haji Mustapha bin Hj Omar @ Pajoyo yang mati ditikam BINTANG TIGA (pengganas komunis) di zaman British Military Adminstration (BMA) iaitu sebaik sahaja Tentera Jepun menyerah antara tahun 1945 - 1946. Peristiwa menyayat hati ini berlaku antara tahun 1945 atau 46 dan diceritakan oleh emak aku yang ketika itu berusia 9 atau 10 tahun. Kuburnya almarhum nendaku masih ada sekarang terletak lebih kurang 50 meter dari dapur rumah bapak aku di Kg Parit Lapis Mahang. Jenazahnya dikuburkan di mana ia dibunuh, kerana pada masa itu, dalam keadaan darurat dan orang kampung takut untuk berjalan jauh ke tanah perkuburan. SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN SYAHID KEPADA NENDAku.
Di
kalangan rakyat Malaysia, tiada beza antara 'Ideologi atau Fahaman Komunis'
dengan 'Pengganas Komunis' - mereka panggil sebagai KOMUNIS sahaja. Oleh itu, KOMUNIS bermakna pengganas
(terrorist or bandit) - mereka zalim, ganas dan sadist. Walaupun apa jua alasan mereka guna-
khususnya untuk menentang penjajah British untuk mendapat kemerdekaan - mereka
bukan sahaja membunuh askar Melayu yang secara politiknya berkhidmat dengan
Kerajaan British tetapi HAKIKATnya mereka juga membunuh dan menyiksa rakyat
biasa, orang kampung untuk mnedapatkan sokongan dan bantuan makanan.
Oleh
kerana KOMUNISME yang diasaskan oleh KARL MARX
menganggap bahawa agama adalah bagaikan KABUS yang menyusahkan
pergerakan. Maka mereka ingin menghapuskan semua agama termasuk juga ISLAM.
BERITA
PENANGKAPAN
Aku
tidak berhasrat mengulas berita terkini yang melibatkan penangkapan beberapa
ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Pulau Pinang pada 29 Jun 2011 atas
tuduhan cuba menghidupkan ideologi Komunis di negara ini. Ia adalah tugas PDRM
untuk menyiasat hingga ke akar umbi.
Tulisan
kali ini hanya mahu mengingatkan rakyat Malaysia yang membaca blog ini supaya
SAYANGILAH negara ini yang aman damai ini.
Tiada satu Kerajaan pun dalam dunia ini yang SEMPURNA dan bersih 100%. Janganlah kerana KEGILAAN segelintir untuk
mendapat kuasa, maka segala kemakmuran yang dipertahankan selama ini mahu
dihancurkan dalam beberapa hari atas nama demokrasi.
Walaupun
ISLAM adalah satu-satunya agama ALLAH dan agama SYURGA - dan Kerajaan Islam di
zaman Rasulullah s.a.w merupakan model terbaik, namun sejarah ISLAM juga
menunjukkan pertelingkahan antara umat islam dalam Kerajaan yang masih baru dan
kecil telah berlaku. Khalifah Saiyidina
Uthman Affan sahabat Rasulullah (yang dijamin syurga) juga ada penentang,
begitu juga Saiyidina Ali r.a.
Penentang-penentang mereka bukan lah datang dari Jepun, China atau
Brazil yang tidak faham ISLAM. Tetapi
dari kalangan umat Islam yang sama-sama hidup dan berperang menentang orang
kafir bersama Rasulullah, bukan mereka yang masuk islam 1000 tahun selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w.
Ini
bermakna perselisihan faham dan pendapat di kalangan pemimpn Islam bukanlah
satu perkara baru.Kadangkala perselisihan boleh menyedarkan salah satu pihak
yang terlupa atau lalai.
APA
YANG AKU amat khuatiri ialah, dalam keghairahan cuba menegakkan kebenaran,
keghairahan untuk memenangi pilihanraya, mereka sanggup bersekongkol dengan
musuh-musuh islam yang secara terang-terangan cuba menghapuskan Islam dari muka
bumi ini.
TRAGEDI
13 MEI 1969 yang baru ditinggalkan 41 tahun yang lalu - membuktikan suasana negara jika mereka yang
RAKUS mendapat kuasa.
In
1969, for the first and up till now the only time the coalition lost its
overall two-thirds majority. Communal tensions resulted in the racial riots in
Kuala Lumpur on 13 May 1969. The incident lead to the establishment of an
emergency government, that is the National Operations Council. Tun Razak was
appointed the Director of Operations under the Proclamation of Emergency for 22
months until Emergency was lifted and Parliament resumed on 22 September 1970.
Since then the broad aim of the administration has been the fulfilment of the
New Economic Policy which is designed to eradicate poverty regardless of race,
and to eliminate the identification of occupation with race.
According
to police figures, 196 people died and 149 were wounded. 753 cases of arson
were logged and 211 vehicles were destroyed or severely damaged. An estimated
6,000 Kuala Lumpur residents 90% of them Chinese were made homeless.
Kopirait:
kamitakrigid.blogspot.com
Kenapa
MEREKA begitu mudah melupainya. Kenapa
ingin menjadikan huru-hara sebagai permainan, sebagai gurauan, sebagai alat
untuk mengugut? Seronokkah berbunuhan
sesama bangsa? Lupakah Tragedi
'ethnic-cleansing' di BOSNIA-HERZEGOVINA apabila bangsa Serb yang beratus tahun
hidup bersama bangsa Croat dan Bosnia tiba-tiba menjadi pembunuh, perogol dan
pembinasa jiran tetangga sendiri? Kalau ia berlaku di Malaysia, bangsa Bosnia
itu adalah bangsa Melayu.
Lihatlah
antara kesan Tragedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, Ia patut menjadi peringatan kepada rakyat
Malaysia yang lupa atau tidak tahu atau sengaja membutakan hati dan mata semata
kerana ingin menjadi HERO.
Kesan
Tragedi 13 Mei - mayat manusia lebih murah dari bangkai kucing
Zaman
DARURAT 1948-1960 juga bukti sejarah tentang bagaimana keadaan negara jika
kumpulan yang mahukan KUASA (bukan membina negara) mendapat sedikit peluang
untuk berkuasa. Sebenarnya keganasan anggota PKM telah bermula di zaman
pemerintahan Jepun lagi. Mereka menentang
Jepun (faktor dendam di Negara China) dan British membantu PKM (dan
MPAJA). Mereka membunuh ramai orang
Melayu kerana Melayu adalah islam dan komunisme adalah ideologi anti islam-
ideologi yang mempercayai bahawa agama adalah penghalang.
Petikan
Peristiwa Keganasan Bintang Tiga
Membunuh Pegawai Kerajaan. Pada
10 Jun 1945, Pegawai Daerah (DO) Batu Pahat,
Tuan Ismail bin Dato Hj Abdullah dan Kadhi Batu Pahat, Tuan Hj Hasbullah
serta Dr Woodhill (Pegawai Perubatan Daerah) serta dua orang lagi telah
ditangkap dan dibunuh oleh anggota Bintang Tiga (PKM) di Sekolah China Benut.
Sebelum
tragedi sedih itu, Bintang Tiga telah berkali-kali menyerang dan membunuh
orang-orang Melayu Batu Pahat. Tumpuan
mereka ialah di bandar Batu Pahat khuusnya di pasar dan kedai-kedai. Bintang Tiga juga menyerang kampung-kampung
Melayu dan menyiksa serta membunuh orang kampung yang mereka dakwa sebagai tali
barut Jepun, antaranya Ketua Kg Parit Betong, Ketua Kg Parit Hj Hadi, Parit
Separap , Parit Sulong dan Ketua Kg Parit Jawa pada 8 Jun 1945.
Kehidupan
Orang Melayu di zaman Jepun dan Dharurat adalah dalam dilemma. Mereka pun sebenarnya bencikan Jepun yang
zalim, tapi mereka tersepit, sebelum Jepun datang, jika bantu Bintang Tiga,
British akan tangkap mereka, semasa Jepun, kalau bantu Bintang Tiga, Jepun pula
akan seksa mereka.
Antara
peristiwa NGERI yang melibatkan anggota ATM, PDRM dan orang awam dengan anggota
Pengganas Komunis (PK) dari PKM semasa Zaman Dharurat dari tahun 1948 sehingga
1960 adalah:
Serang Hendap Klian Intan. Serang
hendap di Kelian Intan pada 10 September 1947 di mana peristiwa yang berlaku
pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan PK ke atas sebuah lori dan dua bas yang
membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban,
manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah.
Tragedi Batu Arang. Tragedi
lombong Batu Arang, Selangor pada 12 Julai 1948 di mana lombong ini ditawan PK
sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan
operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja
berbangsa Cina terkorban.
Serang Hendap Sungai Yu. Pada
17 Julai 1948 satu serang hendap oleh 50 PK ke atas satu platun dari Komp Askar
Melayu dari Batalion ke 2 di Sungai Yu, sempadan Pahang/Kelantan (4 terbunuh
dan 3 cedera parah). Sjn Usman selaku Pl Sjn telah mengambil alih tugas ketua
apabila Ketua Komp, Mej Anderson terbunuh dipermulaan serangan.
Serangan Jeram Choh. Serangan
ke atas Kampung Jeram Choh, Johor pada 18 Jun 1948 yang dilakukan kira-kira 20
PK lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas Balai Polis di
situ dan peristiwa ini menyebabkan Kerajaan mengalih langkah mengumumkan
perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.
Gerombolan Wan Ali Ulu Cheka. Pada
September 1948 satu pertempuran antara 10 orang anggota Bn ke 2 Askar Melayu
pimpinan Kpl Adnan Ibrahim dengan 60 gerila komunis pimpinan Wan Ali di Ulu
Cheka, Kuala Lipis, Pahang. Seramai 14
PK telah terbunuh.
Peristiwa Kenaboi. Pada
5 Jan 1950, 15 orang PK yang diketuai oleh Khidzir telah menangkap, menyiksa
(menyalib dan mengelar) dan membunuh Ketua Kampung Kenaboi (Jelebu), Abdul Aziz dan 2
lagi anak buahnya.
Serangan Sg Genapai. Seramai
20 PK telah mensabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak pada 19 Januari
1950. Serangan itu memusnahkan beberapa
kenderaan dan peralatan kuari.
Serangan Balai Polis Perai. Satu
serang hendap oleh PK terhadap satu pasukan Polis berlaku di Seberang Perai
pada 22 Januari 1950. Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis manakala
enam anggota polis Melayu cedera parah.
Serangan Kg Spg 3, Sitiawan. Serangan
di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak pada 4 Februari 1950 di mana seramai
80 PK telah menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk
kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
Peristiwa Hitam Bukit Kepong. Peristiwa
Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 apabila segerombolan 150 PK yang diketuai
Mat Indera menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi dan akhirnya membakar balai
tersebut. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota
polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.
Pertempuran Sg Semur. Pertempuran
di Sungai Semur (Gua Musang) pada 25 Mac 1950 membabitkan 25 anggota dari Bn ke
3 Askar Melayu bertempur dengan segerombolan 250 PK. Seramai 17 anggota tentera terbunuh termasuk
Ketua Platun, Lt Hassan Md Yassin.
Seramai 29 PK terbunuh. Sjn
Jamaludin Mohamad yang mengambil alih Ketua Platun adalah hero pertempuran itu
dan dikurnia pingat Distinguihed Conduct
Medal oleh Kerajaan British.
Serang Hendap Kongkoi. Pada
8 April 1950 sepasukan Askar Melayu dari Pl 8 C Komp, Bn Pertama telah diserang
hendap oleh segerombolan PK di Kongkoi, Kuala Kelawang. 6 anggota Askar Melayu
dan seorang Leftenan bangsa Inggeris (Ketua Platun) terbunuh.
Tragedi Ulu Seperi. Pada
18 April 1951, 17 anggota Platun 9, Komp C Bn Pertama Askar Melayu yang
diketuai oleh Lt Nayan Usman telah diserang hendap di Jelondong, Seperi
(K.Kelawang). Anggota yang ditawan
diseret masuk ke hutan, diseksa dan dibunuh. Kesemuanya 7 anggota terbunuh dan mayat mereka dihina,
dipotong-potong, mata dicungkil malah kemaluan mereka dipotong dan disumbat ke
mulut.
Serang Hendap Sir Henry Gurney. Pembunuhan
Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu
Bharu, Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.
Sir Henry Gurney adalah Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951
diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan
isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur
untuk bercuti.
Serang
Hendap Keretapi Tebong. Pada 14 November 1951 segerombolan PK telah menyerang hendap keretapi berhampiran tampin, NS. Serangan ini
mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu.
Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira
sebatu dari Tebong berhampiran Tampin. Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan
landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak
terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu
ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang.
Serang Hendap Tanjung Malim. Pada bulan March 1952, satu pasukan polis yang mengiringi
pekerja pekerja untuk membaiki paip air (yang telah dimusnahkan oleh PK) di Tg Malim telah
diserang hendap oleh lebih dari 40 PK dan mengakibatkan 11 anggota patrol itu
telah mati termasuk ADO Hilir Perak. Senjata senjata mereka dirampas PK.
Serang Hendap Lundu. Anggota
Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU)
berjaya membunuh 15 orang anggota Bn 7 Renjer dalam satu serang hendap
di Lundu pada 26 Mac 1972.
Serang Hendap Ulu Legong. Pada
tahun 1980 berlaku tragedi serangan komunis terhadap penduduk Kampung 15,
Kampung Ulu Legong dan kemudiannya berlaku satu lagi serang hendap komunis ke
atas Konvoi Tentera di akhir tahun 1981. Serang hendap di Ulu Legong, Baling
pada 14 Mac 1981 melibatkan 9 anggota Bn
22 RAMD yang sedang bertugas mengambil bekalan telah diserang hendap oleh 25 PK
mengakibatkan seramais 7 anggota tentera terbunuh dan 2 cedera.
Banyak
lagi tragedi dan peristiwa ngeri yang membabitkan kegiatan PK sepanjang 12
tahun Darurat dari 16 Jun 1948 hingga 12 Julai1960.
Sepanjang tempoh tersebut stastik kehilangan
nyawa dan kecederaan (banyak lagi yang tidak direkodkan) adalah seperti
berikut:
REKOD
KASUALTI SEPANJANG TEMPOH DARURAT (1948-1960)
Anggota
Pasukan Keselamatan:
1346
anggota tentera dan polis Malaya terbunuh.
519
anggota tentera British (termasuk negara-negara Komonwel)
2406
kecederaan di kalangan anggota tentera/polisMalaya dan British.
Orang
Awam:
2478
terbunuh
810
hilang
Anggota
PKM dan sekutunya:
6710
terbunuh
1289
cedera
1287
ditangkap
2702
menyerah
Rujukan:
pssskst-internet.blogspot.com
ramd.mil.my
Abd
Samad Idris, Askar Melayu 50 Tahun
ADAKAH
SEMANGAT SEPERTI INI MASIH ADA DI KALANGAN
WARGA MALAYSIA KINI??
Pasukan
Home Guard yang dianggotai oleh orang kampong - membantu pasukan keselamatan
(tentera dan polis) mengawal kampung dari kekacauan dan ancaman pengganas
komunis.
.
Kaum
ibu juga tidak ketinggalan mengorbankan nyawa dan badan demi untuk negara -
bukan sekadar meraung-raung membuang airmata menangisi kematian suami atau anak
yang dibunuh oleh pengganas komunis.
SELEPAS
DARURAT
Selepas
tamat Dharurat, pertikaian antara Kerajaan Malaysia dengan PKM berterusan. PKM meneruskan tentangan secara haram
menggunakan pendekatan Peperangan Gerila yang dipelajari dari Parti Komunis
Vietnam. Sebenarnya kemenangan Ho Chi
Minh menggulingkan Presiden Vietnam Selatan,
Ngu Yen Van Thieu dan menubuhkan satu negara Vietnam dan kewujudan
Theori Domino' telah menguatkan azam dan memberi keyakinan Chin Peng dan
rakan-rakan untuk meneruskan perjuangan dan mencapai kemenangan.
Banyak
lagi pertempuran antara PK dengan pasukan ATM dan Polis yang kini sepenuhnya di
bawah Kerajaan Tanah Melayu (kemudian Malaysia- 1963)- bukan lagi di bawah
payung British. PKM beroperasi di
sempadan Malaysia-Thailand. Kebanyakan
pertempuran berlaku di hutan-hutan negeri Perak, Kelantan Pahang dan Kedah.
PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)
Parti
Komunis Malaya atau Malayan Communist Party atau singkatannya PKM ialah sebuah
pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu pada tahun 1930. Pertubuhan ini
menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah
Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People Anti Japanese
Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.
Kampung
Baru - Brigg Commission
Jepun
mula menakluki Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945.
Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit.
Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada
anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah
dijanjikan. Jepun juga turut
menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk
memberikan kemerdekaan dengan Propaganda Jepun iaitu "Asia untuk Orang
Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang
disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat
cinta akan tanah air telah dipupuk.
Pada
Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman
yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis
yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga
ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian
dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup
menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan
kepada negara China apabila [Perang Jepun dengan China] ditangkap dan dibunuh
dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai.
Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah
Jepun bahasa Nippon-go digunakan,
Kimigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis.
Perbuatan
tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain
gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat
setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom. Setelah Jepun telah menyerah kalah banyak
kesan positif dan negatif yang wujud dalam arena politik Tanah Melayu.
Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di
kalangan rakyat tetapi pada masa yang sama masalah perpaduan masyarakat menjadi
kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
Semasa
pendudukan Jepun, MPAJA mendapat bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan
lojistik dan perubatan telah diperolehi dariBritish. Dalam tempoh 3 tahun
kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah
apabila darurat berlaku, pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa
berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera PKM (bekas MPAJA)
yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar
pula, Parti Komunis dari China (pimpinan Mao Tze Tung) memainkan peranan yang
penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Malaya. Cawangan CPC di Malaya
diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Malaya menubuhkan
Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan
pula Parti Komunis Malaya.
Tujuan
penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Malaya dan menubuhkan
Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk
menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan
daripada orang Cina dan British (atas dasar menentang Jepun).
Setelah
Jepun menyerah kalah, MPAJA menjadi sebahagian dari Parti Komunis Malaya yang
ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak
British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat
pada 8 Disember 1940 tetapi setelah Jepun menyerah ia bertukar menjadi peluang
membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun-
khususnya orang Melayu. PKM (dan bekas bekas MPAJA) berpusing menentang
kedatangan semula British kerana mereka menganggap setelah Jepun pergi, Malaya
telah MERDEKA di bawah kuasa mereka.
Selepas
Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk
berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti
Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta
pergaduhan antara kaum telah berlaku di Malaya, terutamanya di bahagian selatan
Malaya. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman
anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima
Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA)
dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya
mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga
merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada
persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping
pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Semasa
pendudukan Jepun juga, seorang pemimpin PKM Perak bernama Ong Boon Hua
(terkenal dengan nama Chin Peng) telah dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM
bagi menggantikan Lai Tek- menjadikan dia orang yang paling berkuasa dalam PKM.
Chin Peng (2000)
Bagi
meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan
orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman
kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945.
Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui
tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso
(Presiden), Arshad Ashaari (Bendahari), Rashid Maidin dan Cik Dat Abdullah
(Abdullah CD). Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu
menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
ANTARA
PEMIMPIN KOMUNIS MELAYU
Rashid
Madin
Abdullah
CD
Shamsiah
Fakeh
Abu Samah Mohd Kasim
Musa Ahmad
Terbentuknya
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti
Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti
Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui
mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin
politik daripada mengetuai Kesatuan Pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan
komunis Bintang Tiga.
Pihak
komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri
serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948
iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sg Siput, Perak
telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gurney. Apabila
keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh
negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh
angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang
komunis.
Akibat
kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis
Malaya, Chin Peng telah meminta
perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada
28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan
kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan,
tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak
sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan
dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti
Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti
Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku
kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak
menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada
penjajahan British.
Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi
berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis
semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan
Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka
mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Bagaimanapun tindakan ketenteraan tanpa henti oleh Kerajaan Malaysia
(insurgency) serta pembangunan negara yang membuka mata ramai pejuang PKM untuk
menyerah diri.
Antara
pemimpin gerakan pengganas PKM yang menjadi buruan pasukan tentera dan polis
ialah:
1. Cheong
Chor
2. Lim
So Hui (Nam Yat)
3. Wong
Chee Piow (Terror of Triang)
4. Ah
Ho (Terror of Bahau)
5. Ah
Futt
6. Yip
Chin Hee
7. Chen
Nan @ Chen Kwang Chang @ Hj Hashim
8. Loi
Teck @ Lai Tek
9. Chang
Ling-Yan
10. Eng
Ming Cheng @ Suriani Abdullah
11. Tan
Fook Long
Perjanjian Hatyai. Dengan
lumpuhnya kekuatan ketenteraan mereka, PKM telah menyerah diri dan menamatkan
perjuangan mereka pada tahun 1989. Perjanjian damai dikenali dengan nama
Perjanjian Hatyai ditandatangani pada 2 Dis 1989 di antara Kerajaan Malaysia
dengan PKM. Dengan perjanjian ini, bererti berakhirnya perjuangan PKM selama 41
tahun. Langkah ini disusuli pula oleh PKKU pada 17 Okt 1990.
KOMUNISME
(MALAYSIA vs INDONESIA)
PKI
merupakan Parti Komunis yang terbesar di dunia selepas China dan Soviet Union.
Anggotanya berjumlah sekitar 3.5 juta, ditambah 3 juta dari pergerakan
pemudanya. PKI juga mengontrol pergerakan kesatuan sekerja yang mempunyai 3.5 juta anggota dan
pergerakan petani yang mempunyai 9 juta ahli dan termasuk pergerakan wanita
(GERWANI), organisasi penulis dan artis dan pergerakan sarjananya, PKI
mempunyai lebih dari 20 juta anggota dan penyokong.
Pada
bulan Julai 1959 Parlimen dibubarkan dan Sukarno menetapkan konstitusi di bawah
dekrit Presiden - sekali lagi dengan dukungan penuh dari PKI. Ia memperkuat
tangan angkatan bersenjata dengan mengangkat para jeneral tentera ke
jawatan-jawatan yang penting. Sukarno menjalankan sistem DEMOKRASI TERPIMPIN.
PKI menyambut "Demokrasi Terpimpin" Sukarno dengan hangat dan
anggapan bahwa dia mempunyai mandat untuk persekutuan Konsepsi yaitu antara
Nasionalis, Agama dan Komunis yang dinamakan NASAKOM.
Antara
pemimpin Parti KOMUNIS Indonesia (PKI) yang turut mempengaruhi perkembangan
ideologi di Malaya ialah Tan Malaka, Aidit, Muso, Alimin dan Semaon.
Ibrahim Gelar Datuk Sultan Malaka (Tan
Malaka)
Dipa Nusantara Achmad Aidit
Menawar Muso (Musso)
Semaoen Prawiroatmodjo
Parti
Komunis Indonesia (PKI) berjaya menyusup masuk dalam sistem Kerajaan Indonesia
di bawah Presiden Sukarno- Sukarno kemudiannya memperkenalkan sistem
pentadbiran 3 serangkai dinamakan NASAKOM (NASionalisma, Agama dan KOMunisme)
akhirnya menjatuhkan Sukarno apabila kuncu-kuncu ini melakukan GESTAPU 65
(Gerakan September Tiga Puloh) untuk menggulingkan Sukarno - dan membunuh
7orang perwira dan mencampakkan ke dalam lubang (telaga).
OOOOH,
RUPANYA BRITISH LA MALAUN YANG TUBUHKAN PKM??
Pendudukan
Jepun di Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Thailand, Patani dan
Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang pada 11
Januari 1942 dan akhirnya Singapura.
Serangan
Jepun 1941-1945 merupakan 'rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komunis. Parti
Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang
dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina
menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina.
Pada
Mac 1942, hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai
tentera British Mejar Chapman, seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah
dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian
dihantar ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA
atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.
Rejimen
Menuntut Kemerdekaan (First Independent Regiment) yang dijuarai oleh Bintang
Tiga telah dibentuk di Selangor pada Mac 1942. Hampir keseluruhannya disertai
oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India, walaupun Bintang tiga
bermaksud tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Apabila
Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945 dan British pula lambat 15 hari
mengambil alih kuasa daripada Jepun, menyebabkan komunis mengambil alih kuasa.
Pasukan
komunis telah keluar dari hutan dan mengambilalih kuasa di kampung, pekan dan
bandar di Kajang, Rasa, Semenyih dan lain-lain. Pihak komunis merasakan
perjuangan bersenjata mereka telah berjaya dan patut diberi kuasa memerintah.
Mereka menipu rakyat bahawa Jepun kalah dan berundur dari Tanah Melayu kerana
tentangan hebat daripada mereka.
Kekejaman
komunis dan tindakan silap mereka selama 15 hari itu ialah:
1. mengadakan
perbicaraan sendiri
2. melakukan
kezaliman
3. membunuh
orang Melayu dan Cina
4. mengancam
seluruh penduduk
5. mengutip
wang secara kekerasan.
6. merampas
bangunan yang diperlukan untuk dijadikan pejabat.
7. mendakwa
komunis telah menewaskan tentera Jepun.
8. mencari
polis Melayu yang didakwa bersubahat dengan tentera Jepun.
9. menggeledah
kampung -kampung Melayu yang didakwa bersubahat
dengan Jepun.
MPAJA
telah membunuh seramai 2,542 orang Cina, Melayu dan India yang disyaki menjadi
tali barut Jepun. 20% senjata tidak dipulangkan oleh komunis. Hanya 6,800 ahli
MPAJA menyerahkan senjata dan rela menyerahkannya kepada pihak berkuasa di
seluruh Tanah Melayu.
Rujukan: paqbkputra367.blogspot.com
TEMURAMAH
DENGAN MUSA AHMAD
Di
bawah ini merupakan sedutan sebahagian temuramah dengan bekas Pengerusi Parti
Komunis Malaya (PKM), Musa Ahmad yang dipetik dari buku Baling : Membuka Jalan
Damai tulisan Wahba. Musa Ahmad telah menyerah diri kepada kerajaan Malaysia
pada November 1980.
Dalam
temuramah ini, Musa Ahmad telah mendedahkan bahawa anggota komunis Melayu telah
dianak-tirikan oleh PKM. PKM juga hanya ingin mempergunakan orang Melayu bagi
memenuhi matlamat perjuangan mereka menubuhkan sebuah republik komunis di
negara ini.
Mari
kita renungi apa yang didedahkan oleh Musa Ahmad :
Soalan:
Boleh Encik Musa terangkan sedikit mengenai Rejimen Yang Ke-10?
Musa
:
Rejimen Yang Ke-10 ini ditubuhkan khusus untuk menarik orang-orang Melayu
yang beragama Islam menyertai PKM. Semasa penubuhan itu, kami memilih nama
pasukan sebagai Rejimen Ke-10 kerana perkataan 'sepuluh' itu ada maknanya yang
simbolik. Dalam Islam, 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Korban ataupun Hari Raya
Haji. Jadi kami memilih angka 10 sebagai simbol 'pengorbanan'. Tujuannya untuk
menaikkan semangat orang Melayu dan Islam untuk menyertai pasukan tersebut.
Waktu
itu kami menuntut kepada Chin Peng untuk menggunakan uniform hijau dan
bersongkok bagi anggota Rejimen Ke-10, tetapi Chin Peng menolaknya. Kami
memilih warna hijau dan songkok sebagai lambang kemelayuan dan Islam. Kami
merasa hampa dengan penolakan Chin Peng itu.
Saya
dan lain-lain anggota sebelum darurat diisytiharkan, telah menjalani latihan di
Lubok Kawah, Temerloh. Senjata-senjata yg kami gunakan semasa latihan sudah
agak lama dan tidak mencukupi. Orang-orang Melayu dalam pasukan kami merungut,
sedangkan orang-orang Cina mendapat senjata yg lebih baik dan banyak, tetapi
rungutan kami tidak diendahkan langsung.
Soalan :
Bukankah itu menunjukkan ada
diskriminasi di kalangan anggota PKM sendiri?
Musa
:
Memang benar. Terdapat perbezaan antara orang-orang Melayu yang jadi komunis
dan orang-orang Cina yang jadi komunis. Orang Cina yang jadi komunis mendapat
lebih banyak keistimewaan. Orang Melayu dilarang pergi ke kawasan orang Cina
tetapi orang Cina bebas ke kawasan orang Melayu.
Dari
segi bekalan pakaian dan makanan pun, orang Melayu didiskriminasikan.
Umpamanya, kalau kita minta 20 pasang kasut, mereka hanya akan memberi 10
pasang sahaja. Kalau orang Cina, 20 yang diminta 20 akan diberi. Begitu juga
dengan bekalan makanan. Dari segi mendapat rawatan perubatan pun, orang Melayu
dalam PKM tidak mendapat layanan yg sama.
Soalan
:
Kalau begitu kedudukannya, maka orang-orang Melayu dalam PKM dianaktirikan?
Musa
:
Ya. Saya tidak menafikan.
Soalan :
Kalau sudah begitu hakikatnya, mengapa orang-orang Melayu yg masih ada dalam
hutan itu tidak melarikan diri dan menyerah kepada pihak kerajaan?
Musa
:
Perkara ini susah saya hendak berikan sebabnya kerana banyak perkara yang
perlu ditinjau.Tetapi saya rasa, untuk keluar dari hutan itu mereka memerlukan
keberanian yang luar biasa. Mungkin mereka dikawal ketat oleh pihak PKM. Kalau
yang terniat untuk keluar pun, mereka tidak dapat berbuat demikian. Macam saya
dulu, saya sudah bertekad, hendak balik ke tanah air. Apa pun yang terjadi saya
mesti balik ke tanah air, walaupun yang pulang itu hanya mayat saya.
PKM
memang tidak pernah mempercayai orang Melayu. Mereka prejudis walaupun orang
Melayu itu adalah ahlinya. Tujuan utama PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 dan melantik
orang Melayu sebagai Pengerusi PKM hanyalah semata-mata untuk menarik orang
Melayu menyertai mereka, memperalatkan org Melayu bagi memenuhi matlamat mereka
dan menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pergerakan yg dianggotai
pelbagai kaum. Tapi sebenarnya mereka hanya memperjuangkan agenda Cina-komunis.
Melayu yang diberi jawatan tinggi hanya sebagai boneka saja. Sama sepertti DAP
yang kini menjadikan PAS dan PKR sebagai boneka mereka dan menjadikan Mat Sabu
sebagai proksi mereka untuk menarik ahli melayu ke dalam DAP.
Kini
wadah perjuangan PKM telah diambilalih oleh DAP. Mereka banyak menerapkan
amalan-amalan yg dipraktikkan oleh PKM dulu. DAP berteraskan parti perkauman
Cina. Mereka mengaburi mata masyarakat dengan melantik bukan Cina menjawat
jawatan penting dalam parti (contoh: Karpal Singh sebagai Pengerusi dan Tunku
Abd. Aziz Ibrahim- Naib Presiden) untuk menarik sokongan rakyat. Orang bukan
Cina yang diberi jawatan itu sebenarnya tiada kuasa untuk membuat keputusan.
Contoh terbaik DAP menggunakan kaum lain sebagai boneka mereka ialah semasa
memerintah Perak apabila Nizar yang dilantik sebagai MB sebenarnya tidak
berkuasa tapi DAP yang menentukan segalanya sama juga di negeri Selangor dimana
Hasan Ali tidak boleh bersuara malah dikritik rakan parti kerana ia menentang
DAP. Ideologi DAP ini sungguh berbahaya. Orang Melayu-Islam perlu berwaspada
agar tidak termasuk ke dalam perangkap mereka
www.rajalaut11.blogspot.com
ANTARA
PENGASAS DAN PEMUKA KOMUNISME YANG MENJADI PUJAAN ANGGOTA KOMUNIS DAN SOSIALIS
DUNIA
BENTUK DAN DASAR IDEOLOGI KOMUNIS
Bentuk
dan dasar ideologi komunisme adalah berpandukan kepada pemikiran Marxisme,
Leninisme dan fikiran Mao Tse Tung. Upacara bersumpah dilaksanakan iaitu semua
pengikut fahaman atau ideologi ini perlu bersumpah setia kepada ideologi
komunisme ini selama-lamanya dan kepercayaan tunggal pagi pengikut ideologi ini
adalah kepercayaan kepada ideologi komunis. Penyebaran ideologi ini dilakukan
atau dilaksanakan oleh pengikutnya secara berperingkat-peringkat dalam usaha
mereka untuk memperluaskan lagi ideologi komunisme ini.
Pengikut
ideologi komunis berpegang kepada tiga konsep iaitu penyembahan ”Tuhan”,
memfitnah semua Tuhan lalu memfokuskan diri sebagai ”Tuhan”. Daripada tiga
konsep ini, dapat dilihat bahawa antara ideologi komunisme ini adalah tidak
mempercayai dan mengakui kewujudan Tuhan. Pengikut fahaman komunis, meskipun
tidak percaya pada Tuhan, tetapi pada dasarnya dia bertuhan. Lantas, siapa
tuhan orang komunis? Itu sangat tergantung pada apa atau siapa yang mendominasi
kehidupan mereka. Tuhan mereka adalah ajarannya, pemimpinnya, atau dirinya
sendiri. Walau bagaimanapun, mereka percaya kepada syurga dan neraka. Mereka
percaya bahawa apabila seseorang pengikut ideologi komunisme meninggal dunia,
ia akan naik ke syurga iaitu bertemu dengan Marx ataupun jika tidak masuk
syurga, akan masuk ke neraka.
Gejala
pemujaan pula misalnya boleh dilihat dari pemandangan harian di lapangan Merah
Moscow. Deretan panjang orang antre untuk menziarahi Muzium Lenin, dengan cara
dan sikap mereka yang jelas bersifat“devot ional” (pemujaan) iaitu seakan
meminta berkat daripada sang pemimpin yang jenazahnya terbaring di balik kaca
tebal itu. Sememangnya, pemimpin-pemimpin besar komunis pernah “dituhankan”
oleh pengikutnya: Stalin di Uni Soviet (kini, Rusia), Mao Ze Dong (Mao Tse
Tung) di RRC, Kim I1 Sung di Korea Utara. Mereka memang tidak mengakui
pemimpin-pemimpin itu sebagai “tuhan-tuhan” mereka, tetapi sikap dan cara
mereka jelas menunjukkan”proses” penuhanan.
Fenomena
orang bertuhan yang mengaku tidak bertuhan seperti pengikut komunisme ini dapat
kita lihat dalam AI Qur’an surat AI Jaatsiyah/45:23,
“Maka
pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya”.
Oleh
kerana itu di dalam Al Qur’an tidak dikenal istilah atheis, sekalipun dalam
bahasa Arabnya.
Kitab
suci bagi pengikut fahaman komunisme ini adalah satu buku yang berkait rapat
dengan organisasi komunisme. Pelajar di sekolah ataupun institusi pegajian
tinggi diajar mengenai politik mereka bagi menyebarkan ideologi komnisme itu
sendiri. Fahaman ini juga mempunyai nyanyian suci mereka yang tersendiri.
Lagu-lagu suci bagi mereka adalah lagu-lagu yang memuja ideologi komunisme.
Seseorang
pemgikut fahaman atau ideologi ini mengumpul dana komunisme dan mereka dipaksa
untuk menyediakan anggaran anggota dan sanggup berkorban demi ideologi mereka
ini. Dari segi hukuman dan larangan pula, terdapat dua perkara yang ditetapkan
dalam disiplin ideologi iaitu ditendang daripada parti ataupun berdepan dengan
hukuman bunuh. Hukuman yang melibatkan orang lain juga turut dilaksanakan.
Penelitian
lebih hampir mendedahkan bahawa Darwinisme pada hakikatnya adalah kuasa paling
besar yang menunjangi sistem agama batil kerana para penganutnya, walaupun
merupakan bahagian yang kecil di dalam sesuatu masyarakat, tetapi adalah
merupakan barisan intelektual di dalam masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, di
dalam satu kajian sosial yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, hanya
sembilan peratus dari seluruh individu mengaku mereka adalah golongan
evolusionis atheis. Akan tetapi, bahagian masyarakat ini adalah merupakan
golongan yang menduduki jawatan penting di dalam pelbagai universiti, media
massa, institusi saintifik kerajaan dan di dalam industri perfileman. Anggota
yang mentadbir masyarakat, yang menubuhkan polisi pendidikan dan membentuk
corak pemikiran masyarakat melalui media secara umumnya adalah merupakan
golongan tersebut.
Secara
global, situasi ini dapat dilihat sebagai suatu kelaziman di dalam banyak
negara. Di sini, indikasi penting adalah usaha bersifat kebudayaan dan ideologi
yang diutarakan oleh para penyokong ideologi komunis. Kecuali di dalam beberapa
negara, fahaman komunisme telah pun disingkirkan. Walaupun begitu, komunisme
masih tetap dijulang oleh golongan tertentu kerana prinsip kerajaan komunisme
iaitu aliran falsafah materialisme masih kekal hidup. Pada masa yang sama, para
komunis mengutarakan mesej antaranya; Marx menghadapi sedikit kegagalan di
dalam teori ekonominya, namun materialisme masih tetap bertahan. Sebenarnya, di
dalam kebanyakan negara, pergerakan komunis adalah berada di dalam kedudukan
yang kukuh dengan pengaruh yang besar di dalam pelbagai bidang sains, kesenian
dan falsafah. Mereka menguasai sebahagian besar pusat penerbitan dan fahaman
mereka begitu tersebar luas di dalam banyak anjuran pesta- pesta buku.
Sekumpulan
kolumnis dan eksekutif di dalam media popular yang umumnya dikenali sebagai
generasi 60-an adalah berlatar-belakangkan fahaman Marxisme. Walaupun begitu
yakin dengan kegagalan ekonomi komunisme, mereka tetap setia terhadap falsafah
materialis dan tetap menganggap agama samawi sebagai candu bagi masyarakat.
Komunisme
adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan
masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan
dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx
menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia,
yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme
tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara
dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang
dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil
bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Sebagai
ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang soasialisme; satu
falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai
gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada
Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu
alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisma dan warisan
penjajahan dan nasionalisma. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk
menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat),
yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang
dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini
daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian
kelas dan kaum.
Selain
Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrech Engles. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan
Trotskyisme adalah berakar dari MARXISME.
Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti
komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada
Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
Era
kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an
apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan
bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".
Menurut
Manifesto Komunis, Komunisme terdiri daripada sepuluh tiang utama:
1. Penghapusan
Hak Milik Persendirian.
2. Cukai
Pendapatan Progresif yang Berat.
3. Penghapusan
Hak Harta Pusaka.
4. Perampasan
Hak Pemilikan Harta.
5. Kewujudan
BankPusat.
6. Sistem
Komunikasi dan Pengangkutan Milik Penuh Kerajaan.
7. Kilang
dan Kawasan Pertanian dimiliki Kerajaan.
8. Golongan
Pekerja Dikawal Kerajaan.
9. Perancangan
Serantau dan Perladangan yang Dikorporatkan.
10. Pendidikan
di bawah Kawalan Kerajaan.
Ideologi
komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7
Nov 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara
lain. Komunisme tidak percaya kepada kewujudan
Tuhan. Ini menyebabkan ramai
penduduk beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering
menindas mereka yang berpegang kepada agama.
Secara
rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman
komunis:
1. Kesatuan
Soviet (Union Soviet Socialist Republic)
2. China
(People Republic of China)
3. Cuba
4. Laos
(Lao People's Democratic Republic)
5. Vietnam
(Vietnam Socialist Republic)
6. Korea
Utara (Korea People's Democratic Republic)
7. Yaman
Selatan (Yemen People's Democratic Republic)
8. Myanmar/Burma
(Socialist Union Republic of Burma)
9. Kemboja/Khmer/Kampuchea
(Kampuchean Republic)
Bagaimanapun,
pada hari ini hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:
1. China
2. Laos
3. Vietnam
4. Cuba
5. Korea
Utara
Sungguhpun
begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah
usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri,
polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat
telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran
kilang-kilang di dalam negara China sendiri.
Malah kapitalis dari Amerika (musuh ketat ideologi komunis) turut
dibenarkan melabur di China.
Walaupun
ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya
Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam
bentuk sosialisma. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti
di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.
Karl
Marx - pengasas Komunisme
Vladimir
Lenin
Josef
Stalin
Mao
Zedong
Ho
Chi Minh
Che
Guevara
Fidel
Castro
Kim
Il Sung
MAT SABU mencipta kontroversi tentang Komunis
Utusan
Malaysia 26 Ogos 2011 dalam laporan muka depannya menyiarkan
kontroversi yang dicetuskan Mohamad bin Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu
apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh
Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis
dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu
(kerana semua anggota polis tersebut berkerja dengan Kerajaan British).
Selain
itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu
turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai
pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Ulasan
saya:
1. YB Mat Sabu (dia seorang yang bijak, kerana
kalau tidak dia tidak akan dipilih menjadi
Timbalan Presiden sebuah parti yang dianggotai oleh para ulamak!)) cuba
bermain api dengan sentimen patriotisme. Mungkin ada kebenaran dari
kata-katanya, namun atas nama politik dan situasi, ia boleh menggugat emosi
sekelompok masyarakat.
2. YB Mat Sabu cuba mengambil hati (mendapat
sokongan) bangsa yang semua tahu majoritinya menyokong pergerakan dan ideologi
komunis dan ideologi yang sewaktu dengannya.
Kita kena faham, kalau YB DS Hj Hadi mangkat, YB Mat Sabu akan jadi
pemangku Presiden PAS. Jadi dia kena
kuatkan diri. Kena cari kedudukan yang stabil dalam PAS dan PR.
3. YB Mat Sabu membentuk pemikirannya sendiri
tanpa memikirkan bahawa dalam usaha dakwah, salah satu pendekatan- jika kita
mahu berdakwah dan mengajak Mat-Mat Rempit ke jalan yang betul- kita mesti
mendekatinya dan mengenal cara hidupnya.
Kalau tidak mendekati cara dan sistem pentadbiran penjajah British
bagaimana Dato Onn dan Tunku boleh berunding untuk mencapai kemerdekaan. Bukan semua kemerdekaan mesti dengan jalan
pertumpahan darah. Bukan semua kematian
memperjuangkan kemerdekaan adalah syahid kalau melalui jalan yang salah dan
kezaliman.
4. Kalau bukan adanya polis-polis dan askar
Melayu yang mula dibentuk di zaman penjajah, manakan kita mampu membangun
tentera yang ada sekarang untuk mempertahankan kemerdekaan.
5. Mat Indera mungkin juga pahlawan seperti Mat
Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Raja Mahdi, Mat Salleh,
Rentap dan Rosly Dhoby. Tapi gerombolan PK yang menyerang Balai Polis itu
bukan hero dan sampai bila-bila tak akan diterima sebagai hero. Bacalah tragedi dan peristiwa angkara Bintang
Tiga di atas. Tapi silap Mat Indera
ialah dia telah menggunakan platform yang salah. Kalau dia ada pasukan sendiri melawan tentera
British sama ada secara gerila atau konfrontasi seperti apa yang Tok Janggut
buat, dia akan kekal hero dan kematiannya dikenang sehingga kini sebagai
Pahlawan. Nilai lah sendiri, Mereka
berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu yang demokrasi atau mahu merdeka
sebagai negara Komunis. Andainya mereka
menang dulu, AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.
Orang Melayu dan orang Islam (termasuk Ustaz Mat Indera) akan di
sembelih dalam kandang babi, Mayatnya
mungkin akan dicincang dan direbus untuk jadi makanan anjing.
6. Mat Indera seorang Ustaz, bagaimana dia boleh
terpedaya menyokong perjuangan Komunis? Hanya kerana benci Inggeris sebagai
penjajah, sanggup menggadai nyawa dengan musuh islam. Saya anggap ketika itu
niat dia baik, ingin melawan penjajah. Tetapi dia tersilap membuat pilihan
jalan dan platform perjuangan- seperti juga Ustaz Musa Ahmad, Ustaz Rashid
Maidin, Ustazah Shamsiah Fakeh dan ratusan mungkin ribuan lagi orang Melayu +
Islam yang terpedaya dengan dakyah (bukan dakwah) PKM untuk menubuhkan Republik
Rakyat Malaya anak syarikat kepada Republik Rakyat China (Tiongkok).
7. Kalau Mat Sabu kata Askar Melayu dan Polis
Melayu mati katak kerana bekerja bagi pihak Inggeris, apa hal dengan perjuangan
PKM yang mendapat sokongan padu dari Mao Tze Tung (Zedong) dari Tiongkok? dan
Kenapa setelah Malaya merdeka pada tahun 1957, PKM terus menerus nak
memperjuangkan kemerdekaan- untuk apa dan untuk siapa, kalau bukan untuk
mengembangkan ideologi Komunis seperti apa yang berlaku di Vietnam, Laos dan
Kemboja. SYUKUR kepada Allah, perjuangan
PKM gagal, kalau tidak bayang-bayang PAS ke UMNO ke PKR ke tak akan wujud hari
ini.
HARI INI....Mat Sabu adalah Menteri Pertahanan Malaysia. Adakah beliau masih berpegang kepada PENDAPAT ini? Pernahkah dia menarik balik kenyataannya itu?
HARI INI....Mat Sabu adalah Menteri Pertahanan Malaysia. Adakah beliau masih berpegang kepada PENDAPAT ini? Pernahkah dia menarik balik kenyataannya itu?
SIAPA
MAT INDERA?
Allahyarham
Mat Indera
Semasa
zaman Dharurat, nama daerah Batu Pahat terkenal apabila salah seorang pemimpin
Komunis Melayu bernama Mat Indera adalah berasal dari daerah Batu Pahat,
Johor. Beliau asalnya seorang guru agama
di Sekolah Melayu Stongkat, Muar. Beliau
dikatakan memiliki ilmu kebal (tidak lut oleh senjata tajam dan peluru.
Menurut
ceritanya, kematian beliau adalah atas tipu muslihat orang kampung yang
memberikan minuman bercampur dengan perahan buah kecubung yang memabukkan. Bila beliau tidak sedarkan diri, beliau telah
diserahkan kepada pihak polis. Setelah
dibicarakan, didapati bersalah, beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati di
Penjara Taiping dan dikebumikan di sana.
Sebagai
Orang Islam, kita kena bersangka baik.
Kita doakan mudah-dahan apa yang termaktub dalam hati almarhum itu
adalah niat perjuangan suci. Manusia
memang tidak lari dari kesilapan. Semoga
Allah mengampunkan dosanya. Marilah kita
bersyukur kerana negara kita telah terselamat dari angkara durjana komunisme.
Ustaz Muhammad bin Indera @ Mat
Indera (duduk 4 dari kanan) adalah bekas Guru Agama Sek Agama Setongkat, Muar
Muhammad
(Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan
salah seorang pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Komunis untuk
memerdekakan Malaya dari jajahan British. Dia menjadi terkenal kerana memimpin
serangan terhadap pihak Polis dalam Peristiwa Bukit Kepong. Mat Indera
dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan
Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak
(perlu kajian).
Beliau
dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Peserai, Batu Pahat. Mat Indera mendapat pendidikan awal di
sekolah agama sehingga tahun 1937. Beliau pernah berguru kepada Kiyai Haji
Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM
Sultan Ibrahim. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di
Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Mat Indera pernah berguru
dengan Kiyai Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM.
Di
dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima
anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam
peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di
Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat
Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera
bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar.
Mat
Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air
daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang
dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Apabila
PKMM diharamkan oleh British, Mat Indera telah bertindak menyertai pergerakan
gerila komunis di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan
Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak aktif di sekitar kawasan Lenga,
Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Dia mengetuai pergerakan komunis
dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, B.Pahat, Segamat dan Melaka.
Mat
Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang
diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis Islam yang kononnya
berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baharu Cina.
Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling
dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit
Kepong.
Adik
Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau
(Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit
Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.
Beliau amat kesal dan marah dengan tindakan komunis yang bertindak sehingga
membakar balai polis tersebut.
Tragedi
Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan
dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000
sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan kononnya mempunyai
ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun
salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan
dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2
orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka
bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk
diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh
Inggeris.
Pada
malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri
Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung
ungu, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat
Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak
sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di
katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai
Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang
menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam
tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian
propaganda Inggeris.
Beberapa
pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk
Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di
mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak
oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesilapannya.
Muhammad
Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam, 30
Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak.
Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Sumber: wikipedia.com
Sumber: wikipedia.com
LAGI
MENGENAI MAT INDERA
Rujukan:
http://www.ipohmali.blogspot.com/
Nama
sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat
Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat,
Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan Mat Indera
merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal
dari Batu Pahat.
Selain
itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua
bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar.
Beliau
mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat,
Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.
Selepas
British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah
menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut
menjadi Setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union.
Memandangkan
modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja,
Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H
Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering
melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan
komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.
G.H
Jasman turut memberikan beberapa buah buku berkenaan komunis kepada Mat Indera
yang antaranya bertajuk What is MCP yang ditulis oleh Komrad Wright@Lai Tek
sendiri. dan buku bertajuk Dialectic Materialism.
Walaupun
teori tentang komunis yang cuba diketengahkan oleh buku-buku tersebut jelas
bertentangan dengan Islam, G.H Jasman akhirnya dapat mempengaruhi dan memujuk
Mat Indera menerima perjuangan komunis dan menyertai PKM dengan alasan
komunisme berbeza dengan agama dan Mat Indera turut dibenarkan mengamalkan
Islam selagi tidak menjejaskan aktiviti komunis.
Mat
Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai
Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti
komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di
sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid.
Latar
belakang sebagai seorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis
dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada
perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era
Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan
Pahlawan Parang Panjang.
Akibat
keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang
Melayu, PKM@BintangTiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu
itu.
Mat
Indera turut terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23
Februari 1950 dan menjadi watak utama menjadi orang tengah meminta polis
menyerah diri kepada komunis.
Pada
14 Oktober 1952 Mat Indera telah ditangkap oleh orang-orang kampung Parit
Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Mat Indera telah dijatuhkan hukuman mati oleh
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 18 November 1952 kerana memiliki senjata api
secara haram.
Rayuan
Mat Indera supaya hukumannya diringankan ditolak pada 2 Disember 1950 dan
hukuman gantung terhadapnya telah dijalankan pada 30 Januari 1953 di Penjara
Taiping.
Jenazahnya
telah dikebumikan di Kg. Jambu Air, Taiping. Untuk makluman juga, Mat Indera
pernah dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun 1946 kerana menjual beras secara
haram.
Begitulah
serba sedikit tentang perjalanan hidup Mat Indera yang menimbulkan konflik bagi
mengiktiraf beliau sebagai pejuang kemerdekaan tetapi cara perjuangannya jelas
menyalahi norma masyarakat pada waktu itu..
Pemimpin
Melayu PKM Didiskriminasi?
Sehubungan itu, maka tidak hairanlah jika segala kepentingan kaum-kaum lain termasuk kepentingan kaum Melayu dan bumiputera tidak ditekankan dalam perjuangan PKM.
Penubuhan Rejimen Ke-10 PKM yang dianggotai dan dipimpin oleh orang Melayu adalah semata-mata untuk mengabui masyarakat antarabangsa dan orang Melayu di Malaya bahawa PKM dianggotai oleh parti berbilang kaum. Rashid Maidin bersama Chin Peng ketika rundingan damai Baling - 1955.
Malahan penyertaan orang bukan Cina di dalam PKM, terlalu kecil terutama daripada kaum India dan etnik bumiputera yang lain, berbanding kaum Cina.
Perjuangan PKM yang ditegakkan berorientasikan kaum Cina sebahagian besarnya didorong oleh dua faktor utama:
Pertama kerana perjuangan PKM lebih berkiblat kepada Peking, walaupun ketika itu Moscow (Kesatuan Soviet) merupakan negara komunis lebih berpengaruh dan maju di dunia. Ini kerana secara teorinya PKM mendokong konsep yang dibawa oleh pemimpin China, Mao Tze Tung yang menekankan tentang perjuangan bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan, serta menyokong dasar-dasar yang digariskan oleh Parti Komunis China (PKC).
Faktor kedua adalah kerana Chin Peng berpendapat kaum Cina lebih maju dan lebih bijak serta menguasai bidang ekonomi di Malaya berbanding orang Melayu dan kaum-kaum lain, maka atas dasar itu, kaum Cinalah yang sepatutnya mendominasi dan menguasai PKM.
Chin Peng sering menekankan perkara itu dalam beberapa perbincangannya dengan pemimpin-pemimpin PKM, termasuk yang dihadiri oleh Pengerusi PKM, Musa Ahmad, bahawa perjuangan PKM di Malaya adalah berasaskan orang Cina. Beliau memberi alasan pendiriannya itu adalah kerana majoriti kaum Cina terdiri daripada kelas pekerja dan mengikut teori komunis golongan pekerjalah yang seharusnya memimpin revolusi.
Pada masa yang sama, dalam meneruskan perjuangan mereka, pemimpin-pemimpin PKM melihat ke arah China bukan sahaja sebagai sumber inspirasi dan tetapi juga kesetiaan.
Hal ini dapat dilihat daripada sikap pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Pusat PKM sering menganggap lawatan kerap mereka ke China sebagai 'HUI CHU KUO' yang membawa maksud kembali 'tanah ibunda'. Chin Peng sering menganggap orang Melayu dengan kata-katanya yang berbunyi: ''bangsa Melayu adalah bodoh, mundur, pemikirannya tidak luas dan hanya berkisar dalam penghidupan kampung yag didiaminya, fanatik agama serta malas dan berpuas hati kepada keadaan mereka yang ada."
Chin Peng juga menolak hak-hak orang Melayu dan tidak menerima status bumiputera. Chin Peng memberi alasan pendiriannya adalah kerana golongan Cina kelas pertengahan merupakan golongan revolusionist dan golongan Cina kelas pertengahan juga merupakan penyumbang terbesar kepada kemajuan Malaya, sedangkan golongan Melayu kelas pertengahan adalah alat kerajaan dan golongan Melayu kelas pertengahan bersekongkol dengan golongan kapitalis dan monopoli untuk menindas golongan rakyat bawahan.
Maka sepanjang PKM melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menggulingkan kerajaan Malaya, PKM jelas mendokong fahaman perkauman (chauvinist) yang ketara dalam perjuangannya dan kepimpinannya.
Maka tidak hairanlah atas dasar itu, Chin Peng tidak mempunyai kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKM serta sering mendiskriminasi pemimpin-pemimpin Melayu PKM.
Dalam banyak perkara terutama melibatkan rahsia dan dasar parti serta kewangan, Chin Peng tidak pernah berunding dengan pemimpin Melayu PKM. Begitu juga, Chin peng tidak berminat untuk menggunakan bahasa Melayu dalam hal ehwal PKM.
Walaupun dalam propaganda PKM menyatakan tentang persamaan kaum, namun dalam hal bahasa, hanya bahasa Cina digunakan sebagai bahasa perhubungan dalam PKM dan bahasa-bahasa lain dipinggirkan. Dokumen-dokumen parti, arahan-arahan dan ucapan-ucapan diterbitkan hanya dalam bahasa Cina, dan beberapa dokumen sahaja diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan kemudian ke dalam bahasa Melayu.
Rashid Maidin
Selain itu, semua mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM diadakan di dalam bahasa Cina dan anggota Melayu perlu menggunakan penterjemah Inggeris.
Pada persidangan antarabangsa, pemimpin PKM mengarahkan wakil PKM mesti berucap dalam bahasa Cina. Ekoran keadaan itu, wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Melayu PKM terutama Pengerusi PKM, Musa Ahmad, sehingga akhirnya membawa perpecahan kepada kepimpinan PKM.
Pada 1 Disember 2019
300 hadiri perhimpunan mengenang perjuangan komunis di
Kajang
Posted by Admin on December 1, 2019.
KUALA LUMPUR, 1 Disember 2019. Kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan
berhimpun melibatkan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di
Kajang hari ini.
Perhimpunan itu dianggap sebagai perjumpaan yang bersejarah
sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara
kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Malaysiakini melaporkan antara yang turut hadir adalah Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu dan veteran PKR Syed
Hussin Syed Ali.
Perjumpaan berkenaan dikatakan bermula pada pukul 10.15
pagi tadi dengan ucapan daripada beberapa bekas anggota PKM dan Ronnie.
Menurut salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu,
perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk
membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.
“Perjuangan PKM adalah perang terhadap kolonial dan
imperialisme, berjuang untuk kemerdekaan negara, demokrasi, kebebasan dan
kedamaian,” kata Yi Yu.
Sementara itu, Ronnie menjelaskan kehadirannya adalah
bersifat peribadi dan turut berkongsi cerita mengenai penglibatan datuk dan
abangnya dalam pergerakan komunis.
Ronnie berkata, penglibatan datuknya dalam pergerakkan
komunis adalah untuk membebaskan Malaya daripada British selepas berjaya
menghalau Jepun keluar daripada Malaysia.
Penglibatan datuk Ronnie dalam aktiviti komunis telah
menyebabkan beliau dibuang ke China.
“Saya bimbang ucapan saya di sini hari ini akan menyebabkan
saya dianggap sebagai komunis atau bersimpati terhadap komunis, tetapi saya
masih rasa terpanggil untuk bercakap di sini,” kata Ronnie seperti yang
dilaporkan oleh Malaysiakini.
Perjumpaan bekas anggota pengganas PKM itu adalah siri
terbaharu melibatkan organisasi yang cukup diingati dengan kekejamannya selepas
abu mayat bekas setiausaha agung PKM Chin Peng berjaya diseludup masuk dan
ditaburkan di laut dan di dalam hutan di Malaysia.
Kegiatan PKM terutama pada zaman darurat meninggakan parut
yang mendalam terhadap rakyat Malaysia. Banyak keluarga masih menyimpan
kenangan sedih dan ngeri mengingati bagaimana anggota komunis menyeksa dan
membunuh kaum keluarga mereka dengan kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
Susulan itu ramai yang berasa kecewa apabila abu mayat Chin
Peng yang semasa hayatnya tidak dibenarkan masuk dan menjejakkan kaki ke
Malaysia berjaya diseludup dan ditabur di dalam negara yang pernah menyaksikan
kekejaman yang dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh PKM
terhadap rakyat Malaysia. SM
No comments:
Post a Comment