Tuesday, February 3, 2015

043 NEGERI 12: SELANGOR DARUL EHSAN

   SELANGOR DARUL EHSAN  

Aku ada kenangan manis tersendiri di negeri Selangor.  Selain memulakan kerjaya sebagai Pegawai Bekalan TUDM di TUDM Kinrara di Jalan Puchong, Selangor pada tahun 1981, aku pernah menetap selama 7 tahun di Shah Alam.  Semasa aku melanjutkan pengajian di ITM Shah Alam pada tahun 1986, aku menyewa rumah di Seksyen 17, Shah Alam.

Dua dari enam anak-anakku lahir di Selangor, Aisyahnur lahir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (8 Mac 1990) manakala Atikah lahir di rumah No. 28 Jalan 17/14A (6 Jun 1991).  Kebetulan 8 Mac adalah Hari Ulang tahun Keputeraan Sultan Selangor masa itu. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diputerakan pada 8 Mac 1926.

Semasa menyewa rumah di Jalan 17/14A, Seksyen 17, aku sangat aktif dalam aktiviti keagamaan, khususnya di Surau (Madrasah Al Amin).  Aku pernah menjadi AJK Surau, kemudian Setiausaha Surau.  Aku juga pernah menjadi Bilal, Pembantu Imam dan juga membuat tugas Pembantu Amil.  Satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.    

Fakta Negeri Selangor


Keluasan: 7,956 km persegi
Penduduk:  4.6 juta
Kepadatan: 758/km persegi.
Ibu Negeri: Shah Alam
Bandar Diraja: Klang


SEJARAH SELANGOR

Pada abad ke-15, Selangor (daerah Klang) terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka pada tahun 1641, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Negeri Selangor dibuka pada tahun 1745 oleh Daeng Chelak (salah seorang anak Raja dari Tanah Bugis -Sulawesi).  Raja Lumu (anak Daeng Chelak) telah dilantik menjadi Raja Selangor yang kemudiannya bergelar Sultan Salehuddin. Kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir (perang saudara) ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang. Pada tahun 1874 Sultan Abdul Samad menerima seorang Residen British, J G Davidson dan secara rasminya Selangor terletak di bawah perlindungan British.  


 F A Sweetenham

Nama-nama penasihat (Resident) Inggeris di Selangor sejak 1874 adalah seperti berikut:

1875
1876
J.G. Davidson
1872
1882
Bloomfield Douglas
1882
1884
Frank Athelstane Swettenham
1884
1885
John Pickersgill Rodger
1885
1889
-
1889
1892
William Edward Maxwell 
1892
1896
William Hood Treacher
1896
1902
John Pickersgill Rodger
1902
1910
Henry Conway Belfield
1910
1913
Reginald George Watson
1913
1919
Edward George Broadrick
1919  
1921
Arthur Henry Lemon
1921
1926
Oswald Francis Gerard Stonor
1926
1927
Henry Wagstaffe Thomson
1927  
1931
James Lornie
1931  
1932
-
1932
1933
G.E. Cater
1933
1935
G.E. London
1935
1937
Theodore Samuel Adams
1937
1939
Stanley Wilson Jones
1939
1941
G.M. Kidd
1941
1941
Norman Rowlstone Jarrett



Sir William Edward Maxwell (Source: Wikimedia)
William Maxwell

Pada 1 Julai 1896 Selangor menjadi salah satu dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang turut dianggotai oleh negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pada bulan Dis 1942 hingga September 1945 seluruh Tanah Melayu diduduki Jepun.  


Portrait of Lieutenant-General Shoutarou Katayama

Semasa pemerintahan Jepun di Malaya, Jepun telah melantik Lt Jen Shoutarou Katayama sebagai Gabenor Jepun di Selangor

Setelah Jepun menyerah kalah, Tanah Melayu ditadbir oleh British Military Administration sehingga penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946.  Apabila gagasan malayan Union digagalkan oleh UMNO di bawah pimpinan Dato' Onn, Selangor menyertai penubuhan Persekutuan tanah Melayu pada Feb 1948 dan akhirnya mencapai kemerdekaan dari british pada 31 Ogos 1957.

Berikut adalah senarai nama Sultan yang memerintah Selangor sejak ia dibuka oleh Daeng Chelak pada tahun 1745.


-
1745
Daeng Chelak
1745
1766
Raja Lumu bin Daeng Chelak
1766 - 1778

Raja Lumu mengisytiharkan diri dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah
1778
27-10-1826    
Sultan Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Salehuddin Shah
27-10-1826
6-01-1857 
Sultan Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah   
6-01-1857
1859
Raja Mahmud ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah –Pemangku Raja   
1859
6-02-1898   
Sultan Abdul Samad ibni al-Marhum Raja Abdullah KGMG
6-02-1898
31-03-1938 
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa ibni almarhum Sultan Abdul Samad Shah  GCMG KCMG CMG KCVO     
4 -04-1938
15-02-1942 
 Tuanku Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alaeddin  Sulaiman Shah 
15 Feb 1942
14 Sep 1945 
Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
14 Sep 1945
1 Apr 1960 
Tuanku Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah DK DMN DK(Brunei) KCMG
1-04-1960
1-09-1960 
Tengku Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah(Pemangku)    
 1-09-1960
26-04-1999
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah  DK DMN SPMS SSSA DKMB(Bru) DK(Tggu) DK(Kel) DK(Joh) DK(Perlis) DK(Ked) DK(NS) DK(Pah) DK(Perak) DUNM SPDK DA PJK
26-04-1999
21-11-2001 
Tengku Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Pemangku)      
22-11-2001

Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK DMN DK(Kel) DK(Tggu) DK(Joh) DK(Pah) DK(Perlis) DK(Perak) DK(NS) SPMS SSIS SPMJ

Selangor mula mempunyai seorang Menteri Besar yang menasihati Sultan dalam aspek pentadbiran negeri pada tahun 1947.  Menteri Besar ini dilantik oleh DYMM Sultan sehingga 30 Mei 1959 apabila perlantikan Menteri Besar adalah dipilih oleh rakyat berasaskan keputusan pilihanraya.  Negeri Selangor diperintah oleh Parti Perikatan (kemudian BN) sejak pilihanraya tahun 1959 sehingga tahun 2009 apabila Kerajaan BN ditewaskan oleh Pakatan Rakyat.  

Berikut adalah senarai nama Menteri Besar Selangor sejak tahun 1947.   



00-06-1947
00-06-1949
Dato Hamzah bin Abdullah
00-06-1949
00-00-1953
Raja Uda Al Haj bin Raja Muhammed (Tun)
00-00-1953
00-08-1954
Dato Othman bin Mohamed
00-09-1954
00-08-1955
Raja Uda Al Haj bin Raja Muhammed (Tun)
00-08-1955
00-07-1957
Abdul Aziz bin Abdul Majid (Tun)
00-07-1957  
00-05-1959
Abdul Jamil bin Abdul Rais (Tan Sri)
30-05-1959
19-03-1964 
Datuk Abu Bakar bin Baginda
19-03-1964
15-04-1976
Datuk Hj Harun bin Idris
15-04-1976
03-05-1982 
Datuk Seri Hj Hormat bin Rafei 
3-05-1982
14-08-1986 
Datuk Hj Ahmad Razali bin Mohamad Ali  (Tan Sri)
14-08-1986
14-04-1997 
Tan Sri Hj Muhammad bin Muhammad Taib 
02-05-1997
18-08-2000 
Dato Seri Hj Abu Hassan bin Omar  (Tan Sri)
18-08-2000
12-03-2008
Dato Seri Dr Hj Mohamad Khir bin Toyo
13-03-2008

23-09-2014
22-09-2014

KINI
Tan Sri Mohd Khalid bin Ibrahim 

Dato Seri Mohamed Azmin bin Ali

PENTADBIRAN NEGERI

Pada tahun 1880 pentadbiran negeri Selangor berpusat di Klang (Kelang) sehingga dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1889. Apabila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Feb 1974, ibu negeri Selangor dipindahkan sementara ke Klang sehingga tahun 1978 apabila bandar ibu negeri yang baru, Shah Alam disiapkan.

DAERAH

Selangor mempunyai sembilan buah daerah seperti berikut:
  • Klang (pejabat daerahnya di bandar Klang)
  • Petaling (Subang Jaya)
  • Gombak (Selayang)
  • Sepang (Salak Tinggi)
  • Kuala Langat  (Banting)
  • Hulu Langat (Kajang)
  • Hulu Selangor (Kuala Kubu Bahru)
  • Kuala Selangor (Kuala Selangor)
  • Sabak Bernam (Sungai Besar)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya. Dua buah bandar di dalam negeri Selangor telah diiktiraf menjadi Bandaraya iaitu:
  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 10 Okt 2000.
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Jun 2006.

Majlis Perbandaran
  • Klang (MPK)
  • Subang Jaya (MPSJ)
  • Selayang (MPS)
  • Ampang Jaya (MPAJ)
  • Kajang (MPKj)
  • Sepang (MPSepang)

Majlis Daerah
  • Hulu Selangor
  • Kuala Selangor
  • Kuala Langat
  • Sabak Bernam

Pelabuhan Antarabangsa
  • Pelabuhan Klang (dahulu dikenali sebagai Port Sweetenham) mengandungi 3 bahagian iaitu; Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan

Lapangan Terbang Antarabangsa
  • KLIA Sepang

Pelabuhan Domestik
  • Kuala Selangor
  • Sungai Air Tawar

Landasan Terbang  Domestik

  • LT Sultan Salahuddin Abdul Abdul Aziz Shah, Subang
  • Pangkalan TUDM Sungai Besi

Destinasi Pelancungan/Rekreasi

  • Taman Templer, Rawang
  • Air Terjun (Tekala, Pangsun, Gabai)
  • Taman Alam, Kuala Selangor
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor
  • Kelip-kelip Kampung Kuantan, K.Selangor
  • Taman Rimba Ampang
  • Zoo Negara, Ulu Klang
  • Pantai Bagan Lalang

Kem Tentera

  • Kem Erskine, KKB
  • Kem Kinrara (93 Hospital)
  • Kem Batu Caves (DBP)
  • Kem Sungai Buluh (Depot Simpanan)
  • Kem Paya Jaras
  • KD Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah
  • Pangkalan TUDM Subang
  • TUDM Bukit Jugra
  • TUDM Kinrara

Pusat Pengajian Tinggi

  • Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
  • Universiti Putra Malaysia, Serdang
  • Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
  • Universiti Industri Selangor, Batang Berjuntai
  • Universiti Perubatan Antarabangsa, Bukit Jalil
  • Monash University of Malaysia, Sunway
  • Nottingham University of Malaysia, Bangi
  • Kolej Universiti Infrastruktur KL, Bangi
  • Kolej Universiti Pengurusan dan Teknologi, Shah Alam
  • Kolej Universiti Sunway
  • Kolej Universiti Lingkokwing, Cyberjaya
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Bukit Putra
  • Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, PJ
  • Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya, PJ
  • Binary University College of Management and Entrepreneurship
  • Asia Pacific University College of Information Technology, PJ
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
  • Politeknik Sabak Bernam
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bang

SULTAN SELANGOR

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah 
(2001 - kini)

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 
(1960 - 2001)

Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj 
(1938 - 1942)
(1945 - 1960)

Almarhum Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah
(1942-1945)

Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
(1898 - 1938)

Almarhum Sultan Abdul Samad Shah
(1859 - 1898)

.
MENTERI BESAR SELANGOR

YAB DATO SERI AZMIN BIN ALI
(2009 - KINI)


MANTAN MENTERI BESAR


TAN SRI ABD KHALID BIN IBRAHIM
(13 MAC 2008 - 22 SEP 2014)


Dr Khir Toyo.jpg
DATO SERI DR MOHD KHIR BIN TOYO
(18 OGOS 2000 - 8 MAC 2008)
Image result for tan sri abu hassan omar
TAN SRI ABU HASAN BIN OMAR
(6 JUN 1997-11 OGOS 2000)

  
TAN SRI MUHAMMAD BIN MUHD TAIB 
(14 OGOS 1986 - 14 APRIL 1997) 

TAN SRI AHMAD RAZALI BIN MOHD ALI 
(3 MEI 1982- 13 OGOS 1986)

DATO HJ HORMAT BIN RAFIE
(15 MAC 1976- 2 MEI 1982)
DATO HJ HARUN BIN IDRIS
(19 MAC 1964 - 114 MAC 1976)

DATUK ABU BAKAR BAGINDA
(30 MEI 1959- 18 MAC 1964)

TAN SRI ABD JAMIL BIN RAIS
(1958-1959)

TUAN MUHAMMAD ISMAIL BIN 
(1957-1958)

DR ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID
(1955-1957)

DATUK OTHMAN BIN MOHAMMAD
(1953-1954)

RAJA TUN UDA BIN RAJA MOHAMMAD
(1949-1953) dan (1954-1955)

DATUK HJ HAMZAH BIN ABDULLAH
(1947-1949)










1 comment: