Sunday, February 8, 2015

M 073 KEMBARA JOHOR 2: ASAL USUL NAMA DALAM DAERAH BATU PAHAT DAN PONTIAN

KEMBARA
JOHOR
ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI NEGERI JOHOR: SIRI 2 

Setelah mendapat pelbagai maklumat sejarah dan metos berkaitan Daerah Muar dan Ledang, kali ini kita melalui daerah Batu Pahat dan Pontian.  Dua buah daerah yang mempunyai pantai di Selat Melaka (selain dari Muar) tetapi mempunyai keistimewaan masing-masing.   

Batu Pahat masyhur dengan ramainya penduduk keturunan Jawa manakala Pontian pula dengan Bugisnya.  Batu Pahat popular dengan Beriani Gam dan Pisang Salai, Pontian pula popular dengan Nanas. 

Sejarah Batu Pahat

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah menghadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu bernama Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu adalah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (tauke) dan ia telah berjaya membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Pada tahun 1888, usaha-usaha untuk membuka Bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan oleh Dato’ Yahya bin Awaluddin yang turut dikenali sebagai Dato’ Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor ekonomi dan geografi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki “angin”. Akhirnya, tempat tersebut ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga seorang lagi pembesar yang bergelar Dato’ Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senanangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua peda masa itu menyatakan “nanti mulut ternganga”.

Walau bagaimanapun, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama tersebut telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar). Sehinggalah pada tahun 1893, Dato’ Bentara Luar iaitu Dato’ Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari Kuala Sungai Batu Pahat.

Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi. Maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan Mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato’ Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato’ Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi bandar kali ini di Batu Pahat.

Pada 4hb. November 1893, Dato’ Muhamad Salleh yang Pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pda 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau:

“Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar…”

Kedudukan tempat yang hendak dijadikan bandar adalah kira-kira 15 kilometer dari kuala Sungai Batu Pahat, sebelah kanan tebing mudik sungai. Dato’ Bentara Luar memilih kawasan ini kerana senang dan boleh merapatkan kapal-kapal besar yang dianggarkan dapat masuk ke sungai dengan membina sebuah dermaga bagi kemudahan perdagangangan laut. Sungguhpun kawasan yang hendak dijadikan bandar rendah, sering ditenggelami air masin sewaktu air pasang besar dari laut, kira-kira 2 kilometer ke darat tanahnya tinggi dan subur bagi tanam-tanaman.

Dato’ Bentara Luar membuat rumah kediamannya di Kampung Penggaram bertentangan dengan Tasik Kadri untuk membuat kerja membuka bandar.

“Pada 2hb. Disember 1893, fakir menjalankan pekerjaan ukur-mengukur dari jalan kebun kopi ke Gunung Penggaram sampai ke Sungai Penggaram. Di tepi Sungai Penggaram itu fakir jadikan sebuah rumah atap tempat duduk fakir. Fakir jalankan pekerjaan membuat jalan dalam itu. Fakir mulakan menjalankan membuat rumah, pejabat, polis, mahkamah dan tambak-menambak batu di jalan.”.

Kerja mengukur, merancang dan membangunkan pusat Bandar pentadbiran daerah telah berjalan lancar dengan bantuan kuat dua orang penghulu itu termasuk perbelanjaan yang dipungut dari orang tempatan dan juga bantuan kewangan dari Orang Kaya Bagan serta kewangan Dato’ Bentara Luar sendiri. Pembukaan rasminya telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato’ Muhamad Salleh bin Perang sendiri yang dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Kemuncak majlis perasmian itu ialah istiadat menaikkan bendera negeri Johor di Bukit Penggaram yang sekarang menjadi tapak dan kawasan rumah kediaman Pegawai Daerah dan seterusnya bukit tersebut disebut orang Bukit Bendera hingga hari ini. Seterusnya selepas itu pegawai-pegawai tadbir pun disusun dan pejabat-pejabat kerajaan seperti mahkamah, polis, penjara, rumah sakit dan lain-lain juga diwujudkan satu demi satu. Perkembangannya berjalan dengan baik dan lancar dan dalam masa sebulan sahaja jumlah hasil kutipan telah mencapai RM1,500.00.

Pada 1hb. Disember 1894, diadakan satu majlis pengisytiharan menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama Kampung Penggaram yang sedia ada di situ yang menjadi kampung kediaman Penghulu Rahmat.

Selain itu, turut diwujudkan sistem pentdbiran moden serta pegawai-pegawai tadbir tertentu bagi menggantikan sistem tradisional. Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato’ Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, telah memainkan peranan yang amat aktif. Orang-orang kampung telah digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dalam masa yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang dan berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato’ Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini.

Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato’ Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commissioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21 hingga 24 Disember 1896. Kemajuan ekonomi Batu Pahat dapat diukur berdasarkan pendapatan daerah yang didapati sepanjang tahun. Semasa bandar ini di bangunkan dalam tahun 1893 pentadbiran daerah berjaya mengutip sejumlah RM15,000.00 sahaja tetapi dalam tahun 1910 pendapatan tahunan mencapai jumlah RM55,375.00.

Era Dato’ Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato’ Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru apabila sistem pentadbiran yang seiring dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran.

Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Ta’zim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

  DAERAH BATU PAHAT  
Fail:Peta Mukim Batu Pahat.jpg

Daerah Batu Pahat mempunyai keluasan 1872.56 km persegi (723 batu persegi)dengan penduduk seramai lebih kurang 820,000 (2013) mengandungi 14 buah Mukim, iaitu:
  • Chaah Bahru
  • Tanjung Semberong
  • Seri Medan
  • Linau
  • Seri Gading
  • Lubuk
  • Bagan
  • Simpang Kanan
  • Simpang Kiri
  • Peserai
  • Minyak Beku
  • Kampung Baharu
  • Sungai Punggur; dan 
  • Sungai Kluang.

Untuk masuk ke daerah Batu Pahat, terdapat 5 jalan masuk utama, iaitu
  • dari arah bandar Muar melalui jalan Parit Jawa-Semerah-Bandar Batu Pahat.
  • dari arah Segamat melalui jalan Labis-Chaah-Yong Peng-Parit Yani- Tongkang Pechah-Batu Pahat. 
  • dari arah Pontian Kechil melalui Benut-Rengit-Senggarang-Batu Pahat.
  • dari arah Johor Baharu melalui Simpang Renggam- Ayer Hitam-Parit Raja-Batu Pahat.
  • dari arah Kluang melalui Seri Lalang-Ayer Hitam-Parit Raja-Batu Pahat.

Bagaimanapun jika kita masuk dari lebuhraya PLUS, kita boleh mengambil 'exit' di Pagoh
melalui Parit Sulong-Tongkang Pechah-Batu Pahat ATAU 'exit' Yong Peng atau Ayer Hitam.
Batu Pahat merupakan daerah yang kedua termaju dalam negeri Johor terutamanya dalam pembangunan industri perkilangan.  Tongkang Pechah, Seri Gading dan Parit Raja  merupakan kawasan perindustrian utama dalam daerah Batu Pahat.  

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. 

Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat (penduduk: 336,000) ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut. 

Bandar Batu Pahat telah dinaikkan taraf dari Majlis Bandaran BP kemudian kepada Majlis Daerah BP Barat kepada Majlis Perbandaran BP pada tahun 2001.  Selain dari bandar BP, pekan-pekan lain dalam daerah BP ialah:
  • Yong Peng (pekan kedua besar selepas bandar Batu Pahat)
  • Parit Raja (pekan ketiga besar)
  • Rengit (pekan keempat besar)
  • Ayer Hitam
  • Parit Sulong
  • Parit Yaani
  • Senggarang
  • Semerah
  • Seri Medan
  • Seri Gading
  • Tongkang Pechah


 
Pemandangan bandar Batu Pahat (Penggaram)

  
Pemandangan beberapa bangunan lama, Jln Rahmat, Pej Pos lama dan Kelab Batu Pahat

   
JETI pelabuhan BP, Balai Polis lama dan Dewan Perniagaan Cina


Ayer Hitam

Pekan Ayer Hitam adalah jalan masuk ke daerah Batu Pahat, kalau kita datang dari daerah Kluang atau Kulai Jaya.  Sebelum wujudnya lebuhraya PLUS, kedudukan pekan ini amat strategik kerana terletak di tengah perjalanan dari Johor Bahru ke Kluang atau ke Batu Pahat atau ke Segamat (melalui Yong Peng).  Ini menjadikan trafffic light di simpang empat pekan ini menjadi sesak, kerana pemandu tidak mempunyai alternatif lain. Pada masa itu pekan ini hanya mempunyai deretan bangunan batu yang lamaserta kedai dari bangunan kayu yang nampak begitu usang dan daif.

Apabila lebuhraya PLUS dibina, aku ingatkan pekan Ayer hitam akan mati namun tanggapan ini salah. Pekan ini sekarang semakin maju, banyak projek pembangunan seperti stesen bas, bangunan kedai dan perumahan baru menjadikan pekan ini lebih cantik dan sistematik.  Simpang berlampu isyarat masih tetap sesak dengan pertembungan kenderaan dari arah Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Yong Peng dan yang masuk dari lebuhraya.  Kalau musim perayaan (especially Hari Raya dan KHFC), kesesakan dari semua arah boleh mencapai hingga 3 atau 4 km panjangnya.


  

  
Pemandangan pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan pusat membeli belah barangan pengantin, hasil tanahliat dan hasil kampung
   

Minyak Beku. Kampung Minyak Beku merupakan sebuah kampung berhampiran dengan bandar Batu Pahat. Lokasi tepatnya ialah di tepi laut menghadap pantai barat Johor. Kampung Minyak Beku terkenal dengan tempat terletaknya sebuah batu besar berpahat, lebih kurang sepuluh kaki saiznya (di sebelah balai polis). Batu besar ini dipahat oleh Siam (Ayudhya) untuk mengisi air tawar. Telah dikatakan bahawa askar Siam datang ke sini dengan menggunakan bot untuk menggempur Melaka hanya untuk ditewaskan oleh Tun Razak pada abad. Batu dipahat ini menjadi terkenal di mana ia kemudian menggantikan nama Bandar Penggaram menjadi Batu Pahat. 

  

Yong Peng

Yong Peng adalah sebuah pekan yang sedang membangun pesat di daerah Batu Pahat.  Ia adalah pekan (sekarang boleh dipanggil bandar) kedua besar dalam daerah BP. Apabila bandar BP dinaikkan ke taraf Majlis Perbandaran pada tahun 2002, Yong Peng telah dinaikkan kepada pusat pentadbiran Majlis Daerah yang merangkumi majlis-majlis tempatan Ayer Hitam, Parit Yani, Seri Medan dan Parit Sulong.  Dengan keluasan 1911.6 hectar dan penduduknya berjumlah lebih 29,000 di mana lebih 50% adalah berbanga China yang telah berhijrah ke sini sejak 1880 dalam zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. 

"During the reign of Sultan Abu Bakar Johor in the 1870s, a policy was initiated to modernise Johor and increase tax revenue by opening up more of the forest and swamp area for plantation purposes (initially for spices such as pepper and gambier, then followed by rubber. But to do so, they need massive number of workers. Coincidentally the political and social chaos in Southern China during that period made the Chinese migrants an obvious choice. Most of these immigrants were poor, and so to pay for the travel fees, they had to sell themselves as indented slaves. Some of these early Chinese pioneers travelled from the river mouth starting from Batu Pahat and along the Sungai Bekok and settled upon a fertile land not far from where Sungai Bekok and Sungai Sedi meets.

In fact, in 1800, there were only five Malay houses standing on the banks of Sungai Bekok and on Bukit Jambu. The town was known at that time as ‘Sri Bertam’, named after a tree by the name ‘Bertam Tree’ in Kampong Bukit Jambu. The Malays were then ruled by Arujamin Bin Runshut and most of them had just escaped from the Dutch after losing the war to the latter in Acheh.

In November 1847, four Chinese immigrants from Chaozou led by Boo Koh Lak Loo (better known as Ah Loh) came to Sri Bertam by boat after paddling up Sungai Bekok. They then built three houses and later he and his men with the help of his Malay friends began to clear some thick forests around the river banks. When this small settlement prospered and progressed, Boo named the place Yong Peng or Everlasting Peace in Chinese.

Boo ruled Yong Peng according to the ‘Kangchu’ or headman system where the Chinese word "Kang” means river while "Chu" means house. But essentially, "Chu" is the clan name of the first headman in charge of the plantations in the area.

Kangchu Boo would also give a yearly report of Yong Peng to Sultan Abu Bakar. In order to keep law and order, one Malay by the name of Ismail was appointed the policeman of Yong Peng. Minor offences were dealt with by Kangchu Boo whilst more serious ones were sent to the magistrate’s court in Batu Pahat.

Kangchu Boo died in 1907 at the age of 76. His body was buried in Tang Hak (old name for Jalan Masjid). It is around Jalan Ann Peng. After his death, his son Kangchu Boo Koh Soon Meng took over at the young age of 25. He ruled for about 35 years until his death in 1942. As he did not have a son, the Kangchu system also began to decline and it was also in the same year Yong Peng was conquered by the Japanese.

In 1952 when the local council of Yong Peng was established, Jalan Ah Loh was named in memory of Kangchu Boo.

Yong Peng was also disturbed by the racial riots (during the May 13 event in 1969. Luckily, the Chinese Penghulu (Head Villager) from Yong Peng and the Malay Penghulus from the surrounding Kampungs had a relatively good relationship; and working together they cobbled several arrangements that help prevent the severe bloodshed seen in other urban areas.

Then in the mid-1970s, the town was again affected by gang fights among rival gangster groups which usually took place at night outside the only cinema in Yong Peng at Jalan Templer. Peace was again restored when ASP Mokhtaruddin Yunus, dubbed by the locals as ‘Justice Pao’ was sent to Yong Peng. Within weeks, he was able to maintain law and order and until today many locals still remember him fondly as a strict and incorruptible policeman who came to save Yong Peng".  Wikipedia

 



Parit Raja

Pekan Parit Raja merupakan pekan ketiga terbesar dalam daerah selepas Bandar BP dan Yong Peng.  Pada tahun 70an, pekan kecil Parit Raja, BP hanyalah satu pekan kecil yang mempunyai deretan rumah kedai (bangunan kayu) lama di kiri kanan jalan sepangang setengah km sahaja.  Masa itu Parit Raja hanya terkenal sebagai pasar mingguan Isnin dan Khamis dan sebuah pasar buruk berlantai tanah, tiang kayu, atap zing,  tiada dinding yang menjual hasil kampung khususnya sayur-sayuran, ubi keledek, kueh-mueh, makanan (terutama pecal) dan hanya satu sahaja kedai daging lembu milik Pakcik Atis (almarhum Abdul Aziz- dia adalah sepupu bapak aku).  Kini walaupun kekal sebagai pusat pengedaran hasil industri kecil makanan kampong sekitarnya (seperti kerepek), Parit Raja  juga membangun dengan pesat sebagai kawasan perindustrian (perkilangan) teknologi tinggi, malah di Parit raja kini tersergam sebuah kampus universiti (IPTA) iaitu Universiti Tun Hussein Onn (dulu  Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn -KUiTTHO).


Library of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
UTHM Parit Raja

Parit Sulong

Favourite shopping centre: Locals would normally shopped at Kompleks Bazar Parit Sulong. 
 Not too crowded : The Parit Sulong town
in Batu Pahat Johor. 


Pekan Parit Sulong terletak di tebing Sg Simpang Kiri.  Kata orang-orang tua zaman dahulu, jika rusa masuk kampung, tanda kampung akan menjadi bandar. Begitulah alamat yang terbayang pada orang-orang Pt Sulong sebelum ia ditandakan sebagai salah satu kawasan pembangunan pada tahun 1950

Dalam tahun itu dua ekor rusa tiba-tiba muncul di Kampung Parit Jalil. Melihat rusa, orang-orang kampung jadi terkejut. Ada yang sempat mencapai parang dan mengejarnya untuk dijadikan makanan.

Seperti lazimnya, rusa itu pun bertempiaran lari. Tiba di bibir Sungai Simpang Kiri, kedua-dua ekor rusa itu berpisah. Seekor menuju ke hutan tebal dan seekor lagi menyeberang sungai ke arah Parit Sulong.Bagaimanapun, kemuncuan tiba-tiba rusa itu di Parit Sulong seolah-olah memukau orang-orang kampung di situ. Rusa itu berjalan dengan gemalainya menyeberang Kampung Dalam lalu ghaib.

Dua tahun kemudian, apabila cerita rusa memukau itu hampir dilupakan orang, tiba-tiba kerajaan mengumumkan Parit Sulong akan dijadikan pusat pemindahan orang-orang kampung pedalaman yang diancam komunis.

Pengumuman itu disertakan dengan pelan lengkap tentang pembangunannya. Dan sejak itu Parit Sulong terus membangun sebagai salah sebuah pekan besar dan penting di Johor ini.Bagaimanapun, apa yang menarik tentang pekan ini kini ialah sejarah bagaimana ia memperoleh namanya? Soalnya SULONG itu berasal daripada apa?

Sebenarnya, pekan itu mengambil nama sempena nama seorang pemburu diraja yang terkenal dalam awal kurun ke 20 ini.

Sulong ialah anak seorang panglima bernama Gantang keturunan Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan pada zaman Kerajaan Johor Purba.

Semasa berlaku krisis dalam Istana, kerajaan Johor antara Raja Kecil, pewaris Sultan Johor dan orang-orang Bugis, ayah Panglima Gantang,Panglima Bontak, dan keluarga serta pengikutnya,mengundur diri ke Pahang kerana tidak mahu mencampuri perebutan kuasa itu.

Bagaimanapun, tidak lama di Pahang, istana Pahang juga mengalami krisis perebutan kuasa dan campur tangan British. Panglima Gantang ketika itu sudah berkeluarga berserta pengikutnya dan beberapa pembesar Pahang, mengundur diri ke Bukit Inas, dekat Parit Sulong sekarang.

Tiba di Bukit Inas yang mempunyai sejarah Raja Donan, rombongan Panglima Gantang pun berkhemah dan kemudian berkhemah di situ.
Dan sehingga hari ini masih terdapat ratusan batu nisan lama iaitu pengikut dan keluarga diraja Pahang (akan saya siarkan gambar perkuburan itu jika berkesempatan nanti, Insya Allah. Lokasi berhampiran kawasan penggambaran Filem Puteri Gunung Ledang, ada kilang Minyak Wak Dakam di situ)

Bagaimanapun, bak kata pepatah 'Ke mana tumpahnya kuah,jika tidak ke nasi?' anak-anak Panglima Gantang- Sulong, Awal, Manang dan Manap meninggalkan Bukit Inas untuk membuka kampung di kaki bukit. Bersama-sama mereka tertanam semangat dan kecekapan bermain dan membuat senjata Megat Seri Rama.

Keempat-empat beradik ini terkenal dengan kecekapan memburu. Apatah lagi apabila diperkenalkan dengan senjata moden seperti senapang, memburu menjadi satu kerja yang mudah bagi mereka.

Kecekapan mereka mashur hingga ke seluruh negeri Johor.

Suatu hari ketika melawat Singapura, Sultan Ibrahim ternampak sepasang gading gajah besar dipamerkan di sebuah kedai. Apabila ditanya dari mana asalnya gading itu, Sultan diberitahu ia dijual oleh seorang pemburu ternama dari Simpang Kiri, Johor, Pendekar Sulong namanya.

Sultan murka kerana Sulong memburu tanpa izin kerajaan, sedangkan semua hidupan liar di bawah takluk baginda. Satu rombongan dihantar ke Simpang Kiri untuk menangkap Sulong. Dan Sulong telah dipenjara beberapa bulan

Bagaimanapun, oleh sebab banyak pembesar menasihati baginda Sultan supaya membawa pengiring yang cekap semasa memburu dan mengenang cerita orang tentang kecekapannya, Sulong kemudian diarahkan memandu Sultan semasa masuk hutan.

Ketika Sultan berburu di Kota Tinggi, Mersing dan lain-lain di pelusuk Johor, Sulong sempat menunjukkan kehandalannya. Dan dia segera memenangi hati Sultan yang kemudian mengampunkannya. Dan sebagai menghargai jasa-jasanya pada Sultan, Sulong dilantik oleh baginda menjadi Ketua Kampung Simpang Kiri.

Pulangnya ke kampung, Sulong segera membangun kampung dengan menjemput lebih ramai orang-orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir di Kangkar Merlimau dan Kangkar Senangar. Di samping itu, beliau juga menggalakkan lebih ramai orang keturunan Jawa untuk meluaskan lagi Kampung Simpang Kiri.

Apabila Sulong meninggal dunia, mengenangkan bahawa pelantikannya dibuat oleh Sultan sendiri, anak lelakinya hendak dilantik menggantikannya. Bagaimanapun, oleh sebab anak lelakinya yang tua sekali masih kecil, lalu menantunya,

Mohamad yang berasal dari Melaka diangkat menjadi ketua sementara.

Apabila anaknya meningkat dewasa, tempat ketua kampung itu diserahkan kepada anaknya yang tua, MIAN BIN SULONG. Ketika itu berlaku peperangan Dunia Ke Dua dan Jepun masuk memerintah.

Ketika itulah Kampung Simpang Kiri ditukarkan namanya kepada PARIT SULONG oleh pemerintah Jepun dan Mian pula dilantik terus menjadi Soncho (Ketua Kampung)

Tetapi apabila Mian Bin Sulong meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung apabila hendak ditangkap oleh British, Panglima atau Kiyai Salleh yang menjadi hero orang-orang Melayu semasa pemerintahan Bintang Tiga diangkat menjadi Penghulu Kampung Parit Sulong.

Bagaimanapun, nama Sulong pewaris darah pahlawan Bentan tetap diabadikan kepada pekan yang cukup banyak kesan sejarahnya itu.

Seri Medan

Sri Medan dahulunya merupakan bandar perkampungan yang unik telah banyak mengalami perubahan pembangunan. Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari Indonesia pada tahun 1912. Dahulunya Sri Ramonia merupakan nama asal bagi Sri Medan, nama ini diubah semasa pemerintahan Jepun di Malaya. Penduduk asal di Sri Medan adalah seramai 70 orang, mereka terdiri dari saudara terdekat Tuan Haji Yusof. 

Sri Medan merupakan nama tempat asal Haji Yusof yang berasal dari Indonesia, dan Medan pula merupakan tempat yang berkelompok besar. Nama Medan juga diambil bersempena pengumpulan warga-warga buruh yang bekerja di lombong bijih besi yang diusahakan oleh Pihak Jepun. Buruh-buruh ini terdiri dari kaum Melayu, India, Cina dan warga lain.

Pada zaman pelombongan besi di Sri Medan di anggarkan seramai 15,000 orang pekerja dari warga Melayu, India, Cina dan Indonesia yang bekerja pada zaman tentera British. Pada tahun 1918 lombong besi diteroka oleh syarikat Jepun. Syarikat Jepun yang meneroka lombong besi ini bernama 'Nippon Kanji Kaisa ' atau dengan nama singkatannya ' NKK '. Pada tahun 1941 operasi lombong di Sri Medan telah ditamatkan, dan pada tahun 1942 ia telah dibuka semula sehingga 1945.

Pada sekitar tahun 60 an Sri Medan ini sering di landa banjir dalam tempoh yang panjang. Ini kerana kedudukan geografinya dan ketiadaan sistem saliran yang baik. Kesemua air yang melanda banjir di Sri Medan melalui dari Chaah dan Bekuk. Air banjir dari Sri Medan akan melanda Parit Sulong dan seterusnya akan mengalir terus ke Sungai Simpang Kiri (cabang Sg Batu Pahat). Penduduk Sri Medan perlu menempuh banjir yang panjang dan kadangkala berbulan-bulan lamanya sehingga air itu akan mengalir ke sungai atau meresap ke bumi. Ini menyebabkan beribu ekar kebun atau tanaman yang rosak dan musnah.

Pada tahun 1985 kerajaan Johor telah mengeluarkan peruntukan untuk membuat sistem saliran air di kawasan Sri Medan. Sehingga kehari ini tiada banjir yang melanda Sri Medan ini amat memudahkan penduduk di kawasan Sri Medan mendapat bekalan air yang cukup dan tiada tanaman yang akan di musnahkan akibat banjir.


banjir di pekan Seri Medan



Taman Botani Seri Medan

Pekan Senggarang adalah sebuah pekan kecil di mana dalam kawasan ini aku dilahirkan. Tiada apa-apa keistimewaan yang aku boleh ceritakan mengenai pekan ini.  Cuma wujud satu cerita bodoh dalam pilihanraya tahun 2004 apabila...bacalah berita ini:

"MUAR 14 Mac 2004- Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang kepada Pas jika calonnya memberikan perhatian serius ketika mengisi borang pencalonan. Beliau yang kecewa dengan kehilangan kerusi itu berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh dipersalahkan kerana mereka telah memudahkan cara untuk calon bertanding. Calon berkenaan telah melakukan satu kesilapan ke atas BN dan ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan pengundi-pengundi kawasan DUN Senggarang. Pengundi-pengundi di kawasan itu mahu menunjukkan sokongan kepada BN kerana kawasan itu adalah kubu kuat BN. 

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan tanpa bertanding calon PAS, Dr. Mohd. Ramli Md. Kari setelah pencalonan BN, Shamsiah Rashidah Ibrahim ditolak oleh SPR kerana kesilapan teknikal. Ini berikutan Muhayah Sulong yang menjadi penyokong Shamsiah Rashidah ditolak kerana bukan pengundi DUN Senggarang. Muhyiddin berkata, setiap calon BN di negeri Johor telah diarah memeriksa borang pencalonan dan mereka telah diberi penerangan tentang perkara berkaitan sehari suntuk di kediaman Menteri Besar di Johor Bahru. Katanya, mereka patut membaca borang mengkaji semua sudut secara terperinci bagi menentukan kesemua dalam keadaan sempurna. 

Beliau sendiri katanya, menyemak perkara itu sepanjang malam dan mengulangi semula pada sebelah pagi sebelum menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon. Kita tidak boleh membuat kesilapan terhadap borang itu dan sekarang Johor sudah kehilangan kerusi Senggarang kepada Pas kerana kecuaian calon telah menyebabkan masyarakat di Senggarang kehilangan wakil dalam kerajaan"


Pekan Rengit popular dengan pasar minggu hari Jumaat dan menjadi lokasi jualan barangan perabut  dan peralatan elektrik 'secondhand' yang tumbuh subur di sepanjang tebing Sg Rengit.  Masuk ke arah pantai (kuala sungai) 1km dari pekan Rengit.  Penjualnya adalah dari kalangan orang Asli (suku Orang Laut).


 

   

Sebelum masuk ke daerah Pontian, kita akan melalui Kg Belahan Tampok  sebuah kampung  yang majoriti penduduknya dari keturunan Bugis yang terletak di sempadan antara kedua daerah ini.





  DAERAH PONTIAN  

Manakala Pontian, sebuah daerah yang terkecil di Johor.  Disinilah terletaknya Tanjung Piai yang merupakan tanah paling selatan dalam tanah besar benua Asia. Daerah Pontian juga amat popular dengan produk nanasnya yang terbesar di Malaysia.

Daerah Pontian mengandungi 11 buah Mukim iaitu; 
  • Benut
  • Ayer Baloi
  • Api-api
  • Sungai Pinggan
  • Pontian
  • Pengkalan Raja
  • Jeram Batu
  • Rimba Terjun
  • Sungai Karang
  • Ayer Masin
  • Serkat.
Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

Pelbagai kemudahan disediakan bagi menarik pelabur dan yang terbaru rancangan pembinaan jambatan
menghubungkan bandar Pontian Kecil ke Pusat Perdagangan Pontian.
Bandar Pontian



Masjid Daerah Pontian


Kuala Sungai Pontian

Kukup

Kukup merupakan sebuah mukim dan juga pekan dalam daerah Pontian, berhampiran kedudukannya dan menghadap Selat Melaka dan Selat Johor. Kedudukan bandar Kukup tersorok ke tepi pantai Selat Melaka.

Kukup mempunyai sebuah jeti atau pangkalan bot nelayan dan feri menuju ke Pulau Karimun, Indonesia dan lain-lain. Kukup sesuai dijadikan jeti /pangkalan nelayan kerana dilindungi dari angin kencang oleh Pulau Kukup. Ramai penduduknya terutama bekerja di sektor perikanan dan pertanian. 

 
pekan Kukup  

Pulau Pisang adalah salah sebuah pulau kecil yang terdapat di perairan negeri Johor ini terletak 5 kilometer dari Bandar Benut dan 12 kilometer dari Pontian Kechil. Ia berada di selatan laluan perkapalan Selat Melaka yang sibuk serta berkedudukan strategik di barat daya negeri Johor.

Di pulau ini terdapat sebuah rumah api yang dikawal selia oleh Kerajaan Singapura berikutan daripada perjanjian di antara Sultan Johor ketika itu (Sultan Ibrahim) dengan Kerajaan Inggeris pada tahun 1900.

Namun berikutan daripada keputusan kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih di mahkamah Antarabangsa di The Hague yang telah memihak kepada Singapura, , terdapat gesaan dari pelbagai pihak supaya kerajaan Malaysia segera mengambil alih pengurusan rumah api tersebut. Walaupun Singapura ketika ini mengakui pulau itu milik Malaysia, penduduk Malaysia bimbang jika Pulau Pisang juga bakal menerima nasib yang sama seperti Batu Putih jika kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk membuktikan penguasaan serta kedaulatannya terhadap pulau ini.

Benut

Benut adalah sebuah pekan di dalam daerah Pontian yang terletak diantara persimpangan jalan dari arah bandar Pontian kecil, Batu Pahat dan Simpang Rengam.  Perkataan "benut" berasal dari sebatang pokok dipanggil "asam bunut". Nama asal pekan tersebut ialah Bunut. Oleh kerana masyarakat Cina yang mendiami kawasan ini agak sukar menyebut "Bunut" tetapi menyebut "Benut" lama kelamaan ianya kekal menjadi Benut sehingga sekarang.


Nama beberapa kampung di daerah Pontian (khususnya kawasan Mukim Benut) mempunyai mitosnya yang tersendiri seperti Sungai Pinggan, Sepah Beruang, Puteri Menangis, Parit Gantung, dan Sanglang Cerita mitos tersebut amat popular dikalangan masyarakat tempatan. Di percayai ada seorang Puteri Bunian yang menjaga pinggan mangkuk untuk kenduri kahwin masyarakat Bunian. Terdapat juga masyarakat kampung yang meminjam pinggan tersebut tetapi tidak dipulangkan semula disebabkan ada yang dirosakkan oleh beruang yang banyak ketika itu (Kg. Sepah Beruang). Keadaan itu menyebabkan Puteri yang menjaga pinggan (Kg. Sungai Pinggan) kecewa lalu menangis sepanjang masa (Kg. Puteri Menanggis). Akhirnya Puteri tersebut menggantung dirinya (Kg. Parit Gantung). Kematian Puteri ini disebarkan oleh burung-burung helang (Sang Helang/Sanglang) kepada semua penduduk. Semua penduduk meratapi kematian Puteri Bunian sehingga mengalirkan air mata yang banyak atau berbaloi lalu kampung itu dinamakan Ayer Baloi. 

Pekan Nanas

Pekan Nanas adalah pekan yang kedua besar dalam daerah Pontian. Pekan ini berasal dari sebuah penempatan kaum China semasa Dharurat bagi mengelakkan pengaruh Parti Komunis. Oleh itu majoroti penduduknya adalah berbangsa China.  Kawasan sekeling pekan ini amat terkenal dengan ladang nenas yang luas serta ternakan ayam untuk daging atau telurnya.

bandar Pekan Nanas


 TRAGEDI 4 DISEMBER 1977 

Pada 4 Disember 1977, satu tragedy menyayat hati dalam sejarah Negara kita apabila sebuah pesawat MAS,  Malaysia Airlines Flight 653 (Boeing 737-2H6) terhempas di kawasan belukar berdekatan dengan Kampong Tanjung Kupang. Seramai 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh. Kapal terbang ini dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju keSingapura.  

Antara penumpangnya ialah Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Ali Haji Ahmad (secara kebetulan adalah Ahli Parlimen Pontian), Ketua Pengarah JKR, Dato' Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia. Pilotnya ialah Kapten G.K. Ganjoor. Beliau ada melaporkan kepada Menara Subang tentang kehadiran 'perampas kapal terbang' yang tidak dikenali. Penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang ada mendengar bunyi letupan dan kebakaran di udara. Tidak ada yang selamat dan semua tubuh mangsa hancur berkecai dan tidak dapat dikenali.

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal.ni kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam Mukim Kukup, di daerah Pontian. Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercutanda dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.







Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.




Mercu Tanda Tanjung Piai


kampung nelayan Tg Piai




\ 
.

.
.


TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI BATU PAHAT


1. PERIGI BATU PAHAT

Perigi Batu Pahat ini asalnya disebut Perigi Siam. Ia dibuat oleh tentera Siam yang diketuai oleh Panglima Awi Di Chu untuk mendapatkan bekalan minuman dalam tahun 1456 pada masa mereka datang hendak menyerang Melaka bagi kali yang kedua pada zaman pemerintahan Sultan Mudzafar Shah. Baginda memerintah Melaka di antara tahun 1445-1458. Walau bagaimanapun kedatangan angkatan tentera Siam itu gagal menawan Melaka. Perigi ini asalnya adalah daripada sebuah takungan air terjun daripada bukit yang dikorek dan di dalamkan. Semenjak itu, orang-orang yang berulang-alik belayar yang mengambil air memanggilnya Batu Pahat.

2. BUKIT INAS

Satu kawasan perkampungan dipercayai yang tertua sekali di Batu Pahat yang wujud pada awal kurun ke enam belas telah dibuka dan diasaskan oleh Tun Mamat (Tun Ahmad), seorang pembesar Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Setelah Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Tun Mamat mengundurkan diri dan membuat tempat kediaman di kawasan ini. Salah satu makam yang bernisankan batu Aceh ini adalah dipercayai makam Tun Mamat. Keturunan dan zuriat Tun Mamat terus menetap di beberapa tempat di kawasan Simpang Kiri dan tempat-tempat lain khasnya di Batu Pahat hingga hari ini.



3. TANJUNG LABUH


Perkampungan Tanjung Labuh ini telah diteroka dan di buka oleh Bagus bin Juma’at yang datang dari Simpang Kanan Batu Pahat kira-kira dalam tahun 1850-an. Sejak itu Tanjung Labuh mula terkenal dan penduduknya bertambah ramai. Seterusnya dalam tahun 1858 Bagus bin Juma’at telah dilantik menjadi Penghulu yang pertama bagi kampung ini. Dalam tahun 1870 Ahmad bin Abdul Majid seorang utusan Maharaja Abu Bakar Johor telah sampai untuk meninjau keadaan Tanjung Labuh dan mereka berpuas hati bahawa tempat ini ada harapan untuk berkembang maju. Sebuah Rumah Pasung (Balai Polis) telah dibina oleh Kerajaan Johor dalam tahun 1886 dan apabila Bandar Penggaram dibuka dalam tahun 1894 serta pentadbiran Batu Pahat disusun semula, maka Tanjung Labuh telah diiktiraf sebagai sebuah daerah dengan melantik Sulaiman bin Ali sebagai Pegawai Daerah yang pertama bagi kawasan Tanjung Labuh.



4. BUKIT JERAGAN


Semasa Penghulu Pulau memerintah di Simpang Kanan ada seorang jeragan kapal (Kapten) yang dijumpai terdampar hampir maut di Sungai Kundur (Sungai Batu Pahat) apabila kapalnya pecah dan karam di tengah laut. Apabila ia meninggal dunia mayatnya dikebumikan di bukit lalu bukit itu disebut Bukit Jeragan. Sebelum itu Bukit Jeragan pernah di sebut Bukit Pantai. Peristiwa ini berlaku kira-kira dalam tahun 1819. Selepas itu, Bukit Jeragan ini menjadi tanah perkuburan orang ramai termasuklah kubur Penghulu Pulau yang pertama bagi kawasan Simpang Kanan, kubur Penghulu Musa dan kaum keluarga juga disemadikan di sini. Bukit Jeragan ini asalnya besar tetapi telah dipecahkan oleh Jepun pada zaman pemerintahannya di Malaya dan menjadi kecil seperti sekarang.



5. KAYU TANDA


Kayu tanda yang terletak di tepi padang hadapan Masjid Daerah ini adalah Kayu Tanda peringatan pembukaan Bandar Penggaram Batu Pahat pada tahun 1894. Tanda ini juga digunakan sebagai pengukur cahaya matahari untuk menentukan waktu gelincir cahaya bayangannaya bagi menentukan masuk waktu sembahyang.



6. KAMPUNG MINYAK BEKU


Kampung Minyak Beku telah di buka dan didiami oleh Daeng Ahmad atau gelarannya Wak Minah dalam tahun 1811 atas perintah Dato’ Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja Johor untuk membuka satu penenpatan di pantai barat Johor. Di situ ada sebatang pokok keruing yang berminyak dan beku keadaanya lalu tempat itu dinamakan Minyak Beku. Daeng Ahmad ini datang dari Tanah Bugis adalah keturunan Daeng Indera Perma yang berasal dari anak cucu Raja Chempa yang berkerajaan di Bukit Mor, Padang Muar. Beliau meninggal dunia kira-kira dalam tahun 1855 di Pontian Besar dan dikebumikan di situ.



7. TASIK KADRI


Pada masa dahulu terdapat sebuah tasik semulajadi di daerah Batu Pahat ini. Oleh kerana tanah berhampiran tasik ini adalah kepunyaan seorang Arab yang terkenal namanya Syed Abu Bakar Al-Kadri berasal dari Pontianak, Kalimantan yang tinggal di tempat itu, maka Dato’ Bentara Luar dan Penghulu Rahmat telah meletakkan nama tasik itu sebagai Tasik Kadri. Kemudian pada tahun 1934 tasik yang indah ini telah di timbus dengan perintah Penolong Penasihat Kerajaan di Batu Pahat, iaitu seorang yang berbangsa Inggeris yang menjalankan pentadbiran di Bandar Penggaram ini.



8. BUKIT SOGA



Semasa Batu Pahat dibuka, kawasan di daerah ini terdapat rotan sega. Dengan ini maka ramailah orang yang berulang-alik mencari rotan dan termasuk juga orang-orang Kampar turut datang untuk mengambilnya. Tapi dari kepelatan percakapan orang-orang Kampar, mereka telah menyebut rotan sebagai soga. Sempena dengan kepelatan ini, bukit di mana terdapat banyak rotan ini telah di sebut sebagai “Bukit Soga”.


9. BUKIT CERMAI

Merupakan kawasan perkuburan orang-orang Islam yang terawal di daerah ini. Tanah perkuburan tersebut dinamakan Bukit Cermai bersempena mengambil nama orang yang pertama dikebumikan di kawasan tersebut iaitu “Cik Mai”. Tetapi sebelum kawasan ini dijadikan kawasan perkuburan dan dinamakan Bukit Cermai, orang-orang di sini mengenalinya sebagai “Bukit Basirah”. Kawasan perkuburan yang terletak di Jalan Tanjung Labuh ini masih lagi mempunyai ruang untuk digunakan.



10. TASIK MERDEKA


Pada mulanya ia merupakan sebuah bukit yang dipanggil Bukit Memberus. Kemudian kerja-kerja mengambil batu dijalankan di sini untuk ditambak pada jalan-jalan baru. Setelah itu, iaitu di antara tahun 1935-1936 sebuah syarikat Jepun telah membuat lombong di sini untuk mengeluarkan bijih ‘boxide” dan nama bukit ini ditukar pula kepada Bukit Makmor. Bila kerja-kerja mengeluarka bijih ini selesai maka kawasan ini telah menjadi tasik. Semasa Dato’ Mohammad Eusof bin Abdul Rahman menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat, beliau mengesyorkan supaya tasik ini dimajukan untuk dijadikan tempat berehat.

No comments:

Post a Comment