Monday, February 2, 2015

M 011 SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG 1




SISTEM PERLANTIKAN
SPB YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA 

BAHAGIAN I


Yang Di Pertuan Agong Malaysia

Sistem pemerintahan negara Malaysia adalah unik. Rakyat negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum hidup dalam aman damai (kecuali berlaku kekacauan pada 13 Mei 1969).  Seluruh rakyat Malaysia menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua Negara Tertinggi dalam Perlembagaan Negara iaitu  'Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong'.

Walaupun masih wujud semangat kenegerian yang asal, namun apabila salah satu ketua negeri dilantik menjadi YDPA, seluruh rakyat Malaysia menerimanya tanpa berbelah bahagi.

Dalam sistem Raja Berperlembagaan Maaysia, peranan YDPA adalah sebahagian besarnya bersifat 'ceremonial'.  Perlembagaan Negara jelas menyatakan bahawa kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Pemilihan dan Perlantikan

Sebagaimana disebutkan lebih awal tadi, Malaysia adalah sebuah negara monarki yang unik.  Pemilihan dan perlantikan YDPA dilaksanakan secara bergilir setiap 5 tahun di kalangan Ketua Negeri (Raja/Sultan) sembilan Negeri Melayu di Malaysia (Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu). 

Asas pemilihan YDPA yang terawal adalah berasaskan kekananan Raja-raja Melayu (tarikh  naik takhta) pada 31 Ogos 1957. Terma rujukan untuk perlantikan ini dibuat sendiri oleh Majlis Raja-raja Melayu sendiri.  Setiap ahli (Raja) mempunyai hak mengundi individu untuk mengundi melantik atau mengenepikan calon.  Raja yang mendapat undian yang rendah tidak layak untuk dicalonkan.  Apabila Raja Negeri telah dilantik menjadi YDPA, Ia perlu melantik seorang Pemangku Raja di negerinya. Lazimnya Raja Muda atau Tengku Mahkota akan dilantik. Setakat ini (1957-2012) hanya berlaku sekali sahaja Pemangku Raja bukan dilantik dikalangan Raja Muda/Tengku Mahkota.  Apabila Raja Perlis (Tuanku Syed Putra) dilantik menjadi YDPA III pada tahun 1960, baginda melantik menantunya Tunku Sulaiman ibni Tunku Abu Bakar sebagai Pemangku Raja Perlis.  Ini kerana pada masa itu anakanda lelaki yang sulung, Syed Sirajuddin baru berusia 17 tahun dan sedang menuntut.

Sebagai YDPA baginda diberi kuasa di bawah perlembagaan untuk meluluskan perlantikan berikut: 

(1)   Perdana Menteri dan ahli Jemaah Menteri;

(2)  Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar sabah/Sarawak, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan,  Hakim-hakim 

(3)  Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman;

(4)  Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara;

(5)  Ketua Polis Negara;

(6)  Peguam Negara;

(7)  44 ahli Dewan Negara (Senator).

(8)  Ahli-ahli Majlis Agama Islam negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak (atas kapasiti baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri-negeri berkenaan).

Sebagai YDPA juga, baginda merupakan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan pangkat Fil Marsyal dalam Tentera Darat, Laksamana Armada dalam TLDM dan Marsyal Besar TUDM.  


PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG


  PEMILIHAN YDP AGONG I  

Dalam bulan Ogos 1957, kesemua sembilan Raja-raja Melayu telah bersidang untuk memilih dan mengundi penyandang takhta yang pertama.  Berdasarkan senarai urutan kekakanan pada masa itu, Sultan Johor,  Major General Sultan Sir Ibrahim merupakan Raja yang paling kanan.  Walau bagaimana pun baginda telah menolak pencalonan atas faktor usia.  Ketika itu baginda telah berusia 84 tahun.

Kedudukan Raja-Raja melayu mengikut urutan kekananan pada 31 Ogos 1957 adalah seperti berikut:

(1)   DYMM Sultan Major General Sir Ibrahim ibni almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor - naik takhta pada tahun 985) - baginda menolak pencalonan.

(2)   DYMM Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin alMuadzam Shah ibni almarhum Sultan Abdullah alMustain Billah Shah (Sultan Pahang - naik takhta pada 1933) - baginda menolak atau tidak menerima undian yang cukup.

(3)   DYMM Tuanku Sir Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad (The Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan - naik takhta 1933)- telah dilantik menjadi YDPA I

(4)   DYMM Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor) - naik takhta pada tahun 1939) - telah dilantik menjadi Timbalan YDPA.

(5)   DYMM Sultan Sir Badlishah ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah - naik takhta pada tahun 1943)

(6)   DYMM Tuanku Sir Syed Harun Putra ibni almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis - naik takhta pada tahun 1945)

(7)   DYMM Sultan Sir Ibrahim Petra ibni almarhum Sultan Mohammad IV (Sultan Kelantan - naik takhta pada tahun 1945)

(8)   DYMM Sultan Sir Ismail Nasiruddin Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin II (Sultan Terengganu - naik takhta pada tahun 1945); dan

(9)   DYMM Sultan Sir Yusuf Izzuddin Redhaullah Ghafarallahu lahu Shah ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Riayatuddin alMuhtaram Shah (Sultan Perak - naik takhta pada tahun 1948).

SPBYDP AGONG I

Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
(Almarhum Tuanku Hajjah Khursiah binti almarhum Tengku Besar Burhanuddin)
(31 Ogos 1957- 1 Apr 1960)

Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad  DK DMN DK(Brunei) GCMG diputerakan di Istana Lama, Sri Menanti  pada 24 Ogos 1895. Bondanya bernama Tunku Halijah binti Tunku Muda Chik @ Tunku Aminullah ibni al-Marhum Tuanku Nasiruddin.  Baginda menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kuala Jempol,  Malay College  Kuala Kangsar dan menerima Barr-at-Law in 1928 dari Inner Temple, London.  baginda menerima gelaran Tunku Muda Serting pada 1912, 

Baginda memulakan kerjaya dalam bidang pentadbiran sebagai Atashe di Federal Secretariat Kuala Lumpur (1915-1916), ditauliahkan sebagai Lt Muda dalam Batalion Sukarela Infantri Negri Sembilan pada tahun 1915.  Baginda menyertai Malaya Admin Service (PTM) sebagai Penolong Peg Daerah (PPD) Seremban, Klang dan Hulu Selangor (1921-23), Atashe di Mahkamah Agong (1923-1925), PPD Tapah (1928-1930), Majisteret ke2 Mahkamah KL (1930-1931), Pen Pendaftar di Ipoh (1931-1932), PPD Kuala Langat (1932-1933) dan jawatan terakhirnya ialah sebagai Pegawai Daerah Batang Padang (1933) sebelum dilantik menjadi YDP Besar Negeri Sembilan.

Apabila ayahandanya mangkat, baginda dipilih menjadi Yang di-Pertuan Besar Negri Sembilan pada 2 Ogos 1933, diisytihar pada 3 Ogos dan ditabalkan di Istana Lama Sri Menanti pada 25 April 1934. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 baginda dipilih menjadi SPB YDP Agong yang pertama.  dan ditabalkan di Istana Negara pada 2 September 1957.

Almarhum berkahwin kali pertama di Singapura dalam tahun 1919 dengan Cik Engku Maimunah binti Abdullah @ Dulcibella Campbell (kemudian berpisah), perkahwinan kedua pada Mac 1921 (berpisah 1923) dengan YM Tunku Maharunnisa binti Tengku Mambang.  Perkahwinan ketiga pada 21 Mac 1929 dengan YMM Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Antah (1911-1999) (kemudian bergelar Tuanku Ampuan Besar pada 21 April 1934 dan Raja Permaisuri Agong pada tahun 1957-1960). Perkahwinan keempat pada tahun 1948 dengan YM  Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria (1922-1989)

Baginda mangkat di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 1 April 1960 semasa masih memegang jawatan sebagai YDP Agong dan dimakamkan di Makam DiRaja, Sri Menanti.  

Baginda mempunyai 3 putera dan 5 puteri:

(1)   YAM Tunku Munawir (1922 -1967) (bonda: Tunku Maharunnisa). Kemudian menjadi YDPB N.Sembilan menggantikan ayahandanya pada 1 Apr 1960. Berkahwin dengan Tunku Durratunnafisa' @ Durah binti Tunku Besar Burhanuddin.

(2)   YAM Tunku Ja’afar (1922-2008) (bondanya: Che Engku Maimunah). Kemudian menjadi YDP N.Sembilan pada tahun 1967 dan Yang DiPertuan Agong X.  Berkahwin dengan Tunku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin.

(3)   YAM Tunku Tan Sri Abdullah (1925-2008) (bonda Che Engku Maimunah).     

(4)   YAM Tunku Aida (1920 - ) (bonda: Che Engku Maimunah.

(5)   YAM Tunku Sheila DKYR JMN PJK (1924-1997) (bonda: Che Engku Maimunah).

(6)   YAM Tunku Hajjah Bahiyah (1930-2003) (bonda: d/o Tunku Khursiah. Berkahwin dengan Tengku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah dan kemudian bergelar DYMM Sultanah Kedah (1958-2003) dan Raja Permaisuri Agong V (1970-1975).

(7)   YAM Tunku Hajjah Shahariah (1932)(bonda: Tunku Khursiah).  Berkahwin dengan Tunku Abdul Rahman Alhaj ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor (1961-1981)

(8)   YAM Tunku Noraida Zakiah (1950) (bonda: Tunku Zaidah).

Peristiwa selepas tarikh perlantikan

(1)   DYMM Sultan Kedah mangkat pada 15 Julai 1958 dan anakanda baginda (Raja Muda) Tengku Abdul Halim  telah dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru dengan gelaran penuhnya sebagai DYMM Sultan Abdul Halim alMuadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah.

(2)   DYMM Sultan Johor mangkat pada 8 Mei 1959 dan anakanda baginda (Tengku Mahkota) Tunku Ismail telah dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru dengan gelaran penuhnya DYMM Sultan Ismail ibni almarhum Sultan Ibrahim.

(3)   YDP I (yang juga Yang DiPertuan Besar NS) telah mangkat pada 1 April 1960, dan anakanda baginda (Tunku Besar Seri Menanti yang juga Pemangku YDPB) Tunku Munawir telah diisytiharkan sebagai YDP Besar Negeri Sembilan yang baru dengan gelaran penuhnya DYMM Tuanku Munawir ibni almarhum Tuanku Abd Rahman. 
Sultan Selangor telah dilantik menjadi Pemangku YDPA.  


PEMILIHAN YDP AGONG PERTAMA

Senarai urutan kekananan Raja-raja Melayu pada 14 April 1960.

(1)   Sultan Pahang (1933) (menolak pencalonan)

(2)   Sultan Selangor (1939) (telah dipilih sebagai Yang DiPertuan Agong II)

(3)   Raja Perlis (1945) (dipilih sebagai Timbalan YDPA)

(4)   Sultan Kelantan (1945)

(5)   Sultan Terengganu (1945)

(6)   Sultan Perak (1948)

(7)   Sultan Kedah (1958)

(8)   Sultan Johor (1959)

(9)   YDP Besar Negeri Sembilan (1960) - menunggu untuk pusingan kedua pemilihan

SPBYDP AGONG II

Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
(Almarhum Raja Jemaah binti almarhum Raja Ahmad)
(14 Apr 1960 - 1 Sep 1960)

Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah DK DMN DK(Brunei) GCMG diputerakan di Istana temasha, Kuala Langat pada 13 Mei 1896.  Ibunya bernama Hasnah binti Pilong.

Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bandar Kuala Langat dan  Malay College Kuala Kangsar.  Baginda dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 20 Julai 1936 dan dilantik menjadi Sultan Selangor pada 31 Mac 1938 setelah kemangkatan ayahandanya, dimasyhurkan pada 4 April 1938 dan seterusnya ditabalkan pada 26 Jan 1939.

Semasa pemerintahan Jepun, baginda diturunkan takhta pada 15 Jan 1942 oleh Komander Tentera Jepun digantikan oleh adindanya Sultan Musa Ghiatuddin Shah.  Bagaimanapun apabila British kembali mentadbir Tanah Melayu, baginda dilantik semula pada 14 Sep 1945.

Pada 3 Ogos 1957 baginda dilantik menjadi Timbalan YDP Agong dan mengangkat sumpah pada 2 Sep 1957.  Seterusnya apabila YDP Agong I mangkat pada 1 April 1960 baginda dilantik menjadi YDP Agong II dan ditabalkan pada 30 Julai 1960.  Baginda mangkat di Istana Negara pada 1 Sep 1960.

Baginda dilantik menjadi Kolonel Kehormat Batalion ke 2 FMS Volunteer Force pada 8 Jun 1938 dan kemudiannya dilantik menjadi Group Capt Kehormat Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat pada 1 Jan 1941.

Baginda berkahwin kali pertama dengan DYMM Raja Jemaah binti Raja Ahmad (1900-1973) yang kemudiannnya menjadi Tengku Ampuan Selangor pada tahun 1919.  Baginda berkahwin isteri kedua pada tahun 1927 dengan Puan Hajjah Kalsom binti Hj Mahmud (1913-1990), isteri ketiga pada YM Raja Halijah binti almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak. 

Baginda mempunyai empat putera dan 3 puteri:

(1)   Tengku Abdul Aziz Shah (bonda: Raja Jemaah) (1922-2001) kemudian bergelar Sultan Salahuddin 'Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor.

(2)   Tengku Tengku Badli Shah DK SPMS (bonda: Hajjah Kalsom) (1928-1988). Berkahwin dengan Tunku Aminah binti Tunku Mahmud Zuhdi.

(3)   Tengku Sharifah Raudzah (bonda: Hajjah Kalsom)(1929) berkahwin dengan Tengku Abdul Malek ibni almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah.

(4)   Tengku Datuk Azman Shah DK SPMS SJMK (bonda: Hajjah Kalsom) (1931-  ) dan berkahwin dengan Tengku Thuraya binti almarhum Sultan Ibrahim IV, Sultan Kelantan.

(5)   Tengku Bariah (bonda: Hajjah Kalsom) (1933). Berkahwin dengan Tengku Mahmud (kemudian bergelar Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah, Sultan Terengganu), kemudiannya bergelar Tengku Ampuan Besar Terengganu.

(6)   Tengku Ismail Shah al-Haj  (bonda: Hajjah Kalsom) (1937) berkahwin dengan Cik Puan Hajjah Zahara binti al-Rashid.

(7)   Tengku Taksiah (bonda: Cik Puan Hajjah Kalsum)

Peristiwa selepas tarikh perlantikan

(1)   Sultan Kelantan telah mangkat pada10 Julai 1960 dan anakandanya (Tengku Mahkota) Tengku Yahya Petra telah dilantik menjadi Sultan Kelantan yang baru dengan gelaran penuhnya DYMM Sultan Yahya Petra ibni almarhum Sultan Sir Ibrahim.

(2)   YDPA II (yang juga Sultan Selangor) mangkat pada 1 Sep 1960 semasa dalam jawatan. Anakanda baginda (Raja Muda dan juga Pemangku Sultan) Tengku Abdul Aziz Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor yang baru dengan gelaran penuhnya  DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.


PEMILIHAN YDP AGONG III 

Senarai urutan kekananan Raja-Raja Melayu pada 21 Sep 1960.

(1)   Sultan Pahang (1933) (menolak pencalonan)

(2)   Raja Perlis (1945) (dipilih sebagai YDPA III)

(3)   Sultan Terengganu (1945) dipilih sebagai Timbalan YDPA)

(4)   Sultan Perak (1948)

(5)   Sultan Kedah (1958)

(6)   Sultan Johor (1959)

(7)   Sultan Kelantan (1960)

(8)   YDPB Negeri Sembilan (1960) -  menunggu untuk pusingan kedua giliran pemilihan

(9)   Sultan Selangor (1960) (Sultan baru) -  menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan

SPBYDP AGONG III

Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
 (Tuanku Budriah binti amarhum Tengku Ismail)
(21 Sep 1960 - 20 Sep 1965)

Almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni almarhum Syed Hussain Jamalullail DK DKM DMN SMN DK(Brunei) DK(Sel) DK(Kel) DK(Ked) DK(Pah) SSPJ SPMP SPMP(Prk) SPDK DP KCMG CMG diputerakan di Arau,Perlis pada 25 Nov 1920.  Ayahandanya ialah Raja Syed Hussain bin Syed Mahmud Jamalullail dan bondanya ialah Che Puan Wan Teh binti Endut.

Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Arau dan Hutching School dan Penang Free School.  baginda dilantik menjadi Raja Muda Perlis (Bakal Raja) pada 30 Apr 1938. Dilantik menjadi Atashe Pejabat Tanah Kangar dan Majisteret ke2 di Mahkamah Jenayah KL (1941-1942).  Pada 13 Jan 1942 telah dilucutkan jawatan sebagai Bakal Raja oleh Pemerintah Tentera Jepun dan digantikan oleh Syed Hamzah.  Syed Hamzah kemudiannya dilantik oleh Jepun menjadi Raja Perlis pada 2 Feb 1943.   Apabila British kembali memerintah, Syed Hamzah diturunkan dari takhta dan Syed Putra dilantik menjadi Raja Perlis pada 17 Sep 1945 dimasyhurkan pada 4 Dis 1945 serta ditabalkan pada 12 Mac 1949.

Pada 14 April 1960, Syed Putra telah dilantik menjadi Timbalan YDP Agong dan menjadi YDP Agong III lanjutan dari kemangkatan YDP Agong II pada 1 Sep 1960. Baginda ditabalkan pada 4 Jan 1961.  Baginda melengkapkan tempoh 5 tahun sebagai YDP Agong pada 19 Ogos 1965.

Baginda dilantik menjadi Kolonel Yang DiPertua Rejimen Peninjau pada 1 jan 1960 hingga Jun 1961. Kolonel YDP Rejimen Renjer DiRaja dari 1971-2000 serta Kolonel YDP Kor Polis Tentera Diraja dari 1999-2000.  Baginda juga dilantik menjadi Canselor USM dari 1972-2000.

Baginda berkahwin dengan Tengku Hajjah Budriah binti Tengku Ismail  DK DMN SMN SSPJ DK(Kel) di Kuala Kerai Kelantan pada 7 Mac 1941 yang kemudian bergelar Raja Perempuan Besar Perlis (1945-2000) dan Raja Permaisuri Agong III (1960-1965).  Baginda berkahwin dengan Isteri kedua,  Che Puan Mariam binti Abdullah @ Riem Baedsayanawin pada  18 jul 1952.

Baginda mangkat di IJN Kuala Lumpur pada 16 April 2000. 

Baginda mempunyai 8 putera dan 6 puteri.

(1)   Sharifah Salwa (Dato Seri DiRaja) SSPJ SPMP diputerikan pada 27 Feb 1942 (bonda: Tunku Budriah) dan berkahwin dengan Tengku Sulaiman ibni Tengku Aris Bendahara Abu Bakar ibni almarhum Sultan Ibrahim (Johor).

(2)   Syed Sirajuddin (Raja Perlis dan YDP Agong XII). Diputerakan pada 17 Mei 1943 (bonda: Tengku Budriah) Berkahwin dengan Tengku Fauziah binti Tengku Abd Rashid.

(3)   Syed Badaruddin (Dato Seri) SSPJ diputerakan pada 1 Jan 1945 (bonda: Tunku Budriah)dan berkahwin dengan Tunku Mudziah binti Tuanku Munawir.

(4)   Sharifah Jalaina (Dato Seri DiRaja) SSPJ (bonda: Tunku Budriah) diputerikan pada 3 Mac 1946 dan berkahwin dengan Ghulam Ahmad Kayani (Dato Haji).

(5)   Sharifah Azwan (Dato Seri DiRaja) SSPJ (bonda; Tunku Budriah) diputerikan pada 14 April 1947 dan berkahwin dengan Tengku AbdulHalim ibni almarhum Sultan Ibrahim (Kelantan).

(6)   Sharifah Junetta (Dato Seri) SPMP (bonda: Tunku Budriah) diputerikan pada 17 Jun 1948 dan berkahwin dengan (1) Tengku Haizam Ahmad bin Tengku Muhammad dan (2) Muhammad Jorji bin Harun.

(7)   Syed Amir Zainal Abidin (Dato Seri) SSPJ SPMP diputerakan pada 11 Jan 1950. (Bonda: Tengku Budriah) dan berkahwin dengan (1) Tengku Puteri Datin Paduka Zahariah binti almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (berpisah), (2) Datin Seri Nur Aini bint Datuk Abdullah (berpisah) dan (3) Chik Puan Heidi binti Hamid.

(8)   Syed Razlan (Tan Sri Dato Seri) SSPJ SPMP diputerakan pada 21Jan 1951 dan berkahwin dengan Datin Seri Sharifah Hishmah binti Syed Hassan Shahabuddin.

(9)   Syed Zainal Anwar (Dato Seri) SSPJ SPMP SSIS diputerakan pada 20 Feb 1952 dan berkahwin dengan Tengku Putri Dato Paduka Puan Sri DiRaja Nur Zihan binti almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah SSIS DPSJ.

(10)  Syed Zainal Rashid (Dato Seri)SPMP (bonda: Che Puan Mariam) diputerakan pada 18 April 1953.

(11)  Syed Azni Dato Seri) SPMP (bonda: Che Puan Mariam) diputerakan pada 29 Mei 1954) dan berkahwin dengan Tengku Ilham Malina binti Tengku Temenggong Haji Abdul Aziz.

(12)  Syed Badlishah (Dato Seri) (bonda: Che Puan Mariam) diputerakan pada 7 Jul 1958 dan berkahwin (1) dengan Che Puan Rosyati binti Ahmad (berpisah) dan (2) dengan Datin Seri Fazlyn binti Ahmad.

(13)  Sharifah Endah (Dato Seri) SPMP diputerikan pada 19 Jul 1953 (bondanya: Che Puan Mariam) dan berkahwin dengan Nasseri Ali.
Sharifah Melanie (Dato Seri) SPMP diputerikan pada 30 Jan 1968 (bondanya: Che Puan Mariam).

Peristiwa selepas perlantikan

(1)   Sultan Perak mangkat pada 4 Jan 1963 and the Raja Muda, Raja Idris Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang baru dengan gelaran penuhnya DYMM Sultan Idris al Mutawakil Alallahi Shah ibni almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah.


PEMILIHAN YDP AGONG IV 

Kedudukan senarai kekananan Raja-raja Melayu pada 20 Sep 1965:

(1)  Sultan Pahang (1933)- menolak pencalonan

(2)  Sultan Terengganu (1945) dipilih sebagai YDPA IV)

(3)  Sultan Kedah (1958) (dipilih sebagaiTimbalan YDPA)

(4)  Sultan Johor (1959)

(5)  Sultan Kelantan (1960)

(6)  Sultan Perak (1963) (Sultan baru)

(7)  YDPB Negeri Sembilan -  menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan 

(8)  Sultan Selangor -  menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan 

(9)  Raja Perlis -  baru selesai menamatkan tugas YDP Agong III

SPBYDP AGONG IV

Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
(Tuanku Intan Zaharah binti almarhum Tengku Omar)
 (21 Sep 1965 - 20 Sep 1970)

Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni almarhum Sultan Haji Zainal Abidin IIIMuadzam Shah ibni almarhum Sultan Ahmad DK DKM DMN SPMT KCMG CMG DK(Kelantan) DK(Selangor) DK(Perak) DK(Pahang) diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907. Bondanya ialah Che Maimunah binti Abdullah (isteri keempat Sultan).  Baginda mendapat didikan di Sekolah Melayu K.Terengganu dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Almarhum Tengku Ismail berpengalaman berkhidmat sebagai Sub-Insp Polis, Pegawai Perkhidmatan Awam,  Timbalan Pendakwa Raya, Pendaftar mahkamah Tinggi dan Majisteret antara tahun 1924 hingga 1943 sebelum dilantik menjadi Sultan Terengganu menggantikan anak saudaranya Sultan Ali  yang diturunkan takhta oleh Kerajaan British pada 29 Nov 1945 setelah Jepun menyerah diri.  Almarhum isytiharkan  menjadi Sultan pada 16 Disember 1945  dan ditabalkan di Istana Maziah dengan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 6 Jun 1949.

Pada 21 Sep 1960 baginda dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertuan Agong sebelum menaiki takhta Yang Di Pertuan Agong pada 19 Ogos 1965 sehingga 20 Sep 1970.

Dilantik menjadi Kolonel YDP Rejimen Peninjau (kemudian menjadi Kor Armor) pada 5 Jun 1961 sehingga baginda mangkat pada 20 Sep 1979.

Baginda berkahwin kali pertama dengan Che Wan Aminah binti Wan Chik (tahun 19xx), perkahwinan kedua (1929) dengan Tengku Tengah Zaharah binti Tengku Omar binti almarhum Sultan Sir Ahmad Shah Pahang (1911-1979) (berpisah) dan perkahwinan ketiga dengan Tengku Intan Zaharah binti Tengku Omar  DK DMN SSMT SPMT (1928-) kemudiannya dilantik menjadi Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949 dan Raja permaisuri Agong pada tahun 1965.  Baginda mengahwini isteri keempat  yang bernama Che Jarah binti Abdullah. 

Baginda mangkat di istana Badariah, Padang Seri Negara pada 20 Sep 1979 dan dimakamkan di Makam DiRaja Masjid Sultan Zainal Abidin.  

Almarhum  meninggalkan empat putera dan tujuh puteri:

(1)   Tengku Mahmud- bondanya Tengku Tengah Zaharah (1930 - 1998) kemudian bergelar Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah.

(2)   Tengku Abdul Malik Shah SSMT SPMT (19xx)-  bondanya Tengku Tengah Zaharah  -berkahwin dengan (1) Tengku Zakiah binti Tengku Mahmudibni almarhum Sultan Abdullah al Mutasim Billah Shah(cerai), (2) x, (3)  Puan Nik Fauziah binti Mamat, dan  (4) Tengku Zahab binti Tengku Ahmad.

(3)   Tengku Wok Fatima (1933) -bondanya Che Aminah. Berkahwin dengan Tengku Hitam Hussein bin Tengku Wok Khazaki.

(4)   Tengku Zaharah Puteri -bondanya Che Aminah. Berkahwin dengan Tengku Chik Muhammad Yus

(5)   Tengku Zaleha Puteri - bondanya Tengku Tengah Zaharah. Berkahwin dengan Raja Ahmad Baharuddin Ismail Shah bin Raja Abdul Rashid.

(6)   Tengku Noor Azia Iman Puteri (1934-1972)- bondanya Tengku Tengah Zaharah.

(7)   Tengku Zainah Puteri (1935) - bondanya Tengku Tengah Zaharah. Berkahwin dengan Tengku Zainal Karib bin Raja Harun al Rashid.

(8)   Tengku Ibrahim (25 Jan 1939)- bondanya Tengku Tengah Zaharah. Berkahwin dengan Sharifah Aminah binti Syed Abdul Rahman (cerai), (2) Tok Puan Roshita binti Abdullah@ Lau Yam Hong

(9)   Tengku Abdullah (19xx) bondanya Tengku Tengah Zaharah. Berkahwin dengan (1) Puan Fatimah binti Muhammad, (2) Puan Hajjah Roslina binti Abdullah, (3) Puan Zariah binti Affendin, (4) Wan Kamariah binti Wan Sulaiman dan  (5) Tok Puan Hajjah Rahimah binti Awang.

(10) Tengku Maria Norshiah (1941)- bondanya Tengku Tengah Zaharah. Berkahwin dengan Tunku Dato Sri Shahabuddin bin Tunku Burhanuddin.

(11) Tengku Ruqiyah. bondanya Che Aminah. Berkahwin dengan Tengku Ali bin Tengku Mustapha.

(12) Tengku Azizah Ramlah (1969) - bondanya Puan Jarah. Berkahwin dengan Raja Tan Sri Abdul Aziz bin Raja Salim.

Peristiwa selepas tarikh perlantikan

(1)   YDP Besar Negeri Sembilan mangkat pada 18 Apr 1967 dan adindanya Tunku Jaafar (Tunku Laksamana) telah dimasyhurkan sebagai YDP Besar NS yang baru dengan gelaran  DYMM Tuanku Jaafar Alhaj ibni almarhum Tuanku Abd Rahman.


PEMILIHAN YDP AGONG V

Kedudukan senarai kekananan Raja-raja Melayu pada 20 Sep 1970:

(1)   Sultan Pahang (1933) - menolak pencalonan

(2)   Sultan Kedah (1958) (dipilih sebagai YDPA V)

(3)   Sultan Johor (1959) menolak pencalonan.

(4)   Sultan Kelantan (1960) (dipilih sebagai Timbalan YDPA).

(5)   Sultan Perak (1963).

(6)   YDPB Negeri Sembilan (1967) (YDP Besar baru) -  menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan.

(7)   Sultan Selangor (1960) -  menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan.

(8)   Raja Perlis (1945)-  menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan.

(9)   Sultan Terengganu (1945) -  baru selesai menamatkan tugas YDP Agong IV.

SPBYDP AGONG V

 
Almarhum Tuanku Haji Abdul Halim al Muadzam Shah ibni almarhum 
Sultan Badlishah
(Almarhum Tuanku Bahyah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman)
(21 Sep 1970 - 20 Sep 1975)

Al Sultan al Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muazzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah DK DKH DKM DUK DMN DK(Kel) DK(Pahang) DK(Sel) DK(Perlis) DK (NS) DK(Johor) DK(Tggu) DK(Perak) DK(Brunei) DP (Swak) DUNM SPMK SSDK DHMS diputerakan di Istana Anak Bukit Alor Setar pada 28 November 1927.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Badlishah ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah manakala bondanya ialah Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud.

Tengku Abdul Halim mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar dan Wadham College, Oxford.

Baginda dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1946 dan kemudian menyertai Perkhidmatan Awam Kedah pada tahun 1955 dan pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Alor Setar dan Perbendaharaan Negeri.  Semasa ayahandanya gering, Tengku Abdul Halim dilantik memangku Sultan dari  9 Mac 1957 hingga 13 Julai 1958 dan seterusnya di isytiharkan menjadi Sultan Kedah pada 14 Julai 1958 apabila ayahandanya mangkat pada 13 Julai 1958.  Baginda ditabalkan di Balai Besar Alor Setar pada 20 Februari 1959. 

Pada tahun 1965baginda dilantik pada tahun 1965 dan kemudian dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke 5 pada 21 Sep 1970 dan ditabalkan di Istana Negara pada 20 Feb 1971 sehingga tamat tempoh penggal peperintahan pada 21nsep 1975.

Baginda adalah Kolonel YDP Rejimen Askar Melayu DiRaja mulai 23 Sep 1975 dan Kor Perkhidmatan DiRaja  pada tahun 1999.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Utara Malaysia mulai 1988 hingga sekarang.

Baginda berkahwin dengan Tuanku Bahiyah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman DK DKH DMN SPMK DK(Kel) DK(NS) DK(Johor) SMN (24.8.1930 -24-8-2003) pada 9 Mac 1956.  Tuanku Bahiyah ditabalkan menjadi Sultanah Kedah pada 20 Feb 1959 dan menjadi Raja Permaisuri Agong dari 21 Sep 1970 hingga 21 Sep 1975. Baginda adalah Canselor Universiti Malaya (1972-1986). 

Pada 25 Dis 1975 Tuanku Abdul Halim mengahwini Puan Haminah binti Hamidun (dari Bagan Serai, Perak)(lahir: 1953) DK DKH DMN yang dilantik menjadi Sultanah Kedah pada 21 Nov 2003.

Tuanku Abdul Halim mangkat pada 11 September 2017 dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar.

Baginda mempunyai hanya seorang puteri, iaitu Tunku Dato Seri Puteri Intan Safinaz DK DKH SSDK DKYR(NS) JP (diputerikan pada 22  Jul 1966)- bondanya Tuanku Bahiyah.

Selain dari itu, baginda Tuanku Abdul Halim mengambil dua anakanda saudaranya sebagai anak angkat iaitu:

(1)   Tengku Sarina binti Tengku Abdul Aziz (30 Apr 1960 – 31 Ogos 1991).  Berkahwin dengan Tunku Abdul Karim bin Tunku Dziauddin.

(2)   Tengku Dato Seri Soraya SHMS SSDK (30 Apr 1960) dan berkahwin dengan Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris Afifullah.

Peristiwa selepas tarkh perlantikan

(1)   Sultan Pahang mangkat pada 5 Mei 1974 dan anakandanya (Tengku Mahkota) Tengku Ahmad Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang yang baru dengan gelaran sebagai DYMM Sultan Hj Ahmad Shah Almusta'in Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah.


PEMILIHAN YDP AGONG VI

Kedudukan senarai kekananan Raja-raja Melayu pada 21 Sep 1975:

(1)   Sultan Johor (1959) menolak pencalonan

(2)   Sultan Kelantan (1960) (dipilih sebagai YDPA)

(3)   Sultan Perak (1963) menolak pencalonan sebagai Timbalan)

(4)   Sultan Pahang (1974) (dipilih sebagai Timbalan YDPA)

(5)   YDPB Negeri Sembilan (1967)   menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan 

(6)   Sultan Selangor (1960)   menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan 

(7)   Raja Perlis (1945) menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan

(8)   Sultan Terengganu (1945) waiting for his state next turn (second round)

(9)   Sultan Kedah (1958)  baru selesai menamatkan tugas YDP Agong V.

 
Almarhum Tuanku Al Sultan Yahya Petra ibni almarhum Sultan Ibrahim
(Almarhum Tuanku Zainab binti Tunku Mohammed Petra)
(21 Sep 1975 - 29 March 1979)

Al Marhum Tuanku Yahya Petra ibni almarhum Sultan Ibrahim DK DKM DMN SMN SPMK SJMK SPSK SPKK DK(Brunei) DK(Tggu) DK(Sel) DK(Ked) DK(Pahang) DK(Perlis) DP CMG diputerakan di Istana Kota Lama pada 10 Dis 1917.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Muhammad ke IV. Bondanya ialah almarhumah Cik Puan Besar Embong binti Daud (isteri ke 3).

Baginda mendapat didikan awal di Francis Light School, Penang dan juga di England.  Tengku Yahya Petra dilantik menjadi Tengku Temenggung (21/7/1939) da kemudian Tengku Bendahara (6/2/1945) sebelumdilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 1 Feb 1948.

Baginda mendapat pengalaman sebagai pentadbir apabila dilantik menjadi Penolong Bendahari Negeri, Ketua Jajahan Kota Bharu dan Pengerusi Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.  Tunku Yahya Petra memangku jawatan Sultan beberapa kali kerana kegeringan ayahandanya, kali terakhir pada 12 Dis 1959 sehingga dilantik menjadi Sultan apabila ayahandanya mangkat pada 9 Julai 1960 dan diisytiharkan pada 10 Jul 1960 serta ditabalkan pada 17  Jul 1961.

Baginda dilantik menjadi Timbalan YDP Agong pada 22 Julai 1970 dan seterusnya mengambil alih jawatan YDP Agong VI mulai 21 Sep 1975.  Baginda mangkat semasa menjawat jawatan YDP Agong pada 29 Mac 1979 dan dimakamkan di makam DiRaja Kampung Langgar, Kota Bharu.

Baginda dilantik menjadi Kolonel YDP Rejimen Artileri (Meriam) mulai 29 Jun 1966 hingga 1979.

Baginda mengahwini (1) Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra DK DMN SPMK (1917 -1992)  pada 4 Jun 1939, kemudian bergelar Raja Perempuan Kelantan pada 17 Jul 1961. Kemudian berkahwin (2) dengan xx dan (3) dengan Tengku Alexandria binti Tengku Yusuf  dan (4) dengan xx.

Almarhum Tuanku Yahya Petra meninggalkan dua putera dan tujuh puteri:

(1)   Tengku Ismail Petra (kemudian bergelar Sultan Ismail Petra) – bondanya Tengku Zainab.

(2)   Tengku Merjan SJMK DPMK (bonda Tengku Zainab)- berkahwin dengan tengku Aziz bin Tengku Muhammad.

(3)   Tengku Dato’ Rozan SJMK DPMK  (bondanya Tengku Zainab) – berkahwin dengan (1) Tengku Muhammad Nasron bin Tengku Yusuf (cerai) dan (2) Dato Shaharudin bin Shamsudin (CP) PSPPDPTS JSM BSK AMN.

(4)   Tengku Hajjah Sharifah Salwani SJMK DPMK (1944) (Tengku Zainab), berkahwin dengan Raja Aman Shah bin Raja Shahar Shah (cerai).

(5)   Tengku Rohani (Tengku Zainab)

(6)   Tengku Minasrul (1960) (Tengku Zainab) (meninggal muda)

(7)   Tengku Muhammad Petra (1966) - bondanya Tengku Alexandria.


Peristiwa selepas tarikh perlantikan

(1)   Sultan Kelantan yang juga penyandang jawatan YDPA mangkat pada 29 Mac 1979 dan anakandanya Tengku Ismail Petra (Tengku Mahkota yang juga Pemangku Sultan)  telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru dengan gelarannya sebagai DYMM Tuanku Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra.


PEMILIHAN YDP AGONG VII 

Senarai kekananan Raja-raja Melayu pada 26 Apr 1979:

(1)   Sultan Johor (1959) (menolak pencalonan)

(2)   Sultan Perak (1963) (menolak pencalonan)

(3)   Sultan Pahang (1974) (dipilih sebagai YDPA)

(4)   YDPB Negeri Sembilan (1967) (dipilih sebagai Timbalan YDPA)

(5)   Sultan Selangor (1960)  menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan

(6)   Raja Perlis  (1945) menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan

(7)   Sultan Terengganu (1945) menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan

(8)   Sultan Kedah (1958) menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan

(9)   Sultan Kelantan (1979) (Sultan baru) -  menunggu untuk pusingan kedua giliran  pemilihan  




No comments:

Post a Comment