Tuesday, February 3, 2015

036 NEGERI 7: PERAK DARURRIDZUAN

PERAK DARUL REDZUAN


Kembara ke Negeri Perak Darul Ridzuan.  Sebuah negeri yang terpanjang (jarak sempadan utara ke selatan) di pantai barat Semenanjung.

Kesultanan Perak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Kesultanan Johor.  Isteri (....bakal Sultanah) Sultan Johor sekarang adalah puteri kepada almarhum Sultan Idris Al Mutawakil Allahi Shah Afifullah, Sultan Perak sebelum DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah yang memerintah Perak sekarang.

Fakta Negeri Perak:

Luas: 21,005 km persegi
Penduduk: 2.1 juta
Kepadatan: 100/km persegi
Ibu Negeri: Ipoh
Bandar DiRaja: Kuala Kangsar


  SEJARAH PERAK  

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi. Sejarah Kesultanan Perak 
bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Mudzaffar Shah, anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka. 

Bagaimanapun riwayat Kesultanan Perak ini menempuhi pelbagai dugaan,  rintangan serta ancaman dari luar seperti serangan Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Siam dan juga Inggeris. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh. 
Penemuan lapisan bijih timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik kemasukan pendatang asing secara besar-besaran, terutamanya orang Cina dari Tanah Besar Cina. Peraturan yang merumitkan tentang pewarisan Sultan serta kedudukan kaum bangsawan yang amat berkuasa, telah menyebabkan politik Perak sentiasa bergejolak dan berlaku krisis yang berlarutan. 
Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan (yang merampas kuasa) dipujuk untuk turun takhta dengan pembayaran pencen seumur hidup supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang penasihat Inggeris (digelar Residen) tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan Polis Tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu (J W W Birch) tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877.  Malangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Seorang Pemangku Raja (Raja Yusuf) mengambil alih tempatnya dan hanya sepuluh tahun kemudian ditabalkan menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi 
raja.

J W W Birch

 PENASIHAT INGGERIS DI PERAK 
Berikut adalah nama-nama Penasihat Inggeris (Resident) di Perak sejak Inggeris secara rasminya campurtangan dalam pemerintahan negeri Perak pada tahun 1874.
  • J W W Birch (Okt 1874 - 2 Nov 1875)
  • J.G. Davidson (1876 - 1877)
  • Sir Hugh Low (1877 - 1889)
  • Frank Athelstane Swettenham (1889 - 1896)
  • William Hood Treacher (1896 - 1902)
  • John Pickersgill Rodger (1902 - 1905)
  • Ernest Woodford Birch (1905 - 1910)
  • Henry Conway Belfield (1910 - 1912)
  • William James Parke Hume (1912 - 1913)
  • Reginald George Watson (1913 - 1919)
  • George Maxwell (1919 - 1920)
  • William James Parke Hume (1920 - 1921)
  • Cecil William Chase Parr (1921 - 1926)
  • Oswald Francis Gerard Stonor (1926 - 1927)
  • Henry Wagstaffe Thomson (1927 - 1929)
  • Charles Walter Hamilton Cochrane (1929 -1930)
  • B.W. Ellis (1931 - 1932)
  • G.E. Cater (1932 - 1939)
  • Marcus Rex (1939 - 1941)      

J G Davidson dan Sir Hugh Low

Sultan Idris Shah yang mula memerintah mulai tahun 1887 merupakan seorang Sultan yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.
Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan.  Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan seorang kerabat bernama Raja Chulan (Raja DiHilir) memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Kompeni Percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. 
Gabenor Jepun di Perak semasa pemerintahan Jepun ialah:
  • Kubata Shun (1942 - 1943)
  • unknown (1943 - 1945)
  • Nomura (1945)
Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Feb 1946 dan turut serta dengan negeri-negeri Melayu lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Semasa pentadbiran BMA dan Malayan Union, penasihat British di Perak ialah  Arthur Vincent Aston (1946 - 1948).

KESULTANAN PERAK
Senarai nama Sultan-Sultan Perak sejak Kesultanan Perak diasaskan pada tahun 1528.
  • Sultan Muzaffar Shah I ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah (1549
    1528) - putera Sultan Melaka yang terakhir yang dirajakan di Perak -salah satu jajahan Melaka pada masa itu.
  • Sultan Mansur Shah I ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah (1549 - 1577)
  • Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni al-Marhum Maulana Paduka Sri Sultan Mansur Shah(1577 - 1584)
  • Sultan Tajul Arifin Shah ibni al-Marhum Maulana Paduka Sri Sultan Mansur Shah (1584 - 1594)
  • Sultan Alauddin Shah ibni al-Marhum Raja Kechil Lasa (1594 - 1619)
  • Sultan Mukaddam Shah (1603 - 1619)
  • Sultan Mansur Shah II ibni al-Marhum Raja Kechil Lasa (1619 - 1627)
  • Sultan Mahmud Shah (1627 - 1630)
  • Sultan Salehuddin Shah ibni al-Marhum Maulana Paduka Sri Sultan Mahmud Shah  (1630 - 1635)
  • Sultan Muzaffar Shah II Jalilullah bin Raja Mahmud (1636 0- 1654)
  • Sultan Mahmud Iskandar Shah Besar Auliaullah ibni al-Marhum Maulana Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah (1654 - 1720)
  • Sultan Alauddin Mughayat Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Raja Mansur (1720 - 1728)
  • Sultan Muzaffar Shah III Jalalullah ibni al-Marhum Raja Mansur (1728 - 1754)
  • Sultan Iskandar Zukarnain Shah Kaharu'llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillullahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanu'llah (1754 - 1765)
  • Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanullah (1765 - 1773)
  • Sultan 'Alauddin Mansur Iskandar Muda Shah Khalifat ur-Rahman Sulong ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanullah (1773 - 1792)
  • Sultan Ahmaduddin Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanu'llah (1792 - 1806)
  • Sultan 'Abdul Malik Mansur Mu'azzam Shah Jamalullah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillullahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Ahmaduddin Shah (1806 - 1818)
  • Sultan 'Abdullah Mu'azzam Shah Khalilullah ibni al-Marhum Sultan 'Abdul Malik Mu'azzam Shah Jamalu'llah (1818 - 1825)
  • Raja Tajuddin ibni al Marhum Sultan Abdul Malik Mansur Mu'azzam Shah (Pemangku)  (1825 - 20/12/1830)
  • Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah Safiullah ibni al-Marhum Raja Inu Muhammad Saleh (20/12/1830 - 1851)
  • Sultan 'Abdullah Muhammad Shah I 'Atiqullah ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu 'Abdul Rahman (1851 - 1857)
  • Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'azzam Shah Waliullah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah (1857 - 20/03/1865)
  • al-Matukkal Billah Paduka Sri Sultan 'Ali al-Mukammil Inayat Shah Nabiullah ibni al-Marhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah Safiullah (20/03/1865 - 26/05/1871)
  • al-Mastur Bisatriullah alJamil Sultan Ismail Mu'abuddin Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Syed Sheikh al-Khairat(26/05/1871 - 20/01/1874)
  • al-'Ashik Billah Sultan 'Abdullah Muhammad Shah II Habibullah ibni al-Marhum Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'azzam Shah (1874 - 1877)
  • Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah ibni al-Marhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I (1877 - 1887)
  • Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatu'llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar (1887 - 1916)
  • Sultan Sir Abdul Jalil Nasiruddin al-Muhtaram Shah Radhiallah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah (1916 - 1918)
  • Sultan Sir Iskandar Shah al-Kadasullah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah (1918 - 1938)
  • Sultan Sir Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah Nikmatullah ibni al-Marhum Raja Muda Musa (1938 - 1948)
  • Sultan Sir Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafarullahulah ibni al-Marhum Sultan Sir Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah
    (1948 - 1963)
  • Sultan Idris al-Mutawakil Allahahi Shah II Afifu'llah ibni al-Marhum Sultan Sir Iskandar Shah Kadasu'llah (1963 - 1984)
  • Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafaru'llahulahu (1984 - 26/04/1989)
  • Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah (Pemangku) (26/04/1989 - 26/04/1994)
  • Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafaru'llahulahu
    (26/04/1994 -27/04/2013)
  • Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Pemangku) (27/04/2013 - 26 April 2014) - baginda Sultan gering.
  • Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah (naik takhta pada 27 April 2014)

PEWARIS SULTAN PERAK

Raja Muda:              
Raja Dato Seri Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Azizi Shah Nikmatullah (putrakan  26 Sep 1941) (dilantik pada 21 Jun 2014)

Raja Di Hilir Perak:
Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain ibni almarhum Sultan Idris Shah II Afifullah- dilantik pada 21 Jun 2014)

Raja Kecil Besar:
Raja Azlan Mudzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizuddin Shah (dilantik pada 21 Jun 2014)


Raja Kecil Sulong:
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah (dilantik pada 18 Mac 2010)

Raja Kecil Tengah:

-

Raja Kecil Bongsu:
belum dilantik


MENTERI BESAR PERAK
  • Dato Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (01-02-1948 hingga 01-08-1957)
  • Tuan Hj Mohamed Ghazali bin Jawi  (01-08-1957 hingga 16-04-1960)
  • Dato Seri Shaari bin Shafie (16-04-1960 hingga 07-05-1964)
  • Dato Seri Ahmad bin Said (07-05-1964 hingga  18-03-1970)
  • Dato Seri Hj Kamaruddin bin Mohd Isa (18-03-1970 hingga 04-09-1974)
  • Tan Sri Hj Mohamed Ghazali bin Jawi (04-09-1974 hingga 01-10-1977)
  • Dato Seri Wan Mohamed bin Wan Teh(01-10-1977 hingga  01-03-1983)
  • Tan Sri Dato Seri Ramli bin Ngah Talib (01-03-1983 hingga 03-12-1999)
  • Dato Seri Mohd Tajol Rosli bin Ghazali (03-12-1999 hingga 17-03-2008) Tan Sri
  • Dato Seri Ir Ahmad Nizar bin Jamaluddin (18-03-2008 hingga 05-02-2009)
  • Dato Seri Dr Zambry bin Abd Kadir (05-03-2009 - 09 Mei 2018)
  • Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu (12 Mei 2019 - kini)

PENTADBIRAN NEGERI


DAERAH-DAERAH
  • Hulu Perak (ibu daerah ialah Grik)
  • Selama (Selama)
  • Kerian  (Parit Buntar)
  • Larut (Taiping)
  • Matang  (Matang)
  • Parit (Parit)
  • Dinding (Lumut)
  • Manjung  (Seri Iskandar)
  • Batang Padang (Tapah)
  • Batu Gajah (Ipoh)
  • Hilir Perak (Telok Intan)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Bandaraya
  • Majlis Bandaraya Ipoh


Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Taiping
  • Majlis Perbandaran Manjong
  • Majlis PerbandaranTeluk Intan
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Majlis Daerah
  • Grik
  • Batu Gajah
  • Matang
  • Kerian
  • Selama

Pelabuhan Antarabangsa
-tiada
Lapangan Terbang Antarabangsa
-

Pelabuhan Domestik
  • Lumut
Landasan Terbang  Domestik
  • LT Sultan Azlan Shah, Ipoh

Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Pulau Pangkor
  • Pantai Teluk Batik, Lumut
  • Bukit Larut
  • Lost World of Tambun (Gua Tambun)
  • Taman tema Air Bukit Merah
  • Hutan Simpan Belum
  • Hutan Lipur Ulu Kinta
  • Hutan Rekreasi Kuala Woh
  • Kompleks Sejarah Pasir Salak
  • Air Terjun Lata Kijang
  • Air Terjun Ulu Chepur
  • Air Terjun Lata Iskandar
  • Air Terjun Sungai Bil
  • Kellie's Castle
  • Pusat Penternakan Tuntung, Sungai Bota Kanan
  • Perkampungan Orang Asli Batang Padang
  • Tasik Banding, Gerik
  • Tasik Temenggur, Gerik
  • Gunung Kenderung, Gerik
  • Gua Gendang, Gerik
  • Air Terjun Tanjung Kala, Gerik
  • Santuari Burung Kuala Gula
  • Hutan Bakau, Matang
  • Zoo dan Safari Taiping
  • Muzium Geologi
  • Muzium Darul Redzuan
  • Muzium Perak, Taiping
  • Taman Tasik, Taiping
  • Menara Condong, Teluk Intan

Pokok Getah yang tertua di malaysia yang benihnya dibawa dari Brazil dan ditanam di Kuala Kangsar oleh pegawai Inggeris bernama H N Ridley pada tahun 1877.

 

Kellie's Castle

Kem Tentera
  • Kem Taiping (MSS)
  • Kem Kamunting, Taiping (Artileri)
  • Kem Harimau Malaya, Tapah (RAMD)
  • Kem Gunung Panjang, Jalan Tambun (PUSWATAN) (juga dikenali sebagai Kem Seputih)
  • Kem Syed Putra (sebelum ini dikenali sebagai Kem Suvla Lines juga popular dengan panggilan Kem Tambun) (Renjer)
  • Kem Gua Permai (RAMD)
  • Kem Changkat, Batu Gajah
  • Kem Grik
  • Kem Klian Intan
  • Kem Pangkalan Hulu
  • Kem Sri Aduka, Temenggor 
  • Kem Brinchang
  • Kem Sungai Rui
  • Pangkalan TLDM Lumut 
  • SKTLDM Parit
  • SKTLDM Sitiawan
  • TUDM Ipoh

Pusat Pengajian Tinggi
  • Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
  • Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh
  • Kampus Kejuruteraan USM, Parit Buntar
  • Universiti Teknologi MARA (Kampus Manjoi)
  • Kolej Perubatan Diraja Perak
  • Politeknik Ungku Omar, Ipoh
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
  • Institut Perguruan Ipoh
  • Maktab Perguruan Kinta



PADUKA SERI SULTAN PERAK



RAJA DATO SERI DR NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN SHAH
(Sultan Perak mulai 28 Mei 2104)


 DYMM SULTAN PERAK 
Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu lah Shah
DK DKM DMN DK(Kel) DK(Tgu) DK(Perlis) DK(Joh) DK(Sel) DK(Ked) DK(NS) DKMB (Brunei), SSM PSM PMN SPCM SPTS SPMP SIMP
(31 Jan 1984 - 27 Mei 2014)

BIODATA:

Raja Azlan Shah diputerakan pada 19 Apr 1928 di Kampung Manggis, Batu Gajah.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafarallahu lahu ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhtaram Shah.  Bondanya ialah almarhum Puan Hajjah Khadijah binti Dato' Wangsa Ahmad.

Raja Azlan mendapat didikan di Batu Gajah English School, Malay College Kuala Kangsar, Universityof Nottingham (Lincoln Inn).  Memulakan kerjaya sebagai seorang Majisteret sehingga mencapai jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman iaitu sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 1982 sehingga dilantik menjadi Sultan Perak pada tahun 1984.

Pada 1 Julai 1983 Raja Azlan Shah dilantik menjadi Raja Muda Perak.  Hanya 7 bulan menjadi Raja Muda, baginda menaiki takhta Sultan Perak pada 31 Jan 1984 apabila Sultan Idris mangkat.  Pengisytiharan sebagai Sultan dibuat pada 3 Feb 84 dan ditabalkan pada 09 Dis 1985  dengan gelaran Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu lahu Shah.

Pada 29 April 1984 Sultan Azlan Shah didisytiharkan perlantikan sebagai Timbalan YDP Agong dan dilantik menjadi YDP Agong pada 26 April 1989 sehingga 25 April 1994.

Sultan Azlan Shah adalah Kolonel YDP untuk Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan juga Kor Kesihatan DiRaja.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Malaya.  Baginda pernah menjadi Presiden Persekutuan Hoki Malaysia dari 1981-2004 dan kini masih Timbalan Presiden International Hockey Federation.

Tuanku Sultan Azlah Shah berkahwin dengan Tuanku Permaisuri Bainun (binti Mohamad Ali) DK DMN DK(Sel) di Pulau Pinang pada 9 Dis 1955.  Perkahwinan ini baginda berdua dikurniai dengan dua putera dan tiga puteri:
  • Raja Datuk Sri Nazrin Shah DK DKSA SPCM SPTS SPMP DK(Selangor) MA PhD (Harvard).  Raja Muda Perak. Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah.  Pro-Canselor Universiti Malaya.
  • Raja Dato Sri Azureen SPCM. dilahirkan pada 9 December 1957.
  • Raja Dato Sri Ashman Shah DK SPCM BSc.Econ LLM.  Raja Kecil Sulong Perak. diputerakan pada 28 Dis 1958 (mangkat pada 30 Mac 2012).
  • Raja Dato Sri Eleena SPCM. Dilahirkan pada 3 April 1960.
  • Raja Dato Sri Yong Sofia SPCM.  Dilahirkan pada 24 June 1961.
Paduka Seri Sultan Azlan Shah mangkat pada 27 Mei 2014 setelah memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan selama lebih 20 tahun.


ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH II IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SHAH
(4 Jan 1963 - 30 Jan 1984)

Almarhum DYMM Paduka Sri Tuanku Sultan Idris II al-Mutawakil Allahahi Afifu’llah Shah ibni almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah DK DKM DK(Johor), DK (Pahang), DK (Terengganu) SPCM SPMP PJK CMG diputerakan di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 12 Ogos 1924 (Raja Idris Shah). Anakanda sulung kepada almarhum Sultan Sir Iskandar Shah Kadasallah ibni almarhum Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah. Bondanya ialah almarhumah Raja Puteh Umi Kalsum binti Raja Kulop Muhammad Keramat. Mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan, Clifford School dan MCKK. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke the London School of Economics (LSE).  Antara jawatan Kerajaan yang disandang setelah menamatkan pengajian ialah:
  • Pegawai Pemungut Hasil Tanah, Kuala Kangsar (1940-1941)
  • Atache Setiausaha Kerajaan Negeri (1946)
  • Ataché Oxford County Council and Bullingdon Rural District Council (1951).
  • Pengerusi Jawatankuasa Penghulu-Penghulu Perak (1953-1963)
  • MEC Perak (1952-1958)
  • Pengerusi Majlis Pangkuan Raja Perak (1956-1963)
Dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak pada 10 Mei 1934, Raja Bendahara Perak pada 5 Okt 1938 dan Raja Muda Perak pada 12 Jul 1948 sebelum dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 4 Jan 1963.
Baginda ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan FMS pada tahun 1941, Sukarelawan Giu Tai (1944-1945), menyertai Force 036 secara rahsia pada tahun 1945.  Ditukarkan ke Rejimen Askar Melayu pada tahun 1951 sehingga bersara dalam pangkat Mejar. Baginda dilantik menjadi Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Jurutera (1968-1984).
Dilantik sebagai Sultan Perak pada 4 Jan 1963 dan dimasyhurkan pada 6 Jan 1963. Ditabalkan di Balarong Sri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 26 Okt 1963. 
Perkahwinan baginda:
  • Raja Noor Izah binti Raja Ali (12 Ogos 1943 - 17 Okt 1957)
  • Raja Muzwin binti Raja Arif Shah (1957), Raja Perempuan Perak (mangkat 2011)
  • Cik Asmah (?)
  • Cik Puan Hanizah @ Annie Chan binti Abdullah (berpisah 1962)
  • Cik Aminah @ Amy Lim Kam Fong, Cik Puan Negara (1961-1974)
  • Datuk Sri Sharifa Salma binti Sayyid Ahmad al-Kaf (1964) 
  • Che’ Satira @ Suteen binti Abdullah (1967)  
  • Datuk Sri Hajjah Norizan binti Haji Hamzah (mangkat 2006)
Baginda mempunyai 7 putera dan 7 puteri:
  • Raja Dato’ Sri Yusuf Izzuddin Iskandar Shah (1954) dari bondanya Raja Mazwin. 
  • Raja Dato’ Sri Haji Iskandar Zulkarnain (bondanya raja Mazwin)
  • Raja Shahrulzaman (bonda Cik Haniza) - mangkat 2014
  • Raja Alang Iskandar (bonda Cik Haniza)
  • Raja Dato’ Sri Jamil Arifin (bonda Raja Muzwin)
  • Raja Ahmaddin Razman (bondanya Sharifa Salma). 
  • Raja Shaharuddin Rashid (bondanya Sharifa Salma).
  • Raja Dato’ Sri Nazhatul Shima (bondanya Raja Mazwin)
  • Raja Halimatun Shahrin (bondanya Cik Haniza)
  • Raja Zarith Sofia (bondanya Raja Mazwin) 
  • Raja Radziatul-Zahar (bondanya Raja Muzwin)
  • Raja Juliana Rafeah (bondanya Sharifa Salma).
  • Raja Saidatul-Mardiah (bondanya Puan Norizan)
  • Raja Shuibah (bondanya Puan Norizan)


 
ALMARHUM SULTAN YUSUF IZZUDIN SHAH IBNI ALHAMHUM SULTAN ABD JALIL NASIRUDDIN SHAH
(1948 - 1963)

ALMARHUM SULTAN ABDUL AZIZ SHAH IBNI ALMARHUM RAJA MUDA MUSA
(1938 - 1948)


ALMARHUM SULTAN ALANG  ISKANDAR SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS MURSHIDUL AZZAM SHAH
(1918 - 1938)


ALMARHUM SULTAN ABDUL JALIL NASIRUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS MURSHIDUL AZZAM SHAH
(1916 - 1918)


SULTAN IDRIS SHAH I MURSHIDUL AZZAM SHAH IBNI ALMARHUM RAJA BENDAHARA ALANG ISKANDAR SHAH
(1887 - 1916)


ALMARHUM SULTAN YUSUF MUZAFFAR SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH I
(1877 - 1887)


ALMARHUM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH II IBNI ALMARHUM SULTAN JAAFAR SAFIUDDIN SHAH
(1874 - 1877)
(DIBUANG OLEH INGGERIS KE PULAU SEYCHELLES)



MENTERI BESAR PERAK


DATUK SERI DR MOHD ZAMRY BIN ABD KADIR




    


MANTAN MB PERAK

Dato Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz 
(01-02-1948 hingga 01-08-1957)

Tuan Hj Mohamed Ghazali bin Jawi  
(01-08-1957 hingga 16-04-1960)

Suleiman Mahmud
Dato Seri Shaari bin Shafie 
(16-04-1960 hingga 07-05-1964)

Suleiman Mahmud
Dato Seri Ahmad bin Said 
(07-05-1964 hingga  18-03-1970)

Suleiman Mahmud
Dato Seri Hj Kamaruddin bin Mohd Isa 
(18-03-1970 hingga 04-09-1974)

Tan Sri Hj Mohamed Ghazali bin Jawi 

(04-09-1974 hingga 01-10-1977)




Dato Seri Hj Wan Mohamed bin Hj Wan Teh

(01-10-1977 hingga  01-03-1983)




Tan Sri Dato Seri Ramli bin Ngah Talib (01-03-1983 hingga 03-12-1999)



Tan Sri Mohd Tajol Rosli bin Ghazali 
(03-12-1999 hingga 17-03-2008) 


Dato Seri Ir Ahmad Nizar bin Jamaluddin 

(18-03-2008 hingga 05-02-2009)



No comments:

Post a Comment