Tragedi Highland Towers
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan satu dari tiga blok kondominium di
Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993.
Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan
terburuk sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.
Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok
A, Blok B dan Blok C.
https://youtu.be/GlFt9qv8EyI
Kajian geologi
Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh
khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers. Antaranya
ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
dan Jabatan Kerja Raya (JKR).Hampir setiap universiti mempunyai pusat
penyelidikan dan kepakaran berkaitan alam sekitar malah lebih mengkhusus lagi
kepada tanah runtuh antaranya seperti Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara
(Nasec) di UiTM dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) di UKM.
Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM Shah Alam.
Mangsa Yang Terbunuh
- Rohana Bano Mushtak Ahmad, 29
- Mohammad Budi Abdullah @ Robin Williams Wharton, 44
- Mohammad Adam, 6 bulan
- Carlos Rashid bin Musa (anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tun Musa Hitam);
- Rozita binti Datuk Abu Bakar (isteri Carlos Rashid)
- Bahk Jung Soon, 45 (Korea);
- Bahk Hee Won (anak perempuan Bahk)
- Koh Yuet Met
- Gene Koh Wai Keong, 15
- Brandon Koh Wai Hong, 6
- Daryl Koh Wai Kin, 3.
- Yap Kien Seng, 18.
- Yap Woei Ning
- Yap Hsiao Mei, 18
- Wong Mee Thai, 35 (emak Yap H M)
- Datin Milly Lee, 55
- Teo Tea
- Ong Yong, 53
- Douglas Ong Tee Ming, 17.
- Fatimah Abdul Majid, 66
- Che Mariam Abdul Majid, 76
- Noranira Mohamed Nor, 15
- Nik Mohamed Baharudin bin Nik Wan Mahmood, 41
- Shizue Nakajima, 50
- Dr Anne George,
- Debbie George
- Sharon George
- Majnawiyah Masnawi, 25
- Amirah Nor Hamzah, 15
- Fergus Phang Thien Liang, 26
- Ivy Lim Ai Bee (emak Fergus Phang),
- Nenek Phang, Cheng Kim Tai
- Trimah Ngarijo
- Yusna Anuar
- Farah Aruzi
- Lee Mun Lin
- Tony Lou Yoke Yong
- Adrian Lou Chung Wei
- Barry Lou Ka Wei
- Sajjive Chandran
- Prakash Chandran
- Radha Chandran
- Quah Li Jun
- Chiew Poh Wah
- Goh Fong Kiew
- Judith Mosquiter
- Suharti Kusban
- Aribinda Datta
- Rita Datta
- Mohan Raj
Punca Keruntuhan
Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan
November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh
menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers
runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut
menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta
kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan
tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah
dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan. Hutan
Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang
lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan
hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak
ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir
kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.
Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan
yang dibina di belakang Blok Satu Kondominium Highland Towers mungkin antara
punca berlakunya tanah runtuh di situ. Perunding jurutera geoteknikal, Prof
Noel Edward Simons menyalahkan rekabentuk tembok penahan yang tidak sempurna.
Jurutera Perunding Geoteknikal, Dr Alan
George Weeks menyatakan pangsapuri Highland Towers runtuh hasil daripada
pergerakan bawah tanah yang bermula dari kawasan runtuhan lereng bukit milik
Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) di belakang pangsapuri itu. Beliau menolak
kesimpulan oleh pakar Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Prof
Noel Edward Simons . Tanah runtuh kerana keruntuhan besar dan bukan beberapa
siri keruntuhan seperti dakwaan MPAJ.
Sistem saliran tidak sempurna di kawasan
pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan
dengan sistematik. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan
sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas
bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan. Rakaman video 10 minit
tahun 1992 menunjukkan air mengalir turun dari lereng bukit ke keliling
kondominium Highland Towers ketika hujan lebat, setahun sebelum tragedi. Air
membuak dari lereng bukit menuju ke arah Blok C kondominium dan tingkat paling
bawah tempat letak kereta blok itu telah dibanjiri tanah lumpur. Longkang untuk
mengalirkan air daripada paip pembentung di lereng bukit ke parit utama di
hadapan blok Highland Towers tidak dibina. Ahmad Zaini Mohd Yusof selaku bekas
pegawai daerah menyatakan Majlis Daerah Gombak (MDG) tidak menghentikan kerja
pembinaan kondominium Highland Towers walaupun pemaju gagal mengemukakan pelan
saliran untuk mengalirkan air dari kawasan itu ke Sungai Ulu Klang. Pemilik lot kosong di belakang
kondominium Highland Towers, Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB), tidak
mengadakan sistem saliran sementara kerana ia menunggu sistem induk yang akan
dibina untuk keseluruhan kawasan itu.
Topografi kawasan itu yang berbukit,
keadaan geologi dan jenis tanah yang tidak stabil juga menggalakkan berlaku
tanah runtuh. Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr
Ibrahim Komoo menyatakan tanahnya bukan batu yang kuat tetapi tanah bercampur
pasir. Ini termasuklah Bukit Antarabangsa, Taman Tun Abdul Razak, Taman
Hillview dan Bukit Indah.
Gaya hidup mereka yang memiliki taraf
ekonomi dan sosial yang tinggi berbangga menghuni di kawasan lereng, cerun dan
tanah tinggi. Mereka membeli dan membina kediaman mewah di kawasan tersebut
walaupun nampak hebat sama ada disedari atau tidak seperti pelaburan jangka
panjang untuk membunuh diri dan ahli keluarga sendiri. Apabila permintaan
tinggi maka pihak pemaju sebagai golongan kapitalis yang hanya mementingkan
keuntungan tidak 'gila' untuk berlumba-lumba membina kawasan perumahan di tanah
tinggi.
Pembinaan bangunan rancak dan tiada
pemantauan cerun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pemaju perumahan melobi
hendak memajukan cerun skala 3 dan skala 4 dengan alasan akan menggunakan
teknologi penampan cerun yang terkini. Cerun bukit ditarah secara melampau ,
pokok-pokok yang menjadi pasak bumi dan rumput tutup bumi tidak dijaga dengan
rapi.
Kerajaan negeri Selangor tidak boleh
membatalkan kontrak pembangunan yang telah diberikan kepada pihak pemaju kerana
ia membabitkan implikasi undang-undang. Pemaju yang kerugian dari segi kos
tanah, kos arkitek dan bahan binaan tentu akan menyaman pihak berkuasa. Mereka
juga melobi ahli politik agar menekan pegawai daerah, pegawai pejabat tanah dan
sebagainya. Mereka lupa bahana yang pasti bakal menimpa 10-20 tahun lagi.
Contoh terbaik ialah Taman Pertanian Bukit Cerakah seluas 3,000 ekar di Seksyen
U10, Shah Alam telah diagih-agihkan kepada lebih 30 pemaju Kawasan ini adalah
bukit-bukit tinggi dan kawasan tadahan air.
Kronologi Peristiwa
11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A
Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui
Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12
tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit
sebelum tragedi itu berlaku. Dia yang sedang berbual dengan Puan Abraham, terdengar
bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya. Surirumah Leela
George (39) menyatakan dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam' jam
1.30 tengah hari dari arah belakang blok A.
124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan
(FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment
dan Kem Wardieburn membantu mencari . Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan
penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , sukarelawan PBSMM datang lebih
awal.
Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu
terjuih keluar dan begoyang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di
Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan
diselamatkan.
Nakajima Shizue, 50 wanita rakyat Jepun
turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum
Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.
Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri kabinet datang
menjenguk.
12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland
Tower di Taman Hillview, Hulu Kelang diarah
mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat
dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan
Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.
13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat
Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi.Mereka menggunakan
teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam.
Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung
tragedi Pangsapuri Highland Towers.
15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai
enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam
runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu
tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu
dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat
memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak
untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.
16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah
dibenarkan keluar daripada HKL.
17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet
bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup
dihentikan.
18 Disember: Pasukan penyelamat menemui
enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
19 Disember: Pasukan penyelamat menemui
tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di
tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30
malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam
10.15 malam.
20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk
seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat
seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak
dipercayai anaknya.
21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat
diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri
Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan
bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha.
22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat
dihentikan.
Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi
pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers. Kondominium
itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd.
14 Oktober 1997 , Bekas presiden Pertubuhan
Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala
Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak
mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan
pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan
bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak
melebihi dua tingkat.
14 November 1997 , Koroner Mohd Radhi Abas
dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan
disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian
nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit
runtuh. Ia "bukan satu bencana alam semula jadi".
Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua
dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong. Saman
terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga
RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan
Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab-
Malaysian Finance Berhad, Tropic Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd.
Gambar yang dirakam oleh Bruce Aaron Mitchell (49), bekas juruterbang Tentera
Marin Amerika yang mengambil 8 keping gambar dari tingkap bilik pangsapuri
kawannya di Blok C menjadi bukti dalam kes saman terhadap 10 pihak. Gambar itu
menunjukkan tanah runtuh dan runtuhan kondominium Blok A di saat-saat tragedi
itu . Pengurus Projek Micheal Patrick Rickard (51), penghuni di Blok C mendakwa
rompakan bermula ketika operasi menyelamat mangsa yang pada masa itu dipercayai
masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Blok C yang runtuh pada
11 Disember, 1993. Padahal bangunan yang dikosongkan itu dikawal oleh tentera
dan polis. Bekalan air dan elektrik terputus selepas blok satu runtuh.
8 Ogos 2002: Hakim Datuk James Foong di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7
daripada 10 pihak yang disaman 60 penghuni, waris dan keluarga mangsa tragedi
Highland Towers sebagai cuai.Laporan penghakiman 162 muka surat itu
mengembirakan Dr Benjamin George selaku pengerusi Persatuan Penduduk dan
Pemilik Highland Towers.
4 Disember 2002: Arab-Malaysian Finance Bhd
(AMFB) merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus yang
bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mokhtar Sidin dan Datuk Mohd
Saari Yusoff berkaitan pampasan yang perlu dibayar. Di
Mahkamah Rayuan, 3 hakim diketuai Datuk Gopal Sri Ram bersama Datuk Richard
Malanjum dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff memerintahkan 3 pihak yang cuai
supaya membayar gantirugi. Iaitu MPAJ 15 %, , jurutera Wong Yuen Kean
10 %, Arab-Malaysian 30 % , Metrolux Sdn. Bhd. dan MBF Property
Services Sdn. Bhd. 20 %.
2004 : Akhirnya diluar mahkamah ,
AmFinance Bhd setuju membayar RM52 juta kepada 139 plaintif yang diketuai oleh
Dr Benjamin George.
18 Februari 2006 : Mahkamah Persekutuan
sebulat suara memutuskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Majlis Daerah
Gombak (MDG) atau mana-mana kerajaan tempatan mempunyai kekebalan dan
dilindungi Seksyen 95 (2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 daripada sebarang
tuntutan sebelum runtuhan. Tan Sri Steve Shim Lip Kiong , Datuk Abdul Hamid
Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria memutuskan MPAJ tidak bertanggungjawab
terhadap kerugian sebelum dan selepas kondominium itu runtuh. Kerajaan tempatan
ditugaskan menjalankan beberapa tanggungjawab termasuk menyedia dan
menyelenggara tempat rekreasi, memungut sampah, menyediakan kenderaan awam,
menyedia rumah untuk setinggan dan banyak lagi serta harapan orang ramai adalah
tinggi. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada pembayar cukai di kawasan mereka
dan sumber kewangannya hanya melalui cukai taksiran dan bayaran lesen.
Keadaan Semasa
Dua blok yang masih tegak berdiri utuh.
Pada tahun 1995,terdapat perancangan untuk membaikpulih
Blok 2 dan 3 untuk didiami semula namun pemeriksaan mendapati bangunan itu
tidak lagi selamat untuk didiami.
Maka satu-satunya pilihan yang ada
adalah merobohkannya.Pihak berkuasa menyatakan 2 blok lain iaitu Blok 2 dan
Blok 3 tidak selamat diduduki , akan roboh bila-bila masa dan mereka mesti
pindah ke lokasi lain. Tetapi sehingga kini masih tidak roboh
atau runtuh. Highland Towers tidak lagi didiami hari ini. Ia dibiarkan telah
ditumbuhi semak samun menjadi mangsa sasaran laku musnah. Jadi sebenarnya pakar
geoteknik masih tidak dapat meramal dengan tepat bila dan di mana tanah runtuh
akan berlaku.
.
KRONOLOGI:
Highland Towers
11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.
12
Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu
Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari
dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.
13
Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing
pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk
menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
15
Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur
menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai
lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta
serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua
rakyat tempatan.
16
Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
17
Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat
supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
18
Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat
seorang kanak-kanak.
19
Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita
reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat
kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala
mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
20
Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran
ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan
sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
21
Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan
48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah
itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota
iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas
Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu
Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas
disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.
22
Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
No comments:
Post a Comment