SULTAN JOHOR MODEN
KETIGA
ALMARHUM SULTAN ISMAIL
(1959 - 1981)
DYMM Sultan Sir Ismail al-Khalidi ibni al-Marhum Sultan Sir
Ibrahim DK DMN SMN GCMG KBE CMG DK(Brunei) DK(Selangor) DK(Trengganu)DK(Pahang
DK(Perak) SPMJ SSIJ SPMK PIS Grand Commander of the Order of the Crown of Siam,
Grand Commander of the Order of the Crown of Italy, Commander of the Order of
the Star of Romania.
Almarhum Sultan Ismail diputerakan di Istana Semayun, Johor
Bahru pada 28 Oktober 1894, adalah putera kedua (kekandanya meninggal semasa
kecil) kepada DYMM Sultan Mejar
JeneralSir Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar. Bondanya ialah Sultanah Maimunah. Mendapat didikan awal di Rose Hill School,
Tunbridge Wells, Kent, Aldeburgh Lodge, Suffolk, Roydon Hall, Norfolk dan Kolej
Melayu Kuala Kangsar.
Baginda dilantik menjadi pewaris Kesultanan Johor dengan
gelaran ‘Tunku Mahkota’ di Johor Bahru
pada 2 November 1895.
Pada 12 Mac 1934 di lantik kepangkat Mejar dalam Pasukan
Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).
Pada 8 Mei 1959 Tunku Ismail dilantik sebagai Sultan Johor ke 3 bagi menggantikan
ayahandanya yang mangkat dan dimasyhurkan pada 6 Jun 1959 seterusnya dimahkotakan
di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960.
Baginda menzahirkan bintang Darjah Setia Sultan Ismail
JohorYang Di Berkati pada 28 Oktober 1974. Baginda juga merupakan Kolonel Komandan JMF dari 1959
– 1981 dan dilantik menjadi Keptan Yang DiPertua TLDM.
Baginda telah dilantik menjadi Canselor UTM yang pertama
dari tahun 1978 sehingga baginda mangkat pada tahun 1981.
Baginda berkahwin dengan mengahwini Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad pada 30
Ogos 1920 (5 Februari 1905 - 14 September 1977), kemudian bergelar DYMM Sultanah Aminah pada
28 Oktober 1959 dan ditabalkan pada 10 Feb 1960. Ungku Tun Aminah telah mangkat
pada 14 Sep 1977 akibat kemalangan jalanraya.
Almarhumah Sultanah Tun Aminah binti Ungku Ahmad
Baginda juga pernah berkahwin dengan Ungku Maimunah pada tahun
1930an.
Setelah kemangkatan Sultanah Tun Aminah, baginda
mengahwini Tunku Nora binti Tunku Ahmad
(lahir: 10 October 1937) pada 13 November 1977, kemudian bergelar DYMM Sultanah Nora pada 28
Okt 1978).
Sultanan Nora binti Tengku Ahmad
Semasa hayatnya baginda telah empat kali menolak pencalonan
untuk menjadi Yang DiPertuan Agong. Iaitu dalam mesyuarat pemilihan untuk
menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia ke IV (20 Sep 1965), YDPA IV (20 Sep
1970), YDPA VI (21 Sep 1970) dan YDPA VII (26 Apr 1979), nama DYMM Sultan
Ismail berada di senarai yang teratas sekali. Namun untuk kesemua pemilihan itu
baginda telah menolak pencalonan sebagaimana almarhum ayahandanya dahulu.
Hanya ketika anakandanya almarhum Sultan Iskandar
memerintah negeri Johor pada tahun 1981
telah menerima pencalonan untuk menjadi YDPA VIII pada bulan Apr 1984.
Baginda mangkat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 10 Mei 1981 dan dimakamkan
di Makam Sultan Abu Bakar, Bukit Mahmudiah.
Almarhum Sultan Ismail mempunyai empat putera dan tiga puteri:
1. YM Tunku
Abdul Jalil dilahirkan pada 11 Mei 1924 dan meninggal dunia pada 16 Mei 1925
(bondanya Ungku Aminah).
2. YM Tunku
Kalthum Maimunah dilahirkan pada 22 Dis 1927 dan meninggal dunia pada 15
Februari 1930 (bondanya Ungku Aminah).
3. YM Tunku
Abdul Rahman diputerakan pada 29 Julai
1930 dan meninggal dunia pada 16 September 1930 (bondanya Ungku Aminah).
4. YM Tunku
Mahmud Iskandar (bondanya Ungku Aminah) - kemudiannya menggantikan ayahandanya
sebagai Sultan Johor ke 4.
5. YM Tunku
Abdul Rahman DK SPMJ SSIJ SPCM SPMS PIS BSI
diputerakan pada 25 November 1933
(bondanya Ungku Maimunah). Dilantik menjadi Tunku Aris Bendahara pada 8
Mei 1959, dan Tunku Mahkota pada 10 Ogos
1961. Dilantik semula menjadi Tunku Bendahara pada 29 April 1981. Berkahwin
dengan Tunku Hajjah Shahariah binti
al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (YDP Negeri Sembilan) pada 25 Okt 1956 dan
dikurniakan seorang putera (Tunku Abu Bakar).
Tunku Abdul Rahman mangkat pada 12 Julai 1989.
almarhum Tunku Abdul Rahman (almarhum) dan Tunku Hajjah Shahariah
6. YM. Tunku
Helen diputerikan pada 15 Feb 1936 dan
meninggal dunia pada 20 November 1937
(bondanya Ungku Maimunah).
7. YAM Tunku Tun
Maimunah (nama timang-timangan Tengku Gedung) diputerikan pada 12 Feb 1939 (bondanya Ungku Maimunah) dan berkahwin
dengan YAM Tunku Tan Sri Dato' Osman bin Tengku Temenggong Ahmad pada 27 November 1958 dan dikurniakan 2 putera dan 2 puteri. Tunku Maimunah mangkat pada 13 Jan 2012.
ALBUM SULTAN ISMAIL
jbdirectory.com
No comments:
Post a Comment