Tuesday, February 3, 2015

M 026 SULTAN JOHOR 5: SULTAN IBRAHIM II

Daulat Tuanku!, Daulat Tuanku!, Daulat Tuanku!!
.
.
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR 
(SULTAN JOHOR KE 5)


DIMASYHUR SEBAGAI SULTAN

PADA 23 Jan 2010. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru lanjutan dari kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar.

Majlis pemasyhuran adalah selaras dengan Perlembagaan Negeri Johor 1895 dibacakan secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada jam 10.21 pagi Sabtu.



"Menjunjung seperti dalam Perlembagaan Negeri Johor 1895, pewaris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dengan ini dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan dalam undang-undang yang sama" kata MB.

Sebaik sahaja dimasyhurkan, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Johor dan  berikrar mematuhi undang-undang dengan adil dan saksama. 
Baginda yang berpakaian Baju Melayu Johor berwarna putih, juga berjanji untuk menghormati dan melindungi Islam dan adat istiadat Melayu dan teguh memegang Perlembagaan Negeri Johor 1895 serta juga Undang-undang Islam Johor.


Majlis angkat sumpah disaksikan oleh bonda tirinya, mantan Sultanah Johor, Tuanku Hajjah Zanariah, isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan semua anakanda serta kekanda dan adinda baginda.

Pemasyhuran ini adalah turutan dari kemangkatan ayahanda baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, di Puteri Specialist Hospital di sini pada jam 7.15 petang Jumaat. Majlis pemasyhuran mengambil tempat beberapa jam sebelum jenazah almarhum Sultan Iskandar dimakamkan diMakam DiRaja Bukit Mahmoodiah.

Sehari sebelum ini, pada 22 Jan 2010, Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Pemangku Sultan apabila ayahandanya dimasukkan ke hospital kerana kegeringan.



Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah berkahwin pada tahun 1982.



Tunku Ibrahim Ismail telah diisytiharkan menjadi Tunku Mahkota Johor (Crown Pince of Johor) pada 3 Julai 1981.  Baginda juga telah dilantik menjadi Pemangku Sultan dari 25 Apr 84 hingga 24 Apr 89 apabila ayahandanya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong.


Tunku Ibrahim Ismail, diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.  Bondanya ialah Sultanah Kalsom yang berbangsa Inggeris.  Tunku Ibrahim mendapat dididkan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor Bahru dan kemudian dihantar ke Trinity Grammar School di Australia dari 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abu Bakar (English College). Tunku Ibrahim Ismail menerima pendidikan asas agama islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek,  Johor Baharu.



Setelah menamatkan persekolahan menengah, baginda telah dihantar mengikuti latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Darat (PULADA), Kota Tinggi selama 3 bulan. Kemudian baginda dihantar mengikuti latihan lanjutan ketenteraan ke US Infantry School of Arms, Fort Benning, Georgia, USA dan kemudiannya mengikuti latihan peperangan khas di Special Warfare School,  Fort Bragg, North Carolina, USA.


Sepulangnya ke tanah air, Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Timbalan Pemerintah Pasukan Tentera Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force). Tunku Ibrahim Ismail juga telah mengikuti latihan asas penerbangan helikopter di Pusat Latihan Terbang TUDM di Kluang sehingga menerima sayap penerbangan. Baginda juga pernah mengikuti latihan pendek selama 2 bulan di pusat latihan TLDM.

Tunku Ibrahim seorang yang aktif dalam sukan dan sangat cemerlang dalam permainan polo dan pernah bermain di peringkat antarabangsa. Baginda juga boleh bermain tenis, golf, perahu layar, menembak dan berminant dengan permotoran.


CONGRATULATIONS to Tuanku Sultan Ibrahim (Ku Yem) on his proclaimation as a new Sultan of Negeri Johor Darul Taazim dan jajahan takluknya.


Photobucket  Photobucket

Tuanku Ibrahim berkahwin pada 22 Sept 1982 dengan Raja Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Afifullah Shah dan baginda berdua dikurniakan Allah dengan enam orang putera dan puteri: 
  • Tunku (Brig Jen) Dato' Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar DK1 DK2 SPMJ SMJ - Tunku Mahkota Johor (diputerakan pada 4 Jun 1984)
  • Tunku Aminah Maimunah Iskandariah. (diputerikan pada 8 April 1986).
  • Tunku (Mej) Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (diputerakan pada 25 Dis 1987) - Tunku Temenggung Johor.
  • Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Dis 2015). - Tunku Laksamana Johor.
  • Tunku (Kapt) Abdul Rahman Hasanal Jeffri (Iman) (diputerakan pada 5 Feb 1993). - Tunku Panglima Johor.
  • Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (diputerakan pada 30 Mei 2001). Tunku Putera Johor.

Tunku Dato' Ismail (Tunku Mahkota Johor)

Tunku Maimunah Aminah Iskandariah

Tunku Idris Iskandar (Tunku Temenggung Johor)


Photobucket
Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar

Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri

Tunku Abu Bakar Iman


Tuanku Sultan sangat terkenal dengan aktiviti 'Kembara Mahkota Johor'. Semasa menjadi Tunku Mahkota Johor, tiap-tiap tahun Sultan Ibrahim Ismail ibni almarhum Sultan Iskandar mengetuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) sejak tahun 1998. Rombongan baginda yang disertai oleh penunggang motorsikal berkuasa tinggi dan kenderaan pacuan 4 roda akan melawati semua daerah dan kampung-kampung di seluruh Johor.

Tujuan Kembara ini yang turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri adalah untuk menemui dan mengetahui masalah rakyat serta menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Tuanku with his favourite bike

Gelaran Sultan Johor yang baru

JOHOR BAHRU 25 Jan. - Gelaran rasmi bagi Sultan Johor yang baru ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, gelaran itu merujuk kepada Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta'zim.

Bagi pasangan baginda, gelaran rasmi ialah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah. Perbezaan di sini ialah tiada gelaran Sultanah sehingga diperkenankan kelak.

Manakala gelaran rasmi Tunku Mahkota Johor ialah Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Baginda Sultan sedang berucap di salah sebuah masjid di Johor

Raja Zarith Sofia bersama puteri tunggalnya Tunku Aminah

SIGNIFIKAN

Apakah sinifikan DYMM SULTAN IBRAHIM JOHOR dengan diriku? 

PERTAMA,  Tuanku adalah Sultan dan yang DiPertuan bagi Negeri Johor Darul Taazim dan jajahan taaluknya.

KEDUA. Tuanku diputerakan pada 22 Nov, sama dengan hari lahirku.  Bezanya baginda diputerakan pada tahun 1958 manakala aku dilahirkan pada tahun 1959. Selepas ini, setiap kali aku menyambut hari jadi, seluruh negeri Johor akan bercuti sehari. 

KETIGA, Tuanku mengikuti latihan penerbangan helikopter di PULATIBANG 2, TUDM Kluang dalam tahun 1981 bersama dengan 'my batch'  (Course siri berapa, aku kurang ingat). Baginda mengambil perbarisan tamat latihan dan penyempurnaan sayap penerbangan (sebagai parade commander) dalam tahun 1982. Bagaimanapun, aku tidak bersama-sama dalam perbarisan itu kerana aku telah gagal latihan penerbangan lebih awal dan telah bertukar ke TUDM Kuching. Skot aku yang lain Rahman, Ravi, Saib dan Lokman dapat peluang menghadiri makan malam bersama Tuanku di Istana Johor.

TMJ mengetuai perbarisan penganugerahan sayap penerbangan 1982


 BERITA-BERITA SELEPAS DIISYTIHARKAN 
 MENJADI SULTAN 

Empat Gelaran 'Dato' Johor' Ditarik Balik

Jemaah Majlis DiRaja Johor(JMDRJ) mengesahkan penarikan semula gelaran Dato' kepada empat individu (penerima) oleh DYMM Sultan Johor berkuatkuasa 11 Jun 2010. Penarikan semula berkenaan adalah atas justifikasi mereka tidak lagi menepati kriteria Undang-undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor. Mereka yang ditarik balikgelaran Dato' ialah:

Dato' Chua Jui Meng (SPMJ dan DPMJ). beliau adalah seorang ahli politik, bekas Naib Presiden MCA, bekas Ahli Parlimen BN kawasan bakri, Muar dan juga bekas Menteri Kesihatan Malaysia. Beliau menyertai PKR pada tahun 2009 setelah kecewa tewas dalam pemilihan jawatan Presiden MCA ditangan Dato' Ong Teng Keat pada tahun 2009.

Dato' Sharifah Mazlina binti Syed Abd Kadir (SPMJ dan DPMJ). Beliau adalah bekas Pensyarah Sains Sukan UITM dan merupakan wanita Asia pertama yang berjaya merentasi Kutub Selatan dan Utara berseorangan.

Lt Kdr Dato' Shaftdean Lutfy Rusland (SPMJ dan DPMJ). Beliau adalah seorang pegawai TLDM yang juga suami kepada Tunku Muna Najiah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj.

Dato' Hassan bin Yunos (DPMJ). Beliau adalah seorang Peguam.


Tiada Penganugerahan Pingat Semasa HUT Keputeraan

Tidak seperti Negeri-negeri lain, selain mendapat cuti umum sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Keputeraan Sultan/Raja atau Yang DiPertua Negeri mereka, HUT disambut dengan perayaan besar-besaran (malah ada yang beberapa hari) yang menelan belanja ratusan ribu ringgit, malah boleh mencapai juta.  Selain dari, HUT Keputeraan Sultan ramai orang yang mendapat pelbagai bintang, pingat dan gelaran.  Ada Dato Seri, Dato' Seri DiRaja, Dato Seri Utama, ada Dato Pahlawan, Dato Wira, Dato Paduka dan macam-macam lagi.  Ada negeri yang menganugerahi gelaran Dato' kepada beratus-ratus orang dalam setahun.  Negeri yang tidak mempunyai Sultan/Raja pun ada yang melebihi negeri beraja dengan memberi pelbagai-bagai peringkat gelaran Dato.  Malah..malah..malah..Wilayah Persekutuan (yang tidak mempunyai Raja atau YDPN) pun turut mengeluarkan anugerah bintang, pingat dan gelaran.

Sejak mengambil alih pemerintahan negeri pada 22 Januari 2010 baginda tidak mengurniakan pingat semasa HUT Keputeraan Baginda.  Semasa menyambut HUT Keputeraan ke 53 pada 22 November 2011, DYMM Sultan Johor tidak mengurniakan sebarang pingat.  Baginda hanya mengadakan jamuan teh rakyat.

Pada pendapat saya, bukanlah baginda tidak langsung menghargai jasa rakyatnya, tetapi Baginda amat teliti.  Hanya yang benar-benar berjasa serta menepati syarat kelayakan tertentu sahaja yang akan dikurniakan pingat.  Waktunya pun atas titah dan keizinan Tuanku sendiri, tidak semestinya semasa HUT Keputeraan.  Syabas Tuanku kerana menjaga STANDARD Dato' Johor.




Sultan Johor Revives Old Royal Attire

HIS Royal Highness Sultan Ibrahim Sultan Iskandar of Johor made a striking appearance at the Proclamation Ceremony of the 14th Yang DiPertuan Agong on Dec 13.


He was resplendent in an attire which many assumed to be newly designed for the occasion.  The attire reflected history.

Sultan Ibrahim has a penchant for reviving royal court traditions inherited from the temenggong, from governance to diplomacy and from the art of dressing to protocol.

He has confirmed royal blue as the sovereign's colour. In his wisdom, Maharaja Abu Bakar in 1871 chose the colour to denote the universe, reflecting his faith in Islam and  his subservience to Allah.

Maharaja Abu Bakar embarked on a visit to England in 1866 and thereafter, at different times, to Europe, Turkey, Egypt, Japan and China with an eye for the needs of his country. He adapted the ceremonial attire, decorations and conduct of European and Middle Eastern courts.

At a ball in honour of the Prince of Wales in 1882, he was dressed in blue velvet with diamonds.  It was his style of living modelled on the contemporary practice of  European courts.

Yet, he preserved a shrewd mixture of Malay tradition and Western innovation. He was insistent on the observance of Malay decorum where he deemed it appropriate. This trait has permeated  Johor's modern sultanate.


  

Abu Bakar introduced and popularised the Baju Melayu Telok Belanga. But he did not decree it as ceremonial attire for royalty.

Instead he preferred the European tunic,  adapted to Eastern design, with braided epaulette, gorgets, chevrons and shiny baubles. The tunic was made of dark blue velvet. The epaulette, gorgets and buttons were encrusted with diamonds. The chevron was braided with gold thread intricately designed with gambier and pepper motif. The head gear is a black velvet songkok adorned with an aigrette of diamond pendants.

The songkok was introduced during the time of Temenggong Ibrahim. The Malays, who had been using the tanjak, had the brim of the Western hat removed and wrapped it with a piece of cloth into the shape of a turban. For ease of the wearer the cloth was later removed and the turban evolved into a songkok. Abu Bakar decreed the black velvet songkok as the official ceremonial headgear for Malays.

Abu Bakar had members of his cabinet wear a dark blue ceremonial uniform, complete with dress sword and black songkok with a silver aigrette. To this day, counsellors of the royal court wear a similar uniform.

The chief ministers, too, were similarly attired as they were made presidents of the royal  court until 1966, after which no politician was appointed counsellor or president. The menteri besar now wears the ceremonial uniform of the Johor civil service.

Abu Bakar's son Tunku Ibrahim was dressed in the white ceremonial uniform of an officer of the Johor Military Forces (JMF) when he was appointed the Tunku Mahkota in 1891. But he perpetuated the ceremonial attire designed by Abu Bakar for his coronation and birthday celebrations. Sultan Ismail wore similar attire at his coronation on 10 Feb, 1960.

Sultan Ibrahim as commandant of the JMF was always photographed in uniform similar to the British army field service uniform. But, he and the rulers after him, Sultan Ismail and Sultan Iskandar, as commandant adopted the white ceremonial uniform of the JMF as official uniform at royal ceremonies.

Last year, Sultan Ibrahim departed from the white uniform and revived the dark blue uniform introduced by Abu Bakar. However the design was based on the JMF ceremonial uniform complete with the JMF upturned bill cap. This is the uniform that he wears for his official portrait.

He sought the opinion of the Council of the Royal Court on the reintroduction of the ceremonial attire of  Abu Bakar to showcase Johor's past glory. The uniform was stitched based on the original design. The songkok was made by an artisan in Muar. The original epaulette, gorgets and buttons set in diamonds designed by Abu Bakar had been secured in a bank vault as part of the crown jewels.

The diamonds form an heirloom collection of Abu Bakar who was described by The Washington Post of 25 Jan, 1893, as "a ruler who in full regalia strings US$10,000,000 worth of diamonds from his shoulders". The newspaper recognised that Abu Bakar's wealth was due to his success  in the economic development of Johor and in his  visits to foreign lands to promote trade of the state's products, including spices, gambier, rattan, tin and tea.

The stars adorning his left breast are insignias of the two oldest orders of chivalry in the country. The Order of the Royal Family and the Order of the Crown of Johor were  introduced by Abu Bakar on 31 July, 1886, 30 years earlier than other Malayan states. Sultan Ibrahim decreed the heirloom, regalia and crown jewels be made state property to be enjoyed by the ruling sovereign.

Some quarters have voiced their criticism that the Johor sultanate has no traditional Malay attire as a ceremonial uniform. This is a non-issue as apparel is only a physical appearance. The sultanate wears its heart on its sleeves in ensuring the welfare, prosperity and happiness of its people.

Read more: New Straits Times http://www.nst.com.my/streets/johor/sultan-revives-old-royal-attire-1.24102#ixzz1hn72ljNd


 ALBUM TUANKU 


bersama paduka adinda Tunku Hajjah Azizah

Tuanku sebelum majlis perkahwinan bersama tunangnya

Sebagai Canselor Universiti Tun Hussein Onn

 
Tuanku bersama keluarga (semasa masih menjadi Tunku Mahkota)

Photobucket
bersama ahli keluarga selepas pemasyhuran Tunku Mahkota
 
 
Memeriksa perbarisan semasa merasmikan Mesyuarat DUN

  
Tuanku yang mesra rakyat


Hobi- bermotor besar dan  kuasa tinggi

   
Memandu keretapi

 
 
Serius dan jovial semasa ditemu ramah

 

 

  

  
 
  
  
Tuanku Sultan menganugerahkan bondanya Puan Kalsom dengan Darjah Kerabat (DK)
sempena HUT keputeraan baginda 52 pada 22 Nov 2010.



SULTANKU - SEGAK,GAGAH DAN BERGAYA


ALBUM YAM RAJA ZARITH SOFIA


 
Permaisuri (Sultanah) yang intelek, anggun dan kaya dengan senyuman

.
birthday tea party

  DAULAT TUANKU!  

 


 



Nanti aku akan buka satu Tajuk khusus untuk DYMM Tuanku Raja Zarith Sofiah


ff




fff

No comments:

Post a Comment