Sunday, February 8, 2015

M 072 KEMBARA JOHOR 1: ASAL USUL NAMA DALAM DAERAH LEDANG DAN MUAR

KEMBARA
JOHOR
ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI NEGERI JOHOR: SIRI 1

Seperti mana yang pernah ditulis papar dalam blog ini di bawah tajuk Negeri Johor (Sejarah dan Pentadbiran), terdapat 10 buah daerah di dalam Negeri Johor Darul Taazim iaitu; Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Ledang dan Kulaijaya.

Walaupun aku dilahir dan dibesarkan di negeri Johor dan pernah sampai ke semua bandar-bandar utama di negeri ini, aku masih ingin mengunjungi pekan-pekan kecil serta tempat-tempat bersejarah atau pelancongan yang menarik di negeri ini (jika berkesempatan).

Sejak aku berkhidmat dalam TUDM (tahun 1980), saya tidak berpeluang untuk mengambil cuti yang panjang untuk membolehkan aku pergi melancong.  Sama ada peluang terhad atau ketidakcukupan kewangan!.

Sebahagian besar dari peluang lawatan (kali pertama) aku melawat bandar-bandar di Johor, aku perolehi semasa zaman kanak-kanak.  Sama pernah dibawa oleh bapaku untuk mengunjungi saudara mara atau mengikuti rombongan sekolah.

Nama-nama tempat (bandar dan pekan) di Negeri Johor yang dinamakan bersempena dengan sesuatu peristiwa, sejarah, nama orang, nama pokok, nama binatang, nama barang dan sebagainya sebagai contoh:
  • Kota Tinggi
  • Batu Pahat
  • Kluang
  • Layang-layang
  • Tongkang Pecah
  • Sungai Mati
  • Rengit
  • Ayer Baloi
  • Ayer Hitam
  • Minyak Beku
Aku mengambil kesempatan ini untuk cuba (secara sepintas lalu) mencatatkan sejarah atau asal  usul nama setiap bandar atau pekan di Johor setakat yang aku mampu.  Maklumat tersebut aku perolehi dari beberapa website seperti johordt.gov.my, jiwang.org, zkeretapi.blogspot dan wikipedia dll.

Peta di atas adalah peta Negeri Johor yang asalnya mempunyai 8 buah daerah. Pada bulan Jun 2008, dua buah daerah baru diisytiharkan iaitu Ledang dan Kulaijaya. Manakala di bawah adalah peta selepas menjadi 10 buah daerah.

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Dalam blog kali ini, aku hanya ingin membayangkan bahawa aku berpeluang untuk mengelilingi Negeri Johor dan dapat melalui dari satu daerah ke satu daerah dan singgah di pekan-pekal kecil yang selama ini aku hanya pernah mendengar namanya.

Dalam Bahagian pertama ini, aku nak bawa pembaca untuk mengembara ke 5 daerah iaitu Ledang, Muar dan Segamat.  Kalau dulu Tunku Mahkota membuat Kembara Johor dengan menaiki motor besar, aku akan membawa pembaca blog ini untuk mengelilingi Johor dengan menaiki tikar terbang atau secara maya. 

PERJALANAN MAYA ini bermula dari sebelah utara Johor kerana sejarah awal penempatan Negeri Johor bermula dari bahagian pantai barat sebelah utara, iaitu Daerah Muar (sebelum dipecahkan menjadi dua buah daerah, iaitu Muar dan Ledang pada tahun 2008). Mungkin ini ada kaitan dengan sejarah pembukaan dan kesultanan Negeri Melaka.


Sejarah Muar telah bermula sejak zaman Hindu lagi. Dalam perkembangan awal sejarah trdisional.

Nama Muar telah muncul lebih dahulu daripada zaman pembukaan Melaka. Dalam tahun 1361, seorang sami Buddha dan pendita di Istana Majapahit bernama Prapanca telah menulis sebuah syair terkenal bernama Nagarakertagama. Dalam syair ini ada menceritakan tentang wilayah yang ditakluki oleh Majapahit di Tanah Melayu. Antara jajahan yang ditaklukinya ialah Muar. Pada masa tersebut raja Majapahit ialah Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya ialah Gajah Mada (1350-1389). Perkara ini ada dicatatkan dalam Majalah JMBRAS, October, 1935, Volume XIII Part 2, muka surat 15-16.

Kisah kemunculan Muar yang lebih awal daripada Melaka ini telah diperkuatkan lagi dengan sumber-sumber lain. Barros yang menulis dalam tahun 1553 telah mengatakan bahawa Parameswara  (Paramicura) yang dihalau keluar dari Temasik (Singapura) kerana membunuh raja negeri itu, telah lari dan berhenti di Muar dan membina sebuah kota kayu di kawasan pedalaman bernama Pagoh.

Mengikut sejarah Melayu, Temasik (Singapura) dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Syah telah dikalahkan oleh Kerajaan Majapahit. Maka Sultan Iskandar Syah telah berpindah ke Muar. Di sini baginda telah membuka dua kawasan di tebing Sungai Muar iaitu Biawak Busuk dan membina sebuah kota yang dinamakan Kota Buruk. Selepas daripada inilah baru Sultan Iskandar Syah berpindah dan membina Melaka.

Satu peristiwa yang telah menunjukkan hubungan istimewa Muar dengan Melaka telah berlaku pada tahun 1488. Dalam tahun inilah Sultan Alauddin Riayat Syah I telah mangkat di Pagoh, Ulu Muar dan di Makamkan di situ.


Makam almarhum Sultan Alauddin Riayat Syah I (Sultan Melaka ke 5)

Lagenda Sejarah Muar 

Dari Sejarah Lisan dan Sastera Rakyat Orang Sakai Atau Melayu Asli


Dalam lagenda atau catatan penceritaan purba seperti mitos dan legenda ada mencatatkan perihal Muar yang pada ketika itu dikenali sebagai Kole, Kouli dan Cole. Kouli ada dalam catatan India tetapi kepastiannya sebagai Muar masih dipersoalkan oleh beberapa sarjana dan pakar sejarah. Dalam buku hikayat mitos atau lagenda Melayu iaitu dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Malim Deman dan dalam buku sejarah At Tarikh Negeri Kedah ada juga disebut tempat bernama Muar. Catatan Cina juga ada menukil mengenai Cole. Apa pun kita biarkan pakar sejarah menentukannya apabila bukti sainstifik diperolehi.

Dalam tulisan ini Kouli buat sementara ini dirujuk sebagai Muar kerana ada catatan daripada sejarah lisan atau sejarah rakyat Kouli itu daripada perkataan Kuala yang dikenali oleh orang sakai atau orang asal (sakai laut dan sakai darat). Mereka mengatakan sebelum Muar bernama Muar , Muar bernama Teluk Dalam dan sebelum bernama Teluk Dalam, Muar dipanggil Kuala. Ini bermakna sebelum Muar bernama Muar, ia telah terkenal sebagai sebuah tempat bernama Teluk Dalam dan sebelum Teluk Dalam, Muar dikenali sebagai Kuala. Kepelatan orang asing terutama lidah India adalah munasabah untuk dipercayai atau disesuaikan hingga ia dikenali sebagai Kouli atau Kole.

Kerajaan Kouli berpusat di pergigian air atau pantai Teluk Dalam iaitu daratan Bakri Batu 2 ke Kaki Bukit Treh menjalur ke Kesang Tasek dan Sungai Mati. Di sebelah selatan menghala kaki Bukit Mor Parit Jawa. Bukit Pasir di Parit Bakar yang ada sekarang dikatakan asalnya sebuah pulau pasir yang terlongok daripada pasir dari hulu Sungai Muar dan tolakan arus air laut. Akhirnya ia membentuk pulau dan bukit pasir dan lama kelamaan bercantum dan menjadi daratan. Tanah daratan ini semakin lama semakin menjulur ke luar beberapa ribu tahun sehinggalah sebagaimana yang terdapat pada hari ini. Proses ini masih terus berlaku. Daratan yang ada sekarang yang melunjur ke pantai dari Bakari Batu 2 atau Tanah Perkuburan Bakri Batu 2 itu merupakan lautan pada zaman dahulu.

Ketika Haji Mohd Noh bin Lebai Haji Mohamad (1850-1923) seorang saudagar raja Cerebon membuka Bakri yang pada asalnya dikenali sebagai Kampung Jawa pada tahun 1869, beliau ada mencatatkan (Syair Orang Jawi, 1903) bahawa kawasan Batu 2 hingga ke Pekan Muar atau Kuala Bentayan merupakan paya atau tanah rendah sentiasa berair. Air pasang boleh naik sampai ke Bakri Batu 3. Mereka bersampan membawa masuk barang keperluan orang-orang Jawa, kaum kerabat Jawanya dari Cerebon di pedalaman setelah melurus dan meletakkan ban atau benting di kiri kanan anak sungai yang terkenal sebagai sungai Bentayan itu.

Dari Bakri Batu 2 ke Bakri Batu 3, kawasan itu didiami oleh anak-buah dan kaum kerabatnya yang berasal daripada Kerabat diraja Melayu Pagoh. Orang Pagoh juga dikatakan berasal dari persemendaan keturunan sultan Melaka dengan kerabat diraja Pahang. Haji Mohd Noh sendiri telah beristerikan anakanda Tun Mansor bin Tun Ali Bendahara Pahang dan telah dikurnia Sungai Raya. Haji Mohd Noh telah menggalakkan mereka berpindah ke Bakri dari Pagoh ketika diburu oleh orang suruhan Sultan Ahmad Pahang, kekanda kepada Tun Mansor yang menuduh Tun Mansor dengan pengikutnya ingin memberontak. Mereka mempercayai kawasan Bakri sesuai untuk dihuni dan didiami mereka kerana mereka percaya tapak itu adalah bekas tapak kota kerajaan Melayu purba (Kouli) mengikut petunjuk ahli para normal atau pawang diraja mereka. Banyak juga orang-orang Pahang telah tinggal di Pekan Muar dan Padang dan bersemenda dengan kaum kerabat Orang Kaya Muar yang berketurunan Melayu Bugis Campa kerana mereka juga mempunyai pertalian darah dengan mereka.

Hal mengenai Parit Jawa pula, pada zaman dahulu adalah lautan dan pantainya terletak di kaki Bukit Mor juga ada tercatat dalam Sejarah Pembukaan Parit Jawa ( Syair Abd Rahman, 1909) dan juga tercatat dalam Buku Hikayat Ibrahim Munshi (1871). Tanah-tanah lumpur dan kelodak yang dibawa turun oleh Sungai Muar akhirnya membentuk daratan yang begitu subur. Kawasan ini pernah suatu ketika dahulu dikenali sebagai Padang kerana tanah pamahnya yang rata dan meluas saujana mata memandang. Di puncak Bukit Mor pernah tercatat terdapat istana raja Melayu Cempa ketika kerajaan Melayu atau empayar Melayu Cempa berkuasa dahulu.

Mengikut tempuh waktu pula, Muar dikatakan dikenali disekitar abad ke 13 di zaman keagongan Majapahit. Teluk Dalam dalam zaman Hindu Budha sekitar abad ke 9 dan Kouli yang tercatat dalam kitab Hindu di antara abad pertama hingga ke 9. Kebudayaan Hindu meluas dan tersibar ke Asia Tenggara sejak abab ke 2 sebelum masihi. Apa yang hendak dicatatkan di sini meskipun para sarjana menganggapnya adalah dari sumber mitos yang tidak boleh dihujah dan bukan sebagai realiti adalah beberapa jangkaan seperti nama Muar yang tersebut di atas dan beberapa peristiwa daripada sejarah lisan mahupun sastera rakyat berkenaan kewujudan Muar. Ketepatan mahupun realitinya kita biarkan saja para pakar mengkaji dan menelitinya. Mungkin pada hari ini kita tidak banyak ada kemudahan dan peralatan yang dapat mengesan dan mengesahkan lagenda atau mitos yang mungkin berasal dari realiti juga.


Mengikut sejarah, orang asli Melayu berasal dari pergunungan dan lembah di utara Thailand dan selatan Cina. Ada juga sejarah purba mencatat penghijrahan manusia dari pergunungan Himalaya di Utara India menyebar ke utara, ke barat, ke selatan dan ke timur dan sebagainya. Penghijarahan ke timur ini dipercayai melahirkan sebuah suku bangsa besar Melayu yang berkerajaan di Utara Thailand dan di Selatan China. Kemudian penghijrahan terus berlaku ke arah selatan melalui Segenting Kera dan Semenanjung Tanah Melayu dan terus bertebaran ke serata kepuluan di Lautan Hindi, Laut Selatan dan Lautan Pasifik hingga ke kepulauan Hawai dan pulau-pulau di barat Benua Amerika. Manakala penghijarahan suku bangsa Melayu ke sebelah barat pula merentasi Lautan Hindi sampai ke kepulauan Madagascar. Penghijarahan ini berlaku pada abad sebelum masihi dalam beberapa siri gelombang besar dan kecil hingga dibahagi oleh pakar sejarah mengikut beberapa zaman.

Berbalik mengenai penceritaan Muar terdapat mitos mengenai Si Tenggang yang di sumpah menjadi batu di kuala sungai Muar. Tempat ini dikenali sebagai Bukit Treh Muar. Pernah ahli sejarah mengkajinya dan mengakui perkataan treh itu bererti batu pejal keras yang asalnya terjadi dari cairan batu panas yang membeku pada darjah suhu yang sangat tinggi. Ia sangat keras dan dikenali sebagai batu treh dalam bahasa Melayu Asli (Orang Sakai Laut dan Sakai Darat). Batu ini dipuja dan dipercayai mempunyai kuasa ajaib dalam kepercayaan adat resam mereka.



Perihal orang sakai datang memuja batu treh yang dianggap suci termasuk kawasan terdapatnya batu treh, di Bukit Treh berakhir di sekitar 1930-an dan semenjak zaman Jepun tiada lagi kedengaran Orang Sakai Darat mahupun Sakai Laut datang lagi ke Bukit Treh Muar untuk memuja Batu Treh mahupun roh nenek moyang. Ahli Persatuan Sejarah Muar sebelum merdeka sempat mencatat bahawa orang sakai ini percaya batu Bukit Treh berasal dari langit atau batu yang terjadi hasil dari panahan petir. Mereka juga percaya Bukit Treh Muar berasal daripada sebuah kapal atau kapal Si Tenggang yang telah menderhaka kepada orang tuanya dan telah disumpah oleh ibunya menjadi batu. Kapal Si Tenggang telah tersadai dipukul ribut di tebing pantai dan dipanah petir hingga menjadi batu. Kedudukannya menghalang laluan air sungai Muar dan isi kandungannya telah menjadikannya membentuk sebuah bukit. Lebih menarik lagi, komuniti orang sakai ini mengaku Si Tenggang adalah dari keluarga orang asli (orang sakai).

Perihal kuasa sumpah menyumpah ini memang terkenal dan dipercayai dan banyak disebut dan diceritakan dalam sastera rakyat dan sejarah lisan. Kuasa jin, hantu dan syaitan dianggap begitu kuat dan sangat mempengaruhi kehidupan orang asli ini. Terdapat juga sejarah lisan dari kalangan mereka mengatakan bahawa pada suatu ketika di kaki Bukit Treh terdapat sebuah kuil Hindu yang besar diperbuat daripada emas yang dikumpulkan dari gunung ledang. Ramai penganut Hindu dan sami mereka datang berkampung di kuil itu terlebih dahulu sebelum mendaki ke kuil suci mereka yang terdapat di puncak gunung Ledang. Kuil ini dipercayai telah terbenam atau tertimbus 100 kaki ke dasar pemukaan tanah sekarang berikutan berlakunya banjir besar di zaman dahulu. Orang asli percaya kuil itu masih ada lagi di dalam tanah di kaki Bukit Treh berdasarkan penceritaan Tok Batin atau pawang mereka.

Sejarah Muar memang begitu unik. Muar juga merupakan sebuah daerah di Johor yang memiliki banyak cerita lisan dan sastera rakyat di negara ini. Kajian lisan tempatan ada menceritakan sebuah kampong yang pernah didiami atau dibuka oleh orang bermata biru pada zaman dahulu kala dan hingga ke hari ini terdapat keturunan mereka yang telah berbaur dan bersemenda dengan pelbagai suku bangsa Melayu sehingga dikatakan mata biru mereka tidak berwarna biru lagi kecuali kelabu. Kampong yang dimaksudkan bernama Gemir atau Gemih yang terletak di kaki Gunung Ledang.

Rujukan: http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2011/03/lagenda-sejarah-muar.html 



  DAERAH LEDANG  





Daerah Ledang ini akan aku lalui setiap kali aku balik kampung di Batu Pahat kerana lebuhraya PLUS merentasi daerah ini.  Kadangkala kalau aku balik ke KL melalui lebuhraya Melaka Johor, aku akan melalui Sg Mati dan jambatan baru Sg Muar sebelum memasuki negari Melaka dan keluar ke lebuhraya PLUS di exit Simpang Ampat (Alor Gajah) untuk menyelamatkan bayaran tol yang lebih banyak. 

Daerah Ledang terletak di sempadan utara Johor dengan Negeri Melaka.  ia adalah satu daerah baru di Negeri Johor (diisytiharkan pada 9 Jun 2008). Ibu daerahnya ialah Bandar Tangkak.  Aku pertama kali sampai ke Tangkak kerana membeli kain untuk pakaian raya kerana Tangkak amat terkenal sebagai syurga jualan kain sebelum wujudnya pusat beli belah Nilai 3.   



Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.

 
Bandar Tangkak - telah dinaikkan ke taraf Majlis Daerah (asalnya sebahagian dari Majlis Daerah Muar)

Daerah Tangkak berkeluasan 970.24 km persegi (374.61 batu persegi) dan jumlah penduduk seramai 138,000 telah  dibahagikan kepada enam buah mukim, iaitu:
  • Mukim Kundang
  • Mukim Kesang
  • Mukim Serom
  • Mukim Gambir
  • Mukim Bukit Serampang
  • Mukim Tangkak
Pekan Sagil ini terkenal kerana lokasinya di kaki Gunung Ledang yang amat masyhur dengan legenda Putri Gunung Ledang dalam Hikayat Hang Tuah. Pekan ini jaraknya 10km dari Muar arah ke Segamat. Sagil berasal daripada perkataan Cina iaitu SAA-IT atau SAA-YET yang bermaksud Pasir Bahagia atau Pasir Syurga. Perkataan ini telah dikomersialkan oleh penduduk setempat sehingga kini timbulnya nama Sagil. Sagil yang dahulu merupakan kawasan hutan belantara di awal penerokaan sekitar tahun 1927 telah banyak berubah. Jika dahulu ia merupakan kawasan paya dan berlembah, namun kini struktur bentuk muka bumi kampung ini telah banyak berubah dan lebih sesuai untuk aktiviti pertanian.


Di awal penerokaan, orang Jawa merupakan penduduk yang mendiami kawasan kampung ini. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar di Estet Tanah Merah dan mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pinggir estet yang kini merupakan Parit Sagil 2. Pada ketika itu, mereka mencuba untuk bercucuk tanam bagi kegunaan sendiri, namun ia tidak bertahan lama kerana sering kali diserang haiwan liar seperti gajah dan babi hutan. Penduduk kampung pada ketika itu akhirnya mengambil keputusan untuk menjadikan kawasan ini sebagai sebuah  penempatan.

Aku pun sebenarnya belum pernah sampai lagi ke Sagil kerana tidak pernah melalui jalan dari Muar ke Segamat.  Suatu hari nanti teringin juga nak ke Gunung Ledang ini.

Sagil 砂益 
PEKAN SAGIL
Pekan Sagil
 
 Gunung Ledang Resort

  
Air Terjun Gunung Ledang

 


.
Bukit Gambir ialah sebuah pekan yang sedang membangun dalam daerah Ledang. Ada satu lagi nama tempat bernama Bukit Gambir, iaitu di Pulau Pinang. Nama gambir adalah sejenis getah yang dikeringkan yang berasal dari ekstrak remasan daun dan ranting tumbuhan bernama sama (Uncaria gambir ). Di kalangan orang kampung di Indonesia (juga di Malaysia dulu) gambir pada umumnya digunakan semasa makan sirih. Kegunaan yang lebih penting adalah sebagai bahan penyamak kulit dan pewarna. Gambir juga mengandungi catechin, suatu bahan alami yang bersifat anti-oksidan.  India mengimpot 68% gambir dari Indonesia, dan menggunakannya sebagai bahan campuran menyirih. 

Manakala Gambir Sarawak atau kat Sabah di panggil Gambir Kudat lain pulak ceritanya. Ia amat masyhur tetapi bukan digunakan untuk menyirih. Ia lebih power daripada viagra untuk memanjangkan tempoh ejakulasi.  Kalau nak tau kesannya kena tanya orang pempuang laaaa.... sebab kalau tanya orang lelaki yang guna gambir Serawak ni...jawabnya mesti "Aduiiii, mampus la aku macam nihhh...dah sejam tak rasa apa-apa lagi....dah nak patah pinggang aku, lembik kepala lutut aku........."  Nak rasa  nikmat macamana? Mende alah tu dah kebas (numb). 

Meskipun Bukit Gambir sedang pesat berkembang dengan deretan kedai dan pusat perniagaan yang diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan, namun ramai pihak menyatakan ada 'kecacatan' iaitu ketiadaan stesen bas dan teksi di pekan Bukit Gambir ini. Selain stesen bas dan teksi, pekan yang mempunyai lebih 30,000 penduduk boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas termasuk pasar besar dan pasar tani, sekolah, klinik kesihatan dan pondok polis. Sejak lebih lima tahun, pembangunan di pekan itu dilihat melonjak dengan pantas sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk kawasan tersebut. 



Kalau nak tau, rupanya allahyarham Dato' Onn (ayah kepada Tun Hussein Onn dan datuk kepada Dato Seri Hishamuddin Hussein) dilahirkan di Bukit Gambir!  Macamana isteri Dato' Jaafar (MB Johor pertama) boleh berada di sana, aku pun tak tau.



Pekan lama Bukit Gambir 

Antara bangunan komersial yang didirikan di Bukit Gambir.
Pekan baru Bukit Gambir 

Grisek (kadangkala juga disilap eja sebagai "Gersik") ialah sebuah mukim di Bukit Gambir daerah Ledang.  Ia terletak di tebing Sungai Muar di seberang sungai bertentangan dengan Panchor, Pagoh. Di dalam mukim ini, terdapat juga sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai Pekan Gersik yang terletak 5 km selepas Gambir sebelum Kundang Ulu. Pekan kecil ini mempunyai populasi sekitar 3,000 orang yang 90%nya adalah berbangsa China dan selainnya adalah berbangsa Melayu (Jawa) dan India.  

Gerisik juga terdapat di Jawa Timur, Indonesia.  Mungkin dulu, Gersik (di Ledang ini) dibuka oleh pendatang (orang Jawa) dari Gersik, Indonesia. Gersik di Ledang ini popular dengan kolam air panasnya yang menjadi destinasi pelancungan.



 
 
Atas: Jeti di Kg Gersik (pinggir Sg Muar) dan tengah : kolam air panas dan bawah: Kg Gersik

Sungai Mati adalah sebuah pekan di daerah Muar Johor. Sekiranya kita keluar di exit Tol Pagoh ke arah Bandar Muar, kita akan melalui pekan Sg. Mati sebelum sampai ke bandar Muar.  Ia hanya sebuah pekan kecil, namun apakah keistimewaan Sg. Mati? Sg Mati ialah satu kesan apabila berlaku percantuman antara dua buah liku sungai di sebatang sungai yang berada di peringkat ketiga. Aliran sungai peringkat ketiga biasanya berliku-liku dan ada yang bercantum dan apabila bercantum maka wujudlah satu fenomena baru seperti kejadian tasik ladam atau sungai mati.


Pekan Sg Mati dengan bangunan rumah kedai baru.


  DAERAH MUAR  


Daerah Muar berkeluasan 2,346.12 km persegi (905.84 batu persegi) dan jumlah penduduk lebih kurang 250,000 (2013) terbahagi kepada 12 buah mukim:

  • Mukim Bandar
  • Mukim Parit Bakar
  • Mukim Parit Jawa
  • Mukim Bakri
  • Mukim Seri Menanti
  • Mukim Sungai Balang
  • Mukim Sungai Raya
  • Mukim Sungai Terap
  • Mukim Jorak
  • Mukim Ayer Hitam
  • Mukim Lenga
  • Mukim Bukit Kepong

Daerah Muar merupakan daerah yang terkenal kerana melahirkan 5 dari 6 orang Menteri Besar (MB) Johor yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum.  Mereka ialah MB pertama, allahyarham Tan Sri Hj Hassan bin Yunos (1959-1967), MB kedua, allahyarham Tan Sri Hj Othman bin Mohd Saat (1967-1982), MB keempat Tan Sri Mukhyiddin Muhd Yassin (1986-1995), MB kelima, Dato Hj Abdul Ghani Othman (1995 - 2013) dan MB Johor sekarang (mulai 2013), Datuk Hj Mohamed Khaled bin Nordin walaupun sepanjang kerjaya politiknya mewakili kawasan Parlimen dan DUN di Johor Bahru, beliau dilahirkan di Muar. Hanya MB ketiga iaitu allahyarham Dato Abdul Ajib bin Ahmad (1982 - 1986) dilahirkan di luar Muar iaitu berasal dari daerah Segamat.

Di Muar (Parit Setongkat) aku ada saudara bernama Wak Musbah (allahyarham) dan isterinya Che' Tik.  Aku sering di bawa ke sana kerana abang aku (Long) belajar di Tingkatan 6 Sek Men Md Yassin (sekolah swasta) dan tinggal menumpang di rumah aruah Wak Musbah. Arwah isteri pertama Wak Musbah sebelum berkahwin dengan Che' Tik adalah sepupu dengan emak aku.



Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dikalahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.

Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.

Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

   

Jambatan Sultan Ismail, Muar

4 
5 
Sebelum ada jambatan, pengguna jalanraya utara-selatan menyeberangi Sg Muar menggunakan perkhidmatan feri
http://berita.anak-anakmuar.my/uncategorized/sejarah-bot-penambang-dan-jambatan-sultan-ismail

   
Beberapa gambar bandar Maharani


Pekan bersejarah 'Bukit Kepong' adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan Peristiwa Serangan Balai Polis (oleh pengganas komunis) pada 23 Feb 1950 yang sungguh tragik dan menyentuh perasaan sesiapa yang mempunyai perasaan patriotik.  

Pertama kali aku sampai ke pekan Bukit Kepong ialah pada hari raya tahun 2012. Tahun tersebut aku menziarahi Wak Non (kakak emak aku) yang menetap di rumah Kak Sulasteri (sepupu aku) di Felda Seri Jaya, Bukit Serampang. 


Pekan Bukit Kepong

Saya ada tajuk khas dalam blog ini yang menceritakan kesah 'Tragedi Bukit Kepong'.


 
Balai Polis Bukit Kepong dulu, setelah musnah dibakar pengganas dan setelah dibina semula


Pagoh adalah sebuah pekan yang sedang membangun di daerah Muar.  Kalau tak membangun memang tak patut sekali sebab wakil rakyatnya dulu MB Johor, sekarang pulak Timbalan PM!  Aku pun belum pernah sampai ke pekan ini. Pagoh yang bermaksud 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707.


Pekan Pagoh

Artist Impression Hub Pendidikan Tinggi Pagoh

FUTURE PAGOH!!


Mengikut cerita secara lisan dari warga emas yang ada ia adalah ringkasan atau gabungan bagi perkataan ” PAGAR YANG TEGUH ” lalu menjadi PAGOH. Selain itu ada juga yang mengatakan ia adalah sempena nama seorang yang berbangsa cina yang mengasaskan Pagoh iaitu “PAH GOH”.


Pekan Lenga



No comments:

Post a Comment