Wednesday, February 25, 2015

M 108 SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH (SMBP)

SEKOLAH 
MENENGAH BERASRAMA PENUH

Semasa aku belajar di sekolah rendah (Sek Keb Seri Rejo Sari) antara 1966-1971, setiap pelajar dikenakan mengambil peperiksaan Penilaian Darjah V. Kalau zaman sekarang seperti mengambil UPSR.  Selain dari menilai keberkesanan dan pencapaian akademik pendidikan di sekolah rendah, peperiksaan ini juga dijadikan asas untuk pemilihan pelajar cemerlang ke Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SMBP). Biasanya hanya pelajar yang mendapat 5A sahaja yang berpeluang untuk dipilih.  Aku hanya mendapat 3A2B. Pada tahun tersebut (1970) tiada pelajar yang mendapat 5A atau 4A.  Pada waktu tersebut terpilih ke SMBP merupakan angan-angan setiap pelajar cemerlang. Sesiapa yang terpilih akan dianggap sebagai Hero Kampung.  Bangga sungguh kalau dapat masuk 'boarding school'. Maklumlah pada masa itu hanya terdapat beberapa SMBP di Malaysia iaitu MCKK, MTD (RMC), STAR, SDAR, SAS, STF, KTK SMSAH dan SMJKA.  Pada awal tahun 70an Sek Men Sains (SMS) baru sahaja mula dibina.


Pelajar pertama SRS yang mendapat tawaran ke SMBP dari SRS ialah Baharom bin Musri Beliau telah terpilih melanjutkan ke STAR, Ipoh pada tahun 1973. Pada zaman itu amat sukar bagi pelajar dari sekolah luar bandar atau sekolah kampung yang berjaya ke SMBP. Bukan disebabkan murid yang kurang bijak tetapi PELUANG AMAT TERHAD. Tak ada satu pun keadaan yang membuat pelajar seronok ke sekolah kerana aku ke sekolah pada masa itu bukan kerana ingin nak pandai, jauh sekali untuk ke SMBP tetapi tak lain kerana ROTAN bapak aku. Terima kasih BAPAK.

Apa pun, aku tetap berpeluang belajar di SMBP apabila aku ditawarkan untuk ke Tingkatan 6 Rendah (Lower 6) di Sekolah Menengah Alam Shah, Jalan Cheras dalam tahun 1977. Namun tempohnya,amat singkat, hanya lebih kurang sebulan. Ini kerana aku mendapat tawaran kedua ke UTM (Jalan Gurney) untuk mengikuti kursus idamanku, Senibina.

 
Sekolah-sekolah Tertua

Sebelum aku bercerita lanjut tentang sekolah-sekolah SMBP di Malaysia, aku nak share sikit tentang beberapa sekolah yang tertua di Malaysia, yang dibangunkan oleh Kerajaan Penjajah (colonist) British. Nampaknya dijajah British ni ada kelebihannya. Kalau kena dengan Belanda, Portugis atau Perancis, rasanya samp sekarang kita masih macam Togo, Sierra Leone, Angola, Congo, Niger dan Mali.  Kalau tak pun macam Indonesia atau Filipina. Sampai sekarang masih haru biru.


Itu pun dalam keadaan maju, aman dan makmur ni ada malaun yang masih tak tau nak bersyukur, konon ditindas, tak cukup demokrasi.  mahukan perubahan.  Tak apa, dia nak merasa perubahan, bagi dia rasa. 


Walaupun penjajah British mengaut hasil mahsul negara, namun mereka tidak melupakan rakyat jajahan untuk jadi pandai.  Walaupun slow, tapi orang tempatan ada peluang untuk belajar dan maju.  Andainya, kita tidak dijajah, mungkin kita masih duduk di kampung-kampung  kita kerjakan kebun untuk makan esok lusa sahaja. Bela kambing 5-6 ekor atau ayam 10 ekor je. Lembu pun 1-2 ekor sahaja. Kalau simpan wang banyak-banyak atau bela kambing banyak-banyak, nanti orang-orang Sultan ke Bendahara ke Temenggung ke Panglima ke Penghuku ke Sidang ke akan datang setiap minggu pungut cukai, atau rampas.  Ada anak dara lawa-lawajuga kena rampas, bawa istana jadi gundik.


Sebelum kedatangan penjajah, sekolah Melayu atau Agama dibina dalam bentuk sekolah pondok, milik ulamak perseorangan seperti Pondok Langgar di Pokok Sena, Pondok Bukit Mertajamdan Madrasyah Al Masyhur. Sekolah Melayu yang tertua di Tanah Melayu dibina dalam tahun 1872 di Bayan Lepas, Pulau Pinang iaitu Sekolah Melayu Gelugur.  Sekolah Perempuan yang tertua dikesan di didirikan di Seberang Perak,Kedah pada tahun 1907.

Antara sekolah yang awal dibina oleh pihak penjajah British sebelum Perang Dunia II ialah:
  • Penang Free School (dibina dalam tahun 1816)  merupakan sekolah formal yang tertua di Tanah Melayu dan juga Asia Tenggara.
  • Sekolah Tinggi Melaka (kedua tertua-1826)
  • Sek Men King Edward VII, Taiping (1883)
  • St George Girls School,Pulau Pinang (1885)
  • Victoria Institution,Kuala Lumpur (1893/94)
  • Anglo-Chinese School, Ipoh (1895)
  • Methodist Girl School, KL (1896) - sekolah menengah perempuan pertama di Kuala Lumpur
  • Sek Men Clifford, Kuala Kangsar (1897)
  • Sek Men Clifford, Kuala Lipis (1900)
  • Sekolah Tinggi Muar (1902)
  • Malay College, Kuala Kangsar (1905) - sekolah elit yang dibina untuk memberi pendidikan kepada putera-putera Sultan dan pembesar negeri.
  • Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar (1908)
  • Sek Men Anderson, Ipoh (1909)
  • Sek Men St Michael, Ipoh (1912)   
  • English College, Johor Bahru (1914)- kemudian menjadi Maktab Sultan Abu Bakar
  • Sek Men St George, Taiping (1915) dulunya St George Institution/
  • Sek Men Maxwell,Kuala Lumpur (1917)
  • Sekolah Tinggi Batu Pahat (1919)
  • Sek Men King George V, Seremban (1923)
  • Sek Men Teknik Kuala Lumpur (1926) - dulunya Government Trade School,kemudian Junior Technical Trade School dan Technical Institute.
  • Sekolah Tinggi Segamat (1926)
  • Sekolah Tinggi Kluang, Johor (1939)

    Malay College Kuala Kangsar.

    Penang Free School (1816)

    Penang Free School today
    Malacca High School
    Methodist Girl School, Kuala Lumpur
    Clifford School, Kuala Lipis

    Kebetulan tak ada seorang pun anak-anak aku yang berminat untuk ke SMBP.  Mereka tak mau berjauhan dengan keluarga.  Kebetulan juga mereka berminat dalam aliran agama.  Dua yang tertua bersekolah pondok di Sungai Besar, Selangor. Dua bersekolah menengah di dalam Kem dan seorang lagi bersekolah di Sek Men Islam Al Amin Gombak.  Walaupun aku antara TOP 5 masa di sekolah rendah atau menengah, aku pun tak pernah menyesal tidak terpilih ke SMBP.  Aku juga tidak merasa rugi apabila tiada seorang pun anak-anak aku yang berpeluang ke SMBP.

    Sejarah SMBP

    SBP began in 1890, with Richard Olaf Winstedt as deputy (he later became Director of Education in Malaya). "The Selangor Raja School" was established as a starting step to produce the Malay elite from among the palaces and princes, states, through the English medium education. In 1894, the school was closed for renovation and was reborn in a new form in 1905 at Kuala Kangsar, which to this day known as the Malay College Kuala Kangsar (MCKK).[1]

    Sultan of Perak, Sultan Idris in the Conference of Rulers (Durbar) in 1903 which criticised the policy of British administration, especially in the education of the Malays, saying it was merely "to produce better Malay farmers or fishermen only".[2] Sultan of Perak himself has offered on-site locations for MCKK[citation needed], with the purpose "for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service". In 1947, "Malay Girl College" was established in Kuala Lumpur, later moved to Seremban, Negeri Sembilan, known as Tunku Kurshiah College until now, named after the first Raja Permaisuri Agong.[3]

    In September 1955, an Education Committee was established which led to the conception of the Razak Report in 1956. Razak Report approved and produced the Education Ordinance 1957. The Razak Report recommended the formation of six units of Sekolah Berasrama Penuh (SBP), namely:
    • Sekolah Dato 'Abdul Razak (SDAR) – 1956
    • Sekolah Tun Fatimah (STF) – 1956
    • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) – 1957
    • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) – 1963
    • Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) – 1963
    • Sekolah Seri Puteri (SSP) – 1968


    In 1955, Kolej Islam Malaya was embodied in the former palace on the site, which was donated by the late Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman in Klang, Selangor. In 1966, the college was moved to Jalan Universiti in Petaling Jaya, Selangor. In 1967, after the customisation work was completed, the college relocated to Klang and was named Kolej Islam Klang. In 1972, the college administration was taken over entirely by the Ministry of Education Malaysia and the name was changed to Kolej Islam Sultan Alam Shah.

    The projects that needed to be implemented in the Second Malaysia Plan were stated as:
    "important projects in the plan is the establishment of ten pilot residential science secondary schools added to provide educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects."

    10 SBP have been built in the Second Malaysia Plan namely: –
    • Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (1973)
    • Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)
    • Sekolah Menengah Sains Selangor (1973)
    • Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (1973)
    • Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (1973)
    • Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1973)
    • Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (1973)
    • Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (1974)
    • Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (1974)
    • Sekolah Menengah Sains Johor (1975)



    Berikut adalah SMBP yang terawal dibina sejak negara mencapai kemerdekaan.  Di antaranya sekolah yang dibina sebelum merdeka tetapi diambil alih oleh Kerajaan dan dinaik taraf menjadi SMBP.
    • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) - khas untuk lelakiSejarah bermula pada tahun 1905. Pada awalnya dikhususkan untuk anak-anak bangsawan sahaja. Mula dibuka kepada rakyat biasa pada tahun 1947.
    • Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) - khas untuk lelaki (bermula pada 1 Mei 1956 dengan nama Malay Secondary School di Johor Bahru, kemudian berpindah ke (menumpang) di SITC Tanjung Malim pada Mei 1957. Pada 29 Nov 1958 namanya ditukar menjadi Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) dan kemudiannya telah dipindahkan ke bangunan tetap di Sikamat, Seremban pada 2 Jan 1972. Pada 2 Feb 2002, SDAR berpindah ke kompleks baru di Sungai Gadut, Seremban)
    • Sekolah Tun Fatimah (STF) - khas untuk perempuan (sejarah bermula dalam tahun 1956 dengan nama Secondary School for Malay Girls di Durian Daun, Melaka. Pada tahun 1958, namanya ditukar menjadi Sekolah Tun Fatimah. Pada Ogos 1962 STF berpindah ke kampus barunya di Jalan Tun Razak, Johor Bahru)
    • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) -  khas untuk lelaki (bermula pada tahun 1956 dengan nama Malay Secondary School, Johor Bahru. Pada tahun 13 Jan 1957, separuh pelajarnya dipindahkan ke Ipoh untuk menubuhkan sebuah sekolah baru (Malays Secondary School) di lokasi sementara di Jalan Ashby, Ipoh. Pada 6 Jan 1958 berpindah ke kampus tetap di Tiger Line (sekarang Jalan Sultan Azlan Shah) dan pada 14 Mei 1958 ia dinamakan sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).
    • Kolej Tunku Khursiah, Seremban (TKC) - khas untuk perempuan (bermula pada tahun 1947 dengan nama Malay Girl's College di Jalan Damansara, KL- pindah ke Bukit Merbah, Jln Tunku Kurshiah Seremban pada tahun 1962 (ditukar nama menjadi Tunku Kurshiah College)ndan berpindah ke kompleks baru di Bandar Enstek, Nilai pada 1 Jan 2013).
    • Sekolah Men Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963 - khas untuk lelaki.
    • Sekolah Alam Shah, Cheras (1963) -kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya  (2003)- khas untuk lelaki.
    • Sekolah Men Perempuan Jalan Kolam Air, KL (1968)- kini dikenali sebagai Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya (2003).
    • Maktab Tentera Diraja (RMC)- khas untuk lelaki.  RMC telah ditubuhkan pada tahun 3 Jul 1952 di Port Dickson dengan nama Malay Regiment Training Centre dengan dua peranan untuk melatih Pegawai Kedet (Cadets Wing) dan penddikan menengah berorientasikan ketenteraan (Boys Wing). Pada Sep 1952 dengan pengambilan pertama para pelajar MTD (Boys) dengan jumlah pelajar lelaki seramai 74 orang. Pada 17 Dis 1953, namanya ditukar nama kepada Federation Military College (FMC). Pada 20 Jun 1961, kolej ini berpindah ke Sungai Besi, KL. Pada 1 Januari 1966, FMC ditukar nama kepada namanya sekarang iaitu Maktab Tentera Diraja (Royal Military College) dan pada 3 Jun 1981, telah dianugerahkan Panji Diraja oleh SPB Yang Dipertuan Agong VII, Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Merdeka. Pada tahun 1995 Cawangan Kedet dimansuhkan dan MTD kekal sebagai SBP yang berorientasikan ketenteraan.


    Pic 2
    SDAR, Seremban
    STF, Johor Bahru
    KTK, Seremban
    STAR, Ipoh
    SAS, Cheras
    SSAH, Jitra
    Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang (KIK). Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS).


    Berikut merupakan senara nama SMBP yang ada dalam negara kita sekarang.  Termasuk dalam kategori ini ialah Sekolah Menengah Sains (SMS) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP):


    PERLIS
    • SMS Tuanku Syed Putra (SMSTSP) 1974 - dulunya SMS Perlis  
    KEDAH
    • Sek Men Sultan Abdul Halim, Jitra (SMSAH).
    • SMS Sultan Muhammad Jewa (SAINS KEDAH)
    • SMS Pokok Sena (SAINA)
    • SMS Kubang Pasu (SMSKP)
    • SBPI Kubang Pasu (I-KUPS)
    PULAU PINANG
    • SMS Tun Syed Sheh Shahabuddin (SMSTSSS) 1973 - dulunya SMS Pulau Pinang
    • SMS Kepala Batas (SAKBA) 
    PERAK
    • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1905)
    • SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).
    • SMS Tapah.
    • SMS Teluk Intan (SEMESTI).
    • SMS Bagan Datoh (SABDA).
    • SBPI Gopeng (IGOP).
    SELANGOR
    • Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)  (1955).
    • SMS Alam Shah (ASIS)
    • SMS Kuala Selangor (KUSSES)
    • SMS Hulu Selangor (SEMASHUR)
    • SBPI Sabak Bernam (INTESABER)
    • SBPI Gombak (INTEGOM)
    • SBPI Rawang (SEPINTAR)
    • SMAP Hamidiyah Kajang (SMAPK)
    NEGERI SEMBILAN
    • Kolej Tunku Khursiah (TKC), Seremban (1947) - khas untuk perempuan
    • SMS Tuanku Jaafar, Seremban.
    • SMS Tuanku Munawir (SASER).
    • SMS Rembau (SEMESRA).
    • SMAP Labu (SMAPL).
    • SBPI Jempol (INTEPOL)
    MELAKA
    • SMS Sultan Mudzaffar Shah (MOZAC) (1973)
    • SBPI Selandar (SBPIS)
    JOHOR
    • Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru (1963) - khas untuk perempuan.
    • SMS Johor (SMSJ), Kluang.
    • SMS Sultan Iskandar (ISKANDAR), Mersing.
    • SMS Muar (SAMURA).
    • SMS Kota Tinggi (SAKTI).
    • SMS Batu Pahat (dalam pembinaan).
    • SMS Semberong, Kluang (dalam pembinaan)
    PAHANG
    • SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS).
    • SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (SHAH PEKAN)
    • SMS Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub
    • SBPI Kuantan (INTEK)
    • SBPI Tun Abdul Razak, Kuantan (InSTAR)
    • SBPI Temerloh (InSoFT)
    TERENGGANU
    • SMS Sultan Mahmud (SESMA) 1973 - dulunya SMS Terengganu.
    • SMS Hulu Terengganu (SAHUT)
    • SMS Dungun (SMSD)
    • SMS Kuala Terengganu (SESTER)
    • SBPI Batu Rakit (BRAINS)
    KELANTAN
    • SMS Machang (SMACH)
    • SMS Pasir Puteh (SCIPP)
    • SMS Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) 1973 - dulunya SMS Kelantan
    • SMS Gua Musang (GUAMSS) (2015)
    SABAH
    • SMS Lahad Datu (SEMSALD)
    • SMS Sabah (SMESH), Kota Kinabalu
    SARAWAK
    • Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU)
    • Sekolah Menengah Sains Miri (SMSM @ Sainsri)WILAYAH PERSEKUTUAN
    WILAYAH PERSEKUTUAN
    • Maktab Tentera DiRaja (MTD/RMC), Sungai Besi (1952)
    • Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya
    • Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya
    • SMS Selangor (SMSS), Cheras (1973)
    • Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)
    • SMAP Kuala Lumpur (SMAKL)
    • SMS Labuan (SMEXCEL)
    Maktab Tentera DiRaja
    Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
    Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya
    Image result for kolej tunku kurshiah bandar enstek
    Kolej Tunku Kurshiah yang baru di Bandar Enstek, Nilai

    Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM adalah sejenis lagi sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

    PERLIS
    • MRSMBeseri

    KEDAH
    • MRSM Kubang Pasu
    • MRSM Langkawi
    • MRSM Merbok
    • MRSM PDRM, Kulim
    • MRSM Pendang
    • MRSM Baling
    • Kolej MARA Kulim
    • Kolej MARA Kuala Nerang

    PULAU PINANG
    • MRSM Balik Pulau
    • MRSM Transkrian
    • MRSM Kepala Batas
    PERAK
    • MRSM Grik
    • MRSM Lenggong
    • MRSM Pasir Salak
    • MRSM Taiping
    • MRSM Pengkalan Hulu
    • MRSM Felda TrolakMRSM Juala Kangsar (projek)

    SELANGOR
    • MRSM Kuala Kubu Baru
    • Kolej MARA Banting

    NEGERI SEMBILAN
    • MRSM Kuala Kelawang
    • MRSM Serting
    • MRSM Gemencheh
    • Kolej MARA Seremban
    MELAKA
    • MRSM Tun Abdul Ghaffar Baba, Jasin
    • MRSM Kem Terendak
    • MRSM Alor Gajah
    JOHOR
    • MRSM Batu Pahat
    • MRSM Mersing
    • MRSM Muar
    • MRSM Pontian
    • MRSM Pasir Gudang (dalam pembinaan)
    PAHANG
    • MRSM Tun Ghazali Shafie
    • MRSM Kuantan
    • MRSM Muadzam Shah
    • MRSM Bentong
    • MRSM Tun Abdul Razak, Felda Tun Razak
    TERENGGANU
    • MRSM Kuala Terengganu
    • MRSM Kota Putra, Besut
    • MRSM Kuala Brang
    • MRSM Besut
     KELANTAN
    • MRSM Jeli
    • MRSM Kuala Krai
    • MRSM Pasir Tumboh
    • MRSM Pengkalan Chepa
    • MRSM Tumpat
    SABAH
    • MRSM Kota Kinabalu
    • MRSM Tawau
    SARAWAK
    • MRSM Kuching
    • MRSM Betong
    • MRSM Mukah

    .

    No comments:

    Post a Comment