Monday, February 2, 2015

M 005 YANG DIPERTUA NEGERI

Image result for assalamualaikum jawi


YANG DI PERTUA NEGERI (YDPN)

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Ketua Negeri (mewakili Yang DiPertuan Agong) bagi negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang dipanggil GABENOR. Apabila negeri-negeri Singapura, Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Ketua Negeri Singapura dipanggil YANG DIPERTUAN NEGARA, Ketua Negeri Sabah dipanggil YANG DIPERTUA NEGARA, manakala Ketua Negeri Sarawak dipanggil GABENOR.

Pada 19 Ogos 1965, Singapura keluar dari Malaysia dan membentuk negara Republik. Ketua negaranya dipanggil PRESIDEN.

Jika salutation bagi Sultan dan Raja ialah DULI YANG MAHA MULIA (DYMM) atau HIS ROYAL HIGHNESS (HRH), salutation bagi Gabenor ialah TUAN YANG TERUTAMA atau HIS MOST EXCELLENCY (HME). 

Pada tahun 1976,  Kerajaan Malaysia telah meluluskan pertukaran nama YANG DIPERTUA NEGARA Sabah; dan GABENOR bagi Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak diseragamkan menjadi YANG DIPERTUA NEGERI.

Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh SPB Yang DiPertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan atau Raja. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.

Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja. Bagaimanapun Yang DiPertua Negeri tidak layak untuk mengundi bagi pemilihan Yang DiPertuan Agong dan Timbalan Yang DiPertuan Agong.

Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.


GABENOR dan YDP NEGERI MELAKA

GABENOR PERTAMA
TYT TUN LEONG YEW KOH  SMN
(31 OGOS 1957 - 30 OGOS 1959)

 

Mendiang Tun Leong Yew Koh dilahirkan pada 22 Ogos 1888 di Salak Utara, Perak. Yew Koh mendapat pendidikan awal di Canton, China sebelum menyambung pelajarannya di Tanah Melayu pada usia 13 tahun di Anglo Chinese School, Ipoh dan Sekolah St. Xavier’s, Pulau Pinang. Pada 1909, ketika berumur 21 tahun, kecemerlangan beliau dalam bidang akademik membuahkan hasil apabila berjaya mendapat ‘Queen’s Scholarship of The Straits Settlement’ untuk melanjutkan pengajian di London iaitu di ‘University College’ dan ‘Inner Temple’ dalam jurusan Undang-Undang dan Politik, London School of Economic dalam jurusan Ekonomi. Setelah tamat pengajian, beliau melawat wilayah Yunan dan China sebelum kembali ke tanahair untuk menjadi seorang peguam di Ipoh.

Pada tahun 1917, ketika berusia 28 tahun, Tun Yew Koh telah mendirikan rumahtangga dengan Ho York Ling. Pasangan ini dikurniai 7 orang anak iaitu, Ignatius Leong Kok Yin, Cyril Leong Kok Cheong, Agnes Leong, Joseph Leong Kok Chee, Anthony Leong Kok Hong, Irene Leong dan Matilda Leong. Hubungan Tun Yew Koh dengan anak-anaknya sangat rapat dan beliau sentiasa mengambil berat tentang pelajaran mereka.

Sebelum dilantik menjadi Gabenor Melaka, Tun Leong merupakan Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dalam Kabinet pertama Persekutuan Tanah melayu yang ditubuhkan pada tahun 1955.

Selepas bersara sebagai Gabenor Melaka yang pertama pada tahun 1959, beliau menceburkan diri dalam aktiviti sosial seperti menjadi Ahli kepada Majlis Peguam di Perak, Dewan Perniagaan China, Kaunsel negeri dan Pertubuhan Perlombongan China. Beliau meninggal dunia pada tahun 1963 pada usia 75 tahun.



GABENOR KEDUA
TYT TUN HAJI ABDUL MALEK BIN YUSOF  SMN
(31 OGOS 1959 - 30 OGOS 1971)


Allahyarham Tun Hj Abdul Malek bin Yusuf merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga orang adik beradik. Dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan pada tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1910.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai pegawai Kerajaan pada tahun 1917 apabila dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah kemudiannya Pegawai Daerah Seremban (1921), Setiausaha di Pejabat Tanah Jelebu, Seremban, Rembau, Majlis Bandaran Seremban dan juga Pegawai Perlesenan Kenderaan Negeri Sembilan antara tahun 1922 hingga1925. Kemudiannya menjawat Pegawai di Pejabat Tanah di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak (1927-1938),  Pegawai Pemungut Hasil Tanah di Kuala Lumpur (1942), Pegawai Daerah Tampin (1945) dan memangku jawatan Hakim Daerah Selangor dan Tanjung Malim, Perak serta Penolong Setiausaha Sekretariat Malayan Union di Kuala Lumpur (1946-1948).

Pada tahun 1948 hingga 1953 Allahyarham dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan,kemudiannya dalam tahun 1954 menjadi Ahli Lembaga Perlantikan dan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dan jawatan akhirnya sebelum dilantik menjadi Gabenor Melaka ialah sebagai Speaker Majlis Perundangan Persekutuan dari 1957 hingga Jun 1959.

Allahyarham Tun Hj. Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya kali pertama dengan Puan Khatijah bte Ahmad dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1950.  Allahyarham Tun kemudiannya telah melangsungkan perkahwinannya Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964.  



GABENOR KETIGA
TYT TUN HAJI ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID  SMN PMN SPMS
(31 OGOS 1971 - 10 MEI 1975)


Allahyarham Tun Hj. Abdul Aziz bin Abdul Majid dilahirkan pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor. Tun Hj. Abdul Aziz telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Kajang pada tahun 1920 hinggalah Allahyarham lulus Cambridge School Certificate pada tahun 1925.

Tun Hj. Abdul Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1926 sebagai guru sementara sejurus selepas lulus Cambridge School Certificate. Pada masa yang sama, Allahyarham menduduki peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Malayu (Malay Administrative Service) dan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan tersebut.

Pada tanggal 3 Ogos 1926, iaitu, setelah memperoleh kejayaan dalam peperiksaan tersebut, Tun memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Kutipan Hasil Tanah sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah dan seterusnya sebagai Pegawai Daerah di negeri Selangor. Setelah berkhidmat selama 15 tahun di dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu, Tun telah dinaikkan pangkat di Malayan Civil Service pada 3 Ogos 1941.

Sewaktu British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Malayu pada tahun 1946, Tun Hj. Abdul Aziz telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha kepada Pejabat Suruhanjaya Residen Selangor.

Pada 1 Februari 1948, telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pertama Negeri Selangor. Pada bulan Mac tahun yang sama, Allahyarham telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pentadbiran di Oxford University, London.

Pada tahun 1949 iaitu sekembalinya dari London, Tun telah ditugaskan untuk memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Di peringkat negeri, Tun telah dilantik ke jawatan Pegawai Daerah di Teluk Anson. Pada 22 Januari 1952, Allahyarham dilantik sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha di Bahagian Keselamatan Dalam Negeri, Bahagian Pertahanan.

Pada 15 April 1952, Tun dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan diikuti sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 September 1954.

Tahun 1956 dan 1957, Tun mengikuti rombongan kemerdekaan di London bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Pada tahun 1958 pula, Tun dan beberapa anggota rundingan telah pergi ke London sekali lagi untuk berbincang mengenai Perjanjian Pertahanan Malaya.

Pada Jun 1963. rombongan ke London diadakan lagi bagi membincangkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Tun telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan.

Selain daripada itu, Tun Hj. Abd. Aziz telah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Awam iaitu Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Jemaah Menteri Malaysia.

Pada tahun 1963, Tun sekali lagi terpilih sebagai salah seorang anggota rombongan Tanah Melayu yang berunding dengan Pejabat Commonwealth tentang kemasukan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia. Tun seterusnya menjadi ketua rombongan perundingan Persekutuan Tanah Melayu dalam Jawatankuasa antara Kerajaan untuk membincangkan syarat dan peraturan-peraturan kemasukan negeri Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan baru Malaysia.

Pada tahun1964, Tun bersara dari jawatan yang disandangnya.Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama, Tun sekali lagi ditugaskan untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga tahun 1971.

Tun Hj. Abdul menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1956 apabila bertemu jodoh dengan Yang Mulia Raja Teh Zaiton bte Raja Kamarulzaman iaitu anakanda Raja Hj. Kamarulzaman Hj. Mansor, Raja di Hilir Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Mustapha Kamal, Kamarulzaman, Mansor dan Amir Hamzah.

Tun Abdul Aziz meninggal dunia pada 10 Mei 1975 ketika berusia 67 tahun dan masih dalam perkhidmatan sebagai Gabenor.


GABENOR/YDPN KEEMPAT
TYT TUN SYED ZAHIRUDIN BIN SYED HASSAN  SMN PMN SPCM SPMP JMN PJK
(18 MEI 1975 - 3 DIS 1984)


Tuan Yang Terutama Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan tekah dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapa beliau bernama Syed Hassan bin Syed Ibrahim, dan ibunya Raja Halimah bte Raja Abdullah. Bapanya berasal dari Sayung, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya dari Pondok Tanjung, Kerian, Perak.

Pendidikan awal yang diterima oleh Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan adalah di Sekolah Melayu Tapah. belaiu menuntut di sana selama setahun iaitu pada tahun 1942 hingga tahun 1925. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah melayu Pondok Tanjung selama 4 tahun iaitu dari tahun 1925 hingga 1929 dan seterusnya ke Clifford School, Kuala Kangsar, Perak. pada tahun 1930, beliau memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga lulus Senior Cambridge.

Setelah menamatkan pengajian, beliau telah berkhidmat dengan kerajaan dan telah menjawat pelbagai jawatan penting. Antaranya sebagai Deputy of ADO Grik, Tanjung malim, Cameron Highland, Lumut dan Kerian (1942 - 1951), ADO Lenggong, Tanjung Malim dan Ipoh (1952 - 1955), Penolong SUK Perak (1955 - 1957), DO Tapah (1957 - 1958), Timbalan SU-SPA (1959 - 1960), Pesuruhjaya Tanah dan Galian Perak (1960 - 1961); SUK Perak (1961 - 1962); SU Tetap Kementerian Pertanian (1963 - 1966), SU Tetap Kementerian Pelajaran (1966 - 1970); Ketua Pengarah JPA (1970 - 1972); Pengerusi Suruhanjaya KTM (1972 - 1973), dan esuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Duta Malaysia ke Republik of Ireland (1 April 1974-18 Mei 1975).

Pada 18 Mei 1975 telah dilantik menjadi Gabenor Melaka. Dilanjutkan tempoh 4 tahun lagi mulai 18 Mei 1979 dan sekali lagi dilanjutkan untuk tempoh 4 tahun mulai 18 Mei 1983. Perkhidmatan beliau sebagai YDPN Melaka dilanjutkan lagi mulai 18 Mei 1983 sehingga 3 Dis 1984 menjadikan jumlahnya tempoh perkhidmatan selama 13 tahun 6 bulan.

Tun Syed Zahiruddin telah berkahwin dengan Toh Puan Hajah Halimah binti Hj. Md. Noh pada bulan Oktober 1949. Hasil daripada perkahwinan ini, Tun Syed Zahiruddin telah dikurniakan seramai 10 orang anak.


YANG DIPERTUA NEGERI KE 5
TYT TUN SYED AHMAD BIN SYED MAHMUD SHAHABUDIN  SMN PSM DUNM SPMK SSDK DPMK
(4 DIS 1984 - 31 MEI 2004)


Allahyarham Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj, dilahirkan pada 14 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 4 lelaki dan seorang perempuan. Allahyarham mendapat pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Kulim dari tahun 1932 hingga 1935 dan Kolej Sultan Abdul hamid sehingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1947.

Setelah tamat pengajiannya, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Perbendaharaan Alor Setar pada tahun 1948-1955. Kemudiannya menyertai politik (UMNO) dan memegang pelbagai jawatan dalam parti (UMNO dan Barisan Nasional) di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat. Beliau mula dipilih menjadi ADUN di Kedah mulai 1959 hingga  1978 dan menjadi Menteri Besar Kedah (1967 - 1978). Beliau kemudiannya berpindah ke Parlimen mulai 1978 hingga 1982. Pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri (1978 - 1982) dan Duta Besar Malaysia ke Singapura (1982 - 1984) sebelum dilantik menjadi YDPN Melaka mulai 4 Dis 1984. Beliau berkhidmat sebagai YDPN selama hampir 20 tahun sehingga 31 Mei 2004.

Beliau telah menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1950 dengan Toh Puan Shariffah Haniffah binti Syed Alwi. Dari perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 6 orang cahaya mata. Selama 43 tahun beliau berkongsi hidup dengan Toh Puan sehingga Toh Puan meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 7 Julai 1991.

Tun Syed Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua pada usia beliau 83 tahun pada 7 Julai 2008 dan dikebumikan di Makam Pahlawan Melaka di perkarangan Masjid Al Azim, Bukit Palah.


YANG DIPERTUA NEGERI KE 6
TYT TUN MOHAMAD KHALIL BIN YAACOB  SMN PSM DUNM SSAP SIMP
(4 JUN 2004 - KINI)



Dilahirkan pada 29 Disember 1937 di Kuantan,Pahang, Tun Mohd. Khalil bin Yaakob menerima pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah, Pekan Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1959. Di peringkat pendidikan tinggi pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya sehingga beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1962.

Kerjaya Mohd Khalil dalam kerajaan selama 15 tahun dan pernah berkhidmat sebagai diplomat di Morocco, Italy, Singapura dan Indonesia dan menjawat pelbagai jawatan utama dalam perkhidmatan Kerajaan pusat.

Khalil menjadi ahli Parti UMNO setelah menamatkan perkhidmatan dengan Kerajaan. pada tahun 1978. Kerjayanya dalam UMNO mencapai ke peringkat Ahli Majlis Tertinggi dan pernah menjawat Setiausaha Agong UMNO pada tahun 1999.

Beliau pertama kali dipilih sebagai ADUN Bukit Ibam Pahang dalam PRU 1978.  Dalam PRU 1982 beliau memenangi kerusi Parlimen Maran dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran. Pada tahun 1984 dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1986.

Dalam PRU 1986 beliau memenangi kerusi ADUN Bukit Tajau dan dilantik menjadi MB Pahang menggantikan YAB Datuk Sri Najib. Beliau menjadi MB selama 3 penggal sehingga tahun PRU 1999 apabila bertukar ke kerusi Parlimen Kuantan.  Beliau menang dan dilantik menjadi Menteri Penerangan sehingga tahun 2004 aabila beliau bersara dari politik.

Pada 4 Jun 2004, Khalil telah dilantik menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka yang ke enam.

Tun telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Dato’ Zurina bte Kassim pada tahun 1965. Hasil perkongsian hidup.Tun dan Toh Puan Dato’ dikurniakan tiga cahaya mata, dua putera serta seorang puteri.   

Rujukan: www.tytmelaka.gov.my




YANG DIPERTUA NEGERI KE 7

TYT TUN MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM  SMN PSM DUNM SSAP SIMPDGSM DCSM DMSM DSM PBM
(1 APR 2004 - KINI)



Tun Mohd Ali bin Mohd Rustam dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. Beliau kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. 

Tun Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari tahun 1969 hingga 1979 sebelum menyertai Kerajaan sebagai Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 hingga 1980. Berkat kegigihan melaksanakan tugas, DAR dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun sebelum dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) sebagai Pengarah juga.

Pada tahun 1982 beliau ditukarkan ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS Negeri sehingha tahun 1984. Pada tahun 1984, Mohd Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada YAB Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.

Beliau dipilih bertanding dan menang dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 7 tahun 1986 bagi kerusi DUN Ayer Molek dan seterusnya dilantik sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri sehingga tahun 1995. Dalam PRU ke 9 tahun 1995, Mohd Ali bertanding dan menang untuk kerusi Parlimen Batu Berendam dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 hingga 10 Januari 1999. Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 sehingga PRU ke 10 pada tahun 1999.

Dalam PRU 1999, Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999. Di bawah pentadbirannya, Mohd Ali telah berjaya membawa Melaka  sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun. Pencapaian dan kualiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia

Mohd Ali juga pernah menduduki kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY). 

Kepemimpinan politik beliau juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%, dalam PRU ke12 tahun 2008.

Pada PRU-13 tahun 2013, beliau bertanding dalam Parlimen Bukit Katil dan tewas kepada  Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin dari calon PKR.


GABENOR dan YDP NEGERI 
PULAU PINANG



GABENOR PERTAMA
TYT TUN SIR RAJA UDA ALHAJ BIN RAJA MUHAMMAD  DK (Selangor) SMN DUPN KBE CMG
(31 OGOS 1957 - 30 OGOS 1967)

 


Tun Raja Uda dilahirkan pada tahun 1894 di Kg Tembok, Kuala Langat, Selangor dan mendapat didikan di Malay College Kuala Kangsar.

Pada tahun 1910 (ketika berumur 16 tahun) telah menyertai Perkhidmatan Awam dan 1914 diterima masuk dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Melayu (MAS) dan dalam tahun 1924 dinaikkan pangkat ke Kelas V, Perkhidmatan Awam Malaya (MCS). Dalam tahun 1939 dilantik sebagai Setiaushaha kepada Residen British, Selangor dan dinaikkan ke Kelas 1A dalam MCS dalam tahun 1948.

Pada 1 Februari 1948 beliau dilantik sebagai Setiausaha Negeri Selangor pada perisytiharan Persetujuan Persekutuan Malaya dan pada 1 Julai 1949 dilantik menjadi Menjadi Menteri Besar Selangor. 

Pada Julai 1953 dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi untuk Malaya di United Kingdom dan dalam bulan November 1954 dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor. Pada 24 Ogos 1955 dilantik sebagai Speaker Majlis Persekutuan.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 beliau dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama. Beliau berkhidmat sebagai Gabenor sehingga 30 Ogos 1967, iaitu selama 10 tahun.

Raja Uda adalah berketurunan Daeng Chelak. Raja Uda adalah kerabat diraja Selangor, sepupu jauh Sultan Hisamuddin Alam Shah dan keturunan langsung Sultan Selangor yang pertama. Beliau berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Hisamuddin, Tengku Badariah binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (3 Sep 1896 - 11 Feb 1937).

Isteri keduanya ialah Raja Maslamah Binti Raja Busu dan isteri ketiganya ialah Tengku Puan Nor Saadah Binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah.

Raja Tun Uda meninggal dunia pada 17 Oktober 1976 ketika berusia 82 tahun.



GABENOR KEDUA
TYT TUN SYED SHEH BIN SYED ABDULLAH SHAHABUDIN  SMN 
(1 SEP 1967 - 05 FEB 1969)


Tun Syed Sheh Shahabudin dilahirkan pada 10 Mac 1910 di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan di Sultan Abdul Hamid College (SAHC), Alor Setar, Kedah.

Apabila UMNO mula ditubuhkan di Kedah pada tahun 1946, Tun Syed Sheh Shahabudin merupakan pengasas dan penyokong kuat kepada YTM Tunku Abdul Rahman dan Dato' Sir Onn Jaafar.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam Negeri Kedah (KCS) sebagai Pegawai Daerah (DO) Baling, kemudian berpindah sebagai DO Kulim dn Kuala Muda.

Pada tahun 1958, beliau berhijrah ke dunia perkhidmatan diplomatik apabila dilantik menjadi Duta Besar ke Thailand, kemudian Duta ke Jepun, Pesuruhjaya Tinggi ke United Kingdom serta Duta ke Republic of Ireland.

Beliau dilantik menjadi Gabenor Pulau Pinang pada 31 Ogos 1967 dan meninggal dunia pada  31 Januari 1969 semasa masih dalam perkhidmatan.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Tunku Puan Habsah.


GABENOR KETIGA
TYT TUN SYED SHEH BIN SYED HASSAN BARAKHBAH  SMN SSM DUPN
(06 FEB 1969 - 05 FEB 1975)



Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Hassan Barakbah (lahir 10 November 1906 - 8 Oktober 1975) menjadi Gabenor / Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dari 1969-1975.

Beliau pernah menjadi hakim, Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan , dan rakyat Malaysia yang pertama memegang jawatan itu. Selepas bersara dari bidang perundangan, beliau menjadi Yang Dipertua Dewan Negara dan kemudian Yang di-Pertua Negeri (Governor) Pulau Pinang .

Dilahirkan di Alor Star , Kedah , Syed Sheh adalah keturunan Arab Hadhrami yang berhijrah . Nenek moyangnya berhijrah dari Hadhramaut/ Yaman dan menetap di Kedah untuk beberapa generasi sebagai puak Barakbah. Keluarganya Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah menjadi isteri ketiga Perdana Menteri Malaysia , Tunku Abdul Rahman .

Syed Sheh belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid dan di England dengan biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau belajar undang-undang di Inner Temple dan lulus pada tahun 1934 dengan ijazah LL.B.

Syed Sheh menjadi majistret khas dalam Perkhidmatan Undang-Undang Kolonial pada tahun 1946. Selepas kemerdekaan 31 Ogos 1957, beliau berkhidmat sebagai seorang hakim di Mahkamah Rayuan.Pada 1963, dilantik sebagai Ketua Hakim Malaya . Pada tahun 1968, Syed Sheh menjadi Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan , jawatan tertinggi dalam badan kehakiman Malaysia . Beliau yang pertama rakyat Malaysia untuk jawatan itu,menggantikan James Beveridge Thomson.

Selepas bersara sebagai Ketua Hakim Negara, Syed Sheh telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara iaitu badan perundangan selelas Parlimen Malaysia . Beliau menjadi Presiden Dewan Negara pada tahun 1969.Beliau bersara dari Senator dan dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang ke-3 oleh Yang di-Pertuan Agong ,Sultan Ismail Nasiruddin . Beliau telah berkhidmat dua penggal (empat tahun dan dua tahun) sehingga Februari 1975.

Pada 3 Mac 1969, 1969, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin selaku Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tun Syed Sheh bin Syed Hassan Barakhbah sebagai Gabenor Pulau Pinang. Gabenor sebelumnya meninggal dunia pada 31 Januari 1969 semasa dalam perkhidmatan. 



YANG DIPERTUA NEGERI KE 4
TYT TUN HAJI SARDON BIN HAJI JUBIR SMN PMN DUPN SPMJ SPMK SSIJ GCMG
(06 FEB 1975 - 30 APR 1981)



Dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat Johor pada 19 Mac 1917 . Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bagan, Mukim Sungai Kluang dan Victorian English Primary School di Singapura. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Institute pada tahun 1932.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Saadiah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata.

Tun Sardon juga pernah menjadi presiden bagi Majlis Belia Malaya yang telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang. Tun Sardon berkhidmat dari tahun 1958 - 1961 bagi menggantikan Syed Hashim Abdullah yang berkhidmat dari tahun 1955 - 1957.

Beliau menyertai UMNO sejak ia ditubuhkan di Johor pada tahun 1946. Antara jawatan dalam parti yang pernah disandang ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 1948, Ketua Pemuda UMNO (1951), Naib Presiden UMNO (1967).

Tun Sardon dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Persekutuan dalam tahun 1955 dan semasa pembentukan kabinet pertama sebaik sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, beliau dilantik menjadi Menteri Kerjaraya, Telekom & Pos (1957-1959), Menteri Pengangkutan (1959-1968), Menteri Kesihatan (1969-1972), Menteri Komunikasi(1972-1974).

Pada tahun 1974 Tun Sardon dilantik menjadi Wakil Tetap Malaysia Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Duta Besar ke Amerika Sharikat.

Beliau dilantik oleh Yang DiPertuan Agong menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang keempat pada 2 Feb 1975 untuk tempoh selama 4 tahun.  Dan dilantik untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 30 April 1981.

Sardon menjadi Ketua Pengakap Negara dari 1963-1973. Antara sumbangan beliau ialah mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968).Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 1964 . Jambori Pengakap Malaysia pertama diadakan pada 1966.

Tun Sardon pernah menerima anugerah "The Memorial Magsaysay Award" (1958), anugerah "Gold Medal", anugerah tertinggi untuk pengakap di Korea Selatan (1970); 
anugerah King's Gold Medal for Scouts oleh Raja Thailand (1971); anugerah the "Grand Cross of the Order of St. Michael and St. George" oleh Queen Elizabeth II (1974).

Tun Sardon meninggal dunia pada tahun 14 Disember 1985 dan dimakamkan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.




YDPN KELIMA
TYT TUN DR HAJI AWANG BIN HAJI HASSAN SMN DUPN SPMJ 
(01 MEI 1981 - 30 APR 1989)


Tun Datuk Dr Haji Awang bin Hassan dilahirkan pada November 1910 di Muar, Johor.

Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Bukit Zahrah di Johor Bahru dan di Kolej Inggeris Johor Bahru. Awang mula menghadiri di Kolej Perubatan Raja Edward VII (kini Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Kebangsaan Singapura) dalam tahun 1930-an. Beliau bekerja sebagai seorang pakar di Hospital Kandang Kerbau di Singapura sebelum membuka klinik sendiri.

Awang memulakan politik dan menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Muar. Beliau merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia selepas itu beliau menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-5.  Awang dan abang ipar beliau mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Tun Awang berkahwin Toh Puan Khadijah Abdul Rahman, saudara perempuan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2. Beliau mempunyai empat anak lelaki dan dua anak perempuan.

Beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 1998.



YDPN KEENAM
TYT TUN DR HAJI AWANG BIN HAJI HAMDAN BIN HAJI SHEIKH MUHAMMAD TAHIR SMN PSM DUPN DMPN KMN 
(01 MEI 1989 - 01 MEI 2001)


He was born at Kuala Kangsar on 26 April 1921. His father 'Siekh Muhammad Tahir Jalaluddin al Falaki' was one of the famous ulama' in islamic astrology (falak syarie). Prior to his appointment as Penang Head of State, he held various prominent appointments, among them were the Director General of Education (1966 - 1976) and 2nd Vice-Chancellor of USM (1976 - 1982) and Permanent Educational Rep to UNESCO, Paris (1982 - 1985). He died on 20 January 2005.

Tun Hamdan bin Sheikh Tahir, dilahirkan pada 27 April 1921 di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar, Johor dan Sekolah Melayu Tanglin Kecil, Singapura; Sekolah Melayu Sultan Idris Dua, Kuala Kangsar. 

Tun Hamdan kemudiannya melanjutkan pengajian tinggi ke University of Nottingham , United Kingdom (1949 – 1950) dan mendapat Sijil Pendidikan. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ijazah dalam bidang Geografi di Universiti Malaya, Singapura (1955 – 1956).  

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru dan pernah menjadi Guru Besar di Sekolah Melayu Iskandar, Parit, Perak (1952 -1953); Pengetua, Sekolah Tunku Abd. Rahman (STAR), Ipoh, Perak (1957 – 1960; sehingga mencapai puncak kerjaya dalam bidang pendidikan sebagai Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 1966 sehingga bersara pada tahun 1976. 

Pada tahun 1976, Hamdan dilantik menjadi Naib-Canselor kedua Universiti Sains Malaysia (USM). Setelah eenamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor USM pada tahun 1982, beliau dilantik menjadi Wakil Tetap merangkap Duta Malaysia ke UNESCO di Paris. 

Dilantik menjadi  Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 01 Mei 1989 dan berkhidmat selama 12 tahun sehingga tahun 2001.

Meninggal dunia pada 20 Januari 2005 dan dikebumikan di Makam Negeri Pulau Pinang di Masjid Negeri.

Antara sumbangan dan pencapaian Tun Hamdan ialah melaksanakan sepenuhnya Laporan Rahman Talib dalam tahun 1961; mempastikan pelaksanaan dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pngantar di sekolah-sekolah hingga ke peringkat universiti; melaksanakan penggunan bahasa Melayu dlam bidang pentadbiran dan pengurusan serta perkuliahan, semasa menjadi Naib Canselor USM; memperluas peranan DBP ke Sabah dan Sarawak dengan menubuhkan Cawangan di kedua-dua negeri berkenaan. 

Ketika menjadi Pengerusi kepada Lembaga Pengelola DBP, beliau mewujudkan skim bantuan kepada penulis yang kemudiannya dikenali sebagai Penulis Tamu.

Tun Hamdan juga telah menerima beberapa anugerah, antaranya; Certificate of Patriotic Service oleh Adult Education ASSA of Malaysia, 1963; dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Malaya, 1976.



YDPN KETUJUH
TYT TUN HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABAS DMK SMN DUPN DP SPDK DMPN DJN 
(02 MEI  2001 - KINI)


Tun Dato' Seri Utama Dr. Hj. Abdul Rahman Abbas dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang. 

Abdul Rahman bekerja sebagai guru selama 20 tahun. Mulai 1978 bertanding beliau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pulau Pinang dan menang selama empat penggal.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974-1988. Beliau merupakan anggota Pemuda Umno dari 1976-1978 dan menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas pada 1988.

Beliau mula dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001. Seterusnya dilantik semula pada 1 Mei 2005.

Pada 15 April 2009, Abdul Rahman menerima watikah pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pada 1 Mei 2009, Abdul Rahman Abbas mengangkat sumpah angkat sumpah penggal ke-3 di Seri Mutiara dan disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.

Beliau juga menjadi Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Abdul Rahman berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan ayah kepada empat orang anak.


YDPN KELAPAN
TYT TUN DATO' SERI UTAMA AHMAD FUZI BIN ABDUL RAZAK DMK SMN PSM DUPN SPDK DSLJ (Bruni) DMPN DSPN JSM AMN 
(30 APRIL  2021 - KINI)


Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dilahirkan pada 8 Januari 1949 di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Beliau adalah anak sulung kepada Tuan Hj Abdul Razak Yahya, seorang guru agama madrasah yang kemudiannya bertugas di Jabatan Penerangan dan Puan Siti Aminah Abdullah.

Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan King Edward VII di Taiping, Perak dan Sekolah Kebangsaan Stowell di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson di Ipoh, Perak dan menyambung pengajian beliau di University Malaya, dan tamat pada tahun 1972 dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian). Beliau juga mengikuti UK Foreign Service Programme di Universiti Oxford di mana beliau memperolehi Sijil Diplomasi pada tahun 1974.

Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi menyertai Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan bermula sebagai Penolong Setiausaha, Konsular; Ketua Penolong Setiausaha Undang-Undang Laut; Setiausaha Bahagian, Eropah dan Asia Tenggara; Timbalan Ketua Setiausaha, Politik dan Ketua Setiausaha. Beliau juga bertugas dalam misi Malaysia di luar negara sebagai Setiausaha Kedua di Moscow, Rusia, Kaunselor di The Hague, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Canberra, Australia, Timbalan Ketua Perwakilan di Washington, U.S. dan Pesuruhjaya Tinggi di Dhaka, Bangladesh.

Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi telah berkhidmat selama 37 tahun dari 1972 hingga 2009 di Wisma Putra, termasuk sebagai Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Duta Tugas-tugas Khas sebagai wakil Malaysia ke Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi Piagam ASEAN mengenai Penggubalan Piagam ASEAN dan Panel Peringkat Tertinggi mengenai Penggubalan Terma Rujukan Badan Hak Asasi Manusia ASEAN.



YDP NEGARA dan YDP NEGERI SABAH



YANG DIPERTUA NEGARA PERTAMA

TYT TUN DATU HAJI MUSTAPHA BIN DATU HARUN SMN SPDK SPMJ SPMP SIMP PNBS KVO OBE
(16 SEP 1963 - 16 SEP 1965)


Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat.  Nama asalnya ialah Datu Badiozaman, ditukarkan kerana sering sakit semasa kecil.  Tun Datu Haji Mustapha juga mempunyai nama timangan yang dikenali sebagai Jaman. Bapa Tun Mustapha ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya ialah Norani Hj. Abdul Rahim.  Beliau merupakan anak keempat dari sembilan orang adik-beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan dan tiga orang lelaki.

Pada tahun 1932, Tun Mustapha menerima pendidikan di Sekolah St. James, Kudat. Tetapi ia hanya kekal selama sembilan bulan sahaja kerana ibunya telah meninggal dunia dan juga kerana perpindahan pekerjaan bapanya. Tun Mustapha pernah dipilih untuk mengikuti kursus pertanian RIDA atau Rural Industry Development Authority dari tahun 1951- 1952 di Serdang.  Pada tahun 1959, beliau telah ditaja oleh kerajaan British untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris dan Politik di Britain.

Pada tahun 1928, semasa Tun Mustapha berumur 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel.  Beliau kemudian menjadi “Office Orderly” di Pejabat Daerah Kudat pada tahun 1934.  Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri (Native Chief) dan Pemungut Cukai Candu.

Pada tahun 1961, Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi presiden pertama (United Sabah National Organization) USNO ketika konsep gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.  Pada masa yang sama, beliau juga adalah Ahli Majlis Perundangan (Legislative and the Executive Councils), Ahli Kerajaan Tempatan (Local Government) apabila Sabah diberi hak pemerintahan sendiri (self-government) dan juga Ahli Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity Consultative Committee).

Sepanjang hayatnya, selain dari bintang kebesaran Persekutuan dan Negeri, Tun Mustapha diberi banyak anugerah dari luar negara, antaranya K.V.O. dan O.B.E. daripada Kerajaan British ; “Knight Commander of Republic of  Lebanon” (K.C.R.L.) oleh Presiden Lebanon pada tahun 1972;.

Tun Mustapha juga seorang yang bergiat aktif dalam persatuan.  Beliau pernah memegang jawatan Presiden dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA: United Sabah Islamic Association) dan PERKIM (sesi 1977/ 1979).  Beliau juga merupakan Ketua Persatuan Pengakap Sabah (Sabah Chief Scout) dan telah menerima pingat “Semangat Padi” pertama di Sabah pada 21 Jun 1974.  Selain itu, Tun Mustapha ialah Ahli Royal Commonvealth Society  dan ahli seumur hidup  Commonvealth Parliamentary Association.   Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan pada tahun 1972.  Beliau juga merupakan Pro-Canselor bagi Universiti Pertanian Malaysia dari November 1973 hingga Februari 1990.

Tun berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkanian dan mereka mempunyai sembilan orang anak, iaitu Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang Maimunah, Datu Amir Kahar, Datu Hj. Badaruddin, Datu Kamaruddin, Dayang Hjh. Zulfah, Dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, Dayang Marina dan Datu Harun. 

Tun Mustapha telah meninggal dunia pada 2 Januari, 1995.



YANG DIPERTUA NEGARA KE 2
TYT TUN PENGIRAN HAJI AHMAD RAFFAE BIN PENGIRAN HAJI OMAR SMN SPDK PDK PPM
(17 SEP 1965 - 16 SEP 1973)


 
Tun Datuk Pengiran Hj Ahmad Raffae dilahirkan pada 4 November 1908 di Sipitang, Daerah Beaufort.  Beliau merupakan anak keempat kepada O.K.K. Pengiran Haji Omar, bekas Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O. – Deputy Assistant District Officer) Putatan. Pengiran Haji Omar merupakan orang tempatan yang paling awal dilantik ke jawatan D.A.D.O. dari tahun 1915-1922. 

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Khas Inggeris di Putatan, kemudiannya di sebuah sekolah yang terletak di Papar (1918-1922) dan seterusnya di Sekolah Rendah Melayu Sipitang hingga tahun 1924. Pada 1 Mei 1930, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Anak Negeri Gred Ketiga dengan bayaran gaji $15 sebulan.  Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Pelatih Timbalan Penolong Pegawai Daerah Beaufort pada tahun 1941 dan telah diserap ke jawatan tetap pada tahun 1942.

Ketika pendudukan Tentera Jepun di Borneo Utara, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Beaufort (A.D.O.) dan kemudiannya sebagai Gun Chu (Pegawai Anak Negeri) di Sipitang, Beaufort dan Kota Belud.  Selepas Perang Dunia Kedua tamat, beliau telah meninggalkan Kota Belud dan berjalan kaki ke Tuaran untuk menyambut kedatangan Tentera Pembebasan.  Dari Tuaran, beliau menaiki perahu menuju ke Papar, dan dari Papar, beliau berlepas ke Tenom dan melaporkan dirinya untuk bekerja sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah Tenom pada 1 Julai 1946. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah dinaikkan pangkat menjadi Pemangku Pegawai Daerah Beaufort selama sebulan pada tahun 1946 dan kemudian ditukar menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O.) Mempakul, Sipitang.  Selepas itu, beliau ditugaskan di Kuala Penyu dan Beaufort.

Pada tahun 1954, Tun Pengiran Hj.Ahmad Raffae dilantik menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah Labuan dan Penampang.  Beliau kemudiannya memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah Penampang selama lapan bulan pada tahun 1955 sebelum ditukar ke Beluran, Sandakan.  Pada September 1957, beliau ditukar ke Beaufort sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1958-1963, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah di Kuala Penyu, Ranau dan juga Persiangan. Pada tahun 1962, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah bersara setelah berkhidmat selama 32 tahun dalam perkhidmatan awam Borneo Utara. 

Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah kedua pada tahun 13 Sep 1965 selepas Tun Datu Hj. Mustapha meletak jawatan untuk menyertai politik sepenuh masa.  Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae memegang jawatan ini selama 8 tahun sehingga tahun 1973. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae adalah seorang yang peramah, berdisiplin tinggi dan mempunyai pegangan agama yang kuat.  Oleh hal yang demikian, beliau dihormati dan disanjung oleh segenap lapisan penduduk Sabah.

Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah berkahwin dengan Toh Puan Dayang Hajah Kusnah binti Enche Sian. Mereka mempunyai lima orang anak.  Beliau mempunyai isteri kedua bernama Dayang Supinah binti Abdullah. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae gemar memancing, bermain bergolf, memburu, bersukan, mendengar muzik dan menunggang kuda pada masa lapangnya.

Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah meninggal dunia pada bulan Mac 1995 ketika berusia 87 tahun



YANG DIPERTUA NEGARA KE 3
TYT TUN HJ MUHAMMAD FUAD STEPHEN BIN ABDULLAH  @ DONALD ALOYSIUS STEPHENS  SMN PMN SPDK PNBS
(17 SEP 1973 - 01 APR 1975)

Tun Fuad Stephens.jpg

Tun Datuk Hj. Mohammad Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens  telah dilahirkan di Kudat, Sabah pada 14 September 1920.  Beliau merupakan anak kepada Jules Stephens Pavitt dan Edith Cope.  Beliau mempunyai enam orang adik-beradik. 

Tun Fuad pernah menerima pendidikan di St.Mary’s Boys School, Sandakan; Sekolah St. James di Kudat; Sekolah Vernakular di Keningau dan Sekolah Sacred Heart di Jesselton.  Beliau merupakan seorang yang periang dan aktif di sekolah dan merupakan pemenang Biasiswa Chee Swee Ching.  Tun Fuad boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, selain boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan Hakka.

Tun Fuad mula bekerja sebagai guru. Pada tahun 1941, beliau berhenti untuk pergi ke Singapura kerana ingin memasuki Latihan Udara British, tetapi beliau tidak berjaya.  Beliau kemudian berkhidmat dengan Syarikat Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John Bagnell.  Seterusnya beliau memasuki Pasukan Pertahanan Singapura(Volunteer Force) dan bekerja di sebuah Restoran Jepun di Singapura sehinggalah penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Fuad bekerja sebagai kontraktor membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja Raya.  Selepas itu, beliau telah menjadi pemberita bagi North Borneo News (NBN) di Daerah Pantai Barat, Borneo Utara.

Pada tahun 1953, Tun Fuad menubuhkan The Sabah Times.  Beliau telah menggabungkan North Borneo Newsdengan The Sabah Times beberapa bulan kemudian dan menamakannya sebagai North Borneo News and Sabah Times.  Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1955.

Tun Fuad adalah pengasas Parti Kebangsaan Kadzan Bersatu (UPKO) dalam tahun 1961 dan merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam membawa Sabah menyertai Malaysia.  Beliau merupakan salah seorang daripada ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuk Tunku Abdul Rahman, Ong Kee Hui, iaitu Pengasas Sarawak United People’s Party (SUPP); Lee Kuan Yew, Ghani Gilong dan lain-lain lagi.

Pada 17 Sep 1973 Tun Fuad telah dilantik menjadi Yang Di Pertua Negara Sabah ketiga tetapi meletak jawatan dalam bulan April 1975 kerana menyertai politik sepenuh masa. Beliau bersama Datuk Haris Saleh telah menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dan memenangi pilihanraya negeri bulan April 1975 dengan mengalahkan parti pemerintah, USNO dan kemudiannya Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke 5.

Tun Fuad meninggal dunia pada 6 Jun 1976 hanya setahun menjadi Ketua Menteri dalam satu kemalangan pesawat yang tragis. Pesawat yang dinaikinya bersama beberapa orang Menterinya telah jatuh terhempas di Kg Sembulan sebaik sahaja naik dari Labuan ke Kota Kinabalu. Jenazahnya dikebumikan di perkarangan Masjid Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Tun Hj. Mohammad Fuad berkahwin  pada tahun 1950 dengan Ida (meninggal dunia pada April 1957) dan dikurniakan seorang anak bernama John Benedict (Johari) yang dilahirkan pada tahun 1952. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Toh Puan Rahimah (Cecilia June Lutter) pada 8 Februari 1958. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Affandy (Richard Bernard-1958), Asgari (James Denis-1960), Faridah (Jean Heather-1962) dan Fauziah (Aimah Eluk-1964).

Sumbangan beliau dalam dunia kewartawanan juga dihayati melalui anugerah “The Malaysian Press Institute: Tokoh Wartawan Negara” yang disampaikan secara Posthumous ketika itu oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1998.


GABENOR KE 4
TYT TUN  HAJI MOHD HAMDAN BIN ABDULLAH @ INDAN BIN KARI SMN SPDK
(28 JUL 1975 - 10 OKT 1977)



Tun Datuk Mohd. Hamdan bin Abdullah dilahirkan pada 22 Februari 1922 di Kampung Labuaya, Tuaran kira-kira 34 km dari Bandar Kota Kinabalu.  Semasa lahir beliau diberi nama Indan bin Kari, satu nama yang indah dan manis mengikut sebutan suku kaum Dusun Lotud.  Beliau merupakan Anak kepada O.K.K. Kari bin Angur, seorang bekas anggota polis yang pernah berkhidmat di Pulau Gaya.  Ibu beliau bernama Boyod binti Umpun. Ayah Tun Hamdan meninggal dunia ketika beliau hanya tiga bulan di dalam kandungan ibunya dan beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradiknya.

Tun Hamdan dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya sehingga tamat sekolah rendah di Sekolah St. John, Tuaran.  Beliau kemudiannya menerima pendidikan di Government Vernacular School, Tuaran (1935-1940). 

Tun Hamdan telah dijodohkan oleh ahli keluarganya dengan seorang gadis dari suku kaum yang sama dengannya iaitu Datin Selisir binti Judi.  Hasil dari perkahwinan ini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata masing-masing bernama Lintang dan Tahira.  Datin Selisir walaupun seorang yang tidak beragama (pagan) tetap kekal menjadi isteri Tun Hamdan sehingga beliau meninggal dunia pada 10 Oktober 1977.  Datin Selisir binti Judi menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Selupuh Tuaran pada tahun 2003.

Pada tahun 1962, Tun Hamdan telah berkahwin untuk kedua kalinya dengan gadis pilihan hati beliau yang ketika itu baru berusia 18 tahun bernama Toh Puan Dulimah binti Ampit.  Beliau berasal dari Kampung Bantayan, Tamparuli juga dari suku kaum Dusun Lotud.  Perkahwinan ini juga kekal sehingga ke akhir hayat Tun Hamdan.  Mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Tun Hamdan mula berkhidmat di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara sebagai Kerani Anak Negeri (Native Clerk ) di beberapa daerah seperti Papar, Penampang, Persiangan dan Tambunan pada tahun 1941.  Pada tahun 1947, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Anak Negeri Kelas II (Native Chief Class II ) di Tuaran.  Pada tahun 1958, Tun Mohd. Hamdan telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah (District Chief ).

Pada 28 Julai 1975, Tun Hamdan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang keempat menggantikan Tun Fuad Stephens yang meletakkan jawatan untuk melibatkan diri secara langsung di dalam arena politik. Tun Hamdan merupakan anak suku kaum Dusun Lotud yang pertama dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.  Beliau sering kali mengadakan upacara “mikorot” (blood brothers) untuk mempererat perhubungan dengan masyarakat tempatan.  Beliau juga gemar mengadakan majlis keramaian di rumah beliau di Sri Sulaman agar beliau dapat berjumpa dengan masyarakat setempat untuk memantau hal kemajuan dan masalah mereka.

YDPN KE 5
TYT TUN HAJI AHMAD BIN KOROH @ THOMAS KOROH SMN SPDK
(12 OKT 1977 - 25 JUN 1978)


Tun Datuk Haji Ahmad Koroh telah dilahirkan di Kampung Limbawan, daerah Keningau pada 1 Januari 1925.  Nama kelahiranya ialah Thomas Koroh. Bapanya, O.K.K. Koroh bin Santulan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Persiangan semasa pemerintahan British.  Ibunya bernama Isah Maria binti Santul.  Tun Ahmad dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan merupakan anak kedua dari lapan orang adik-beradik iaitu Daisy, Juliana, Suffian, Agnes, Angeline, Agnetius dan Benedict.  Adiknya Tan Sri Suffian Koroh (allahyarham) merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah (1983-1985).

Ketika berusia tujuh tahun, beliau mula bersekolah di Sekolah Kerajaan Vernakular Melayu (Government Vernacular School), Keningau.  Tun kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah All Saint’s pada tahun 1939.  Pada tahun 1961, Tun Ahmad telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Kerajaan Tempatan dan Awam (Public and Local Administration) di Australia di bawah Biasiswa Rancangan Colombo.  Pada tahun 1964, Tun memperoleh Diploma Pentadbiran Awam dan Sosial dari Torquay, England.

Isteri Tun Ahmad, Philippa Matamit @ Sinirun telah meninggal dunia pada tahun 1947 ketika melahirkan anak mereka yang kedua.  Tun Ahmad kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Datin Salamah binti Datuk Hj. Said Besar dan dikurniakan seramai lapan orang anak.  Tun Ahmad kemudiannya berkahwin pula dengan Hajah Hamidah Datuk Fadzil dan dikurniakan seorang anak perempuan. Semasa pendudukan Jepun (1942-1945), Tun Ahmad berkhidmat dalam pentadbiran awam.  Selepas Perang Dunia Kedua tamat, beliau bekerja sebagai kerani stor, jurutaip dan jurubahasa dalam Pemerintahan Tentera British (British Military Administration) di Borneo Utara.

Pada tahun 1963, semasa proses pembentukan Malaysia sedang berjalan, Tun Ahmad telah mengikuti rombongan Parti Pasok Momogun ke Kuala Lumpur atas undangan Kerajaan Malaya.  Tun juga bertindak sebagai jurubahasa kepada Suruhanjaya Cobbold kerana beliau fasih berbahasa Melayu, Kadazandusun, Inggeris dan Murut. Pada tahun yang sama, Tun Ahmad Koroh juga telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Kunak selama tiga tahun.  Pada tahun 1966, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Tenom sehingga beliau bersara dari Perkhidmatan Awam pada tahun 1971.  Selepas bersara, Tun Ahmad telah terlibat dalam bidang perniagaan.

Jawatan lain yang pernah dijawat oleh Tun Ahmad Koroh ialah Majistret, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Penaung Pengakap dan Persatuan Perubatan Sabah serta Presiden Kelab Kinabalu dan Kelab Rotary. Kegemaran Tun Ahmad ialah bermain golf, mengembara, memancing, menunggang kuda, membaca buku dan menangkap burung.

Pada 12 Okt 1977, Tun Ahmad Koroh telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah yang Kelima bagi menggantikan Tun Hamdan Abdullah yang meninggal dunia.

Tun telah meninggal dunia pada 25 Jun 1978 iaitu hanya setahun selepas dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.



YDPN KEENAM
TYT TUN HAJI MOHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH @ MICHAEL ROBERT SMN SPDK SPMP DUPN DP
(27 JUN 1978 - 31 DIS 1986)



Tun Datuk Haji Mohammad Adnan Robert dilahirkan pada 10 September 1917 di Kota Kinabalu.  Nama asal Tun ialah Michael 'Mickey' Robert.  Beliau berumahtangga pada tahun 1942 dengan Datin Mariam Tseu dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki; Jonathan, Napier, James serta tiga orang anak perempuan; Ainslie, Janny, dan Arlene.  Tun pandai bertutur dalam beberapa bahasa, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Cina, Murut dan Kadazandusun.

Tun Mohammad Adnan memulakan kerjayanya pada tahun 1937, sebagai Pembantu Hospital (Probationary Dresser) di Sandakan, Ranau, Keningau dan Kota Kinabalu (Jesselton).Beliau kemudiannya menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1949 dengan bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pensiangan selama setahun.  Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah di beberapa kawasan pendalaman, misalnya Pensiangan (1951), Beaufort (1954), Ranau (1956), Penampang (1960), dan Lamag, Kinabatangan (1961).

Pada tahun 1963, Tun Adnan telah dinaikkan pangkat sebagai Pegwai Pembangunan (Development Officer) di Jabatan Tanah dan Ukur Keningau.  Kemudiannya pada 1965, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Papar.  Seterusnya pada tahun 1966, Tun Adnan telah dipilih bertugas di Semenanjung Malaysia di bawah Rancangan Pertukaran Pegawai Kerajaan.  Beliau ditugaskan sebagai Penolong Pegawai Daerah Kampar, Perak. Sekembalinya dari Semenanjung, Tun Adnan telah ditugaskan di Kementerian Kewangan sebagai Setiausaha Pembangunan Negeri.  Pada tahun 1968, beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Tun Adnan telah bersara pada tahun 1972 dan beliau diambil semula untuk bekerja selama enam bulan di Kementerian Pembangunan Perindustrian.

Tun Adnan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah keenam pada 27 Jun 1978.  Beliau dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat, sering membuat kunjungan lawatan ke seluruh negeri Sabah.  Pada 5 Oktober 1980, Tun Adnan bersama Toh Puan telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji.

Hobi Tun Mohammad Adnan pada masa lapang termasuk menunggang kuda, bermain bola tampar, bola sepak dan badminton.  Beliau juga merupakan Penaung kepada Persatuan Bulan Sabit Merah, Cawangan Sabah.

Tun Mohamad Adnan terus berkhidmat sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk dua penggal dan bersara pada tahun 1987.  Tun Mohamad Adnan meninggal dunia pada tahun 2003.



YDPN KETUJUH
TYT TUN HAJI MOHAMMAD SAID BIN KERUAK  SMN PMN SPDK PGDK 
(01 JAN 1987 - 31 DIS 1994)



Tun Datuk Haji Mohd. Said bin Keruak telah dilahirkan pada 15 November 1926 di Kampung Pirasan, Kota Belud.  Ayahnya ialah O.K.K. Keruak bin Beruk, iaitu Ketua Anak Negeri.  O.K.K. Keruak telah meninggal dunia ketika Tun Said hanya berumur empat tahun.  Ibunya bernama Dampok binti Andarsi. Tun Said mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hjh Bandong binti Hasbollah dari Kota Belud.  Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan lima orang anak yang terdiri daripada empat orang perempuan dan seorang lelaki.  Anak pertama ialah Datin Hajah Saidatul Badru, kedua ialah Datin Sandralilah, anak ketiga ialah Datuk Mohd Salleh (bekas Ketua Menteri Sabah dan Menteri Penerangan Malaysia), anak keempat ialah Puan Saidatul Badariah dan anak bongsu Hajah Zainoriah.

Tun Said mempunyai nama panggilan mesra dalam keluarga, iaitu “Sitam” dan ini merupakan panggilan mesra dari arwah emaknya.  Tun Said juga digelar sebagai “Muhammad Said” di kalangan sahabat handai.  Tun Said boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Bajau, serta berbahasa Dusun, Jepun, Hokkien dan Hakka. Tun Said telah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun.  Beliau menghadiri Sekolah Rendah Kerajaan Kota Belud sehingga darjah lima pada tahun 1941.  Ini merupakan kelulusan akademik tertinggi dalam sistem persekolahan vernacular di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Kota Belud.  Pada tahun 1941, Tun Said mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di Maktab Pertanian Kuching.  Tun Said juga menghadiri kelas malam untuk mempelajari bahasa Inggeris pada tahun 1947 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di London selama setahun dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

Tun Said mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1941 di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara.  Jawatan pertamanya adalah sebagai Kerani Percubaan di Pejabat Daerah Papar.  Semasa pendudukan tentera Jepun ke atas Borneo Utara, beliau telah menjadi Penolong Bendahari di Jesselton di bawah Kerajaan Tentera Jepun.  Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Tun Said telah kembali bertugas sebagai kerani di Pejabat Daerah Kota Belud.  Pada 1960-an, beliau dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Majlis Tempatan Daerah Kota Belud dan juga dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri (Unofficial Member of the Legislative Council).  Beliau terkenal dengan sifat bertanggungjawab semasa menjalankan tugasnya.  Beliau sentiasa memastikan kerja-kerja diuruskan dengan baik dan bersedia membuat tinjauan ke kampung-kampung semasa menjalankan tugas.


Tun Said telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ketujuh pada 27 Jun 1987 berkhidmat sehingga 31 Disember 1994.  Tun Mohd Said meninggal dunia pada 17 November 1995.

YDPN KELAPAN
TYT TUN  HAJI SAKARAN @ MOHD HASHIM BIN DANDAI  SMN PSM SPDK SSAP DUNM PGDK ADK JP
(01 JAN 1994 - 31 DIS 2002)


Tun  Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, Daerah Semporna, iaitu sebuah perkampungan orang Bajau.  Nama asal Tun Sakaran ialah Mohd Hashim. Ayah beliau ialah Dandai bin Ajibuddin bin Jamaluddin, keturunan Bajau. Tun mempunyai sembilan orang adik-beradik iaitu dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan.

Tun Sakaran telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah binti Datuk Panglima Abdullah.  Mereka dikurniakan dua belas orang anak termasuk tujuh orang anak daripada perkahwinan pertamanya, (isteri pertamanya bernama Halimah meninggal dunia pada tahun 1964).

Anak-anak mereka bernama Asiah, Asmah, Nasir (bekas Menteri Kerajaan BN Sabah), Aisah, Omar, Abdul Rahman, Jamal, Shamsiah, Saleha, Mohd. Suffian, Razak dan Mohd Arif. Tun Sakaran mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semporna (1937-1941).  Pada masa Pendudukan Jepun, beliau sempat belajar dalam persekolahan Jepun dan menyambung semula di Government Vernacular School, Semporna.  Selain itu, beliau juga mendalami bidang agama dari 1945-1948.  Antara guru-guru agama yang pernah mengajarnya ialah ulama dari Arab, Indonesia dan orang tempatan.

Tun Sakaran memulakan tugas dalam perkhidmatan awam sebagai Kerani Anak Negeri (Native Clerk) di Pejabat Daerah Semporna pada 31 Ogos 1948.  Pada tahun 1950, Tun Sakaran telah ditukarkan oleh Kerajaan British untuk bertugas di Pulau Tambisan, Lahad Datu.  Beliau kemudiannya ditukar ke Semporna dan pada tahun 1958 telah sekali lagi ditukarkan ke Pejabat Daerah Tuaran (Pejabat Tanah).  Pada awal tahun 1959, beliau ditukar kembali ke Semporna dan menjawat jawatan Pemangku Kerani Besar. 

Pada awal tahun 1960, Tun Sakaran telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri (Native Chief) di Semporna.  Jawatan ini merupakan salah satu daripada jawatan tertinggi yang dapat dicapai oleh kalangan peribumi semasa pemerintahan British di Sabah.  Tun Sakaran merupakan Ketua Anak Negeri yang paling muda pada masa itu.  Beliau selalu memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan di Semporna, khasnya kerana pada masa itu hanya 35% kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dihantar ke sekolah.  Beliau kemudiannya telah membantu dalam mendirikan lebih banyak Sekolah Rakyat untuk meningkatkan taraf pendidikan penduduk Semporna.

Tun Sakaran juga amat berjasa dalam mengasaskan pembukaan Rancangan Pulau Semporna, Mentaritip Pegagau dan Lihak-Lihak.  Dalam kesempatan inilah beliau banyak menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai pentadbir dan pemimpin.  Beliau terus berkhidmat sehingga bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 1967.

Tun Sakaran pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).  Beliau turut melibatkan diri dalam khidmat kebajikan dan telah mengilhamkan penubuhan Yayasan SABDI.  Matlamat utama penubuhan Yayasan SABDI adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat, khususnya masyarakat Islam demi meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan serta menyebar kesusasteraan Islam khususnya di Semporna dan amanya keseluruh negeri.

Tun Sakaran menyertai politik dan aktif dalam Parti USNO sebagai Ahli Dewan Negeri dan Dewan Rakyat. Tun Sakaran pernah menjadi Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi (1991-1993). Kemuncak kerjaya politiknya adalah apabila dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah (17 Mac 1994 - 27 Dis 1994) dan bersara dari politik untuk dilantik menjadi YDPN Sabah.

Pada 1 Januari 1995, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai telah dilantik sebagai T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah Kelapan dan perkhidmatannya untuk penggal kedua telah disambung berkuatkuasa dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.

YDPN KE 9
TYT TUN  HAJI AHMADSHAH BIN ABDULLAH SMN SPDK DP PGDK ASDK KMN JP
(01 JAN 2002 - 31 DIS 2011)

Gambar TYT Baju No.1.jpg


Tun Datuk  Seri Panglima Ahmadshah bin Abdullah dilahirkan  pada 9 Disember 1946  di Inanam, Kota Kinabalu adalah Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke 9 bermula mulai 1 Januari 2003. Beliau anak bongsu dalam enam adik-beradiknya.

Tun Haji Ahmadshah memulakan persekolahan di Government Primary School Darau, Menggatal pada 1952 dan menamatkan sekolah menengah pada tahun 1967 di La Salle Secondary School, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Beliau memperolehi Diploma in Development Administration dari South Devon College, U.K. dan Sarjana Muda Sains (Sains Politik) dari Indiana State University U.S.A.

Beliau memulakan karier sebagai Pegawai Kastam di Kastam DiRaja Malaysia, Kota Kinabalu pada 1 Mac 1968. Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Pegawai Kerja (Luar Bandar) dan ditukar ke Pejabat Daerah Beaufort sebagai Penolong Pegawai Daerah  (Luar Bandar) pada 10 November 1969.

Beliau pernah dipinjamkan Ke Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai Ketua Pegawai Tadbir LPN dari 14 April 1979 hingga Julai 1983. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (1983). Beliau kemudiannya diterima dalam perkhidmatan agama dengan dilantik sebagai Pegawai Dakwah Majlis UgamaIslam Sabah (MUIS) dari Oktober 1986 hingga Januari 1988 dan Setiausaha MUIS dari Januari 1988 hingga Jun 1994.

Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan di Jabatan Ketua Menteri (1994 hingga 1995) dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (16 Disember 1995 hingga Mac 1998). Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Negeri Sabah mulai 21 Mac 1998 hingga beliau bersara pada 8 Disember 2002.

Pada 1 Januari 2003 beliau telah mengangkat sumpah sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-9 di hadapan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.


Beliau telah mendirikan rumahtanggan dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar dan telah dikuniakan tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.



YDPN KE 10
TYT TUN  HAJI JAUHAR BIN MAHIRUDDIN SMN SPDK PJN PGDK ASDK JP
(01 JAN 2011 - KINI)


Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dilahirkan pada 5 November 1953 di Kampung Tambisan, Sandakan, Sabah. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Undang-Undang) dari The Polytechnic, Wolverhampton (1980) dan Barrister-At-Law, Lincoln’s In London (1981).

Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar memulakan kariernya dalam Perkhidmatan Awam apabila beliau dilantik menjadi Majistret Kelas Pertama pada tahun 1982. Beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik pada tahun 1986 hingga tahun 1989. Pada tahun 1990, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar telah diberi kepercayaan untuk bertanding dan menang di kawasan Parlimen Kinabatangan dan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut sehingga 1999. Dalam tempoh yang sama beliau juga telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat. Selaku Ahli Parlimen dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, beliau telah menyertai banyak Persidangan Antarabangsa dan Lawatan Ahli Parlimen di dalam dan luar Negara. Beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mulai tahun 2002 hingga 2010.

Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin telah mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni dan dikurniakan dua (2) orang anak lelaki dan dua(2) anak perempuan.


GABENOR dan YDP NEGERI SARAWAK

GABENOR PERTAMA
TYT TUN  HAJI ABANG OPENG BIN ABANG SHAPIEE SMN PNBS SPDK
(16 SEP 1963 - 28 MAC 1969)




Tun Haji Abang Openg dilahirkan di Kuching pada 7 Oktober 1905. 

Sebelum dlantik menjadi Gabenor Sarawak, Tun Openg bergiat dalam politi negeri Sarawak.

Tun Openg berkahwin dengan Toh Puan Dayang Masniah binti Abdul Rahman dan dikurniakan dengan 10 orang anak, 4 lelaki dan 6 perempuan. Antara anak Tun Openg ialah Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari (Abang Johari), yang menjadi Ketua Menteri Sarawak ke 9 (mulai 17 Jan 2017).


Apabila Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Tun Abang Openg dilantik menjadi Gabenor Sarawak yang pertama pada 16 September 1963 sehingga beliau meninggal dunia pada 28 Mac 1969.



GABENOR KEDUA
TYT TUN  TUANKU HAJI BUJANG BIN TUANKU HAJI OTHMAN SMN PSM PNBS
(01 APR 1969 - 1 APR 1977)


Tun Tuanku Bujang bin Tuanku Othman adalah Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua.  Beliau dilahirkan pada 12 Disember 1898 di Sibu, Sarawak. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu dan kemudiannya menyertai Sarawak Civil Service sebagai Pegawai Anak Negeri (Native Officer) dalam tahun 1934. Pada tahun 1954 beliau mendapat gelaran "Datu" dan setahun kemudian (1955) beliau dinaikkan pangkat mejadi Pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Sarawak (Sarawak Administrative Service).

Beliau bersara dari Sarawak Civil Service dalam bulan Dis 1960 dan menyertai politik dan menjadi Presiden Barisan Ra'ayat Jati Sarawak (BARJASA) dalam tahun 1962, sebuah parti politik yang memperjuangkan pembentukan Malaysia. Setelah Malaysia dibentuk pada 16 Sep 1963, Tun Tuanku Hj Bujang dilantik menjadi Senator (Ahli Dewan Negara) dan dianugerahi dengan gelaran Tan Sri. 

Apabila YDPN Sarawak pertama, Tun Hj Abang Openg meninggal dunia pada bulan Mac 1969, beliau telah dilantik oleh YDP Agong Malaysia ke 4 menjadi Gabenor Sarawak berkuatkuasa pada 2 Apr 1969. Beliau menjadi YDPN selama 2 penggal (8 tahun) sehingga 1977.


Tun Tuanku haji Bujang telah meninggal dunia di Kuching, Sarawak pada 28 November 1986 ketika berusia 88 tahun.

YANG DIPERTUA NEGERI KE 3
TYT TUN  ABANG MUHAMMAD SALAHUDIN BIN ABANG BARIENG SMN DP
(2 APR 1977 - 01 APR 1981)



YDPN KE 4
TYT TUN DR HAJI ABDUL RAHMAN BIN YAAKUB  SMN DP SIMP SPMK SPMS SSDK SPMP SPDK PNBS
(02 APRil 1981 - 01 APR 1985)



Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman bin Ya’kub dilahirkan pada 23 Januari 1928 di Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak. Beliau adalah berketurunan Melayu-Melanau, dan ayahnya Tuan Wan Ya'kub bin Wan Yusuf adalah seorang nelayan. Ibunya bernama Siti Hajar binti Haji Mohd Tahir. Beliau adalah bapa saudara kepada Tun Pehin Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak ke 5 dan YDPN Sarawak ke 7).

Tun Abd Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan kemudiannya Sekolah Anchi di Miri kemudian ke St. Joseph School, Miri. Pengajiannya tergendala akibat kedatangan tentera Jepun lalu beliau mempelajari seni mempertahankan diri Jepun - Aikido.  Beliau kemudian berkerja sebagai Oil Tester dengan Sarawak Shell Company dan membuat kerja sambilan sebagai guru sebelum diterima kerja sebagai  Native Officer dalam Sarawak Civil Service dalam tahun 1948. Beliau juga dilantik menjadi Fourth Class Magistrate sehingga tahun 1952.

Dalam tahun 1952, Rahman dinaikkan pangkat ke First Class Magistrate. Tun Abd Rahman lulus Grade Two Certificate dalam peperiksaan Senior Cambridge.

Tun Rahman memasuki University of Southampton, UK untuk mengaji Undang-Undang dalam tahun 1954 ketika berusia 26 tahun. Beliau graduat pada tahun 1959 dan merupakan anak bumiputera Sarawak yang pertama graduat dari Lincoln's Inn. Beliau kemudianya berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwaraya di Sarawak Legal Department dari 1959 hingga 1963.

Tun Rahman mengambil bahagian menyusun perlembagaan dalam penubuhan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Ra'ayat Jati Sarawak (BARJASA).  Tun Rahman kemudiannya menyertai BARJASAkerana PANAS lebih dikuasai oleh golongan aristokrat. Dalam tahun 1963. Rahman bertanding dalam pilihanraya Kerajaan Tempatan Sarawak tetapi tewas. 

Apabila Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963, Kerajaan Persekutuan menamakan Tun rahman sebagai Ketua Menteri yang pertama tetapi ditolak oleh Perikatan Sarawak yang pada masa itu didominasi oleh Sarawak National Party (SNAP).

Rahman dilantik oleh Majlis  Negeri untuk menjadi Ahli Parlimen yang mewakili Sarawak pada bulan Okt 1963. Kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Muda Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Di atas prestasinya yang cemerlang, Tun rahman telah dinaikkan menjadi Menteri penuh pada tahun 1965 sebagai Menteri Tanah dan Galian. Tun Rahman merupakan pencetus idea penubuhan PETRONAS yang kemudian direalisasikan dalam tahun 1974. Beliau juga yang mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi PETRONAS.

Tun Rahman kemudiannya dilantik menjadi Menteri Pelajaran dalam tahun 1969. Jasa rahman yang tidak dapat dilupakan ialah membuat perubahan drastik menghapuskan peperiksaaan darjah 6 (Sekolah Rendah) untuk masuk ke sekolah menengah.  Perubahan dasar ini membolehkan semua pelajar sekolah rendah (khususnya rakyat luar bandar dan miskin)  masuk sekolah menengah secara automatik. Beliau juga menukarkan bahasa pengantar Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu di semua sekolah hingga ke peringkat universiti. Penubuhan UKM merupakan legasi Rahman Yaakub dalam mencapai impian rakyat Malaysia yang mahukan sebuah universiti yang menggunakan Bahasa melayu sebagai medium.

Tun Abdul Rahman memenangi kerusi DUN Kuala Rajang, Sarawak dalam PRU Negeri Sarawak tahun 1970 mewakili Parti Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) salah sebuah parti dalam Perikatan Sarawak. Setelah mengalami pelbagai halangan (kerana tiada parti yang mempunyai undi majoriti besar), Rahman berjaya memujuk pemimpin-pemimpin parti politik peribumi dan China untuk membentuk Kerajaan Perikatan Sarawak dan beliau menjadi Ketua Menterinya.

Tun Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Menteri kerana masalah kesihatan dan melakukan pembedahan jantung di London pada tahun 1981.

Tun Rahman telah dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 2 April 1981. Beliau hanya memegang jawatan itu untuk tempoh satu penggal sahaja sehingga 1 April 1985 dan kembali aktif dalam politik dengan menubuhkan Parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) pada tahun 1987.

Tun Abdul Rahman berkahwin dengan Toh Puan Normah. Apabila Toh Puan Normah  meninggal dunia pada tahun 1984, Tun berkahwin dengan Toh Puan Siti Maemunah dan kemudian berkahwin pula dengan Toh Puan Hayati Ahmat. Antara anak Tun rahman ialah Datuk Norah yang menjadi Ahli Parlimen Tanjung manis dari 2008 - 2018.

Tun Abdul Rahman meninggal dunia pada 9 Januari 2015 pada usia 87 tahun.



YDPN KE 5
TYT TUN DR HAJI MOHD ZAIDI ADRUCE BIN HAJI MUHAMMAD NOR  SMN PSM DUNM SSAP SIMP
(02 APRIL 1985 - 05 DIS 2000)


Tun Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Muhammed Noor adalah YDPN Sarawak yang kelima. Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1924 di Sibu, Sarawak. 

Beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Ya'kub pada 1985. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga meninggal dunia pada 5 Dis 2000. Beliau merupakan anak Sarawak Bumiputera yang pertama menerima Ijazah MA dari sebuah universiti di Britain iaitu University of Edinburgh).


Sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada tahun 1985, Ahmad Zaidi Adruce mempunyai kerjaya politik yang bergolak. Penglibatan beliau dalam politik bermula dengan bersungguh-sungguh semasa masih belajar di Buitenzorg College di Bogor, kemudian Jepun menduduki Hindia Belanda (kini Indonesia).

Diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan oleh Sharifah Mai, anak perempuan Syarif Masahor yang terkenal yang telah dimuliakan sebagai nasionalis pertama Sarawak. Pada usia 5 tahun, beliau dihantar ke dua buah sekolah, Chung Hua dan juga Abang Ali di Sibu, di mana beliau membangunkan kepentingan dalam puisi, gimnastik dan lakonan. Pada usia 12 tahun, beliau lulus darjah tujuh peperiksaan dengan markah teladan - yang pada masa itu adalah satu pencapaian yang lebih daripada apa yang diharapkan daripada seorang pemuda yang lahir dan dibesarkan di Sarawak. Ahmad Zaidi adalah seorang pelajar yang sangat pintar, yang sentiasa memuat pertama atau kedua dalam kelas di seluruh sekolah rendah dan menengah. Selepas peperiksaan darjah tujuh, beliau berpindah ke Kuching untuk melanjutkan pelajaran dan menyertai sekolah St. Thomas pada tahun 1936, di mana beliau lulus dengan kelayakan Junior Cambridge pada tahun 1938. Daripada 63 pelajar, beliau adalah antara tujuh yang lulus - dan daripada tujuh, Ahmad Zaidi adalah satu-satunya bumiputera. Beliau berkhidmat di sebuah sekolah Anglo-Cina di Singapura pada tahun 1938 dan menamatkan pengajian pada tahun 1939 pada usia 15 tahun dengan Sijil Sekolah Cambridge, dan pada masa itu satu-satunya bumiputera telah mencapai penghormatan.

Pada bulan November 1940, Ahmad Zaidi menyertai Idris Kolej Sultan di Tanjung Malim, Perak, di mana beliau belajar sehingga serangan Jepun pada tahun 1941, apabila dia terpaksa melarikan diri ke Singapura. Pada tahun 1942 beliau telah dihantar ke Jawa untuk mengkaji Perubatan Veterinar di Buitenzorg College di Bogor. Beliau tidak menamatkan latihan veterinar apabila perang tamat pada 1945 dan bukannya ditarik ke dalam pertempuran melawan Belanda di Indonesia, di mana beliau menyaksikan sendiri hari-hari terawal Revolusi Nasional Indonesia. 

Pada tahun 1947, beliau kembali ke Sarawak di mana beliau dilantik sebagai guru di Pusat Latihan Batu Lintang. Pada tahun itu beliau juga menubuhkan pergerakan Pengakap Laut pertama di Borneo dan mengambil pelajar beliau belayar sejauh Tanjung Datu di hujung barat Pulau Borneo dan ke utara ke Sungai Saribas, sebuah syarikat yang kemudiannya membantu beliau mewujudkan kecerdasan yang dan pergerakan bawah tanah untuk membantu Republik Indonesia dalam peperangan gerila menentang Belanda.

Pada tahun 1949, pihak British menganugerahkan Ahmad Zaidi empat tahun biasiswa Pembangunan Kolonial dan Kebajikan untuk melanjutkan pengajian di Robert Gordons Kolej Teknikal di Aberdeen sebelum beliau mendaftar ke University of Edinburgh di United Kingdom. Pada 28 Mei 1953, beliau telah dijemput untuk mewakili pelajar Sarawak untuk menghadiri Pertabalan Ratu Elizabeth II di mana beliau juga bertemu dengan Temenggong Jugah anak Barieng. Ahmad Zaidi memperoleh ijazah MA dalam Ekonomi Politik pada tahun 1953 dari University of Edinburgh dan kemudian memperoleh Sijil Pendidikan dari University of London pada tahun 1955. Sekembalinya ke Sarawak, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan penyelia di sebuah kolej latihan dan kemudian menjadi pemangku presiden Barisan Pemuda Sarawak pada tahun 1956 yang merupakan sebuah organisasi yang menyatukan bumiputera untuk berusaha ke arah kemerdekaan Sarawak. Beliau telah bertemu dengan Tan Sri Ghazali Shafie dan kemudian dengan Tunku Abdul Rahman untuk menyokong pergerakan ke arah pembentukan Malaysia.

Ahmad Zaidi telah menentang rahsia dengan ideologi dan pengalaman mengalami diskriminasi manakala di United Kingdom tidak banyak menimbulkan perasaan cinta perasaannya terhadap kerajaan penjajah yang memerintah atas rakyatnya. Pembentukan untuk pergerakan ke arah kemerdekaan telah menjadi begitu kuat bahawa terdapat juga plot sama ada menangkap atau membunuh Ahmad Zaidi kerana menjadi pemberontak yang sangat awam kepada kerajaan penjajah. Dia tahu bahawa pada peringkat itu walaupun Sarawak dapat mencapai kemerdekaan, jentera-jentera bagi kerajaan Malaysia baru akan kebanyakannya dipengaruhi oleh orang-orang Sarawak yang bekerja dengan kerajaan penjajah. Dalam fasa peralihan ke arah pembentukan kerajaan baru, beliau menerima maklumat dalaman bahawa sebahagian daripada ekspatriat yang bekerja di bawah pentadbiran penjajah pilihan beliau dihapuskan kerana takut dendam jika Ahmad Zaidi menjadi dalam kawalan. Beliau digelar pengkhianat oleh pihak berkuasa British dan penyokong termasuk banyak ekspatriat dalam kerajaan Sarawak kerana pengaruh yang kuat dan penglibatan dalam Barisan Pemuda Sarawak dan disyaki berkaitan dengan Indonesia semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Beliau kemudiannya diculik dari Sarawak oleh pihak yang bersimpati dan kemudian pergi ke dalam buangan di Indonesia sehingga beliau diberikan pengampunan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1969, satu langkah disokong kuat oleh Tun Abdul Rahman Ya'kub (Ketua Menteri Sarawak ke-3 dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak), yang merupakan seorang Menteri Persekutuan pada masa itu.

Ahmad Zaidi dilahirkan di tengah-tengah bergegas perairan di atas bot di Sungai Rajang pada 29 Mac 1924, kepada kehebatan ibu bapa kandungnya, Muhammad Noor dan Siti Saadiah. Beliau telah berjanji kepada rakan keluarga yang rapat, Sharifah Mai, yang datang dari keluarga yang masyhur daripada sharif Arab. Sharifah Mai adalah anak perempuan Sharif Masahor (yang terkenal sebagai nasionalis Sarawak pertama, menentang Rajah itu untuk melindungi Sarawak dari dijajah).

Ahmad Zaidi Adruce telah berkahwin dengan Hjh Hamsiah Bte Hj Ismail dan mempunyai lapan orang anak. Semasa pembuangannya di Indonesia, beliau kemudiannya berkahwin dengan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Rosmiati Kendati, dan mempunyai empat lagi anak.

Pada 2 April 1985, Ahmad Zaidi Adruce dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelima, selepas Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub meletak jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mahmud Iskandar Al-Haj. Beliau memegang jawatan itu selama 15 tahun.


Ahmad Zaidi Adruce berkhidmat tiga penggal sebelum meninggal dunia pada 5 Disember 2000, meninggalkan legasi sebagai nasionalis besar. Beliau telah diberikan pengebumian negeri dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya, Kuching.


YDPN KE 6
TYT TUN PEHIN HAJI ABANG MOHAMMAD SALAHUDDIN BIN ABANG BARIENG SMN DP SPMP SPDK DUNM PCD
(22 FEB 2001 - 28 FEB 2014)




Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng dilahirkan di Kampung Nangka, Sibu pada lahir 27 Ogos 1921. Beliau  adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari tahun 1977 hingga 1981 dan sekali lagi dari tahun 2001 hingga 2014.

Semasa kecil beliau dikenali sebagai Abang Louis, adalah satu-satunya anak Abang Barieng bin Abang Anyut, seorang tokoh yang terkenal di Bahagian Ketiga (kini Bahagian Sibu).

Selepas pendudukan Jepun, beliau bekerja sebagai Inspektor Perbandaran sehingga 1947 di bawah pentadbiran kolonial British yang baru. Beliau terus berkhidmatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kerja Raya.

Beliau aktif dalam politik negeri, membantu untuk membentuk Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Salahuddin bertindak sebagai wakil masyarakat Melanau itu kepada Suruhanjaya Cobbold pada tahun-tahun sebelum pembentukan Malaysia.

Pada tahun 1963, beliau bertanding dan memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri. Walau bagaimanapun, beliau meletak jawatan pada tahun 1968 dan kembali ke perkhidmatan awam. Beliau akhirnya menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai YDPN Sarawak yang ketiga dan berkhidmat untuk satu penggal selama empat tahun. Pada tahun 2000, beliau menjadi Pemangku Gabenor apabila Gabenor Ahmad Zaidi Adruce sedang sakit. Zaidi Adruce meninggal dunia pada Disember 2000, dan Salahuddin sekali gus dilantik semula sebagai YDPN Sarawak  pada Februari 2001, dan berkhidmat sehingga 28 Februari 2014.


Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Dayang Umi Kalthum (meninggal dunia) dan kemudian mengahwini Toh Puan Hajah Norkiah. Dari dua perkahwinan itu mereka dikurniakan 12 orang anak.



YDPN KE 7
TYT TUN PEHIN HAJI ABDUL TAIB BIN MAHMUD SMN SBS DP PSM SPMP SPDK DUNM PCD SPMB KTWE KOU AO
(01 MAC 2014 - KINI)




Abdul Taib dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936. Berketurunan Melayu Melanau, Abdul Taib merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ke 4 dari 26 Mac 1981 hingga 24 Feb 2014, iaitu selama 32 tahun.

Abdul Taib mendapat pendidikan awal di St Joseph's Primary School, Miri dan St. Joseph's Secondary School di Kuching. Beliau mendapat biasiswa di bawah Colombo Plan scholarship untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di University of Adelaide, Australia.

Abdul Taib menamatkan pengajian dengan memperolehi Bachelor of Laws dalam tahun 1960 dan kemudiannya menyambung pengajian ke Harvard International Summer Course.

Sepulangnya ke Sarawak, Abdul Taib berkerja sebagai Crown Council dari 1962 hingga 1963, sebelum dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sarawak dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Pembangunan dan Perhutanan dalam tahun 1966.  Abdul Taib dipilih menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Samarahan pada tahun 1970.

Abdul Taib kemudiannya dibawa ke Kerajaan pusat oleh AllahyarhamTun Razak pada tahun 1970 untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri  di JPM sehingga tahun 1972. Pada tahun 1972 dinaikkan ke Menteri penuh, iaitu Menteri Perusahaan Utama (1972 - 1974), Menteri Perancang Am dan Sosio-Ekonomi (1974 - 1975),  Menteri Penerangan dan Tugas Khas (1975 - 1978) Menteri Peertahanan (1978 - 1981).

Dalam tahun 1981, ketika berusia 45 tahun, Abdul Taib telah dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak, menggantikan Datuk Abdul Rahman Yaakob. Pada tahun yang sama dipilih menjadi Presiden Parti Pesaka bumiputera Sarawak (PBB). Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Presiden PBB sejak 1973.

Sejak 1981 beliau merupakan ADUN Sebandi sebelum bertukar ke Asajaya pada tahun 1987 dan kemudian ke Balingian pada tahun 2001. Walaupun menjadi ADUN, beliau mengekalkan Ahli parlimen Samarahan sehingga meletak jawatan pada tahun 2014.

Abdul Taib dilantik menjadi yang DiPertua Negeri Sarawak mulai 1 Mac 2014 untuk tempoh 4 tahun dan dilantik semula untuk tempoh 2 tahun pada 1 Mac 2018.

Abdul Taib berkahwin dengan Laila Chalecki (Puan Sri Laila binti Abdullah) di Adelaide dalam bulan Januari 1959 sehingga meninggal dunia pada bulan Mac 2009. Perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Jamilah Hamidah, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah Hajar.

Abdul Taib kemudian berkahwin dengan Toh Puan Raghad Waleed alKurdi dalam bulan Disember 2010.


No comments:

Post a Comment