Tuesday, February 3, 2015

M 044 PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)


PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Ini pun satu ‘maklumat sejarah’ dan ‘general knowledge’ yang tak ramai orang ambil tahu, sebab tak ada kepentingan. Iaitu berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam sistem perundangan Malaysia, PBT merupakan kerajaan ketiga dalam sistem pentadbiran Negara, selepas Kerajaan Persekutuan (Pusat) dan Kerajaan Negeri. PBT merupakan pelaksana dasar di peringkat akar umbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan.

PBT merupakan sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kawasan berasaskan kepentingan tempatan.

Berdasarkan Seksyen 13, Akta tersebut, PBT ditafsirkan sebagai “mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan berhubungan dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).
                                                
Komposisi dalam sesebuah PBT meliputi:

(1)   Yang Dipertua atau Datuk Bandar; dan

(2)    Ahli Majlis yang mengandungi tidak kurang daripada lapan (8) dan tidak lebih daripada dua puluh empat (24) orang ahli, yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

PBT pada umumnya diberikan kuasa oleh undang-undang untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna sesuai dengan kondisi masyarakat setempat.

Pada asasnya, sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan  dijalankan berasaskan
dua prinsip iaitu:

(1)   di luar bidang kuasa (ultra-vires);
(2)   keupayaan yang kompeten (general competence).

Oleh itu, PBT diberi tanggung jawab untuk menentukan kehidupan masyarakat tempatan berada pada tahap optimum.

Dalam melaksanakan tugas dan peranannya, PBT  perlu melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan termasuklah fungsifungsi budi bicara yang telah diberi oleh undang-undang.

Sebagai Kerajaan Ketiga yang berhubung secara  langsung dengan masyarakat setempat, PBT mempunyai peranan yang luas yang digariskan dalam undang-undang yang pelbagai dan sebagai contoh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang menggariskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan meliputi:

(1)   penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat
(2)   pewujudan pusat-pusat perdagangan seperti pasar, gerai-gerai dsb.
(3)   pengawalan ke atas kesihatan awam, kacau ganggu, keselamatan dsb.
(4)   pelaksanaan tanggung jawab sosial yang meliputi pembangunan tempat-tempat awam, kolam renang dsb.

Dalam menjamin peranan yang diberikan kepada PBT dapat dijalankan dengan sempurna, PBT telah diberikan kuasa untuk melaksanakan tindakan-tindakan wajar melalui beberapa undang-undang berikut:

(1)   Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
(2)   Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
(3)   Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
(4)   Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154).
(5)   Akta Makanan 1983 (Akta 281).
(6)   Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan undang-undang lain yang berkaitan.

ref:mbsa.gov.my

BANDARAYA

Berikut adalah nama-nama 13 bandar di Malaysia yang telah diiktiraf sebagai bandar raya (tetapi mempunyai 14 buah Dewan/Majlis Bandaraya) setelah memenuhi kriteria yang termaktub:

(1)   Kuala Lumpur (1 Februari 1972) - Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (MPKL) dinaik taraf menjadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

(2)   Ipoh (27 Mei  1988)- Majlis Perbandaran Ipoh (MPI) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

(3)   Kuching (1 Ogos 1988) Majlis Perbandaran Kuching (MPKu) dinaik taraf menjadi bandaraya dan dibahagi kepada dua wilayah pentadbiran iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan  (MBKS).

(4)   Johor Bahru (1 Januari 1994). Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dikenali sebagai Bandaraya Gerbang Selatan. 

(5)   Kota Kinabalu (2 Februari 2000). Majlis Perbandaran Kota Kinabaru dinaik taraf menjadi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

(6)   Shah Alam (10 Oktober 2000) Majlis Perbandaran Shah Alam dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

(7)   Melaka (15 April 2003) - dikenali sebagai Majlis  Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

(8)   Alor Setar (21 Disember 2003) Majlis Perbandaran Alor Setar telah dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Alor Setar(MBAS)

(9)   Miri (20 Mei 2005) - Majlis Perbandaran Miri (MPM) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan dikenali sebagai Bandaraya Peranginan.

(10)  Petaling Jaya (20 Jun 2006) - Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dikenali sebagai Bandaraya Satelit.

(11)  Kuala Terengganu (1 Jan 2008) Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Pantai.

(12)   George Town (1 Januari 1957) - diiktiraf oleh Kerajaan British sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (status dipertikai). Bagaimanapun status ini secara tidak langsung di mansuhkan (dituruntaraf) dengan penubuhan Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 1976. Pada 1 jan 2015, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

(13)  Nusajaya (22 Nov 2017) yang dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dinaik taraf menjadi Bandaraya dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

SENARAI BERKUASA TEMPATAN MENGIKUT NEGERI 

JOHOR DARUL TAAZIM

Bandaraya

(1)   Majlis Bandaraya Johor Bahru - 1 Jan 1994 (meliputi Johor Bahru, Tampoi, Larkin, Kempas, Pasir Pelangi, Taman Pelangi, Rinting, Tebrau dan Permas Jaya)
(2)   Majlis Bandaraya Iskandar Puteri - 22 Nov 2017 (meliputi pekan Kota Iskandar, Gelang Patah, Tampoi, Seelong, Skudai, Lima Kedai, Kangkar Pulai, Ulu Choh, Ulu Tiram, Plentong)

Majlis Perbandaran

(1)   Majlis Perbandaran Muar- 14 Apr 2001 (meliputi Bandar Maharani dan pekan-pekan Parit Jawa, Parit Bakar, Sg Balang, Kesang, Serom)
(2)   Majlis Perbandaran Batu Pahat - 1 Jan 2001 (meliputi Bandar Penggaram dan pekan-pekan Senggarang, Seri Gading, Semerah)
(3)   Majlis Perbandaran Kluang - 8 Mei 2001 (meliputi bandar Kluang dan pekan Rengam, Mengkibul, Paloh dan Kahang).
(4)   Majlis Perbandaran Kulai - 21 Apr 2004 (meliputi bandar Kulai dan pekan-pekan Sedenak, Senai, Bukit Besar dan Bukit Batu)
(5)   Majlis Perbandaran Pasir Gudang
(6)   Majlis Perbandaran Segamat - 1 Jan 2018 (bandar Segamat, Jementah, Batu Anam, Gemas Baru, Bukit Siput, Buloh Kasap dan Pekan Jabi )

Majlis Daerah

(2)   Majlis Daerah Labis (meliputi pekan-pekan Labis, Bekok, Chaah, Sungai Karas dan Ayer Panas)
(3)   Majlis Daerah Kota Tinggi (meliputi Kota Tinggi, Pengerang, Teluk Ramunia, Mawai)
(4)   Majlis Daerah Mersing (meliputi Mersing, Endau, Jemaluang)
(5)   Majlis Daerah Pontian (meliputi Pontian Kecil, Pontian Besar, Benut, Permas, Kukup, Sanglang)
(6)   Majlis Daerah Tangkak (meliputi Tangkak, Sagil, Lenga)
(7)   Majlis Daerah Yong Peng (meliputi Yong Peng, Air Hitam, Parit Raja, Parit Yaani, Seri Medan, Parit Sulong)
(8)   Majlis Daerah Simpang Renggam (meliputi Macap, Layang-layang, Rengam, Paloh)
Pihak Berkuasa Tempatan Bandar Penawar (PBT Khas)

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Johor Bahru (JB) ialah nama ibu negeri Johor dan juga nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan  Semenanjong. Sebagai bandar raya, ia berupa yang kedua terbesar dalam Malaysia, iaitu selepas KL. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merangkumi kawasan seluas 220 km persegi merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk bandar raya Johor bahru.

Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada 1910 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952, Majlis Perbandaran pada 1 April 1977, diikuti dengan Majlis Bandaraya 1 Januari 1994 setelah Johor Bahru dianugerah taraf bandaraya pada tarikh tersebut.

Dengan jumlah penduduk sebanyak 500,000 di kawasan bandar raya dan lebih kurang 1.5 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun bermasuk melalui negara Singapura. Walaubagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.

Tanjung Puteri, adalah nama asal Johor Bahru, diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim, bapa kepada Sultan Abu Bakar, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung nelayan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari  Teluk Belanga di Singapura. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari ini berula dari kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan China untuk melabur dalam bidang pertanian di Johor. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar dan daerah. Kejayaan Sultan Abu Bakar turut dibantu oleh pegawai-pegawai kanan Melayu yang berbijak, cekap dan berwibawa seperti Dato Seri Amar DiRaja, Dato Bentara Luar, Dato Bentara Dalam dan Dato Penggawa Barat.


Senarai nama Datuk Bandar Johor Bahru:

1.   Dato' Hj Hashim bin Yahya (01 Jan 1994 - 31 Dis 2000)
2.   Dato' Hj Johari bin Suratman (01 Jan 2000 - 31 Dis 2003)
3.   Dato' Hj Abdul Wahid bin Hj Dahlan (01 Jan 2003 - 31 Dis 2006)
4.   Dato' Hj Abdul Latif bin Yusof (01 Jan 2006 -30 Sep 2006)
5.   Dato' Hj Mohd Naim bin Hj Nasir (1 Okt 2006 - 02 Ogos 2009)
6.   Tuan Hj Mohd Jaffar bin Awang (03 Ogos 2009 - 30 Jun 2011)
7.   Tuan Hj Burhan bin Amin (01 Jul 2011 - 6 Jun 2013)
8.   Dato' Hj Ismail bin Karim (7 Jun 2013 - 13 Apr 2014)
9.   Dato' Hj Abdul Rahman bin Mohamed Dewam (14 Apr 2014 - 16 Ogos 2015)
10. Tuan Hj A. Rahim bin Haji Nin (17 Ogos 2015 - 24 Okt 2017)

MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Sejarah awal Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah bermula dengan penubuhan lapan buah Majlis Tempatan sekitar tahun 1960an di bawah Enakmen Lembaga Bandar 118. Pada 1 Mac 1978, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang merangkumi kawasan seluas 104.7 kilometer persegi dengan jumlah penduduk sebanyak 150,000 orang. Pada tahun 1995, kawasan pentadbiran Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah diperluaskan sehingga 303.48 kilometer persegi dengan jumlah penduduk bertambah sehingga hampir 500,000 orang.  Pada tahun 2001, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT) dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang merangkumi zon Skudai-Nusajaya di bahagian barat dan Tebrau-Plentong di bahagian timur. Walaubagaimanapun, mulai 2016, kerajaan Johor telah melakukan persempadanan dimana zon timur yang merangkumi Tebrau-Plentong  diserahkan kepada pentadbiran Majlis Bandayara JB (MBJB) manakala zon barat yang merangkumi Skudai-Nusajaya kekal dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT). Pada 22 November 2017, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah diberi status bandaraya kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Datuk Bandar Iskandar Puteri:

1.   Dr Badrul Hisham bin Kassim (22 Nov 2017 - kini)


MELAKA

Bandaraya

(1)   Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - 15 Apr 2003

Majlis Perbandaran

(2)   Majlis Perbandaran Alor Gajah - 1 Mei 2003
(2)   Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - 1 Jun 2005
(3)   Majlis Perbandaran Jasin -1 Jan 2007

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris. Pada 1848, East India Act XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Municipal" bagi menggantikan " The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" dan dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1.1.1887 Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan Perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 Tahun 1913.

Pada 1 Jan 1977 melalui kuasa Akta 171(1976) kawasan Perbandaran Kota Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka dengan kawasan bidang tadbir seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi).  Pada tarikh 15 Apr 2003, MPMBB telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. 


Senarai Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah:

1.   Datuk Mohd Zaini bin Mohd Noor (15-04-2003 - 7-02-2008)
2.   Datuk Yusof bin Jantan (7-02-2008 - 31 Dis 2013)
3.   Datuk Zainal bin Abu (1 Jan 2009 - 31 Dis 2013)
4.   Datuk Zainal bin Hussein (1 Jan 2014 - 31 Mei 2018)
5.   Datuk Hj Azmi Hj Hussein (1 Jun 2018 - kini)


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Majlis Bandaraya

Tiada

Majlis Perbandaran

(1)   Majlis Perbandaran Seremban - 1 Mac 1979 (dirancang untuk dinaikkan taraf Bandayara pada 1 Jan 2019)
(2)   Majlis Perbandaran Port Dickson - 2 Feb 2002
(3)   Majlis Perbandaran Nilai - 2 Feb 2002

Majlis Daerah

(1)   Majlis Daerah Rembau
(2)   Majlis Daerah Tampin
(3)   Majlis Daerah Kuala Pilah
(4)   Majlis Daerah Jelebu
(5)   Majlis Daerah Jempol


SELANGOR DARUL EHSAN

Majlis Bandaraya

(1)   Majlis Bandaraya Shah Alam - 10 Okt 2000
(2)   Majlis Bandaraya Petaling Jaya - 20 Jun 2006

Majlis Perbandaran

(1)   Majlis Perbandaran Klang - 1 Jan 1977
(2)   Majlis Perbandaran Ampang Jaya - 1 Jul 1992
(3)   Majlis Perbandaran Selayang - 1 Jan 1997
(4)   Majlis Perbandaran Kajang - 1 Jan 1997
(5)   Majlis Perbandaran Subang Jaya - 25 Apr 1998
(6)   Majlis Perbandaran Sepang - 3 Mac 2005

Majlis Daerah

(1)   Majlis Daerah Hulu Langat
(2)   Majlis Daerah Sabak Bernam
(3)   Majlis Daerah Hulu Selangor
(4)   Majlis Daerah Kuala Langat

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Bandar raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km di barat KL. Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Di dalam peta Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan, Shah Alam dirujuk dengan nama Batu Tiga. Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah KL dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor, Shah Alam diistiharkan sebagai ibu negeri Selangor. Nama Shah Alam sendiri adalah pilihan dan perkenan Baginda.

Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197). Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandaraya pada 10 Oktober 2000.


Senarai Datuk Bandar Shah Alam:

1.   Dato' Hj Abu Sujak bin Mahmud (10 Okt 2000 - 09 Okt 2002)
2.   Dato' Hj Salamon bin Selamat (10 Okt 2002 - 9 Okt 2004)
3.   Dato' Hj Ramli bin Mahmud (10 Okt 2004 - 2006)
4.   Dato' Hj Ramlan bin Othman (2006 - 2007)
5.   Dato' Hj Mazalan bin Mohd Nor (2007 - 31 Mac 2011)
6.   Dato' Hj  Mohd Jaafar bin Hj Mohd Atan (1 April 2011 - 31 Mac 2014)
7.   Dato' Hj Ahmad Zaharin bin Mohd Saad (1 Apr 2014 - kini)

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Pada awal tahun 50-an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti "Effingham Estate" iaitu tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penempatan baru yang dikenali Petaling Jaya.

Pihak yang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir penempatan baru ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Petaling Jaya sebelum diambil alih oleh sebuah badan berkanun iaitu Petaling Jaya Authority pada penghujung tahun 1954.
Petaling Jaya melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir bandar ini.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kini kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya mempunyai jumlah penduduk lebih 619,925 orang dan bilangan pegangan harta sebanyak 217,930. Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor.

Pentadbiran Majlis terdiri daripada 25 orang Ahli Majlis dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar. Ahli Majlis adalah dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Datuk Bandar adalah seorang pegawai Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran negeri selepas mendapat persetujuan Menteri Besar. Datuk Bandar bertugas sepenuh masa dibantu oleh seorang Timbalan Datuk Bandar dan Ketua-ketua Jabatan dalam menetapkan dan melaksanakan visi, misi, dasar kualiti, objektif dan aktiviti Majlis. Majlis meluluskan draf undang-undang Majlis dan membentuk polisi-polisi untuk dilaksanakan oleh jabatan.


Senarai Datuk Bandar Petaling Jaya:

1.   Datuk Hj Termizi bin Puteh (1 Jun 2006 - 15 Ogos 2006)
2.   Dato‘ Haji Roslan bin Sakiman (16 Ogos 2006 - 16 Ogos 12)  (Timbalan Datuk Bandar ialah Tuan Puasa bin Md Taib)
3.   Datin Paduka Alinah binti Ahmad (1 Jan 2013 - 31 Dis 2014)

4.   Datuk Mohd Azizi bin Mohd Zain (1 Apr 2015 - kini) (Timbalan Datuk Bandar: En Johary bin Anuar)


PERAK DARUL RIDZUAN

Majlis Bandaraya

(1)   Majlis Bandaraya Ipoh

Majlis Perbandaran

(1)   Majlis Perbandaran Taiping.
(2)   Majlis Perbandaran Manjong
(3)   Majlis Perbandaran Telok Intan
(4)   Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Majlis Daerah

(1)   Majlis Daerah Gerik
(2)   Majlis Daerah Selama
(3)   Majlis Daerah Kerian
(4)   Majlis Daerah Kinta Barat
(5)   Majlis Daerah Kinta Selatan
(6)   Majlis Daerah Lenggong
(7)   Majlis Daerah Pengkalan Hulu
(8)   Majlis Daerah Perak Tengah
(9)   Majlis Daerah Tapah
(10) Majlis Daerah Tanjung Malim

MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran buat Perak Darul Redzuan. Bandar raya yang terletak kira-kira 200km ke utara KL merupakan bandar raya keempat terbesar di Malaysia selepas KL, George Town dan Johor Bahru. 

Pada 1 Jan 1980 Majlis Bandaran Ipoh dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran dan pada
12 Mei 1988 Ipoh diisytiharkan sebagai bandar raya.  Pada tahun 1991, penduduk MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) seramai 382,633 orang dengan Keluasan 134.7 km persegi. MBI adalah nadi penggerak pembangunan di Ipoh.

Terdapat 8 kawasan di bawah pentadbiran MBI iaitu pekan Chemor, Simpang Pulai, Lahat, Jelapang, Tanjung Rambutan,  Kg Kepayang, Tambun dan Manjoi.


Senarai Datuk Bandar Ipoh:

1.   Dato’ Hj Omar bin Abu (24-07-1996 - 23-07-1998)
2.   Dato’ Ismail Shah Bodin (24-07-1998 - 23-07-2000)
3.   Dato’ Hj Talaat bin Hussein (24-07-2000 - 23-07-2002
4.   Dato’ Hj Sirajuddin bin Salleh (24-04-200223-07-2004)
5.   Dato’ Hj Hassan Mohamad Nawawi (24-07-200423-07-2006)
6.   Dato’ Ahmad Rafiai bin Mokhtar (24-07-2006 - 23-07-2008)
7.   Dato’ Roshidi bin Hashim (24-07-2008 – kini)


PULAU PINANG

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Georgetown, Balik Pulau).

Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran Seberang Perai (meliputi Butterworth, Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Sg Bakap, Kepala Batas, Jejawi, Permatang Pauh)

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

George Town telah diberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957 oleh Queen Elizabeth II (sebelum kemerdekaan). Walau bagaimanapun, dalam proses penstrukturan semula pada 1976, Majlis Bandaraya George Town telah digabungkan dengan Majlis Daerah Pulau Pinang menjadi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Oleh itu, walaupun status bandar raya tidak ditarik balik secara rasmi (melalui pindaan undang-undang), kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri beranggapan bahawa George Town bukanlah sebuah bandaraya. Ini dibantah keras oleh penduduknya. Bagaimanapun pada 1 jan 2015, MPPP  telah dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Senarai nama Datuk Bandar Pulau Pinang:

1.   Datuk Patahiyah binti Ismail (1 Jan 2015 - 30 Jun 2017)
2.  Datuk Maimunah binti Mohd Sharif (1 Jul 2017 - 31 Dis 2017) - meletak jawatan kerana dilantik menjadi Pengarah Eksekutif UN-Habitat di Nairobi.
2.   Ar Yew Tung Seang (20 Jan 2018 - kini)


KEDAH DARULAMAN

Majlis Bandaraya

(1)   Majlis Bandaraya Alor Star

Majlis Perbandaran

(1)   Majlis Perbandaran Sungai Petani (2 Julai 1994)
(2)   Majlis Perbandaran Langkawi  Bandar Pelancongan (16 Dis 2000)
(3)   Majlis Perbandaran Kulim (1 Ogos 2011)

Majlis Daerah

(1)   Majlis Daerah Baling
(2)   Majlis Daerah Sik 
(3)   Majlis Daerah Kubang Pasu
(4)   Majlis Daerah Yan
(5)   Majlis Daerah Pendang
(6)   Majlis Daerah Pokok Sena
(7)   Majlis Daerah Bandar Baharu
(8)   Majlis Daerah Padang Terap
(9)   PBT Khas - Kawasan HiTech Kulim

MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah. Tempat kelahiran Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra  yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Star’. Star adalah nama sejenis pohon, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.

Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003.  Tetapi kemudiannya ditukar semula kepada Alor Setar.


Senarai Datuk Bandar Alor Setar:

1.   Dato' Mohd Yusof bin Nayan (30 Okt 2004 - 29 Okt 2006)
2.   Dato' Abdul Mukhti bi Abdullah (30 Okt 2006 - 29 Okt 2008)
3.   Dato' Hj Khazali bin Hj Din (29 Okt 2008 hingga 28 Okt 2010)
4.   Dato' Hj Mat Noh bin Ahmad (29 Okt 2010 - 14 Ogos 2016)
5.   Dato' Hj Mohd Zohdi bin Hj Said (30 Ogos 2016 – kini


KELANTAN DARUL NAIM

Majlis Perbandaran

(1)   Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam

Majlis Daerah

Majlis Daerah Bachok
Majlis Daerah Gua Musang
MajlisDaerah Jeli
Majlis Daerah Ketereh
Majlis Daerah Kuala Kerai Utara
Majlis Daerah Kuala kerai Selatan
Majlis Daerah Pasir Mas
Majlis Daerah Machang
Majlis Daerah Pasir Putih
Majlis Daerah Tanah Merah
Majlis Daerah Tumpat


TERENGGANU DARUL IMAN

Majlis Bandaraya

(1)   Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Majlis Perbandaran

(1)   Majlis Perbandaran Kemaman (1 Jan 2002)

Majlis Daerah

(1)   Majlis Daerah Besut
(2)   Majlis Daerah Hulu Terengganu
(3)   Majlis Daerah Marang
(4)   Majlis Daerah Dungun

MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu ialah ibu negeri dan juga Bandar Diraja negeri Terengganu. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi Bandar raya pada 1 Januari  2008. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000. Namanya bererti muara Sg Terengganu. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya. Bandar Kuala Terengganu dikatakan bermula sebagai pusat perniagaan dan pengumpulan hasil semenjak zaman berzaman. Penduduk di sepanjang Sg Terengganu membawa hasil pertanian dan hutan melalui jalan sungai, manakala para nelayan menukarkan hasil tangkapan mereka. Kawasan perniagaan utama di Kuala Terengganu terletak di Jalan Kampung Cina, Jalan Banggol dan Tanjong.


Senarai Datuk Bandar Kuala Terengganu:

1.   Dato Hj Mat Razali bin Kassim (01-01-2008 - 31-12-2010)
2.   Dato‘ Hj Adzlan bin Mohd Dagang (01-01-2011 - 09-12-2014)
3.   Encik Samiun bin Salleh (13-12-2014 - 04-09-2016)
4.   Tuan Hj Mohd Zulkifli bin Abu Bakar (05-09-2016- kini)


PAHANG DARUL MAKMUR

Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Kuantan
Majlis Perbandaran Temerloh
Majlis Perbandaran Bentong
Majlis Daerah
Majlis Daerah Lipis
Majlis Daerah Rompin
Majlis Daerah Maran
Majlis Daerah Raub
Majlis Daerah Jerantut
Majlis Daerah Bera
Majlis Daerah Cameron Highlands
Majlis Daerah Kuala Lipis

PERLIS DARULSUNNAH

Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran Kangar

SABAH

Majlis Bandaraya

Majlis Bandaraya Kota Kinabalu

Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran Sandakan
Majlis Perbandaran Tawau
Lembaga Bandaran Kudat

Majlis Daerah

Majlis Daerah Beaufort
Majlis Daerah Beluran
Majlis Daerah Keningau
Majlis Daerah Kinabatangan
Majlis Daerah Kota Belud
Majlis Daerah Kota Marudu
Majlis Daerah Kota Penyu
Majlis Daerah Kunak
Majlis Daerah Lahad Datu
Majlis Daerah Nabawan
Majlis Daerah Papar
Majlis Daerah Penampang
Majlis Daerah Ranau
Majlis Daerah Semporna
Majlis Daerah Sipitang
Majlis Daerah Tambunan
Majlis Daerah Tenom
Majlis Daerah Tuaran

MAJLIS BANDARAYA KOTA KINABALU

Kota Kinabalu (KK) ialah ibu negeri Sabah. Terletak di Residensi Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandaraya pada 2 Feb 2000. 

Semasa pemerintahan British, Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah. Pusat pemerintahan yang baru itu dinamakan "Api-api" sempena memperingati kejadian kebakaran di Pulau Gaya.
Api-api kemudiannya bertukar nama kepada "Jesselton" (diambil sempena nama Timbalan Pengurus Syarikat Berpiagam Borneo Utara British) dan seterusnya kepada "Kota Kinabalu" apabila Sabah mencapai  kemerdekaan dan menyertai Malaysia. 

Senarai nama Datuk Bandar KK sejak MBKK ditubuhkan adaah seperti berikut:

1.   Datuk Abd Ghani bin Abd Rashid  (2/2/2000 - 31/1/2005)
2.   DCP (B) Datuk Ilyas bin Ibrahim  (1/2/2005 - 31/1/2011)
3.   Datuk Abidin bin Madingkir (1/2/2011 - 31/1/2016)
4.   Datuk Yeo Boon Hai (1/2/2016 – kini)


SARAWAK

Majlis Bandaraya

Dewan Bandaraya Kuching Utara
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Majlis Bandaraya Miri

Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran Sibu
Majlis Perbandaran Bintulu
Majlis Perbandaran Padawan

Majlis Daerah

Majlis Daerah Bau
Majlis Daerah Betong
Majlis Daerah Dalat dan Mukah
Majlis Daerah Kanowit
Majlis Daerah Kapit
Majlis Daerah Lawas
Majlis Daerah Luar Bandar Sibu
Majlis Daerah Lubok Antu
Majlis Daerah Maradong dan Julau
Majlis Daerah Lundu
Majlis Daerah Marudi
Majlis Daerah Matu dan Daro
Majlis Daerah Samarahan
Majlis Daerah Saratok
Majlis Daerah Sarikei
Majlis Daerah Serian
Majlis Daerah Simunjan
Majlis Daerah Sri Aman
Majlis Daerah Limbang
Majlis Daerah Subis

MAJLIS BANDARAYA MIRI

Miri yang terletak di Bahagian Keempat,Sarawak  merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf banda raya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 300,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.

Senarai Datuk Bandar Miri:

1.   Datuk Wee Han Wen (20-06-2005 - 23-01-2010)
2.   Lawrence Lai Yew Soon (15-07-2016 - 22-01-2010)

3.   Adam Yii Siew Sang  (30-06-2016 – kini)


DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bandar Kuching adalah ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cins, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun. Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia. Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2009 dianggarkan sekitar 794,517 orang.

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.


Senarai Datuk Bandar Kuching Utara:

1.   Datuk Dr Mohd Yusof bin Hj Hanifah (01-08-1988 - 00-00-1994)
2.   Datuk Hj Awang Ehsan bin Joini (00-00-1994 - 00-00-2000)
3.   Datuk Hj Mahadi bin Kolek (00-00-2000 - 31-01-2005)
4.   Datuk Abdul Hamid bin Mohd Yusof (01-02-2005 - 26-07-2007)
5.   Tuan Hj Mohd Atei bin Abang Medaan (27-07-200701-08-2011)
6.   Datuk Abang Abdul Wahab bin Hj Abang Julai (DCP Bersara) (31-07-2011-  kini)


MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN

Terdapat beberapa fungsi dan peranan Majlis yang dahuluinya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya semasa zaman pemerintahan Kerajaan Brooke. Sir Charles Vyner Brooke ditabalkan pada 22 Julai 1918 sebagai pemerintah Dinasti Brooke yang ketiga.

Pada tahun 1921, Lembaga Kebersihan dan Penasihat Kuching telah ditubuhkan. Dengan pembentukan undang-undang baru pada 1 Januari 1934, Lembaga ini mula dikenali sebagai Kuasa Perbandaran. Ini menandakan kewujudan awal kuasa tempatan untuk Kuching yang kemudiannya dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuching (Kuching Municipal Council).

Kerajaan Pusat telah memberi pertimbangan untuk menganugerahkan status Perbandaran sepenuhnya kepada Lembaga ini. Malangnya peperangan tercetus pada 1941 dan isu ini diketepikan sehinggalah Kerajaan Awam kembali berkuasa pada 1946 setelah Sarawak menjadi tanah jajahan British.

Pada tahun 1947, Lembaga telah mendapati perlu untuk bagi Lembaga kian bertambah. Pesuruhanjaya Majlis Perbandaran menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan pelbagai masalah pentadbiran dalam hanya satu mesyuarat bulanan.

Dalam tahun 1949, Gabenor Sarawak mengarah Pengerusi bagi Lembaga Majlis Perbandaran Kuching supaya mengemukakan kertas kerja cadangan untuk menukarkan Majlis Perbandaran kepada entiti kerajaan tempatan yang membiayai kewangan dan menguruskan pentadbirannya secara tersendiri. Keputusan ini telah membawa kepada penubuhan Majlis Perbandaran bebas dan berautonomi pada 1 Januari 1953.

Pada masa itu, perlantikan ahli-ahli Majlis Perbandaran yang berasaskan unsur perkauman ini terdiri daripada 24 wakil awam diketuai oleh Pegawai British sebagai Pengerusi. Gabenor Sarawak berkuasa untuk melantik Pengerusi Majlis dan 6 wakil yang menjaga kepentingan masyarakat dari beberapa segi. Manakala 18 wakil Majlis dicalonkan oleh pelbagai persatuan yang mewakili kaum Cina, Melayu, India, Ceylon, Dayak dan British. Pemilihan 18 wakil ini memerlukan pengesahan dari Gabenor.

Dalam tahun 1956, Gabenor Sarawak telah berusaha mengadakan pengundian bebas pada 4 November . Sejumlah 58 orang telah menawarkan diri sebagai calon untuk 9 wad dan 27 kerusi dalam Majlis baru. Majlis baru yang dipilih mula berkhidmat pada 1 Disembar 1956. Pengerusi dan Naib Pengerusi dipilih daripada kalangan ahli Majlis yang memegang jawatan selama 1 tahun dan berkelayakan untuk dipilih semula. Walau bagaimanapun, sistem pengundian bebas ini hanya kekal beberapa tahun sahaja.

Tempoh perlantikan bagi wakil Majlis yang selama 3 tahun pada tahun 1963 telah tamat pada 30 Jun 1966, tetapi oleh kerana disebabkan olek faktor politik, tempoh perlantikan mereka telah dipanjangkan oleh Kerajaan Negeri. Ini bermakna ahli Majlis yang dipilih pada pilihanraya tempatan yang ke-3 pada tahun 1963 telah berkhidmat sehingga 14 Oktober 1981.

Enakmen untuk Ordinan Majlis Perbandaran Kuching (Amendment) (No. 2) 1977 pada 15 Disember 1977 di antara perkara lain, menggantikan sistem pilihan raya bagi wakil Majlis dengan sistem perlantikan. Dengan syarat Majlis terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan tidak kurang daripada 8 orang dan tidak lebih 24 orang ahli Majlis yang dilantik oleh Gabenor untuk berkhidmat tidak melebihi 3 tahun. Pertukaran Ordinan berkuatkuasa pada 15 Oktober 1981 di mana semua wakil Majlis dilantik untuk membentuk jawatankuasa yang baru dan semua wakil Majlis yang lama berhenti memegang jawatan pada 14 Oktober 1981.


Pada 1 Ogos 1988, Majlis Perbandaran telah dinaik taraf kepada bandaraya dan Kuching telah menjadi bandar raya yang ke-3 di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Tarikh yang bersejarah ini juga menandakan pembahagian pentadbiran kepada Kuching Utara (meliputi kebanyakan kawasan penting Kuching di mana sebelum ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuching dan meliputi kawasan baru melintasi Sungai Sarawak yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Kuching) dan Kuching Selatan (meliputi sebahagian kawasan yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuching di bahagian timur Kuching dan beberapa kawasan baru sehingga ke barat yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Kuching) yang merangkumi kawasan seluas 61.53 km persegi.

Senarai Datuk Bandar Kuching Selatan:

1.   Datuk Song Swee Guan (01-08-1988 - 31-01-1997)
2.   Datuk Chan Seng Kai (01-02-1997 - 25-09-2006)
3.   Mr Chong Ted Tsiong (31-07-2006 - 31-08-2007)
4.   Mr James Chan Khay Syn (04-06-2008 – kini) - (Timbalan Datuk Bandar: Tuan Hj Hilmy bin Othman)


Dbkl logo.gif

BANDAYARA KUALA LUMPUR

Era Sebelum-Merdeka (1857 - 1957)

Kuala Lumpur dibuka dan dibina oleh Sutan Puasa (Sutan Naposo) pada tahun 1830an,  Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 orang pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 orang daripada mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Pelombongan ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian daripada biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menduduki Malaya pada waktu itu, berasa mereka harus melantik Kapitan Cina (atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan petempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu ialah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga ialah Yap Ah Loy, yang membantu memperbesar Kuala Lumpur daripada pekan pelombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang utama. Pada awalnya, Kuala Lumpur ialah pusat Perang Saudara Selangor, bilamana terdapat dua persengkatan; pergaduhan antara putera Selangor atas keuntungan pelombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya lalu dengan pimpinan Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga menggalakkan petani Melayu untuk tinggal berdekatan Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor pada tahun 1880 kerana disebabkan kejayaan Kapitan Yap. Dia menjadikan Kuala Lumpur sistem keadilan batasan yang berkesan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, dan memastikan Kuala Lumpur menjadi pusat perdagangan di Selangor. Selepas kebakaran Kuala Lumpur pada tahun 1881, Kapitan Yap bercadang membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun. Dia membina sekolah yang pertama di Kuala Lumpur dan sebuah tempat tinggal untuk orang yang tidak berumah. Kuala Lumpur kepunyaan Yap ialah bandar batasan agak berbahaya kerana Yap sendiri seorang ahli kumpulan samseng dan peperangan samseng perkara yang biasa. Kapitan Yap mengizinkan lesen rumah pelacuran, kasino dan salun mabuk. Sir Frank Swettenham pada waktu itu diwakilkan Residen Selangor dan dia menjadi orang bertanggungjawab untuk membuat Kuala Lumpur kedudukan pentadbiran Selangor. Ketika pentadbirannya, Kuala Lumpur terus menjadi bandar raya yang kaya dan aman selepas kematian Kapitan Yap. Apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu digabungkan dengan Swenttenham sebagai penjaganya pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi ibu negerinya.

Pada Perang Dunia II, tentera Jepun menakluki Kuala Lumpur pada 11 Januari, 1942 dan menguasai bandar itu selama 44 bulan.

Era Selepas-Merdeka (1957-1990)

Tugu Negara memperingati mereka yang telah mengorbankan nyawa demi menegakkan kemerdekaan Malaysia (terutamanya menentang tentera Jepun dan semasa Darurat Tanah Melayu.

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan bersambung menjadi ibu negara kepada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Untuk peristiwa kemerdekaan, sebuah stadium besar, Stadium Merdeka, dibinakan di mana Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, mengumumkan kemerdekaan Malaya di hadapan orang ramai. Bendera Union Jack diturunkan dari tiang bendera di Dataran Merdeka lalu bendera bendera Tanah Melayu dinaikkan. Tempat itu menandakan kekuasaan British kerana ia ialah padang kriket untuk pentadbiran penjajah dan ia menghadapi Kelab Diraja Selangor, kelab Malaya yang terekslusif dan untuk Orang Putih sahaja.

Pada 1 Februari 1972 Kuala Lumpur diberi taraf bandar raya.

Pada 1 Februari 1974 Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor dan bandar itu menjadi Wilayah Persekutuan.

Era Konteporari (1990-Sekarang)

Kuala Lumpur maju dengan cepat semenjak Kepesatan Ekonomi Asia pada awal 1990-an (ketika itu purata tumbuhan ekonomi ialah 10%). Pencakar langit telah dibinakan dan Kuala Lumpur, bekasnya kota kara penjajahan yang tidak bermaya, telah menjadi salah satu bandar yang tersibuk, maju dan bersemangat di Asia Tenggara. Kesesakan jalanraya are a scourge commuters endure daily, despite the numerous lebuhraya 6-baris dibinakan ke seluruh bandar (termasuk lebuhraya dua tingkat). Perkidmatan Bas dikenali dengan ketidakteraturnya and ketidakcukupnya.

Kebanyak tempat pusat KL telah membesar tanpa menggunakan rancangan pusat. Kebanyakan pusat itu walau apa pun, menjadi jalan-jalan di kawasan bandar yang lebih tua sangat kecil, winding and bersesakan. Gaya seni bina di bahagian ini ialah jenis penjajah unik, bentuk kacukan Eropah dan Cina.

Bentangan jalan yang menghadap Dataran Merdeka adalah mungkin jalan yang termasyur di Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad dengan kubah tembaganya dan gaya seni bina Moorish berdiri di sini, seperti juga salah satu tiang bendera yang tertinggi di dunia, yang berdiri di Dataran Merdeka. Sehingga tahun 2004, mahkamah atasan persekutuan (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) yang ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, semenjak itu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutu telah dipindah ke Istana Keadilan Putrajaya. Bangunan Dayabumi dapat dilihat dari situ kerana wujudnya di seberang jalan. Kawasan ini digunakan sebagai titik fokus perbarisan Hari Kemerdekaan Malaysia, yang disiarkan di televisyen di seluruh Malaysia. Akan tetapi pada tahun 2003, perbarisan itu dipindahkan ke jalan berhias di Putrajaya, mengikut dengan taraf Putrajaya sebagai pentadbiran baru ibu negara Malaysia. Yang menariknya, ibu pejabat Polis putih yang letaknya di atas Bukit Aman juga menghadap Dataran.

Tempat lain di bandaraya Kuala Lumpur telah dibangunkan dengan cara piawai, persamaan dengan ibu negara lain di negara-negara lain. Tumpukan perhatian, arkitek telah digesakan untuk menggabungkan elemen seni tradisional pada pekerjaan mereka. Contoh pergabungan ini adalah bangunan Dayabumi, pencakar langit pertama Kuala Lumpur, Bangunan Tabung Haji and Menara Telekom, kedua-duanya dikaryakan oleh arkitek tempatan Hijjas Kasturi, dan sudah tentu, Menara Berkembar Petronas.

Kuala Lumpur telah diundikan sebagai salah satu dari sepuluh bandar, yang terbaik di Asia pada majalah utama Asia Asiaweek

Senarai nama Datuk Bandar KL sejak ia diisytiharkan sebagai Bandaraya pada 1 Feb 1972 ialah:

1.   Tan Sri Datuk Lokman bin Yusof  (1 Feb 72 - 15 Mei 72) meninggal dunia dalam jawatan. Sebelum dilantik menjadi Datuk Bandar, almarhum merupakan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Lumpur)
2.   Tan Sri Yaacob bin Datuk Dr Abdul Latiff  (Julai 72 - 31 Jan 82)
3.   Tan Sri Datuk Elyas bin Omar  (1 Feb 1983 - 17 Nov 1992)
4.   Datuk Dr  Mazlan bin Ahmad  (Tan Sri) (18 Nov 1992 - 14 Dis 1995) - Tan Sri
5.   Tan Sri Datuk Kamaruzzaman bin Shariff ( 15 Dis 95 - 14 Dis 2001)
6.   Datuk Mohamad Shaid bin Mohd Taufek   (15 Dis 2001 - 14 Dis 2004)
7.   Datuk Roslin bin Hassan  (15 Dis 2004 - 31 Nov 2006) 
8.   Datuk Abdul Hakim bin Borhan  (1 Dis 2006 - 13 Dis 2008) 
9.   Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail (14 Dis 2008 - 15 Julai 2012)

10. Tan Sri Ahmad Phesal bin Talib (18 Julai 2012 - 17 Jul 2015)
11. Tan Sri Amin Nordin bin Abd Aziz (18 Jul 2017 - kini)



No comments:

Post a Comment