PENGERANG BATTERY
Tiga atau empat tahun yang lalu, aku ada terbaca satu
artikel berkaitan dengan wujudnya satu kubu bawah tanah yang dibina oleh
Kerajaan British semasa Perang Dunia II, bagi persediaan mempertahankan
Semenenjung Tanah Melayu dari serangan tentera Jepun yang dijangkakan menyerang
Singapura dari arah laut. Namun,
percaturan British silap apabila Jepun menyerang dari arah utara menggunakan
Thailand dan masuk melalui dua pintu
jalan darat utara Semenanjung iaitu Kota Bharu dan Jitra.
Ini menyebabkan pembinaan kubu yang tegap dan lengkap ini
ditinggalkan begitu sahaja sehingga hari ini.
Apabila aku teringat tentang sejarah tersebut, aku melayari
internet untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aku hanya 'search' menggunakan
perkataan 'kubu perang di Pengelih'. Dan aku perolehi satu penulisan sejarah
yang agak lengkap mengenainya. Lalu aku cedok cerita berkenaan dari website
berkenaan. Oleh itu, cerita berkaitan sejarah pembinaan kubu ini, sebahagian
besarnya saya CIPLAK dari satu website
yang bernama www.razcollection.com.
Ciplakan (plagiarisma) ini bukan untuk mencari apa-apa faedah atau
kepentingan diri, malah secara akademiknya menyebarkan maklumat mengenai
"Pengerang Battery" yang ditulis dalam website tersebut. Penghargaan (appreciation) untuk penulisnya
DAN PEMILIK lman sesawang tersebut.
Semasa Perang Dunia Kedua (PD2), sebuah unit
artileri (meriam) yang bernama Pengerang Battery merupakan sebahagian dari
pertahanan Singapura bagi mempertahankan serangan dari arah timur ke pangkalan Royal Naval di Sembawang. Bateri (Bty) ini juga memberikan pertahanan
rapat kepada Calder Harbour. Bagaimanapun, Pengerang Battery tidak diserang
secara langsung semasa kejatuhan Singapura. Apa yang menarik ialah Bty
sepatutnya menjadi kubu pertahanan terakhir kepada tentera British di tanah
besar Malaya sebelum mereka menyerah kalah di Singapura pada 15 Februari 1942!
Hari ini sekurang-kurangnya 95% dari tanah di
mana Bty tersebut ditempatkan telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk
membina sebuah pangkalan TLDM (yang kedua besar di Semenanjung selepas Lumut). Pangkalan yang mempunyai keluasan 75 hektar
ini dinamakan KD SULTAN ISMAIL merupakan sebuah unit latihan yang menempatkan
Pusat Latihan Rikerut (PULAREK).
Di atas tanah yang menempatkan pangkalan TLDM
ini merupakan coastal battery, defensive position, dan pos pemerhatian. Pos
pemerhatian dan bangunan pentadbirannya
terletak di puncak bukit setinggi 600 kaki yang dipanggil Bukit Johor (sekarang
dipanggil Bukit Pengerang).
Adalah diharapkan pembangunan pesat Pengerang
dan kawasan sekitarnya akan mempastikan kesan sejarah Bateri Pengerang tidak
dimusnahkan. Namun siapa boleh menjangka. Jika Pangkalan Udara di Sungai Besi
yang tercatat dalam sejarah sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa pertama,
Pangkalan Udara TUDM yang pertama juga bakal lenyap dilanda arus pembangunan
(ekonomi), apa pula dengan Bateri Pengerang yang hanya bangunan usang yang
telah lebih setengah abad dibiarkan, diabaikan.
Suatu ketika, ia mungkin akan juga tinggal hanya catatan
(termasuk catatan aku dalam blog ini) untuk ditemui oleh pelayar internet yang
tersesat menemui blog aku ini.
Sejarah Awal (1927-1939)
Sejarah kota bawah tanah ini bermula se awal tahun 1927
apabila Lieutenant General Sir Webb Gillman (1870-1933- gambar di bawah)
bersama dua pegawai kejuruteraan tentera British telah dihantar ke Singapura
oleh Pejabat Perang British untuk menyemak skala pertahanan yang dicadangkan
oleh CID (Committee of Imperial Defence).
Pemikiran utama disebalik cadangan oleh CID ialah berasaskan kepada
jangkaan, untuk menawan Singapura pihak musuh mungkin perlu melakukan serangan
optima (full scale attack) melalui laut menggunakan kapal perang.
Lt Gen Webb Gillman
Semasa berada di Singapura, Gillman dan ahli-ahli
Suruhanjaya telah membuat kesimpulan bahawa perancangan pertahanan untuk
Singapura telah mencukupi, malah lebih dari cukup, dan dalam keadaan terbaik
dalam banyak perkara!
Cadangan asal penubuhan bateri artileri di Pengerang adalah
untuk melindungi laluan air di Calder Harbour, iaitu satu laluan cetek antara
Pulau Tekong dan Pengerang di tanah besar. Laluan Calder Harbour dikatakan
(assumed) cukup cetek dan hanya membolehkan 'coastal motor boats' boleh belayar
melaluinya. Pihak British juga telah
merancang untuk menghalang laluan tersebut dengan bahan letupan 'anti-motor
boat'.Berasaskan faktor itu, Gillman dan ahli-ahli Suruhanjaya mendapati tiada
keperluan untuk menubuhkan bateri artileri di Pengerang untuk melindungi
kawasan ini.
Pada bulan November 1927, di England, perjalanan proses
birokrasi dalam tentera terus berjalan, dan satu Jawatankuasa Kecil yang
mengandungi beberapa pegawai kanan tentera yang diketuai oleh Gillman sendiri
telah mengesahkan keputusan Gillman Commission (untuk tidak perlu membina
bateri di Pengerang). Laporan yang dihantar berbunyi seperti berikut:
"now that the Admiralty are proposing to block the
Calder passage, we agree that it is unnecessary to have any 6" guns and
lights at Pengerang".
Pada 2 April 1928, semua Ketua Staf telah menerima sokongan
J/Kuasa Kecil supaya cadangan membina bateri di Pengerang dibatalkan. Perkara menarik yang perlu diketahui ialah
maklumat utama yang digunakan untuk menyokong keputusan akhir itu sebenarnya
cacat (flawed). Siasatan yang dibuat
kemudian mendapati bahawa laluan Calder Harbour yang dikatakan cetek itu
sebenarnya cukup dalam dan kedalamannya membolehkan kapal pemusnah musuh
belayar melaluinya. Oleh itu,
'anti-motor boat boom' tidak memberi kesan kepada kapal jenis ini. Dan faktanya, pihak British tidak pernah pun
memasang bom anti-motorboat di laluan ini (sehingga 1936).
Tahun berganti tahun, perspektif dan keputusan ke atas
pembinaan Bateri Pengerang telah berubah apabila Lt Gen William Dobbie dilantik
mengetuai ketumbukan tentera di Timur pada tahun 1936. Dobbie mengutarakan kepada Pejabat Perang di
London bahawa pertahanan di selat sebelah timur Singapura adalah sangat lemah
dan merbahaya
"I think it is imperative to put an additional battery
on Pengerang, this will greatly strengthen position generally and in addition
would provide direct defence of channel through Calder harbour".
Ide Dobbie pada keseluruhannya ialah menjadikan bateri
Pengerang sebagai pelindung Singapura
(Fortress Singapore) adalah melindungi Pangkalan Tentera Laut (Naval
base). Katanya, "raison d'entre of
the fortress" (tanpa pertahanan yang mencukupi untuk melindungi pangkalan
navy, konsep keseluruhan adalah cacat)
Lt Gen William Dobbie
Antara pertimbangan yang disuarakan oleh ketua-ketua
tentera berkaitan cadangan bateri artileri di Pengerang ialah ia memerlukan
kekuatan anggota artileri. Dobbie,
bagaimanapun mencadangkan supaya Pengerang dipertahan dan dikawal oleh pasukan
infantri tanpa mengambilkira sama ada wujud bateri di situ atau tidak. Menurut
beliau, jangan sesekali lupa bahawa Pengerang adalah pos pemerhatian utama di
tanah selatan semenanjung itu.
Antara kelebihan yang menyumbang kepada penerimaan cadangan
pembinaan Bateri Pengerang ialah:
Ia memberi lapisan pertahanan yang lebih tebal kepada jalan
air menuju ke pangkalan tentera laut selain dari melindungi Calder harbour.
Bateri Pengerang juga memberikan 'broadside shoot' untuk
melawan 'end-on shoot' dari Pulau Tekong dan lengkongan tembakan utama pada
sudut sebelah kanan pertahanan Tekong.
Oleh itu, ia akan menimbukan kesukaran kepada musuh untuk
menutup keseluruhan pertahanan British dengan 'smoke screen, jika taktik
tersebut akan digunakan.
Kekurangan yang nampak ialah lokasi Pengerang agak terasing
(isolated), jika berlaku konflik, bekalan mesti diperolehi dari sumber
tempatan.
Dengan sokongan penuh Dobbie di belakang cadangan
penempatan Pengerang based coastal battery' setiap orang mula terpengaruh dan
akhirnya projek tersebut mendapat perhatian.
Tarikh yang tepat pembinaan Bateri Pengerang ini dimulakan
dan disiapkan tidak diperolehi tetapi
dianggarkan sebelum Januari 1939.
Anggaran kos pembinaan ialah lebih kurang 60,000 pound.
Permulaan Perang Dunia II (1939-1942)
Pada bulan Ogos 1941, Bateri Pengerang telah beroperasi
sepenuhnya dan Pertahanan Tetap Singapura (Singapore Fixed Defences)
ditingkatkan kepada Kesiapsiagaan pada tahap Number 3 Degree. Pos Pemerhatian Tembakan (FOP) di Pengerang
kemudiannya diisi kekuatannya secara
kekal.
Pada bulan Disember 1941, di bawah perintah Lt Col John
Stitt MC, 2nd Bn Gordon Highlander telah diarahkan untuk menyusun kedudukan
pertahanan. Ini termasuklah menanam ranjau (mines) anti-personnel dan
anti-kereta kebal serta membersihkan ruang tembakan. Daripada kedudukan mereka,
mereka boleh melihat dengan jelas pergerakan kapal HMS Repulse dan HMS Prince
belayar melalui Selat Johor menuju ke Pangkalan Tentera Laut di Sembawang.
Dalam bulan Disember, pesawat udara tentera Jepun kelihatan
membuat penerbangan pengintipan di ruang udara Pengerang dan dilihat
menjatuhkan suar (flares).
Apabila kelihatan tanda-tanda awal peperangan telah
menghampiri Johor pada 15 Jan 1942, Gordon telah menyelia evakuasi penduduk
tempatan Pengerang. Pada 21 Januari
Gordon telah menyerahkan tugas-tugas pertahanan gerisen kepada 1st Mysore
Infantry ISF (Indian State Forces). Anggota dari pasukan 32nd Battery yang
dilengkapi bedil 6" masih dikekalkan di pengerang.
Pada hari dan minggu berikutnya, rondaan gerisen Pengerang
telah mula menemui tanda-tanda bahawa pasukan peronda Jepun telah pun
beroperasi di kawasan itu. Dalam satu
kes, peta Jepun telah juga ditemui di kawasan perkampungan berhampiran.
Pada akhir Januari, pertempuran di Tanah Besar Malaya telah
pun selesai dan Tentera Berikat telah berundur ke Singapura. Arahan yang diberi
seterusnya ialah memusnahkan hubungan dari Singapura ke Tanah Besar iaitu
Tambak Johor. Satu jarak 60 kaki dari
keseluruhan 3464 kaki keseluruhan panjang tambak telah diletupkan bagi
memperlahankan pergerakan tentera darat Jepun.
Pertempuran yang paling hampir dengan Pengerang ialah pada
7 Feb 1942 di Pulau Ubin kira-kira 12km ke barat. 400 anggota tentera Jepun telah dihantar ke
Pulau Ubin sebagai satu serangan pura-pura ke Singapura sebagai pendahulu
kepada serangan utama untuk menakluki Singapura.
Pada waktu itu, Pengerang boleh melihat beberapa
tindakan seperti menembak pesawat udara
Jepun dengan menggunakan AALA. Pasukan ke11
Pengerang pula telah menembak tongkang (junk). Bagaimanpun diari peperangan
yang menyebut pertempuran ini tidak menyebut tentang penggunaan meriam 6"
atau bom 8lbs atau pun sama ada tonagkang yang ditembak itu di bawah arahan
tentera Jepun. Kemungkinan besar tongkang-tongkng ini adalah milik orang
tempatan yang keluar melarikan diri dari pendudukan Jepun.
Biarpun begitu,
tidak terdapat tanda serangan secara langsung ke atas 13 Bateri
Pengerang mahupun Pulau Tekong. Penduduk
Pengerang boleh mendengar bunyi tembakan di Singapura namun kebanyakan mereka
tidak mengetahui tahap kebinasaan di pihak tentera British.
Pda 14 Feb 1942, telah menawan reservoirs di Singapura dan
mereka terus menyerang ke arah Bukit Timah Road. Keadaan semakin buruk, dan akhirnya
arahan diterima untuk melaksanakan skim penapian (pertahanan) Pengerang. Meriam, peralatan dan bangunan-bangunan
penting dimusnahkan untuk mengelakkan dari ia ditawan dan diduduki oleh pihak
musuh.
Diari peperangan Markas Pemerintahan Tempur Changi
merekodkan jam 18.30 sebagai waktu pemusnahan.
Ia sama waktu dengan pemusnahan kelengkapan Sphinx Battery di Pulau
Tekong.
Jadi, dengan keadaan Pengerang telah kehilangan kelengkapan
dan pihak tentera berikat sedang menyabung nyawa di Singapura, apa akan jadi
kepada trup sebenar yang masih tinggal di Pengerang atau di Pulau Tekong? Tiada
arahan dari pihak atasan yang mengaturkan bot untuk membawa mereka keluar.
Mereka tersadai terbiar di belakang barisan musuh.
Dan akhirnya pada senja 15 Feb 1942 , dalam keadaan
semangat yang amat rendah Pemerintah dan pasukan tentera British tidak
berkeinginan untuk membuat serangan balas yang berisiko. Gen Percival terpaksa menyerah diri dengan
penuh kehinaan atas kehendaknya sendiri.
Ini meninggalkan kesan yang menarik kepada kita. Setelah
penghuni Bateri Pengerang meninggalkan pos mereka, Pengerang menjadi pertahanan
terpencil (isolated foothold) British yang terakhir di Tanah Besar Malaya.
Sesungguhnya tentera Jepun tidak pernah pun menghantar tenteranya ke Pengerang,
bahkan mereka tidak memerlukan Pengerang sama sekali. Pengerang terlalu jauh
dari jalan mereka dan langsung tidak memberikan ancaman kepada perancangan
penaklukan Jepun.
Hanya pada 22hb Feb, barulah tentera Jepun sampai di
pengerang, mengevakuasi baki anggota gerisen British yang masih tinggal dan
membawa mereka ke Changi dengan nasib yang tidak menentu. Sebahagian dari anggota di pengerang tidak
menunggu untuk menjadi tawanan Jepun, mereka telah melarikan diri lebih awal.
Tujuh hari sebelum itu, 12 askar British telah mempunyai
idea lain dimana pada malam 15 Feb, setelah mendengar melalui wireless bahawa
Singapura telah jatuh, mereka membuat pelan dengan dengan mengambil keputusan
berpecah dengan sebahagian melarikan diri ke Sumatra dan sebahagian lagi
menyelamatkan diri ke Australia. Dan pastinya, mereka ditimpa nasib yang
berbeza.
1- Roadside pillbox
2- Searchlight emplacement
3- Searchlight emplacement
4- Searchlight emplacement
5- Searchlight emplacement
6- Searchlight emplacement
7- Concrete shelter
8- Underground engine room
9- Oil storage area
10- Emergency exit (Engine room)
11- Bunker with no windows
12- Officers quarters?
13- Main barracks
14- Water tower
15- Latrine blocks
16- Concrete mounting block
17- Concrete shelterr
18- Observation post
19- 4 walled brick structure
20- Bunker
21- Artillery bunker?
22- Concrete shelter
23- 2 level concrete platforms
24- Concrete court yard
25- Cookhouse + foxholes
26- Concrete building
27- Concrete trench
above was probably the largest and best surviving example of searchlight emplacement left on site. The other 4 emplacements seemed to be of smaller design
Roadside pillboxes near the Pengelih ferry terminal. Much has changed since I first took this photo back in 2006.
Entrance into a concrete sheltered slit trench
The blue interiors I believe is due to ageing of the type of paint used over time. You see this blueing sometimes with civilian pre-war buildings, too.
Also note evidence of stripped out electrical wiring and panels on the wall
Also note evidence of stripped out electrical wiring and panels on the wall
There were from what I could see 2-3 air ventilation shafts (now blocked off) which connected to the central underground engine room
The engine room escape tunnel exit with metal ladder. It's possible that originally this opening would have been covered with a sealed hatch or metal cowling.
Notice the metal box frame around the openings of these vent shafts, perhaps it had metal louvered sides originally.
A rusty ladder lay at the bottom of one of the cylindrical shafts. Note the rope tied around the rungs of the ladder, perhaps used by thieves to scavenge material. |
Pemerintahan Jepun dan Lepas Perang (1942-1960)
Selepas British menyerah, dua orang pegawai tentera Jepun,
Lt Kol Numaguchi dan Mejar Akiyama, telah mengadakan kajian ke atas semua
kubu-kubu pertahanan Singapura pada 2 Feb 1942
termasuk juga Pengerang Battery dan mereka dapati kedua-dua meriam
6" di Pengerang telah tidak boleh digunakan lagi (scrapped).
Pihak British telah mengetahui bahawa meriam 6" telah
dimusnahkan di bawah skim penafian (denial scheme) mereka sendiri. dan ia telah
dilaporkan secara rasmi dan disahkan oleh pegawai dari Royal Engineer. Kerja-kerja pemusnahan kedudukan sebenar
meriam tersebut bagaimanapun tidak dicatatkan dalam laporan itu, dan pihak
British menyangka ia masih dalam keadaan baik.
Satu peninjauan udara pada skala kecil telah dilaksanakan
oleh pihak British telah menunjukkan kesan aktiviti tentera jepun di situ. Pos
Pemerhati Bateri (BOP) masih kelihatan ditempatnya. Dari sini, pihak British
menjangkakan bahawa Bateri Pengerang telah disiapsiagakan semula dan boleh
beroperasi.
Sumber laporan perisikan selanjutnya mendapati sehingga
April 1945, terdapat 30 anggota tentera Jepun, 12 anggota polis dan 300 buruh
(kuli) di kawasan berkenaan.
Laporan juga menyatakan bahawa terdapat simpanan minyak,
stor makanan, rumah pegawai, 4 bateri 6AA Gun dan tiada kebenaran untuk orang
awam memasuki kawasan tersebut. Malah ada laporan menyatakan bahawa pihak Jepun
juga menempatkan stesen radar di Kg Pengerang.
Pihak tentera Jepun mempunyai perancangan yang besar
terhadap kawasan Pengerang. Ini disahkan oleh laporan dari Interservice Liaison
Department (ISLD) teah membatalkan anggaran yang dalam laporan sebelumnya iaitu
kekuatan trup Jepun dari 400 kepada 1600 orang, selepas pendaratan pihak Jepun
pada bulan Dis 1944.
Apa jua kemungkinan perancangan untuk pihak British
mengambil semula Malaya dan Singapura perlu mengambil kira faktor ancaman
bahawa pendudukan di kem Bateri Pengerang ke atas kemasukan tentera Bersekutu.
Terdapat laporan di luar dari laporan tentera British yang
perlu diambil kira adalah kawalan oleh Jepun ke atas orang-orang awam di
Pengerang. Pihak Jepun juga telah menghantar pekerja-pekerja tempatan ke
kawasan perlombongan boksait yang telah beroperasi sebelum perang lagi. Ramai
pekerja yang mati kerana kekerasan yang dilakukan oleh tentera Jepun. Lombong
boksait masih lagi beroperasi sehingga abad ke 21.
Di kawasan Pengerang juga terdapat kumpulan Anti Jepun
termasuk pusat/markas Parti Komunis Malaya (PKM) yang kemudiannya berjaya
dikesan dan ditembak oleh artileri Jepun.
Sedihnya tiada laporan yang ditemui yang mendokumenkan
kegiatan Bateri Pengerang sebaik sahaja selesai Perang Dunia II. Malah ini
menunjukkan bukti bahawa pihak British tidak pernah mengembalikan Bateri
Pengerang sebagai barisan pertahanan pantai Selatan Semenanjung seperti apa
yang dilakukan sebelum peperangan.
Beberapa aktiviti ketenteraan di Pengerang dikesan selepas
zaman PD II. Semasa tempoh Dharurat (bermula 1948), pihak British telah
meletakkan beberapa unit tenteranya di dalam dan sekitar Pengerang untuk
memburu kegiatan pengganas komunis.
Semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1963-1965),
Indonesia telah menggunakan pantai Pengerang sebagai tempat pendaratan
tenteranya sebelum menyeludup masuk ke kawasan lain di selatan Johor. Antara
tangkapan yang dibuat di pusat pendaratan mereka di Tg Pengelih.
Pengerang Hari Ini
Hari ini, setelah memasuki abad ke 21, Pengerang telah
berkembang maju. Pembukaan tanah FELDA secara meluas di daerah Kota Tinggi,
khususnya dari Bandar Kota tinggi ke arah Bandar Penawar sehingga ke Pengerang
telah meningkatkan jumlah penduduk daerah Kota Tinggi secara drastik dan
membantu pembangunan ekonomi daerah ini. Limpahan pembangunan ini telah
membantu Pengerang dari sebuah perkampungan nelayan tradisi kepada sebuah
bandar pelancongan dan pusat pentadbiran bagi daerah Kota Tinggi selatan.
Jeti Pengerang telah ditingkatkan keupayaannya untuk
mengendalikan pelancung dari Singapura yang memilih untuk datang melalui jalan
laut. Sebuah jeti marina bernilai RM10 juta telah dibina dilengkapi dengan
kompleks Kastam dan Imigresen yang moden.
Adalah diharapkan pembangunan pesat Pengerang dan kawasan
sekitarnya akan mempastikan kesan sejarah Bateri Pengerang tidak dimusnahkan.
Namun siapa boleh menjangka. Jika Pangkalan Udara di Sungai Besi yang tercatat
dalam sejarah sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa pertama, Pangkalan Udara
TUDM yang pertama juga bakal lenyap dilanda arus pembangunan (ekonomi), apa
pula dengan Bateri Pengerang yang hanya bangunan usang yang telah lebih
setengah abad dibiarkan, diabaikan.
Suatu ketika, ia mungkin akan juga tinggal hanya catatan
(termasuk catatan aku dalam blog ini) untuk ditemui oleh pelayar internet yang
tersesat menemui blog aku ini.
Hari ini
Sejak perang, bateri PD 2 itu sendiri telah dilupakan sepenuhnya dan ia dibuktikan bahawa pasukan pengkaji dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah membuat kajian ke atas beberapa struktur PD2 di Tg Pengelih. Bukti kajian ini boleh dilihat dari pelbagai semburan cat nombor designasi di atas setiap struktur.
Kajian selanjutnya dari laporan akhbar dari tahun 1992 mengesahkan bahawa ada proses perancangan untuk mengubah bateri ini kepada sebuah taman pelancongan yang berthemakan tentera.
Bagaimanapun oleh kerana tanah sebenar lokasi bateri tersebut telah diwartakan sebagai kawasan tanah latihan ketenteraan, projek tersebut tergendala. Kemudiannya, pihak Kementerian Pertahanan telah membuat keputusan untuk menggunakan sebahagian dari tanah yang sama untuk pembangunan pangkalan latihan TLDM (PULAREK).
Oleh sebab itu, adalah lebih selamat untuk mengatakan bahawa apa jua perancangan untuk membina pusat pelancungan di Tg Pengelih adalah tidak timbul lagi.
.
.dalam proses terjemahan
This is unfortunate as tourist photos from the early 90's show the site had been spruced up, probably in anticipation of the site being turned into a tourist attraction. Vegetation had been cleared and the various WW2 structures given a new lick of white paint, the area looked very smart indeed.
Today the site is in a pretty sad state. It's now very overgrown and the structures are weighed down by graffiti left by visitors. Metal scavengers have even stolen iron support struts from inside the various structures. Some of the old structures are also allegedly used by drug addicts.
It's a shame that yet another historically significant site like this in Malaysia has been left in limbo. Hopefully one day what is left of the battery can be properly restored and maintained for prosperity like other WW2 batteries at Batu Maung in Penang or Fort Siloso in Singapore.
The Pengerang battery is said to have an extensive tunnel network and underground bunkers, much like other WW2 British batteries and fortifications around the world. Most of the tunnel network seem to be under the Pengelih point facility, with 2 entrances on the surface, and maybe one in the main underground engine room.
Parts of the tunnel system was in such a bad state that they had to shore up sections to prevent any cave ins whilst they explored. Other sections had already given way and required them to dig through to continue with their exploration. Snakes, Scorpions and black spiders were also other hazards to contend with.
In all, they discovered 6 separate rooms, 3 of which were thought to be an officer quarters, small arms ammunition store and a "ball sports court" of sorts.
One of the more amazing discoveries allegedly made, was a seperate long tunnel that would have led all the way up to the operations center at the top of Bukit Pengerang.
Unfortunately today the main tunnel system under Pengelih point is now totally inaccessible, due to a large cave in a couple of years ago. The long tunnel up to Bukit Pengerang is also thought to be mostly destroyed due to the construction of the modern naval base, although I suspect the section going up Bukit Pengerang itself may still be intact.
At the top of Bukit Pengerang a deep bunker system is also thought to exsist on the North side of the hill, unfortunately I have no other information on this network. It's interesting to note that the defending garrison at Pengerang during WW2, at least at Lieutenant level, were not privy to the fact that there were extensive tunnel networks beneath their feet.
KESAN PENINGGALAN SEJARAH
courtesy: jbsniper.blogspot.com
There were several of these structures dotted about on Pengelih hill. They ranged from what I could tell, observation posts, pillboxes and simple concrete shelters with a "V" shaped floor plan.
There were 2 structures that interested me the most, one appeared to be a shelter for one of the 8 pounder guns (pic10) and another, near the oil storage area (pic9), seemed to be a parts store. I did initially think it could be for ammunition, but being so close to the oil dump seemed rather dangerous.
All the structures were in pretty bad condition, one would imagine some of the damage was caused by the British own denial scheme implemented before they surrendered. However unfortunately there is also much modern day damage and vandalism. Scrap iron merchants have clearly been tearing away at this site for some time and the casual day tripper graffiti tags can be seen, with some even dating back to the 1970's.
The water tower is situated near the main barrack block. On its 4 legs you can still see a camouflage paint scheme, you could assume that this is the original paint from WW2. Various water pipes just below the surface can also still been seen running off in various directions.There is also no obvious damage to the water tower, but no doubt the British had done something to it to render it useless before they surrendered.
Antara pertimbangan yang disuarakan oleh ketua-ketua tentera berkaitan cadangan bateri artileri di Pengerang ialah ia memerlukan kekuatan anggota artileri. Dobbie, bagaimanapun mencadangkan supaya Pengerang dipertahan dan dikawal oleh pasukan infantri tanpa mengambilkira sama ada wujud bateri di situ atau tidak. Menurut beliau, jangan sesekali lupa bahawa Pengerang adalah pos pemerhatian utama di tanah selatan semenanjung itu.
Antara kelebihan yang menyumbang kepada penerimaan cadangan pembinaan Bateri Pengerang ialah:
Cadangan:
Kerajaan Johor sewajarnya mengambil inisiatif untuk membaikpulih, memperindah, menambahkan fasilitet untuk menjadikan lokasi ini sebagai satu tarikan pelancung. Selain mempunyai sejarah yang menarik, rekabentuk dan kejuruteraannya boleh dijadikan sebagai satu lokasi yang adventurous.
Apa yang dibuat oleh Kerajaan Vietnam ke atas kubu gerila komunis sewaktu mereka berperang dengan Amerika patut dicontohi- jadikan tapak Pengerang Battery sebagai produk pelancongan sejarah. Kalau tidak ia akan menjadi perkampungan sang Ular yang bisa.
Thank you to the writer of the article title 'Pengerang Battery' in the website www.razcollection.com for the valuable historic of the forgotten some parts of World War II stories in Malaya. I hope this article will help the 'history admirer'. For those who interested to read more about Pengerang Battery, please open www.razcollection.com.
Tanjung Pengelih
PANGKALAN TLDM
Markas Pangkalan
Masjid Tariq bin Ziyad Pangkalan TLDM Pengelih
Saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan tu.. Mmeamng patut dijadikan tempat pelancongan, jangan dibiarkan menjadi lubuk perkampungan sang ular.
ReplyDelete*memang
Delete