Monday, February 2, 2015

M 003 RAJA-RAJA MELAYU DI MALAYSIA

Image result for assalamualaikum jawi.

 SENARAI RAJA-RAJA MELAYU  
MENGIKUT KEKANANAN TARIKNAITAKHTA


  PAHANG DARUL MAKMUR  




 KDYMM SULTAN PAHANG 
Sultan Haji Ahmad Shah Almusta'in Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuadzam Shah
DKP DK DKM SSAP SIMP DIMP DMN DK(Perak) DK(Joh) DK(Kel) DK(Tggu) DK(Perlis) DK(Ked) DKNS DK(Sel) SPCM, SPMJ, DKMB 

BIODATA:
Tengku Ahmad Shah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan pada 24 Okt 1930.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Sir Abdullah al Mu'tasim Billah Shah dan bondanya ialah almarhumah Raja Fatimah binti almarhum Paduka Sri Sultan Sir Alang Iskandar Shah II Kadasallah (Perak).

Tengku Ahmad Shah mendapat didikan di Sekolah Melayu Pekan, Malay College Kuala Kangsar, Clifford College Kuala Lipis, Worcester College, Oxford dan university College of South West England, Exeter, Devon. 

Ditauliahkan sebagai Leftenan dalam RAMD pada tahun 1953 dan bersara sebagai Lt Kol pada tahun 1965.

Tengku Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 25 Mei 1944, dan diisytiharkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974 dan seterusnya ditabalkan di Istana Abu Bakar pada 6 Mei 1975  dengan gelaran 'Sultan Haji Ahmad Shah alMustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuadzam Shah'.
Pada 21 Sep 1975 Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Timbalan YDP Agong dan pada 30 Mac 1979 dilantik memangku jawatan YDP Agong ke 7 apabila SPB YDP Agong masa itu (Sultan Kelantan) mangkat semasa dalam jawatan.  Pemerintahan baginda berkuatkuasa pada 27 April 1979. Baginda ditabalkan pada 10 Julai 1980 dan berada di atas takhta Kerajaan Malaysia sehingga 26 April 1984.

Baginda Sultan Hj Ahmad Shah adalah Kolonel YDP Tentera Udara DiRaja Malaysia sejak 18 Nov 1989 dan Presiden Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak 1983.  Baginda juga adalah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM sejak 1984.

Baginda berkahwin dengan Tuanku Ampuan Hajjah Afzan binti Tengku Muhammad ibni almarhum Sultan Sir Ahmad al Muadzam Shah (dilahirkan pada 4 Oct 1932 dan mangkat pada 29 Jun 1988) pada 22 April 1954 di Istana Hinggap Kuala Lipis.  Perkahwinan dengan Tengku Ampuan Afzan dikurniakan dua putera dan lima puteri iaitu:
  • Tengku Tan Sri Dato Sri Hajjah Meriam DKP DKII PSM SSAP SIMP (lahir: 1 April 1955). Tengku Putri Sri Lela Wangsa.
  • Tengku Dato' Sri Hajjah Muhaini DKII SSAP SIMP (31 Okt 1956). Tengku Putri Sri Teja.
  • Tengku Dato' Sri Hajjah Aishah Marcella  DKII SSAP SIMP (13 Nov 1957).  Tengku Putri Sri Kemala.
  • Tengku Abdullah DKP DKII DK(Terengganu) DKII (Johor) SSAP SIMP SPMJ (diputerakan pada 15 Julai 1959).  Dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1 Julai 1975. Berpangkat Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah. Baginda adalah Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
  • Tengku Dato Sri Abdul Rahman DKP DKII SSAP SIMP (lahir: 23 Ogos 1960). Tengku Muda Pahang.
  • Tengku Dato Nong Fatimah DKII SIMP (lahir 4 Sep 1962). Tengku Putri Sri Setia Bakti.
  • Tengku Dato Shahariah DKII SIMP (12 Sep 1964).  Tengku Putri Sri Bongsu.
Setelah kemangkatan Tengku Ampuan Afzan, baginda mengahwini Sultanah Hajjah Kalsom @ Anita binti Abdullah (lahir: 12 Sep 1951) pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera:
  • Tengku Abdul Fahd Muadzam DK (diputerakan pada 10 Feb 1994).  Tengku Temenggung Pahang mulai 25 Okt 2002.

      TERENGGANU DARUL IMAN  



     DYMM SULTAN TERENGGANU 
    Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah
    DKM DKT DK  DMN SMN DK (Pls) DK (Joh) DK(Ked) DK (Kel) DK(Sel) DK(Per) DK(NS) DKMB (Brunei) SSMT SPMT SSMZ SUMZ SPMJ  

    BIODATA:
    Tengku Mizan Zainal Abidin diputerakan pada 22 Jan 1962 di Istana Al Muktafi, K.Terengganu.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah ibni almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah.  Bondanya ialah Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Rendah dan Menengah Sultan Sulaiman,  Geelong Grammar School, Victoria, Australia, Sekolah Pegawai Kedet Port Dickson, Royal Military Academy, Sandhurst, UK dan International University of Europe, London.

    Tengku Mizan dilantik menjadi Yang DiPertuan Muda Terengganu pada 16 Nov 1979 dan lanjutan dari kemangkatan ayahandanya, baginda telah dimasyhurkan pada 16 Mei 1998.  Baginda ditabalkan pada 4 Mac 1999 dengan gelaran 'Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah.

    Pada 26 Apr 1999 baginda dilantik menjadi Tiimbalan Yang DiPertuan Agong untuk kali pertama dan memangku jawatan YDP Agong dari 21 Nov 2001 hingga 13 Dis 2001 apabila YDPA XI, Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat dalam jawatan. Bagaimanapun Majlis Raja-Raja telah memilih Raja Perlis sebagai YDPA XII dan Sultan Mizan sekali lagi dipilih sebagai Timbalan YDPA untuk tempoh 5 tahun sehingga baginda dipilih menaiki takhta YDPA XIII dari 13 Disember 2006 hingga 12 Dis 2011.

    Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah juga Kolonel YDP Kor Armor Diraja (mulai 1998) dan Kor Ordnans DiRaja (2004). Baginda juga adalah Canselor Universiti Teknologi MARA (mulai 2007-2011) dan Canselor Universiti Malaysia Terengganu (2001-2007).

    Baginda berkahwin dengan  Cik Rozita binti Aidil Bakeri pada 7 Dis 1973 (di Alor Setar) yang kemudiannya bergelar Sultanah Nur Zahirah DK DMN SSMT SSMZ.  Dari perkahwinan ini baginda dikurniakan 2 putera dan dua puteri:
    • Tengku Muhammad Ismail DKT.  Diputerakan pada 1 Mac 1988 dan dilantik sebagai DiYang Dipertuan Muda pada 12 Jan 2006 ketika berusia 13 tahun.
    • Tengku Nadhira Zahrah (18 Dis 1996)
    • Tengku Muhammad Muaz (22 Dis 2000)
    • Tengku Fatimah azZaharah (19 April 2002)

      PERLIS DARUSSUNNAH  




     DYMM RAJA PERLIS 
    Tuanku Syed Sirajuddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 
    DKM DMN DK(NS) DK(Ked) DK(Sel) DK(Tggu) DK (Kel) DK(Prk) DK(Pah) SSPJ SPMJ SPCM SSMT DKMB(Brunei)

    BIODATA:
    Syed Sirajuddin diputerakan di Arau pada 17 Mei 1943..Ayahandanya adalah almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni almarhum Syed Hussein Jamalullail.  Bondanya adalah almarhumah Tuanku Budriah binti almarhum Tengku Ismail.  Syed Sirajuddin mendapat  didikan di Sekolah Melayu Arau, Wellesly Primary School, Penang Free School, Wellingborough School, UK dan RMA Sandhurst, UK.  Ditauliahkan dalam Kor Peninjau DiRaja sebagai Leftenan Muda pada 12 Dis 1965 dan berkhidmat dalam ATM sehingga ke pangkat Kapt pada tahun 1999 dan kemudian bertukar ke Rejimen Askar Wataniah sehingga tahun 2000.

    Syed Sirajuddin dilantik menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Okt 1960.  Bagaimanapun semasa ayahandanya menjadi Yang DiPertuan Agong antara 1960-1963 baginda tidak dilantik menjadi Pemangku Raja, sebaliknya kekanda ipar baginda, Tunku Sulaiman ibni Tunku Abu Bakar dilantik sebagai Pemangku Raja.

    Lanjutan dari kemangkatan ayahandanya pada 16 Apr 2000,baginda telah dilantik menjadi Raja Perlis dan diisytiharkan pada 17 April 2000. Pada 12 Dis 2001, baginda telah dilantik menjadi YDP Agong ke 12.

    Tuanku Syed Sirajuddin adalah Kolonel YDP Rejimen Renjer DiRaja dan juga Kor Polis Tentera DiRaja.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Sains Malaysia.
    Tuanku Syed Sirajuddin berkahwin dengan  Tengku Fauziah binti almarhum Tengku Abdul Rashid ibni almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah DK DMN  DK(Kel) DK(Pah) SSPJ SPMP SPMJ di Kota Bharu pada 6 Jun 1946 dan kemudian bergelar sebagai Raja Perempuan Perlis.  Baginda berdua dikurniakan seorang putera dan seorang puteri: 
    • Syed Faizuddin Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP. Dilahirkan pada 30 Dis 1967. Dilantik sebagai Raja Muda Perlis pada 1 Ogos 2000.  Baginda berpangkat Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Malaysia Perlis (UMP) mulai 2003.
    • Dato' Sharifah Fazira DK SPMP DSSJ.  Dilahirkan pada 5 Jun 1973.

      SELANGOR DARUL EHSAN  





     DYMM SULTAN SELANGOR 
    Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin 
    Abdul Aziz Shah
    DK DMN DK (Tggu) DK(Kel) DK(Ked) DK(Kel) DK(NS) DK I(Pls) DK(Joh) 
    SPMS SSIS SPMJ 


    BIODATA:
    Raja Idris Shah diputerakan pada 24 Dis 1945 di Istana Jemaah, Klang.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Bondanya ialah almarhum Raja Nur Saidatul Ihsan binti almarhum Tengku Badar Shah ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda mendapat didikan di Sekolah Rendah Melayu Jalan Raja Muda, KL; Malay College, K.Kangsar; St John Institution,KL; Hale School, Perth; dan Langhurst College, Surrey, UK.

    Tengku Idris Shah dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 Sep 1960 (berusia 15 tahun) dan ditabalkan pada 14 Mac 1970. Tengku idris Shah dilantik menjadi Pemangku Raja dari 26 Apr 1999 hingga 21 Nov 2001 apabila ayahandanya dilantik menjadi YDP Agong.  Seterus apabila ayahandanya mangkat semasa menjawat YDP Agong, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Selangor pada 22 Nov 1999 dan kemudian ditabalkan pada 8 Mac 2003 dengan gelaran Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

    Baginda adalah Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM)dan Kepten YDP Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sejak 2002. 

    Baginda berkahwin dengan Datin Paduka Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal Abidin (lahir: 16 Mac 1946) pada 2 Julai 1968 (bergelar Raja Puan Muda 1966 -1987) dan bercerai pada 1986, dikurniakan dua orang puteri:
    • Tengku Datin Paduka Zerafina (lahir: 23 Julai 1969); dan
    • Tengku Datin Paduka Zatashah (lahir: 12 Okt 1973.
    Perkahwinan kedua baginda dengan Miss Lisa Davis (lahir: 7 Dis 1959) pada 1 Dis 1988 (juga berakhir dengan perpisahan pada tahun 1997) dikurniakan seorang putera:
    • YAM Raja Dato' Seri Amir Shah DK SPMS (diputerakan pada 12 Dis 1990) yang kemudian dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 (ketika berusia 12 tahun).

     NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 



     

     YANG DIPERTUAN BESAR N.SEMBILAN 
    Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir
    DK DKM DMN DKNS DKYR SUNS SSTM SSNS SPTJ DK1(Joh) DK(Ked) DK(Kel) DK(Perak) DK(Perlis) DK(Sel) DK(Tggu)  PPT 

    BIODATA:

    Tunku Muhriz diputerakan di Kuala Pilah pada 14 Jan 1948.  Ayahandanya ialah almarhum Tuanku Munawir ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman dan bondanya ialah almarhumah Tunku Durratun Nafisah binti almarhum Tengku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Muhammad. Tunku Muhriz mendapat pendidikan di Sekolah Tunku Besar, Tampin; King George V School, Seremban;Aldenham School, Elstree, Herts; dan University College of Wales, Aberystwyth.
    Tunku Muhriz dilantik menjadi Tunku Laksamana pada 1960 dan kemudian sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada 7 Julai 1961.  Setelah ayahandanya Yang DiPertuan Besar Tuanku Munawir mangkat pada tahun 1967, Tunku Muhriz telah diketepikan oleh Undang Luak yang 4 dan Tunku Laksamana Tunku Jaafar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman (ayahanda saudaranya)  telah dilantik menjadi YDP Besar NS.

    Apabila Tuanku Jaafar mangkat pada 29 Dis 2008, Undang Luak 4 telah sebulat suara memilih Tuanku Muhriz sebagai YDP Besar NS yang baru.  Baginda ditabalkan pada 28 Okt 2009). 
    Tengku Ampuan Besar Tengku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud ibni almarhum Sultan Zainal Abidin.
    (19 Jun 1952)

    Tunku Muhriz adalah Kolonel YDP Rejimen Semboyan DiRaja dan juga Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja sejak 2009.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2009.

    Tunku Muhriz mengahwini Tunku Aishah Rohani ibni Tunku Besar Mahmud ibni almarhum Sultan Zainal Abidin (Terengganu) yang bergelar Tuanku Ampuan Besar NS (dilahirkan pada 19 Jun 1952 dan dikurniakan 3 orang putera:
    • Tunku Ali Rithauddin DKYR (Lt Kol), Tunku Besar Seri Menanti mulai 23 Feb 2009.  Diputerakan di Petaling Jaya pada 26 April 1977.
    • Tunku Zainal Abidin DKYR (dilahirkan di Petaling Jaya pada 6 Julai 1982.
    • Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin (dilahirkan pada 3 Sep 1984).

      JOHOR DARUL TAAZIM  


     DYMM SULTAN JOHOR 
    Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar
    DK DK(Perak) DK(NS) DK(Kel) DK(Sel) DK(Pls) DK(Pah) DK(Brunei) SMN SPMJ SPDK PIS


    BIODATA:
    Sultan Ibrahim diputerakan di Hospital Johor Bahru pada 22 Nov 1958. Bondanya ialah Che Puan Hajjah Kalsom binti Abdullah (Joshepine Ruby Trevorrow).  Mendapat didikan di Sekolah Temenggung Abdul Rahman I, Johor bahru, Trinity Grammar School, Sydney, dan Sultan Abu Bakar (English) College, JB.
    Tunku Ibrahim Ismail mengikuti latihan asas ketenteraan di PULADA, Johor kemudian mengikuti latihan lanjutan di US Infantry School of Arms, Fort Benning, Georgia; JKF Special Warfare School, Fort Bragg, North Carolina dan Pusat Latihan Penerbangan 2 (Helikopter) TUDM Kluang sehingga mendapat sayap penerbangan.  Ini menjadikan baginda adalah satu-satunya Raja Melayu (juga yang pertama dalam sejarah Malaysia) yang mempunyai kelayakan 'Komando Tentera' dan juga mempunyai 'Sayap Penerbangan Tentera' melalui latihan formal ketenteraan.
    Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada 12 Mei 1981 dan diisytiharkan pada 3 Julai 1981.  Bernikah dengan Dato' Seri Raja Zarith Sofea binti almarhum Sultan Idris Shah al Mutawakil Alallahi Shah Afifullah DK SPMJ SPCM (dilahirkan pada 14 Ogos 1959) di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar pada 22 Sep 1982. Raja Zarith Sofia adalah Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
    Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Pemangku Sultan dari 26 April 1984 hingga 23 April 1989 apabila ayahandanya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong. 
    Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Sultan apabila ayahandanya mangkat pada 22 Jan 2010 dan diisytiharkan naik takhta pada 23 Jan 2010 dengan gelaran rasmi Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan  Iskandar Alhaj. 
    Baginda Sultan Ibrahim adalah juga Komandan YDP Rejimen Gerakhas Malaysia dan juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang pertama.
    Baginda Sultan Ibrahim mempunyai 5 orang putera dan seorang puteri:
    • Tunku Dato' Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar  DK1 SPMJ PIS (Tunku Ismail)(diputerakan: 30 Jun 1984). Tunku Mahkota Johor (29 Jan 2010).
    • Tunku Putri Aminah Maimunah Iskandariah DK DPMJ. Tunku Puteri Johor (lahir: 8 April 1986)
    • Tunku Dato' Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman  DK SPMJ PIS (lahir: 25 Dis 1987).  Tunku Temenggung Johor (26 Feb 2010).
    • Tunku Dato' Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail DK DPMJ PIS - Tunku Laksamana Johor (lahir: 5 Julai 1990).
    • Tunku Dato' Abdul Rahman Hassanal Jeffri DK DPMJ - Tunku Panglima Johor (lahir: 5 Feb 1993)
    • Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim DK - Tunku Putera Johor (lahir 30 Mei 2001).

      KELANTAN DARUL NAIM  



     DYMM AL SULTAN KELANTAN 
    Al Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra
    DK DKM DMN DK(Ked) DK(Joh) DK(Prk) DK(NS)DK (Pls) DK (Sel) SPMK SJMK SPKK SPSK 

    BIODATA:

    Tengku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu.  Ayahandanya ialah DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra manakala bondanya ialah DYMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan.  Baginda mendapat dididkan di Sekolah Sultan Ismail I, Alice Smith School KL. Oakham School, Rutland UK, St Cross College, Oxford UK, Oxford Centre for Islamic Studies, Deutsche Stiflung Entwickling, Berlin dan European Business School London.

    Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 30 Mac 1979 ketika berusia 10 tahun dan ditabalkan pada 6 Okt 1985. Pada 24 April 2009 Tengku Muhamamd Faris telah dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila ayahandanya mengalami kegeringan.

    Selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, pada 13 Sep 2010 Majlis Perajaan Kelantan telah mengisytiharkan YMM Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al Sultan Kelantan menggantikan ayahandanya yang mengalami kegeringan yang berkekalan dan hilang upaya untuk melaksanakan tugas sebagai Sultan.  Baginda menggunakan gelaran sebagai Sultan Muhammad V. 

    Baginda al Sultan adalah Kolonel YDP Rejimen Artileri DiRaja dan juga Kor Risik DiRaja. Baginda juga Canselor Universiti Malaysia Kelantan sejak 2011.

    Baginda bernikah dengan Tengku Zubaidah (nama asal Kangsandarn Pipitpakdee) binti Tengku Nuruddin pada 15 Nov 2004.  Mengikut sumber tertentu baginda telah berpisah dengan Tengku Zubaidah.

      PERAK DARUL RIDZUAN  

     
      

     DYMM SULTAN PERAK 
    DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah DK DKA DKSA DK(Sel) DKNS SPSA SPCM SPTS SPMP SPMP (Perlis) PhD(Harvard) Hon DEco(Soka)

    Raja Nazrin Shah diputerakan di Pulau Pinang pada 27 November 1956. Mendapat pendidikan menengah di St John Institution, KL, seterusnya melanjutkan pengajian ke Worcester College, Oxford University of Cambridge (Bachelor in Politic & Economy) dan mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dan Doktor Falsafah dalam bidang Politik dan Ekonomi (PhD) Kennedy School of Government, Harvard University.

    Kenaikan pangkat baginda dalam heirarki Kesultanan Perak (yang berpaksikan kepada keturunan 3 keluarga) juga agak pantas. Dilantik menjadi Raja Kechil Besar (1984) dan kemudian dilantik menjadi Raja Muda pada 15 April 1987 tanpa melalui jawatan Raja Di Hilir Perak. Semasa ayahandanya menjadi Yang Di Pertuan Agong mulai 26 April 1989 hingga 25 April 1994, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Perak.

    Berkahwin dengan YM Tuanku Zara binti Salim Davidson DKSA DKA (bergelar Raja Permaisuri Perak) pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri
    • Raja Mudzaffar Azlan Shah- Raja Kecil Besar (14 Mac 2008) 
    • Raja Nazira Safya Shah
    Baginda dilantik menjadi Pro-Chanselor Universiti Malaya pada tahun 1989 dan aktif dalam organisasi sukan tanah air, diantaranya Presiden Persatuan Hoki Malaysia (2004-2006). Baginda juga merupakan Komander Rejimen Askar Wataniah dengan pangkat Brig Jen mulai 2004. 

    Baginda dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Kehormat MBA dari Cransfield Institute of Technology (1993) dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi oleh Universiti Soka, Jepun (1999). 

    Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Perak beberapa kali dan kali terakhir ialah pada 27 April 2013 apabila ayahandanya gering sehinggalah diisytiharkan menjadi Sultan pada 29 Mei 2014 dengan gelaran DYMM Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.




      KEDAH DARULAMAN  



    .

     DYMM SULTAN KEDAH 
    Sultan Mahmud Salehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah
    DK SHMS SSDK PSM PAT BCK 





    Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 menggantikan Almarhum kekandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
    Pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit di Alor Setar hari ini setelah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

    Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat pada 2.30 petang semalam di istana tersebut.
    Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah adalah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang turut dianggotai menteri besar sebagai Yang Dipertua majlis berkenaan.

    Setelah dimasyhurkan, Pengelola Bijaya Diraja (yang juga Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah) Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah kemudiannya menghadap Tunku Sallehuddin untuk mengiringi baginda ke singgahsana yang terletak di Dewan Penghadapan.

    Syed Unan kemudiannya melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali yang disambut oleh hadirin dan serentak itu paluan nobat dan tiupan nafiri dikumandangkan.
    Istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadil Awang.
    Tunku Sallehuddin kemudiannya menyentuh peterana Almarhum Sultan Abdul Halim, menandakan istiadat pemakaman akan dimulakan.

    Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff, Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

    Tunku Sallehuddin diisytiharkan sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada 21 Mei 2014 dan memegang jawatan itu sehingga 12 Dis 2016.

    Pada 15 Dis 2016 baginda dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah setelah Sultan Abdul Halim kembali memayungi negeri Kedah selepas lima tahun bersemayam di Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong.

    Tuanku Sultan Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah, diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942. Bondanya adalah Almarhumah Sultanah Asma binti almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Terengganu). Mendapat pendidikan di College of Military Engineering, Poona, India. Baginda kemudiannya menjalani latihan pegawai kadet di Indian Military Academy (IMA), Dehra Dun dari 23 Jul 1962 hingga 30 Jun 1963 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 23 Okt 1963. Baginda memulakan tugas di Batalion Kedua RAMD di Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

    Baginda dianugerahi dengan gelaran Tunku Paduka Maharaja Temenggong Anggota Desa 
    pada 28 November 1981. 

    Baginda dinikahkan dengan Tengku Datuk Sri Maliha binti Tengku Ariff di Kota Bharu, Kelantan pada 5 November 1965.  Baginda berdua dikurniakan dengan dua orang putera:

    1) DYAM Tengku Sarafuddin Badlishah DSDK. Diputerakan pada .......... dan mendapat pendidikan di Maktab Tentera Sungai Besi. Baginda mendapat kelulusan Undang-undang dari Holborn College, United Kingdom.

    1) DYAM Tengku Datuk Shazuddin Badlishah DSDK.


    . 

    SENARAI
     YANG DI PERTUA NEGERI 

    NEGERI PULAU PINANG



    TYT YDPN PULAU PINANG
    TYT Tun (Dr) Abdul Rahman bin Abbas SMN DUPN SPDK DP DMPN JP
    (Dilahirkan pada 15 Jan 1938 dan dilantik pada 1 Mei 2001)
    Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

    NEGERI MELAKA


     TYT YDPN MELAKA 
    TYT Tun (Dr) Mohamad Khalil bin Yaakub SMN DUNM SSAP SPDK DP SIMP DIMP PJK
    (dilahirkan pada 29 Dis 1937 dan dilantik pada 4 Jun 2004)

    Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)



    NEGERI SABAH


    YDPN SABAH
    TYT Tun Datuk Seri Hj Juhar bin Mahiruddin SMN SPDK
    (dilahirkan pada 5 November 1953 dan dilantik pada 1 Jan 2011)
    Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)

    NEGERI SARAWAK



    TYT YDPN SARAWAK
    TYT Pehin Seri Tun Hj Abdul Taib bin Mahmud SMN SBS PMN DP DA 
    SPDK PNBS SPMJ SSAP SIMP SPMK KTWE(Thailand) KEPN (Indonesia) SPMB(Brunei) KOU.
    (Dilahirkan pada 21 Mei 1936)
    (Dilantik pada 1 Mac 2014)


    MAKLUMAT KHAS 2

    DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Tuanku Yahaya Petra
    (diputerakan pada 11 Nov 1949, diisytiharkan 29 Mac 1979, ditabalkan 30 Mac 1980)
    Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
    (diisytiharkan Turun Takhta oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan pada 12 September 2010 dibawah Artikel 23A Perlembagaan Negeri)

    Bahan rujukan utama; http://www.royalark.net/

    x
      
      
     

     
     
      
      

        
       
     

    TUJUH Wasiat Raja-Raja Melayu

    1
    Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

    2
    2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

     3
     Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

     4
     Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

    5
    Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

    6
    Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

    7
     Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

     dan bagi memastikan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini dipelihara dan dilaksanakan, maka peruntukkan mengenainya telah digubal didalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11; Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153; dan Perkara 181 (1).

     dan peruntukkan-peruntukkan ini tidak boleh sama-sekali dipinda, diubah, dibatalkan atau dimansuhkan kecuali dengan izin, persetujuan dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan tiap-tiap Baginda Tuanku Sultan yang memerintah yang bersidang sepenuhnya.



    No comments:

    Post a Comment