SISTEM
PERLANTIKAN
SPB YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
SPB YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
BAHAGIAN
KE 2
Di
sini saya akan menyambung semula sejarah mengenai perlantikan setiap Yang
DiPertuan Agung Malaysia sejak Merdeka. YDP Agong seterusnya ialah YDP
Agong VII, iaitu giliran Negeri Pahang. Seperti disebut dalam TAJUK
M 011, Sultan Pahang sebelum ini, almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam
Shah telah menolak tawaran (atau tidak dipilih) menjadi YDP Agong pertama,
kedua, ketiga, keempat dan kelima sehingga baginda mangkat pada tahun
1974.
Anakanda
baginda, Sultan Haji Ahmad Shah apabila sampai giliran selepas Sultan Kelantan
telah menerima pemilihan sebagai YDP AGong VI.
SPBYDP AGONG VII
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni almarhum
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin
Al-Mu’adzam Shah
(Almarhum Tuanku Hajjah Afzan binti Tengku Mohammad)
(26 Apr 1979 - 25 Apr 1984)
Tengku
Ahmad Shah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan pada 24 Okt 1930.
Ayahandanya ialah almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah ibni
almarhum Sultan Sir Abdullah al Mu'tasim Billah Shah dan bondanya ialah
almarhumah Raja Fatimah binti almarhum Paduka Sri Sultan Sir Alang Iskandar
Shah II Kadasallah (Perak).
Tengku
Ahmad Shah mendapat didikan di Sekolah Melayu Pekan, Malay College Kuala
Kangsar, Clifford College Kuala Lipis, Worcester College, Oxford dan university
College of South West England, Exeter, Devon.
Ditauliahkan
sebagai Leftenan dalam RAMD pada tahun 1953 dan bersara sebagai Lt Kol pada
tahun 1965.
Tengku
Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 25 Mei 1944, dan
diisytiharkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974 dan seterusnya ditabalkan
di Istana Abu Bakar pada 6 Mei 1975 dengan gelaran 'Sultan Haji Ahmad
Shah alMustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuadzam
Shah'.
Pada
21 Sep 1975 Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Timbalan YDP Agong dan pada 30
Mac 1979 dilantik memangku jawatan YDP Agong ke 7 apabila SPB YDP Agong masa
itu (Sultan Kelantan) mangkat semasa dalam jawatan. Pemerintahan baginda
berkuatkuasa pada 27 April 1979. Baginda ditabalkan pada 10 Julai 1980 dan
berada di atas takhta Kerajaan Malaysia sehingga 26 April 1984.
Baginda
Sultan Hj Ahmad Shah adalah Kolonel YDP Tentera Udara DiRaja Malaysia sejak 18
Nov 1989 dan Presiden Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak
1983. Baginda juga adalah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM
sejak 1984.
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pada 22 Mei 2019 ketika berusia 89 tahun.
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pada 22 Mei 2019 ketika berusia 89 tahun.
Baginda
berkahwin dengan Tuanku Ampuan Hajjah Afzan binti Tengku Muhammad ibni almarhum
Sultan Sir Ahmad al Muadzam Shah (dilahirkan pada 4 Oct 1932 dan mangkat pada
29 Jun 1988) pada 22 April 1954 di Istana Hinggap Kuala Lipis.
Perkahwinan dengan Tengku Ampuan Afzan dikurniakan dua putera dan lima puteri
iaitu:
(1)
Tengku Tan Sri Dato Sri Hajjah Meriam DKP DKII PSM SSAP SIMP (lahir: 1
April 1955). Tengku Putri Sri Lela Wangsa.
(2) Tengku Dato' Sri Hajjah Muhaini DKII SSAP SIMP (31 Okt 1956). Tengku Putri Sri Teja.
(3) Tengku Dato' Sri Hajjah Aishah Marcella DKII SSAP SIMP (13 Nov 1957). Tengku Putri Sri Kemala.
(4) Tengku Abdullah DKP DKII DK(Terengganu) DKII (Johor) SSAP SIMP SPMJ (diputerakan pada 15 Julai 1959). Dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1 Julai 1975. Berpangkat Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah. Baginda adalah Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
(5) Tengku Dato Sri Abdul Rahman DKP DKII SSAP SIMP (lahir: 23 Ogos 1960). Tengku Muda Pahang.
(6) Tengku Dato Nong Fatimah DKII SIMP (lahir 4 Sep 1962). Tengku Putri Sri Setia Bakti.
(7) Tengku Dato Shahariah DKII SIMP (12 Sep 1964). Tengku Putri Sri Bongsu.
Setelah
kemangkatan Tengku Ampuan Afzan, baginda mengahwini Sultanah Hajjah Kalsom @
Anita binti Abdullah (lahir: 12 Sep 1951) pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan
seorang putera:
(1)
Tengku Abdul Fahd Muadzam DK (diputerakan pada 10 Feb 1994). Tengku
Temenggung Pahang mulai 25 Okt 2002.
Peristiwa selepas tarikh perlantikan
(1) Sultan Terengganu mangkat pada 20 Sep 1979 dan anakanda
baginda (Yang Di Pertuan Muda) Tengku Mahmud telah dimasyhurkan sebagai Sultan
yang baru dengan gelaran rasminya DYMM Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah ibni
almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
(1) Sultan Johor mangkat pada 11 Mei 1981 dan anakanda baginda Tunku Mahmood Iskandar (Tunku Mahkota Johor) telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru dengan gelaran rasminya DYMM Almutawakil Alallah Sultan Iskandar Alhaj ibni almarhum Sultan Ismail.
(3) Sultan Perak mangkat pada 7 Feb 1984 dan Raja Muda, Raja Azlan Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru dengan gelaran rasmi DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu-lahu Shah.
PEMILIHAN YDP AGONG
VIII
Senarai urutan kekananan dan penggiliran Raja-Raja Melayu
pada 25 Apr 1984:
(1) Sultan Johor
(1981) - dipilih dan menerima jawatan sebagai YDPA VIII
(2) Sultan Perak
(1984) - dipilih sebagai Timbalan YDPA
(3) YDPA Negeri
Sembilan (1967) menunggu giliran
pemilihan untuk pusingan kedua
(4) Sultan Selangor
(1960) - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua
(5) Raja Perlis
(1945) - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua
(6) Sultan
Terengganu (1979) - menunggu giliran
pemilihan untuk pusingan kedua
(7) Sultan Kedah
(1958) - menunggu giliran pemilihan
untuk pusingan kedua
(8) Sultan Kelantan
(1979) - menunggu giliran pemilihan
untuk pusingan kedua
(9) Sultan Pahang
(1974) - yang baru menamatkan tugas Yang Di Pertuan Agong VII.
SPBYDP AGONG VIII
(Tuanku Hajjah Zanariah binti Tengku Ahmad)
(26 Apr 1984 - 25 Apr 1989)
Almarhum Sultan Mahmud Iskandar ibni almarhum Sultan Ismail
DK SPMJ SSIJ PIS BSI SPDK DP DK(Brunei) DK(Perak) DK(Terengganu) DK(Pahang)
DK(Kelantan)
diputerakan di Istana Semayun, Johor Bahru pada 8 April
1932. Ayahandanya ialah Sultan Ismail ibni almarhum Sultan Ibrahim manakala
bondanya ialah Sultanah Tun Aminah binti Tunku Abdul Majid.
Baginda mendapat pendidikan asal di Ngee Heng Primary
School, English College, Trinity Grammar School Sydney dan South Devon
Technical College, UK. Baginda kemudian
menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor dan bertugas di Pejabat Daerah dan
Tanah, Pejabat SUK, Pejabat Perhutanan dan Perbendaharaan Negeri.
Tunku Mahmud telah dilantik menjadi Tengku Mahkota pada 8
Mei 1959 tetapi dilucutkan dari jawatan tersebut pada 10 Ogos 1961 (digantikan
oleh adindanya Tunku Abdul Rahman). Pada
1 Dis 1966 Tunku mahmud dilantik menjadi Raja Muda Johor (satu gelaran baru),
menjadikan Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Tunku Mahkota dan
Raja Muda dalam satu masa. Ketika ayahandanya gering Tunku Mahmud telah
dilantik semula sebagai Tunku Mahkota pada 29 April 1981. Sebelas hari kemudian ayahandanya mangkat dan
Tunku Mahmud Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981 dengan
gelaran Al Mutawakil Alallah Sultan Iskandar.
Pada 26 Apr 1984 baginda dilantik menjadi YDP Agong
Malaysia ke 8 (tanpa menjadi Timbalan YDP Agong terlebih dahulu) dan berada di
atas takhta istana Negara sehingga 25 Apr 1989.
Almarhum Sultan Iskandar merupakan Kolonel Komandan Pasukan
Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) sejak 10 Mei 1981 sehingga baginda mangkat.
Almarhum juga adalah colonel YDP Rejimen Gerakhas Malaysia. Almarhum pernah
dilantik menjadi Canselor UTM dari 12 Dis 1981 hingga 1988.
Baginda berkahwin dengan Josephine Ruby Trevorrow dari England pada 5 Jan 1956 kemudian
bergelar Encik Besar Khalsom binti Abdullah DK (2 Dis 1935 - mangkat pada 1 Jun 2018) dan berpisah pada tahun
1962. Baginda kemudian berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad DK
(Joh) DK (Kel) (1940) pada 20 Ogos 1961 yang kemudiannya bergelar Sultanah
Johor pada 1981 dan kemudiannya Raja
Permaisuri Agong pada 25 April 1984.
Canselor UTM (1988 - 2010).
Sultan Iskandar mangkat pada 22 Jan 2010 dan dimakamkan di
Makam Mahmudiah Johor Bahru.
Baginda meninggalkan dua orang putera dan 8 orang puteri:
Baginda meninggalkan dua orang putera dan 8 orang puteri:
(1) Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah (11 Jul 1956)
(bonda: Kalsom) berkahwin dengan Tengku Sulaiman Shah ibni almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah.
(2) Tunku Zabidah Aminah Maimunah Iskandariah (20 Okt 1957) (bonda: Khalsom).
(3) Tunku Ibrahim Ismail (22 Nov 1958)(bonda: Khalsom) kemudian bergelar Sultan Ibrahim.
(4) Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah DK(Pahang) DK(Johor) SPMJ (5 Ogos 1960) (bonda: Khalsom)berkahwin dengan Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkota Johor.
(5) Tunku Mariam Zaharah (4 Sep 1962) (bonda: Zanariah) berkahwin dengan Tengku Ahmad Zainal Abidin bin Tengku Muhammad Zaid (berpisah).
(6) Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim (bonda: Zanariah)(20 Jul 1970) berkahwin dengan Tunku Teh Mazni binti Tunku Yusuf.
(7) Tunku Norani Fatimah (17 Jul 1963) (bonda: Zanariah) berkahwin dengan Ramlan bin Dato Harun bin Idris.
(8) Tunku Maimunah Ismailiah (20 Okt 1967) (bonda: Zanariah) berkahwin dengan Dato Mizan bin Dato Hj Yahya.
(9) Tunku Muna Najihah (12 Apr 1973) (bonda: Zanariah) berkahwin dengan Kdr Shaftdean Lutfy bin Rusland TLDM.
(10) Tunku Aminah Kalsom Masera Mariam Zahira Iskandariah (6 Jun 1979)(bonda: Zanariah).
PEMILIHAN YDPA
AGONG IX
Apabila Sultan Johor menamatkan tempoh tugas YDPA, hanya
Sultan Negeri Perak sahaja yang belum pernah menduduki takhta YDPA Malaysia. Urutan senarai pemilihan pada 25 Apr 1989
adalah seperti berikut:
(1) Sultan Perak
(1984) - dipilih dan menerima jawatan sebagai YDPA IX
(2) YDP Besar
Negeri Sembilan (1967) - dipilih sebagai Timbalan YDPA untuk kali kedua.
(3) Sultan Selangor
(1960)- menunggu giliran pemilihan untuk
pusingan kedua.
(4) Raja Perlis
(1945)- menunggu giliran pemilihan untuk
pusingan kedua- kali kedua.
(5) Sultan
Terengganu (1979) - menunggu giliran
pemilihan untuk pusingan kedua.
(6) Sultan Kedah
(1958) - menunggu giliran pemilihan
untuk pusingan kedua - kali kedua.
(7) Sultan Kelantan
(1960) - menunggu giliran pemilihan
untuk pusingan kedua.
(8) Sultan Pahang
(1974) - menunggu giliran pemilihan
untuk pusingan kedua- kali kedua.
(9) Sultan Johor
(1981) - baru menamatkan tugas sebagai YDP Agong IX.
SPBYDP AGONG IX
Ghafarallahu lahu Shah
(Tuanku Permaisuri Bainun binti Mohammad Ali)
(26 Apr 1989 - 25 Apr 1994)
Raja Azlan Shah diputerakan pada 19 Apr 1928 di Kampung
Manggis, Batu Gajah. Ayahandanya ialah
almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafarallahu lahu ibni almarhum
Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhtaram Shah.
Bondanya ialah almarhum Puan Hajjah Khadijah binti Dato' Wangsa Ahmad.
Raja Azlan mendapat didikan di Batu Gajah English School,
Malay College Kuala Kangsar, Universityof Nottingham (Lincoln Inn). Memulakan kerjaya sebagai seorang Majisteret
sehingga mencapai jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman iaitu sebagai Ketua
Hakim Negara dari tahun 1982 sehingga dilantik menjadi Sultan Perak pada tahun
1984.
Pada 1 Julai 1983 Raja Azlan Shah dilantik menjadi Raja
Muda Perak. Hanya 7 bulan menjadi Raja
Muda, baginda menaiki takhta Sultan Perak pada 31 Jan 1984 apabila Sultan Idris
mangkat. Pengisytiharan sebagai Sultan
dibuat pada 3 Feb 84 dan ditabalkan pada 09 Dis 1985 dengan gelaran Sultan Azlan Muhibuddin Shah
ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu lahu Shah.
Pada 29 April 1984 Sultan Azlan Shah didisytiharkan
perlantikan sebagai Timbalan YDP Agong dan dilantik menjadi YDP Agong pada 26
April 1989 sehingga 25 April 1994.
Sultan Azlan Shah adalah Kolonel YDP untuk Rejimen Askar
Jurutera DiRaja dan juga Kor Kesihatan DiRaja.
Baginda juga adalah Canselor Universiti Malaya. Baginda pernah menjadi Presiden Persekutuan
Hoki Malaysia dari 1981-2004 dan kini masih Timbalan Presiden International
Hockey Federation.
Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Tuanku Sultan Azlah Shah berkahwin dengan Tuanku Permaisuri
Bainun (binti Mohamad Ali) DK DMN DK(Sel) di Pulau Pinang pada 9 Dis 1955. Perkahwinan ini baginda berdua dikurniai
dengan dua putera dan tiga puteri:
(1) Raja Datuk Sri Nazrin Shah DK DKSA SPCM SPTS SPMP
DK(Selangor) MA PhD (Harvard). Raja Muda
Perak. Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah. Pro-Canselor Universiti Malaya.
(2) Raja Dato Sri Azureen SPCM. dilahirkan pada 9 December 1957.
(3) Raja Dato Sri Ashman Shah DK SPCM BSc.Econ LLM. Raja Kecil Sulong Perak. diputerakan pada 28 Dis 1958.
(4) Raja Dato Sri Eleena SPCM. Dilahirkan pada 3 April 1960.
(5) Raja Dato Sri Yong Sofia SPCM. Dilahirkan pada 24 June 1961.
Sepanjang tempoh 5 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah sebagai YDPA, tiada perubahan senarai nama Raja-raja Melayu.
PEMILIHAN YDPA
AGONG X
Apabila Sultan Azlan Shah menamatkan tempoh tugas sebagai
YDPA ke 9, maka lengkaplah satu pusingan kesemua sembilan Raja Negeri-negeri
Melayu mendapat giliran menjadi YDPA. Selepas ini penggiliran pemilihan YDPA
tidak lagi mengikut kekananan menduduki takhta negeri tetapi mengikut
penggiliran dalam pusingan pertama
Berikut adalah senarai pemilihan terbaru pada 25 April
1989:
(1) YDPB Negeri Sembilan (1967) - dipilih dan menerima jawatan YDPA XI
(2) Sultan Selangor (1960)- dipilih sebagai Timbalan YDPA
(3) Raja Perlis - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(4) Sultan Terengganu - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua
(5) Sultan Kedah - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(6) Sultan Kelantan - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua
(7) Sultan Pahang - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(8) Sultan Johor - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kedua
(9) Sultan Perak - baru menamatkan tugas sebagai YDP Agong IX.
SPBYDP AGONG X
(Tuanku Najihah binti almarhum Tengku Besar Burhanuddin)
(26 Apr 1994 - 25 Apr 1999)
(Nota: Baginda adalah anakanda kepada YDP Agong I)
Almarhum Tuanku Jaafar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman DK
DKM DMN DKYR DK (Brunei), DK(Selangor) DK(Perlis) DK(Kel) DK(Pahang) DK(Perak)
DK(Joh) DK(Tgganu) DK (Kedah) DKMB SPNS SPTJ GCB diputerakan pada 19 jul 1922
di Klang Selangor. Ayahandanya ialah Almarhum
Tuanku Abd Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad, Yang Di Pertuan Agong I.
Bondanya ialah Che Engku Maimunah binti Abdullah (isteri kedua). Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Seri
Menanti, King George V School, Kuala Pilah dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian baginda melanjutkan pengajian ke
Raffles College Singapura dan Nottingham University, UK dan mendapat ijazah
Undang-undang (LLB). Baginda juga mempunyai ijazah dari London School of
Economics.
Sepulangnya ke tanah air baginda bertugas sebagai Pegawai
di Pej Daerah Seremban (1942-1945), ADO (Tanah) Rembau (1946-1947), ADO Parit,
Perak dan DO Tampin (1948-1955), Penolong SUK Negeri Perak (1956), Charge
d’Affaires di Washington DC (1956-57), Setiausaha Pertama Pej Wakil Tetap PBB
(1957-1958), Setiausaha Pertama dan Trade Counselor di London(1958-1962),
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London (1962-1963), Duta ke Mesir (1963-1965),
Pjaya Tinggi ke Nigeria/Ghana (1965-1967) dan Duta ke Jepun (1967).
Dilantik menjadi Tunku Muda Serting pada tahun 1947 dan
disytiharkan sebagai YDP Besar NS (ketika bertugas sebagai Duta ke Jepun)
menggantikan kekandanya Tuanku Munawir yang mangkat pada 19 Apr 1967. Ditabalkan di Istana Besar Seri Menanti pada
8 April 1968.
Pada 19 Jun 1979 baginda dilantik menjadi Timbalan YDP
Agong sehingga 25 Apr 1989 dan sekali lagi pada pada 2 Mac 1989 hingga
1994. Pada 16 Apr 1994 baginda dilantik
menjadi YDP Agong Malaysia ke 10 sehingga 24 April 1999.
Baginda dilantik menjadi Kolonel YDP Rejimen Semboyan
DiRaja, Kolonel YDP Kor JLJ Diraja (1998-2008), Canselor UKM (1996-2008).
Pada 8 Ogos1942 baginda berkahwin dengan Tunku Najihah
binti almarhum Tunku Besar Burhanuddin DK DMN DK(Kedah) SPTJ SPMK (lahir: 11
Sep 1924)- dilantik menjadi Tengku Ampuan besar NS (19 Jul1967) dan Raja
Permaisuri Agong pada 16 Apr 1994.
Baginda mangkat di Hospital Besar Tuanku Jaafar pada 27 Dis
2008 dan dimakamkan di Makam DiRaja Seri Menanti.
Perkahwinan baginda meninggalkan 3 putera dan 3 puteri:
(1) Tunku Tan Sri Naquiyah DK PSM SPTJ AMN PJK (26 Sep 1944) –
Tunku Dara- berkahwin dengan Tunku Dato’ Mudzaffar bin Tunku Mustaffa bin Tunku
Besar Burhanuddin (1940).
(2) Tunku Dato Seri Utama Naquiyuddin DK DKYR SPTJ SPNS SPMS SPMP PJK PPT (8
Mac 1947) bergelar Tunku Laksamana– berkahwin
dengan Tunku Norul hayati binti Tunku Bahadur. Pemangku YDP Besar (1994-1999).
(3) Tunku Tan Sri Imran DK DKYR DTNS PMN PSM SPNS PJK (21 Mac 1948)- Tunku
Muda Serting. Berkahwin dengan (1) xxx dan (1) Che Engku Mahirah binti Abdullah
@ Moira Rodrigo.
(4) Tunku Dato Seri Nazaruddin DK DKYR SPTJ (26 Okt 1959)– Tunku Putra –
berkahwin dengan Tunku Mimi Wahidah binti Tunku Abdullah Wahman (1971).
(5) Tunku Dato Seri Jawahir DKYR SPTJ (27 Jan 1951)- Tunku Puteri –
berkahwin dengan Tengku Dato Sri Azlan ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin
Muadzam Shah, Pahang (1949).
(6) Tunku Dato Seri Irina DKYR SPTJ (23 Nov 1957)- berkahwin dengan Tengku
Ahmad Shahibnialmarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor (1955).
Peristiwa selepas perlantikan YDPA X
(1) Sultan Terengganu mangkat pada 15 Mac 1998 dan anakanda
baginda (Yang DiPertuan Muda) Tengku Mizan Zainal Abidin telah dimasyhurkan
sebagai Sultan yang baru dengan gelaran rasminya DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ibni almarhum
Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.
PEMILIHAN YDPA
AGONG XI
Senarai pemilihan YDPA pada 21 Sep 1975:
(1) Sultan Selangor (1960) - dipilih dan menerima jawatan sebagai YDPA XI.
(2) Raja Perlis (kali kedua) (menolak pencalonan sebagai Timbalan YDPA)
(3) Sultan Terengganu (1998) Sultan baru - dilantik menjadi Timbalan YDPA.
(4) Sultan Kedah - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(5) Sultan Kelantan - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua
(6) Sultan Pahang - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua
(7) Sultan Johor - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(8) Sultan Perak - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(9) YDPB Negeri Sembilan - baru menamatkan tugas sebagai YDP Agong X.
SPBYDP AGONG XI
(Tuanku Permaisuri Siti Aishah binti Dato’ Seri Abdul
Rahman)
(26 Apr 1999 - 21 Nov 2001)
(Nota: Baginda adalah anakanda kepada YDP Agong II)
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni
almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj DK DKM DMN SPMS SSSA DK1 DKMB
DK(Tggu) DK(Joh) DK(Ked) DK(NS) DK(Kel) DK(Pah) DK(Perlis) DK(Perak) SPDK DP
DUNM PJK diputerakan di Istana Bandar Temasha, Jugra pada 8 Mac 1926.
Ayahandanya ialah almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah alHaj ibni almarhum
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Bondanya adalah almarhumah Raja Hajjah Jemaah
binti Raja Ahmad.
Tunku Abdul Aziz Shah mendapat pendidikan di Sekolah Melayu
Pengkalan Batu, Klang dan Malay College Kuala Kangsar, School of Oriental and
African Studies, London dan menghadiri latihan ketenteraan di Federation
Military College, Port Dickson.
Setelah menamatkan pengajian, Tunku Abdul Aziz Shah
berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Ukur dan Merinyu
Sekolah. Dilantik menjadi Tengku
Laksamana (1 Ogos 1946) dan kemudian Raja Muda pada 13 Mei 1950. Pada bulan
April 1960 dilantik jadi Pemangku Sultan semasa ayahandanya dilantik menjadi
YDP Agong II dan diisytiharkan menjadi Sultan berikutan kemangkatan ayahandanya
pada 2 Sep 1960. Baginda ditabalkan pada
28 jun 1961 dengan gelaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pada 4 Feb 1994 baginda dilantik menjadi Timbalan YDP Agong
sehinggalah baginda mengambil alih takhta Kerajaan Malaysia sebagai YDP Agong
XII dan ditabalkan pada 26 Apr 1999.
Baginda merupakan Kolonel YDP TUDM dari 1966 hingga 1984dan
kemudiannya menjadi Kapten YDP TLDM mulai 26 Apr 1984 sehingga baginda mangkat.
Bahinda juga adalah Canselor pertama UPM dari tahun 1971 hingga 2001.
Baginda berkahwin (1) pada 1943 dengan Raja Nur Saidatul
Ihsan binti Tengku Badar Shah ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
(1923-2002)(bercerai), kemudian berkahwin (2) dengan Che Mahiran binti Muhammad
Rais pada tahun 1954 (bercerai), kahwin (3) dengan Tengku Rahimah binti
almarhum Sultan Abdul Aziz Rahmat Shah (Langkat, Sumatra) (1927-1993) – Raja Puan Muda
(1958)dan Tengku Ampuan Selangor
(1961-1993). Baginda berkahwin (4)
dengan Sharifah Salmah binti Syed Ahmad alKaf (1943) (bercerai) dan berkahwin (5)
pada 3 Mei 1990 dengan Siti Aishah binti Abdul Rahman DK DMN DA(Swak) (1971) –
Chik Puan Besar Selangor (1990), Tengku Permaisuri (1994-1999) dan Raja
Permaisuri Agong (1999-2001).
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital
Gleanagle KL pada 21 Nov 2001 dan dimakamkan di Makam DiRaja Sultan Sulaiman,
Klang. Almarhum meninggalkan 4 putera
dan 8 puteri:
(1) Tengku Puteri Nur Halijah Fatimah (1944-1945) (bonda Raja Saidatul Ihsan).
(2) Tengku Idris Shah (24 Dis 1945) – kemudian bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 21 Nov 2001) (bonda Raja Saidatul Ihsan).
(3) Tengku Puteri Sofiah (14 Mei 1949) (bonda Raja Saidatul Ihsan). Berkahwin (1) dengan Raja Abdullah Raja Ahmad (bercerai) dan (2) Raja Jaafar bin Raja Musa.
(4) Tengku Tan Sri Sulaiman Shah DK PMN SPMS SJMK SPMJ PIS (17 Jun 1950) (bonda Raja Saidatul Ihsan)- Tengku Panglima Raja- berkahwin dengan Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Mahmood Iskandar.
(5) Tengku Puteri Dato Sri Zahariah DK PSD (20 Jun 1950) (bonda Raja Saidatul Ihsan)- Berkahwin (1) dengan Dato Sri DiRaja Syed Amir Abidin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (bercerai), (2) Abdul Aziz Shaari (bercerai), (3) Raja Safian bin Raja Ahmad (bercerai) dan (4) Tan Sri Muhammad bin Md Taib (bercerai).
(6) Tengku Puterai Nur Halijah (1952-1952) (bonda Raja Saidatul Ihsan).
(7) Tengku Dato Seri Abdul Samad Shah DK SSSA (27 Sep 1953) (bonda Raja Saidatul Ihsan) – Tengku Panglima Besar. Berkahwin dengan Tunku Anita Abdiyah binti Tunku Adnan.
(8) Tengku Puteri Nur Arafiah (18 Sep 1954) (bonda Raja Saidatul Ihsan)- berkahwin dengan (1) Syed Salleh bin Syed Othman (cerai) dan (2) Abdul Aziz bin Tan Sri Shariff.
(9) Tengku Dati Seri Ahmad Shah DK SSSA SPTJ SSMT DSMT PSD DPMS (16 Mei 1955) (bonda Che Mahiran) -Tengku Indera Setia. Berkahwin dengan Tunku Irina binti almarhum Tuanku Jaafar.
(10) Tengku Puteri Aishah (19 Ogos1956) (bonda Raja Saidatul Ihsan).
(11) Tengku Putri Nur Marina (15 Okt 1957) (bonda Tengku Rahimah). Berkahwin (1) Mr X (cerai)dan (2) Haldun Tici (Turks).
(12) Tengku Putri Nur Zihan SSIS DSPJ (18 Nov 1958) (bonda Tengku Rahimah). Berkahwin dengan Dato Seri Syed Zainal Anwar ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
(1) Tengku Puteri Nur Halijah Fatimah (1944-1945) (bonda Raja Saidatul Ihsan).
(2) Tengku Idris Shah (24 Dis 1945) – kemudian bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 21 Nov 2001) (bonda Raja Saidatul Ihsan).
(3) Tengku Puteri Sofiah (14 Mei 1949) (bonda Raja Saidatul Ihsan). Berkahwin (1) dengan Raja Abdullah Raja Ahmad (bercerai) dan (2) Raja Jaafar bin Raja Musa.
(4) Tengku Tan Sri Sulaiman Shah DK PMN SPMS SJMK SPMJ PIS (17 Jun 1950) (bonda Raja Saidatul Ihsan)- Tengku Panglima Raja- berkahwin dengan Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Mahmood Iskandar.
(5) Tengku Puteri Dato Sri Zahariah DK PSD (20 Jun 1950) (bonda Raja Saidatul Ihsan)- Berkahwin (1) dengan Dato Sri DiRaja Syed Amir Abidin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (bercerai), (2) Abdul Aziz Shaari (bercerai), (3) Raja Safian bin Raja Ahmad (bercerai) dan (4) Tan Sri Muhammad bin Md Taib (bercerai).
(6) Tengku Puterai Nur Halijah (1952-1952) (bonda Raja Saidatul Ihsan).
(7) Tengku Dato Seri Abdul Samad Shah DK SSSA (27 Sep 1953) (bonda Raja Saidatul Ihsan) – Tengku Panglima Besar. Berkahwin dengan Tunku Anita Abdiyah binti Tunku Adnan.
(8) Tengku Puteri Nur Arafiah (18 Sep 1954) (bonda Raja Saidatul Ihsan)- berkahwin dengan (1) Syed Salleh bin Syed Othman (cerai) dan (2) Abdul Aziz bin Tan Sri Shariff.
(9) Tengku Dati Seri Ahmad Shah DK SSSA SPTJ SSMT DSMT PSD DPMS (16 Mei 1955) (bonda Che Mahiran) -Tengku Indera Setia. Berkahwin dengan Tunku Irina binti almarhum Tuanku Jaafar.
(10) Tengku Puteri Aishah (19 Ogos1956) (bonda Raja Saidatul Ihsan).
(11) Tengku Putri Nur Marina (15 Okt 1957) (bonda Tengku Rahimah). Berkahwin (1) Mr X (cerai)dan (2) Haldun Tici (Turks).
(12) Tengku Putri Nur Zihan SSIS DSPJ (18 Nov 1958) (bonda Tengku Rahimah). Berkahwin dengan Dato Seri Syed Zainal Anwar ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Peristiwa selepas perlantikan YDPA XI
(1) Raja Perlis mangkat pada 7 Mei 2001 dan anakanda baginda
(Raja Muda) Tuan Syed Sirajuddin telah dimasyhurkan sebagai Raja Perlis yang
baru dengan gelaran rasmi DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
(2) YDPA XI (Sultan Selangor) mangkat pada 21 Nov 2001 semasa masih memegang jawatan. Anakanda baginda Tengku Idris Shah (Raja Muda yang juga Pemangku Sultan) telah dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru dengan gelarsan rasminya DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
PEMILIHAN YDPA
AGONG XII
Lanjutan dari kemangkatan Raja Perlis pada 7 Mei 2001 dan kemudian diikuti oleh kemangkatan SPB YDP Agong XI, maka perubahan dalam senarai penggiliran YDPA pada 13 Dec 2001:
(1) Raja Perlis (2001)- Raja baru - dipilih dan menerima jawatan
sebagai YDPA XII.
(2) Sultan Terengganu (1998) - dipilih menjadi Timbalan YDPA untuk kali kedua.
(3) Sultan Kedah - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua.
(4) Sultan Kelantan - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua
(5) Sultan Pahang - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(6) Sultan Johor - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(7) Sultan Perak - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua- kali kedua
(8) YDPB Negeri Sembilan - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan ketiga- kali kedua
(9) Sultan Selangor - Sultan baru- menunggu giliran pemilihan untuk pusingan ketiga.
SPBYDP AGONG XII
(Tuanku Fauziah binti almarhum Tengku Abdul Rashid)
(13 Dec 2001 - 12 Dec 2006)
(Nota: Baginda adalah anakanda kepada YDP Agong III)
Syed Sirajuddin diputerakan di Arau pada 17 Mei 1943.
Ayahandanya adalah almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni almarhum Syed Hussein
Jamalullail. Bondanya adalah almarhumah
Tuanku Budriah binti almarhum Tengku Ismail.
Syed Sirajuddin mendapat didikan
di Sekolah Melayu Arau, Wellesly Primary School, Penang Free School,
Wellingborough School, UK dan RMA Sandhurst, UK. Ditauliahkan dalam Kor Peninjau DiRaja
sebagai Leftenan Muda pada 12 Dis 1965 dan berkhidmat dalam ATM sehingga ke
pangkat Kapt pada tahun 1999 dan kemudian bertukar ke Rejimen Askar Wataniah
sehingga tahun 2000.
Syed Sirajuddin dilantik menjadi Raja Muda Perlis pada 30
Okt 1960. Bagaimanapun semasa
ayahandanya menjadi Yang DiPertuan Agong antara 1960-1963 baginda tidak
dilantik menjadi Pemangku Raja, sebaliknya kekanda ipar baginda, Tunku Sulaiman
ibni Tunku Abu Bakar dilantik sebagai Pemangku Raja.
Lanjutan dari kemangkatan ayahandanya pada 16 Apr
2000,baginda telah dilantik menjadi Raja Perlis dan diisytiharkan pada 17 April
2000. Pada 12 Dis 2001, baginda telah dilantik menjadi YDP Agong ke 12.
Tuanku Syed Sirajuddin adalah Kolonel YDP Rejimen Renjer
DiRaja dan juga Kor Polis Tentera DiRaja.
Baginda juga adalah Canselor Universiti Sains Malaysia.
Tuanku Syed Sirajuddin berkahwin dengan Tengku Fauziah binti almarhum Tengku Abdul
Rashid ibni almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah DK DMN DK(Kel) DK(Pah) SSPJ SPMP SPMJ di Kota Bharu
pada 6 Jun 1946 dan kemudian bergelar sebagai Raja Perempuan Perlis. Baginda berdua dikurniakan seorang putera dan
seorang puteri:
(1) Tuan Syed Faizuddin Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP. Dilahirkan
pada 30 Dis 1967. Dilantik sebagai Raja
Muda Perlis pada 1 Ogos 2000. Baginda
berpangkat Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah. Baginda juga adalah Canselor Universiti
Malaysia Perlis (UMP) mulai 2003.
(2) Dato' Sharifah Fazira DK SPMP DSSJ. Dilahirkan pada 5 Jun 1973.
PEMILIHAN YDPA
AGONG XIII
Setelah DYMM Raja perlis menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai SPB YDP Agong ke XII, senarai penggiliran jawatan YDPA pada 13 Dis 2006:
(1) Sultan Terengganu (1998) (dipilih dan menerima jawatan sebagai
YDPA)
(2) Sultan Kedah (1958) * (menerima jawatan sebagai Timbalan YDPA)- kali kedua
(3) Sultan Kelantan -
menunggu giliran pemilihan untuk pusingan Negeri Kelantan kali kedua.
(4) Sultan Pahang - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan Negeri Pahang kali kedua dan diri baginda kali kedua
(5) Sultan Johor - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan Negeri Johor untuk kali kedua.
(6) Sultan Perak - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan Negeri Perak untuk kali kedua.
(7) YDPB Negeri Sembilan - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan Negeri Sembilan untuk kali ketiga.
(8) Sultan Selangor - menunggu giliran pemilihan untuk pusingan Negeri Selangor untuk kali ketiga.
(9) Raja Perlis - baru selesai menamatkan tugas YDP Agong XII.
SPBYDP AGONG XIII
Tengku Mizan Zainal Abidin diputerakan pada 22 Jan 1962 di
Istana Al Muktafi, K.Terengganu.
Ayahandanya ialah almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah ibni
almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah.
Bondanya ialah Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdullah.
Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Rendah dan Menengah Sultan
Sulaiman, Geelong Grammar School,
Victoria, Australia, Sekolah Pegawai Kedet Port Dickson, Royal Military
Academy, Sandhurst, UK dan International University of Europe, London.
Tengku Mizan dilantik menjadi Yang DiPertuan Muda
Terengganu pada 16 Nov 1979 dan lanjutan dari kemangkatan ayahandanya, baginda
telah dimasyhurkan pada 16 Mei 1998. Baginda
ditabalkan pada 4 Mac 1999 dengan gelaran 'Al Wathiqu Billah Sultan Mizan
Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah.
Pada 26 Apr 1999 baginda dilantik menjadi Tiimbalan Yang
DiPertuan Agong untuk kali pertama dan memangku jawatan YDP Agong dari 21 Nov
2001 hingga 13 Dis 2001 apabila YDPA XI, Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah
mangkat dalam jawatan. Bagaimanapun Majlis Raja-Raja telah memilih Raja Perlis
sebagai YDPA XII dan Sultan Mizan sekali lagi dipilih sebagai Timbalan YDPA
untuk tempoh 5 tahun sehingga baginda dipilih menaiki takhta YDPA XIII dari 13
Disember 2006 hingga 12 Dis 2011.
Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah juga Kolonel YDP
Kor Armor Diraja (mulai 1998) dan Kor Ordnans DiRaja (2004). Baginda juga adalah
Canselor Universiti Teknologi MARA (mulai 2007-2011) dan Canselor Universiti
Malaysia Terengganu (2001-2007).
Baginda berkahwin dengan
Cik Rozita binti Aidil Bakeri pada 7 Dis 1973 (di Alor Setar) yang
kemudiannya bergelar Sultanah Nur Zahirah DK DMN SSMT SSMZ. Dari perkahwinan ini baginda dikurniakan 2
putera dan dua puteri:
(1) Tengku Muhammad Ismail DKT.
Diputerakan pada 1 Mac 1988 dan dilantik sebagai DiYang Dipertuan Muda
pada 12 Jan 2006 ketika berusia 13 tahun.
(2) Tengku Nadhira Zahrah (18 Dis 1996)
(3) Tengku Muhammad Muaz (22 Dis 2000)
(4) Tengku Fatimah azZaharah (19 April 2002)
Peristiwa selepas perlantikan YDPA XIII
(1) Yang di Pertuan Besar N.Sembilan mangkat pada 26 Dis 2009,
Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Muhriz
telah dimasyhurkan sebagai YDPB NS yang baru pada 28 Dec 2009 dengan
gelaran DYMM Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir.
(2) Sultan Johor mangkat pada on 21 Jan 2010 dan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru pada 22 Jan 2010 dengan gelaran rasmi DYMM Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar.
(3) Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra (yang telah gering untuk tempoh yang panjang) telah diturunkan takhta oleh Majlis Perajaan Kelantan pada 12 Sep 2010 dan digantikan dengan anakandanya Pemangku Sultan sejak 24 Mei 2009 (yang juga Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Yahya Petra (Tengku Mahkota Kelantan). Tengku Mohammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru dengan gelaran rasminya sebagai DYMM Sultan Muhammad V.
PEMILIHAN YDPA
AGONG XIV
Setelah Sultan Terengganu menamatkan tempoh perkhidmatan
sebagai YDP Agong XIII, senarai penggiliran jawatan YDPA pada 13 Dis 2011:
(1) KDYMM Al Sultan
Al Mu'tasimu Billah Muhibuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1998) -
Sultan Kedah (dipilih dan menerima jawatan sebagai YDPA XIV)- kali kedua.
(2) DYMM Al Sultan
Muhammad V - Sultan Kelantan (2010) (dipilih sebagai Timbalan YDPA).
(3) KDYMM Sultan Hj
Ahmad Shah Al Mustain Billah - Sultan Pahang, menunggu giliran pemilihan untuk
pusingan kedua untuk Negeri Pahang dan kali kedua untuk diri baginda.
(4) DYMM Sultan Ibrahim - Sultan Johor, menunggu giliran
pemilihan untuk pusingan kedua untuk Negeri Johor dan kali pertama untuk diri
baginda.
(5) DYMM Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah - Sultan Perak, menunggu giliran pemilihan untuk
pusingan kedua untuk Negeri Perak dan kali kedua untuk diri baginda.
(6) DYMM Tuanku
Muhriz - YDP Besar Negeri Sembilan, menunggu giliran pemilihan untuk pusingan
kedua untuk Negeri Sembilan dan kali pertama untuk diri baginda..
(7) DYMM Sultan
Sharafuddin Idris Shah - Sultan Selangor,
menunggu giliran pemilihan untuk pusingan ketiga untuk Negeri Selangor
dan kali pertama untuk diri baginda..
(8) DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin Putra - Raja Perlis,
menunggu giliran pemilihan untuk pusingan ketiga untuk Negeri Perlis dan
kali kedua untuk diri baginda.
(8) DYMM Tuanku
Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu - baru selesai menamatkan tugas YDP Agong XIII.
Andaianku pada 22 Sep 2010
1. Mengikut tradisi
dan peraturan: Dalam proses pengundian - Timbalan Yang DiPertuan Agong sekarang
(Sultan Kedah) akan dilantik menjadi SPBYDPA
(kecuali undian oleh Majlis Raja-raja tidak memihak kepada Baginda).
Jika Sultan Kedah menerima giliran sebagai YDP Agong XIV, baginda akan menempa
sejarah sebagai Raja Melayu pertama menjadi YDP Agong sebanyak dua kali. Kali
pertama baginda menjawat YDP Agong ialah dari tahun 1970 hingga 1975, iaitu 41
tahun yang lalu ketika baginda berusia 43 tahun - TETAPI bersama Raja
Permaisuri Agong yang berbeza - ini kerana Sultanah Kedah Tuanku Bahiyah telah
mangkat pada 26 Ogos 2003.
2. Jika Sultan Kedah
dilantik menjadi SPBYDPA XIV, maka giliran Sultan Kelantan untuk menjadi Timbalan YDPA. Sekiranya Sultan Kedah menolak pencalonan,
maka Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V secara tradisi dan giliran akan
dilantik menjadi YDP Agong XIV.
MESYUARAT RAJA-RAJA MELAYU SIRI 226 PADA 14 OKT 2011
TELAH MENGESAHKAN PERLANTIKAN, MENGIKUT ANDAIANKU PADA 22
SEP 2010 DI ATAS.
Sehingga ke tarikh ini, hanya seorang dari kalangan Raja
Melayu yang menjadi YDPA sebanyak dua kali, iaitu DYMM Almu'tasimu Billah
Muhibuddin Tuanku Haji Abdul Halim Al Muadzam Shah - Sultan Kedah. Kali pertama (1970-1975) dan kelai kedua
(2011- sekarang)
Sehingga ke tarikh ini juga, dua orang YDPA telah dilantik
menjadi YDPA tanpa terlebih dahulu menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong
(tidak mengambil kira YDPA Pertama), iaitu:
(1) Almarhum DYMM
Sultan Iskandar Alhaj- Sultan Johor - terus dilantik menjadi YDPA VIII pada
tahun 1984.
(2) DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin Jamalullail - Raja Perlis- terus dilantik menjadi YDPA XII pada
tahun 2001.
Sehingga ke tarikh ini juga, tiga orang YDPA pernah
dilantik menjadi Timbalan YDPA sebanyak dua kali; iaitu:
(1) DYMM Sultan
Abdul Halim AlMuadzam Shah - Sultan Kedah- kali pertama (1965-1970) dan kali
kedua (2006-2011).
(2) Almarhum DYMM
Tuanku Jaafar Alhaj- YDP Besar Negeri Sembilan - kali pertama (1979-1984) dan
kali kedua (1989-1994).
(3) DYMM Sultan
Mizan Zainal Abidin- Sultan Terengganu - kali pertama (1999 - 2001) dan kali
kedua (2001-2006).
SPBYDP AGONG XIV
Almarhum Al Mu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim
Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
(Tuanku Hajjah Haminah)
(13 Dis 2011 - 12 Dis 2016)
Al Sultan al Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj
Abdul Halim Muazzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah DK DKH DKM DUK DMN
DK(Kel) DK(Pahang) DK(Sel) DK(Perlis) DK (NS) DK(Johor) DK(Tggu) DK(Perak)
DK(Brunei) DP (Swak) DUNM SPMK SSDK DHMS diputerakan di Istana Anak Bukit Alor
Setar pada 28 November 1927. Ayahandanya
ialah almarhum Sultan Badlishah ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
manakala bondanya ialah Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud.
Tengku Abdul Halim mendapat didikan awal di Sekolah Melayu
Titi Gajah, Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar dan Wadham College, Oxford.
Baginda dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1946
dan kemudian menyertai Perkhidmatan Awam Kedah pada tahun 1955 dan pernah
berkhidmat di Pejabat Daerah Alor Setar dan Perbendaharaan Negeri. Semasa ayahandanya gering, Tengku Abdul Halim
dilantik memangku Sultan dari 9 Mac 1957
hingga 13 Julai 1958 dan seterusnya di isytiharkan menjadi Sultan Kedah pada 14
Julai 1958 apabila ayahandanya mangkat pada 13 Julai 1958. Baginda ditabalkan di Balai Besar Alor Setar
pada 20 Februari 1959.
Pada tahun 1965baginda dilantik pada tahun 1965 dan
kemudian dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke 5 pada 21 Sep 1970 dan
ditabalkan di Istana Negara pada 20 Feb 1971 sehingga tamat tempoh penggal
peperintahan pada 21nsep 1975.
Baginda adalah Kolonel YDP Rejimen Askar Melayu DiRaja
mulai 23 Sep 1975 dan Kor Perkhidmatan DiRaja
pada tahun 1999. Baginda juga
adalah Canselor Universiti Utara Malaysia mulai 1988 hingga sekarang.
Baginda berkahwin dengan Tuanku Bahiyah binti almarhum
Tuanku Abdul Rahman DK DKH DMN SPMK DK(Kel) DK(NS) DK(Johor) SMN (24.8.1930
-24-8-2003) pada 9 Mac 1956. Tuanku
Bahiyah ditabalkan menjadi Sultanah Kedah pada 20 Feb 1959 dan menjadi Raja
Permaisuri Agong dari 21 Sep 1970 hingga 21 Sep 1975. Baginda adalah Canselor
Universiti Malaya (1972-1986).
Pada 25 Dis 1975 Tuanku Abdul Halim mengahwini Puan Haminah
binti Hamidun (dari Bagan Serai, Perak)(lahir: 1953) DK DKH DMN yang dilantik
menjadi Sultanah Kedah pada 21 Nov 2003.
Baginda mempunyai hanya seorang puteri, iaitu Tunku Dato
Seri Puteri Intan Safinaz DK DKH SSDK DKYR(NS) JP (diputerikan pada 22 Jul 1966)- bondanya Tuanku Bahiyah.
Selain dari itu, baginda Tuanku Abdul Halim mengambil dua
anakanda saudaranya sebagai anak angkat iaitu:
(1) Tengku Sarina binti Tengku Abdul Aziz (30 Apr 1960 – 31
Ogos 1991). Berkahwin dengan Tunku Abdul
Karim bin Tunku Dziauddin.
(2) Tengku Dato Seri Soraya SHMS SSDK (30 Apr 1960) dan berkahwin dengan Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris Afifullah.
Pada 10 Okt 2011 Tuanku Abdul Halim telah menempa sejarah tersendiri apabila menjadi Raja Melayu pertama dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong untuk kali kedua, iaitu setelah 36 tahun melepaskan jawatan YDPA ke 5 pada 21 September 1975.
Peristiwa selepas tarkh perlantikan
(1) Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak mangkat pada 28
Mei 2014 dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah dimasyhurkan sebagai
Sultan Perak ke 35 dengan gelaran sebagai DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah
ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah.
WHAT's NEXT?
PEMILIHAN YDPA AGONG XV
PEMILIHAN YDPA AGONG XV
Insyaallah, jika Tuanku Sultan Abdul Halim melengkapkan
tempoh 5 tahun pemerintahan selama 5 tahun pada 12 Dis 2016, maka senarai
penggiliran jawatan YDPA pada 13 Dis 2016 adalah seperti berikut:
(1) DYMM Al Sultan
Muhammad V - Sultan Kelantan. Sekarang menyandang jawatan Timbalan Yang Di
Pertuan Agong.
(2) KDYMM Sultan Hj
Ahmad Shah Al Mustain Billah, Sultan Pahang, menunggu giliran pemilihan untuk
pusingan kedua untuk Pahang dan kedua bagi diri baginda. Baginda pernah menjadi
YDP Agong kali pertama dari 1979 - 1984.
(3) DYMM Sultan
Ibrahim, Sultan Johor, menunggu giliran pemilihan untuk pusingan kedua Negeri
Johor. Pusingan pertama Johor (1984 - 1989).
(4) DYMM Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak, menunggu giliran pemilihan untuk pusingan
dua bagi Negeri Perak. Pusingan pertama Perak (1989 - 1994).
(5) DYMM Tuanku
Muhriz, YDP Besar Negeri Sembilan, menunggu giliran pemilihan untuk pusingan
ketiga bagi NSDK. Pusingan pertama NS (1957 - 1960), kali kedua (1994 - 1999)
(6) DYMM Sultan
Sharafuddin Idris Shah - Sultan Selangor, menunggu giliran pemilihan untuk
pusingan ketiga bagi negeri Selangor. Pusingan pertama Selangor (1960 - 1960),
kali kedua (1999 - 2001)
(7) DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin Putra - Raja Perlis, menunggu giliran pemilihan untuk pusingan
ketiga bagi Perlis dan kali kedua untuk diri Baginda. Pusingan pertama Perlis
(1960 - 1965), kali kedua (2001 - 2006).
(8) DYMM Tuanku
Mizan Zainal Abidin - Sultan Terengganu, menunggu giliran pemilihan untuk
pusingan ketiga bagi Terengganu dan kali kedua untuk diri Baginda.
(9) DYMM Tuanku
Abdul Halim Muazzam Shah - Sultan Kedah, baru selesai menamatkan tugas YDP Agong XIV.
DAULAT TUANKU!
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNGANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Penulisan yang sgt bagus untuk rujukan Kepada segenap lapisan masyarakat... Semoga usaha tuan akan dapat memberikan kefahaman kepada semua rakyat jelata...
ReplyDeleteTahniah!