TERENGGANU DARUL IMAN
Terengganu adalah negeri ke 13 (mengikut abjad) dalam Persekutuan Malaysia apabila Malaysia dibentuk pada 16 Sep 1963. Terengganu juga diketahui sebagai negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima agama islam melalui penemuan batu bersurat yang bertarikh pada tahun 1300.
Terengganu popular dengan jaluran pantai berpasir yang indah-indah khususnya Pantai Rantau Abang tempat pendaratan penyu belimbing untuk bertelur yang paling besar di dunia dalam bulan Mei hingga Ogos setiap tahun. Namun jumlah penyu ini semakin berkurangan dengan banyaknya (mungkin akan pupus) kerana aktiviti manusia yang mencuri telur untuk dijual atau dimakan.
Aku dan Terengganu
Dalam sejarah hidup aku memang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dengan Negeri Terengganu ini. Kali pertama aku menjejaki negeri ini ialah dalam tahun 1984 (lebih kurang) Kerana mengikut jiran sebelah rumahku di Taman Tas, Kuantan antara tahun 1983-1985 (abang Mues dan Kak Nah) pulang ke kampung Kak Nah di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Kak Nah orangnya sangat baik hati dan amat suka membantu. Malah selepas anak sulungku Hafeez dilahirkan, semasa isteriku dalam pantang, dialah yang banyak membantu cara-cara menguruskan bayi. Sejak kami ditukarkan ke KL pada tahun 1986, kami tidak pernah menemui lagi. Dengarnya dia telah berpindah ke Taman Guru.
Aku dan Terengganu
Dalam sejarah hidup aku memang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dengan Negeri Terengganu ini. Kali pertama aku menjejaki negeri ini ialah dalam tahun 1984 (lebih kurang) Kerana mengikut jiran sebelah rumahku di Taman Tas, Kuantan antara tahun 1983-1985 (abang Mues dan Kak Nah) pulang ke kampung Kak Nah di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Kak Nah orangnya sangat baik hati dan amat suka membantu. Malah selepas anak sulungku Hafeez dilahirkan, semasa isteriku dalam pantang, dialah yang banyak membantu cara-cara menguruskan bayi. Sejak kami ditukarkan ke KL pada tahun 1986, kami tidak pernah menemui lagi. Dengarnya dia telah berpindah ke Taman Guru.
Kali kedua dalam tahun 1992 (lebih kurang) kerana bercuti bersama keluarga. Aku menginap di Motel Awang Motel di Pantai Rantau Abang. Selepas itu ada sekali dua ke sana.
Kebetulan adik aku Haji Rakhiman kini menetap di Taman Geliga, Kemaman sejak tahun 2006 dan bertemu jodoh dengan orang Kemaman. Sebelum itu adik bungsu aku, Aminin juga pernah menetap di sana selama lebih 15 tahun kerana bertugas sebagai guru di Chukai. Dia juga memulakan empayar bisnesnya di sana sebelum mengambil keputusan menetap di KL sejak 2008. Aku sudah pernah menginap ke rumah Aminin tapi rumah Rakhiman aku belum pernah sampai lagi.
Persaudaraan Terengganu dan Johor
Negeri Terengganu ada kaitan dengan Negeri Johor kerana
Sultan Terengganu yang pertama, Sultan Zainal Abidin I adalah anakanda kepada Tun
Habab, Bendahara Johor. Ini bermakna kesultanan Terengganu sekarang adalah keturunan dari Bendahara Kesultanan Johor lama.
Fakta Ringkas Terengganu
Keluasan: 13,035 km persegi.
Penduduk: 1,015,776 (2010)
Kepadatan: 77.9/km persegi
Ibu Negeri: Kuala Terengganu
Bandar DiRaja: Kuala Terengganu
SEJARAH TERENGGANU
Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun
begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua
pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.
"Negarakartagama", tulisan Prapanca
dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di
bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu
dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ
sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama
Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan
bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.
Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri
di bawah pemerintahan kerajaan JOHOR. Pada ketika itu, dua orang pembesar
Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah
Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir
Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya,
oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman
sebagai Sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai
Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah
Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan
"Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid.
Mengikut buku Tuhfatun Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan
sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas
pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor masa itu. Sumber
yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan
Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.
Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal
Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh
di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin
dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.
Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu
pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan
nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan
Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah
ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke
Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit
Keledang (kini dipanggil Kota Lama).
Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera
baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansor I pada tahun 1733,
ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun
1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang
anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula
dengan Raja Bakul, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki
takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas
tahun daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di
antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada
1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus,
Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta
kerajaan Kelantan pada tahun 1776.
Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya,
Sultan Zainal Abidin II (1794-1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku
peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus,
Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya
membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan
Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.
Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan
Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda
diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai
Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan
Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan
seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda,
Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan
Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II. Sultan Ahmad Shah pula
digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika
pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam
kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan
"Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara
lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan
dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta
kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II dan Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah.
Satu lagi versi Sejarah Terengganu dan
kaitannya dengan kemerdekaan bersama Persekutuan Tanah Melayu adalah seprti
berikut:
Pada tahun 1254, sejarah awal bertulis diketahui melalui penemuan batu bersurat bertarikh (352 Hijrah)Terengganu. Oada tahun 1303 Prasasti Terengganu mengandungi hukum jenayah islam yang dilaksanakan di Terengganu. Pada tahun 1725 Negeri Terengganu Darul Iman ditubuhkan apabila Tun Zainal anak kepada Tun Abdul Majid (Bendahara Johor) dilantik oleh Sultan Badrul Alam Shah (Sultan Johor) dilantik menjadi Raja Terengganu. Pada 1765 Terengganu mengadakan hubungan persahabatan dengan Siam. Terengganu bantu Siam menawan Ligor. Pada 06 Apr 1897 perjanjian antara British dengan Siam ditandatangani dan British akui hak Siam ke atas negeri-negeri utara Tanah Melayu.
Pada 1902 berlaku perjanjian antara British dengan Siam dimana British telah mengiktiraf kuasa Siam ke atas negeri-negeri utara Tanah Melayu. Manakala pada tahun 1909 berlaku lagi Perjanjian Bangkok antara British dengan Siam. Siam serahkan Kedah, Perlis, Siam dan Terengganu di bawah perlindungan British. W L Conlay dilantik menjadi Penasihat British pertama. Pada 1919 Perjanjian antara Terenggani dan British untuk Terengganu menerima Penasihat Inggeris.
Jepun menakluki Terengganu antara bulan Dis 1941 hingga 20 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah Terengganu diserahkan kepada naungan Kerajaan Siam semula hingga 8 Sep 1945 apabila British mengambil alih semula dari Siam.
Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38"
bertarikh 29 Sep 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat
pada 26 Sep 1942, Tengku Chantik Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda
telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak
pentadbiran Jepun. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran
"Sultan" pada 30 Sep 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor
Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut
"Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911. Sultan Ali
digugurkan dari jawatan melalui satu pakatan Orang-orang Besar dengan pegawai
Inggeris pada tahun 1945. Baginda disisihkan dan hidup merempat sebagai rakyat
biasa melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai pemandu teksi.
Senarai Agen Inggeris di Terengganu selerpas Perjanjian Anglo-Thai 1909 adalah seperti berikut:
1909
|
1913
|
William
Lance Conlay
|
1913
|
1915
|
W.D. Scott
|
1915
|
1916
|
C.N.
Maxwell
|
1916
|
1919
|
John
Lisseter Humphreys
|
Mulai 1919, pengaruh Inggeris dalam pentadbiran Terengganu bertambah kuat dan luas dan jawatan agen Inggeris dinaikkan taraf kepada Residen Inggeris. Sultan hanya mempunyai kuasa dan budibicara dari hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
1919
|
1925
|
John Lisseter Humphreys
|
00-11-1919
|
00-01-1920
|
W.E. Pepys (acting)
|
00-02-1920
|
00-05-1920
|
H.C. Eckhardt(acting)
|
1925-1928
|
J.W. Simmons
| |
1928-1931
|
A.J. Sturrock
| |
1931-1932
|
G.L. Ham
| |
1932-1933
|
C.C. Brown
| |
1933-1934
|
Norman Rowlstone Jarrett (acting)
| |
1935-1936
|
J.E. Kepme
| |
1936-1937
|
.A.B. McKerron (acting)
| |
1937-1941
|
Norman Rowlstone Jarrett
A.E. Coop (acting 1937-1940)
G.A.C. de Moubray (acting 1940-1941))
|
Pada 1 Apr 1946 Terengganu digabungkan dengan gagasan
Malayan Union sebelum ia dibatalkan dan digantikan dengan penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu pada 1 Feb 1948 sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
dan akhir sekali membentuk Malaysia pada 16 Sep 1963.
Senarai nama
Sultan-sultan Terengganu sejak ia diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin I pada
1708.
1725
|
7-03-1733
|
Sultan Zainal Abidin
I ibni al-Marhum Bendahara Seri Maharaja
Tun Habib Abdul Majid (KETURUNAN DARI BENDAHARA JOHOR)
|
|
7-03-1733
|
26-01-1793
|
Sultan Mansur Shah I
ibni al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
|
|
26-01-1793
|
1808
|
Sultan Zainal Abidin
II ibni al-Marhum
Sultan Mansur Shah
|
|
1808
|
4-07-1830
|
Sultan Ahmad Shah I
ibni al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
|
|
5-07-1830
|
31-12-1830
|
Sultan Abdul Rahman
ibni al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
|
|
31-12-1830
|
31-01-1831
|
Sultan Daud ibni
al-Marhum Sultan
Abdul Rahman
|
|
31-01-1831
|
Sultan Umar ibni
al-Marhum Sultan Abdul Rahman
|
||
00-00-1831
|
09-03-1837
|
Sultan Mansur Shah
II ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin
|
|
09-03-1837
|
4-11-1839
|
Sultan Muhammad Shah
I ibni al-Marhum
Sultan Mansur Shah (ditewaskan oleh Sultan omar)
|
|
4-11-1839
|
1862
|
Sultan Umar ibni
al-Marhum Sultan Abdul Rahman
|
|
1862
|
Sultan Mahmud
Mudzafar Shah ibni al-Marhum
Sultan Muhammad Shah
|
||
1862
|
11-04-1876
|
Sultan Umar ibni
al-Marhum Sultan Abdul
Rahman
|
|
1876
|
Sultan Mahmud Shah
ibni al-Marhum
Sultan Abdul Rahman
|
||
1876
|
18-12-1881
|
Sultan Ahmad Muadzam
Shah II ibni al-Marhum Yang
Dipertuan Muda Mahmud
|
|
18-12-1881
|
26-11-1918
|
Sultan Zainal Abidin
III Muadzam Shah ibni
al-Marhum Sultan Ahmad Muadzam
Shah
|
|
26-11-1918
|
26-05-1920
|
Sultan Muhammad Shah
II ibni al-Marhum
Sultan Zainal Abidin Muadzam Shah
|
|
26-05-1920
|
25-09-1942
|
Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin Muadzam Shah
|
|
26-09-1942
|
05-11-1945
|
Sultan Ali ibni
al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (diturukan tahta oleh Inggeris)
|
|
16-12-1945
|
20-09-1979
|
Sultan Ismail
Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin Muadzam
Shah
|
|
21-08-1965
|
20-09-1970
|
Yang Di Pertuan Muda
Tunku Mahmud ibni Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin Shah
(Pemangku)
|
|
20-09-1970
|
20-09-1979
|
Sultan Ismail
Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin Muadzam
Shah
|
|
20-09-1979
|
14-05-1998
|
Sultan Mahmud
al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
|
|
14-05-1998
|
12-12-2006
|
Al Wathiqu Billah
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum
Sultan Mahmud
|
|
13 Dis 2006
|
12 Dis 2011
|
Yang Di Pertuan Muda
Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin (Pemangku Sultan).
Jemaah Penasihat
Diraja:
Tengku Seri Panglima
Raja Tengku Baderulzaman ibni Sultan Mahmud Almuktafi Billah (Yang DiPertua)
Tengku Sri Laksamana
Tengku Sulaiman ibni almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah.
YA Hakim Dato Abdul
Kadir Sulaiman.
|
|
13 Dis 2011
|
kini
|
Al Wathiqu Billah
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud
|
|
Senarai nama Menteri Besar Terengganu
Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan mulai tahun 1978 hingga 1959.
1878
|
1886
|
Tuan Sayyid Abdullah bin Sayyid Muhammad Zain Al Idrus
|
1886
|
21-04-1925
|
-
|
21-04-1925
|
28-06-1940
|
Dato Seri Amar Diraja Ngah Muhamad bin Yusof
|
15-07-1940
|
06-05-1942
|
Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman
|
17-05-1942
|
16-12-1945
|
Dato Jaya Perkasa Omar bin Mahmud
|
27-12-1945
|
26-12-1949
|
Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad ibni al marhum Sultan
Ahmad
|
27-12-1949
|
00-06-1959
|
Dato Perdana Menteri DiRaja Dato Seri Setia Raja Kamarudin bin
Idris
|
Senarai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya Umum peringkat Negeri pada tahun 1959:
00-06-1959
|
08-11-1961
|
Tuan Hj Mohamed Daud bin Abdul
Samad
|
09-11-1961
|
03-09-1970
|
Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohamed
|
01-10-1970
|
04-09-1971
|
Dato Hj Mahmud bin Suleiman
|
05-09-1971
|
03-08-1974
|
Dato Hj Nik Hassan bin Wan Abdul
Rahman
|
01-09-1974
|
02-12-1999
|
Tan Sri Dato Amar Hj Wan Mokhtar
bin Ahmad
|
02-12-1999
|
25-03-2004
|
Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi
bin Awang
|
25-03-2004
|
00-14-2009
|
Dato Seri Hj Idris bin
Jusoh
|
00-04-2009
|
14-05-2014
|
Dato Hj Ahmad bin
Said
|
14-05-2014
| 09-05-2018 |
Dato’ Hj Ahmad Razif bin Abd
Rahman
|
10-05- 2018
|
kini
|
Dato' Seri Dr Ahmad Shamsuri bin Mokhtar |
.
|
.
|
PENTADBIRAN NEGERI
DAERAH
Pentadbiran Negeri Terengganu dibahagikan kepada lapan buah daerah berikut:
- Kuala Terengganu (pejabat daerah di Kuala Terengganu)
- Besut (Kampong Raja)
- Ulu Terengganu (Kuala Berang)
- Dungun (Kuala Dungun)
- Marang (Marang)
- Kemaman (Cukai)
- Setiu (Bandar Permaisuri)
- Kuala Nerus (Kuala Nerus)
Majlis Bandaraya
Hanya sebuah pihak berkuasa tempatan di Terengganu yang mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya, iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (Bandaraya Warisan
Pesisir Pantai)
Majlis Perbandaran
Majlis Daerah
Pelabuhan
Lapangan Terbang
- Majlis Perbandaran Kemaman - Chukai
- Majlis Perbandaran Dungun - Kuala Dungun
Majlis Daerah
- Majlis Besut - Kampong Raja
- Majlis Daerah Hulu Terengganu - Kuala Berang
- Majlis Daerah Setiu - Bandar Permaisuri
- Pelabuhan Kemaman (Tanjung Berhala) - antarabangsa
- Pelabuhan Pulau Kambing - domestik
- Pelabuhan Kuala Dungun - domestik
- Pelabuhan Kuala Besut - domestik
Lapangan Terbang
- Lapangan Terbang Sultan Mahmud Al Muktafi Billah, Telaga Batin
Destinasi Pelancungan Utama
- Pantai Batu Rakit
- Pantai Rantau Abang
- Tasik Kenyir
- Pulau Redang
- Pulau Perhentian Besar
- Pulau Perhentian Kecil
- Pulau Kapas
Kem Tentera
- Kem Seberang Takir
- Kem Seri Pantai
- Kem Padang Midin (AW)
- TUDM Bukit Petri
DYMM SULTAN TERENGGANU
DARUL IMAN
DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud Shah Al Muktafi Billah
(sedang memerintah)
(sedang memerintah)
Almarhum Sultan Mahmud Shah Al Muktafi Billah
(1979 - 1998)
Almarhum Tuan Ismail Nasiruddin Shah
(1945 - 1979)
Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(1920 - 1942)
Almarhum Sultan Muhammad Shah II
(1918 - 1920 (turun tahta)- mangkat 1956)
Almarhum Sultan Zainal Abidin III
(1881 - 1920)
MENTERI BESAR TERENGGANU
YAB Dato Hj Ahmad Razif bin Abd Rahman
(14 Jan 2014 - sekarang)
MANTAN MB TERENGGANU
Dato Seri Hj Ahmad bin Said
(2008 - 14 Jan 2014)
Dato Seri Hj Mohd Idris bin Jusoh
(2004 - 2008)
Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi bin Awang
(1999 - 2004)
Tan Sri Dato' Seri DiRaja Hj Wan Mokhtar bin Ahmad
(1974 - 1999)
Allahyarham Dato Hj Nik Hassan bin Abd Rahman
(1971 - 1974)
Allahyarham Dato Hj Daud bin Sulaiman
(1970 - 1971)
Allahyarham Tan Sri Hj Ibrahim Fikri bin Ahmad
(1961 - 1970)
Allahyarham Hj Mohd Daud bin Abdul Samad
(1959 - 1961)
Allahyarham Dato' Seri Setia Diraja Haji Kamaruddin bin Hj Idris
(1949 - 1957)
Allahyarham Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad ibni almarhum Sultan Ahmad
(1947 - 1949)
Allahyarham Dato' Jaya Perkasa Haji Omar bin Mahmud
(1941 - 1947)
Allahyarham Dato' Seri Setia Diraja Tengku Omar bin Othman
(1940 - 1941)
Allahyarham Dato' Hj Ngah Muhammad bin Yusof
(1925 - 1940)
Pembetulan... Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad masih hidup sehingga kini... Harap maklum... =D
ReplyDeleteTerima kasih di atas pembetualan dari saudara. Semoga Allah swt dan ahli keluarga YBhg Tan Sri mengampunkan dosa kesilapan saya.
ReplyDeletedaerah di negeri terengganu pun boleh dikemaskini - kuala nerus
ReplyDelete