Tuesday, February 3, 2015

M 031 NEGERI 4: MELAKA NEGERI BERSEJARAH

MELAKA
BANDARAYA BERSEJARAH


Sejarah negeri-negeri Johor, Kedah dan  Kelantan telah diketahui, seterusnya mari kita meninjau sejarah negeri yang penuh dengan sejarah yang berbagai corak dan warna-warni.  Sejarah Negeri Melaka aku kenali seawal aku mempelajari mata pelajaran Tawarikh (Sejarah) di sekolah rendah.  Asal usul nama Melaka dari sebatang pokok di tepi sungai. 

Ketika Parameswara dan pengikut-pengikutnya dari Sumatera sampai ke Melaka dan sedang berehat-rehat dibawah pokok di tepi sebatang sungai, anjing pemburu baginda berkelahi dengan seekor kancil dan akhirnya anjing baginda terjatuh ke tebing sungai akibat kena penendang Sang Kancil.  Baginda terpegun dengan peristiwa itu dan menganggap bahawa tanah tempat baginda sedang berehat itu bakal mebawa tuah.  Lalu baginda bertanyakan apa nama pokok tempat baginda berteduh dan dijawab oleh pengiringnya bahawa itu adalah pokok 'MELAKA'.  lalu baginda bertitah:

"Barang yang demikian, marilah kita membuat negeri di sini dan  beta namakan negeri ini dengan nama negeri Melaka" 

inilah POKOK MELAKA


Fakta Negeri Melaka:

Keluasan: 1,650 km persegi

Ibu Negeri: Melaka Bandaraya Bersejarah

Bermulalah sejarah Melaka yang penuh dengan keringat dan darah - perjuangan - kegemilangan - kezaliman - pengkhianatan dan kehancuran.


SEJARAH MELAKA

Penduduk :  687,100 (anggaran 2003)
Kepadatan: 393.0/km persegi

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang anak Raja Srivijaya dari Palembang yang berugama Hindu  pada tahun di antara 1400 hingga 1403. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak tentera Portugis pada  24 Ogos 1511. Parameswara kemudiannya memeluk Islam pada tahun 1414 dan menggunakan nama Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah.

  KESULTANAN MELAKA 

Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara yang lari ke Melaka setelah ditewaskan oleh Majapahit.  Pada 1403 Laksamana Yin Cheng singgah ke Melaka dan menjalin hubungan diplomatik dengan Melaka. Mulai 1409, Parameswara membayar upti kepada Maharaja China untuk mendapat perlindungan dari serangan Siam.  Pada tahun yang sama Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua negara.

Pada 1411 Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.  

Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai pada 1414 dan memeluk agama Islam dan  memakai gelaran Sultan Iskandar Shah. Sultan Iskandar Shah mangkat pada 1424 dan anakandanya menaiki takhta dengan gelaran Sultan Muhammad Shah yang memerintah sehingga 1444. 

Kemangkatan Sultan Muhammad telah mewujudkan pertelingkahan dan perebutan takhta apabila Sultan melantik putera bongsunya Raja Ibrahim yang masih kecil menjadi Sultan.  Seorang lagi puteranya yang lebih tua, Raja Kasim diketepikan (katanya kerana ibunya orang biasa keturunan Mamak).  Raja Kasim dihasut oleh keluarganya lalu mengadakan pakatan membunuh Raja Ibrahim.  Raja Ibrahim mangkat dalam pangkuan lalu digelar Sultan Abu Shahid dan Raja Kasim diangkat menjadi Sultan bergelar Sultan Mudzaffar Shah yang memerintah sehingga 1458.  Sultan mengisytiharkan Islam sebagai ugama rasmi negeri Melaka. Pada tahun 1447 Siam menyerang Melaka tetapi ditewaskan oleh tentera Melaka di bawah pimpinan Tun Perak yang kemudiannya dilantik menjadi Bendahara Melaka pada tahun 1456.

Sultan Mansor Shah menggantikan ayahandanya pada tahun 1458 yang memerintah sehingga 1477.  Ini adalah puncak zaman kegemilangan Kesultanan Melaka.  Hubungan dengan China bertambah erat apabila Maharaja China menghantar Laxamana Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1458 yang membawa Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansor Shah.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Singapura (Temasik) dan  sebahagian besar Sumatera.  Pesaing utamanya ialah Siam di utara dan Majapahit diselatan.

Tidak lengkap sejarah Melaka jika tidak menyebut kehebatan pahlawan 5 sekawan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.  Walaupun banyak yang menganggap kesah Hang Tuah 5 bersaudara hanyalah satu metos, banyak juga yang mengatakan ia adalah kesah benar, hanya hikayatnya sahaja yang mungkin diceritakan terlalu berlebihan menjadikan ia sama seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Pandawa Lima dan lain-lain.  Kesah mereka bukan sahaja melambangkan keberanian tetapi juga mempunyai mesej berkaitan erti kesetiaan dan keadilan melalui kesah penderhakaan Hang Jebat dan kematian Jebat ditangan sahabatnya sendiri Tuah.

Nama-nama 5 pahlawan melaka di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah dan Bendahara Tun Perak ini, kini diabadikan pada nama-nama jalan di Melaka dan Kuala Lumpur. Malah diiktiraf pada nama-nama Kapal DiRaja TLDM bersesuaian dengan kehandalan mereka sebagai pahlawan perang di Selat Melaka.


Makam Hang Jebat di Jalan Kampung Kuli, Melaka

Makam Hang Kasturi di Jalan Hang Jebat (Jonker Street)


Vasco da Gama

Sultan Mansur Shah digantikanoleh anaknya Sultan Alauddin Riayat Shah yang baru berusia  15 tahun. Baginda merupakan seorang Sultan yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh anakandanya Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan Kesultanan  Melaka roboh semasa dalam pemerintahan baginda akibat kezaliman baginda yang mewujudkan warga yang membelot untuk memberi jalan kepada kehadiran Portugis. 

BendaharaTun Perak meninggal dunia pada 1498 dan digantikan oleh Tun Mutahir, sepupunya  bergelar Bendahara Seri Maharaja. Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah pada 1510 kerana beliau tidak menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.

Pada 1509, Diego Lopez de Squeira dengan 18 buah kapal dari pasukan tenteranya tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' atau 'Feringghi' oleh orang tempatan. Disebabkan oleh perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.


Diogo Lopez de Squiera

Pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Raja Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.

Senarai Sultan-sultan Melaka sebelum ditakluki Portugis ialah:
  • Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah (Parameswara) - 1402 - 1424.
  • Sultan Ahmad Megat Shah ibni almarhum Sultan Iskandar Shah (1424 - 1424)
  • Seri Maharaja Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ahmad Megat Shah (1424 - 1444).
  • Sultan Ibrahim Abu Shahid Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Shah (1444 - 1444).
  • Sultan Mudzaffar Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Shah (1444 - 1459)
  • Sultan Mansor Shah ibni almarhum Sultan Mudzaffar Shah (1459 - 1477)
  • Sultan Alauddin Riayat Shah ibni almarhum Sultan Mansor Shah (1477 - 1488).
  • Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Shah (1488 - 1511) 
  • Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mahmud Shah (1511)

Melaka ditawankan oleh Alfonso de Albuquerque, Viceroy Portugis di Goa, India pada 24 Ogos 1511. Beliau adalah seorang yang Viceroy Portugis  dan menjadikan Melaka suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. 

Sultan Mahmud Shah kemudiannya melarikan diri ke daerah pedalaman di Muar kemudian  menyeberangi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana baginda mangkat pada 1528.  St Francis Xavier, seorang mubaligh Kristian datang dan tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun di antara 1545 -1549) kerana mengembangkan kristian dan hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

Pada tahun 1641 pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui pembantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Betawi, di Pulau Jawa sebagai pusat pentadbiran mereka.

  PENAKLUKAN & PEMERINTAHAN PORTUGIS 

Pada 10 Ogos 1511 d' Albuquerque tiba di Melaka dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh Sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.  Sebaik sahaja menakluki Melaka Portugis membina kota yang dinamakan 'A Famosa'.



Alfonso de'Albuquerque

Pada 1513 Patih Unus, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka.  Pada 1523, Sultan Mahmud cuba menawan kembali Melaka tetapi gagal, diikuti oleh kepungan yang diketuai oleh Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa pada 1525, juga gagal. 

Pada 1526, seangkatan kapal yang besar  Portugis di bawah perintah Pedro Mascarenhaas dihantar untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri menyeberangi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra dan mangkat di sana pada tahun 1526.

Pada 1537, Kesultanan Acheh menyerang Melaka tetapi gagal menewaskan tentera  Portugis. Pada 1545 St Francis Xavier melawat Melaka (diikuti dengan 4 lagi lawatan) dan beliau hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasi pengembangan Kristian di Timur.  Pada 1548, St. Paul's College, sekolah pertama di Melaka dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.

Francis Xavier

Pada 1551, gabungan tentera Johor, Japara (Jawa) dan Perak mengepung Melaka, juga gagal menewaskan kekebalan Portugis.  Pada 1568, Acheh yang menguasai dan mengawal Selat Melaka telah menyerang Melaka lagi, tetapi dapat dipatahkan oleh Portugis dengan bantuan Johor yang juga musuh Acheh.  Pada 1582 Portugis pula membantu Johor apabila diserang Acheh.  Wujud krjasama antara Kesultanan Johor dan Portugis- Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah melawat melaka pada tahun 1582. Bagaimanapun pada 1587 Johor melancarkan serangan besar-besaran ke Melaka tetapi tewas kerana Portugis menerima bantuan tentera dari Goa, India.

Pada tahun 1597, Belanda pula menyerang Melaka untuk kali pertama dan gagal diikuti serangan kedua pada 1606 yang diketuai oleh Laksamana Matelieff de Jonge dengan bantuan Johor menyerang berterusan selama 3 bulan, juga gagal kerana Portugis mendapat bantuan dari Goa.

Antara 1615-1616, Acheh  beberapa kali menyerang Melaka dan pernah  menawan dan memerintah Melaka untuk tempoh 8 bulan sahaja sebelum diambilkembali oleh Portugis. Pada tahun 1636, Belanda semakin menekan Portugis di Melakadan memusnahkan kapal-kapal Portugis di pelabuhan Melaka DAN AKHIRNYA pORTUGIS TEWAS PADA TAHUN 1641.

Sepanjang penaklukanya di Melaka, pentadbiran Portugis diketuai oleh seorang 'Captain-General'.  Berikut adalah senarai Capt General Portugis di melaka dari 1512 hingga 1641 apabila Melaka ditadbir pula oleh Kerajaan Belanda (Netherland):
  • Rui de Brito Patalim (1512 - 1514)
  • Jorge de Albuquerque (1514 - 1516)
  • Jorge de Brito (1516 - 1517)
  • Nuno Vaz Pereira (1517 - 1518
  • Afonso Lopes da Costa (1518 - 1519)
  • Garcia de Sá (1519 - 1521)
  • Jorge de Albuquerque (1521 - 1525)
  • Pedro de Mascarenhas (1525 - 1526)
  • Jorge Cabral (1526 -1528)
  • Pedro de Faria (1528 - 1529)
  • Garcia de Sá (1529 - 1533)
  • Paulo da Gama (1533 - 1534) 
  • Estêvão da Gama (1534 - 1538)
  • Pedro de Faria (1539 - 1542) 
  • Rui Vaz Pereira Marramoque (1543 - 1544) 
  • Simão Botelho de Andrade (1544 - 1545)
  •  Garcia de Sá (1545 - 1545)
  • Simão de Melo (1545 - 1548)
  • Pedro da Silva da Gama (1548 - 1552) 
  • Francisco Álvares (1552 1552)
  • Álvaro de Ataíde (1552 - 1554)
  • António de Noronha (1554 - 1556)
  • João Pereira (1556 - 1557) 
  • João de Mendonça (1557 - 1560) 
  • Francisco de Eça (1560 - 1564) 
  • Diogo de Meneses (1564 - 1567)
  • Leonís Pereira (1567- 1570)
  • Francisco da Costa (1570 - 1571)
  • Antonio Moniz Barreto (1571 - 1573)
  • Miguel de Castro (1573 - 1573)
  • Leonís Pereira (1573 - 1574)
  • Tristão Vaz da Veiga (1574 - 1575)
  • Miguel de Castro (1575 - 1577)
  • Aires de Saldanha(1577 -1579)
  • tiada rekod (1579 - 1581)
  • Joao da Gama (1581 - 1582)
  • Roque de Melo (1582 - 1584)
  • João da Silva (1584 -1587)
  • João Ribeira Gaio (acting) (1587 - 1588)
  • Nuno Velho Pereira (1588 - xxxx)
  • Diogo Lôbo (xxxx -xxxx)
  • Pedro Lopes de Sousa (xxxx - 1598)
  • Francisco da Silva Meneses (1598 - 1598)
  • Martim Afonso de Melo (1598  -1599)
  • Coutinho (1599 - 1599)
  • Fernão de Albuquerque (1599 - 1603)
  • André Furtado de Mendonça (1603 -1606)
  • Antonio de Meneses (1606 - 1607)
  • Francisco Henriques (1610 - 1613)
  • Gaspar Afonso de Melo (1613 - 1615) 
  • João Caiado de Gambôa (1615 - 1615)
  • Antonio Pinto da Fonseca (1615 - 1616) 
  • João da Silveira (1617 - 1617)
  • Lopes de Sousa (1617 - 1619)
  • Filipe de Sousa (1619 - 1624)
  • Luís de Melo (1624 - 1626)
  • tiada rekod (1626 - xxxx)
  • Gaspar de Melo Sampaio (xxxx -1634)
  • Álvaro de Castro (1634 - 1635)
  • Francisco de Sousa de Castro (1635 - 1636)
  • Diogo Coutinho Doçem (1636 - 1638)
  • Manuel de Sousa Coutinho (1638 - 14-01-1641)
Portugis membina Gereja St. Paul pada tahun 1521 pembinaannya diketuai oleh Kapten Duarte Coelho, gereja ini sentiasa dilawati oleh St Francis Xavier.  Gereja ini dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".

 
Gereja St Paul

  PENAKLUKAN DAN PEMERINTAHAN BELANDA (NETHERLANDS)  

Tekanan berterusan oleh angkatan perang Belanda ke atas Portugis di Melaka membawa kejayaan apabila Belanda berjaya menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari 1641 dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

Dalam masa pemerintahan Belanda Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapitan China Lee Wei King dan merupakan tokong Cinayang tertua di Semenanjung Tanah Melayu.


"Daerah Naning yang terletak di sempadan Melaka dengan Negeri Sembilan dibuka oleh Dato' Perpatih Pinang Sebatang dari Pagar Ruyung.  Naning terus berkembang dan kuat diketuai oleh Dato' Penghulu Naning.  Naning kaya dengan hasil bijih timah dan padi. Semasa pemerintahan Portugis (1511-1641) Naning kerap menyerang Portugis tetapi gagal.  Begitu juga semasa zaman Belanda, Naning tetap menjadi ancaman. Pada tahun 1643 perjanjian antara Naning dengan belanda dimana Naning perlu membayar cukai 1/10 hasilnya.  Mengikut sejarah, Penghulu Naning ini bernaung di bawah Kerajaan Johor.  Hasil satu perjanjian  antara Johor dengan Belanda, Naning diserahkan kepada Belanda dan Penghulu Naning diberi beberapa authoriti mentadbir Naning.  Pada 1799 Penghulu Naning Dato' Anjak meninggal dan digantikan oleh Dato' Abdul Said (lebih dikenali sebagai Dol Said)"

Makam Dol Said

Pemerintahan Belanda juga tidak tenang, di antara tahun 1645 - 1670 berlaku peperangan yang berlarutan antara Belanda dengan Naning sehingga wujudnya perjanjian damai pada tahun 1746. Penghulu Naning mendapat kuasa autonomi mentadbir daerah Naning yang berpusat di Taboh.

Pada tahun 1650 Belanda membina Stadhuys sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.  Pada 1710 pula Gereja St Peter dibina dan merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.  pada 1753, gereja Christ pula dibina. 

Gereja St Peter

Pada tahun 1756, Bugis menyerang Melaka dipimpin oleh Daeng Kemboja diikuti oleh serangan pimpinan Raja Haji pada tahun 1784, dimana Bugis tewas dan raja Haji terbunuh di Teluk Ketapang.

Gabenor Belanda sepanjang tempoh dari 1641 hingga 1795 ialah:
  • Jan van Twist (1641 - 1642)
  • Jeremais van Vliet (1642 - 1645)
  • Arnout de Vlamingh van Oudtshoon (1645 - 1646)
  • Jan Thyszoon Payart (1646 - 1662)
  • Jan Thyszoon Payart (1646 - 1662)
  • Jan Anthonie van Riebeeck (1662 - 1665)
  • Balthasar Bort (1665 - 1679) 
  • Jacob Joriszoon Pits (1679 - 1680)
  • Cornelis van Quaelberg (1680 - 1684)
  • Nikolaas Schaghen (1684 - 1686)
  • Dirk Komans (1686)
  • Thomas Slicher (1686 - 1691)
  • Dirk Komans (1691 - 1692)
  • Gelmer Vosberg (1692 - 1697)
  • Goevert van Hoorn (01-01-1697 - 24-11-1700 )
  • Bernhar d Phoonsen (24-11-1700 - 18-01-1704) 
  • Johan Grotenhuys (18-01-1704 - 22-05-1704) 
  • Karel Bolner (22 -05- 1704 - 7 -03- 1707)
  • Pieter Rooselaar (7 -03- 1707 - 26 -12-1709) 
  • Willem Six (26 -12- 1709 - 21 -05- 1711)
  • Willem Moerman (21 -05- 1711- 11 -05-1717) 
  • Herman van Suchtelen (1717 - 1726)
  • Johan Frederik Gobius (726 - 1730)
  • Pieter Rochus Pasques de Chavonnes (730 - 1735)
  • Rogier de Lavez (135 - 1741)
  • Willem Bernhard Albinus (1741 - 1748)
  • Pieter van Heemskerk 1748 - 1753)
  • Willem Dekker (1753 - 1758)
  • David Boelen (1758 - 1764)
  • Thomas Schippers (1764 - 1771)
  • Jan Crans (771 - 1775)
  • Pieter Gerardus de Bruijn (775 - 1788)
  • Abraham Couperus (1788 - 1 -12- 1795) 
Semasa berlaku peperangan Kempen Napoleon di Eropah, Belanda menghadapi masalah dan menyerahkan sementara pentadbiran Melaka kepada British East Hindia Company (sehingga 1818). Dalam tempoh ini  gabenor British William Farquhar telah memusnahkan A Famosa sehingga dihalang oleh Stamford Raffles pada tahun 1808. Pada tahun 1808 juga Melaka telah dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon. 

Semasa pentadbiran Inggeris, kuasa Penghulu Naning dikurangi oleh Inggeris khususnya berkaitan dengan kuasa hukuman jenayah, manakala kadar cukai 10% hasil dikekalkan sebagaimana yang diamalkan oleh Belanda sebelum ini.

Penasihat Inggeris sepanjang tempoh pentadbiran Inggeris ke atas Melaka dari 1795 - 1808 ialah:
  • Archibald Brown (1795)
  • Thomas Parr (1795 - 1796)
  • Thomas Parr (1795 - 1796)
  • Richard Tolson (1796 - 1797)
  • David Campbell (1797 - 1798)
  • Aldwell Taylor (1798 - 1803)
  • Cranssen -Governor (1802 - 1803)
  • William Farquhar (1803 - 1818)
William Farquhar

Tempoh pentadbiran Belanda untuk kali kedua hanya selama 5 tahun lebih tidak melibatkan banyak aktiviti.  Kuasa Penghulu Naning dikembalikan seperti sebelum pentadbiran Inggeris.  Pada tahun 1824 Perjanjian Anglo-Dutch ditandatangani dan sejarah pecah perintah di Asia Tenggara telah berlaku.   Semua jajahan Belanda dari garisan Singapura ke utara diserahkan kepada Inggeris, manakala jajahan Belanda di selatan garisan Singapura diserahkan kepada Belanda.  Ini melibatkan pertukaran jajahan Inggeris di Bangkahulu, Sumatera dengan jajahan belanda di Melaka.  Bermula dari tarikh ini, Inggeris mula menguasai negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Dalam perjanjian ini, negeri yang paling rugi ialah Johor.  Pada masa itu wilayah kesultanan Johor-Riau meliputi wilayah Johor, Singapura, Kepulaian Riau, Lingga, dan Siak di Sumatera.  Kesultanan Johor terbahagi dua; sebelah Inggeris Sultan Hussein Shah manakala sebelah Belanda ialah Sultan Abdul Rahman.  Kesultanan Lingga ditamatkan oleh pihak Belanda pada tahun 1911.

Nama-nama Gabenor Belanda antara 1810 hingga 1824 ialah:
  • Jan Samuel Timmermann Thijssen (21 Sep 1818 - 16 Dec 1822) 
  • A. Keok (16 Dec 1822 - 17 Mar 1824)
  • Hendrik Stephanus van Son (17 Mar 1824 - 9 Apr 1825)

  PEMERINTAHAN BRITISH  

Satu Perjanjian antara British-Belanda (juga disebut London Treaty) dibuat untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia). Pada tahun 1826 Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat (Straits of Settlement).

Pada 1849, British membina sebuah gereja bagi mengingati St Francis Xavier.

Pada 1867 Negeri-negeri Selat diiktiraf menjadi tanah jajahan British dan ditadbir terus dari London.  Sebelum ini Melaka ditadbir melalui Gabenor General di India.  Pada 1895 penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.



Senarai British Councillor mengambil-alih Melaka mengikut London Treaty pada tahun 1825 sehingga penaklukan Jepun ialah:
  • Walter Sewell Cracroft (1825)
  • Thomas Dolman Lloyd-Davies (1825 - 1826)
  • Edward Presgrave (1826)
  • William Gordon Mackenzie (1826)
  • Samuel Garling (1826 - 1835)
  • unknown (1835 - 1847)
  • Edmund Augustus Blundell (1847 - 1849)
  • unknown (1849 - 1855)
  • Ronald MacPherson (1855 - 1857)
  • unknown (1857 - 1867)
  • William Wellington Cairns (1867 - 1869)
  • Edward Wingfield Shaw (1869 - 1879)
  • Charles John Irving (1879 - 1883)
  • Dudley Francis Amelius Hervey  (1883 - 1895)
  • Charles Walter Sneyd-Kynnersley (1895 - 1897)
  • Adelbert P. Talbot (1897 - 1898)
  • James K. Birch (1898 - 1904)
  • Frederick G. Penney (1904 - 1905)
  • Robert Norman Bland (1905 - 1907)
  • William Evans (1907 - 1910)

William Evans

Mulai tahun 1910, British Councillor ini ditukar menjadi British Resident, bagaimanapun siapa Resident dari 1910 hingga 1920 tidak diketahui.   Pada tahun 1920,  pentadbir Inggeris di Melaka dipanggil Resident Councillor.
  • Littleton Edward Pipe-Wolferstan (1921 - 1922)
  • Langham Carter (1922 - 1925)
  • Ralph Scott (1925 - 1926)
  • Meadows Frost (1926 - 1928)
  • B.W. Elles (1928 - 1930)
  • C.F.J. Green (1930)
  • William M. Millington (1930 - 1932)
  • C.H.G. Clarke (1932 - 1933) 
  • George William Bryant (1934 - 1936)
  • J.S.W. Arthur (1936 - 1941) 

Apabila berlaku Perang Dunia II pada tahun 1941, dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun maka Melaka turut ditadbir oleh Jepun. Pada 1945 British kembali ke Melaka setelah Jepun menyerah.  Seterusnya sebagaimana negeri-negeri Melayu lain, menyertai pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 dan kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan seterusnya mencapai kemerdekaan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 30 Ogos 1957.

Nama Gabenor Jepun di Melaka ialah:
  • Ken Tsurumi (1942 - 1944)
  • Takeo Kinukawa (1944 - 1945)
Selepas penyerahan Jepun sehingga , gelaran penasihat Inggeris ditukar menjadi Resident Commissioner:
  • Edward Victor Grace Day (1946 - 1947)
  • J. Falconer (1947 - 1952)
  • George Evan Cameron Wisdom  (1952 - 1954)
  • Harold George Hammett (1954 - 1957)

 SELEPAS KEMERDEKAAN 

Pada 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan Melaka adalah sebahagian darinya. Seterusnya menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 di mana Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia bersama Singapura, Sabah dan Sarawak.

GABENOR/YANG DI PERTUA NEGERI MELAKA 


  • Tun Leong Yew Koh (31-08-1957 - 31-08-1959)
  • Tun Abdul Malik bin Yusuf (31-08-1959 - 31-08-1971)
  • Tun Hj Abdul Aziz bin Abdul Majid (31-08-1971 - 23-05-1975)
  • Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hasan (23-05-1975 - 04-12-1984)
  • Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin (04-12-1984 - 04-06-2004)
  • Tun Datuk Seri Utama Mohammad Khalil bin Yaakob (04-06-2004  - kini)

KETUA MENTERI MELAKA

  • Datuk Kurnia Jasa Othman bin Talib (31-08-1957 - 01-06-1959) 
  • Encik Abdul Ghafar bin Baba (01-06-1959 - 06-10-1967)  - kemudian menjadi Timbalan PM Malaysia dari 1987 hingga 1993 dan mendapat gelaran Tun. 
  • Datuk Haji Talib bin Karim (06-10-1967 - 01-08-1972)
  • Datuk Setia Haji Abdul Ghani  bin Ali (01-08-1972 - 01-07-1978)
  • Datuk Seri Mohd Adib bin Haji  Mohd Adam (01-07-1978 - 22-04-1982) 
  • Tan Sri Abd Rahim bin Datuk Tamby Chik (22-04-1982 - 17-07-1994)
  • Datuk Seri Mohd Zin bin Abdul Ghani  (pemangku hingga 2 Dis 1994) (17-07-1994 - 15-05-1997)
  • Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin (22-05-1997 - 02-12-1999)
  • Datuk Seri Mohamed Ali bin Rustam (02-12-1999 - 7 Mei 2013)
  • Datuk Idris bin Harun (7 Mei 2013 - 9 Mei 2018)
  • Tuan Haji Adly bin Zahari (11 Mei 2018 - 9 Mac 2020
  • Datuk Seri Sulaiman bin Md Ali (9 Mac 2020 - kini)

Fakta Negeri

Keluasan: 1,650 km persegi 
Penduduk: 687,100 (anggaran pada bancian 2003)
Kepadatan: 393 orang setiap satu km persegi.
Ibu Negeri: Bandaraua Melaka Bersejarah.
Ketua Negeri: Yang Di Pertua Negeri
Ketua Kerajaan: Ketua Menteri




DAERAH

Melaka Utara           Alor Gajah
Melaka Tengah        Melaka
Melaka Selatan        Jasin

DAERAH KECIL

Masjid Tanah

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
  • Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
  • Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 
Pelabuhan Antarabangsa
-tiada

Lapangan Terbang Antarabangsa
-tiada

Pelabuhan Domestik
  • Pelabuhan Melaka

Lapangan Terbang  Domestik

  • LT Batu Berendam

Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Water World
  • A Famosa
  • Tanjung Keling
  • Tanjung Bidara
  • Kampung Morten
  • Kampung Portugis
  • Muzium-muzium Melaka
  • Sungai Melaka


A Famosa


 
Kampung Morten

Perkampungan Portugis


Kem Tentera

  • Kem Terendak (Hospital ATM)
  • Kem Sungai Udang
  • Kem Masjid Tanah (DPP)
  • Kem Bukit Beruang
  • Kem Asahan (Lapang Sasar)

Institusi Pengajian Tinggi

  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 
  • Universiti Teknologi MARA (Kampus Melaka)
  • Universiti Multimedia Malaysia (Kampus Melaka)
  • UniKL (Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology)
  • Kolej Universiti Antarabangsa Islam Melaka
  • Universiti Multi Media Malaysia Kampus Melaka
  • Kolej Perubatan Manipal-Melaka
  • Politeknik Kota Melaka
  • Politeknik Merlimau
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Durian Daun




YANG DIPERTUA NEGERI


TYT TUN MOHAMMAD KHALIL BIN YAAKUB


KETUA MENTERI


DATUK IDRIS BIN HARUN
(7 Mei 2013)


MANTAN KETUA MENTERI



DATUK SERI MOHD ALI BIN RUSTAM
(1999 - 6 MEI 2013)


Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin (1997 - 1999)


Datuk Seri Mohd Zain bin Abd Ghani  (1994 - 1997)


Tan Sri Abd Rahim bin Tamby Chik (1982 - 1994)


Datuk Seri Mohd Adib bin Adam (1978 - 1982)


Datuk Seri Abdul Ghani bin Ali (1972 - 1978)


Datuk  Hj Abd Talib bin Karim (1967 - 1972)

 
Encik Abdul Ghafar bin Baba (1959 - 1967)


Datuk Kurnia Jasa Othman bin Talib (1956 - 1959)

No comments:

Post a Comment