Sunday, February 8, 2015

075 KEMBARA JOHOR 3: ASAL-USUL NAMA DALAM DAERAH JOHOR BAHRU DAN KULAI JAYA

KEMBARA
JOHOR
ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI NEGERI JOHOR: SIRI 3.

.
  DAERAH JOHOR BAHRU  

Apa istimewanya Johor Bahru?  Selain dari ibu negeri Johor, pusat pentadbiran negeri dan daerah JB,  ia adalah juga pintu gerbang selatan Semenanjung Malaysia.


Johor Bahru ialah nama ibu negeri Johor dan nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi sekitar 497,067 orang di kawasan pusat bandar sahaja (Kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru) tanpa merangkumi kawasan yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan melebihi 2.4 juta orang di kawasan metropolitan (Pasir Gudang, Nusajaya, Johor Bahru dan Kulaijaya). Johor Bahru merupakan bandaraya paling selatan di tanah besar Eurasia.Pasir Pelangi, pekan diraja terletak di Johor Bahru.

Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walau bagaimanapun, perkembanganperindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.


Daerah Johor Bahru mempunyai jumlah penduduk seramai 1,334,188 orang pada tahun 2010, manakala kawasan metropolitan Johor Bahru, juga dikenali sebagai Iskandar Malaysia, mempunyai jumlah penduduk seramai 1,730,000 orang.

Johor Bahru nama asal Johor Bahru  ialah Tanjung Puteri. Bandar ini diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim. Pada permulaannya, Tg Puteri adalah merupakan sebuah kampong perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866,  susulan daripada perpindahan pusat pentadbiran Negeri Johor dari Telok Belanga di Singapura.

Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru, diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenang. Pada awalnya, ia merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaan dari Teluk Belanga di Singapura.


Sultan Abu Bakar berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman, seorang ketua tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada tahun 1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada masa kini boleh dikesan secara langsung daripada kejayaan Sultan Abu Bakar memujuk pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melabur dalam bidang pertanian di jajahan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan tinggi dalam perancangan kerajaannya. Oleh sebab itu, pada hari ini kita dapat melihat perkaitan antara bandaraya Johor bahru dengan Baginda Almarhum Sultan Abu Bakar, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.

Masjid Sultan Abu Bakar

Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa bersejarah negara terutamanya penubuhan UMNO (United Malays National Organisation), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat di bawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.  Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya, yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama.


 

Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

(chorus)
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri




Daerah Johor Bahru merupakan satu daripada sepuluh buah daerah yang membentuk negeri Johor. Ia meliputi kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Daerah ini juga dikenali sebagai daeraah metropolitan Johor Bahru kerana dari segi bilangan penduduk mempunyai melebihi 2 juta orang. Daerah Metropolitan Johor Bahru merupakan metropolitan ketiga terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang. Daerah ini juga adalah sebahagian daripada Iskandar Malaysia dan merupakan metropolitan yang sedang pesat membangun.

Bandar-bandar yang terdapat di sekitar daerah metropolitan Johor Bahru ialah pusat bandaraya, Skudai, Nusajaya, Puteri Habour, Desa Tebrau, Bukit Indah, Ulu Tiram, Stulang, Taman Perling, Pasir Gudang dan Permas Jaya.

Metropolitan Johor Bahru mempunyai pelbagai pusat membeli-belah yang moden dan bertaraf antarabangsa seperti Johor Premium Outlets, AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, AEON Permas Jaya, AEON Taman Universiti, Johor Bahru City Square, KSL City, Medini Lifestyle Mall, Danga City Mall, Plaza Angsana dan lain-lain serta menjadikannya sebagai daerah pusat membeli-belah.

Metropolitan Johor Bahru merupakan pusat pelancongan yang utama di selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai pusat pelancongan antarabangsa seperti Legoland ( taman tema antarabangsa yang pertama yang dibina di Malaysia dan taman tema Legoland yang pertama dibina di Asia ), Puteri Habour Family Theme Park ( taman tema antarabangsa yang kedua dibina di Malaysia ), Taman Tema Air Autin Heights ( dalam pembinaan ) dan lain-lain.

Daerah metropolitan Johor Bahru terletak di bahagian Selatan Negeri Johor bersempadan dengan daerah Pontian di sebelah barat, daerah Kota Tinggi di sebelah timur; daerah Kulaijaya di sebelah utara dan Republik Singapura di selatan.


Daerah Johor Bahru terdiri daripada 9 buah mukim iiatu:
  • Mukim Sungai Tiram
  • Mukim Tebrau
  • Mukim Plentong
  • Mukim Pulai/Jelutong
  • Mukim Tanjung Kupang; dan
  • Mukim Bandar.

Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan, pada tahun 1946. Sejak merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.
Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya iaitu bandaraya keempat selepas Kuala Lumpur, Ipoh dan Kuching.  

Semasa aku kecil, bapak kerap membawa aku ke Johor Bahru (menaiki bas sambung-sambung) kerana aku mempunyai ramai saudara-mara  yang tinggal di JB seperti Acik Razikan (adik bapak) duduk di Kg Melayu Tampoi, Wak Sham dan Wak Yen (abang-abang emak) di Kg Bakar Batu, Tok Nah (adik embah), Cik Asan, Cik Mat (anak-anak saudara embah) dan ramai lagi saudara sebelah emakku.  


Setelah bekerja (sejak tahun 1980) peluang berjalan semakin terhad kerana telah mempunyai tanggungan dan komitmen. Di Johor Bahru sekarang, Wak Sham dan Wak Yen masih ada, Acik pun masih ada,  abangku Amim pun sekarang duduk di Bandar Baru Uda.  Selain itu anak-anak Ngah (Kak Im) Rudi (Nasruddin) dan Pit (Fitri) juga tinggal di sana.  Biasanya aku akan ke JB  semasa Hari Raya ke 3 (ke rumah Acik dan Amim).


 
 

 


Antara lokasi bersejarah dan destinasi pelancongan yang popular di daerah Johor Bahru ialah:
  • Pantai Lido
  • Danga Bay
  • Masjid Sultan Abu Bakar
  • Muzium Diraja Sultan Abu Bakar
  • Istana Besar
  • Hutan Bandar Tasik Utara
  • Laman Merdeka Tasik Utara
  • Taman Orkid
  • Taman Rekreasi Tasik Pandan 
  • Pusat pentadbiran baru Kerajaan Johor - Nusa Jaya
  • Taman Tema Legoland (projek di bawah Pembangunan Iskandar) - destini pelancungan yang terbaru.

Masai

Masai adalah sebuah bandar terletak di timur Daerah JB dan dianggap menjadi bahagian tertua Johor Bahru. Ia terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Masai terletak di jalan menghala ke Kong Kong, satu perkampungan di sepanjang Sungai Johor. Banyak bangunan-bangunan lama sebelum perang yang masih kukuh. Masai, seperti kebanyakan pekan di daerah Johor Bahru, mempunyai penduduk luar bandar, pekerja-pekerja, kaum petani dan peladang getah sepanjang awal dan pertengahanabad ke 20.

Masai terkenal ketika 70-an sebagai satu emporium yang murah, dengan barangan elektronik dan barang-barang pengguna. Kerana berhampiran dengan Pasir Gudang, kini kedainya dipernuhi oleh pembeli dari Pasir Gudang serta penduduk yang sedang membangun dengan pantas seperti dari kawasan perumahan berdekatan seperti Kota Masai, Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Taman Megah Ria, Nusa Damai, Taman Scientex, Kota Puteri dan Taman Dahlia Bukit. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Masai telah hilang alunan pembangunannya dan terus berubah menjadi bandar kecil iaitu satu daripada banyak bandar-bandar di Johor.

Apa yang aku ingat sangat tentang Masai ini ialah di pekan ini ada sebuah sekolah China yang sangat besar dan di sekolah inilah pakcikku (Acik Razikan) mengajar sejak dia bujang lagi selama beberapa tahun. Masa itu kecik lagi.  Kat  rumah Embah Tahir dan Nyai (Manisah), ada gambar Acik dengan semua murid satu sekolah itu. Frame gambarnya (black n white), dia punya panjang hampir sedepa.  Sampai tua ni, aku tak pernah jumpa lagi gambar sepanjang itu.

[image[7].png]
Pekan Masai

Sekarang, mari kita melawat Pasir Gudang, pelabuhan terawal negeri Johor dan terbesar sebelum pembinaan pelabuhan Tanjung Pelepas.

Pasir Gudang

Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, kampung-kampung seperti Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE), Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad), Kampung Hilir, Kampung  Sungai Perembi. Balai Polis Pasir Gudang terletak di sini.


Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang. Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Puteh, masih kekal sehingga sekarang dan Kampung Pulau Tekong, menjadi wilayah Singapura.

Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.

Pada pertengahan abad ke 19, peneroka berbangsa Cina dari suku Teochew telah meneroka lebih jauh ke daratan melalui jalan sungai yang dipenuhi kayu bakau untuk peladang. Kegiatan mereka akhirnya diperakukan melalui 'surat sungai' yang dikeluarkan oleh Sultan Johor yang membenarkan mereka membangunkan kawasan Kangkar Masai, Kangkar Plentong dan Kangkar Lunchu di bawah ketua-ketua sungai yang dipanggil Kangchu. Di tebing-tebing sungai inilah mereka mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam

Pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan pergerakan gerila selepas perang di kawasan ini tidak memberi kesan besar kepada kegiatan perladangan. Di bawah Undang-undang Darurat pada tahun 1950an, kampung-kampung baru telah diwujudkan di Plentong, Masai dan Pasir Gudang. Buruh-buruh estet telah ditempatkan samada di kampung-kampung baru ini ataupun di berek-berek estet yang dikawal.

Walau bagaimanapun, perniagaan kecil dan aktiviti di perkampungan nelayan telah terjejas dengan teruknya akibat darurat. Semakin ramai bilangan penduduk kampung telah beralih berkerja di estet-estet. Selepas merdeka pula dalam tahun 1950an, Kerajaan telah cuba membebaskan penduduk Melayu yang tidak bertanah daripada belenggu kemiskinan melalui penubuhan skim-skim tanah seperti di Ban Foo, Plentong Baru dan Felda Cahaya Baru.

Kerajaan Negeri seterusnya telah mengambil tanah-tanah estet untuk dijadikan kawasan perindustrian dan perumahan. Peristiwa ini selanjutnya menjadi latar belakang kepada pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang. Pembangunan ini sangat penting kepada negeri Johor, terutamanya kerana ia melibatkan penubuhan Pelabuhan Johor yang menjadi alternatif kepada pelabuhan yang terdapat di Singapura.



 
Litar Lumba Pasir Gudang, litar terbesar sebelum wujudnya Litar Sepang (SIC)

 
Pasir Gudang 
Pasir Pasir Gudang (dulu dan sekarang)



Bakar Batu

Bakar Batu, Kampung Bakar Batu (juga dieja Kampung Tebrau Bakar Batu / Kampung Bakar Batu Tebrau/ Bakar Batu) adalah sebuah perkampungan sejarah dalam Johor Bahru. Kampung ini terletak di antara , Kem Majidee, Taman Sentosa dam Permas Jaya. Sebuah kampung kecil dipinggir Bandar Johor Bahru Kampung ini mula-mulanya diterokai oleh orang-orang Melayu dan Jawa atau lebih manis orang Nunsatara. Orang Melayu and Jawa. (Juga Baca Kampung Melayu Majidee).

Pada mulanya mereka ini bekerja di ladang-ladang getah milik Almarhum Sultan Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Johor pada Abad ke 19-20. Akhirnya mereka mencari tempat kediaman di pinggir hutan ladang tersebut yang kemudiannya dikenali dengan nama Tebrau Bakar Batu.


Tapi sekarang ini dari sebuah Kampung kecil dengan penuh adat dan sejarahnya, ia telah di kelilingi oleh Taman-taman perumahan di sekitarnya sepertinya Taman Sentosa, Permas Jaya dan banyak lagi untuk disebutkan di sini. Kampung ini juga pernah mendapat Jolokan "Kampung Di Kota" oleh Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani.

Terdapat dua nama kampung Kampung BAKAR BATU di Johor Bahru. Satu, Kampung Bakar Batu Tebrau dan lagi satu Kampung Bakar Batu,  Danga penempatan Orang Seletar atau lebih dikenali sebagai suku orang Laut.
  • Kg Bakar Batu yang terletak di Sungai Tebrau adalah kurnian Almarhum Sultan Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar kepada penduduk-penduduk Melayu dan Jawa pada tahun awal abad ke 18-20.
  • Kg Bakar Batu, terletak di Sungai Danga dan Sungai Skudai adalah penempatan untuk Orang Asli di Kampung Bakar Batu pada 1964 adalah penempatan semula bagi orang-orang asli dari tempat asalnya di Bukit Serene oleh Almarhum Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.


Rangkaian Pengangkutan

Daerah metropolitan Johor Bahru mempunyai pelbagai rangkaian lebuhraya yang bagus.
  • Lebuhraya Skudai (yang menghubungkan Senai dengan Johor Bahru)
  • Lebuhraya Tebrau (yang menghubungkan Kota Tinggi dengan Johor Bahru)
  • Lebuhraya Pantai Iskandar (yang menghubungkan Nusajaya dengan Johor Bahru)
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (yang menghubungkan Pandan dengan Bangunan Sultan Iskandar)
  • Lebuhraya Pasir Gudang (yang menghubungkan Taman Perling dengan Pasir Gudang)
  • Laluan Kedua Malaysia-Singapura (yang menghubungkan Senai dengan Singapura)
  • Lebuhraya Taman Johor Bahru (yang menghubungkan Pontian dengan Taman Perling)
  • Lebuhraya Pantai Timur Johor Bahru (yang menghubungkan Bakar Batu dengan Pasir Gudang)
  • Lebuhraya Skudai-Pontian (yang menghubungkan Skudai dengan Pontian Kechil)
  • Lebuhraya Senai-Desaru (yang menghubungkan Senai dengan Tanjung Balau)
  • Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru (yang menghubungkan Dataran Bandaraya dengan Stulang)


Daerah Sentral Johor Bahru di bahagian hujung selatan kawasan metropolitan mempunyai dua lebuhraya utama yang menghubungkannya dengan kawasan luar bandar, iaitu:
  • Lebuhraya Tebrau yang mengaitkan dengan kawasan timur laut; dan
  • Lebuhraya Skudai dan Jalan Tun Abdul Razak yang mengaitkan dengan kawasan barat laut.


  DAERAH KULAI JAYA  

Kulaijaya merupakan daerah ke 9 yang baru ditubuhkan di Negeri Johor pada tahun 2008. Kulai  mula dibuka pada tahun 1920an, pada awalnya lebih dikenali sebagai Gui Lai bermaksud kedatangan kura-kura. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa apabila tibanya musim hujan kedua-dua belah Sungai Kulai pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke pekan.Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya sebagai Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh dilihat pada sebuah papan nama yang ditulis dalam bahasa cina di stesen Kereta api di Kulai. Namun, kerana kesukaran untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa cina maka namanya di tukar ke Kulai, dan ini terus kekal sehingga kini.

Namun Kulai yang mengambil sempena peristiwa banjir mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sebelum tahun 1890 iaitu pada permulaan pada Kulai dibuka asalnya dari Sungai Kulai yang menjadi nadi untuk penduduk tempatan memudahkan para pertaninya untuk membajak tanaman dan menyenangkan kerja mereka.Ketika itu, pembukaan Xin Jie Chang (Pekan Baru) oleh Encik Tan Yook Fong, pentadbir di kawasan itu (juga dikenali sebagai Gan Zhu ) adalah antara orang yang paling awal datang ke Kulai.

Selain dari adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Senai di dalam daerah Kulaijaya, tiada destinasi pelancungan yang popular dalam daerah ini.  Kulai menjadi maju kerana terdapat banyak tanah rancangan FELDA dalam daerah ini yang mula dibuka sejak awal tahun 1960an. Bagaimanapun pentadbiran daerah telah mewujudkan satu konsep baru 'Hutan Bandar' di Kulai yang bakal menggamit penduduk Kulai dan daerah berhampiran untuk melancong, beristirehat dan mendapat pengetahuan tentang ilmu tumbuh-tumbuhan
.

 
Lapangan Terbang Senai

Daerah Kulaijaya adalah salah satu daripada dua daerah baru yang diwujudkan di negeri Johor. Daerah baru ini terbentuk hasil daripada pecahan bahagian utara Daerah Johor Bahru yang merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang.

Daerah Kulaijaya ditadbir oleh Pejabat Daerah Kulaijaya. Ia terbentuk hasil daripada naik taraf sub-daerah Kulai kepada satu daerah penuh dan diwartakan pada 29 Mac 2007 dan dinamakan sebagai daerah Kulaijaya. Perasmian daerah baru ini telah diisytiharkan pada 21 Jun 2008 oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Daerah Kulaijaya mempunyai keluasan 753.45 km persegi dan penduduknya berjumlah 247,000 (2012). Pihak berkuasa tempatan di Kulai ialah Majlis Perbandaran Kulai.

Bandar Kulai terletak 29 km dari pusat bandar raya Johor Bahru dan 8 km dari Skudai. Ia terletak di bahagian pertengahan daerah ini. Bandar Kulai serta kebanyakan pekan dalam daerah ini dihubungkan melalui laluan persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jalan besar Kulai iaitu Laluan Persekutuan menempatkan banyak rumah kedai. Bandar Kulai juga dikelilingi ladang getah dah kelapa sawit.

Kebanyakan penduduk tempatan bergiat dalam sektor pertanian, terutamanya di ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan sepanjang jalan besar. Kulaijaya juga mempunyai antara penempatan FELDA terawal di negeri Johor iaitu Felda Taib Andak. Kulaijaya masih merupakan antara kawasan penanaman kelapa sawit yang paling utama berikutan banyak ladang kelapa sawit di daerah ini. Kulaijaya turut mengeksport sayur-sayuran segar ke Singapura setiap hari.

Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kilang yang dibina di Kulai dan Senai. Kulaijaya juga berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Di antara lokasi menarik dalam daerah Kulaijaya ialah:
  • Hutan Rekreasi Gunung Pulai
  • Zoo Saleng (Telah ditutup operasinya pada tahun 2012)
  • Hutan Bandar Putra Kulai
  • Palm Villa Golf & Country Resort
  • Orchid Golf & Country Resort
  • Pusat Akuarium Nanyang, Ayer Bemban
  • Kompleks Membeli-belah IOI Mall
  • AEON Mall Kulaijaya
Terdapat hanya empat buah Mukim dalam daerah Kulaijaya iaitu:
  • Mukim Kulai;
  • Mukim Senai;
  • Mukim Sedenak;
  • Mukim Bukit Batu
Pekan-pekan utama/kecil yang terdapat dalam daerah Kulaijaya ialah: Bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kangkar Pulai, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak. Seelong, Senai dan Sengkang.





No comments:

Post a Comment