BUAH-BUAHAN MALAYSIA
Zaman
kanak-kanak dulu, musim buah-buahan adalah sesuatu yang amat
ditunggu-tunggu. Khususnya musim durian
dan rambutan. Seronok berebut-rebut adik
beradik mengejar durian yang jatuh. Masa
itu rumah aku cuma ada sepohon durian lama dan tinggi. Yang lain masih muda-muda kerana bapak aku
baru pindah ke rumah itu tahun 1962.
Pokok rambutan memang banyak. Keliling rumah aku ada berpuluh-puluh
pokok rambutan pelbagai jenis. Begitu
juga dengan pokok manggis. Kami
anak-anak lelaki kalau nak makan rambutan atau manggis akan panjat sendiri dan
makan di atas pokok sahaja. Yang banyak durian ialah di rumah datuk aku (aruah
Embah Tahir).
Yang
seronok ialah apabila saudara-mara datang dari bandar. Kami akan tuai rambutan untuk mereka bawa
balik, setakat mana yang mereka mahu.
Tapi
sekarang ni, semua pokok rambutan bapak aku dah tebang. Pokok durian kat keliling rumah ada dalam 20
batang dan ada sedikit pokok duku, langsat, pulasan dan manggis.
Masa
aku sekolah dulu ada satu cerita dongeng berkaitan dengan musim buah-buahan
ini. Segala pokok buah-buahan telah
bermesyuarat untuk menyelesaikan perebutan siapa yang harus berbuah dulu semasa
musim buah-buahan. Begini kesahnya:
Pada zaman dulu kala, pokok buah-buahan tidak mempunyai jadual untuk berbuah. Pokok-pokok ini berbuah ikut rasa hati masing-masing. Oleh sebab itu, selalu berlaku pertembungan. Akibatnya, buah-buahan yang kurang lazat tidak dimakan oleh manusia. Contohnya bila pokok rambai berbuah, pokok durian juga berbuah. Apabila mereka berbuah serentak, buah rambai langsung tidak dipedulikan oleh manusia. Mereka asyik makan buah durian sahaja. Buah durian sedap dimakan. Manakala rambai kurang enak dan masam. Oleh sebab itu, buah rambai jarang dimakan orang. Akhirnya, buah rambai yang masak dan gugur begitu sahaja. Buah rambai amat marah apabila durian berbuah sama musim dengannya.
Pada suatu masa, berlaku pergaduhan besar telah berlaku di antara puak durian dengan puak rambai kerana berebut musim berbuah. Banyak puak rambai terkorban akibat dilanyak oleh durian. Semua buah yang lain bersatu menentang buah durian. Buah nangka, buah cempedak, buah kelapa, buah salak, buah betik, buah kelubi, buah mangga dan berbagai-bagai jenis buah lagi campur tangan.
Ekoran daripada itu, Persatuan Pokok Buah-buahan Tempatan Malaysia (PPBTM) buah-buahan itu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)untuk menyelesaikan masalah penggiliran musim buah ini. Buah durian belanda mula-mula dianggap sebagai bukan tempatan (bersifat penjajah) tetapi setelah diselidiki, di dapati ia tiada kena mengena dengan keturunan buah-buahan dari negara Belanda (the Netherlands) akhirnya diterima masuk dalam mesyuarat. Ada sumber yang mengatakan bahawa semasa pendaftaran dia menggunakan nama 'durian blunder' sebab itu boleh lepas masuk.
Aku tak pasti, sama ada wakil dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia turut hadir atau tidak dalam EGM ini!.
Ahli Persatuan sebulat suara melantik buah kelapa sebagai Pengerusi dan buah betik sebagai Sekretari. Ini kerana kelapa paling tinggi dan amat masyhur dengan pokok yang serbaguna. 'Power' tak 'power' batang kelapa ini, dengan sebatang sahaja dia mampu mengandar berpuluh-buluh buah yang berat-berat. Manakala buah betik paling jambu dan seksi. Biasa la, yang berkelulusan sekretari ni (macam graduan UITM) biasanya memang lawa-lawa dan begetah!.
Perbincangan pertama adalah menetapkan musim. Semua bersetuju supaya tiada musim buah-buahan dalam November hingga Februari kerana waktu itu musim durian dan banjir- khususnya di negeri-negeri pantai timur. Kalau nak bermusim juga mungkin akan buah juga, akan rosak oleh hujan, buah tak manis, atau busuk kerana ditenggelami air. Oleh itu musuim buah-buahan ditetapkan dari Februari hingga Oktober setiap tahun sahaja.
Pada awalnya, semua pokok hendak berbual awal. Mesyuarat hangat seketika apabila masing-masing pokok hendak berbuah awal. Akhirnya persetujuan berikut dicapai sebulat suara dan diumumkan oleh Pengerusi:
- Mac- buah rambutan
- April- buah manggis
- Mei - buah langsat
- Jun -buah duku
Manakala buah-buahan jenis yang masam seperti limau, belimbing, mangga, mempelam, asam jawa, asam kundang, binjai, kuini, bacang, dan salak bebas berbuah pada bila-bila masa kerana mereka tidak menjadi saingan. Begitu juga dengan buah cempedak, nangka, salak dan lain-lain yang hadir mesyuarat.
Pengerusi dan Setiausaha juga diberi kuasa veto untuk berbuah sepanjang tahun.
Pokok rambai yang menjadi isu pergaduhan telah tertinggal. Maka mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya buah rambai pada bulan Ogos atau September, iaitu apabila buah-buah lain habis musimnya. Oleh sebab itulah rambai berbuah pada akhir musim dan dengan penjadualan itu, rambai yang dulunya tidak laku, sekarang sudah ada harga dalam pasaran.
Akhirnya semua buah-buahan termasuk yang tiada giliran seperti mangga, limau, gelugor, kandis, binjai, salak, kelubi, pisang, dokong, pulasan, nenas, gajus, cempedak, nangka, durian belanda, kecupu, dan beberapa jenis buah lain lagi berpuas hati.
Selepas itu mesyuarat pun bersurai. Inilah EGM/AGM PPBTM yang pertama dan terakhir dalam sejarah cerita dongeng. Keputusan ini diguna pakai hingga akhir zaman.
Cuma selepas itu ada satu dua pertemuan bagi meraikan majlis perkahwinan buah-buahan antara duku dengan langsat di Terengganu yang menghasilkan buah duku-langsat dan perkahwinan antara cempedak dengan nangka yang menghasilkan cempedak-nangka.
YB PENGERUSI
YBRS SETIA USAHA
GILIRAN PERTAMA- RAMBUTAN
GILIRAN KEDUA- MANGGIS
GILIRAN KETIGA- LANGSAT
GILIRAN KEEMPAT - DUKU
GILIRAN KELIMA - DURIAN
GILIRAN TERAKHIR: RAMBAI
'The moral of the story' -begitulah bijaknya buah-buahan, tidak perlu banyak kali mesyuarat untuk menentukan yang terbaik. Tidak seperti manusia, walaupun sesuatu keputusan diambil dalam mesyuarat masih dipertikaikan di belakang. Atau pun berpuluh kali mesyuarat tapi tiada keputusan yang jitu boleh dipakai- asyik berubah. Kononya atas alasan dinamik- tetapi sebenarnya gimik dan polimik.
.
...dan
sebenarnya Allah Maha Mengetahui -dan telah menetapkan penjadualan atau
giliran tersebut. Allah swt telah telah mengambilkira semua perkara termasuk
mengelakkan masalah pembaziran dan persaingan dalam perniagaan
buah-buahan di kalangan manusia.
KHASIAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Selain
dari manis, lazat dan mempunyai pelbagai rasa, buah-buahan juga mempunyai
keistimewaan dari segi khasiatnya kepada tubuh dan kehidupan manusia dan
binatang yang memakannya. Berikut adalah antara khasiat dalam buah-buahan
tempatan kita -KECUALI epal dan pear. (ref:
www.organisasi.org)
Khasiat
Dan Manfaat Buah-Buahan Alami Bagi Tubuh Manusia - Ilmu Kesihatan Masyarakat
Buah
adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan
mineral yang pada umumnya sangat baik untuk dikonsumsi setiap hari.
Dibandingkan dengan supplement perubatan kimia yang dijual di kedai atau
farmasi, buah jauh lebih baik kerana ia tiada kesan sampingan yang
berbahaya serta dari sisi harga umumnya jauh lebih murah dibanding supplement
yang memiliki fungsi yang sama.
Di
bawah ini kita dapat melihat kandungan, khasiat dan manfaat sehat dari beberapa
jenis buah yang ada di bumi:
BUAH
TOMATO
Tomato
mengandungi vitamin A, B1 dan C. dan dapat membantu membersihkan hati
hati dan darah kita. Tomato dapat mencegah berbagai jenis penyakit dan
gangguan kesihatan lain seperti:
1. gusi
berdarah.
2. rabun
senja / kotok ayam.
3. penggumpalan
darah.
4. usus
buntu.
5. kanser
prostat dan kanser payudara.
BUAH
BETIK (PAPAYA)
Betik atau pepaya mengandung vitamin C dan provitamin A. Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan. Betik juga dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan serta dapat menanggulangi atau mengubati berbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti:
1. menyembuhkan
luka.
2. menghilangkan
infeksi.
3. menghilangkan
alergi
BUAH
PISANG (BANANA)
Ada berpuluh-puluh jenis atau spesis pisang di negara ini. Pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C. Pisang dapat membantu mengurangi asam lambung. Pisang juga boleh membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh. Pisang juga dapat menanggulangi atau mengubati beragam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
1. gangguan pada lambung.
2. penyakit
jantung dan stroke
3. stress
4. menurunkan
kadar kolesterol dalam darah.
BUAH
MANGGA (MANGO)
Kadang
dipanggil buah pelam, atau buah pauh. Geng-geng yang sama kategori dengannya
ialah buah bacang (masam) dan buah kuini.
Mangga
mengandung vitamin A, E dan C dan buah ini dapat bertindak sebagai
disinfection.
Mangga dapat membersihkan darah dan dapat menanggulangi atau mengobati berbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
Mangga dapat membersihkan darah dan dapat menanggulangi atau mengobati berbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
1. bau
badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
2. menurunkan
panas tubuh saat demam.
BUAH
STRAWBERRY
Strawberi mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C. Ia mengandungi antioksidan untuk melawan zat radikal bebas. Strawberi juga memiliki kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti:
1. mengobati
gangguan kesehatan pada kandung kemih.
2. menjadi
anti virusc.
3. menjadi
anti kanser
BUAH EPAL
(APPLE)
Epal mengandung
vitamin A, B dan C. Ia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol
dalam darah. Selain dari itu ia mempunyai kegunaan / fungsi
kesehatan lain seperti:
1. menjadi
zat anti kanser.
2. mengurangi
nafsu makan yang terlalu besar.
Faedah
lain yang boleh diperolehi dari buah durian Belanda ini sangatlah banyak-
hampir semua bahagian di pokok dan buah durian belanda ini ada khasiatnya:
1. daun
pokok buah durian Belanda boleh merawat luka luar tubuh
daunnya
juga boleh diguna untuk membuang kutu di kepala dan pepijat di tilam atau
bantal.
2. jus
durian belanda ini dapat merawat uretritis, hematuria penyakit berkaitan hati
dan juga kusta.
3. isi
durian belanda ini boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka.
4. air
rebusan pucuk muda durian belanda dapat merawat masalah hempedu, batuk,
selsema, cirit - birit, demam dan juga masalah ketidakcernaan perut.
5. air
rebusan daunnya turut membantu dalam mengurangkan bengkak kaki dan keradangan.
6. daun
buah durian Belanda turut digunakan untuk merawat masalah kulit.
kulit
akarnya boleh merawat keracunan
7. bunganya
dapat meringankan selsema.
8. biji
buah durian Belanda berupaya untuk merawat anda yang selalu muntah - muntah.
Yang terkini, dikatakan bahawa amalan makan iasi buat durian belanda boleh menyembuhkan penyakit kanser.
Lain-lain jenis buah-buahan Malaysia
pisang dan tembikai @ temikai @ mentimun cina
buah jambu air
buah mangga
buah laici
buah nangka
buah cempedak
buah jambu bola
buah delima
buah nona
buah dokong
buah jambu batu
buah asam celagi
buah ciku
buah kedondong
buah jambu bertih
buah jambu mawar
jambu air merah
buah jambu air putih
jambu arang atau buah kerian
buah jambu gajus @ jambu golok
buah jambu susu
buah markisa
buah nona
durian belanda
buah pala
buah sukun
buah tampoi
pisang kaki
Salam
ReplyDeleteRadang Paru-paru Copd.
ReplyDeleteSaya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring