Monday, February 2, 2015

M 014 KETUA SETIA USAHA NEGARA MALAYSIA

.


KETUA SETIAUSAHA NEGARA




PERTAMA
Tun Dr Abdul Aziz bin Abdul Majid SMN PSM SPMS DUNM
(Allahyarham)
(1-8-1957 – 31-8-1964)



Abdul Aziz dilahirkan di Kajang pada 10 Mac 1908 dan memulakan kerjayanya pada tahun 1926 sebagai seorang guru sementara sejurus selepas lulus Cambridge School Certificate. Pada masa yang sama, Allahyarham menduduki peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (Malay Administrative Service) dan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan tersebut.

Pada tanggal 3 Ogos 1926, iaitu, setelah memperoleh kejayaaan dalam peperiksaan tersebut, Tun memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Kutipan Hasil Tanah sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah dan seterusnya sebagai Pegawai Daerah di negeri Selangor. Setelah berkhidmat selama 15 tahun di dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu, Tun telah dinaikkan pangkat di Malayan Civil Service pada 3 Ogos 1941.

Sewaktu British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Malayu pada tahun 1946, Tun Hj. Abdul Aziz telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha kepada Pejabat Suruhanjaya Residen Selangor.

Kepimpinan dan ketokohan Allahyarham sememangnya mendapat keyakinan oleh semua pihak. Pada 1 Februari 1948, telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pertama Negeri Selangor. Pada bulan Mac tahun yang sama, Allahyarham telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pentadbiran di Oxford University, London. Pada tahun 1949 iaitu sekembalinya dari London, Tun telah ditugaskan untuk memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Di peringkat negeri, Tun telah dilantik ke jawatan Pegawai Daerah di Teluk Anson.  Pada 22 Januari 1952, Allahyarham dilantik sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha di Bahagian Keselamatan Dalam Negeri, Bahagian Pertahanan.

Pada 15 April 1952, Tun dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan diikuti sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 September 1954.

Dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, Tun Hj. Abdul Aziz merupakan antara pemimpin terpenting negara yang telah berjuang bersama Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan juga pemimpin-pemimpin lain. Ini terbukti antara tahun 1956 dan 1957, Tun mengikuti rombongan kemerdekaan di London bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Pada tahun 1958 pula, Tun dan beberapa anggota rundingan telah pergi ke London sekali lagi untuk berbincang mengenai Perjanjian Pertahanan Malaya.

Pada Jun 1963, rombongan ke London diadakan lagi bagi membincangkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Tun telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan. Selain daripada itu, Tun Hj. Abd. Aziz telah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Awam iaitu Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri  merangkap Setiausaha Jemaah Menteri Malaysia.

Sebagai salah seorang anggota perundingan Perlembagaan yang terkemuka mewakili Tanah Melayu, pada tahun 1963, Tun Hj. Abdul Aziz sekali lagi terpilih sebagai salah seorang anggota rombongan Tanah Melayu yang berunding dengan Pejabat Commonwealth tentang kemasukan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia. Tun seterusnya menjadi ketua rombongan perundingan Persekutuan Tanah Melayu dalam Jawatankuasa antara Kerajaan untuk membincangkan syarat dan peraturan-peraturan kemasukan negeri Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan baru Malaysia.

Pada tahun 1964, Tun bersara dari jawatan yang disandangnya. Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama, Tun sekali lagi ditugaskan untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehinga tahun 1971.

Tun Abdul Aziz kemudiannya telah dilantik menjadi Gabenor Melaka pada 31 Ogos 1971 untuk sehingga beliau meninggal dunia pada 10 Mei 1975.


KEDUA
Tan Sri Abdul Jamil bin Abdul Rais PMN SPMS
(Allahyarham) 
(1-9-1964 – 6-11-1967)



Tan Sri Dato' Abdul Jamil Abdul Rais (lahir 14 Januari 1912 di Kuala Kangsar - 1994) merupakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (1961-1964). Sebelum itu beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.Seterusnya menjadi duta ke United Kingdom dan kemudian ke Ireland. Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Hugh Clifford, Kuala Kangsar ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (1931), sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti OxfordEngland. (1952-1953) jurusan ekonomi pertanian. Beliau melanjutkan pelajaran setelah mendapat biasiswa daripada Queen , seperti Anjang Saith, Ismail bin Aris dan Hussain Kamal.

Mulanya bertugas di Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Administration Service) di Pejabat Tanah dan Daerah pada Julai 1932 . Sebagai Pegawai Pelatih (Probationer Officer) M.A.S dan ditempatkan di Pejabat Daerah Kuala Selangor (1932), di Pejabat Daerah Sabak BernamSelangor (1933). Kerjayanya dalam bidang ini semakin menyinar bila beliau bertugas pula di Pejabat Daerah Port Dickson dan seterusnya menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O) di Hulu Selangor (1938) dan Timbalan Penolong Pegawai Daerah di Hilir Perak (1939-1941) apabila meletusnya Perang Dunia Kedua dan Tanah Melayu telah diambil alih pentadbirannya oleh pihak Jepun selama beberapa tahun.

Semasa Jepun, beliau bergerak aktif dalam gerakan anti Jepun melalui pasukan gerila Force 136 dan pernah ditangkap oleh Jepun. Semasa penyerahan Jepun kepada tentera British, sekali lagi beliau ditangkap oleh pihak komunis PKM.
Selepas PDII tamat, beliau menjadi Pesuruhjaya Tanah dan Galian Perlis (1948-1951) ; Setiausaha kerajaan Negeri Perlis (1951-1954) ; Pegawai Kewangan Negeri Selangor (1954-1955) ; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (1956) dan Menteri Besar Selangor (1956-1958).

Pada 6 Ogos 1956, 24 orang pegawai Melayu menghantar memorandum cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Antara yang menandatanganinya ialah Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Raja Tun Mohar Badiozaman, Tun Hamdan Tahir, Tan Sri Abdullah Ayub, Tan Sri Dol Ramli, Tan Sri Yaacob Abdul Latif, Tun Syed Nasir Syed Ismail, Abdul Jamil Abdul Rais dan Tan Sri Sujak Rahiman.Sungguhpun mereka bekerja di bawah pentadbiran British tetapi mereka sanggup menghadapi sebarang risiko.

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 1957 bagi menggantikan Muhammad Ismail Abdul Latiff.

Kemudiannya dalam tahun 1961-1964 dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan Negara (pada masa itu: Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan . Menteri Kewangan ketika itu ialah Tun Tan Siew Sin. Beliau juga terlibat dalam merancang Rancangan Lima Tahun Malaysia 1951-1965 bersama Tunku Abdul Rahman, Mohamed bin Baba dan YM Raja Mohar bin Raja Badiozaman dll. Jamil Rais selaku pengerusi NDPC telah dipuji kerana kerja yang baik dalam menggubal Rancangan Malaysia .

Beliau dilantik pula sebagai Ketua Setiausaha Negara (1964) yang pertama. Sebelum ini jawatan ini dikenali sebagai Setiausaha Tetap JPM. Pada masa yang sama, beliau menyandang jawatan sebagai Setiausaha Jemaah Menteri. Pada tahun 1967, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London dan juga duta ke Ireland.

Beliau menjadi Pengerusi Lembaga Perancang Keluarga Negara (NFPB) yang menganjurkan bengkel dan seminar kekeluargaan dan kesihatan keluarga.
Dalam bulan November 1967, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom di London dan merangkap ke Rep Ireland

Beliau juga diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ; Naib Yang Di Pertua Persatuan Dakwah Islamiah Malaysia ; Naib Presiden Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ; Presiden Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia ; Presiden Persatuan Lawn Tennis Selangor ; Presiden Persatuan Lawn Tennis Malaysia ; Naib Presiden FAM ; Pengerusi Majlis Universiti Malaya ; Pengerusi Majlis Persatuan Pengakap Malaysia (Anak Melayu pertama memegang jawatan ini) ; Pengerusi Lembaga Perancang Keluarga ; Pengerusi Kontena Nasional Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Jasa beliau di dalam dan luar negara mendapat pengiktirafan dan penghargaan. Semasa pentadbiran British lagi beliau telah dikurniakan pingat ‘Coronation Medal' dan juga ‘Selangor Meritorius Service Medal' (1956).

Pingat Johan Mangku Negara (JMN) dan juga Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Yang di-Pertua Agong yang membawa gelaran Tan Sri. Anugerah pingat tertinggi daripada Kerajaan Negara Thailand iaitu ‘Knight Commander of The Most Exalted Order of The White Elephant'.

Beliau berkahwin dengan Norhimah Haji Khalid (1936) dan mendapat 4 anak lelaki dan 7 anak perempuan.


KETIGA
Tunku Tan Sri Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin DKYR PMN PSD SPMS PNBS DPMS JMN PPT PBJ
(Allahyarham)
(7-11-1967 – 31-12-1969)



Tunku Tan Sri Mohamed diputerakan di Istana Baroh, Seri Menanti pada 19 April 1914.

Beliau mendapat pendidikan di Sekjolah Melayu Seri Menanti, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan menyertai Malay Administrative Service (MAS) pada tahun 1934 dan pada tahun 1937 dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah Larut. Beliau ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Sukarela Negeri Melayu Bersekutu (FMSVSF) pada tahun 1937 dan turut menyertai Perang Dunia II (1939-1945) serta pernah menerima pingat Burma Stars dan British Medals. Dinaikkan ke pangkat Kapten pada tahun 1945.

Selepas tamat pendudukan Jepun, beliau menyertai UMNO dan pernah menjadi Pengerusi UMNO Negeri Sembilan antara 1945-1947. Pada tahun 1947 beliau menyertai Malayan Civil Service (MCS) dan dilantik menjadi Penolong Setiausaha Kerajaan NS (1948-1950), Pemangku Setiausaha Kerajaan NS (1950-1951) dan dipinjamkan ke Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office) di London (1951-1952).

Pada tahuhn 1953 beliau pulang ke Malaya dan dilantik menjadi Penolong Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri, kemudian bertukar ke Kementerian Perdagangan sebagai Penolong Pengawal (1954-1955) sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Malaya ke Pakistan (1955-1957) dan dinaiktaraf kepada Pesuruhjaya Tinggi (1957-1959) dan Pesuruhjaya Tinggi ke United Kingdom (1959-1963).

Sekembalinya ke Malaya pada tahun 1963, beliau dilantik menjadi Setiausaha Persekutuan untuk Sabah dan Sarawak. Pada 7 Nov 1967 dilantik menjadi Ketua Kerajaan Persekutuan (Ketua Setiausaha Negara) sehingga bersara pada 31 Dis 1969.

Setelah bersara beliau aktif dalam pertubuhan bukan Kerajaan seperti Pengerusi Persatuan palang Merah Malaysia (1969-1995), Naib Presiden Lega Persatuan-Persatuan palang Merah Asia (1970), Pengerusi Majlis Perdagangan Malaysia-Norway (1990-1995), Presiden Majlis Pengakap Selangor. Beliau juga dianugerahi dengan Ijazah Kehormat Doktor Sains oleh Universiti Malaya.

Beliau berkahwin dengan Tunku Puan Sri Azizah binti Tunku Petra (28 Feb 1937) dan mendapat seorang anak lelaki dan 4 anak perempuan.

Tunku tan Sri Mohamed meninggal dunia pada 10 Feb 1965.


KEEMPAT
Tan Sri Abd Kadir bin Shamsudin PMN
(Allahyarham)
(1-1-1970 – 30-9-1976)



Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin dilahirkan pada  3 Nov 1920 di Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Setelah tamat persekolahan pada tahun 1939 beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengawal Pos sebelum mendapat biasiswa untuk mengikuti pengajian ekonomi di Raffles College, Singapura. Kecerdasan beliau terserlah ketika masih menuntut lagi. Ini dapat dilihat apabila beliau dianugerahkan dengan "Queen's Scholarship" untuk melanjutkan pelajarannya di bidang undang-undang di Bristol University, England pada tahun 1947. Dalam tahun 1954, beliau telah berjaya pula mendapatkan "Fulbright Exchange Fellowship" untuk melanjutkan pelajarannya di Yale University, Amerika Syarikat.

Beliau telah memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (Malay Administrative Service/MAS)pada tahun 1948 dan seterusnya di dalam Perkhidmatan MCS (Malayan Civil Service) dalam tahun 1952 dan bertugas sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada tahun 1955 beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan  dan pada tahun 1956 sebagai Pemangku Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dalam tahun 1957 beliau telah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan.

Sebagai seorang nasionalis beliau turut bertungkus lumus mencurah tenaga dan fikiran untuk memerdekakan negara dari penjajah. Dalam rundingan-rundingan ke arah kemerdekaan yang dijalankan beliau turut serta dalam perbincangan mengenai perkara-perkara pokok saperti kawalan keatas kewangan negara, perlantikan warganegara-warganegara Tanah Melayu bagi mengetuai Jabatan-Jabatan Kerajaan, keselamatan dalam negeri dan pemulihan perlembagaan, malah beliau telah turut diberi kepercayaan untuk menyertai rombongan "Kemerdekaan" tersebut. Tan Sri Abdul Kadir telah menjadi Setiausaha Bersama (bersama Tan Sri T.H. Tan). Dengan slogan "Berjuang atau Mati" Tan Sri Abdul Kadir bekerja siang dan malam bersama-sama anggota rombongan yang lain. Ketekunan dan kegigihan beliau diakui sendiri oleh Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahmandi mana katanya "kedua-dua orang Setiausaha kami, Encik Abdul Kadir dan T.H. Tan bekerja melebihi tugasnya yang biasa."

Pada tahun 1961 beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Sebelum itu beliau telah menghadiri kursus di British Imperial Defence College (sekarang Royal College of Defence Studies) selama setahun. Beliau terus diberi kepercayaan mengenai hal ehwal negara di mana beliau dilibatkan dalam soal-soal pembentukan Malaysia dan juga perbincangan keamanan dengan Sokarno di Manila, Tokyo dan Bangkok. Selepas 13 Mei 1969 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pentadbir, Urusetia Hal Ehwal Awam Malaysia dalam Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Dalam menjalankan tugas, Tan Sri Abdul Kadir terkenal dengan ketegasan, kebijaksanaan dan mempunyai wawasan tertentu. Beliaulah orang yang bertanggungjawab mengubah "Federal Establishment Office" kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Tujuan perubahan ialah untuk menyusan semula Pejabat Perjawatan Persekutuan.

Semasa menjadi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri telah juga melakukan banyak perubahan. Beliau telah cuba menghindarkan peraturan-peraturan yang berbau birokratik, mengadakan sistem "feedback" dan "monitoring", mengadakan kajian terhadap tanggagaji dan lain-lain perubahan dalam sistem pentadbiran. Sebagai seorang nasionalis tulen, beliau tidak pernah melupakan bangsanya di luar bandar yang sentiasa terhimpit kemiskinan. Beliau banyak melakukan tindakan-tindakan untuk memajukan kawasan tersebut dan menyediakan rancangan-rancangan pembangunan luar bandar. Tan Sri sendiri menjadi Pengerusi Bahagian Pembangunan Negara yang menetapkan dasar-dasar ekonomi baru.
Setelah enam tahun memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara beliau bersara pada tahun 1976. Setelah bersara beliau dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas. Semasa di Petronas beliau telah berjaya menghadapi berbagai keruncingan dengan syarikat-syarikat minyak yang lain. Di antara kejayaannya yang terbesar ialah apabila termaktubnya Perjanjian Perkongsian dan Penghasilan serta Pembentukan Malaysia LNG Sdn Bhd Selain itu beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Pentadbir Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), Pengerusi MASPA (Persatuan Pengurusan untuk Pentadbir-Pentadbir), Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Tadbir Pembangunan dan Pengerusi Lembaga Letrik Negara (sekarang Tenaga Nasional Berhad/TNB).

Dalam kegiatan sukarela, Tan Sri Kadir Shamsuddin juga tidak ketinggalan melibatkan diri. Beliau pernah manjadi Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pengerusi Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara.

Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin telah pulang ke rahmatullah pada 8 November 1978 dalam usia 58 tahun meninggalkan isteri dan lima orang anak. Beliau juga pernah menjadi wakil Raja-Raja melayu untuk rombongan kemerdekaan 1956.



KELIMA
Tun Abdullah bin Mohd Salleh SSM PMN PSM SPMS DMSM DPMT KMN
(Allahyarham)

(1-10-1976 – 31-12-1978)



Abdullah dilahirkan pada 24 Jun 1926 di Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka, Sekolah Melayu Air Pak Abas, Alor Gajah Melaka, Bandar Hilir English School, Melaka, High School Melaka, dan  Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak.  Beliau melanjutkan penjagian ke Universiti Malaya, Singapura (1952-1954) dan lulus ijazah Sarjana Muda Sastera.  

Abdullah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam (MCS) pada tahun 1955 sebagai  Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Johor Bahru, Johor kemudian sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (1956 - 1958), Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj (1959 - 1962), Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (1962 - 1966), Setiausaha Rendah Kabinet di Jabatan Perdana Menteri (1967-1968), Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1969 -1971).

Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Perikanan (1972 -1974), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (1975), dan akhirnya sebagai Ketua Setiausaha Negara (1976 - 1977).  Beliau juga menyandang jawatan Ketua Eksekutif Petrolium Nasional Bhd. (PETRONAS) pada tahun 1978.  

Setelah bersara dari perkhidmatan awam beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  


Sebagai Pendaftar pertama Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau menjadi penggerak utama dalam membangun dan memajukan universiti berkenaan. Beliau ibarat tiang seri tempat bersandar kepada permulaan sebuah universiti yang julung-julung kali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya, 1970.

Tun Abdullah meninggal dunia pada 22 Jun 2006.  

KEENAM
Tun Abdullah bin Ayub SSM PMN PSM SPCM SPMJ DPMT DPSK PGDK JMN KMN
(1 Jan 1979 – 30 Nov 1980)


Tun Abdullah Bin Ayub telah dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut dan di Anglo-Chinese School, Sitiawan, sebelum meneruskan persekolahan beliau di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak. Berkat dari ketekunan dan ketabahan beliau dalam pelajaran, Tun Abdullah telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Cambridge School Certificate dan berjaya meneruskan pengajiannya ke Raffles College dan University Malaya, Singapore. Beliau lulus Ijazah B.A (hons) dalam tahun 1953 dan telah dianugerahkan “Queen's Scholarship” kerana pencapaian yang amat cemerlang.

Kerjaya Tun Abdullah dalam pentadbiran bermula apabila beliau diterima masuk sebagai Pegawai Pelatih (Probationer Of cer) Malayan Civil Service (M.C.S) pada 5 Januari 1954 dan ditempatkan sebagai Penolong Pesuruhjaya Buruh di Pejabat Buruh Selangor.

Selepas lulus Pengajian Bahasa Cina, Tun Abdullah telah ditempatkan di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai Setiausaha Sulit kepada Y.T.M. Tunku Rahman Putra mulai Ogos 1956. Beliau telah ditukarkan pula ke Kementerian Dalam dan Keadilan untuk membantu menyediakan persiapan perayaan Hari Merdeka dan Pertabalan Yang di-Pertua Agong yang pertama pada 31 Ogos 1957. Tun Abdullah kemudian telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pentadbiran Awam di Universiti Cambridge, England selama setahun dari tahun 1958 hingga 1959.

Sekembalinya Tun Abdullah dari England, beliau telah ditugaskan di Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat sebagai Ketua Penolong Setiausaha dan selepas itu ke Jabatan Perdana Menteri dan akhirnya ditukarkan ke Perbendaharaan di awal tahun 1961. Tun Abdullah mempunyai kerjaya yang lama di Perbendaharaan iaitu hampir 15 tahun (1961-1972, 1974-1978). Di dalam tempoh itu, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di dalam kementerian dan telah dinaikkan pangkat daripada Tingkatan Tertinggi H hingga Turus A. Beliau telah menjadi Ahli Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (N.D.P.C.) selama beberapa lama dan kemudian menyandang jawatan pengerusinya.

Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah semasa menjalankan tugas telah membawa beliau ke jawatan-jawatan yang lebih tinggi dan penting kepada negara Malaysia. Ini terbukti apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 1972. Selain itu, beliau juga berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan daripada Ogos 1974 hingga Disember 1978. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Kecemerlangannya sebagai seorang pentadbir mencapai kemuncaknya apabila Tun Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara untuk mengetuai Perkhidmatan Awam di negara ini pada 1 Januari 1979. Dalam itu pula, beliau telah dilantik untuk menjadi Pengerusi Lembaga Letrik Negara. Sebaik sahaja bersara dari Perkhidmatan Awam pada 3 Januari 1981, Tun Abdullah terus dilantik sebagai Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.


Jasa-jasa beliau dihargai dengan anugerah-anugerah darjah SPCM, SPMJ, DPMT, DPSK, PGDK yang diterima dari beberapa buah negeri di Malaysia dan tidak ketinggalan di peringkat persekutuan dengan Anugerah-anugerah Bintang KMN, JMN dan Darjah PSM pada tahun 1974 dan Darjah PMN pada tahun 1979, yang kedua-duanya membawa gelaran Tan Sri. Pada tahun 2011, beliau telah dikurniakan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.


KETUJUH
Tan Sri Hashim bin Aman PMN PSM SPMS  SUNS SSSA DPMK DCSM DSNS DPMJ
(1 Dis 1980 - 14 Jun 1984)



Beliau telah dilahirkan pada 1 September, 1929 di Kampung Chembong Rembau, NS. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah King George V, Seremban, sebelum ke Universiti MalayaSingapura, dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains pada tahun 1957.
Hashim telah berkhidmat selama hampir 27 tahun di berbagai jabatan dan agensi awam, termasuk sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan, dan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha Negara mulai tahun 1980 hingga tahun 1984.

Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Kerajaan Negeri Kelantan apabila Negeri Kelantan diisytiharkan dalam keadaan darurat pada akhir tahun 1977 semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn .Beliau bekerjasama dengan pemimpin politik dan golongan pentadbiran Kelantan serta Persekutuan untuk kemajuan dan kesejahteraan negeri Kelantan. Tun Dr Mahathir Mohamad cukup ingat akan peranan singkat beliau di Kelantan dan merupakan salah satu kenangan yang manis bagi mereka. Kerajaan PAS di bawah Menteri Besar Kelantan berjaya oleh UMNO/Barisan Nasional.

Dr Mahathir menyifatkan beliau sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam yang tidak suka menonjolkan diri atau 'publicity-shy'. Dengan itu peluang media massa untuk memetik pemikiran dan kenyataan beliau sangat terhad. Kalau ada pun hanyalah pada upacara-upacara seperti pembukaan kursus-kursus dan upacara-upacara seumpamanya. Kerajaan Malaysia menghargai kesungguhan, kecekapan dan keutuhan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Hashim.

Hashim Aman bersara pada 1984 dan majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1984 dengan kehadiran istimewa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato' Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad.


KELAPAN
Tan Sri Sallehuddin Jaafar bin Mohamed PMN PSM SSIS SIMP DHMS DIMP JMN KMN  
(15 Jun 1984 - 31 Jan 1990)


Sallehuddin dilahirkan di Kg Dong, Raub, Pahang pada 9 September 1932.

Beliau merupakan graduan Universiti Malaya Bachelor of Arts (Honours) dalam bidang Economics pada tahun 1959. Menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran dari UTM pada tahun 1997.


Sallehuddin menyertai Malaysian Civil Service pada tahun 1959  dan menjawat pelbagai jawatan penting dalam Kerajaan Pusat.  Antaranya ialah di Kementerian Kewangan (1965-1982), Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM (1982-1984) dan dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada tahun 1984 sehingga bersara pada tahun 1990.


KESEMBILAN
Tun Ahmad Sarji bin Abd Hamid SSM PMN SPDK SPNS SSMT SSSA DGSM PNBS SPMS SPMT SPMP SIMP DPCM SMP JMN PJK 
(1 Feb 1990 - 16 Sep 1996) 



Ahmad Sarji dilahirkan pada 16 Sep 1938 di Ipoh, Perak.  Mula menjejakan kaki ke alam persekolahan pada tahun 1946 di Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh,   Sekolah Melayu Kampung Batu Tiga, Tapah , Sekolah Melayu, Tapah  (1949 – 1955) dan Government English School, Tapah yang kemudian dinamakan Sek Men Keb Buyong Adil. Pada tahun 1956 beliau bertukar ke Anderson School, Ipoh dan pada tahun 1957 melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya hingga mendapat ijazah B.A. (Hons.)  pada tahun 1960.

1966 – 1967 : Institute of Social Studies, The Hague, Netherlands (Diploma in Public Administration), 10 Januari 1961 Pegawai Pentadbir di dalam Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service), dengan memegang jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Klang, Selangor. 

Seterusnya Ahmad Sarji melalui pengalaman kerjaya seperti berikut:

(1)   1 Jun 1961: Penolong Pegawai Daerah, Seremban, Penolong Pegawai Daerah, Mantin. Kerajaan Negeri Sembilan telah juga melantik beliau sebagai Pendaftar Hak Milik (Registrar of Titles, Negeri Sembilan).
(2)   1 Dis, 1963: Pegawai Daerah, Rembau.
(3)   1 Okt, 1964: Pegawai Daerah, Port Dickson. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi, Lembaga Bandaran bagi kedua-dua daerah itu, dan bertanggung-jawab di atas pentadbiran daerah, pengurusan tanah dan juga keselamatan daerah oleh kerana pada masa itu negara menghadapi konfrantasi Kerajaan Indonesia. 
(4)   Penolong Setiausaha (Pencen) di Pejabat Perjawatan Persekutuan (Federal Establishment Office); 
(5)   Penolong Pengarah (Perkhidmatan) di Jabatan Perkhidmatan Awam; 

1970-71Ahmad Sarji mengikuti kursus di Amerika Syarikat dan menerima ijazah Master in Public Administration dari Harvard University.

Sekembalinya dari Amerika Syarikat beliau menjawat jawatan-jawatan berikut:

(1)   Setiausaha Bahagian Kabinet dan Perlembagaan semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
(2)   Ketua Pengarah yang pertama bagi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
(3)   Antara tahun 1979-1981 dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
(4)   1 Mei 1981: Timbalan Pengerusi dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA),
(5)   Nov 1981 Timbalan Ketua Pengarah (I) Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.
(6)   15 Ogos 1985 Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, dan juga  memegang jawatan Pengerusi, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Pada 1 Feb 1990 dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara sehingga bersara pada tahun 1996.


KE 10
Tan Sri Abdul Halim bin Ali PMN PJN SPMS SIMP DGSM DHMS DSDK JSM AMN
(17 Sep 1996 – 01 Feb 001)


Abdul Halim dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada bulan Julai 1943. Beliau mendapat didikan di Kolej Sultan Abdul Hamid dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga mendapat ijazah Bachelor of Arts (Honours) pada tahun 1966.

Abdul halim menyertai perkhidmatan diplomatik di Wisma Putra antara tahun 1967 hingga 1996.  Sepanjang tempoh tersebut beliau menyandang pelbagai peringkat jawatan di Wisma Putra dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.  Beliau pernah menjadi  Duta Malaysia ke Vietnam dan Austria.


Beliau dilantik menjadi Ketua Setia Usaha Negara dari tahun 1996 hingga bersara pada tahun 2001. Beliau merupakan pegawai dari Wisma Putra yang pertama dilantik menjadi KSN.


KE 11
Tan Sri Shamsudin bin Osman PMN PSM SJMK SPMS SPMP SSAP SIMP PNBS DPPN SPDK DGSM DPMJ DPMS DHMS PGDK SMW JSM PMP AMN
(2 Feb 2001 – 30 Ogos 2006)


Tan Sri Samsudin Osman (lahir 1947 di Johor BahruJohor).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Malaya dan juga Ijazah  Sarjana Pentadbiran Awam dari Pennsylvania State Univ, Amerika Syarikat.
Pada 15 Mei 1971 beliau mengikuti Kursus DPA di Universiti Malaya.

Kerjaya beliau bermula pada 15 Oktober 1969 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Perkhidmatan Dalam Dan Luar sebagai Penolong Setiausaha Di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Pada 29 Feb 1972 ditukar ke jawatan  Penolong Pengarah (Perjawatan) di JPA, Seterusnya mulai 2 April 1973 beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua PP (Perjawatan) JPA sebelum ditukarkan  pindah ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Sulit Khas kepada KSN mulai 3 Ogos 1977. Kemudian bertukar menjawat Setiausaha Sulit Khas Kepada KSN pada 3 Ogos 1977 dan pada 01 Ogos 1980 dipilih mengikuti kursus MPA Di Univ. Pennsylvania USA.

Sepulangnya dari USA beliau ditukarkan pada 03 Apr 1982 sebagai Ketua Pusat Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan INTAN. Pada  01 Ogos 1985 dinaikkan pangkat untuk menjawat Timbaan Pengarah (Pengurusan) INTAN sebelum berpindah ke jawatan Timbalan Pengarah (Akademik) pada 01 Apr 1986.

Pada 01 Jun 1987 beliau ditukarkan ke jawatan Timbalan KSU Kementerian  Pengangkutan, 16 Jan 1989 TKSU (Perancangan), Kem. Pengangkutan. Pada 01 Mei 1990 ditukarkan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk menjawat jawatan Ketua Setiausaha (KSU) Kem Perdagangan Dalam  Negeri dan Kepenggunaan mulai 1 Sep 1994. Pada 8 Sep 1996 bertukar ke jawatan  KSU Kem Dalam Negeri.

Pada 15 Dis 1998 beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPP) di JPM dan sekali lagi dinaikkan pangkat jawatan tertinggi Perkhidmatan Awam iaitu Ketua Setiausaha Negara mulai 01 Mac 2001 sehingga ke tarikh persaraan beliau pada 03 Mac 2003.

Beliau adalah bekas Presiden Perbadanan Putrajaya mulai1 Ogos 2004 hingga 31 Julai 2012) dan selepas bersara beliau pernah menjadi Pengerusi KWSP  dan Pengerusi Kwasa Land Sdn. Bhd.

     

KE 12
Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan PMN PSM SJMK SPMS SPCM SSAP SUMW DGSM PNBS DHMS DIMP KMN
(31 Ogos 2006 – 22 Jun 2012)

Image result for tan sri sidek hassan

Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkuat kuasa 3 September 2006. 

Tan Sri Mohd Sidek dilahirkan di Pekan, Pahang pada 24 Jun 1951. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat.  Tan Sri Mohd Sidek memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 15 April 1974 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Perdagangan, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun dari Mei 1977 hingga Julai 1980.  Dari Ogos 1980 hingga Julai 1984, beliau berkhidmat di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, mulanya sebagai Ketua Penolong Pengarah, kemudian dinaikkan pangkat ke Timbalan Pengarah, Sektor Analisa Projek dan seterusnya Timbalan Pengarah (Penyelidikan) di jabatan yang sama.  

Tan Sri Mohd Sidek mempunyai pengalaman kerja yang amat luas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Semasa berkhidmat di Kementerian tersebut, beliau telah ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney, Australia, Timbalan Pengarah Dasar di Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Timbalan Pengarah (Operasi) di Bahagian Perdagangan Antarabangsa, Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi di Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Washington D.C., Amerika Syarikat dan Pengarah Bahagian Perhubungan Pelbagai Hala.  

Tan Sri Mohd Sidek telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) pada 19 Januari 2001 dan seterusnya Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 24 Oktober 2004.


Beliau dilantik menjadi Ketua Setia Usaha Negara pada 31 Ogos 2006 sehingga bersara pada 22 Jun 2012.  Tempoh perkhidmatan beliau sebagai KSN ialah 5 tahun 9 bukan 22 hari.





KE 13
Tan Sri Dato' Seri Dr Ali bin Hamsa PMN PSM SPMJ SSAP SJMK SSMZ SUNS SPMS SPDK DCSM DIMP DPNS ASDK KMN AMN PKT

(23 Jun 2012 - 29 Ogos 2018)

    Image result for tan sri ali hamsa

Ali Hamsa dilahirkan di Kluang Johor  pada 29 Ogos 1955. Beliau mendapat pendidikan peringkat tinggi dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1979.

Ali memulakan perkhidmatannya dalam Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia (MSC) sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 5 Januari 1981 sebagai seorang  Penolong Setiausaha (PSU) di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MITI). Antara jawatan awal beliau selepas itu adalah Ketua Penolong Pengarah  Unit Perkapalan, Kementerian Pengangkutan.

Semasa dalam perkhidmatan beliau telah mendapat biasiswa Kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara dan memperolehi  Master in Economy serta   ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Ali pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd. dan kemudian bertukar ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009.  Di UPE, beliau menyandang tugas sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian,  Timbalan Ketua Pengarah  Program National Transformation & Advancement sebelum ditukarkan ke jawatan  Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di JPM pada 22 April 2009 hingga 2012.


Pada 19 Jun 2012, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Abdul Halim menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai KSN yang menamatkan perkhidmatan pada 22 Jun 2012.



KE 14
Tan Sri Dr Ismail bin Hj Bakar SSAP SMW DMSM
(29 Ogos 2018 – 31 Dis 2019)


Image result for DATO' SERI ISMAIL BIN HJ BAKAR

Ismail bin Bakar dilahirkan di Seri Medan, Batu Pahat, Johor pada 19 Januari 1960.

Mendapat pendidikan di Sek Keb Seri Medan, Batu Pahat dan Sek Men Dato’ Bentara Luar sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1979 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) pada tahun 1983.

Pada tahun 1995, beliau menerima ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari  University of Hull, United Kingdom dan pada tahun 2004 mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Federalisme Fiskal dari University of Hull, United Kingdom.

Ismail berpengalaman selama lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan awam dan telah memegang beberapa portfolio penting sepanjang kerjayanya. Beliau menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik pada 13 Januari 1986.

Diantara jawatan penting yang disandang ialah Timbalan Ketua setiausaha (Pengurusan Dasar dan Strategik) dari 2005 hingga 2008, Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington D.C dari tahun 2008 hingga 2010,  Pengarah Belanjawan, Kementerian Kewangan dari 2010 hingga 2014; Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan dari 2014 hingga 2015; Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2015 hingga 2018; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dari Jun 2018 hingga Ogos 2018 dan dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara ke-14 pada 28 Ogos 2018. 

Tan Sri Dr Ismail bersara pada 31 Jan 2019

KE 15
Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali SMW PSD DIMP JSD AMT PPT
(01 Jan 2020 - kini)


Mohd Zuki dilahirkan di Terengganu pada tahun 1961.

Bachelor of Economics with Honours (Development and Planning), Universiti Kebangsaan Malaysia
Master of Business Administration (Finance), Nanyang Technological University, Singapore/Massachusett Institute of Technology, Boston, USA
Diploma in Public Management (INTAN)

He has served in the Prime Minister’s Department (PMD) since 2011 and is currently the Senior Deputy Secretary General of PMD.

He has also served as the Director General of Legal Affairs Division and Federal Secretary of Sarawak, Sarawak Federal Secretary Office, PMD.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KSN

KSN adalah pegawai yang terkanan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (MSC).  KSN dilantik oleh SPB Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. KSN juga adalah Setiausaha kepada Jemaah Menteri.

Dalam melaksanakan utamanya, KSN adalah Pengerusi kepada Mesyuarat-mesyuarat berikut:
Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan.
Mesyuarat Ketua Jabatan Persekutuan.
Mesyuarat Perhubungan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Mesyuarat Ketua Eksekutif Badan Berkanun Malaysia.
Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH)
Lembaga Pemegang Amanah, Unit Inovasi Khas (UNIK)
Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM)
Lembaga Pengurusan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
Lembaga Pemegang Amanah, Razak School of Government (RSOG)
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan
Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN)
Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P)
Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK)
Jawatankuasa Pengurusan Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA)
Mesyuarat Kemuncak Pelasanaan Strategik Negara mengenai inisiatif strategi laut biru.
Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN)
Jawatankuasa Penyelarasan Aplikasi Perdana
Mesyuarat Khas Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi
Jawatankuasa Perhubungan Luar
Jawatankuasa Pemandu Pengecilan Saiz Perkhidmatan Awam
Jawatankuasa Pegawai Bagi Menyemak Peruntukan-Peruntukan Dalam Perlembagaan
Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam
Jawatankuasa Sosial Negara
Jawatankuasa Kerja Am Kelab Golf Perkhidmatan Awam
Jawatankuasa Kerja MAKSAK

Ketua Setia Usaha Negara adalah juga Setia Usaha kepada:
Mesyuarat Jemaah Menteri / Mesyuarat Khas Jemaah Menteri.
Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
Mesyuarat Khas Peringkat Menteri bagi Mengkaji Kemajuan Pelaksanaan Keputusan-keputusan Laporan Antara Kerajaan (IGC) 1962.



No comments:

Post a Comment