Tuesday, February 3, 2015

M 028 NEGERI 2: KEDAH DARUL AMAN



KEDAH 
DARUL AMAN
.


Dalam TAJUK M 027, aku telah menceritakan perihal Negeri Johor Darul Taazim, negeri tempat aku dilahirkan.  Selepas ini aku akan cuba membuat reading tentang SEJARAH negeri-negeri di Malaysia satu persatu.  Untuk lebih adil, aku akan meyusun mengikut ABJAD.  Kebetulan abjad terawal adalah negeri Johor, jadi urutan selanjutnya adalah KEDAH

Kenangan hidupku berkaitan dengan Negeri Kedah yang paling signifikan ialah apabila aku dihantar ke TUDM Alor Setar pada awal tahun 1981 untuk mengikuti latihan penerbangan setelah aku menamatkan latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson.  Namun aku tidak lama di sana, hanya lebih kurang dua minggu sahaja kerana aku dipindahkan ke TUDM Kluang untuk mengikuti latihan asas penerbangan helikopter.

Hubungan Negeri Kedah dengan kehidupan keluarga ku yang lain ialah apabila dua orang anakku Muhammad Hafeez dan Nur Fairiz bersekolah di Sek Men Agama Wawasan, Sg Petani selama setahun (2000) sebelum berpindah ke Sek Men Agama Nahdatul Hasanah, Melele, Kubang Pasu(2002/2003). Dalam tempoh 3 tahun itu, aku kerap ke Kedah kerana menghantar atau mengambil anak aku di awal tahun dan akhir tahun persekolahan.  Selalunya aku akan menginap di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.

Berkaitan dengan hubungan antara keluarga DiRaja Johor dengan keluarga DiRaja Kedah, aku belum dapat mengesannya sama ada pernah berlaku perkahwinan antara mana-mana kedua keluarga DiRaja berkenaan.

Fakta Negeri Kedah Darulaman

Ibu Negeri: Alor Setar
Bandar DiRaja: Anak Bukit, Alor Setar
Keluasan: 9,426 km persegi
Penduduk: 1,689,600 (2001)
Kepadatan: 179.2/km persegi


LAGU RASMI NEGERI KEDAH

ALLAH SELAMATKAN SULTAN MAHKOTA
(22 Mac 1937)

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata


Sejarah Awal Kedah

Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah Darul Aman dan lain-lain negeri di Semenanjung Tanah Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Nusantara dan Pasifik.

Apabila perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.

Selain dari itu, Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan.

Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya

Sejarah Kesultanan Kedah

Sejarah Kedah bermula pada tahun 500 apabila Kerajaan Kedah Tua atau nama lain Cheh-Cha (China) atau Kataha, Kalagam atau Kadaram (India) atau Kalah atau kalah Bar (Arab) bertempat di pelabuhan Sg Mas dan Lembah Bujang.   Sejarah juga menyebut sebagai Kerajaan Langkasuka dan pemerintah pertamanya berketurunan Raja Suran dari India bernama Raja Durbaja. Nama-nama Raja kedah semasa pemerintahan Kerajaan Kedah Hindu.

(1)   Maharaja Durbaja I (Raja Langkasuka)
(2)   Mahajadiraja Putra (Raja Kedah)
(3)   Maharaja Mahadeva I
(4)   Maharaja Karna DiRaja
(5)   Maharaja Karma
(6)   Maharaja Mahadeva II
(7)   Maharaja Dharmaraja
(8)   Maharaja Mahajiva (Phrya Ong Mahapudisat)

Pada tahun 1136  Kesultanan Kedah diasaskan oleh Sultan Mudzaffar Shah atau nama asalnya Maharaja Durbaraja II (Raja Hindu yang memeluk Islam) atau nama Siamnya Phra Ong Mahawangsa. Baginda membahagikan Kedah kepada 3 pusat pentadbiran; Kota Palas, Langkawi dan Kota Ulu.

Pada tahun 1619 Kedah diserang oleh Acheh dan pada 1717 berlaku pemberontakan melawan Sultan Muhamad Jiwa. Pemberontak minta bantuan Bugis (Raja Haji).  Sultan lari ke Kangar minta bantuan syarikat Jourdain Sullivan (British) dan Berjaya menamatkan pemberontakan itu.

Pada tahun 1767, Kedah menjalin hubungan dengan Burma untuk mengelak serangan Acheh. Pada tahun 1771, mengadakan perjanjian dengan Francis Light untuk elak dari serangan Siam.  Pada tahun 1735 Kota Setar menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Kedah sehingga sekarang.

Kesultan Islam Kedah

Senarai Sultan Kedah dari 1136 hingga 1797 adalah seperti berikut:

(1)   Sultan Mudzaffar Shah (Maharaja Durbaraja II) atau Phra Ong Mahawangsa) (1136 – 1179).

(2)   Sultan Muadzzam Shah ibni almarhum Sultan Mudzaffar Shah (1179 – 1202)

(3)   Sri Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Muadzzam Shah (1202 – 1237)

(4)   Paduka Sri Sultan Muazzil Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Shah (1237 – 1280).

(5)   Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Muazzil Shah (1280 – 1321)

(6)   Sultan Ibrahim Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1321 – 1373)

(7)   Sultan Sulaiman Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim Shah (1373 – 1423)

(8)   Sultan Ataullah Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Sulaiman Shah (1423 – 1473).

(9)   Sultan Muhammad Jiwa Zainul Azlan Muadzzam Shah ibni almarhum Sultan  Ataullah Muhammad Shah (1473 – 1506).

(10)   Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainul Azlan Muhammad Shah (1506 – 1547).

(11)   Sultan Mudzaffar Shah II ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1547 – 1602).

(12)   Sultan Sulaiman Shah II ibni almarhum Sultan Mudzaffar Shah (1602 – 1626).

(13)   Sultan Rizaluddin Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Sulaiman Shah (1626 – 1652).

(14)  Sultan Muhiuddin Mansur Shah ibni almarhum Sultan Rizaluddin Muhammad Shah (1652 – 1662).

(15)  Sultan Dziauddin Mukarram Shah  ibni almarhum Sultan Muhiuddin Mansur Shah (1662 – 1688)

(16)  Sultan Ata’allah Muhammd Shah ibni almarhum Sultan Dziauddin Mukarram Shah (1688 – 1698).

(17)  Sultan Abdullah al-Muadzam Shah ibni  almarhum Sultan Ata’allah Muhammad Shah (1698 – 1706).

(18)  Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I  ibni almarhum Sultan Abdullah al-Muadzam Shah (1706 -1710).

(19)  Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin  Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Abdullah al-Muadzam Shah (1710 – 1778).

(20)  Sultan Abdullah Mukarram Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Jiwa  Zainal Adilin Muadzam Shah (1778 – 1797).

(21)  Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni  almarhum Sultan Muhammad Jiwa  Zainal Adilin Muadzam Shah (1797 – 1803)   

Pada awal tahun 1786, Siam serang Kedah kerana Kedah tidak hantar bunga mas tetapi Francis Light tidak membantu Kedah kerana tidak mahu menjejaskan hubungan British dengan Siam. Sultan Kedah kemudian menyerang P.Pinang tetapi tewas. Pada 11 Ogos 1786, Sultan Kedah (Sultan Abdullah) menyerahkan Pulau Pinang kepada East India Company. P.Pinang dinamakan Prince of Wales Island.  Pada 1 Mei 1791 Sultan kedah menandatangani Perjanjian Damai Kedah-British.

Sultan Kedah sejak 1803 hingga pendudukan Jepun ialah:

(22)  Sultan Ahmad Tajuddin Abdul Halim Shah II  ibni almarhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803 -1821).

Semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Abdul Halim Shah, beberapa orang dari Orang Besar Kedah (Tunku Anum) telah memberontak melawan Siam dan mengisytiharkan pemerintahan sendiri (bebas dari kuasa Sultan) di wilayah pentadbirang masing-masing.

(a)   Tunku Anum (memberontak melawan Thailand) (1821 -1839)

(b)   Tunku Asan (memerintah di Kubang Pasu) (1839 – 1841)

(c)    Tunku Anum (memerintah di Kubang Pasu) (1841 – 1843)

(d)   Tunku Setusen (memerintah di Polit) (1839 – 1843)

(e)   Tunku Muhammad Akip (memerintah di Satun) (1839 – 1843)

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni almarhum Sultan Ziyauddin  Mukarram Shah (1843 – 6 Apr 1843)

(23)  Sultan Zainal Rashid Muadzam  Shah I ibni almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah (6 Apr 1843 – 13 Mac 1854)

(24)  Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni almarhum Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah (13 Mac 1854- 22 Jun 1879)

(25)  Sultan Zainal Rashid Muadzam  Shah II ibni almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (22 Jun 1879 – 22 Sep 1881)

(26)  Tuanku Seri Sultan Abdul Hamid Halim Shah  ibni almarhum Sultan Ahmad  Tajuddin Mukarram Shah (21 Jan 1882 – 13 Mei 1943)

Dari masa naik takhta Sultan Hamid pada tahun 1882 sehingga 1905, Siam tidak campur tangan dalam pentadbiran dalam negeri baginda. Bagaimanapun, negeri Kedah mengalami krisis kewangan (antaranya akibat perkahwinan putera baginda Raja Muda Tunku Ibrahim selama 3 hari dan pinjaman ceti) pada tahun 1905, dan terpaksa meminjam wang sebanyak $2,500,000 daripada Siam. Pinjaman diberikan dengan syarat bahawa seorang Penasihat Kewangan dari istana Siam diterima oleh Kedah, dan sebuah Majlis Negeri ditubuhkan untuk membantu Sultan dalam pentadbiran semua hal ehwal awam. Pinjaman itu sebenarnya daripada Negeri-Negeri Selat, dan penasihat kewangan tersebut ialah seorang British bernama WJF Williamson.


Ini menyebabkan pengisytiharan sebuah perlembagaan yang baru pada 29 Julai 1905. Pada tahun-tahun yang berikut, pentadbiran negeri dikendalikan oleh Majlis Negeri yang diketuai oleh:

(a)   Tunku Ibrahim  ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah  (Raja Muda -Pemangku) (1913 – 30 Apr 1934)

(b)   Tunku Muhammad ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Muda -Pemangku Sultan) (30 Apr 1934 – 7 Mac 1935)

(c)   Tunku Mahmud  ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Pemangku) (7 Mac 1935 – 5 Nov 1937)

(d)   Tunku Badli Shah  ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Pemangku) (5 Dis 1937 – 13 Mei 1943)

Pada Jun 1800 Perjanjian Persahabatan dan Perikatan Kedah-British ditandatangani dan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada British dan dinamakan Province Wellesly.

Pada 12 Sep 1821 Siam menyerang Kedah, Kedah tewas dan diperintah oleh Kerajaan Thailand.  Pada 1826, Perjanjian antara Raja Rasma III (Siam) dengan Henry Burney (EIC), mengiktiraf pendudukan Siam ke atas Kedah. Pada tahun 1843 Kedah mendapat kemerdekaan dari Siam, Perlis berpecah dari Kedah.  Kedah meneruskan hubungan diplomatik dengan Siam.

(27)   Sultan Badli Shah ibni  almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (13 Mei  1943 – 13 Jul 1958)

(28)  Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badishah (13 Jul 1958 – 21 Sep 1970)

Tunku Abdul Malik ibni almarhum Sultan Badlishah (Pemangku) (21 Sep 1970 – 21 Sep 1975) - memangku ketika Sultan Abdul Halim menduduki tahta Yang DiPertuan Agong.

Setelah menematkan tugas sebagai YDP Agong, Sultan Abdul Halim kembali memerintah Kedah dan menggunakan gelaran:

Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badishah bergelar Almustain Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Almuadzzam Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Badlishah (21 Sep 1975- 12 Dis 2011).

Jemaah Pemangku Sultan Kedah (13 Jan 2011 - 12 Dis 2016) - apabila Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai YDP Agong untuk kali kedua.

    a.    Datuk Seri Tunku Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah (Pengerusi);
    b.    Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah;
    c.    Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani ibni almarhum Sultan Badlishah; dan
    d.    Brigadier Jeneral Tan Sri Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul                Halim Muadzam Shah.

Almustain Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badishah  (13 Dis 2016- 12 Sep 2017).

(29)  Aminul Karim Sultan Salehuddin ibni almarhum Sultan Badishah (12 Sep 2017- kini).


DYMM SULTAN KEDAH ke 29

DYMM Aminul Karim Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
(11 Sep 2017 - kini)




MANTAN SULTAN-SULTAN KEDAH



Almarhum Almu'tasimu Billah Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah
 DK DKH DKM DMN DUK DMK DK(Kel) DK(Pah) DK(Sel) DK(Perlis) DKNS DK(Joh) DK(Tggu) DK(Perak) DK(Brunei) DP(Swk) DUNM SPMK SSDK
DHMS DGMK
(1958 - 2017) - 59 tahun



Image result for sultan badlishah
Almarhum Sultan Badlishah ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
(1943 - 1958) - 18 tahun


Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah 
(1882 - 1943) - 61 tahun

Pada 1909 berlaku perjanjian British dengan Siam dan Siam menyerahkan Kedah sebagai negeri dibawah perlindungan British.  Senarai Penasihat British sejak 1909 ialah:

George Maxwell (1909 – 1915).
L.E.P. Wolferstan (acting) (1915 – 1916)
G.A. Hall (acting) (1916 – 1918)
George Maxwell (1918 - 1919)
M.S.H. McArthur (1919 – 1923)
William Peel (1923 – 1925)
John Lisseter Humphreys (1925 – 1926)
T.W. Clayton (1926 – 1931)
Julian Dudley Hall (1931 – 1941)

Bermula Dis 1941 hingga 20 Ogos 1943 Jepun menduduki Kedah dan Sukigawa Seichi dilantik menjadi Gabenor.  Jepun kemudiannya menyerahkan Kedah kepada Kerajaan Siam sehingga 80 Sep 1945 apabila Jepun menyerah dan Kedah ditadbir di bawah BMA sehingga penubuhan Malayan Union pada Jun 1946 dan kemudiannya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Feb 1948 dan akhirnya mencapai kemerdekaan bersama Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963.

MENTERI BESAR KEDAH

Senarai nama Menteri Besar Kedah sebelum merdeka (dilantik oleh DYMM Sultan) ialah:

Tuan Haji Mohamad Sheriff bin Osman (1948 - 1949).
Tunku Ismail bin Tunku Yahya (Pemangku) (1949 - 1951).
Tuan Haji Mohamad Sheriff bin Osman (1951 - 1954).
Tunku Ismail bin Tunku Yahya (1954 - 25 Mei 1959).
Mulai tahun 1959, Menteri Besar Kedah dilantik dari kalangan pemimpin parti politik yang memenangi Dewan Undangan Negeri Kedah dalam pilihanraya umum. Senarai Menteri Besar Kedah selepas merdeka ialah:

Datuk Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabuddin (24 Mei 1959 - 7 Dis 1967)
Datuk Syed Ahmad  bin Syed Mahmud Shahabuddin  (Tun) (13 Jul 1967 - 13 Jul 1978)
Datuk Seri Syed Nahar bin Syed Omar Shahabuddin (13 Jul 1978 - 21 Ogos 1985)
Tan Sri Osman bin Aroff (28 Jan 1985 - 16 Jun 1996)
Tan Sri Sanusi bin Junid (16 Jun 1996 - 11 Dis 1999)
Datuk Seri Syed Razak bin Syed Zain Barakhbah (11 Dis 1999 - 17 Jul 2005)
Datuk Mahdzir bin Khaled (Pemangku) (17 Jul 2005 - 22 Dis 2005)
Datuk Seri Mahdzir bin Khaled (23 Dis 2005 - 09 Mac 2008)
Datuk Seri Hj Azizan bin Abd Razak (PAS) (09 Mac 2000 - 6 Mei 2013)
Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir (UMNO) (06 Mei 2013 - 3 Feb 2016)
Datuk Seri Ahmad Bashah bin Hanapiah (3 Feb 2016 - 9 Mei 2018)
Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir (14 Mei 2018 - 17 Mei 2020)
Tuan Hj Muhammad Sanusi bin Md Nor (17 Mei 2020 - kini)


MENTERI BESAR SEKARANG
.
Muhammad Sanusi bin Md Nor 
(17 Mei 2018 - kini)

MANTAN MB KEDAH

Datuk Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir 
(14 Mei 2018 - 17 Mei 2020)



Dato' Seri Haji Ahmad Bashah bin Hanapiah
(3 Feb 2016 - 9 Mei 2018



YAB Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir SPMK DHMS DSDK MLA
(6 Mei 2013 - 3 Feb 2016)


Image result for tan sri azizan abd razak
Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan bin Abdul Razak
(09 Mac 2000 - 06 Mei 2013)


Image result for mahdzir khalid
Dato' Seri Mahadzir bin Khaled
(Pemangku: 17 Jul 2005 - 22 Dis 2005) 
(23 Dis 2005 - 09 Mac 2008) 


Dato Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah
(11 Dis 1999 - 17 Jul 2005)


Related image
Tan Sri Dato' Seri Sanusi bin Jonid
 (16 Jun 1996 - 11 Dis 1999)


203 6b.jpg
Tan Sri Osman bin Arop
(28 Jan 1985 - 16 Jun 1996) 


203 5b.jpg
Tan Sri Syed Nahar bin Syed Sheh Shahabuddin
 (13 Jul 1978 - 21 Ogos 1985)


Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabudin
(13 Jul 1967 - 13 Jul 1978)

203 3b.jpg
Tan Sri Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabudin
(24 Mei 1959 - 7 Dis 1967)
MB pertama dipilih oleh rakyat


Tunku Ismail bin Tunku Yahya
(Pemangku: 1949 - 1951).
(1954 - 25 Mei 1959)
dilantik oleh Sultan


Tuan Hj Mohd Serif bin Osman
(1948 - 1949) dan (1951 - 1954).
dilantik oleh Sultan


DAERAH-DAERAH DALAM NEGERI KEDAH

1.   Kota Setar  - pejabat daerah di Alor Setar

2.   Kuala Muda - Sungai Petani

3,   Yan - Yan

4.   Padang Terap - Kuala Nerang

5.   Kubang Pasu - Jitra

6.   Sik - Sik

7.   Baling  - Baling

8.   Kulim - Kulim

9.   Bandar Baharu - Bandar Baharu

10. Langkawi - Kuah Bandaraya Pelancongan

11. Pokok Sena - Pokok Sena

12. Pendang - Pendang


PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya

Bandaraya Alor Setar

Majlis Perbandaran

Sungai Petani
Kulim
Langkawi Bandaraya Pelancongan
Kubang Pasu

Majlis Daerah

Baling
Sik
Bandar Baharu
Padang Terap
Pendang
Yan

Pelabuhan Antarabangsa

Pelabuhan Langkawi

Lapangan Terbang Antarabangsa

LTA Langkawi

Landasan Terbang  Domestik

LT Sultan Abdul Halim, Kepala Batas

Pelabuhan Domestik

Kuala Muda


Destinasi Pelancungan/Rekreasi

Pulau Langkawi (seluruh pulau Langkawi dan pulau-pulau sekitarnya)

Gunung Jerai

Tasik Pedu

Pulau Payar

Candi Sungai Batu Pahat

Pantai Merdeka

Gunung Jerai

Gunung Tok Bidan

Gunung Bokbak

Air Terjun Lembah Bujang

Air Terjun Bukit Hijau

Air Terjun Puncak Janing

Taman Rekreasi Bukit Wang

Muzium Negeri Kedah

Balai Besar

Balai Nobat

Balai Seni

Masjid Zahir

Pekan Rabu

Wayang Kulit Seri Asun

Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Kem Tentera

Kem Lapangan Terbang, Sg Petani

Kem Kelubi, Jitra

Kem Bukit Pinang, Kepala Batas

Kem Hobart, Gurun

Kem Sungai Layar

Kem Bukit Kayu Hitam (Rej Sempadan)

Kem Bukit Pinang

Kem Tok Jalai

Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (dulu Kem Tanah Merah)

Kem Gubir

Pangkalan TLDM Langkawi

Kolej Tentera Udara, Kepala Batas

Kem Kulim (Rej AW)


Institusi Pengajian Tinggi

Universiti Utara Malaysia, Sintok

Universiti Teknologi MARA (Kampus Kulim)

Universiti Antarabangsa AlBukhary (AIU)

UniKL (Malaysian Spanish Institute), Sg Petani

Asian Institute of Medical, Science and Technology (AIMST), Sg Petani

Kolej Universiti Islam Insaniah, Alor Star

Kolej Universiti Islam Insaniah, Kampus Sg Petani

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra

Politeknik Kulim

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKD), Alor Star

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH), Kulim

Wilayah Pembangunan

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Lembaga Kemajuan Kedah (KEDA)

Indonesia Malaysia Thailand – Growth Traiangle (IMT-GT)

Northern Corridor Economic Region (NCER) 








No comments:

Post a Comment