Saturday, February 21, 2015

089 KUPU-KUPU ATAU RAMA-RAMA

kupu-kupu@ rama-rama


"pok amai amai, belalang kupu-kupu, 
tepok ramai-ramai, nanti malam kupas susu,
susu lemak manis, santan kelapa muda,
adik jangan nangis, emak nak buat kerja"

Setelah menulis sedikit tentang burung, kali ingin ini aku sekali lagi ingin memaparkan tajuk yang berkaitan dengan fauna, iaitu rama-rama dan kupu-kupu.  Aku dapat idea ini apabila aku memeriksa pokok-pokok tanamanku disekeliling rumah.  Banyak serangga perosak.  daun pisang bergulung-gulung macam kelongsong lontong.  Itulah sarang ulat kupu-kupu (sejak kecil lagi aku dah tau).  Lagi besar ulat tu maka besarlah bakal kupu-kupu (rama-rama) yang dilahirkan.

Tetiba aku nampak seekor kupu-kupu besar hinggap di salah satu daun pisang.  Aku pun tidak berlengah-lengah mengambil handphone aku dan mengambil gambarnya:



Senikata lagu rakyat di atas menunjukkan betapa, dalam masyarakat Melayu, perkataan kupu-kupu telah didengarkan ke telinga anak-anak kecil (baby).  Biasanya kakak-kakak yang berusia 7 hingga 12  tahun akan disuruh oleh ibunya untuk menjaga atau menghayun buai anak kecil apabila ibunya memasak di dapur atau membuat kerja-kerja rumah tangga lain.   Sambil membuai, jika adiknya bangun dan menangis, inilah lagu yang dinyanyikan.

Pada mulanya, aku ingat rama-rama dan kupu-kupu adalah binatang yang serupa. Rupa-rupanya mereka adalah dua jenis serangga yang berbeza- hanya dari spesis yang sama.

Rama-rama (moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptra kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.

Kupu-kupu (butterfly) adalah sejenis serangga terbang daripada order Lepidoptera,  sama seperti rama-rama. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian, telur, larva, pupa dan dewasa. Kebanyakan spesies merupakan diurnal.

Tempoh dari ia bertelur hingga menetas, keseluruhannya mengambil masa 35 hari. Manakala tempoh hayat seekor kupu-kupu hanya 7 hari sahaja. 


Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu. Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.

Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Itulah agaknya, kupu-kupu (sebab biasa aktif siang) digunakan untuk menggelar kaum wanita penghibur dan melacurkan diri di waktu malam sebagai 'kupu-kupu malam'  Logik juga tu!

Tapi untuk tujuan paparan imej (gambar), aku tidak kategorikan yang mana satu kupu-kupu dan yang mana rama-rama.





































Fail:Iphiclides podalirius.jpg

Fail:Black and blue butterfly KL.jpg

Fail:FlutterbySmall.jpg

Fail:Blue mormon.jpg

Fail:TS002 Pachliopta hector.jpg

Fail:Pipevineswallowtail.jpg

Fail:Nagerhole mime.jpg

Fail:Schwalbenschwanz papilio machaon.jpg

Fail:Papilio constantinus on flower.jpg

Fail:Red Helen (Papilio helenus) at Samsing, Duars, WB W IMG 6219.jpg

Fail:Rapsweissling Pieris napi .jpg

Fail:AnthocharisCardamines 2002Z.jpg

Fail:VV001 Delias eucharis Enhanced.JPG

Fail:Gonepteryx rhamni1.jpg

Fail:RN007 Zemeros flegyas.jpg

Fail:RN008 Abisara neophron.jpg

Fail:Apodemia mormo langei-02.JPG

Fail:Xvisionxmonarch.jpg

Fail:Polyura athamas.jpg

Fail:Butterfly Morpho rhetenor helea (M) KL.jpg

Fail:Julia-heliconian-butterfly.jpg

Fail:Butterfly panama.jpg

Fail:Buberel butterfly.jpg

Fail:Cethosia cyane.jpg

Fail:Tagpfauenauge3.jpg

Fail:C-Falter Polygonia C-album.jpg

Fail:Commonbuckeye.JPG

Fail:Crimson Patch 1.jpg

Fail:RN016 Talicada nyseus.jpg

Fail:Chrysophanus.phlaeas.2163.jpg

Fail:Rathinda amor.jpg

Fail:Banded Blue Pierrot.JPG

.

No comments:

Post a Comment