Friday, February 6, 2015

050 RAJA BUAH-BUAHAN MALAYSIA

.

  RAJA BUAH-BUAHAN 

Pada hari Khamis 31 Mac 2011, sewaktu menunggu anak perempuanku pulang dari sekolah di Masjid Muaz bin Jabal, aku membuat satu pusingan ke kawasan township Setiawangsa. Di simpang jalan di depan Bank CIMB ada sebuah gerai buah-buahan yang telah bertahun-tahun beroperasi di situ.  Gerai buah-buahan itu menjual jenis buah-buahan mengikut musim buah-buahan.  Aku teringin nak beli durian, aku turun dari motorsikal Jaguh aku untuk melihat-lihat.

Aku agak terkejut apabila melihat harga yang terpampang di situ.  Durian kampung dari Pahang, satu kategori RM18 sekilo dan satu kategori lagi RM8 sekilo.  Manakala yang telah dikupas dijual dalam peket polysterine di tulis beberapa harga seperti RM25, RM20 dan RM15.  Aku buka yang RM25, di dalamnya ada 5 ulas. mak datuk, seulas RM5???.  Agaknya makan seulas diapunya sedap melekat sampai sebulan kot! Durian VVIP.  Hanya orang kaya sahaja yang mampu membelinya.  Aku BATALKAN hasrat untuk membeli.  Tak makan durian pun tak apa lahhh....tunggu je musim durian kat kampung nanti, aku boleh makan durian bapak aku sampai muntah durian.  Inikah dia buah-buahan tempatan? Bagaimana rakyat Malaysia mahu mengutamakan makan buah-buahan tempatan?  

Bukan sahaja durian, kalau singgah di R & R di lebuhraya PLUS tu, harga jambu batu, jambu air, buah mata kucing dan lain-lain, seolah-olah pemilik kebun buah ini adalah jutawan belaka.  Bayangkan kalau di boleh jual durian sebiji RM50 ringgit (kalau jenis yang di atas tadi- sebiji dalam 2-3 kilogram) dalam satu musim kebun boleh keluarkan 100 biji sepokok dan dia ada 10 pokok (paling sikit).  Maknanya dalam satu musim dia boleh dapat  RM50,000???

TAPI, seingat aku, beberapa tahun dulu, bapak aku pernah juga jual jenis durian yang baik (tak lah sebaik dengan durian Pahang atau durian Segamat) kalau di luar harganya antara RM3-6 sekilo, tapi peraih ambil adri bapak aku cuma RM0.60 sahaja sekilo. Itu durian yang tiada kecacatan langsung!, dah tu, bapak aku kena cuci dulu, buang semua daun dan tanah yang melekat pada durinya. Kotor sikit tak nak ambik.  tak berbaloi langsung. Upah pungut, angkut dari dudun ke rumah, upah bersihkan pun lebih tinggi dari harga peraih tadi!.

Finally, bila musim durian, bapak aku cuma telefon saudara mara yang sanggup datang, ambik lah banyak mana mampu bawak, makanlah sebanyak mana yang mampu makan. Percuma.  Bersihkan sendiri dan belah sendiri.


 
atas: dusun durian dilereng bukit, dan bawah ladang durian tersusun

Sebut saja pasal durian, ia akan mengingatkan aku betapa seronoknya bila tiba musim durian.  Rumah Embah Tahir (my grandfather) di kelilingi oleh pokok-pokok durian yang telah berusia puluhan tahun. Besar dan tinggi.  Ada dua tiga jenis buah durian, yang aku sendiri pun tak tahu dan tak ambik tahu tentang apa jenis durian pada masa itu.  Apa yang kita orang (adik beradik aku) tahu ialah; pokok ni buahnya sedap, pokok ni tak berapa sedap, pokok ni susah nak kopek (belah), pokok ni buahnya tak manis dan sebagainya.  Kolesterol? Lagi la tak ambil tahu.

Rumah bapak masa tu cuma ada sepokok je, jadi kami akan ke rumah Embah (jarak dalam 500m je).  Bila weekend, tidur sana, tunggu durian jatuh.  Biasa buah durian jatuh selepas tengah malam atau awal pagi.. Bunyinya pun spesel...Sirrrrrrrrrr......Bukk.  Tapi, malam-malam tak berani nak pegi ambik.... budak-budak dulu takut hantu...dan harimau. Sebab ada orang kata, harimau pun makan durian, jadi bila musim durian, harimau akan merayau-rayau  masuk ke kampung untuk cari durian.  Jadi, jangan cari pasal.  Bangun pagi, kami pun berkejar la ke bawah pokok durian mencari durian yang telah gugur.

Seronok betul makan durian berebut-rebut.

 
pelbagai gaya dan cara makan durian

    
gambar-ganbar ini tiada kaitan dengan aku- imej diciplak dari internet

Durian merupakan sejenis tumbuhan dari kumpulan 'Genus' Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan

Pokok durian membesar sehingga ketinggian 50 meter dan buah durian boleh tergantung dari sebarang cabangnya. Pada kebiasaan, buah durian boleh mencapai berat 1 hingga 3 kilogram menjadikan ladang durian sebagai kawasan berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan kecederaan teruk atau boleh membawa maut. Pada kebiasaan, pokok durian boleh berbuah selepas 4-5 tahun.


 

Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalah Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.

Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99, D158 dan D159.  Ohhh lupa, dalam bahasa Jawa, nama durian ialah 'DUREN'.

Dari segi nama pulak, macam-macam nama atau jenis durian diberikan, tetapi nama-nama tersebut bukanlah nama seperti jenis-jenis pisang. Antara nama durian yang agak popular kepada 'kaki durian' ialah:

  1. Durian Raja Kunyit (Cat Mountain King @ Mao Shan Wang)
  2. Durian Udang Merah (Ang Hae @ D175)
  3. Durian Tekah
  4. Durian Tawa
  5. Durian XO
  6. Durian D24
  7. Durian D101
  8. Durian D2
  9. Durian D88
  10. Durian D145
  11. Durian H010
  12. Durian SS2
  13. Durian Pahang
  14. Durian Raja Musang
  15. Durian Penang 15 (D177)
  16. Durian Labu (D163)
  17. Durian D600
  18. Durian Isi Merah @ Ang Bak (D164)
  19. Durian Hati Merah @ Ang Jin
  20. Durian Amy Yip
  21. Durian Lipan Kuning
  22. Durian Kulit Hijau
Dari pembacaanku di lamanweb 'Durian Research Centre, Fakultas Pertanian, Universitas Brawijaya, Indonesia, jenis-jenis durian yang dikembangkan oleh DRC ialah:

  1. Durian Jingga
  2. Durian Arab
  3. Durian Cikrak
  4. Durian Orri
  5. Durian Bajul
  6. Durian Sepanjang Musim
  7. Durian Sumber
  8. Durian Manalagi
  9. Durian Belimbing
  10. Durian Kunir
  11. Durian Gentaru
Bagi setiap mereka yang suka makan durian, mereka mempunyai cara tersendiri untuk memilih buah terbaik dari timbunan durian. Kebanyakan kaedah ini disampaikan secara berbisik dengan perlahan dan setiap pembeli mempercayai kaedah pemilihannya dapat memastikan pemilihan buah terbaik. Pada masa lalu, kepakaran ini adalah penting. Durian merupakan buah bermusim yang dahulunya dituai sekali setahun. Pada masa kini, durian dituai sekitar dua kali setahun,\ dengan itu bekalan durian meningkat. Disebabkan peningkatan bekalan, penjual retail menjadi lebih bersaing dalam pendekatan mereka.

Memilih buah yang tepat amat penting apabila penjual menjual buah "seperti itu" tanpa dibuka. Masa kini adalah lumrah untuk penjual membuka buah dan menjual bahagian dalam boleh dimakan. Dengan sebegini, melihat bahagian boleh dimakan telah menjadikan teknik pemilihan kurang penting.

  

Pemilihan durian di ladang adalah mudah. Buah dari pohon yang sama secara umumnya mempunyai ciri-ciri yang serupa. Lazimnya buah di ladang masak dan jatuh dari pokok, jadi kemasakan buah bukanlah sesuatu pekara yang dibimbangkan.

Pemilihan buah dari luar satu ladang adalah lebih rumit. Berikut adalah sebahagian daripada kaedah pemilihan asas digunakan :

Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Apabila buah telah dialih dari pokok, tangkainya mulai kering. Pekedai yang tidak bermoral akan cuba untuk membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian.

Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk mengetahui sama ada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri buah durian ketika melakukan perkara ini.
Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.

Dicadangkan bahawa mereka yang baru belajar membeli durian agar mendapatkan durian yang telah siap dibuka kerana membuka buah durian agak sukar. Lazimnya ia mudah untuk mencari kedai yang memberi perkhidmatan membungkus isi. Kebanyakan penjual akan membuka buah sebagai satu perkhidmatan apabila pembeli telah bersetuju membelinya. Ini berlaku walaupun jika mereka tidak membungkusnya ke dalam bentuk bungkusan yang lain. Bagaimanapun, buah durian yang dibuka perlu dimakan di dalam tempoh waktu beberapa jam sahaja kerana buah yang dibuka cenderung untuk "berpeluh ". Apabila isi telah mula untuk menghasilkan air, buah durian kehilangan rasanya dan tidak banyak gunanya.

Buah durian boleh dibuka dengan belajar secara berhati-hati belajar dan dengan menggunakan peralatan yang biasa terdapat. Pemeriksaan kulit luar buah akan mendedahkan "garis" sepanjang permukaan di mana duri durian tersusun dalam baris lurus disebalik duri yang kelihatan bertaburan secara rawak pada permukaan lain. Umumnya terdapat sehingga 5 garis sepanjang permukaan buah durian.

Bahagian tangkai durian sepatutnya diterbalikkan dan garisan urat sepatutnya tertumpu satu titik sekitar di bawah buah. Dengan perlahan jolok satu objek tajam ke dalam titik ini. Lazimnya benda seperti penebuk, penjuru pemotong daging ataupun pemulas skru adalah berguna. Kemudian gelongsor objek tajam sepanjang "garia" yang telah dikenal pasti sebelum ini. Ia adalah satu idea yang baik untuk mempunyai satu sarung tangan atau satu kain buruk yang tebal untuk memegang buah durian dengan sebelah tangan, sementara sebelah yang lain melakukan tugasan ini. Satu buah durian yang berputar mungkin kelihatan seperti satu perkara yang kelakar, tetapi tertusuk duri durian adalah risiko yang benar.

   
  
Membuka/membelah durian, walaupun sukar (challenging) tetapi menyeronokkan.  Biasanya pakar membuka akan membuka satu demi satu buah durian, yang pakar makan sentiasa menunggu.

Apabila kulit buah durian telah pun terbuka kepada dua bahagian, isi di dalam boleh dimakan. Bahagian ruas selebihnya boleh ditolak dengan menggunakan tapak tangan untuk menolak pada bingkai kulit durian pada bahagian yang bertentangan. Ia boleh membantu untuk mengoyakkan hujung kulit durian sedikit pada sepanjang pusat titik tengah sebelum melakukan ini.

  
  

   


Durian Merah, kata orang boleh didapati di Sabah. Sejak aku hidup, aku belum pernah menemuinya.

Orang sekarang, banyak yang tak tau macam mana cara nak membuka durian. Malah tak payah bersusah payah membukanya. Mudah sahaja, beli yang dah siap masuk peket di pasar-pasar raya. Kelebihannya ialah; satu- tak payah susah payah memilih durian di pasar malam atau di tepi jalan; dua- tak payah susah payah mengangkut dalam kereta atau motorsikal (berat, berduri dan baunya melekat dalam kereta, dan tiga- tak payah susah payah membuka/belah sebab kalau tak pandai boleh luka tangan.

Kalau musim durian, balik kampung, dah puas makan kat kampung, nak bawa balik ke KL, nak bawa yang biji, memberatkan kereta (paling banyak boleh bawa 10 biji je, bau dalam 'aircond' boleh memabukkan.  Jadi, selalunya aku kupas/belah dulu di kampung dan masukkan ulas-ulas durian dalam bekas pelastik.  Kalau cara ini,bawak 30 biji (bukan ulas) pun masih tak ganggu ruang dalam kereta.

Selain dimakan terus dari buahnya, durian boleh dimakan dengan cara-cara lain seperti dimakan dengan pulut dan santan (yang ini kadar kandungan kolesterol berganda-ganda), atau dibuat pengat atau sebagai bahan untuk membuat kueh.  Dan yang terbaru (baru aku ketahui pada bulan Mac 2011) ialah durian goreng melalui seorang rakan facebook aku (juga skot kedet- Kapt (B) Zakaria). Seminggu lepas itu, aku terus mencubanya...ehhhh memang sedapla, tak manis sangat seperti kalau dimakan ulas yang 'raw'.

 
 
  

PENAWAR JIKA 'OVERDOSED' DURIAN

Orang gila pun makan durian tapi tak tentu boleh jadi waras, bahkan makin panas. Orang waras jika makan durian boleh jadi gila.  Bukan gila apa, tapi gila makan durian, ketagih, apa lagi kalau berjumpa dengan jenis durian yang sedap.  Orang yang gila durian ini biasanya akan makan durian diselang selikan dengan memakan buah manggis. 

Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan MANGGIS yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.Buah manggis sejuk, ia dipercayai dapat mengurangkan tahap kepanasan dalam badan pembaham durian

Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.

Rupanya banyak lagi khasiat durian. Aku perolehi dari baitulherbal.com. Sebahagiannya berlawanan dengan apa yang aku ketahui sebelum ini, khususnya berkaitan kolestoral. Berikut adalah beberapa khasiat herbal buah durian:
  • Ekstrak kulit dan buah dapat digunakan untuk mengobati bengkak dan penyakit kulit.
  • Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, durian sebenarnya membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Durian juga berfungsi sebagai pembersih darah.
  • Durian mengandung banyak asam amino triptofan, yang gunanya untuk mengurangi rasa gelisah, depresi dan mengobati insomnia.
  • Makan durian juga menimbulkan rasa bahagia karena buah ini meningkatkan kadar serotonin dalam otak.
  • Durian mengandung banyak protein lembut, yang memungkinkan untuk dikonsumsi oleh mereka yang ingin membentuk otot.
  • Durian juga adalah afrodisiak kelas wahid.
  • Durian juga direkomendasikan sebagai sumber lemak mentah.

No comments:

Post a Comment