Tuesday, February 3, 2015

040 NEGERI 10: SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

SABAH
NEGERI DI BAWAH BAYU


Fakta Negeri Sabah

Ibu Negeri:      Kota Kinabalu (dulu dikenali sebagai Jesselton)
Keluasan:       72,500 km2
Penduduk:      2,449,389 (2000)
Kepadatan:    33.8/km2


SEJARAH SABAH

Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

Asal Usul Nama Sabah


Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Βajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau dari suku yang serumpun. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.Asal usul nama Sabah juga dikenali sebagai Seludang.Dalam bahasa Jawa seludang dinamakan sebagai Sabah ,sebab itulah Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.

Masyarakat Sabah

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan perdagangan.

Sistem Pemerintahan di Sabah

Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.

Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. 

Kedatangan Penjajah

Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh British North Borneo Chartered Company dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia. 

Pada waktu sebelum abad ke 6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah yang kini dikenali sebagai Sabah ini juga dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sriwijaya di Sumatra dan Kesultanan Sulu di Kepulauan Filipina. Hal ini menyebabkan Sabah berada dalam keadaan yang aman berikutan kedua-dua kuasa besar ini tidak mahu bergaduh.

Sabah diambil alih oleh British North Borneo Chartered Company pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walau bagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara. Penyerahan North-Borneo oleh pihak BNBCC adalah telah melanggar syarat "Perjanjian Pajakan/Sewaan Wilayah North-Borneo" yang telah termeterai diantara Sultan Sulu dan Mr.Barron de Overback & Mr.Alfred Dent, yang telah membentuk Syarikat Berpiagam dan akhirnya wilayah North-Borneo diletak dibawah naungan pihak British. Namun begitu, kedaulatan North-Borneo masih berada di atas kuasa Kesultanan Sulu. Kuasa pihak British ke atas North-Borneo hanyalah sebagai "Pelindung & Pentadbir"(Proctorate & Administrator) termasuk sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak dan Singapura pada 16 Sep 1963.

Mat Salleh Pahlawan Peribumi Sabah

Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah  yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. 

Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896. Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan BNBCC bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.

Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.

GABENOR BALAMBANGAN

1763
1775
Alexander Dalrymple
1775
1803
-
1803
00-11-1805
Robert J. Farquhar

GABENOR ELENA

00-12-1865
1867
Thomas B. Harris
1867
1867
Joseph W. Torrey 

MAHARAJAH SABAH/RAJAH GAYA & SANDAKAN

29-12-1877
26-08-1881 
Gustav Freiherr von Overbeck

PENGERUSI BNB ASSOCIATION LTD
 
26-08-1881
05-1882
Gustav Freiherr von Overbeck


Alfred Dent


Richard Charles Mayne


William Henry McLeod Read

PENGERUSI BNB CHARTERED CO
00-05-1882
1893
Sir Rutherford Alcock
1893
1903
Richard Biddulph Martin
1903
1909
Sir Charles James Jessel 
1909
14-09-1910
William Clark Cowie

PRESIDEN BNB CHARTERED CO
1910
1926
Sir Joseph West Ridgeway
3-02-1926
15-07-1946
Sir Neill Malcolm

PENTADBIR SABAH

26-08-1881
1887
William Hood Treacher
1887
1888
W.M. Crocker
1888
1895
Charles Vandelleur Creagh
1895
1900
Leicester Paul Beaufort
1900
1901
Hugh Charles Clifford
1901
1903
Ernest Woodford Birch 
1904
1911
Edward Peregrine Gueritz
1911
1912
Francis Robert Ellis
1912
1913
James Scott Mason
1913
1915
Cecil William Chase Parr
1915
1922
Aylmer Cavendish Pearson
1922
1925
Sir William Henry Rycroft
1925
1926
Aylmer Cavendish Pearson
1926
1929
John Lisseter Humphreys           
1930
1934
Arthur Frederick Richards         
1934
1937
Douglas James Jardine             
1937
00-01-1942
Charles Robert Smith


Chales Robert Smith

GABENOR TENTERA JEPUN
03-01-1942
00-08-1945
Masao Baba


Japanese Commanders
00-01-1942
00-09-1942
-
00-09-1942
00-06-1944
Masataka Yamawaki
00-06-1944
00-03-1945
Seiji Kumazaki
00-03-1945
00-08-1945
Taizaburo Akashi




GABENOR BRITISH
00-08-1945
00-11-946
Charles Robert Smith
00-11-1946
1949
Edward Francis Twining
1950
1954
Sir Herbert Ralph Hone            
04-03-1954
1959
Sir Ronald Evelyn Turnbull        
1959
1963
Sir William Allmond CodringtoN Goode




YANG DI PERTUA NEGERI SABAH

16-09-1963
16-09-1965 
Tun Datu Hj Mustafa bin Datu Harun       
16-09-1965
16-09-1973 
Tun Pangeran Hj Ahmad Raffae  bin Pengiran Haji Omar  
16-09-1973
00-00-1975    
Tun Mohamad Fuad Stephens bin Abdullah @ Donald Stephens  
00-08-1975
00-00-1977
Tun Datuk Orang Kaya Kaya Mohamad Hamdan bin Abdullah @ Indan bin Kari      
00-00-1977
12-10-1977
Datuk Mohamad bin Abdullah (Pemangku)
12-10-1977
25-06-1978 
Tun Hj Ahmad @ Thomas bin Koroh
27-06-1978
31-12-1986
Tun Datuk Mohamad Adnan @ Mickey bin Robert    
01-01-1987
31-12-1994    
Tun  Datuk Seri Mohamad Said bin Keruak
1-01-1995
31-12-2002 
Tun Datuk Seri Panglima Hj Sakaran bin  Dandai
01-01-2003
31-23-2010
Tun Datuk Seri Panglima Hj Ahmadshah bin Abdullah 
01-01-2010
kini
Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin


KETUA MENTERI SABAH

16-9-1963 -
31-12-1964 
Mohamad Fuad @ Donald Stephens
01-01-1965
04-6-1967    
Datuk Peter Loh Su Yin
5-6-1967
30-10-1975 
Tun Datu Mustafa bin Harun 
01-11-1975
15-04-1976 
Tan Sri Mohamad Said bin Keruak (Tun)
15 Apr 1976
6 Jun 1976 
Tun Mohamad Fuad Stephens 
6 Jun 1976
22 Apr 1985 
Datuk Harris bin Mohamad Salleh (Tan Sri)   
22 Apr 1985
17 Mar 1994 
Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri)  
17 Mar 1994
27 Dec 1994 
Tan Sri Hj Sakaran Dandai (Tun)       
27 Dec 1994
28 May 1996 
Datuk Seri Panglima Mohd Salleh bin Mohd Said
28 May 1996
May 1998
Datuk Yong Teck Lee
May 1998
14 Mar 1999
Tan Sri Datuk Seri Bernard Gilok Dompok
14 Mar 1999
27 Mar 2001 
Datuk Seri Panglima Hj Osu bin Sukam
27 Mar 2001
27 Mar 2003 
Datuk Seri Panglima Chong Kah Kiat  (Tan Sri)
27 Mar 2003

Datuk Seri Panglima Musa Aman




EVOLUSI BENDERA SABAH

1988 - KINI
[Sabah (Malaysia)]

1982 - 1988
[Sabah 1982 - 1988 (Malaysia)]

1963 - 1981
[Sabah 1963 - 1982 (Malaysia)]

1948 - 1963
[Blue ensign of the British North Borneo Company (North Borneo, Malaysia)]

1945 - 1948
1882 - 1942
[State Ensign 1882-1948 (North Borneo, Malaysia)]


BAHAGIAN
            DAERAH

Pantai Barat
            Kota Belud
            Kota Kinabalu
            Papar
            Penampang
            Ranau
            Tuaran

Pendalaman
            Beaufort
            Keningau
            Kuala Penyu
Nabawan/Pensiangan
            Sipitang
            Tambunan
            Tenom

Sandakan
            Beluran
            Kinabatangan
            Sandakan
           
Tawau
            Kunak
            Lahad Datu
            Semporna
            Tawau
           
Kudat
            Kota Marudu
            Kudat
            Pitas

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya
  • Kota Kinabalu

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) adalah sebuah Majlis Bandaraya yang mentadbir bandaraya dan daerah KK. Majlis ini ditubuhkan selepas Majlis Perbandaran KK dinaiktaraf mejadi bandaraya pada 2 Feb 2000. Majlis ini meliputi kawasan seluas 351 km persegi mengandungi daerah-daerah kecil Tanjung Aru, Inanam, Kepayan, Luyang, Menggatal, Telipok, Sepangar dan pusat bandar raya sendiri.

Senarai nama Datuk Bandar KK sejak MBKK ditubuhkan adaah seperti berikut:

2/2/2000
31/1/2005
Datuk Abd Ghani bin Abd Rashid
1/2/2005
31/1/2011
Datuk Ilyas bin Ibrahim (DCP)
1/2/2011
31/1/2016
Datuk Abidin bin Madingkir
1/2/2016
kini
Datuk Yeo Boon Hai

Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Sandakan
  • Majlis Perbandaran Tawau
  • Lembaga Bandaran Kudat
Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Beaufort
  • Majlis Daerah Keningau
  • Majlis Daerah Kinabatangan
  • Majlis aerah Kota Belud
  • Majlis Daerah Kota Marudu
  • Majlis Daerah Kunak
  • Majlis Daerah Lahad Datu
  • Majlis Daerah Kuala Penyu
  • Majlis Daerah Papar
  • Majlis Daerah Nabawan
  • Majlis Daerah Penampang
  • Majlis Daerah ranau
  • Majlis Daerah Semporna
  • Majlis Daerah Sipitang
  • Majlis Daerah Tambunan
  • Majlis Daerah Tenom
  • Majlis Daerah Tuaran
Pelabuhan Antarabangsa
  • Kota Kinabalu
  • Sepangar Bay Oil Terminal
Lapangan Terbang Antarabangsa
  • Kota Kinabalu
Pelabuhan Domestik
  • Sandakan
  • Tawau
  • Kudat
  • Lahad Datu
  • Kunak
  • Sempurna






Landasan Terbang  Domestik
  • Sandakan
  • Tawau
  • Sempurna
  • Keningau
  • Long Pasia
Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Gunung Kinabalu & Taman Kinabalu
  • Kundasang
  • Hutan Simpan Kinabatangan
  • Gua Gumantong
  • Pusat Perlindungan Orang Utan Sepiluk
  • Pulau Sipadan & Ligitan
  • Zoo Lok Kawi
  • Pantai Tanjung Aru
  • Tanjung Simpang Mengayau
  • Pulau Tiga
  • Pulau Mabul
  • Kolam Air Panas Poring
  • Taman Negara Pulau Penyu
  • Pusat Rafflesia, Tambunan
  • Klias Wetlands
  • Gua Madai
  • Maliau Basin Lost World

Landasan Terbang Tentera
tiada

Kem Tentera
  • Kem Lok Kawi, KK
  • Kem Bukit Perwira, Sandakan
  • Kem Kukusan, Tawau
  • Kem Kinabatangan, Sandakan
  • Kem Paradise, Kota Belud (Lapangsasar TUDM)
  • Kem Kudat
  • Pangkalan TLDM Teluk Sepangar
  • Pangkalan TLDM Sandakan
Pusat Pengajian Tinggi
  • Universiti Malaysia Sabah,  Likas
  • Universiti Teknologi MARA (Kampus Sabah)
  • Politeknik Kota Kinabalu
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
  • Institut Pendidikan Guru Kampus  Kent
  • Institut Pendidikan Guru Kampus  Keningau
  • Institut Pendidikan Guru Kampus  Gaya
Pembangunan Wilayah
  • Brunei Indonesia Malaysia Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA)
  • Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC)
.
YANG DIPERTUA NEGERI SABAH

Head of State Tun Juhar Mahiruddin Picture by Sabah state government




KETUA MENTERI NEGERI SABAH

(Mac 2003 - kini)

MANTAN KETUA MENTERI

Tan Sri Chong Kah Kiat (Mac 2001 - Mac 2003)

 Datuk Osu Sukam (Mac 1999 - Mac 2001)

Tan Sri Bernard Dompok (Mei 1998 - Mac 1999)

 & Datuk Yong Teck Lee (Mei 1996 - Mei 1998)
Image result for salleh said keruak
Datuk Mohd Salleh Tun Said (Dis 1994 - Mei 1996)

Tan Sri Sakaran Dandai (Tun) (Mac 94 - Dis 94)

Image result for osu sukam ketua menteri sabah  
Datuk Joseph Pairin Kitingan (1985 - Mac 1994)

 Datuk Haris Salleh (1976 - 1985)

Image result for osu sukam ketua menteri sabah
Tun Mohd Fuad Stephen (1976)

 
Datuk Said Keruak (1975 - 1976)

 
Tun Mustapha (1967 - 1975)

  
Datuk Peter Loh Su Yin (1964 - 1967)
Datuk Donald Stephen  (1963 - 1964)



X

No comments:

Post a Comment