.
Mayat anggota polis yang hangus terbakar bersama Balainya- Ya Allah ampunilah dosanya
DARAH SIAPA YANG MENGALIR MEMBASAHI BUMI BUKIT KEPONG PADA 23 FEB 1950?
Ya Allah, Engkau Maha Pengampun. Biarpun Malaysia belum lahir dan mereka berjuang di bawah bendera Union Jack, namun Engkau lebih Maha Mengetahui, mereka bukan berkorban untuk kedaulatan British, tetapi semata-mata untuk Tanah Air mereka. Biar sebesar mana dosa mereka (yang beragama Islam), Engkau ampunilah mereka semua. Nyawa mereka lah antara yang menyumbang kepada kenikmatan keamanan yang kami kecapi hari ini.
MAKAM PAHLAWAN BUKIT KEPONG
ADAKAH MAT-MAT KOMPANG (YANG RIUH RENDAH) BILA MAT SABU MEMBELA KEMATIAN MAT INDERA SEBAGAI PAHLAWAN ADA BERBUAT SESUATU UNTUK MEMBELA AHLI KELUARGA PAHLAWAN YANG SEBENAR (WARGA POLIS BUKIT KEPONG)?
PERISTIWA BERDARAH
Serangan Ke atas
Balai Polis
Balai Polis
Bukit Kepong
(23 FEB 1950)
Peristiwa Pertempuran di Balai Polis Bukit Kepongadalah kesan kekejaman pengganas Komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut Balai Polis Bukit Kepong (BPBK) diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang
habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota
Polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban
dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan
peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah
terkorban.
Ini adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang
diantara pihak polis dan anggota Parti Komunis Malaya atau lebih dikenali
sebagai Bintang Tiga semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini
berlaku di kawasan sekeliling BPBK yang diperbuat daripada kayu ini terletak
ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis
melancarkan serangan gerila ke BPBK. Ia berakhir dengan tragik dalam
penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis
yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu
tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.
Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka
akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh
yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka seperti
kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan serta kedudukan BPBK yang terpencil
(sukar dan lambat untuk mendapat bantuan luar).
BPBK terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan
kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang
awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu
BPBK itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah
berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah
lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah,
kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas
Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan
ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan
bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta
sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah
digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan
bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan
untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta
pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar
masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri
polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan,
ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis
menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah
Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis
menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang
habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah
dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu
bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera
setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis
membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka
terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota
polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari
balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya
tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus
menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.
Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke
Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek
kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab
utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit
Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Serangan Pengganas Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis
daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh
Muhammad Indera, seorang Ketua Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis
Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan
itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia
juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.
Mat Indera (Pejuang atau Pengganas?) - mungkinkah Mat
Indera ini boleh kategorikan sebagai Hang Jebat- yang terpaksa menderhaka
kepada negara, membunuh bangsa sendiri kerana ingin menentang kezaliman
(penjajah)?
Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di
bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran
bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan
menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai
tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya
dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis
tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut,
terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di
bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh
Sarjan Jamil enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar
mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan
dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati
suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis
berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian
berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak
komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke
dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu
Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung,
3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat)
dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah
25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis
dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui
semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk
yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh
13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard).
Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer
dari BPBK. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan
senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada
penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera
dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka
mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa
pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah
pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan
sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas
membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari
Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi
memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis.
Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk
terus ke Lenga. Mereka sampai ke sana pada jam 10 pagi dan ketika itu berita
mengenai serangan keatas BPBK disampaikan.
Mayat anggota polis yang hangus terbakar bersama Balainya- Ya Allah ampunilah dosanya
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong,
mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung
mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan
polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik
yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk
memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang
jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang
komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo,
di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan
dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
PAHLAWAN DAN SERIKANDI SILAM
Mereka yang terselamat semasa pertempuran Balai Polis Bukit
Kepong ialah:
Anggota Polis
Konstabel Othman bin Yusoff (meninggal);
Konstabel Marin Abu Bakar bin Daud (meninggal);
Konstabel Tambahan Ahmad bin Khalid (meninggal); DAN
Konstabel Yusoff bin Rono ( bersara Sarjan dan telah
meninggal dunia pada tahun 2005 pada usia 83 tahun)
Ahli Keluarga Anggota Polis
Mariam binti Ibrahim
- balu Konstabal Muhamad Jaafar.
Zainun binti Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad
Jaafar.
Abu Samah bin Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad
Jaafar.
Zaleha binti Muhammad - anak perempuan Konstable Muhamad
Jaafar
Jamilah binti Abu Bakar - anak perempuan Konstabel Marin
Abu Bakar Daud
Hussain bin Abu Bakar - anak lelaki Konstabel Marin Abu
Bakar Daud.
Fatimah binti Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel
Hassan Osman.
Pon binti Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali.
Fatimah binti Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
Adakah mereka yang masih hidup ini mendapat pembelaan dari
pihak Kerajaan sebagaimana yang dinikmati oleh Lee Chong Wei, Cheah Soon Kit,
Soo Beng Kiang dan anak-anak Dato' Sidek serta Nicol David yang mengharumkan
nama negara dengan bersenjatakan reket badminton/squash mereka?
Almarhum Konst Yusof bin Rono dan Konst Abu Bakar bin Daud
(adakah semasa almarhum Yusof meninggal dunia beliau mempunyai tanah untuk ditinggalkan kepada isteri dan anak beliau? Atau keluarga mereka sama seperti juga keluarga Mat Indera yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi walaupun ayah mereka adalah pahlawan negara).
Pahlawan Negara Yang Terkorban Dalam Pertempuran Bukit
Kepong
Anggota Polis
(1) Sarjan Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Polis Bukit
Kepong).
(2) Kopral Mohd Yassin Haji Wahab (Timblan KBP Bukit Kepong)
(3) Lans Kopral Jidin bin Omar.
(4) Konstabel Hassan bin Osman.
(5) Konstabel Hamzah bin Ahmad.
(6) Konstabel Jaafar bin Hassan.
(7) Konstabel Muhamad bin Jaafar.
(8) Konstabel Marin Ibrahim bin Adam.
(9) Konstabel Abu bin Mohd Ali.
(10) Konstabel Abu Kadir bin Jusoh.
(11) Konstabel Marin Awang bin Ali.
(12) Konstabel Marin Basiron bin Adam.
(13) Konstabel Tambahan Mohd Top bin Lazim; dan
(14) Konstabel Tambahan Jaafar bin Arshad
Polis Bantuan Yang Terkorban
(1) Polis Bantuan (AP) Samad bin Yatim.
(2) AP Mahmood bin Saat.
(3) AP Ali bin Akop
(4) AP Othman bin Yahya; dan
(5) AP Redzuan bin Alias.
Anggota Keluarga Anggota Polis Yang Terkorban
(1) Fatimah binti Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu
Bakar bin Daud.
(2) Hassan bin Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin
Abu Bakar bin Daud.
(3) Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali.
(4) Simah binti Abu - anak kepada Konstabal Abu bin Mohd Ali
Pengawal Kampung yang
terkorban dalam pertempuran diluar Balai Polis
(1) Embong bin Lazim; dan
(2) Koh Ah Cheng
MAKAM PAHLAWAN BUKIT KEPONG
WALAUPUN SABAN TAHUN FILEM ‘PERISTIWA BUKIT KEPONG’ ARAHAN JINS SHAMSUDDIN (TAN SRI DR) DIULANG TAYANG, ADAKAH IA MENYENTUH HATI PIHAK BERWAJIB SUPAYA DARAH YANG MENGALIR DALAM TUBUH KETURUNAN PAHLAWAN INI (atau KETURUNAN MEREKA) TELAH MENDAPAT PERHATIAN SEWAJARNYA.
AKU TAK PASTI SAMA ADA AHLI KELUARGA HERO-HERO BUKIT KEPONG INI MENDAPAT APA-APA GANJARAN DARI PIHAK KERAJAAN JOHOR ATAU KERAJAAN PUSAT?
KINI MENJADI MUZIUM BUKIT KEPONG
Assalamualaikum..setiap kali.menonton.filem.bukit.kepong.memang sedih.dan.sayu.Semangat juang didlm.diri mereka amat kuat.saya setuju keamanan yg kita nikmati sekarang hasil juang dan pengorbanan mereka.saya tertanya bagaimana dengan keturunan mereka?
ReplyDelete2020 - semoga roh semua pahlawan dan ahli keluarga yang terkorban dicucuri rahmat allah. Aaminn.. semoga keturunan dan waris mereka dilindungi allah sentiasa.. semoga malaysia terus aman dan dijauhi dari malapetaka sebegini sekali lagi 😭
ReplyDelete