Tuesday, February 3, 2015

037 NEGERI 8: PERLIS DARUSSUNNAH

 .


  PERLIS DARUSSUNNAH  

Fakta Negeri Perlis:

Keluasan: 810 km persegi
Penduduk: 209,100 (2001)
Kepadatan: 258.1 setiap 1km/per
Ibu Negeri: Kangar
Bandar DiRaja: Arau

Selepas mengenali negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak, sekarang giliran Negeri Perlis.  Perlis yang terletak di kedudukan paling utara di Semenanjung Malaysia adalah juga merupakan negeri yang terkecil di Malaysia.  Sebelah utaranya bersempadan dengan Thailand manakala sebelah selatannya Negeri Kedah Darulaman.

Pemerintah Negeri Perlisd mempunyai hubungan persaudaraan dengan keluarga diRaja Johor.  Kekanda kepada Raja Perlis sekarang iaitu YMM Raja dato' Seri Sharifah Salwa ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkahwin dengan cucunda Sultan Johor ke 2, iaitu almarhum Sultan Ibrahim, iaitu almarhum Tunku Sulaiman (meninggal 1999) ibni almarhum Tunku Haris Abu Bakar (Tunku Aris Bendahara- meninggal 1956) ibni almarhum Sultan Ibrahim (mangkat 1959).


Sejarah Negeri Perlis


Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke 12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan  Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

Sejarah pembentukan Negeri Perlis, dahulunya terkenal dengan nama Perlis Indera Kayangan bermula di zaman Kerajaan Siam mengamalkan dasar pecah dan perintah ke atas negeri-negeri Melayu di utara semenanjung. Siam memecahkan negeri-negeri jajahannya kepada unit-unit yang kecil dan tiap-tiap negeri diketuai oleh seorang Penghulu yang biasanya bermusuhan antara satu sama lain.  Perlis yang pasa asalnya sebahagian dari negeri Kedah berpisah dengan Kedah di zaman pemerintahan Sultan Dziauddin Mukarram Shah II selepas baginda diturunkun dari takhta pada tahun 1803.

Puteri Sultan Dziauddin telah berkahwin dengan Syed Abu Bakar Harun Jamalullail yang menjadi Penghulu Arau sejak 1797.  Penghulu Syed Abu Bakar kemudian digantikan oleh anaknya yang bernama Syed Hussein.  Jawatan Penghulu Syed Hussein kemudiannya dinaikkan ke taraf Raja Perlis pada tahun 1843 iaitu selepas beliau membantu Raja Siam memerangi Raja Ligor yang memberontak.  Keturunan Syed Hussein kemudian memerintah Perlis dengan aman dengan mendapat perlindungan Siam dan menghantar upti Bunga Emas.

Apabila Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada tahun 1909, Perlis dan negeri-negeri jajahan Siam di utara Semenanjung (Kedah, Kelantan dan Terengganu) diserahkan kepada pihak Inggeris dan dikenali sebagai 'Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu'.   Sejak itu juga,Perlis menerima seorang Penasihat Inggeris. Nama-nama Penasihat Inggeris di Perlis ialah:

1909 - 1910

Meadows Frost
1910

Cavendish (acting)
1910 - 1913

Meadows Frost
1911 

J.G. Richey
1911 - 1913

H.C. Eckhardt
1913 - 1914

G.M. Laidlaw (acting)
1914 - 1920

H.C. Eckhardt
1920 - 1922

E.W.N. Wyatt
1922 - 1923

T.W. Clayton
1923 - 1925

J.W.W. Huges
1925 - 1928

P.S. Williams 
1928 - 1931

L.A. Allen
1931 - 1932

M.C. Hay
1932 - 1933 

M.B. Shelley
1933 - 1935

Oswald Eric Venables
1935 - 1937

Charles Roberts Howitt 
1937 - 1939

Christopher William Dawson
1939 - 1941 

Edward Victor Grace Day

Located near the southern Thai border, Perlis was one of the first areas to be attacked by Japanese and Thai forces in 1941. Japanese occupation resulted in the rightful Heir Apparent being set aside when the reigning Raja died in early 1943. This was followed by a return to Thai sovereignty on 20th August 1943. The state was returned to British rule after the Japanese defeat on 8th September 1945. Their nominee as Raja was removed nine days later. Tuanku Syed Putra, the rightful Heir set aside by the Japanese in 1943, ascended the throne in 1945. 

Senarai Gabenor Jepun
1941
1942
Ohyama Kikancho
1942
20-08-1943   
Osagawa
20-08-1943
8-09-1945 
Thai Officer
00-00-1945
1945
Charn Na Song Khram




Penasihat Inggeris selepas kekalahan Jepun

1945
1946
D. Burr
1946
1947
Edward Victor Grace Day
1947 - 1948









SENARAI NAMA RAJA PERLIS



20-05-1834
21-11-1873
Tuan Syed Husain ibni al-Marhum Syed Abu Bakar Harun Jamalullail  
21-11-1873
17-02-1897 
Tuan Syed Ahmad ibni al-Marhum Syed Husain Jamalullail 
17-02-1897
30-12-1904 
Tuan Syed Safi ibni al-Marhum Syed  Alwi Jamalullail 
30-12-1904
1-02-1943 
Tuan Syed Alwi ibni al-Marhum Syed  Safi Jamalullail  
2-02-1943
17-09-1945 
Tuan Syed Hamzah ibni al-Marhum  Syed Safi Jamalullail
17-09-1945
19-08-1960 
Tuanku Syed (Harun) Putra ibni al-Marhum  Syed Hasan Jamalullail  
20-08-1960


1-09-1962  
30-09-1962


20-08-1965 
Raja Dr Syed Mahmood ibni almarhum Raja Syed Hussain Jamalullail (Pemangku)

Tengku Sulaiman ibni al Marhum Tengku Aris Bendahara Abu Bakar (Pemangku)
20-08-1965
16-04-2000
Tuanku Syed Putra ibni al-Marhum  Syed Hasan Jamalullail  
17-04-2000
13-12-2001
Tuanku Syed Sirajuddin ibni al-Marhum  Syed Putra Jamalullail 
13-12-2001
12-12-2006
Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (Pemangku)
13-12-2001
kini
Tuanku Syed Sirajuddin ibni al-Marhum  Syed Putra Jamalullail 

SENARAI NAMA MENTERI BESAR PERLIS

00-00-1950
00-00-1957
Raja Ahmad bin Raja Endut
00-00-1957
00-00-1959
Mohd Razali bin Ali Wasi
00-00-1959 
31-12-1971
Tan Sri Siekh Ahmad bin Mohamed Hashim
01-01-1972
22-10-1981
Dato Jaafar bin Hassan
01-11-1981
13-08-1986
Dato Ali bin Hj Ahmad
13-08-1986
06-05-1995 
Tan Sri Abdul Hamid bin Pawanteh
06-05-1995
18-03-2008
Dato Seri Dr Shahidan bin Kassim  
18-03-2008
07-05-2013
Dato Dr Mat Isa bin Sabu  

07-05-2013        kini                    Dato' Seri Hj Azlan bin Man




Bandar Kangar


Istana Arau


DAERAH

Perlis merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak dibahagikan kepada daerah.


PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran Kangar

Pelabuhan Domestik

Kuala Perlis

Landasan Terbang  Domestik

tiada

Destinasi Pelancungan/Rekreasi

Gua Kelam
Tasik Timah Tasoh
Taman Ular Sungai Batu Pahat

Kem Tentera

Kem Oran
Kem Bukit Keteri
Kem Mata Air
Kem Bukit Chowder

Pusat Pengajian Tinggi

Universiti Teknologi MARA (Kampus Arau)
Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM), Ulu Pauh

Wilayah Pembangunan

Northern Corridor Economic Region (NCER)




DYMM RAJA PERLIS

TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL (2000 - KINI)

TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL (1940 - 2000)

RAJA SYED HAMZAH JAMALULLAIL (1943 - 1945)

RAJA SYED ALWI JAMALULLAIL (1904 - 1943)

RAJA SYED SAFFI JAMALULLAIL (1897 - 1904)

MENTERI BESAR PERLIS


MENTERI BESAR PERLIS sekarang
Datuk Azlan bin Man
(7 Mei 2013 - sekarang)

MANTAN MENTERI BESAR

DATO' SERI DR ISA BIN SABU


Dato Seri Dr Shahidan bin Kassim


Tan Sri Dr Abd Hamid Pawanteh


Datuk Hj Ali bin Ahmad


Datuk Hj Jaafar bin Hassan

 
Tan Sri Siekh Ahmad Mohd Hashim

No comments:

Post a Comment