Tuesday, February 3, 2015

MTA 042 : TERENGGANU DARUL IMAN


TERENGGANU DARUL IMAN

Terengganu juga diketahui sebagai negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang awal menerima agama islam melalui penemuan batu bersurat yang bertarikh pada tahun 1300.

Terengganu popular dengan jaluran pantai berpasir yang indah-indah khususnya Pantai Rantau Abang tempat penda  ratan penyu belimbing untuk bertelur yang paling besar di dunia dalam bulan Mei hingga Ogos setiap tahun. Namun jumlah penyu ini semakin berkurangan dengan banyaknya (mungkin akan pupus) kerana aktiviti manusia yang mencuri telur untuk dijual atau dimakan.


Penulis dan Terengganu

Dalam sejarah hidup penulis memang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dengan Negeri Terengganu ini. Kali pertama penulis menjejaki negeri ini kerana mengikut jiran sebelah rumah sewa penulis di Taman Tas, Kuantan antara tahun 1983-1985, iaitu Abang Mues dan Kak Nah (Kapt Mohd Mues dan Puan Siti Aminah) yang pulang ke kampung Kak Nah di Gong Kapas, Kuala Terengganu. 

Nota: Kak Nah sangat baik hati orangnya,  banyak membantu penulis dan isteri yang baru memulakan kehidupan selepas bergelar suami isteri, terutama selepas anak sulung penulis (Hafeez) dilahirkan pada tahun 1984. Semasa isteri penulis  masih dalam pantang, dialah yang banyak membantu cara-cara menguruskan bayi. Sejak kami ditukarkan ke KL pada tahun 1986, kami tidak pernah menemui lagi. Dari maklumat yang diterima, keluarga ini telah berpindah ke Taman Guru, Paya Besar, Kuantan.

Selepas itu penulis ada beberapa kali Terengganu atas urusan peribadi dan rasmi. 

Semasa penulis tinggal di Shah Alam antara tahun 1986 - 1993, penulis pernah bercuti bersama keluarga ke Terengganu adalah pada tahun 1992 (lebih kurang) Penulis menginap menginap di Mes Pegawai di TUDM Bukit Petri dan malam kedua di Awang Motel di Pantai Rantau Abang. 

Nota: Adik bungsu penulis,  memulakan kerjaya sebagai seorang guru di sebuah SRJK (Cina) di bandar Chukai pada tahun 1993.  Aminin berada di sana selama lebih 15 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan kerjaya gurunya (menceburkan diri dalam dunia perniagaan) dan menetap di KL sejak 2008. Manakala adik penulis (anak kelima) Haji Rakhiman juga  menetap Kemaman, Terengganu. Rakhiman yang berkhidmat dengan JPJ berpindah ke Kemaman sejak tahun 2006 dan bertemu jodoh dengan orang Kemaman, kini menetap di Taman Geliga setalh bersara pada tahun 2023. Penulis pernah menginap di rumah Aminin tetapi belum pernah ke rumah Rakhiman aku belum pernah sampai lagi.

Pada tahun 2018, penulis pernah ke Kemaman untuk merasmikan kursus Intergrated Logistic System (ILS) yang dianjurkan di INTAN Wilayah Timur (INTIM).

Kali terakhir (setakat ini) penulis ke Terengganu ialah pada tahun 2021 (setelah bersara dari ATM) kerana mengikuti kembara Skuad 37. Tetapi kumpulan kembara tidak menginap di Terengganu kerana menginap di Kuala Krai (Kelantan) dan Cerating (Pahang).

Persaudaraan IstanaTerengganu dan Johor

Negeri Terengganu ada kaitan dengan Negeri Johor kerana Sultan Terengganu yang pertama, Sultan Zainal Abidin I adalah anakanda kepada Tun Habab, Bendahara Johor. Ini bermakna kesultanan Terengganu sekarang adalah keturunan dari Bendahara Kesultanan Johor lama.


Fakta Ringkas Terengganu

Keluasan: 13,035 km persegi (5,033 batu persegi)
Penduduk: 1,149,440 (2020)
Kepadatan: 89/km persegi
Ibu Negeri: Kuala Terengganu
Bandar DiRaja: Kuala Terengganu

SEJARAH TERENGGANU

Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan JOHOR. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai Sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfatun Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor masa itu. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.

Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansor I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794-1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II. Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Satu lagi versi Sejarah Terengganu dan kaitannya dengan kemerdekaan bersama Persekutuan Tanah Melayu adalah seprti berikut:

Pada tahun 1254, sejarah awal bertulis diketahui melalui penemuan batu bersurat bertarikh (352 Hijrah)Terengganu. Oada tahun 1303 Prasasti Terengganu mengandungi hukum jenayah islam yang dilaksanakan di Terengganu. Pada tahun 1725 Negeri Terengganu Darul Iman ditubuhkan apabila Tun Zainal anak kepada Tun Abdul Majid (Bendahara Johor) dilantik oleh Sultan Badrul Alam Shah (Sultan Johor) dilantik menjadi Raja Terengganu. Pada 1765 Terengganu mengadakan hubungan persahabatan dengan Siam. Terengganu bantu Siam menawan Ligor. Pada 06 Apr 1897 perjanjian antara British dengan Siam ditandatangani dan British akui hak Siam ke atas negeri-negeri utara Tanah Melayu.

Pada 1902 berlaku perjanjian antara British dengan Siam dimana British telah mengiktiraf kuasa Siam ke atas negeri-negeri utara Tanah Melayu. Manakala pada tahun 1909 berlaku lagi Perjanjian Bangkok antara British dengan Siam. Siam serahkan Kedah, Perlis, Siam dan Terengganu di bawah perlindungan British. W L Conlay dilantik menjadi Penasihat British pertama. Pada 1919 Perjanjian antara Terenggani dan British untuk Terengganu menerima Penasihat Inggeris.

Jepun menakluki Terengganu antara bulan Dis 1941 hingga 20 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah Terengganu diserahkan kepada naungan Kerajaan Siam semula hingga 8 Sep 1945 apabila British mengambil alih semula dari Siam.

Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 Sep 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 Sep 1942, Tengku Chantik Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 Sep 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911. Sultan Ali digugurkan dari jawatan melalui satu pakatan Orang-orang Besar dengan pegawai Inggeris pada tahun 1945. Baginda disisihkan dan hidup merempat sebagai rakyat biasa melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai pemandu teksi.

Senarai Agen Inggeris di Terengganu selerpas Perjanjian Anglo-Thai 1909 adalah seperti berikut:


British Agents
  1. William Lance Conlay (1909 - 1911 )
  2. Walter Dare Scott (1911 - Mar 1913 )
  3. E.A. Dickson (Jul 1913 - 1914)
  4. Charleton Neville Maxwell 1914 - 1915)
  5. John Lisseter Humphreys (Nov 1915 - 23 May 1919)
Mulai 1919, pengaruh Inggeris dalam pentadbiran Terengganu bertambah kuat dan luas dan jawatan agen Inggeris dinaikkan taraf kepada Residen Inggeris. Sultan hanya mempunyai kuasa dan budibicara dari hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

Advisers
  1. John Lisseter Humphreys (May 1919 - 1925) 
    • Walter Evelyn Pepys (Nov 1919 - Jan 1920) - Pemangku 
    • Henry Charles Eckhardt (1921 - 1922) - Pemangku
  2. James William Simmons (1925 - 1926)
  3. William Milnes Millington (1926 - 1928)
  4. Alfred John Sturrock (1928 - 1931)
  5. Gordon Lupton Ham (Mar 1931 - 1932)
  6. Charles Cuthbert Brown (1932 - 1934)
    • Norman Rowlstone Jarrett (1934 - 1935) - Pemangku
  7. John Erskine Kempe (1935 - 1936)
    • Norman Rowlstone Jarrett (Dec 1936 - 1937) - Pemangku
    • Patrick Alexander Bruce McKerron (1937) - Pemangku
  8. Norman Rowlstone Jarrett (1937 - 1941.)
  9. Arthur Egerton Coope (Dec 1937 - 1940)
    • George Alexander de Chazal de Moubray (1940 - Dec 1941- Pemangku (Japanese prisoner Dec 1941 - 1945)
Japanese Secretaries of the State Administration
  1. Hideo Niizuma (20 Dec 1941 - 7 Mar 1942)
  2. Manabu Kuji (7 Mar 1942 - 18 Oct 1943)
Thai Military Commissioner
  1. Prayoon Ratanakit (Oct 1943 - Aug 1945)
Japanese Chiefs of the Liaison Office
  1. Kumijiro Itō (Oct 1943 - 1945)
  2. Tomoshige (1945)
British Resident Commissioners
  1. Sir Derek Headly (Aug 1945 - 1946) - Pemangku
  2. John Graham Black (1946 - 1948) 
  3. Ian William Blelloch (acting) (1948 - 1951)
  4. Maurice John Hayward (1952 - May 1954 )
  5. John Forbes Hannyngton (May 1954 - 1955 )
British Adviser
  1. John Forbes Hannyngton (1955 - Jan 1957)
  2. Frank Marshall Smith (1955 - Feb 1956) - Pemangku
Pada 1 Apr 1946 Terengganu digabungkan dengan gagasan Malayan Union sebelum ia dibatalkan dan digantikan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948 sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan akhir sekali membentuk Malaysia pada 16 Sep 1963.

KESULTANAN TERENGGANU

Senarai nama Sultan-sultan Terengganu sejak ia diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin I pada 1708.
  1. Sultan Zainal Abidin I ibni al-Marhum Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (1725 - 7 Mac 1733).
  2. Sultan Mansur Shah I ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin (8 Mac 1733 - 26 Jan 1793).
  3. Sultan Zainal Abidin II ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah (27 Jan 1793 - 1808)
  4. Sultan Ahmad Shah I ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin (1808 - 4 Jul 1830)
  5. Sultan Abdul Rahman ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin (5 Jul 1830 - 31 Dis 1830)
  6. Sultan Daud ibni al-Marhum Sultan Abdul Rahman (1 Jan 1831 - 31 Jan 1831)
  7. Sultan Umar ibni al-Marhum Sultan Abdul Rahman (31 Jan 1831)
  8. Sultan Mansur Shah II ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin(1831 -  09 Mac 1837)
  9. Sultan Muhammad Shah I ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah (ditewaskan oleh Sultan Omar) (10 Mac 1837 - 4 Nov 1839)
  10. Sultan Umar ibni al-Marhum Sultan Abdul Rahman (4 Nov 1839 - 1862)
  11. Sultan Mahmud Mudzafar Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah (1862)
  12. Sultan Umar ibni al-Marhum Sultan Abdul Rahman (1862 - 11 Apr 1876)
  13. Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Rahman (1876)
  14. Sultan Ahmad Muadzam Shah II ibni al-Marhum Yang Dipertuan Muda Mahmud (1876 - 18 Dis 1881)
  15. Sultan Zainal Abidin III Muadzam Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muadzam Shah (19 Dis 1881 - 26 Nov 1918)
  16. Sultan Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin Muadzam Shah (27 Nov 1918 - 26 Mei 1920) - baginda turun tahta secara sukarela dan menyerahkan tahta kepada adindanya - baginda mangkat 1956)
  17. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin Muadzam Shah (27 Mei 1920 - 25 Sep 1942)
  18. Sultan Ali ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (26 Sep 1942 - 05 Nov 1945) - diturunkan tahta oleh Inggeris.
  19. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin Muadzam Shah (16 Dis 1945 - 20 Sep 1979).
    • Yang Di Pertuan Muda Tunku Mahmud ibni Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin Shah (21 Ogos 1965 - 20 Sep 1970) - Pemangku Sultan. Sultan Ismail Nasirudin telah dipilih menaiki tahta YDP Agong IV mulai 21 Ogos 1965 selama 5 tahun.
  20. Sultan Mahmud  al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah21 Sep 1979 - 14 Mei 1998) 
  21. Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud 15 Mei 1998 - KINI) 
    • Tuanku Sultan Mizan telah dipilih menaiki tahta YDP Agong ke XIII mulai 13 Dis 2006.
    • Yang Di Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin (13 Dis 2006 - 12 Dis 2011) - Pemangku Sultan.
    • Jemaah Penasihat Diraja (13 Dis 2006 - 12 Dis 2011):
      • Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman ibni Sultan Mahmud Almuktafi Billah (Yang DiPertua)
      • Tengku Sri Laksamana Tengku Sulaiman ibni almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah.
      • Hakim Dato Abdul Kadir Sulaiman.
  22. Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin...........

DYMM SULTAN TERENGGANU
DARUL IMAN


DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud Shah 
Al Muktafi Billah
(sedang memerintah mulai 15 Mei 1998)

MANTAN SULTAN TERENGGANU


Almarhum Sultan Mahmud Shah Al Muktafi Billah
(1979 - 1998)


Almarhum Tuan Ismail Nasiruddin Shah
(1945 - 1979)

Almarhum Sultan Ali
(1942 - 1945)


Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(1920 - 1942)

Almarhum Sultan Muhammad Shah II Muazzam Shah
(1918 - 1920 

Almarhum Sultan Zainal Abidin III
(1881 - 1920)


MENTERI BESAR TERENGGANU

Senarai nama Menteri Besar Terengganu

Menteri Besar dilantik oleh Sultan

  1. Dato' Seri Amar Diraja Ngah Muhammad bin Yusof (21 Apr 1925 - 28 Jun 1940)
  2. Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman(15 Jul 1940 - 6 May 1942) 
  3. Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud (17 May 1942 - 16 Dec 1945)
  4. Tengku Panglima Perang bin Tengku Muhamad ibni Almar Sultan Ahmad (17 Dec 1945 - 26 Dec 1949)
  5. Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin
    bin Idris (27 Dec 1949 - Jun 1959).
Senarai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya Umum 
  1. Tuan Haji Mohd Daud bin Abdul Samad (29 Jun 1959 - 8 Nov 1961)  
  2. Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad (9 Nov 1961 - 3 Sep 1969)
  3. Dato' Mahmood bin Sulaiman (1 Oct 1969 - 4 Sep 1971)
  4. Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman (5 Sep 1971 - 3 Aug 1974) 
  5. Tan Sri Dato' Amar Wan Mokhtar bin Ahmad (1 Sep 1974 - 2 Dec 1999) 
  6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang (Tan Sri) (2 Dec 1999 - 25 Mar 2004) 
  7. Dato' Seri Idris bin Jusoh (Tan Sri) (25 Mar 2004 - 25 Mar 2008) 
  8. Dato' Seri Ahmad bin Said (25 Mar 2008 - 12 May 2014) 
  9. Dato' Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman (12 May 2014 - 10 May 2018) 
  10. Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar (10 May 2018 - kini

MENTERI BESAR TERENGGANU

YAB Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar 
(10 Mei 2018 - kini)

MANTAN MB TERENGGANU

Dato Hj Ahmad Razif bin Abd Rahman
(14 Jan 2014 - 9 Mei 2018)

Dato Seri Hj Ahmad bin Said
(2008 - 14 Jan 2014)


Dato Seri Hj Mohd Idris bin Jusoh
(2004 - 2008)

Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi bin Awang
(1999 - 2004)


Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Hj Wan Mokhtar bin Ahmad
(1974 - 1999)

Allahyarham Dato Hj Nik Hassan bin Abd Rahman
(1971 - 1974)

Allahyarham Dato Hj Daud bin Sulaiman
(1970 - 1971)

Allahyarham Tan Sri Hj Ibrahim Fikri bin Ahmad
(1961 - 1970)
 
Allahyarham Ustaz Hj Mohd Daud bin Abdul Samad
(1959 - 1961)

Allahyarham Dato' Seri Setia Diraja Raja Haji Kamaruddin bin Raja Idris
Dato' Perdana Menteri Diraja
(1949 - 1959)

Allahyarham Tengku Panglima Perang 
Tengku Muda Dato' Sir Muhammad ibni almarhum Sultan Ahmad
(1947 - 1949)

Allahyarham Dato' Jaya Perkasa Haji Da Omar bin Mahmud
(1941 - 1947)

Allahyarham Dato' Seri Setia Diraja Tengku Omar bin Othman
(1940 - 1941)

Allahyarham Dato' Hj Ngah Muhammad bin Yusof
(1925 - 1940)


PENTADBIRAN NEGERI

DAERAH


Pentadbiran Negeri Terengganu dibahagikan kepada lapan buah daerah berikut:
  1. Kuala Terengganu (pejabat daerah di Kuala Terengganu)
  2. Besut (Kampong Raja)
  3. Ulu Terengganu (Kuala Berang)
  4. Dungun (Kuala Dungun)
  5. Marang (Marang)
  6. Kemaman (Cukai)
  7. Setiu (Bandar Permaisuri)
  8. Kuala Nerus (Kuala Nerus)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya

Hanya sebuah pihak berkuasa tempatan di Terengganu yang mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya, iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (Bandaraya Warisan Pesisir Pantai)

Majlis Perbandaran
  1. Majlis Perbandaran Kemaman - Chukai
  2. Majlis Perbandaran Dungun - Kuala Dungun
Majlis Daerah
  1. Majlis Daerah Besut - Kampong Raja
  2. Majlis Daerah Hulu Terengganu - Kuala Berang
  3. Majlis Daerah Marang - Marang
  4. Majlis Daerah Setiu - Bandar Permaisuri
Pelabuhan
  1. Pelabuhan Kemaman (Tanjung Berhala) - antarabangsa
  2. Pelabuhan Pulau Kambing - domestik
  3. Pelabuhan Kuala Dungun - domestik/perikanan
  4. Pelabuhan Kuala Besut - domestik/perikanan

Lapangan Terbang
  1. Lapangan Terbang Sultan Mahmud Al Muktafi Billah, Telaga Batin

Destinasi Pelancungan Utama

  1. Pantai Batu Rakit
  2. Pantai Rantau Abang
  3. Tasik Kenyir
  4. Pulau Redang
  5. Pulau Perhentian Besar
  6. Pulau Perhentian Kecil
  7. Pulau Kapas
Kem Tentera

  1. Kem Seberang Takir
  2. Kem Seri Pantai
  3. Kem Padang Midin (Rej 512 AW)
  4. PSTL Setiu
  5. PSTL Chendering
  6. TUDM Bukit Petri






KEMASKINI :: 26 Julai 2026

2 comments:

  1. Pembetulan... Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad masih hidup sehingga kini... Harap maklum... =D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas pembetualan dari saudara. Semoga Allah swt dan ahli keluarga YBhg Tan Sri mengampunkan dosa kesilapan saya.

    ReplyDelete