KRISIS UNDANG KEPADA KRISIS POLITIK NEGERI SEMBILAN
SEJAK negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, apabila 11 buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Persekutuan Tanah Melayu, tidak pernah berlaku krisis di mana-mana negeri dalam Persekutuan yang melibatkan tahta Rajanya. Paling tinggi pun perubahan pewaris Raja yang berlaku di Johor pada tahun 1961 (Tunku Mahkota dipecat dan digantikan) dan 1981 (Tunku Mahkota yang dipecat tahun 1961 dilantik semula manakala Tunku Mahkota dilantik menjadi Tunku Bendahara) dan di Kelantan pada tahun 2024 (Tengku Mahkota dipecat dan digantikan).Pernah juga berlaku penggantian Raja tidak secara biasa seperti yang berlaku di Kelantan (2010) dan di Pahang (2019) apabila Raja yang sedang memerintah telah digantikan oleh pewarisnya kerana mengalami kegeringan yang berpanjangan yang menyebabkan kehilangan kelayakan untuk menjadi Raja. Pun begitu kedua-dua pertukaran tersebut masih mengikut provision dalam Undang-Undang Tubuh Negeri berkenaan.
Di peringkat Persekutuan pula hanya sekali berlaku keluarbiasaan pada tahun 2019 apabila Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke 15 telah meletak jawatan setelah memerintah selama 2 tahun (mulai Dis 2016)
Krisis Adat dan Istana di Negeri Sembilan
Krisis perlantikan Undang Luak di empat Luak di Negeri Sembilan sememangnya tidak pernah sepi dari krisis. Sebelum ini telah beberapa kali berlaku krisis perlantikan di Rembau, Jelebu, Johol dan Sungai Ujong. Malah ada yang mengambil masa hingga lebih 10 tahun untuk diselesaikan. Pemecatan (atau perlucutan jawatan) Undang juga pernah berlaku sebelum ini (Luak Johol, 2016). Namun tundakan Undang Berempat yang bersepakat bertindak memecat Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah pertama kali berlaku.
Secara asasnya krisis di Negeri Sembilan bermula dari krisis pemecatan Undang Luak Sungai Ujong pada tahun 2025 kemudian membawa kepada tindakan Empat Undang memecat Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Isu ini melarat dan melibatkan Kerajaan Negeri apabila tindakan Menteri Besar mengumumkan pemecatan Undang Luak Sungai Ujong menggunakan nama Dewan Keadilan dan Udang (DKU). MB dianggap sebagai menipu rakyat kerana tidak mengumumkan keputusan yang tidak sebenarnya diputuskan dalam DKU.
Seterusnya 14 ADUN UMNO dalam DUN Negeri Sembilan menarik sokongan kepada MB. Bagaimanapun atas arahan UMNO pusat, sokongan kepada MB (Kerajaan Madani NS) dikembalikan. Malah MB telah mendapat sokongan moral dari Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan termasuk Presiden UMNO sendiri. 14 ADUN UMNO di NS menerima tekanan dari Kerajaan Pusat termasuk dari kepimpinan UMNO di pusat. Krisis politik ini masih belum berakhir.
Krisis Undang juga berterusan, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan supaya Undang Luak Sungai Ujong keluar dari kediaman rasmi (Balai Undang). Manakala di peringkat Luak Sungai Ujong pula, dua kali Lembaga Adatnya melantik Undang yang baru. Kedua-duanya tidak diperakui.

Kedudukan kekakanan tarikh perlantikan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin sebelum Krisis.
- Undang Luak Sungai Ujong, YTM Dato' Klana Petra Dato' Mubarak bin Dohak (29 Dis 1993)
- Undang Luak Johol, YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato' Haji Muhammad bin Abdullah (7 Okt 2016)
- Undang Luak Jelebu, YTM Datuk Medika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof bin Mat Rashad (26 Jun 2018)
- Undang Luak Rembau, YTM Dato' Sedia Raja Haji Abdul Rahim bin Yassin (22 Ogos 2024)
- Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus AlQadri (26 Dis 2005)
Kronologi krisis di Negeri Sembilan
13 Mei 2025
Dato' Mubarak bin Dohak dilaporkan diberhentikan daripada jawatan Undang Luak Sungai Ujong berkuat kuasa 13 Mei 2025 oleh Telaga Undang dan Waris Klana Hulu, Sungai Ujong. Keputusan ini menyusuli pertikaian adat dan tindakan pemecatan beliau yang didakwa berkaitan salah guna kuasa dan melanggar hukum syarak.
Pengumuman rasmi pemecatan tersebut dibuat oleh Tua Lembaga Waris di-Darat, Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim, selepas mendapat persetujuan serta keizinan Ibu Soko Klana Hulu dan Anak Waris Klana Hulu.
Menurut kenyataan rasmi pada akhir bulan lalu, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat diadakan pada 1 April 2025 di Telaga Undang Sungei Ujong.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa semua kesalahan berkenaan turut dilaporkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Dato' Mubarak bin Dohak
Soalan penulis: Adakah keputusan ini telah dipersetujui oleh majoriti ahli Lembaga yang berkuasa memilih Dato' Undang itu? Sebagaimana yang dikethui terdapat lapan (8) Dato' Lembaga di dalam Luak Sungai Ujong.
17 April 2026
Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang bersidang pada Jumaat memutuskan untuk mengiktiraf pelantikan Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong dan Yang Teramat Mulia Dato' Sedia Raja Haji Hassan Ab Hamid sebagai Undang Luak Rembau.
Persidangan itu dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta dihadiri Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Rembau dan Tunku Besar Seri Menanti.
Setiausaha DKU menerusi kenyataan media yang dikeluarkan memaklumkan persidangan berkenaan memenuhi syarat korum seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 20 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) telah mempertimbang dan memutuskan perkara-perkara berikut:
Pilihanraya Negeri ke 16 Negeri Sembilan telah disempurnakan. Kesemua 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi PRN ke-16 ditutup secara rasmi pada 6 petang ini, menandakan berakhirnya proses pengundian yang bermula seawal 8 pagi. Menurut SPR, peratusan keluar mengundi setakat 4 petang mencecah 65.38 peratus, bersamaan 562,133 daripada keseluruhan 859,760 pengundi biasa berdaftar di negeri itu (jangkaan 72 - 75%).
Pengurus Besar Kanan Telekom Malaysia Pahang, Dato' Azrin bin Haji Khairi (51 tahun) dilantik dan dimasyhurkan secara rasmi sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 dalam istiadat rasmi serta beradat di Telapak Anak Waris Perut Ulu Jelebu.
Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman
Telapak YM Dato' Menteri Luak Jelebu memaklumkan bahawa istiadat pemasyhuran itu diseru dan dizahirkan oleh Ketua Kepala Adat Luak Jelebu, Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sahari Ismail Mohd Zin. Istiadat itu dihadiri bersama Datuk-Datuk Lembaga Delapan, Ibu Soko, Buapak dan Anak-Anak Waris
Pemasyhuran berkenaan dilaksanakan dalam suasana penuh tertib, adat dan penghormatan, dengan mengambil kira kedudukan serta kesinambungan Adat Perpatih serta pusaka Undang Luak Jelebu yang diwarisi turun-temurun.
Dengan pemasyhuran tersebut, YTM Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Azrin bin Haji Khairi secara rasmi dizahirkan sebagai Undang Luak Jelebu Ke-17, dengan sokongan dan penglibatan barisan pemegang adat serta Anak-Anak Waris.
Empat Undang, Tunku Besar Tampin dan Dato Shahbandar Sungai Ujong mendakwa Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, telah menandatangani proklamasi bagi melaksanakan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada 3 Ogos lalu.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka mendakwa Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar bersama mereka telah menerima menghadap Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson, pada tarikh berkenaan. Pertemuan tersebut diadakan bagi memperkenankan Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dalam majlis tersebut, YAB Ismail Lasim turut menandatangani dan melengkapkan surat cara proklamasi di bawah Perkara 10 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS), selaras dengan kewajipan perlembagaan, di hadapan Raja Pemerintah Negeri Sembilan dan tetamu jemputan.
Proklamasi tersebut telah ditandatangani oleh kesemua Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong di bawah Perkara 10(2) UUTKNS, berserta menurunkan cop mohor masing-masing, pada 19 April 2026 bagi mengisytiharkan penurunan takhta Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Sehubungan itu mereka menggesa proklamasi itu dikuatkuasakan serta-merta bagi memelihara kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim mengesahkan bahawa dia telah menandatangani proklamasi oleh empat Undang untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Walau bagaimanapun, Ismail mendakwa dia berbuat demikian atas paksaan dan mengesahkan bahawa dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
"Merujuk kepada isu dokumen Surat Cara Proklamasi (Surat Cara tersebut) yang tular dalam kenyataan media pada malam 8 Sept, saya ingin menjelaskan bahawa Surat Cara tersebut telah saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan."
"Kerajaan Negeri berpendirian bahawa Surat Cara tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959."
Kenyataannya itu dikeluarkan selepas Undang Yang Empat yang dipertikaikan semalam mendedahkan dokumen yang ditandatanganinya. Borang itu ditandatangani pada 3 Ogos.
Ismail berkata dia hanya membuat laporan polis petang semalam. Dia tidak menjelaskan mengapa dia menunggu lebih sebulan untuk membuat laporan itu.
Ismail juga tidak mendedahkan mengapa dia bertemu dengan Undang yang dipertikaikan itu. Keempat-empat mereka cuba menyingkirkan Tuanku Muhriz sejak April atas pertikaian kuasa, dan telah menyokong Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai pengganti.
Ismail juga tidak mempertikaikan dakwaan dalam laporan Straits Times bahawa dia telah bertemu dengan empat Undang yang dipertikaikan itu bersama-sama kepimpinan tertinggi Umno termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Setakat ini, dia juga hanya mengatakan bahawa Zahid tidak terlibat dalam sebarang tindakan terhadap Tuanku Muhriz.
Beliau juga menegaskan semula kesetiaannya kepada Tuanku Muhriz, dengan mengatakan bahawa baginda adalah satu-satunya Yang di-Pertuan Besar yang sah.
"Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada DYMM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat."
Walaupun para undang memang mempunyai kuasa sedemikian, keadaan menjadi rumit apabila salah seorang daripada empat undang — dikenali sebagai Undang Yang Empat — sendiri telah disingkirkan beberapa hari sebelum itu.
Keputusan akhir dijangka bergantung kepada bagaimana perlembagaan negeri ditafsirkan.
Berikut pecahan peristiwa yang berlaku.
Siapa Undang Yang Empat?
Undang Yang Empat merupakan ketua Adat Perpatih bagi empat luak di Negeri Sembilan iaitu Sungei Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.
Keempat-empat mereka, berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan, bertanggungjawab memilih Yang di-Pertuan Besar daripada keturunan Raja Radin dan Raja Lenggan.

Perlembagaan negeri itu juga memberi mereka kuasa untuk memaksa Yang di-Pertuan Besar turun takhta.
Mereka berempat bersama Yang di-Pertuan Besar dan pembesar lain, menjadi anggota Dewan Keadilan dan Undang yang berfungsi sebagai badan penasihat dalam hal adat serta pelantikan dan penyingkiran Yang di-Pertuan Besar.
Sehingga 16 April, empat undang tersebut ialah Mubarak Thahak (Sungai Ujong), Maarof Mat Rashad (Jelebu), Muhammad Abdullah (Johol) dan Abdul Rahim Yasin (Rembau).
Bagaimana konflik ini bermula?
Berdasarkan laporan media dan kenyataan, konflik ini dipercayai bermula pada 13 Mei 2025 apabila pembesar di Sungai Ujong bertindak menyingkirkan Mubarak sebagai undang kawasan itu.
Terdapat 33 alasan dikemukakan, termasuk dakwaan pelanggaran undang-undang syarak dan adat, dengan laporan dibuat kepada polis dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Setakat ini, alasan tersebut belum didedahkan kepada umum.
Penyokong undang Sungai Ujong itu pula mendakwa siasatan pihak berkuasa tidak menemui sebarang salah laku dan Mubarak menjadi mangsa persepsi negatif.
Namun begitu, pada 17 April tahun ini, satu mesyuarat khas Dewan Keadilan dan Undang diadakan, dengan pertuduhan terhadap Mubarak dibentangkan kepada Tuanku Muhriz.
Tuanku Muhriz serta anggota Dewan lain dilaporkan menerima penyingkiran Mubarak sebagai Undang Sungai Ujong, berkuat kuasa 13 Mei tahun lalu.
Tidak jelas sama ada keempat-empat undang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Perkara 16(3) Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa sebarang keputusan majlis berkaitan pelantikan, pewarisan atau penyingkiran undang adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.
Bagaimana reaksi Mubarak?
Pada malam 19 April, Mubarak bersama tiga undang lain mengadakan pertemuan dan mengeluarkan dua perisytiharan.
Pertama, mereka sebulat suara bersetuju menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Langkah itu dibuat selepas mereka didakwa menjalankan siasatan sendiri terhadap Tuanku Muhriz pada 5 Mac, berhubung dakwaan pelanggaran dalam pelaksanaan tugas diraja. Mereka menyifatkan pelanggaran tersebut dilakukan secara sengaja dan mencemarkan institusi diraja.
Perisytiharan kedua pula menetapkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar baru berkuat kuasa serta-merta.
Allahyarham Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, bapa kepada Tunku Nadzaruddin, merupakan Yang di-Pertuan Besar sebelum Tuanku Muhriz.
Pembacaan perisytiharan itu disiarkan secara langsung.
Apakah undang mempunyai kuasa tersebut?
Perkara 10(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa Undang Yang Empat boleh menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar sekiranya baginda melakukan perbuatan yang menjejaskan kesucian, kehormatan dan martabat jawatan tersebut.
Pada awal pagi tadi, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dilaporkan berkata perisytiharan yang dibacakan oleh Mubarak tidak diterima kerana dia telah disingkirkan daripada jawatan.
Namun, menteri besar dilihat tidak menyentuh fakta bahawa tiga lagi undang turut bersetuju untuk menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar ketika ini.
Perkara 29 menyatakan bahawa keputusan undang dianggap sah jika dilaksanakan oleh sekurang-kurangnya tiga undang, atau sejumlah undang yang masih hidup ketika kuasa tersebut digunakan.
Peruntukan ini meliputi kuasa melantik dan menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar.
Satu lagi isu yang mungkin timbul ialah status Abdul Rahim sebagai Undang Rembau, yang didakwa belum diwartakan walaupun telah dilantik dua tahun lalu.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini secara bebas setakat ini.
Apa langkah seterusnya?
Isu ini dijangka dirujuk sama ada oleh Tuanku Muhriz atau Menteri Besar Aminuddin Harun kepada Dewan Keadilan dan Undang.
Walaupun Perkara 29 seolah-olah memberi kemuktamadan kepada keputusan undang pada 19 April, persoalan utama ialah bagaimana Perkara 16(3) ditafsirkan.
Perkara 16(3) menyatakan: nasihat Dewan berhubung soal adat Melayu di mana-mana bahagian negeri, termasuk berkaitan pelantikan, pewarisan atau penyingkiran pembesar, adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Secara sepintas lalu, peruntukan itu tidak secara jelas merangkumi pelantikan atau penyingkiran Yang di-Pertuan Besar.
Namun, pihak yang menyokong Tuanku Muhriz dijangka berhujah bahawa pelantikan dan penyingkiran Yang di-Pertuan Besar termasuk dalam bidang adat Melayu yang berada di bawah kuasa majlis tersebut.
Malaysiakini akan terus melaporkan perkembangan lanjut isu ini.

Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) di Istana Besar Seri Menanti menasihatkan supaya pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong diterima.

Soalan penulis: Apa yang berlaku (apa tindakan) di antara 13 Mei 2025 hingga 17 Apr 2026 ke atas keputusan Tua Lembaga Sungai Ujong itu?
Kenyataan dikeluarkan oleh Zainol Ariffin pada 18 Mac itu juga adalah tidak sah dari sudut adat kerana beliau telah pun dipecat pada 28 November 2024.
Dalam kenyataan berkenaan turut dijelaskan bahawa pemilihan Datuk Undang atau pemberhentian Datuk Undang perlu mengikut adat luaknya saja yang mana ia selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Fasal 14 (1 dan 3).
Justeru, pihak luar yang tiada sebarang kepentingan diminta untuk tidak mencampuri urusan adat di Sungei Ujong.
Empat Undang mengadakan sidang media mengumumkan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.
Namun isu besar timbul kerana pengisytiharan itu dibacakan Mubarak yang ketika itu sudah dipecat sebagai Undang.

20 April 2026
21 April 2026
Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin dalam sepucuk surat menggesa Aminuddin dipecat daripada jawatannya.
23 April 2026
Baginda bertitah, setiap tindakan dan keputusan diambil mestilah berlandaskan garis panduan serta undang-undang ditetapkan.
26 April 2026
Menurutnya, jawatankuasa tersebut perlu dianggotai individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.
27 April 2026
Susulan krisis yang tidak berkesudahan, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Utama Aminuddin bin Harun.

YB Dato' Seri Jalaluddin bin Alias yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas selesai sidang media hari ini.

Info Jumlah Kerusi DUN Negeri Sembilan:
Jumlah keseluruhan kerusi: 36
(1) Pakatan Harapan (PH) - 17 kerusi:
30 April 2026
Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan telah menghantar surat pengosongan serta merta kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong. Penerimaan surat tersebut disahkan oleh Wakil Pejabat Balai Undang Luak Sungei Ujong. Surat arahan pengosongan tersebut bertarikh 29 April dan ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Akmal Farid Rizal Noordin.
Surat itu menyebut keputusan berkenaan dibuat selaras dengan keputusan sidang khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) bertarikh 17 April lalu.
Mereka diarahkan untuk melaksanakan pengosongan bagunan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuat kuasa serta-merta di samping memastikan semua aset-aset kerajaan negeri yang didaftar di premis Balai Undang Luak Sungei Ujong hendaklah berada dalam keadaan baik bagi tujuan pemeriksaan.
Mubarak dinyatakan sebagai tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Akauntan berusia 29 tahun, Muhammad Faris Johari dilantik sebagai Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-11.
Pelantikan mengikut istiadat kerapatan di Telaga Undang dipilih secara bulat muafakat (consensus) oleh Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-waris Klana Hulu.

Waris Nan Tua Klana Hulu, Orang Kaya Dato' Laksamana Shaharumzaman Dato' Lela Bangsa Abdul Malek, berkata istiadat dijalankan di bawah undang-undang teradat iaitu berkeadilan, berundang, bersalasilah, berteromba pada 22 April lalu.
Tiga Undang luak Negeri Sembilan dan bekas Undang Luak Sungai Ujong Mubarak Dohak yang mempertikaikan pemecatannya memfailkan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut keputusan mesyuarat khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) bertarikh 17 April lalu digantung.
Setelah menerima nasihat dan arahan dari kepimpinan UMNO pusat (setelah berunding dengan kepimpinan PH-BN), kesemua 14 ADUN UMNO Negeri Sembilan kembali menyokong kepimpinan MB NS.
Selepas akauntan berusia 29 tahun diumum dilantik sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 bagi menggantikan Datuk Mubarak Dohak, terdapat satu lagi majlis yang mengisytiharkan seorang bekas kerani sebagai penyandang Datuk Klana Petra.
Majlis pemasyhuran Abd Rahman bin Limat berusia 70 tahun sebagai penyandang dibuat dalam majlis istiadat di Telapak Tua Kampung Chedang. Pemasyhuran bapa kepada enam anak itu dimaklumkan telah dipersetujui oleh Ibu Soko, Buapak dan Tiang Balai Perut Waris Hulu.

Majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Buapak Perut Waris Hulu sebelum disusuli istiadat menandatangani watikah pelantikan. Difahamkan, Abd Rahman yang mempunyai pendidikan tertinggi Sijil Rendah Pelajaran merupakan Suku Biduanda Waris Klana manakala jawatan beliau di dalam waris ialah Datuk Juan Waris Perut di Hulu Luak Sungei Ujong.
Selain itu, beliau turut didakwa pernah menghantar nama sebagai calon Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong pada 13 November 2004.
Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan dua defendan dalam saman pemula yang dikemukakan oleh Datuk Mubarak Dohak bersama lima yang lain untuk mengemukakan bantahan rasmi dalam tempoh tujuh hari berkaitan bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes tersebut.
Hakim, Roz Mawar Rozain membuat perintah itu selepas mendengar bantahan awal dari defendan pertama, Setiausaha Dewan Keadilan Undang (DKU), Raja Norazli Raja Nordin dan defenden kedua, DKU Negeri Sembilan.
Empat Undang Luak telah mengarahkan Setiausaha DKU untuk memanggil satu sidang khas DKU pada 29 Mei 2026 namun Setiausaha DKU, Raja Norazli enggan mematuhi arahan tersebut kerana ia melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Empat Undang Luak Negeri Sembilan membuat keputusan menggantung tugas Raja Norazli Raja Nordin sebagai setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan.
Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Raja Norazli mematuhi arahan mereka untuk memanggil satu sidang khas hari ini bagi membincangkan kemelut kepimpinan adat di Negeri Sembilan. Empat Undang Luak bersama Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong turut melahirkan rasa kecewa terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun serta kerajaan negeri kerana didakwa gagal bersikap neutral dalam mengendalikan pertikaian tersebut.
Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.
Menurut beliau, sebagai seorang eksekutif DKU, tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 serta prosedur DKU yang telah ditetapkan
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuatkuasa pada 5 Jun 2026. Pembubaran tersebut setelh mendapat perkenan DYMM Yang DiPertuan Besar Tuanku Muhriz pada jam 8.30 malam.
Istiadat pemasyhuran Tunku Nadzaruddin ibni almarhum Tuanku Jaafar Alhaj sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke 12 dilangsungkan di sebuah hotel di Alor Gajah. Pengisytiharan rasmi tersebut dibacakan oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili institusi Undang Yang Empat.
Tunku Nadzaruddin
Mahkamah Tinggi Seremban membenarkan permohonan injunksi ad interim terhadap enam plaintif dalam pertikaian melibatkan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, yang antara lain menghalang mereka daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat (5 Jun).
Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Setiausaha DKU Raja Norazli Raja Nordin selaku defendan pertama dan DKU selaku defendan kedua.
Undang Yang Empat mengeluarkan arahan kepada Mufti Negeri supaya nama YDPB NS ke 12, Tunku Nadzaruddin dibaca dalam doa semasa Khatib membaca Khutbah Kedua di masjid-masjid dalam Undang Luak yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Namun Dato' Mufti menyatakan bahawa itu adalah bidang tugas MAINS dan JHEAINS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan diadakan secara berasingan. Bagi PRN Johor, hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun ini, manakala hari mengundi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai. Manakala bagi PRN Negeri Sembilan, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai manakala hari mengundi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos.
Tempoh berkempen di Negeri Sembilan ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 18 Julai 2026 (Sabtu) sehingga jam 11.59 malam, 31 Julai 2026 (Jumaat).
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2026 yang dikemas kini sehingga 4 Jun 2026.
DPPR bagi PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 ini mengandungi seramai 889,490 orang pemilih yang terdiri daripada 867,151 orang pengundi biasa, 16,884 orang tentera serta pasangan dan 5,455 orang polis.
Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima menghadap bagi menzahirkan kejadian Hassan Ab Hamid sebagai Dato' Sedia Raja Undang Luak Rembau ke-22.

Pada majlis istiadat yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti itu, pesara guru berusia 67 tahun berkenaan menghadap Tuanku Muhriz bagi menzahirkan dirinya sebagai Undang Luak Rembau, selepas dipilih secara adat oleh luaknya.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menzahirkan Muhammad Faris Johari sebagai Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-11.

Majlis Istiadat Penzahiran Kejadian akauntan berusia 29 tahun itu sebagai Undang Luak Sungei Ujong dibuat dalam majlis istiadat menghadap baginda di Istana Besar Seri Menanti.
Kehangatan isu institusi adat di Negeri Sembilan terus membahang apabila Pejabat Daerah dan Tanah Rembau mengeluarkan satu surat yang bertarikh 29 Jun mengarahkan supaya Balai Undang Luak Rembau dikosongkan serta-merta.
Surat arahan terbabit dikeluarkan susulan dari penzahiran kejadian Hassan Ab Hamid sebagai Dato' Sedia Raja Undang Luak Rembau ke-22, di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah pada 27 Jun.
Krisis yang sebelum ini melibatkan Luak Sungai Ujong telah merebak ke Rembau. Keadaan lebih serius kerana tiada kenyataan atau tindakan yang dibuat kepada Undang Luak Rembau sedia ada, Tuan Hj Abdul Rahim bin Yassin yang telah dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau ke 22 pada 22 Ogos 2024 manakala istiadat Kerjan dilaksanakan pada 14 Sep 2024.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
Penarikan balik itu membabitkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dikurniakan pada 2001 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang dikurniakan pada 1979.
Disokong atas alasan pelanggaran adat (33 sebab dikemukakan).
UL Johol, UL Jelebu dan UL Rembau
Soalan penulis: Apa yang berlaku (apa tindakan) di antara 13 Mei 2025 hingga 17 Apr 2026 ke atas keputusan Tua Lembaga Sungai Ujong itu?
18 April 2026
Datuk-Datuk Lembaga Adat Sungei Ujong mengeluarkan kenyataan rasmi pada 18 April dengan menjelaskan pendirian mereka yang sebulat suara ikrar taat setia kepada Mubarak.
Kenyataan dikeluarkan oleh Zainol Ariffin pada 18 Mac itu juga adalah tidak sah dari sudut adat kerana beliau telah pun dipecat pada 28 November 2024.
Dalam kenyataan berkenaan turut dijelaskan bahawa pemilihan Datuk Undang atau pemberhentian Datuk Undang perlu mengikut adat luaknya saja yang mana ia selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Fasal 14 (1 dan 3).
Justeru, pihak luar yang tiada sebarang kepentingan diminta untuk tidak mencampuri urusan adat di Sungei Ujong.
19 April 2026
Empat Undang mengadakan sidang media mengumumkan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.
Namun isu besar timbul kerana pengisytiharan itu dibacakan Mubarak yang ketika itu sudah dipecat sebagai Undang.
Tuanku Muhriz dan Tunku Nadzaruddin
20 April 2026
Tuanku Mukhriz dan DKU secara rasmi menerima pemberhentian Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong. Keputusan dibuat dalam sidang khas pada jam 10 pagi. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan tindakan memecat Tuanku Muhriz tidak sah dan tidak diiktiraf kerana individu yang membuat pengisytiharan tiada kuasa sah sebagai Undang.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, serta semua anggota Dewan Keadilan dan Undang telah menerima pemberhentian Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak.
Menurut Aminuddin Harun, penerimaan pemberhentian Mubarak itu dilakukan pada satu sidang khas Dewan Keadilan dan Undang di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Pada sidang khas itu, beliau berkata, Tuanku Muhriz selaku Pengerusi Dewan Keadilan dan Undang, telah menguatkuasakan Fasal 24 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dengan mempersilakan Ibu Soko Klana Hulu dan Waris Klana Hulu hadir ke sidang berkenaan.
Pada sidang khas itu juga, Tuanku Muhriz dan semua anggota Dewan Keadilan dan Undang dibentangkan 33 sebab pemberhentian Mubarak sebagai Undang Luak Sungei Ujong.
"Dewan Keadilan dan Undang menasihatkan penerimaan pemberhentian Mubarak mengikut adat Luak Sungei Ujong, selaras Fasal 14(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959" .
Terdahulu, media melaporkan Mubarak dilucutkan jawatan sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-10 selepas didakwa melanggar hukum syarak dan adat. Ia dibuat berdasarkan pengumuman rasmi oleh Tua Lembaga Waris di-Darat, Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim, selepas mendapat persetujuan serta keizinan Ibu Soko Klana Hulu dan Anak Waris Klana Hulu.
Menurut kenyataan rasmi pada akhir bulan lalu, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat diadakan pada 1 April 2025 di Telaga Undang Sungei Ujong. Kenyataan itu menjelaskan bahawa semua kesalahan berkenaan turut dilaporkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Tiga ahli Dewan DKU yang mendakwa hadir dalam Mesyuarat Khas 17 April lalu mengeluarkan kenyataan bersama menjelaskan situasi yang berlaku pada tarikh berkenaan. Menerusi kenyataan itu, mereka mendakwa Aminuddin mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pemecatan Mubarak.
Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin dalam sepucuk surat menggesa Aminuddin dipecat daripada jawatannya.
23 April 2026
Tuanku Muhriz ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 mengingatkan pemegang jawatan dan kedudukan tinggi supaya memastikan setiap tindakan, keputusan dibuat berasaskan penelitian menyeluruh terhadap segala fakta serta maklumat berkaitan.
Baginda bertitah, setiap tindakan dan keputusan diambil mestilah berlandaskan garis panduan serta undang-undang ditetapkan.
26 April 2026
Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menggesa satu jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan bagi menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan Negeri Sembilan yang sedang berlaku ketika ini.
Menurutnya, jawatankuasa tersebut perlu dianggotai individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.
27 April 2026
Susulan krisis yang tidak berkesudahan, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Utama Aminuddin bin Harun.
YB Dato' Seri Jalaluddin bin Alias yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas selesai sidang media hari ini.
Dato' Seri Aminuddin dan Dato' Seri Jalaluddin
Info Jumlah Kerusi DUN Negeri Sembilan:
Jumlah keseluruhan kerusi: 36
(1) Pakatan Harapan (PH) - 17 kerusi:
(a) DAP (11)
(b) PKR (5)
(c) PAN (1)
(2) Barisan Nasional (BN-UMNO) - 14 kerusi
(3) Perikatan Nasional (PN) - 5 kerusi

(a) PAS (3)
(b) BERSATU (2)
30 April 2026
Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan telah menghantar surat pengosongan serta merta kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong. Penerimaan surat tersebut disahkan oleh Wakil Pejabat Balai Undang Luak Sungei Ujong. Surat arahan pengosongan tersebut bertarikh 29 April dan ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Akmal Farid Rizal Noordin.
Surat itu menyebut keputusan berkenaan dibuat selaras dengan keputusan sidang khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) bertarikh 17 April lalu.
Mereka diarahkan untuk melaksanakan pengosongan bagunan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuat kuasa serta-merta di samping memastikan semua aset-aset kerajaan negeri yang didaftar di premis Balai Undang Luak Sungei Ujong hendaklah berada dalam keadaan baik bagi tujuan pemeriksaan.
Mubarak dinyatakan sebagai tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
KEGAWATAN isu pemecatan Dato' Mubarak bin Dohak Undang Luak Sungai Ujong yang masih kalut dan kelam kabut ditambah rumit lagi dengan terdapatnya perlantikan oleh puak-puak yang tidak menyebelahi Dato' Mubarak.
5 Mei 2026
Akauntan berusia 29 tahun, Muhammad Faris Johari dilantik sebagai Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-11.
Pelantikan mengikut istiadat kerapatan di Telaga Undang dipilih secara bulat muafakat (consensus) oleh Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-waris Klana Hulu.
Waris Nan Tua Klana Hulu, Orang Kaya Dato' Laksamana Shaharumzaman Dato' Lela Bangsa Abdul Malek, berkata istiadat dijalankan di bawah undang-undang teradat iaitu berkeadilan, berundang, bersalasilah, berteromba pada 22 April lalu.
Bagaimanapun perlantikan ini kemudiannya dicabar dan dianggap sebagai tidak sah.
5 Mei 2026
Tiga Undang luak Negeri Sembilan dan bekas Undang Luak Sungai Ujong Mubarak Dohak yang mempertikaikan pemecatannya memfailkan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut keputusan mesyuarat khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) bertarikh 17 April lalu digantung.
6 Mei 2026
Setelah menerima nasihat dan arahan dari kepimpinan UMNO pusat (setelah berunding dengan kepimpinan PH-BN), kesemua 14 ADUN UMNO Negeri Sembilan kembali menyokong kepimpinan MB NS.
10 Mei 2026
Selepas akauntan berusia 29 tahun diumum dilantik sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 bagi menggantikan Datuk Mubarak Dohak, terdapat satu lagi majlis yang mengisytiharkan seorang bekas kerani sebagai penyandang Datuk Klana Petra.
Majlis pemasyhuran Abd Rahman bin Limat berusia 70 tahun sebagai penyandang dibuat dalam majlis istiadat di Telapak Tua Kampung Chedang. Pemasyhuran bapa kepada enam anak itu dimaklumkan telah dipersetujui oleh Ibu Soko, Buapak dan Tiang Balai Perut Waris Hulu.
Abd Rahman bin Limat
Majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Buapak Perut Waris Hulu sebelum disusuli istiadat menandatangani watikah pelantikan. Difahamkan, Abd Rahman yang mempunyai pendidikan tertinggi Sijil Rendah Pelajaran merupakan Suku Biduanda Waris Klana manakala jawatan beliau di dalam waris ialah Datuk Juan Waris Perut di Hulu Luak Sungei Ujong.
Selain itu, beliau turut didakwa pernah menghantar nama sebagai calon Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong pada 13 November 2004.
13 Mei 2026
Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan dua defendan dalam saman pemula yang dikemukakan oleh Datuk Mubarak Dohak bersama lima yang lain untuk mengemukakan bantahan rasmi dalam tempoh tujuh hari berkaitan bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes tersebut.
Hakim, Roz Mawar Rozain membuat perintah itu selepas mendengar bantahan awal dari defendan pertama, Setiausaha Dewan Keadilan Undang (DKU), Raja Norazli Raja Nordin dan defenden kedua, DKU Negeri Sembilan.
29 Mei 2026
Empat Undang Luak telah mengarahkan Setiausaha DKU untuk memanggil satu sidang khas DKU pada 29 Mei 2026 namun Setiausaha DKU, Raja Norazli enggan mematuhi arahan tersebut kerana ia melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Raja Norazli mematuhi arahan mereka untuk memanggil satu sidang khas hari ini bagi membincangkan kemelut kepimpinan adat di Negeri Sembilan. Empat Undang Luak bersama Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong turut melahirkan rasa kecewa terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun serta kerajaan negeri kerana didakwa gagal bersikap neutral dalam mengendalikan pertikaian tersebut.
3 Jun 2026
Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.
Menurut beliau, sebagai seorang eksekutif DKU, tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 serta prosedur DKU yang telah ditetapkan
4 Jun 2026
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuatkuasa pada 5 Jun 2026. Pembubaran tersebut setelh mendapat perkenan DYMM Yang DiPertuan Besar Tuanku Muhriz pada jam 8.30 malam.
5 Jun 2026
Istiadat pemasyhuran Tunku Nadzaruddin ibni almarhum Tuanku Jaafar Alhaj sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke 12 dilangsungkan di sebuah hotel di Alor Gajah. Pengisytiharan rasmi tersebut dibacakan oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili institusi Undang Yang Empat.
Dalam pengisytiharan tersebut, beliau memaklumkan pemilihan dan pemasyhuran Tunku Nadzaruddin dibuat selaras dengan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta keputusan yang telah diumumkan oleh Undang Yang Empat pada 19 April lalu.
“Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 berkuat kuasa serta-merta"
“Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 berkuat kuasa serta-merta"
5 Jun 2026
Mahkamah Tinggi Seremban membenarkan permohonan injunksi ad interim terhadap enam plaintif dalam pertikaian melibatkan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, yang antara lain menghalang mereka daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat (5 Jun).
Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Setiausaha DKU Raja Norazli Raja Nordin selaku defendan pertama dan DKU selaku defendan kedua.
9 Jun 2026
Undang Yang Empat mengeluarkan arahan kepada Mufti Negeri supaya nama YDPB NS ke 12, Tunku Nadzaruddin dibaca dalam doa semasa Khatib membaca Khutbah Kedua di masjid-masjid dalam Undang Luak yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Namun Dato' Mufti menyatakan bahawa itu adalah bidang tugas MAINS dan JHEAINS.
Nota penulis: Setakat hingga 27 Jun 2026, masjid di kawasan Luak Sungai Ujong masih sebut nama Tunku Muhriz dan nama Undang Tok Mubarak tidak disebut langsung sejak DKU mengesahkan pemecatan pada 20 April 2026 yang lalu. Tidak pasti masjid-masjid di Luak lain. Nampaknya arahan persepakatan Undang Yang Ompek tidak diberi perhatian di Luak Sungai Ujong.
12 Jun 2026
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan diadakan secara berasingan. Bagi PRN Johor, hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun ini, manakala hari mengundi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai. Manakala bagi PRN Negeri Sembilan, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai manakala hari mengundi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos.
Tempoh berkempen di Negeri Sembilan ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 18 Julai 2026 (Sabtu) sehingga jam 11.59 malam, 31 Julai 2026 (Jumaat).
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2026 yang dikemas kini sehingga 4 Jun 2026.
DPPR bagi PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 ini mengandungi seramai 889,490 orang pemilih yang terdiri daripada 867,151 orang pengundi biasa, 16,884 orang tentera serta pasangan dan 5,455 orang polis.
27 Jun 2026
Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima menghadap bagi menzahirkan kejadian Hassan Ab Hamid sebagai Dato' Sedia Raja Undang Luak Rembau ke-22.
Dato' Sedia Raja
Hassan bin Abd Hamid
Pada majlis istiadat yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti itu, pesara guru berusia 67 tahun berkenaan menghadap Tuanku Muhriz bagi menzahirkan dirinya sebagai Undang Luak Rembau, selepas dipilih secara adat oleh luaknya.
Perlantikan Hassan ini mengenepikan kewujudan Undang Luak Rembau yang sedia ada Haji Abdul Rahim bin Yassin yang dimasyhurkan pada 22 Ogos 2024 dan istiadat kerjan dan pertabalannya dilangsungkan pada 14 Sep 2024.
Nota penulis: Dengan penzahiran perlantikan ini, krisis Undang akan bertambah runcing. Isu adat yang pada mulanya hanya melibatkan Sungai Ujong sudah merebak ke Rembau.
27 Jun 2026
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menzahirkan Muhammad Faris Johari sebagai Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-11.
Dato' Kelana Petra
Muhammad Faris bin Johari
Majlis Istiadat Penzahiran Kejadian akauntan berusia 29 tahun itu sebagai Undang Luak Sungei Ujong dibuat dalam majlis istiadat menghadap baginda di Istana Besar Seri Menanti.
Nota penulis: Dengan perlantikan 2 Undang baru untuk Sungai Ujong dan Rembau ini, maka kedudukan Undang Nan Ompek kini adalah dua berpihak kepada YDP Besar dan dua berpihak kepada Dato' Mubarak Dohak (mantan Undang Sungai Ujong). Maka tidak ada mana-mana pihak Undang Nan Ompek yang boleh mencapai undi 3/4 dalam membuat apa-apa keputusan melibatkan kuasa mereka. Dengan ini juga, krisis di Luak Sungai Ujong akan terus berpanjangan.
30 Jun 2026
Kehangatan isu institusi adat di Negeri Sembilan terus membahang apabila Pejabat Daerah dan Tanah Rembau mengeluarkan satu surat yang bertarikh 29 Jun mengarahkan supaya Balai Undang Luak Rembau dikosongkan serta-merta.
Surat arahan terbabit dikeluarkan susulan dari penzahiran kejadian Hassan Ab Hamid sebagai Dato' Sedia Raja Undang Luak Rembau ke-22, di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah pada 27 Jun.
Krisis yang sebelum ini melibatkan Luak Sungai Ujong telah merebak ke Rembau. Keadaan lebih serius kerana tiada kenyataan atau tindakan yang dibuat kepada Undang Luak Rembau sedia ada, Tuan Hj Abdul Rahim bin Yassin yang telah dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau ke 22 pada 22 Ogos 2024 manakala istiadat Kerjan dilaksanakan pada 14 Sep 2024.
29 Julai 2026
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
Penarikan balik itu membabitkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dikurniakan pada 2001 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang dikurniakan pada 1979.
Nota penulis: Berdasarkan situasi kini, penarikbalikkan darjah kebesaran dan gelaran Negeri ini adalah wajar. Rais telah menulangbelakangi perisytiharan Tunku Nadzaruddin sebagai YDP Besar NS ke 12 pada 27 Jun 2026. Tanpa mengambilkira faktor lain, tindakan Rais itu merupakan satu penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan.
31 Julai 2026
Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang bersidang pada Jumaat memutuskan untuk mengiktiraf pelantikan Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong dan Yang Teramat Mulia Dato' Sedia Raja Haji Hassan Ab Hamid sebagai Undang Luak Rembau.
Persidangan itu dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta dihadiri Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Rembau dan Tunku Besar Seri Menanti.
Setiausaha DKU menerusi kenyataan media yang dikeluarkan memaklumkan persidangan berkenaan memenuhi syarat korum seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 20 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) telah mempertimbang dan memutuskan perkara-perkara berikut:
- Merakamkan Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Sungei Ujong melibatkan Muhammad Faris dan Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Rembau melibatkan Hassan yang berlangsung pada 27 Jun 2026, serta menasihatkan supaya menerima pengiktirafan mereka sebagai Undang Luak Sungei Ujong dan Undang Luak Rembau yang telah dilantik secara sah mengikut adat luak masing-masing.
- Menerima dan merakamkan makluman daripada Ibu Soko, Anak Waris dan Ayer Luak Sungei Ujong bahawa penyandang pusaka Yang Amat Mulia Dato' Shahbandar, Dato' Seri Utama Badarudin Abdul Khalid telah dilucutkan mengikut Adat Luak Sungei Ujong berkuat kuasa 30 Julai 2026. justeru, berdasarkan Perkara XV(1) UUTKNS 1959, jawatan Dato' Shahbandar Sungei Ujong dengan sendirinya menjadi kosong. DKU turut mengambil maklum bahawa proses bagi menyempurnakan pelantikan Dato' Shahbandar Sungei Ujong yang baharu mengikut Adat Luak Sungei Ujong masih belum selesai.
- Tuanku Muhriz telah menguatkuasakan Fasal 24 UUTKNS dengan mempersilakan wakil-wakil Ibu Soko Waris Berundang menghadiri Persidangan Khas DKU susulan aduan berkenaan penyandang pusaka Undang Luak Jelebu, Dato' Maarof Mat Rashad.
- DKU telah menguruskan aduan daripada Luak Jelebu dengan penuh adil dan menasihatkan supaya menerima kesepakatan yang dicapai oleh Waris, Anak Buah dan Ibu Soko Waris Berundang daripada tiga Perut, iaitu Kemin Teriang, Kemin Beringin dan Kemin Bemban, untuk memecat Dato' Maarof selaku Penyandang Pusaka Undang Luak Jelebu Ke-16 berkuat kuasa 31 Mei 2023 susulan kesalahan-kesalahan adat yang dihuraikan. Maka dengan itu, jawatan Undang Luak Jelebu adalah dengan sendirinya kosong dan apa-apa tindakan yang dibuat oleh Dato' Maarof selepas tarikh tersebut hendaklah dianggap tidak sah. Susulan keputusan berkenaan, Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (DTNS) yang digunakan oleh Dato' Maarof ketika menyandang jawatan Undang Luak Jelebu turut gugur dengan sendirinya.
- DKU memutuskan individu yang didakwa memegang jawatan Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Jelebu sebelum ini, masing-masing Datuk Mubarak Thahak, Abdul Rahim Yasin dan Datuk Maarof Mat Rashad, tidak mempunyai kedudukan yang sah di sisi undang-undang. Mereka sama ada telah diberhentikan mengikut adat, tidak pernah dilantik secara sah atau tidak pernah melalui Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang seperti yang diperuntukkan.
- Kerajaan negeri juga diarahkan mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan segala pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh DKU.
- Tarikh sidang DKU pada 31 Jul 2026 diadakan sebelum keputusan PRN adalah untuk mempastikan 'YDP Besar' yang mana bakal diiktiraf oleh Kerajaan baru.
- Keputusan DKU di atas boleh dikatakan sebagai kemuncak kepada pergeseran atau perselisihan isu adat antara Istana Negeri Sembilan dengan Undang Yang Empat yang telah berlarutan selama tiga bulan. Dengan keputusan ini juga, hanya seorang sahaja Undang Luak (barisan lama) yang masih berada ditempatnya iaitu Undang Luak Johol.
- Dalam DKU sebelum ini, Undang Luak Johol, Jelebu dan Rembau (serta Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungai Ujong) dilihat kuat menyebelahi bahkan kuat mempertahankan Dato' Mubarak Dohak, Undang Luak Johol yang dipecat (Mubarak).
- Dengan situasi terkini, orang awam melihat bahawa undi DKU yang menyebelahi YDP Besar adalah; Tunku Besar Seri Menanti; Undang Luak Sugai Ujong; Undang Luak Rembau. Perlantikan Undang Luak Jelebu dan Datuk Shahbandar Sungai Ujong yang baru pastinya individu yang menyokong pihak ini. Manakala undi yang menyebelahi Mubarak tinggal dua sahaja, iaitu Undang Luak Johol dan Tunku Besar Tampin. Semua pihak sudah dapat memahami ke arah mana hala tuju DKU selepas ini.
- YDP Besar mempunyai kelebihan kerana dalam sistem pentadbiran negara dan semua negeri di Malaysia sentiasa memihak kepada Raja yang Memerintah. Sistem eksekutif (Menteri Besar) tanpa mengira latar belakang parti politiknya sentiasa didukung oleh pegawai Kerajaan yang sentiasa memegang prinsip berikut:
- Pegawai kerajaan atau penjawat awam di Malaysia wajib taat dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang sedang memerintah (government of the day) secara profesional, namun mereka tetap perlu bersikap berkecuali, telus, serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Nota Tambahan 1 : Terdapat juga sumber yang menyatakan telah terbit bisik-bisik dari dalam rumah tangga Luak Johol yang mempersoalkan keabsahan perlantikan Undang Luak Johol, Dato' Muhammad bin Abdullah pada tahun 2016. Maka, boleh dikatakan bahawa isu ini juga masih belum selesai. Mungkin ada banyak lagi perkara baru sebaik sahaja diumumkan keputusan PRN NS ke 16 pada 1 Ogos 2026.
Nota Tambahan 2 : Melalui pengamatan penulis, bibit penentangan ke atas tindakan DKU ini wujud di kalangan pengikut dan waris para Undang yang dipecat atau digantikan. Ini dapat dilihat dari beberapa rakaman video yang menunjukkan terdapat masjid-masjid yang masih menyebut nama Undang Luak (lama) yang telah dipecat di dalam bacaan doa Khutbah kedua Hari Jumaat. Malah lebih berani lagi menggantikan nama Tuanku Muhriz dengan nama Tuanku Nadzaruddin!.
1 Ogos 2026
Keputusan muktamad adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : 18 kerusi (16 UMNO dan 2 MCA)
- Pakatan Harapan : 11 kerusi (9 DAP dan 2 PKR)
- Perikatan Nasional : 7 (4 PAS dan 3 WAWASAN)
- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) : 0
- Parti Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA) : 0
- Parti Sosialis Malaysia (PSM) : 0
- Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) : 0
- Bebas : 0
2 Ogos 2026
ADUN Juasseh, Dato' Haji Ismail bin Lasim telah dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan ke 12 bagi menggantikan Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun. Ismail mengangkat sumpah di Istana Seri Menanti pada 2 Ogos 2026.
Apa yang mengejutkan semua pihak ialah, nama Ismail bukan dari kalangan tiga nama yang dipersembahkan oleh YAB Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi kepada YDP Besar Negeri Sembilan pada malam 1 Ogos sebaik sahaja menerima keputusan rasmi PRN.
Tiga nama yang dipersembahkan ialah TB Dato' Seri Haji Jalaludin bin Alias (ADUN Pertang); Datuk Haji Mohd Asna bin Amin (ADUN Lenggeng); dan Dato' Haji Saiful Yazan bin Sulaiman (ADUN Johol).
Nota Penulis: Seperti yang dijangkakan, Menteri Besar baru (walaupun mempunyai pilihan) tetap mengiktiraf kedaulatan Tuanku Muhriz sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang absah. Sebaik sahaja menerima keputusan muktamad kemenangan, Pengerusi BN memmpersembahkan senarai (dipercayai 3 nama) untuk perkenan YDP Besar.
- Tuanku Muhriz bertindak bijak di luar kotak dengan tidak memilih mana-mana tiga nama yang dipersembahkan dan sebaliknya memperkenankan nama YB Dato' Ismail bin Lasim. Apa andaian penulis?:
- YB Dato' Seri Jalaluddin (ADUN Pertang) datang dari Luak Jelebu - mempunyai hubungan baik serta perasaan ikatan obligasi kepada Undang Luak Jelebu yang baru dipecat.
- YB Datuk Mohd Asna (ADUN Lenggeng) datang dari Luak Sungai Ujong juga dianggap mempunyai perasaan ikatan obligasi kepada Undang Luak Sungai Ujong yang lama.
- YB Dato' Saiful Yazan (ADUN Johol) datang dari Luak Sungai Ujong) juga dianggap mempunyai hubungan baik dan perasaan ikatan obligasi kepada Undang Luak Johol yang sedia ada yang memihak kepada Mubarak.
- YB (kini YAB) Dato' Ismail Lasim (ADUN Juasseh) datang dari Luak Tanah Mengandung di bawah penguasaan terus YDP Besar yang pasti tidak dipertikaikan arah ketaatannya.
29 Ogos 2026
Pengurus Besar Kanan Telekom Malaysia Pahang, Dato' Azrin bin Haji Khairi (51 tahun) dilantik dan dimasyhurkan secara rasmi sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 dalam istiadat rasmi serta beradat di Telapak Anak Waris Perut Ulu Jelebu.
Dato' Azrin bin Haji Khairi
Telapak YM Dato' Menteri Luak Jelebu memaklumkan bahawa istiadat pemasyhuran itu diseru dan dizahirkan oleh Ketua Kepala Adat Luak Jelebu, Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sahari Ismail Mohd Zin. Istiadat itu dihadiri bersama Datuk-Datuk Lembaga Delapan, Ibu Soko, Buapak dan Anak-Anak Waris
Pemasyhuran berkenaan dilaksanakan dalam suasana penuh tertib, adat dan penghormatan, dengan mengambil kira kedudukan serta kesinambungan Adat Perpatih serta pusaka Undang Luak Jelebu yang diwarisi turun-temurun.
Dengan pemasyhuran tersebut, YTM Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Azrin bin Haji Khairi secara rasmi dizahirkan sebagai Undang Luak Jelebu Ke-17, dengan sokongan dan penglibatan barisan pemegang adat serta Anak-Anak Waris.
Nota Penulis : Dengan perlantikan ini, maka keanggotan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) memberi kelebihan kepada pihak pendukung Yang DiPertuan Besar:
- Yang Di Pertuan Besar (Pengerusi)
- Undang Luak Sungai Ujong.
- Undang Luak Johol (memihak kepada Tunku Nadzarudin sebagai YDP Besar ke 12)
- Undang Luak Rembau.
- Undang Luak Jelebu.
- Tunku Besar Tampin (memihak kepada Tunku Nadzarudin sebagai YDP Besar ke 12) (menyebelahi Tunku Nadzarudin sebagai YDP Besar ke 12)
- Tunku Besar Seri Menanti (mewakili Luak Tanah Mengandung)
- Dato' Shahbandar Sungai Ujong (belum dilantik).
SUASANA SEMAKIN KRONIK
6 September 2026
Empat Undang, Tunku Besar Tampin dan Dato Shahbandar Sungai Ujong mendakwa Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, telah menandatangani proklamasi bagi melaksanakan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada 3 Ogos lalu.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka mendakwa Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar bersama mereka telah menerima menghadap Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson, pada tarikh berkenaan. Pertemuan tersebut diadakan bagi memperkenankan Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dalam majlis tersebut, YAB Ismail Lasim turut menandatangani dan melengkapkan surat cara proklamasi di bawah Perkara 10 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS), selaras dengan kewajipan perlembagaan, di hadapan Raja Pemerintah Negeri Sembilan dan tetamu jemputan.
Proklamasi tersebut telah ditandatangani oleh kesemua Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong di bawah Perkara 10(2) UUTKNS, berserta menurunkan cop mohor masing-masing, pada 19 April 2026 bagi mengisytiharkan penurunan takhta Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Proklamasi yang didakwa ditandatangani Ismail pada 3 Ogos itu berbunyi:
"Bahawasanya merujuk kepada Sabda Pengisytiharan Pemecatan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai duli yang maha mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara kebulatan oleh Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat menurut Perkara 10 (1) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bertarikh 19 haribulan April 2026 yang telah sempurna ditandatangani dan dimeterai dengan cop mohor di atasnya;
"Maka oleh yang demikian, pada memenuhi kehendak syarat Perkara 10 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan bagi maksud melaksanakan peruntukan tersebut, saya selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dengan ini menurunkan tandatangan saya seperti di bawah".
"Bahawasanya merujuk kepada Sabda Pengisytiharan Pemecatan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai duli yang maha mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara kebulatan oleh Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat menurut Perkara 10 (1) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bertarikh 19 haribulan April 2026 yang telah sempurna ditandatangani dan dimeterai dengan cop mohor di atasnya;
"Maka oleh yang demikian, pada memenuhi kehendak syarat Perkara 10 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan bagi maksud melaksanakan peruntukan tersebut, saya selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dengan ini menurunkan tandatangan saya seperti di bawah".
Sehubungan itu mereka menggesa proklamasi itu dikuatkuasakan serta-merta bagi memelihara kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
Mereka turut menegaskan bahawa Tuanku Muhriz tidak pernah mencabar penurunan takhta baginda pada 19 April mengikut Perkara 10(2) UUTKNS di mahkamah.
Nota : Dato' Ismail sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos 2026 selepas BN berjaya memenangi pilihan raya negeri yang berlangsung sehari sebelumnya.
9 September 2026
Nota : Dato' Ismail sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos 2026 selepas BN berjaya memenangi pilihan raya negeri yang berlangsung sehari sebelumnya.
9 September 2026
Walau bagaimanapun, Ismail mendakwa dia berbuat demikian atas paksaan dan mengesahkan bahawa dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
"Merujuk kepada isu dokumen Surat Cara Proklamasi (Surat Cara tersebut) yang tular dalam kenyataan media pada malam 8 Sept, saya ingin menjelaskan bahawa Surat Cara tersebut telah saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan."
"Kerajaan Negeri berpendirian bahawa Surat Cara tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959."
Kenyataannya itu dikeluarkan selepas Undang Yang Empat yang dipertikaikan semalam mendedahkan dokumen yang ditandatanganinya. Borang itu ditandatangani pada 3 Ogos.
Ismail berkata dia hanya membuat laporan polis petang semalam. Dia tidak menjelaskan mengapa dia menunggu lebih sebulan untuk membuat laporan itu.
Ismail juga tidak mendedahkan mengapa dia bertemu dengan Undang yang dipertikaikan itu. Keempat-empat mereka cuba menyingkirkan Tuanku Muhriz sejak April atas pertikaian kuasa, dan telah menyokong Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai pengganti.
Ismail juga tidak mempertikaikan dakwaan dalam laporan Straits Times bahawa dia telah bertemu dengan empat Undang yang dipertikaikan itu bersama-sama kepimpinan tertinggi Umno termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Setakat ini, dia juga hanya mengatakan bahawa Zahid tidak terlibat dalam sebarang tindakan terhadap Tuanku Muhriz.
Beliau juga menegaskan semula kesetiaannya kepada Tuanku Muhriz, dengan mengatakan bahawa baginda adalah satu-satunya Yang di-Pertuan Besar yang sah.
"Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada DYMM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat."
NEXT and NEXT.........
Rujuk:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Luak_Sungai_Ujong#
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/777956
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2546809
https://www.sinarharian.com.my/article/777437/berita/nasional/kronologi-krisis-di-negeri-sembilan
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/782316
https://www.astroawani.com/berita-politik/dun-negeri-sembilan-bubar-secara-rasmi-hari-ini
https://berita.mediacorp.sg/dunia/mahkamah-seremban-benarkan-permohonan-injunksi-sementara-halang-sidang-khas-dewan-keadilan-dan-undang-1036511lagi lagi lagi lagi lagi
artikel berkaitan krisis Adat Negeri Sembilan..........
Krisis takhta Negeri Sembilan: Undang pecat Yang di-Pertuan Besar
Satu pertikaian besar diraja sedang berlaku di Negeri Sembilan apabila para undang luak menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Walaupun para undang memang mempunyai kuasa sedemikian, keadaan menjadi rumit apabila salah seorang daripada empat undang — dikenali sebagai Undang Yang Empat — sendiri telah disingkirkan beberapa hari sebelum itu.
Keputusan akhir dijangka bergantung kepada bagaimana perlembagaan negeri ditafsirkan.
Berikut pecahan peristiwa yang berlaku.
Siapa Undang Yang Empat?
Undang Yang Empat merupakan ketua Adat Perpatih bagi empat luak di Negeri Sembilan iaitu Sungei Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.
Keempat-empat mereka, berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan, bertanggungjawab memilih Yang di-Pertuan Besar daripada keturunan Raja Radin dan Raja Lenggan.

Datuk Undang Yang Empat
Perlembagaan negeri itu juga memberi mereka kuasa untuk memaksa Yang di-Pertuan Besar turun takhta.
Mereka berempat bersama Yang di-Pertuan Besar dan pembesar lain, menjadi anggota Dewan Keadilan dan Undang yang berfungsi sebagai badan penasihat dalam hal adat serta pelantikan dan penyingkiran Yang di-Pertuan Besar.
Sehingga 16 April, empat undang tersebut ialah Mubarak Thahak (Sungai Ujong), Maarof Mat Rashad (Jelebu), Muhammad Abdullah (Johol) dan Abdul Rahim Yasin (Rembau).
Bagaimana konflik ini bermula?
Berdasarkan laporan media dan kenyataan, konflik ini dipercayai bermula pada 13 Mei 2025 apabila pembesar di Sungai Ujong bertindak menyingkirkan Mubarak sebagai undang kawasan itu.
Terdapat 33 alasan dikemukakan, termasuk dakwaan pelanggaran undang-undang syarak dan adat, dengan laporan dibuat kepada polis dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Setakat ini, alasan tersebut belum didedahkan kepada umum.
Penyokong undang Sungai Ujong itu pula mendakwa siasatan pihak berkuasa tidak menemui sebarang salah laku dan Mubarak menjadi mangsa persepsi negatif.
Namun begitu, pada 17 April tahun ini, satu mesyuarat khas Dewan Keadilan dan Undang diadakan, dengan pertuduhan terhadap Mubarak dibentangkan kepada Tuanku Muhriz.
Tuanku Muhriz serta anggota Dewan lain dilaporkan menerima penyingkiran Mubarak sebagai Undang Sungai Ujong, berkuat kuasa 13 Mei tahun lalu.
Tidak jelas sama ada keempat-empat undang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Perkara 16(3) Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa sebarang keputusan majlis berkaitan pelantikan, pewarisan atau penyingkiran undang adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.
Bagaimana reaksi Mubarak?
Pada malam 19 April, Mubarak bersama tiga undang lain mengadakan pertemuan dan mengeluarkan dua perisytiharan.
Pertama, mereka sebulat suara bersetuju menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Langkah itu dibuat selepas mereka didakwa menjalankan siasatan sendiri terhadap Tuanku Muhriz pada 5 Mac, berhubung dakwaan pelanggaran dalam pelaksanaan tugas diraja. Mereka menyifatkan pelanggaran tersebut dilakukan secara sengaja dan mencemarkan institusi diraja.
Perisytiharan kedua pula menetapkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar baru berkuat kuasa serta-merta.
Allahyarham Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, bapa kepada Tunku Nadzaruddin, merupakan Yang di-Pertuan Besar sebelum Tuanku Muhriz.
Pembacaan perisytiharan itu disiarkan secara langsung.
Apakah undang mempunyai kuasa tersebut?
Perkara 10(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa Undang Yang Empat boleh menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar sekiranya baginda melakukan perbuatan yang menjejaskan kesucian, kehormatan dan martabat jawatan tersebut.
Pada awal pagi tadi, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dilaporkan berkata perisytiharan yang dibacakan oleh Mubarak tidak diterima kerana dia telah disingkirkan daripada jawatan.
Namun, menteri besar dilihat tidak menyentuh fakta bahawa tiga lagi undang turut bersetuju untuk menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar ketika ini.
Perkara 29 menyatakan bahawa keputusan undang dianggap sah jika dilaksanakan oleh sekurang-kurangnya tiga undang, atau sejumlah undang yang masih hidup ketika kuasa tersebut digunakan.
Peruntukan ini meliputi kuasa melantik dan menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar.
Satu lagi isu yang mungkin timbul ialah status Abdul Rahim sebagai Undang Rembau, yang didakwa belum diwartakan walaupun telah dilantik dua tahun lalu.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini secara bebas setakat ini.
Apa langkah seterusnya?
Isu ini dijangka dirujuk sama ada oleh Tuanku Muhriz atau Menteri Besar Aminuddin Harun kepada Dewan Keadilan dan Undang.
Walaupun Perkara 29 seolah-olah memberi kemuktamadan kepada keputusan undang pada 19 April, persoalan utama ialah bagaimana Perkara 16(3) ditafsirkan.
Perkara 16(3) menyatakan: nasihat Dewan berhubung soal adat Melayu di mana-mana bahagian negeri, termasuk berkaitan pelantikan, pewarisan atau penyingkiran pembesar, adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Secara sepintas lalu, peruntukan itu tidak secara jelas merangkumi pelantikan atau penyingkiran Yang di-Pertuan Besar.
Namun, pihak yang menyokong Tuanku Muhriz dijangka berhujah bahawa pelantikan dan penyingkiran Yang di-Pertuan Besar termasuk dalam bidang adat Melayu yang berada di bawah kuasa majlis tersebut.
Malaysiakini akan terus melaporkan perkembangan lanjut isu ini.

Bendera Undang Luak
Luak Jelebu
Luak Johol
Luak Rembau
Luak Sungai Ujong
Tampin
No comments:
Post a Comment