Monday, February 2, 2015

M 010 : SENARAI PENERIMA GELARAN TUN


 

 SENARAI PENERIMA 
ANUGERAH GELARAN 'TUN'  



Historically, 'Orang Melayu' memang AMAT particular pangkat, anugerah dan gelaran ('Title' or 'Honours and Awards', or Decorations). Ini pandangan peribadi saya. I am referring Melayu di sini, bukan setakat 'Orang Melayu' di Malaysia, tetapi juga masyarakat Rumpun Melayu di Asia Tenggara dan Asia Selatan seperi Indonesia dan Brunei (serta bekas Kerajaan Melayu di Filipina, Kemboja dan Vietnam). Bukan sahaja Rumpun Melayu, tetapi juga meluas ke benua India. Mereka khususnya kaum aristokrat dan monarki gemar meletakkan gelaran nama yang panjang-panjang sebelum dan selepas nama mereka (prefix dan suffix). Bahkan terdapat raja-raja yang menukar nama asalnya (yang mungkin kurang glamour) kepada nama gelaran tertentu.

Pada zaman dahulu, tiada gaji atau elaun  tetap bulanan untuk penyandang jawatan tertentu. Pada masa ini, setiap jawatan Kerajaan (seperti Menteri Besar, Ahli EXCO, Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri, Pegawai Daerah dan sebagainya) mempunyai gaji dan elaun tetap setiap bulan sebagai sara hidup, perks dan insentif. Dahulu, jawatan pembesar negara seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana, Shahbandar, Bentara, Panglima dan sebagainya tidak mempunyai elaun. Apalagi gaji. Oleh itu, anugerah dan gelaran, pada adalah sebagai 'token' untuk mengiktiraf atau menghargai sumbangan mereka dan juga dapat membezakan mereka dengan rakyat biasa. 

Sebagai contoh, sejak Kerajaan Melayu Singapura, telah diwujudkan apabila Sang Nila Utama dari Bentan membuka Singapura, baginda dan keturunannya menggunakan gelaran "Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana". Manakala Sultan Melaka ke 3 selepas Sultan Iskandar Shah (sebelum islam dikenali sebagai Parameswara) dan Sultan ke 2, Sultan Muhammad Shah, iaitu Raja Ibrahim telah menggunakan gelaran Raja Sri Parameswara Dewa Shah). Manakala Bendaharanya Tun Ali menggunakan gelaran Datuk Seri Nara Diraja Tun Ali.

Boleh disimpulkan bahawa budaya menggunakan pelbagai gelaran yang berjela-jela yang diamalkan di Nusantara Rumpun Melayu ini adalah berkait rapat dengan unsur ugama Hindu.

Pada masa ini hanya Malaysia dan Brunei Darussalam sahaja yang masih dilihat mengamalkan pengaruh kebudayaan Hindu tersebut.

Manakala dalam Malaysia, hanya Sultan Negeri Johor Darul Taazim dan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sahaja yang langsung tidak mengubah nama asal baginda dengan nama lain atau gelaran tambahan kepada nama baginda berdua.

Keunikan Malaysia ialah terdapat pelbagai (terlalu banyak) 'HONOURS and AWARDS' sama ada yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang dikenali sebagai anugerah Persekutuan atau oleh Sultan/Raja/Yang Di Pertuan Besar/Yang Di Pertua Negeri yang dikenali sebagai Anugerah Negeri.

Anugerah-anugera tersebut (dalam bentuk bintang dan pingat kebesaran) membawa gelaran seperti Tun, Pehin Seri, Tan Sri, Datuk, Dato', Dato' Seri, Dato' Pahlawan, Dato' Paduka, Dato' Seri Utama, Dato' Seri Panglima, Dato' Amar,  Datuk Patinggi, Dato' Wira, Dato' Setia dan Datin Paduka.

Bukan sahaja penerima bintang/pingat yang mendapat gelaran. Isteri penerima juga turut mendapat gelaran seperti Toh Puan, Puan Sri, Datin Seri/Sri, Tok Puan dan sebagainya. Bagaimanapun apabila seorang wanita menerima anugerah dan gelaran, suami tidak mendapat apa-apa gelaran.

Selain gelaran yang disandang mengikut bintang/pingat, terdapat juga pelbagai gelaran orang besar yang diberikan oleh Raja/Sultan (yang biasa dinamakan Dato' bergelar) seperti  'Datuk Seri Kerma Wijaya, Datuk Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Datuk Seri Nara Diraja, Orang Kaya Kaya Seri Panglima Bukit Gantang, Dato' Andika Sri Amar Diraja dan lain-lain lagi.

Kadang (malah kerap) kalangan kita yang keliru (confused) dengan pangkat dan gelaran tersebut.  Dalam sesuatu majlis rasmi, juruacara (MC) menyebut setiap nama gelaran dengan betul. Malah setiap gelaran mempunyai kedudukan yang berbeza dari aspek kekananan (melibatkan kedudukan tempat duduk). Pun begitu kekananan jawatan adalah lebih utama dari kekananan gelaran. Contohnya; Ketua Setiausaha Negara yang bergelar Dato' adalah lebih kanan dari seorang Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan yang bergelar Tan Sri.

Sedikit kesilapan dari segi sebutan dan kekananan pangkat/jawatan boleh memalukan penyandangnya.

Secara umumnya, anugerah dan kurnian Darjah, Bintang dan Pingat boleh dibahagikan kepada 3 kategori berikut:

(1)    Anugerah Darjah Kerabat Diraja (Order of the Royal family) yang dikhususkan untuk Raja-Raja Melayu dan ahli kerabat istana. Bagaimanapun, terdapat juga rakyat biasa (kalangan pemimpin negara) yang menerima anugerah kebesaran Darjah Kerabat. Antaranya ialah Tun Abd Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Pehin Abdul Taib Mahmud, Tun Abdullah Badawi, Dato' Sri Najib Razak dan Tan Sri Abdul Ghani Othman. ; 

(2)    Anugerah Bintang dan Pingat Kepahlawatan (Order of the Gallantary Awards) yang melibatkan anugerah kepada individu yang telah mempamirkan sifat kepahlawanan, keberanian, kepujian untuk anggota pasukan keselamatan.  

(3)    Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Yang Mulia Pangkuan dan Kesetiaan Negara  (Order of the Defender of the Realm Awards) dan lain-lain .

Pada amnya anugerah dalam Ketegori ketiga boleh dibahagikan lagi kepada 7 kumpulan iaitu: 

1.    Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (5 kategori)

2.    Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Negara (3 kategori).

3.    Darjah Yang Mulia Jasa Negara (1 kategori).

4.    Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja (3 kategori).

5.    Darjah Bakti.

6.    Pingat Perkhidmatan Lama dan Kelakuan Terpuji.

7.    Pingat-pingat Peringatan

Dalam penulis di bawah tajuk ini, penulis hanya menumpukan kepada satu anugerah yang tertinggi dalam senarai dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 2.

Anugerah tertinggi dalam Kumpulan 1 ialah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Kumpulan 2 ialah  Seri Setia Mahkota (SSM). 

Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)

Darjah 'SMN' adalah anugerah tertinggi dalam kumpulan anugerah Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara.  Ia merupakan satu penghormatan atau pengiktirafan kepada individu yang mempamirkan perkhidmatan yang cemerlang dan memberikan sumbang dan bakti serta pengorbanan yang tinggi  kepada negara bersesuaian dengan jawatan yang disandang. 

Anugerah ini diperkenalkan pada 15 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966. Penerima bagi anugerah SMN akan membawa gelaran (ditulis dan disebut) Tun sebelum namanya dan isterinya bergelar  Toh Puan

Jumlah penerima anugerah SMN ini terhad kepada  25 orang yang masih hidup (tidak termasuk anugerah Kehormat (Honorary).

  
File:Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara-smn.svg

Seri Setia Mahkota (SSM)

Darjah 'SSM' adalah anugerah tertinggi dalam kumpulan anugerah Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.  Ia merupakan satu penghormatan atau pengiktirafan kepada individu yang mempamirkan perkhidmatan yang cemerlang dan memberikan sumbang dan bakti serta pengorbanan yang tinggi  kepada negara bersesuaian dengan jawatan yang disandang. 

Anugerah ini diperkenalkan pada 6 Ogos 1958 dan diwartakan pada 19 Ogos  1960. Penerima bagi anugerah SSM akan membawa gelaran (ditulis dan disebut) Tun sebelum namanya dan isterinya bergelar  Toh Puan

Jumlah penerima anugerah SSM ini terhad kepada  75 orang yang masih hidup (tidak termasuk anugerah Kehormat (Honorary).


File:Order of the Crown of Malaysia - SSM.svg


Nota:  

Secara tradisinya, penyandang jawatan-jawatan berikut akan menerima anugerah gelaran Tun:

(1)    Yang DiPertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak (menerima darjah SMN sebaik sahaja menerima watikah perlantikan dari SPB Yang DiPertuan Agong).

(2)     Mantan Perdana Menteri. Selepas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, lazimnya penyandang jawatan Perdana Menteri akan menerima anugerah darjah SMN pada hari terakhir perkhidmatannya. Bagaimanapun tradisi ini tidak dilakukan selepas Tun Abdullah Ahmad (PM ke 5).

(3)   Isteri kepada mantan Perdana Menteri. Semua isteri kepada Perdana Menteri lazimnya akan menerima anugerah (bersama suaminya) darjah SSM pada hari terakhir perkhidmatan suaminya. Bagaimanapun tradisi ini tidak dilakukan selepas isteri Tun Abdullah Ahmad (PM ke 5).

(4)    Ketua Hakim Negara, lazimnya akan dikurniakan anugerah darjah SSM semasa HUT Keputeraan YDP Agong selepas tarikh perlantikannya.

(5)    Mantan Timbalan Perdana Menteri. Lazimnya mantan Timbalan Perdana Menteri yang tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri turut dikurniakan darjah SSM beberapa tahun selepas persaraannya.


SENARAI PENERIMA 

Mantan Perdana Menteri

1.    Tun Abdul Razak bin Hussein SMN (1959) (11 Mac 1922 - 14 Jan 1976)

2.    Tun Hussein bin Onn SMN (1981) (12 Feb 1922 - 29 Mei 1990)

3.    Tun Dr Mahathir bin Mohamad SMN (10 Jul 1925 -)

4.    Tun Abdullah bin Ahmad Badawi SMN (26 Nov 1939 - 14 April 2025)

   
Almarhum Tun Abdul Razak; Almarhum Tun Hussein, Tun Dr Mahathir dan 
Almarhum Tun Abdul Ghaffar bin Baba; dan Almarhum Tun Abdullah Badawi 

Mantan Timbalan PM

1.    Tun Dr Ismail bin Abd Rahman SSM (1967) (4 Nov 1915 - 2 Ogos 1973).

2.    Tun Abd Ghaffar bin Baba SSM (1995) (18 Feb 1925 - 23 Apr 2006).

3.    Tun Musa bin Hitam SSM (2006) (18 April 1934 - ).


    
Almarhum Tun Dr Ismail bin Abd Rahman; 
Almarhum Tun Abdul Ghaffar bin Baba; dan   
Tun Musa bin Hitam


Mantan Menteri Kabinet

1.    Tun Tan Siew Sin SSM (21 May 1916 - 17 Mar 1988)

2.    Tun Veerasamy Thiruyana Sambanthan SSM (16 June 1919 - 19 May 1979)

3.    Colonel Tun Sir Henry Lee Hau Shik SSM (19 Nov 1900 - 22 June 1988)

4.    Tun Temenggung Jugah anak Barieng SSM (1903 - July 1981)

5.    Tun Omar Ong Yoke Lin SSM (23 July 1917 - 1 July 2010)

6.    Tun Daim bin Zainuddin SSM (29 Apr 1938 - 13 Nov 2024)

7.    Tun Fatimah binti Hashim SSM  (25 Dec 1924 - 9 Jan 2010)

8.    Tun Dr Ling Liong Shik SSM (18 Sep 1943 -)

9.    Tun Mohd Ghazali bin Shafie SSM (22 Mac 1922 -24 Jan 2010)

10.  Tun Dr Lim Kheng Yaik SSM (8 Apr 1939 - 22 Dis 2012)

11.  Tun Ar Samy Velu a/l Sangavilu SSM (8 Mac 1936 - 15 Sep 2022)

12.  Tun Michael Chen Wing Sum SSM (26 Jun 1932 - 26 Jul 2024)

      Image result for tun sir henry h.s lee
Mendiang Tun Tan Siew Sin; Mendiang Tun Sambanthan;  
Mendiang Tun Temenggung Jugah; dan Mendiang Tun Sir Henry H.S Lee

    Image result for tun daim zainuddin  
 Almarhum Tun Omar Yoke Lin Ong; Almarhumah Tun Fatimah binti Hashim; 
Almarhum Tun Daim bin Zainudin; dan Almarhum Tun Ghazali bin Shafie

Image result for tun lim kheng yaik    
Mendiang Tun Dr Lim Kheng Yaik; Mendiang Tun S. Samy Vellu; dan 
Mendiang Tun Michael Chen Wing Sum


Mantan Pegawai Tinggi Perkhidmatan Awam

1.    Tun Ismail bin Mohamad Ali SSM (16 Sep 1918 -  19 Jul 1998)

2.    Tun Raja Mohar bin Raja Badiuzzaman SSM (23 Mac 1922 - 2003)

3.    Tun Abdullah bin Mohd Salleh SSM (2003) (24 Jun 1926 - 22 Jun 2006)

4.    Tun Ahmad Sarji bin Abd Hamid SSM (16 Sep 1938 - 28 Ogos 2021)

5.    Tun Azizan bin Zainul Abidin SSM (28 Mei 1935 - 14 Jul 2004) (posthumous)

6.    Tun Abdullah bin Ayub SSM (3 Jan 1926 - 13 Dis 2018).

7.     Tun Mohd Arshad bin Ayub SSM (15 Nov 1926 - 13 Jun 2022)


      
Almarhum Tun Ismail bin Mohamad Ali; Almarhum Tun Raja Mohar; Tun Abdullah bin Salleh; dan Almarhum Tun Azizan bin Zainol Abidin

    
Tun Ahmad Sarji bin Abd Hamid; Almarhum Tun Abdullah bin Ayub dan Almarhum 
Tun Arshad bin Ayub


Isteri Mantan Perdana Menteri

1.    Tun Hajjah Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakhbah SSM (1920 - 12 Mac 2000)

2.    Tun Hajjah Rahah binti Mohamad Noah SSM (11 Jun 1933 - 18 Nov 2020)

3.    Tun Hajjah Suhaila binti Mohamad Noah SSM (26 Ok 1931 - 4 Okt 2014)

4.    Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali SSM (12 Jul 1926 - kini)

5.    Tun Jeanne binti Abdullah SSM (29 Jul 1953 - kini)

6.    Tun Hajjah Endon binti Mahmud SSM (24  Dis 1940 - 20 Okt 2005) - posthumous


      
Almarhum Tun Sharifah Rodziah; Almarhumah Tun Hjh Rahah binti Mohamad Noah; 
Almarhumah Tun Suhailah binti Mohamad Noah; dan Tun Siti Hasmah binti Mohamad Ali

  
Almarhumah Tun Hendon binti Mahmood; dan Tun Jeanne binti Abdullah


Mantan Inspektor General Polis

1.    Tun Mohamed Salleh bin Ismael SSM (7 Julai 1917 - 31 Jan 1973) - posthumous

2.    Tun Mohammed Haniff bin Omar SSM (16 Jan 1939 - 20 Apr 2024)


  
Almarhum Tun Mohammad Saleh bin Ishmael; dan 
Almathum Tun Mohd Hanif bin Omar


Mantan Panglima Angkatan Tentera

1.    Jeneral Tun Ibrahim bin Ismail SSM (19 Okt 1922 - 23 Dis 2010)

2.    Jeneral Tun Hashim bin Mohammad Ali SSM (10 Apr 1937 - kini)


  
Almarhum Tun Ibrahim bin Ismail; dan Tun Hashim bin Mohd Ali

Ketua Hakim Negara

1.    Tun Syed Sheh bin Syed Hassan Barakhbah* (10 Nov 1906 - 8 Okt 1975) - setelah bersara dilantik menjadi YDP Negeri Pulau Pinang.

2.    Tun Mohamed Azmi bin Mohamed SSM (26 Jun 1909 - xx)

3.    Tun Supian bin Mohd Hashim SSM (12 Nov 1917 - 26 Sep 2000)

4.    Tun Raja Azlan Shah ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah SSM (18 Apr 1928 - 28 Mei 2014) - meletak jawatan kerana dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada tahun 1982.

5.    Tun Mohd Salleh bin Abas SSM (25 Ogos 1929 - 16 Jan 2021)

6.    Tun Abdul Hamid bin Omar SSM (25 Mac 1929 - 1 Sep 2009)

7.    Tun Mohd Eusof bin Chin SSM (1935 - kini)

8.    Tun Mohammed Dzaiddin bin Abdullah SSM (16 Sep 1937 - 11 Jul 2024)

9.    Tun Ahmad Fairuz bin Siekh Abdul Halim SSM (1 Nov 1941 - kini)

10.  Tun Abd Hamid bin Mohamad SSM (18 Apr 1942 - kini)

11.  Tun Mohd Zaki bin Mohamed Azmi SSM (12 Sep 1945 - kini)

12.  Tun Ariffin bin Zakaria SSM (1 Okt 1950 - kini)

13.  Tun Mohd Raus bin Shariff (4 Feb 1952 - kini)

14.  Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat (2 Jul 1959 - kini)


Mantan YDP Dewan Rakyat

1.    Tun Syed Nasir bin Syed Ismail SSM (7 Mac 1921 - 1982)

2.    Tun Mohamad Zahir bin Ismail SSM (19 Mac 1924 - 14 Okt 2004)


  
Almarhum Tun Syed Nasir bin Ismail; dan Almarhum Tun Mohd Zahir bin Ismail


Tokoh Politik

1.    Tun Tan Cheng Lock SSM (5 Apr 1883 - 16 Dec 1960)

2.    Tun Dr Lim Chong Eu SSM (28 Mei 1919 - 24 Nov 2010)

3.    Tun Sulaiman bin Ninam Shah SSM (2 Jan 1920 -5 July 2003)


Image result for tuntan cheng lock    
Mendiang Tun Tan Cheng Lock; Mendiang Tun Lim Chong Eu; dan 
Almarhum Tun Sulaiman Ninam Shah


TYT Yang DiPertuan Negara Singapura

1.    Tun Hj Mohd Yusof bin Ishak SMN (12 Ogos 2010 - 23 Nov 1973)


Almarhum Tun Yusof bin Ishak

TYT Gabenor dan Yang DiPertua Negeri Melaka

1.    Tun Leong Yew Koh SMN (22 Ogos 1888 - 12 Jan 1963)

2.    Tun Hj Abdul Malek bin Yusof SMN (1899 - 1977)

3.    Tun Hj Abdul Aziz bin Abd Majid SMN (10 Mac 1908 - 10 Mei 1975).

4.    Tun Syed Zahiruddin Alhaj bin Syed Hassan SMN (11 Okt 1918 - 20 Apr 2013)

5.    Tun Syed Ahmad Alhaj bin Syed Mahmud Shahabudin SMN (4 Mei 1925 - 7 Jul 2008)

6.    Tun Hj Mohammad Khalil bin Yaakub SMN

7.    Tun Hj Mohamad Ali bin Rustam SMN


TYT Gabenor dan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang

1.    Tun Raja Uda bin Raja Yusof SMN

2.    Tun Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabuddin SMN

3.    Tun Syed Sheh bin Syed Hassan Barakhbah SMN SSM (10 Nov 1906 - 8 Okt 1975)

4.    Tun Hj Sardon bin Hj Jubir SMN

5.    Tun Dr Hj Awang bin Hassan SMN

6.    Tun Dr Hj Hamdan bin Siekh Tahir SMN

7.    Tun Hj Abdul Rahman bin Abbas SMN

8.    Tun Mohamed Fuzi bin Abd Razak SMN

9.    Tun Ramli bin Ngah Talib SMN


TYT Yang DiPertua Negara dan Yang DiPertua Negeri Sabah

1.    Tun Datu Mustapha bin Datu Harun SMN

2.    Tun Pengiran Hj Ahmad Rafaee bin Hj Ahmad SMN

3.    Tun Mohamamd Fuad @ Donald Stephen SMN

4.    Tun Hj Mohammad Hamdan @ Indan bin Kari SMN

5.    Tun Hj Ahmad bin Koroh SMN

6.    Tun Hj Mohd Adnan @ Mickey Robert SMN

7.    Tun Hj Mohd Salleh bin Keruak SMN

8.    Tun Hj Sakaran bin Dandai SMN

9.    Tun Hj Ahmadshah bin Abdullah SMN

10.  Tun Hj Juhar bin Mahiruddin SMN (2011)

11.  Tun Musa bin Aman


TYT Gabenor dan Yang DiPertua Negeri Sarawak

1.    Tun Hj Abang Openg bin Abang Sapie SMN

2.    Tun Tuanku Hj Bujang bin Tuanku Hj Othman SMN

3.    Tun Hj Abdul Rahman bin Yaakub SMN (3 Jan 1928 - 9 Jan 2015)

5.    Tun Hj Abang Mohammad Salahuddin bin Abang Barieng SMN

6.    Tun Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohamamd Noor SMN

7.    Pehin Seri Tun Hj Abdul Taib bin Mahmud SMN




  PENERIMA GELARAN TUN MENGIKUT TAHUN 


TAHUN 1958

SMN

1.   Tunku Besar Khursiah (Raja Permaisuri Agong)

2.   Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor) 

3.   Tunku Munawir ibni Tuanku Abdul Rahman (Tunku Besar Seri Menanti NS)

4.   TYT Mr Leong Yew Koh (Gabenor Melaka)* 

5.   TYT Raja Uda bin Raja Muhammad (Gabenor PulaPinang)*

6.   Y.Bhg Datuk Tan Cheng Lock (Presiden MCA)


TAHUN 1959

SMN

1.  TYT Datuk Hj Abdul Malek bin Yusof (Gabenor Melaka)* 

2.  YAB Datuk Abdul Razak bin Datuk Hussein (Timbalan PM)

3.  YB Datuk Henry Hau Shek Lee (Menteri Kabinet) 

4.  Tunku Budriah binti Tunku Ismail (Raja Perempuan Perlis)


TAHUN 1960

SMN: Tiada


TAHUN 1961

SMN: Tiada


TAHUN 1962

SMN: Tiada


TAHUN 1963

SMN: Tiada


TAHUN 1964

SMN

1.   TYT Abang Haji Openg bin Abang Sapie (Gabenor Sarawak)*

2.   TYT Datu Mustapha bin Datu Harun (YDP Negara Sabah)*


TAHUN 1965

SMN: Tiada


TAHUN 1966
(Tahun ini anugerah SSM diperkenalkan)

SMN: Tiada

SSM

1.   Datuk Dr Ismail bin Datuk Abdul Rahman (Menteri)


TAHUN 1967

SMN

1.   TYT  Pengiran Ahmad Raffae bin Orang Kaya Kaya Haji Omar (YDP Negara Sabah)* 

SSM

1.   YB Tan Sri V T Sambanthan (Menteri- Presiden MIC) 

2.   YB Encik Tan Siew Sin (Menteri - Presiden MCA) 


TAHUN 1968

SMN

1.   TYT  Tuan Syed Siekh bin Syed Abdullah Shahabuddin (Gabenor Pulau Pinang)*

SSM

1.   YAA Tan Sri Syed Siekh bin Syed Hassan Barakhbah (Ketua Hakim Negara) 


TAHUN 1969

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1970

SMN

1.   TYT Tun Syed Siekh bin Syed Hassan Barakhbah (Gabenor Pulau Pinang)* 

2.   TYT Tan Sri Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Haji Othman (Gabenor Sarawak)*

3.   YBhg Puan Sharifah Rodziah binti Syed Ali Barakhbah (isteri mantan PM)* 

SSM

1.   YAA Tan Sri Azmi bin Mohamad (Ketua Hakim Negara)


TAHUN 1971

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1972

SMN

1.   TYT Tan Sri Dr Abd Aziz bin Abd Majid (Gabenor Melaka)* 

SSM: Tiada


TAHUN 1973

SMN

1.   TYT Tan Sri Mohammad Fuad Stephens (YDP Negara Sabah)*

SSM: 

1.   Allahyarham Tan Sri Mohamed Salleh bin Ismail (mantan IGP) - posthumous.


TAHUN 1974

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1975

SMN

1.   YAA Tan Sri Mohd Suffian bin Hashim (Ketua Hakim Negara) 

SSM: Tiada


TAHUN 1976

SMN

1.   TYT Tan Sri Sardon bin Hj Jubir (YDPN Pulau Pinang)* 

2.   TYT Tan Sri Syed Zahiruddin bin Syed Hassan (YDPN Melaka)*

SSM

1.   YBhg Toh Puan Hajjah Rahah binti Mohammad Noah (isteri mantan PM)


TAHUN 1977

SMN

1.   TYT Datuk Muhammad Hamdan bin Abdullah @ OKK  Indan Kari (YDPN Sabah)

SSM: Tiada


TAHUN 1978

SMN

1.   TYT Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin bin Abang Barieng (YDPN Sarawak)*

2.   TYT Datuk Ahmad bin Koroh (YDPN Sabah)* 

3.   TYT Datuk Mohammad Adnan Robert (YDPN Sabah)* 

SSM: Tiada


TAHUN 1979

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1980

SMN: Tiada

SSM

1.   YBhg Tan Sri Ismail bin Mohammad Ali (Gabenor Bank Negara) 


TAHUN 1981

SMN

1.   YBhg Datuk Seri Hussein bin Onn (mantan PM)* 

SSM

1.   YBhg Tan Sri Temenggong Jugah anak Barieng (mantan Menteri) 

2.   YBhg Datin Seri Suhailah binti Mohamad Noah (isteri mantan PM)* 


TAHUN 1982

SMN

1.   TYT Datuk Patinggi Haji Abd Rahman bin Yaacub (YDPN Sarawak)*

2.   TYT Datuk Dr Awang bin Hassan (YDPN Pulau Pinang)* 

SSM: Tiada


TAHUN 1983

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1984

SMN: Tiada

SSM

1.  YAA Raja Tan Sri Azlan Shah ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (Ketua Hakim Negara)


TAHUN 1985

SMN: Tiada

SSM

1.   YAA Tan Sri Mohd Salleh bin Abas (Ketua Hakim Negara)


TAHUN 1986

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1987

SMN

1.   Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar (Tunku Mahkota Johor)

2.   TYT Tan Sri Syed Ahmad bin Syed Siekh Shahabuddin (YDPN Melaka)* 

3.   TYT Tan Sri Ahmad Zaidi Adruce bin Mohd Noor (YDPN Sarawak)* 

SSM: Tiada

TAHUN 1988

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1989

SMN

1.   TYT Tan Sri Syed Ahmad bin Syed Siekh Shahabuddin (YDPN Melaka)* 

2.   TYT Tan Sri Ahmad Zaidi Adruce bin Mohd Noor (YDPN Sarawak)*  

3.   TYT Tan Sri Mohammad Said bin Keruak (YDPN Sabah)* 

4.   TYT Tan Sri Haji Hamdan bin Siekh Tahir (YDPN Pulau Pinang)* 

SSM

1.   YAA Tan Sri Abdul Hamid bin Omar (Ketua Hakim Negara) 


TAHUN 1990

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1991

SMN: Tiada

SSM

1.   YB Datuk Paduka Daim bin Zainuddin (Menteri)

2.   YB Dr Lim Chong Eu (mantan Ketua Menteri Pulau Pinang dan mantan Presiden Parti Gerakan)  


TAHUN 1992

SMN - Tiada

SSM

1.   YBhg Tan Sri Raja Mohar bin Raja Badiuzzaman (mantan KSU Perbendaharaan) 


TAHUN 1993

SMN: Tiada

SSM

1.   YBhg Tan Sri Mohd Hanif bin Omar (Ketua Polis Negara)


TAHUN 1994

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 1995

SMN - Tiada

SSM

1.   YB Encik Abdul Ghaffar bin Baba (mantan TPM) 


TAHUN 1996

SMN

1.   TYT Tan Sri Sakaran bin Dandai (YDPN Sabah)*

SSM - Tiada


TAHUN 1997

SMN: Tiada

SSM

1.   YAA Tan Sri Eusoff bin Chin (Ketua Hakim Negara)


TAHUN 1998

SMN: Tiada

SSM

1.  YB Tan Sri Mohd Zahir bin Ismail (Speaker Dewan Rakyat) 


TAHUN 1999

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 2000

SMN: Tiada

SSM

1.  General Tan Sri Ibrahim bin Ismail (bekas Panglima Angkatan Tentera) 


TAHUN 2001

SMN

1.   TYT Datuk Seri Hj Abd Rahman bin Abbas (YDPN Pulau Pinang)*

SSM

1.   YB Tan Sri Sulaiman bin Ninam Shah (Pengerusi UMNO) 


TAHUN 2002

SMN

1.   TYT Datuk Hj Ahmadshah bin Abdullah (YDPN Sabah)*

SSM

1.   YAA Tan Sri Mohammad Dzaiddin bin Abdullah (Ketua Hakim Negara)


TAHUN 2003

SMN

1.   YAB Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad (bekas PM)*

SSM

1.   YBhg Tan Sri Abdullah bin Mohd Salleh (bekas KSN) 

2.   YBhg Tan Sri Fatimah binti Hashim (bekas Menteri) 

3.   YBhg Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohammad Ali (isteri bekas PM)*


TAHUN 2004

SMN

1.   TYT Tan Sri Mohammad Khalil bin Yaakub (YDPN Melaka)*

SSM

1.   YBhg Dato' Seri Ling Liong Shek (mantan Menteri)


TAHUN 2005

SMN: Tiada

SSM

1.   YAA Tan Sri Ahmad Fairuz bin Siekh Abd Halim (Ketua Hakim Negara)

2.   YBhg Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie (mantan Menteri) 


TAHUN 2006

SMN: Tiada

SSM

1.   YBhg Tan Sri Musa bin Hitam (mantan TPM)


TAHUN 2007

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 2008

SMN: Tiada

SSM

1.   YAA Datuk Seri Abdul Hamid bin Mohammad (Ketua Hakim Negara)

2.   YBhg Tan Sri Ahmad Sarji bin Abd Hamid (mantan KSN)

3.   YBhg Datuk Seri Lim Kheng Yaik (mantan Menteri Kabinet)-  meninggal dunia


TAHUN 2009

SMN

1.   YB Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi (bekas PM)*

SSM

1.   YBhg Tun Jeanne binti Abdullah (isteri mantan PM)*

2.   YAA Tan Sri Zaki bin Tun Mohamed Azmi (Ketua Hakim Negara)

3.   Allahyarham Datin Seri Endon binti Mahmud (balu mantan PM) - posthumous


TAHUN 2010

SMN: Tiada

SSM

1.   Allahyarham Tan Sri Azizan bin Zainul Abidin (mantan KSP dan mantan Pengerusi PETRONAS) - posthumous


TAHUN 2011

SMN

1.  TYT Datuk Panglima Juhar bin Mahiruddin (YDPN Sabah)*

SSM

1.   YBhg Tan Sri Abdullah bin Ayub (mantan KSN)


TAHUN 2012
  
SMN/SSM: Tiada

1.   YAA Tan Sri Ariffin bin Zakaria (Ketua Hakim Negara)


TAHUN 2013

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 2014

SMN

1.  TYT Pehin Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud (YDPN Sarawak)*

SSM: Tiada


TAHUN 2015

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 2016

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 2017

SMN: Tiada

SSM

1.  YAA Tan Sri Mohd Raus bin Shariff (Ketua Hakim Negara)

2.  YBhg Tan Sri Dato' Michael Chen Wing Sum (mantan Menteri Kabinet)

3.  YBhg Datuk Seri S. Samy Vellu (mantan Menteri Kabinet).


TAHUN 2018

SMN/SSM: Tiada


TAHUN 2019

SMN: Tiada

SSM: Tiada


TAHUN 2020

SMN: 

1.   TYT Dato' Seri Mohammad Ali bin Rustam (YDPN Melaka)*

SSM

1.  YAA Tan Sri Tengku Maimun bin Tuan Mat (Ketua Hakim Negara).

2.  YBhg Tan Sri Mohd Arshad bin Ayub (mantan KSN).


TAHUN 2021

SMN: 

1.   TYT Datuk Muhammad Fuzi bin Abd Razak (YDPN Pulau Pinang)*

SSM

1.  YAA Tan Sri Richard Malanjun (mantan Ketua Hakim Negara).

2.  YBhg Tan Sri Muhammad Alias bin Raja Muhammad Ali (mantan Pengerusi FELDA).


TAHUN 2022

SMN:  Tiada

SSM:

1.  YBhg Tan Sri Hashim bin Mohammad Ali (mantan Panglima Angkatan Tentera).


TAHUN 2023

SMN: Tiada

SSM : Tiada


TAHUN 2024

SMN: 

1.   TYT Tan Sri (Dr) Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Yang DiPertua Negeri Sarawak)*

2.   TYT Tan Sri Musa bin Aman (Yang DiPertua Negeri Sabah)*

SSM : Tiada



TAHUN 2025

SMN: 

1.   TYT Tan Sri Ramli bin Ngah Talib (Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang)*

SSM : Tiada


Catatan:
(*) dianugerahkan dalam majlis khusus di luar senarai Hari Ulangtahun Keputeraan.

2 comments:

  1. Pembetulan... Almarhum Tunku Abdul Rahman hanya dikurniakan DMN sahaja... Harap maklum... =D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas pembetualan dari saudara. Semoga Allah swt memberkati hidup saudara dunia dan akhirat.

    ReplyDelete