Showing posts with label PEMIMPIN DAN TOKOH. Show all posts
Showing posts with label PEMIMPIN DAN TOKOH. Show all posts

Wednesday, September 9, 2026

MTA 223 : SIAPA PERDANA MENTERI XI MALAYSIA?


SIAPA PM KE XI??

 


FLASH BACK PERALIHAN KUASA

Tunku Abdul Rahman adalah bapa kemerdekaan. Ketika Kerajaan  Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan selepas Pilihan Raya pra-merdeka pada 27 Julai 1955, Perikatan memenanginya dengan majoriti besar, maka Yang DiPertua UMNO dilantik menjadi Ketua Menteri pertama pada 9 Ogos 1955. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 (kemudian membentuk Malysia pada 16 September 1963) Tunku terus diberi amanah sebagai Perdana Menteri pertama. Mandat tersebut diteruskan selepas PRU-1 pada 19 Ogos 1959, PRU-2 pada 26 April 1969 dan PRU-3 pada 10 Mei 1969. Sejak PRU pertama, Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri di Malaysia dimenangi  oleh PAS.

Namun selepas berlakunya Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969, pemimpin UMNO lain sudan mula mempertikai kepimpinan Tunku.  Orang paling kanannya Tun Abdul Razak turut berperanan memberi tekanan kepada Tunku untuk berundur. Walaupun begitu peralihan kuasa dari Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak disempurnakan dengan baik.

  

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein mengambil alih amanah dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 2 pada 22 September 1970. Perjalanan Tun Razak sebagai Perdana Menteri adalah aman kerana Timbalannya Tun Dr Ismail yang berusia 7 tahun lebih tua darinya adalah seorang pemimpin yang tidak bercita-cita tinggi, malah berulang kali memohon untuk berundur dari politik. Namun beliau mengutamakan negara yang amat memerlukan khidmatnya.

Tun Razak hanya berpeluang melalui satu PRU sahaja dalam era pentadbirannya, iaitu PRU ke 4 pada 24 Ogos 1974. Tun Razak berjaya menstabilkan politik negara dengan menubuhkan Barisan Nasional.

Tun Razak yang mengetahui dirinya mengidap penyakit leukemia serta mengetahui hayatnya tidak panjang, amat kecewa bila  orang harapannya Tun Dr Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos 1973. Tun Razak melantik Hussein Onn (birasnya) sebagai Timbalannya. Tun Razak meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 ketika menjalani rawatan perubatan dan Hussein tidak mempunyai pilihan untuk menggalas amanah mengemudi negara.

  

Pada 15 Januari 1976, Dato' Seri Hussein Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 3 Malaysia. Hussein Onn menaiki tangga heirarki kepimpnan UMNO dan negara sangat pantas. Beliau yang meninggalkan UMNO pada tahun 1951 hanya kembali kepada UMNO pada tahun 1968 dan terus dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1970, Timbalan PM tahun 1973 dan PM pada tahun 1976. Hussein melantik Dr Mahathir sebagai Timbalannya. Mahathir juga baru kembali ke UMNO pada tahun 1972 dan dilantik menjadi Menteri pada tahun 1974.

Semasa menjawat PM, Hussein hanya berpeluang melalui satu PRU sahaja iaitu PRU ke 5 pada 8 Julai 1978. Melalui muslihat politik dan tekanan melalui darurat pada tahun 1977, BN telah berjaya merampas Kelantan dalam PRN 1978.

Walaupun tidak kelihatan di mata ramai, Hussein yang kurang pengalaman dan amat teliti menerima tekanan dari Timbalannya yang walaupun tidak berpengalaman tetapi mempunyai cita-cita dan berwawasan tinggi serta agresif.
Akhirnya, Hussein juga mempunyai masalah kesihatan telah mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan PM kepada Timbalannya, Dato' Seri Dr Mahathir. Pun begitu, peralihan kuasa berjalan dengan baik dan tersusun.

  

Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengambil alih dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 4 pada 16 Julai 1981. Seperti Tun Hussein, Mahathir juga sangat pantas menuju puncak kerjayanya. Bermula pada tahun 1974 menjawat Menteri terus dilantik menjadi TPM pada tahun 1976 dan PM pada tahun 1981. Hanya 7 tahun!.

Rekod PRU yang disertai oleh Mahathir tidak mungkin dapat dipecahkan oleh mana-mana PM selepas ini.  Di bawah pimpinan Mahathir BN berjaya mengekalkan kuasa dalam 5 PRU berterusan; PRU ke 6 pada 22 April 1982; PRU ke 7 pada 2 Ogos 1986; PRU ke 8 pada 20 Oktober 1990; PRU ke 9 pada 24 April 1995; dan PRU ke 10 pada 29 November 1999.

Dalam PRU ke 8 (1990), Mahathir dimalukan apabila PAS berjaya merampas negeri Kelantan dari BN dan selepas itu, Kelantan tidak pernah lagi terlepas dari pegangan PAS. Manakala dalam PRU ke 10 (1999) Mahathir sekali lagi menerima tamparan hebat apabila BN kehilangan Teregganu di tangan PAS.

Mahathir memiliki kebolehan berpolitik yang luar biasa sehingga pernah dianggap oleh pihak pembangkang sebagai diktator. Beliau bukan sahaja berjaya mengemudi BN khususnya UMNO mengikut acuan beliau, beliau juga mempunyai wawasan pembangunan negara yang terkehadapan serta keberaniannya memperjuangkan dunia Islam dan hak dunia ketiga (negara membangun dan mundur) amat disegani oleh kuasa-kuasa besar dunia.

Sepanjang tempoh pentadbirannya, Mahathir mempunyai 4 orang TPM silih berganti; Musa Hitam (1981 - 1986); Ghaffar Baba (1986 - 1993); Anwar Ibrahim (1993 - 1998) dan Abdullah Ahmad Badawi (1999 - 2003).

Setelah memegang tampuk pentadbiran negara selama 22 tahun, beliau menyerahkan jawatannya kepada Timbalannya ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.

  

Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 5 pada 31 Oktober 2003. Abdullah boleh dikatakan telah membuat persediaan untuk menyandang amanah kerana sudah berpengalaman selama 18 dalam Kabinet Malaysia dan pernah menyandang beberapa potfolio penting seperti Kementerian Pendidikan, Pertahanan, Luar Negeri dan Dalam Negeri.

Pada awalnya, Abdullah ingin memilih Muhyiddin Yassin sebagai TPM namun atas desakan Mahathir, beliau telah melantik Mohd Najib Razak sebagai Timbalannya.

Abdullah membawa kejayaan besar kepada BN dalam PRU ke 11 pada 21 Mac 2004. Bukan itu sahaja, di bawah pimpinan Abdullah, BN berjaya merampas kembali Negeri Terengganu. Walaupun Abdullah adalah pilihan Mahathir, perbezaan gaya pentadbiran antara Abdullah dengan mantan bossnya, Mahathir membawa perselisihan yang berpanjangan. Akibatnya, Mahathir yang memang terkenal dengan sifatnya yang tidak pernah mengalah terus menekan Abdullah. Dalam PRU ke 12 pada 8 Mac 2008, Abdullah gagal mengulangi kejayaan sebelumnya. Malah lebih parah lagi, BN kehilangan 4 buah negeri ke tangan pembangkang (Pakatan Rakyat) iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Kepimpinan Abdullah semakin kehilangan sokongan di kalangan pemimpin UMNO sendiri di samping tekanan yang berterusan dari Tun Dr Mahathir dari luar, akhirnya memaksa Abdulah membuat pelan peralihan kuasa keda Mohd Najib.


  

Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 3 April 2009. Najib melantik Muhyiddin sebagai TPM. Najib berpengalaman menyandang beberapa portfolio penting di dalam Kabinet sejak tahun 1986, antaranya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Pendidikan dan Pertahanan. Sebelum itu ketika berusia 29 tahun beliau telah dilantik menjadi MB Pahang (1982 - 1986).

Prestasi penggal pertama Najib sebagai PM amat cemerlang. Beliau berjaya membawa pelbagai pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara. Najib melalui PRU ke 13 pada 5 Mei 2013. Najib berjaya merampas Kedah dan Perak. Namun pentadbiran mula diresapi masalah politik wang yang serius serta penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan negara khususnya isu 1MDB serta campur tangan Rosmah Mansor (isteri Najib) dalam pentadbiran.

Tun Dr Mahathir selaku individu yang menolak Najib supaya segera mengambil alih jawatan PM ketika era Abdullah Badawi turut berpaling menyerang Najib dari setiap arah. Najib turut ditentang dari dalam UMNO oleh Timbalannya, Muhyiddin yang membawa pengguguran Muhyiddin sebagai TPM pada 28 Julai 2015 diikuti dengan pemecatan dari keahlian UMNO pada 24 Jun 2016.  Najib kemudiannya melantik Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan PM menggantikan Muhyiddin.

Kemuncak kepada konflik Mahathir/Muhyiddin vs Najib adalah apabila Dr Mahathir menubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 8 September 2016 dan kemudian Muhyiddin menyertainya.

Politik membawa kepada berlakunya perkara yang di luar fikiran. Pemimpin politik sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa. Mahathir yang tidak perlu ditanya bagaimana bencinya dengan DAP, dan bagaimana dia telah meletakkan muka Anwar Ibrahim di tahap yang paling hina, akhirnya sanggup berpakat dengan Pakatan Harapan pimpinan Wan Azizah (proksi Anwar) untuk menjatuhkan BN, parti yang dipimpinnya selama 22 tahun demi marahnya kepada Najib. 

Akhirnya, dalam PRU ke 14 pada 9 Mei 2018, BN di bawah pimpinan Najib kecundang teruk di tangan PH yang dipimpin oleh Mahathir. Pelik tetapi benar. BN bukan sahaja tewas tetapi kehilangan negeri Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Selain itu Pulau Pinang, Kelantan, Selangor kekal di tangan lawan. BN hanya berjaya mempertahankan Perlis dan Pahang.

  

Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7 pada 10 Mei 2018. Mahathir telah melantik Presiden PKR, Datin Seri  Wan Azizah Ismail sebagai TPM. 

Mahathir segera menunaikan janjinya untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara melalui Royal Pardon pada 16 Mei 2018.

Tahun pertama pentadbiran Mahathir boleh dikatakan menghadapi suasana chaos kerana majoriti anggota barisan kabinetnya adalah muka baru yang tidak pernah berpengalaman mentadbir. Peranan mereka sebelum ini selama bertahun-tahun adalah mengkritik, menghentam dan memburuk-burukan Kerajaan.  Prestasi para Menteri boleh dikatakan bagaikan kera dapat bunga.

Tahun kedua pentadbiran Mahathir dipenuhi dengan tekanan dari kumpulan Ahli Parlimen PKR pendukung Anwar supaya Mahathir segera menyerahkan kuasa kepada Anwar. Bagaimanapun satu lagi kumpulan Ahli Parlimen PKR yang diketuai oleh Azmin Ali memihak kepada Mahathir. Akhirnya retak membawa belah. Mahathir gagal memimpin Kerajaan yang ditubuhkan hasil gabungan dengan PH. Akhirnya Mahathir membubarkan kabinet dan meletak jawatan pada 24 Februari 2020. BERSATU keluar dari PH diikuti oleh beberapa Ahli Parlimen PKR yang menyertai BERSATU. BERSATU juga berpecah apabila Mahathir menubuhkan parti baru, PEJUANG.

SPB YDP Agong XVI menggunakan kuasa yang ada serta kebijaksanaan baginda untuk melantik Perdana Menteri yang baru. Sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat memihak kepada Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin.

    

Tan Sri Muhyiddin @ Mahiadin bin Md Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 pada 1 Mac 2020.  Polar Dewan Rakyat berubah. Kerajaan pimpinan Muhyiddin mendapat sokongan UMNO, PAS, GPS dan GRS.

Muhyiddin memulakan tugasnya sebagai PM dengan peperangan melawan pandemik COVID-19. Selaku PM beliau tidak berpeluang melaksanakan peranannya yang sewajarnya kerana pelbagai kekangan yang tidak dapat dielekkan. Sistem ekonomi negara lumpuh. Segala wang simpanan negara serta hasil pinjaman digunakan untuk melawan wabak. Pada masa yang sama, dari segi politiknya, Muhyiddin diserang bertubi-tubi dari segenap sudut. Malah Muhyiddin turut ditekan dari dalam (rakan dalam Kerajaan) yang mahukan kehendak mereka dipenuhi.

Pada awal pentadbirannya, Muhyiddin tidak melantik TPM, beliau hanya melantik empat Menteri Kanan, iaitu Ismail Sabri Yaakob (UMNO), Azmin Ali (BERSATU), Radzi Jidin (BERSATU) dan Fadilah Yusof (GPS). Bagaimanapun pada 7 Julai 2021, beliau melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai TPM.

Akhirnya Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat apabila kerana BN menarik sokongan kepadanya. Beliau meletak jawatan pada 16 Ogos 2021.

Sekali lagi, SPB YDP Agong XVI terperangkap dalam kemelut politik negara yang berlarutan. Sekali lagi baginda telah menggunakan kuasa dan kebijaksanaan baginda untuk melantik Perdana Menteri yang baru. Sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat memihak kepada Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob.

  

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 9 pada 21 Ogos 2021. Ismail Sabri menyandang jawatan TPM untuk tempoh 9 hari sahaja.

Ketika Ismail Sabri mengambil alih jawatan PM, pandemik COVID-19 sudah sampai di penghujung, memasukki era endamik. Beliau sedaya upaya mengeluarkan negara dari kemelut politik yang berpanjangan dan mengembalikan momentum kestabilan politik dan ekonomi negara. Namun kedudukannya dalam parti (UMNO) adalah sebagai Naib Presiden (orang No. 3), maka pergerakan beliau dikawal oleh pemimpin partinya, Presiden UMNO yang bercita-cita tinggi untuk menduduki kerusi PM. 

Ismail Sabri juga tidak melantik TPM, beliau mengekalkan perjawatan 3 Menteri Kanan sebelum ini (Azmin, Radzi dan Fadilah) dan melantik Hishamuddin Hussein (UMNO).

Setelah BN menang besar dalam PRN Melaka (21 November 2021) dan  PRN Johor (12 Mac 2022) kepimpinan UMNO yang terlalu yakin bahawa BN boleh mengambil alih pentadbiran negara secara mutlak secara solo. Mereka mendesak Ismail Sabri supaya membubarkan Parlimen. Akhirnya, Ismail Sabri juga tidak dapat menahan tekanan dan desakan dari kepimpinan UMNO dan membubarkan Parlimen pada 10 Oktober 2022 setelah diperkenankan oleh YDP Agong XVI bagi membolehkan PRU ke 16 diadakan.


  

Keputusan PRU-15 pada 19 November 2022 di luar jangkaan. BN tewas teruk, hanya memenangi 31 kerusi berbanding PH (81) dan PN (74). Tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan. YDP XVI telah menasihatkan pemimpin-pemimpin parti supaya berunding dan membentuk Kerajaan Perpaduan.

Mengikut sokongan majoriti awal, Pemimpin PN, Muhyiddin Yassin  mendapat sokongan majoriti 115 Ahli Parlimen (minima (112) bagi membentuk Kerajaan. Namun di luar jangkaan, BN telah membuat sokongan secara enbloc kepada musuh ketatnya dalam kempen PRU, Anwar Ibrahim (Pengerusi PH). Anwar kemudiannya mendapat sokongan majoriti apabila GPS (23) dan GRS (6) dan beberapa perti kecil serta Ahli Parlimen BEBAS. 

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 10 (PMX) pada 24 November 2022. 

Walaupun Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti melebihi 2/3 Ahli Dewan Rakyat, beliau masih gagal membentuk Kerajaan yang stabil. Kerajaan Perpaduan yang diimpikan bertukar menjadi Kerajaan Madani impian Anwar sendiri.

Walaupun Anwar adalah Pengerusi PH dan Perdana Menteri, parti beliau, PKR bukanlah parti terbesar dalam Kerajaan. Kerusi dalam PH didominasi oleh DAP (43). PKR (31), PAN (8), selain dari itu, kerusi yang lain bukan komponen PH, hanya parti-parti yang menyokong Anwar sebagai PM sahaja. Pengaruh DAP yang begitu kuat menyebabkan BN gagal memanifestasikan perjuangan mereka.

Dalam 3 tahun pertama pentadbiran Anwar, beliau masih gagal membawa kestabilan dalam politik. Partinya PKR menghadapi krisis kepimpinan. Anwar merestui anaknya Nurul Izah bertanding Timbalan Presiden parti dan menang, menewaskan incumbent, Rafizi Ramli (pendukung kuat Anwar (selepas Azmin) selama lebih 20 tahun). Parti MUDA pimpinan Sayid Sadiq menarik sokongan, diikuti oleh UPKO pimpinan Ewon Benedick. Dan yang terakhir, tiga Ahli Parlimen PKR meletak jawatan (Rafizi, Nik Nazmi dan Wong Chen). Rafizi dan Nik Nazmi adalah bekas Menteri Kabinet yang tewas dalam pemilihan parti.

Anwar masih gagal memenuhi janji PH dalam kempen dalam dua PRU sebeum ini. Agenda utama memerangi rasuah dan salah guna kuasa hanya applicable kepada penentangnya sahaja. 

Sikap dan perangai Anwar dalam menangani penentangnya menyebabkan beliau semakin menyerlahkan belangnya. Walaupun telah berada di tahta pentadbiran negara, sikap dan perangai Anwar masih seperti Ketua Pembangkang. Beliau gagal mengawal diri, cepat melenting, angkuh, gemar mencabar, kerap mencipta persepsi memalukan lawanya tanpa bukti dan banyak menyebelahi kehendak DAP.

  

KUN FAYAKUN

Kenapa tajuk ini dibuat dalam bentuk soalan SIAPA PM ke XI?

Andainya PH berjaya mempertahankan kedudukan dalam PRU ke 16 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi di Parlimen serta masih sihat untuk memimpin negara, beliau akan kekal sebagai PMX bukan sebagai PM XI.

Namun, jika DUA ANDAIAN berikut terjadi selepas PRU ke 16, maka soalan siapa PM XI pasti akan menjadi isu yang penting.

1.   Andainya PH kalah dalam PRU-16.

2.   Andainya PH menang atau berjaya mengumpulkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat tetapi Anwar kalah kerusi Parlimen.

Berikut adalah ulasan penulis ke atas senarai nama tokoh politik Malaysia yang mempunyai kedudukan untuk dicalonkan sebagai PERDANA MENTARI MALAYSIA KE 11 (PM XI).

PASTI ramai pembaca yang akan mempertikaikan kenapa orang ini kenapa orang itu. Penulis membuat penilaian berasaskan situasi politik semasa bukan berasaskan emosi atau pengaruh sokongan peribadi.

Penulis menyenaraikan nama-nama berikut:

1.   AHMAD ZAHID HAMIDI?

Andainya kerjasama BN dan PN memenangi PRU ke 16, besar kemungkinan PN akan memberi alluan kepada pemimpin UMNO untuk menerajui Kerajaan. Selaku Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi adalah calon teratas untuk PM XI.

PAS (mungkin) membuat keputusan demikian setelah mengambil kira 'hati UMNO' yang boleh berubah 180 darjah apabila kehendaknya tidak dipenuhi. PAS (mungkin) rela mengenepikan 'kekotoran' Ahmad Zahid demi Penyatuan Ummah.

Penulis juga percaya, andainya jumlah kerusi UMNO di Parlimen lebih kecil dari PAS sekalipun, PAS akan memberi laluan kepada Ahmad Zahid untuk menjadi PM XI. Jika ini berlaku, kemungkinan pemimpin PAS akan dilantik menjadi TPM 1. 


2.   ABDUL HADI AWANG?

Penacalonan nama Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi bin Awang (TGHH) adalah atas dasar kedudukannya sebagai Presiden PAS. Andainya PAS memenangi jumlah kerusi terbanyak, maka beliau merupakan calon yang paling layak sebagai PM XI.

Namun situasi beliau yang uzur serta sikap beliau (sekarang) yang menolak jawatan Pengerusi PN jelas menunjukkan bahawa TGHH tidak berminat untuk menduduki jawatan PM. Selain dari itu, semasa Muhyiddin menjadi PM ke 8, beliau juga menolak jawatan Menteri dalam Kabinet Muhyiddin. Beliau hanya menerima perlantikan sebagai Duta Khas (bertaraf Menteri) ke Timur Tengah.

Berkemungkinan besar, atas faktor keuzuran, Abdul Hadi mungkin tidak bertanding dalam PRU ke 16.


3.   MOHAMAD HASAN?

Kedudukan Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan (Tok Mat) sebagai Timbalan Presiden UMNO turut memberi peluang dan ruang kepada beliau menjadi PM XI.  Bagaimanapun ia tidak akan berlaku sekiranya Ahmad Zahid tidak memberi laluan kepada beliau.  

Ia hanya mungkin berlaku sekiranya, sesuatu perkara di luar dugaan berlaku ke atas Ahmad Zahid yang menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk menjadi PM. Penulis juga berfikiran bahawa, selagi Ahmad Zahid ada, Tok Mat tidak mempunyai  angan-angan untuk menyukarkan laluan bossnya.

Penulis berpandangan bahawa PAS juga tidak begitu ghairah untuk memberi laluan kepada Tok Mat atas sikap 'flip flop' Tok Mat terhadap kesungguhan untuk mengadakan kerjasama UMNO-PAS. 


4.   AHMAD SHAMSURI MOKHTAR?

Dato' Seri Ir Dr Haji Ahmad Shamsuri bin Mokhtar adalah calon kedua selepas Ahmad Zahid Hamidi. Kelayakan Dr Sham adalah berasaskan kepada kedudukan beliau sebagai Pengerusi PN.  Dr Sham merupakan calon yang ditaja oleh PAS untuk menjadi PM jika PAS mendapat peluang tersebut. Walaupun Dr Sham adalam pemimpin No. 5 dalam hierarki kepimpinan PAS, beliau adalah pilihan PAS. Maka jika Dr Sham menjadi PM, beliau tidak akan menerima tekanan dari pemimpin parti yang lebih kanan.

Banyak pihak yang mempersoalkan pengalaman Dr Sham untuk mentadbir negara kerana beliau hanya berpengalaman sebagai MB. Mungkin mereka tidak pernah membaca sejarah ramai pemimpin negara dalam dunia ini yang tidak mempunyai pengalaman. Dr Sham adalah calon utama PN jika PN atau kerjasama PN-BN memenangi PRU-16.


5.   HAMZAH ZAINUDIN?

Nama Presiden WAWASAN, Dato' Seri Hamzah bin Zainudin disenaraikan sebagai calon PM sebagai calon simpanan jika calon dari PAS menolak tawaran untuk menjadi PM kerana di kalangan pemimpin bukan dari PAS, beliau adalah pemimpin yang terkanan dan paling berpengalaman dalam pentadbiran negara. 

Selain dari itu, Hamzah adalah Ketua Pembangkang yang mewakili PN, pembangkang terbesar dalam Parlimen. Walaupun begitu Hamzah bukan calon yang disenangi oleh BN dan PH, bahkan kompenen PN sendiri (BERSATU).  Cerita campur tangan beliau dalam pertukaran pegawai tinggi PDRM semasa beliau menjadi Menteri di KDN juga membuktikan bahawa integriti beliau dipertikaikan.


6.   TUAN IBRAHIM TUAN MAN?

Nama Dato' Sri Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam membincangkan calon PM dari PAS kerana kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden atau pemimpin No. 2 dalam PAS. Beliau boleh pada bila-bila masa sahaja mengambil tempat Dr Sham jika beliau bersedia dan sudah pasti kepimpinan PAS lain akan merestuinya.

Namun, penulis berpendapat bahawa Tuan Ibrahim akur bahawa karisma beliau belum sampai ke tahap jawatan PM. Tuan Ibrahim mungkin lebih berminat untuk mengambil jawatan MB Pahang kerana kedudukan PAS di Pahang sudah begitu hampir dengan kemenangan. Beliau telah lama berjuang mengembangkan PAS di Pahang sehingga ke kedudukan sekarang yang telah begitu hampir dengan majoriti untuk mengambil alih negeri Pahang. Hubungan rapat beliau dengan KDYMM Sultan juga memberikan banyak advantage kepada beliau jika beliau menyandang jawatan itu.


7.   AMIRUDIN SHARI?

Andainya, PH menang tanpa Anwar dan Nurul Izzah (serta ketiadaan Rafizi), nama MB Selangor, Dato' Seri Amirudin bin Shari akan berada di kedudukan teratas dalam heriarki kepimp[inan PKR. Tandingan beliau dalam senarai Naib Presiden PKR hanyalah Dato' Seri Aminudin bin Harun, mantan MB NS. Namun peluang Aminudin agak pudar selepas tewas dalam PRN ke 16 Negeri Sembilan. Dua NP lain iaitu K. Ramanan dan Chang Lih Kang terkeluar dari pencalonan. Begitu juga dengan dua lagi NP yang dilantik, Saifudin Nasution dan Zaliha Mustaffa.

Peluang Amirudin untuk menjadi PM boleh disamakan dengan peluang Ismail Sabri apabila UMNO tidak mempunyai pilihan kerana Presiden (ada kes mahkamah) dan Timbalan Presiden (bukan Ahli Dewan Rakyat) tidak layak untuk menyandang jawatan tersebut.


8.   FADILLAH YUSOF?

Dato' Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof  adalah TPM 2 sekarang dan juga Naib Presiden Kanan PBB. Beliau juga Menteri terkanan dari Sarawak dalam Kabinet Anwar Ibrahim. 

Nama Fadillah akan menjadi pilihan utama jika PH tidak mampu menyediakan pemimpin dan layak untuk dijadikan PM. PH sudah pasti akan bersedia memberi laluan kepada Fadillah. Penulis pasti DAP dan PAN akan menyokong pencalonan Fadillah. Pada masa yang sama, jika PN masih di pihak pembangkang pun tidak mempunyai masalah untuk menerima Fadillah sebagai PM.


9.   MOHAMAD SABU?

Meletakkan nama Presiden PAN, Datuk Seri Mohamad bin Sabu (Mat Sabu) mungkin menyebabkan pembaca tersenyum atau ketawa terbahak-bahak. Mat Sabu adalah pilihan  terakhir dari kalangan pemimpin PH untuk dicalonkan menjadi PM jika PH menang tanpa Anwar. 

Kelayakan Mat Sabu untuk ke jawatan PM hanya berdasarkan kepada satu faktor sahaja, iaitu beliau adalah Presiden PAN, sebuah parti komponen PH. Pencalonan Mat Sabu hanya akan berlaku apabila tiada calon dari PKR yang layak dan tiada calon dari GPS yang bersedia menggalas tugas sebagai PM. Prestasi Mat Sabu sebagai ahli Kabinet tiada yang boleh dibanggakan. 

Walaupun PN tidak akan menyetujui nama Mat Sabu, pencalonan Mat Sabu sebagai PM sudah pasti akan didukung kuat oleh DAP kerana ia akan memudahkan mereka menlaksanakan agenda Malaysian Malaysia. 

Namun penulis  berpendapat bahawa kemelut mencari calon PM tidak mungkin boleh sampai ke tahap terpaksa mencalonkan Mat Sabu.


10.   MUHYIDDIN YASSIN?

Kedudukan Tan Sri Muhyiddin bin Md Yassin dalam barisan potensi PM XI tertakluk kepada penyertaan BERSATU dalam PRU ke 16. Jika BERSATU kekal bersama PN maka peluang Muhyiddin adalah ZERO. Jika BERSATU menyertai PH, peluang Muhyiddin akan terbuka jika beliau menang dan semua pemimpin utama PKR dan AMANAH tewas dalam PRU ke 16.

Seperti kedudukan Mahathir dalam PRU ke 14. PH sanggup membuat apa sahaja demi untuk berkuasa dan menghalang BN menjadi PM.

Maka, jangan sesekali membuang terus peranan Muhyiddin dalam politik negara.

Namun berasaskan kepada situasi politik semasa, khususnya Gelombang Biru di Johor, adalah diramalkan jika Muhyiddin masih ingin bertanding dalam PRU-16, beliau akan kecundang.


11.  NURUL IZZAH ANWAR?

Andainya Nurul Izzah binti Anwar berjaya memenangi satu kerusi Parlimen, kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR memberi peluang kepadanya untuk menjadi PM XI. 

Apa tujuan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden dan apa tujuan Anwar merestui Nurul Izzah melawan Rafizi dan sanggup menjadikan Rafizi sebagai anjing kurap PKR, kalau bukan untuk meletakkan Nurul Izzah di laluan ke kerusi PM XI.

Penulis percaya, Wan Azizah akan menghadiahkan kerusi Bandar Tun Razak kepada puterinya untuk merealisasikan cita-cita Anwar.

12.  ABANG JOHARI ABANG OPENG?

Jangan buang nama Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Haji Abang Openg (Abang Jo), Premier Sarawak. Beliau adalah Pengerusi GPS dan Presiden PBB. Abang Jo adalah pemimpin yang paling berpengaruh dan berprinsip di Sarawak. Beliau berjaya mengekalkan prinsip 'No DAP' dalam Kerajaan Negeri Sarawak. Beliau juga berjaya mengekang kemasukan UMNO ke Sarawak. 

Andainya krisis kepimpinan dalam PH berterusan dan PH ingin mengekalkan kuasa di pusat, tidak mustahil mereka akan menawarkan kerusi PM XI kepada Abang Jo.


13.  JOHARI GHANI?

Nama Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani (Abang Jo), Naib Presiden kedua UMNO tidak boleh dipinggirkan. Beliau adalah calon ketiga UMNO selepas Presiden dan Timbalan Presiden. Ketimbang dua lagi NP UMNO (Khaled Nordin dan Wan Rosdy), Johari adalah calon yang paling layak. 

Selain dari prestasinya yang membanggakan dalam jawatan kabinet yang disandang, beliau kelihatan lebih matang dari pemimpin-pemimin UMNO yang lebih kanan darinya dalam menangani isu dengan parti kawan dan parti lawan. Dalam barisan kepimpinan UMNO, penulis berpendapat bahawa beliau adalah calon PM dari UMNO yang boleh diterima oleh parti dalam Kerajaan atau pembangkang.


Tentu ramai yang bertanya kenapa nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) tidak disenaraikan?. Jawapan mudah penulis ialah, atas platform (jawapan) apa KJ mahu dicalonkan menjadi PM?  Sistem politik di negara ini masih berpegang kuat kepada tradisi jawatan dalam parti sebagai asas untuk jawatan dalam Kabinet, khususnya PM. KJ ada masih ada harapan tetapi bukan PM XI. Mungkin PM XII atau PM XIII.

SEMUA YANG DI TULIS DI ATAS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS BERASASKAN PEMBACAAN, PEMERHATIAN KE ATAS SITUASI DAN KONDISI POLITIK SEMASA.

Thursday, April 30, 2026

MTA 218 : NEPOTISME DI MALAYSIA



SENARIO NEPOTISME DI MALAYSIA


Seperi Britain, Malaysia mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan. Walaupun Ketua Negara, Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa mutlak dalam beberapa perkara, Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif mempunyai kuasa sebagai penasihat kepada Ketua Negara adalah pentadbir negara yang sebenar. Oleh kerana kuasa Perdana Menteri dilahirkan oleh kuasa politik maka penyandang jawatan-jawatan utama politik di peringkat negara, negeri dan kawasan Parlimen mempunyai keinginan untuk mengekalkan pengaruh dengan membentuk ahli keluarga untuk mewarisi pengaruh dan kedudukannya.

Di peringkat tertinggi Kerajaan, iaitu Perdana Menteri trend amalan nepotisme telah bermula sejak awal merdeka. Namun ketika itu, ia tidak berapa ketara kerana bilangan ahli politik yang berkemampuan amat berkurangan. Maka, keluarga politik dari golongan bangsawan mempunyai peluang yang lebih kerana mereka berkemampuan untuk memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak mereka.

Catatan: Penulis tidak menuliskan allahyarham/mendiang pada nama-nama tokoh (diceritakan yang telah meninggal dunia. Catatan tarikh kelahiran/kematian hanya dicatat di bawah gambar yang berkaitan.

TUNKU ABDUL RAHMAN MEMBINA KELUARGA ABDUL RAHMAN YASSIN

Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra tidak mencuba untuk membawa ahli keluarga dalam politik dan pentadbiran negara. Hubungan kekeluargaan yang pertama dalam pentadbiran tertinggi (eksekutif) ialah Tan Sri Dato' Suleiman bin Abdul Rahman (Menteri: 1955-1961) dan adiknya Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman (Menteri: 1959-1973; TPM: 1979-1973). Kedua-duanya adalah anak kepada Dato' Abd Rahman bin Mohd Yasin, mantan Yang DiPertua Dewan Negara yang pertama (1959-1968), ADUN Pontian Dalam (1969-1974).

    
Abd Rahman Yassin (1891-1970; Suleiman (1912-1963); dan Ismail (1915-1973)

Apabila Suleiman meninggal dunia pada tahun 1963, Ahli Parlimen Muar Selatan diambil alih oleh adik iparnya Dr Awang Hasan (1963-1974). Perdana Menteri kedua Tun Abd Razak juga amat mempercayai keluarga ini. Ismail dilantik menjadi Timbalan PM pada tahun 1970 sehingga meninggal dunia pada 1973. PM ke 3Hussein Onn telah menamakan Dr Awang Hasan untuk dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang (1981-1989). Dr Mahathir cuba membawa anak sulung Tun Dr Ismail ke dalam politik. Mohd Tawfik Ismail menyandang Ahli Parlimen Sungai Benut (1986-1990) namun kerjayanya dalam politik tidak menonjol. Kewujudan rangkaian keluarga Abdul Rahman di dalam politik Malaysia bukan dibina oleh beliau sendiri tetapi oleh pemimpin lain yang mengiktiraf kemampuan dan bakat kepimpinan mereka. Namun anak-anak Suleiman dan Ismail tidak berminat berpolitik.

    
Awang Hasan (1910-1998) dan Mohd Tawfik (1951)

KELUARGA TUN ABDUL RAZAK

Mengikut pandangan penulis, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak kelihatan lebih berjiwa nepotisme. Tun Abd Razak adalah dari keluarga bangsawan di Pahang. Ayahnya Allahyarham Dato' Abdul Razak bin Mohd Taib adalah Orang Besar Pahang bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar (OKIS). Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau baru berusia 48 tahun. Anak-anaknya masih kecil dan belajar.  Beliau menonjolkan adik iparnya, Dato' Hamzah Abu Samah (MP: 1967-1982, Menteri: 1969-1980). Isteri Hamzah (kemudian Tan Sri) adalah adik Tun Razak (berlainan ibu).

Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia (1973), Razak melantik adik iparnya Hussein Onn sebagai Timbalan PM walaupun kedudukan Huseein dalam barisan naib Presiden UMNO adalh paling junior. Isteri Hussein, Suhaila adalah kakak Rahah, isteri Tun Razak. 

Setelah Tun Razak meninggal dunia (1976), Dato' Hussein Onn menjadi PM ketiga Malaysia. PM Hussein Onn membawa anak Tun Razak, Mohd Najib ke dalam politik ketika berusia 23 tahun bagi mengisi Ahli Parlimen Pekan yang dikosongkan oleh Tun Razak. (MP/ADUN: 1976-2018, MB Pahang: 1982-1986, Menteri: 1986-2009, PM6: 2009-2018). Ternyata Dato' Sri Najib memang mewarisi bakat kepimpinan ayahnya sehingga mencapai kedudukan tertinggi dalam politik Malaysia. Walaupun berjaya membawa pelbagai perubahan dalam pentadbiran negara, kerjaya Najib lebur apabila BN tewas teruk dalam PRU-14 (2018) lantaran Skandal 1MDB. Setelah kejatuhan Najib,  keluarga Tun Razak mempertaruhkan anak sulong Najib, Dato' Mohd Nizar ke dalam politik dan memulakan langkah sebagai ADUN Peramu Jaya (Pahang) mulai 2022.

      
Razak (1922-1976); Hamzah Abu Samah (1924-2012); Najib (1953); dan Nizar (1978)

KELUARGA HUSSEIN ONN 

Di atas tadi, penulis menyentuh sedikit tentang kemasukan Hussein Onn (Allahyarham Tun) dalam arena politik Malaysia melalui keluarga Allahyarham Tun Abd Razak Hussein. Namun sejarah kegemilangan keluarga Tun Hussein Onn telah bermula sejak  awal Kesultanan Johor Moden yang diasaskan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. Dato' Jaafar bin Muhammad dan anak-anaknya menjadi keluarga yang rapat dan amat dipercayai oleh istana Johor. Mereka adalah keluarga bangsawan Johor yang menguasai pentadbiran negeri tersebut selama berpuluh tahun.

Dato' Jaafar bin Muhammad adalah Menteri Besar Johor yang pertama (1886-1919) dan anak-anaknya  Dato' Abdullah bin Jaafar merupakan Menteri Besar Johor ketiga (1923-1928), diikuti oleh Dato' Mustapha bin Jaafar sebagai MB Johor ke 4 (1928-1931) dan Allahyarham Dato' Onn bin Jaafar sebagai MB Johor ke 7 (1947-1949). Dato'Onn adalah pengasas UMNO dalam tahun 1946 dan meletak jawatan sebagai MB Johor pada tahun 1949 untuk menumpukan kepada UMNO dan perjuangan kemerdekaan Malaya. Dato' Onn adalah Yang DiPertua UMNO pertama (1946-1950) sebelum mengundurkan diri untuk menubuhkan parti lain.
Peranan keluarga Dato' Onn dalam politik negara turut terhenti. Hussein Onn Ketua Pemuda UMNO dan juga Setiausaha Agong mengikuti jejak ayahnya keluar dari UMNO.  

      
Jaafar (1838-1919), Abdullah (1835-1934), Mustapha (1862-1946) dan Onn (1895-1962)

Hussein tampil ke medan politik dengan menyertai PRU 1968 di kawasan Johor Bahru Timur. Apabila negara pulih dari Darurat Tragedi 13 Mei 1969, Tun Razak membawa Hussein menyertai kabinet sebagai Menteri Pelajaran dan seterusnya TPM pada tahun 1973.  Sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1976,  Hussein segera membalas budi Tun Razak dengan membawa Najib ke dalam politik sebagai Timbalan Menteri setelah memenangi PRK Parlimen Pekan menggantikan ayahandanya. 

Seperti Tun Razak, Tun Hussein juga tidak sempat mendidik anaknya sendiri  berpolitik. Waktu Tun Hussein meletak jawatan anak lelaki sulungnya Hishamuddin baru berusia 20 tahun dan masih belajar. Setelah Dr Mahathir mengambil alih jawatan sebagai PM ke 4 beliau terus memberi laluan kepada anak Tun Razak (Najib) membina kerjaya politiknya sehingga ke tahap tertinggi sebagai PM ke 6.  Dr Mahathir juga membawa anak Hussein Onn, Hishammuddin ke dalam politik dalam tahun 1995 negara bermula sebagai Ahli Parlimen Tenggara, Johor ketika berusia 33 tahun. Beliau kemudian menjadi Timbalan Menteri dan Menteri sehingga Kerajaan BN dan PN tumbang pada tahun 2022. Kejatuhan BN menghancurkan kerjaya Najib dan turut turut mengheret keluar Hishammuddin dari laluan kerjaya yang lebih tinggi.

    
Hussein (1922-1990), Hishammuddin (1961) dan Jaafar Onn (1933-2021)

Nepotisme darah dan keluarga Dato' Jaafar bin Muhammad tidak hanya mengalir ke tubuh Dato' Onn, Hussein dan Hishammuddin.  MB Johor ke 5, Dato' Abdul Hamid bin Mohd Yusof (1931-1934) adalah anak saudara Dato' Jaafar. Ungku Abdul Aziz bin Abd Majid, MB Johor ke 6 (1935-1947) adalah  anak tiri Dato' Jaafar.  

Generasi kepimpinan Dato' Jaafar di Johor diteruskan oleh piutnya Datuk Onn Hafiz bin Ghazi apabila beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke 16 selepas PRN Johor ke 19 pada 15 Mac 2022. Onn Hafiz adalah anak kepada Datin Roquaiya Hanim binti Tun Hussein (isteri kepada Dato' Ghazi bin Ishak).

Keluarga Dato' Onn Jaafar juga berkait dengan beberapa keluarga bangsawan lain yang memankan peranan penting dalam pentadbiran politik dan awam negara.  Tun Hussein Onn adalah menantu kepada  juga adalah menantu kepada Tan Sri Mohammad Noah bin Omar,  mantan Speaker Dewan Rakyat yang pertama) dan biras kepada Tun Razak. Maka Najib dan Hishammuddin adalah saudara sepupu.  Salah seorang anak Dato' Onn, Lt Jen Dato' Jaafar bin Onn (B) adalah mantan Timbalan PTD. 

Empayar KELUARGA JAAFAR dan KELUARGA ONN  SERTA keluarga rahman yassin turut menyerap ke dalam KELUARGA SETH. Seorang anak perempuan Dato' Onn (Norziah) berkahwin dengan Jen Tan Sri Ghazali bin Dato' Mohd Seth, Panglima Tentera Darat ke 7 (1977-1982) dan Panglima ATM ke 7 (1982-1985). Dato' Mohd Seth bin Mohd Said adalah Setiausaha Kerajaan Johor ke 6 (1953-1956). Isteri pertama Mohd Said, Datin Kamariah binti Mohd Yassin adalah saudara perempuan kepada Datuk Abdul Rahman bin Mohd Yassin (bapa Tun Dr Ismail dan Tan Sri Sulaiman). Anak perempuan Mohd Seth, Toh Puan Norashikin binti Mohd Seth adalah isteri kepada Tun Dr Ismail bin Abd Rahman (sepupunya).  Setelah Kamariah meninggal dunia, Mohd Seth berkahwin pula dengan anak perempuan Dato' Onn, Saleha binti Dato' Onn.

    
Mohd Seth (1901-1962), Ghazali (1929-2021) dan Norashikin (1930-2010)

KELUARGA DR MAHATHIR

Tun Dr Mahathir ketika berkuasa tidak membenarkan anak-anaknya aktif dalam politik tetapi beliau membawa anak Tun Razak dan Tun Hussein ke dalam politik dan keduanya berjaya dalam kerjaya politik mereka. 

Apabila Mahathir bersara dalam tahun 2003, penggantinya Abdullah tidak berusaha untuk memberi kemudahan kepada laluan politik anak Mahathir. Mahathir berharap agar anaknya Mukhriz diberi peluang untuk menguatkan kedudukan dalam politik negara tetapi Abdullah telah mengecewakan beliau malah terlalu cepat membina nepotismenya sendiri.

  
Mahathir (1925) dan Mukhriz (1964)

Mahathir ketika menjadi PM mempunyai 4 orang Timbalan silih berganti. Bermula dengan Musa Hitam (1981-1986), Ghaffar Baba (1986-1993), Anwar Ibrahim (1993-1998) dan Abdullah (1999-2003).

Anak-anak Tun Musa Hitam tidak ada yang berminat dengan politik. Satu-satunya anak lelaki Musa, Carlos Rashid terbunuh dalam runtuhan kondominium di Ulu Klang pada tahun 1993. Tun Ghaffar Baba cuba membawa anaknya Mohd Tamrin ke dalam arus perdana politik tetapi tidak berhasil. Setelah Ghaffar ditewaskan oleh Anwar untuk  jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam tahun 1993, kerjaya politik Tamrin turut hanyut.  Anwar pula dipecat pada tahun 1998. 

KELUARGA ABDULLAH BADAWI

Tun Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM ke 5 pada tahun 2003 tetapi beliau tidak berusaha untuk  membawa anak Mahathir ke dalam barisan kepimpinan UMNO. Anak lelaki Abdullah, Dato' Kamaruddin tidak berminat politik kerana menumpukan kerjaya korporatnya. Maka, Abdullah memberi lebih ruang kepada menantunya Khairy Jamaluddin (suami Nori) membina kerjaya politiknya. Lebih memedihkan Mahathir, Khairy menewaskan Mukhriz dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Sejarah penglibatan keluarga Abdullah dalam politik sebenarnya telah dimulakan oleh ayahnya, Datuk Hj Ahmad bin Abdullah bin Ibrahim (Abdullah Fahim), ADUN Kepala Batas/EXCO Pulau Pinang (1959-1974) dan Senator (1962-1968). Abdullah Fahim pula adalah Mufti Pulau Pinang yang pertama selepas merdeka.

Semasa Tun Abdullah menjadi PM, Najib dan Hishammuddin sudah selesa dengan kedudukan mereka, lebih-lebih lagi Najib yang dilantik sebagai Timbalan PM.  Khairy Jamaludin kemudian menjadi Ahli Parlimen Rembau (2008-2022) ketika berusia 32 tahun.  Najib setelah menjadi PM ke 6 (2009-2018) kemudiannya melantik Khairy menjadi Menteri (2013-2018). Dalam Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin (2020-2021) dan Ismail Sabri (2021-2022), Khairy dilantik semula menjadi Menteri (2020-2022). Khairy tewas dalam PRU 15/2022 di kawasan Parlimen Sungai Buloh dan berikutan sikapnya terhadap kepimpinan UMNO, beliau dipecat keahlian UMNO. Hari ini, perjalanan Khairy ke puncak melalui arus perdana sudah semakin malap.

    
Ahmad (1907-1977), Abdullah (1937-2025) dan Khairy (1976)

NAJIB MEMBAYAR HUTANG BUDI

Apabila Najib menjadi PM pada tahun 2009, beliau melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai TPM. Mukhyiddin tiada kaitan persaudaraan dengan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Najib telah mengambil Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir menjadi Timbalan Menteri (2009). Pada masa ini Hishamuddin telah menjadi Menteri yang kanan dalam kabinet. Najib kemudiannya melantik Khairy Jamaludin sebagai Menteri penuh dalam kabinetnya (2013) dan melantik anak Mahathir, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah (2013). Dari segi hutang budi, Najib telah menyelesaikan semua perkiraannya dengan semua Perdana Menteri yang telah membantunya sebelum ini.

KELUARGA MD YASSIN

Perjalanan Muhyiddin @ Mahiaddin Md Yassin dalam kerjaya politik adalah atas usaha dan bakatnya sendiri. Beliau tidak mempunyai kaitan keluarga dengan mana-mana keluarga bangsawan atau pemimpin peringkat nasional atau negeri yang membantunya. Bermula sebagai Ahli Parlimen Pagoh (1978-1986) dan dilantik menjadi Setiausaha Parlimen (1981-1982) dan Timbalan Menteri (1982-1985), kerjaya poilitiknya melonjak naik setelah beliau menewaskan Tan Sri Osman Saat sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh (1984). Kemudiannya menjadi MB Johor ke 13 (1986-1995) dan kembali ke pusat menjadi Menteri penuh (1995-1915) termasuk TPM (2009-2015). Digugurkan dari jawatan pada tahun 1915 seterusnya dipecat dari ahli UMNO pada tahun 2016. Pada tahun 2017 menyertai Tun Dr Mahathir menubuhkan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) dan bergabung dengan Pakatan Harapan dan berjaya menumbangkan BN dalam PRU 2018. Seterusnya dilantik menjadi Menteri (2018-2020). Dalam kemelut politik tahun 2020, Kerajaan PH telah runtuh, Muhyiddin dilantik menjadi PM ke 8 dari 1 Mac 2020 hingga kehilangan sokongan majoriti Parlimen pada 16 Ogos 2021. 

Satu-satunya ahli keluarga rapat beliau dalam politik ialah abangnya Tan Sri Abd Aziz Md Yassin, Ahli Parlimen Muar (1995-1999). Anak-anak Muhyiddin tidak berminat menceburi politik.

  
Muhyiddin (1947) dan Abdul Aziz (1932-2022)

KELUARGA ANWAR IBRAHIM

Kerjaya politik Anwar bermula pada tahun 1982 apabila dijemput menyertai UMNO oleh Dr Mahathir untuk menyertai UMNO. Beliau menjadi Ahli Parlimen Perrmatang Pauh (1982-1999), (2008-2013), Port Dickson (2018-2022) dan Tambun (2022-kini).  Nepotisme Anwar Ibrahim bermula sejak beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1998. Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL) pada tahun 1998 dan beliau menjadi Presidennya selepas itu jawatan Presiden bertukar ganti antara beliau dengan isterinya Dato' Dr Wan Azizah Ismail sebagai Presiden kerana Anwar  telah dipenjarakan dua kali. Anak sulungnya Nurul Izzah turt aktif dalam politik dan menjadi Naib Presiden PKR (2010-2018) dan (2022-2025) sertA  Timbalan Presiden mulai 2025 ketika Anwar masih menjadi Presiden. 

Bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar adalah penyandang (1982-1999), Wan Azizah (1999-2013), Anwar Ibrahim (2013-2015), Wan Azizah (2015-2018) dan Nurul Izzah (2018-2022). Permatang Pauh jatuh ke tangan PAS dalam PRU 2022.

Selain dari Permatang Pauh, Wan Azizah juga pernah menjadi Ahli Parlimen Pandan (2018-2022) dan Bandar Tun Razak (2022-kini). Manakala Nurul Izzah juga pernah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai (2008-2018)

Setelah Anwar dilantik menjadi PM ke 10, Nurul Izzah telah dilantik menjadi Penasihat Kanan Ekonomi di Kementerian Kewangan (MOF) di mana Anwar adalah juga Menteri Kewangan. Selain dari itu, Nurul Izzah turut dilantik menjadi Pengerusi Bersama Panel Penasihat Kewangan di MOF. Berasaskan kedudukan terkini, Nurul Izzah telah ditunjuk oleh Anwar sebagai bakal penggantinya sebagai Presiden PKR. Mungkin juga sebagai bakal Perdana Menteri jika PH masih mampu mempertahankan kedudukan dalam PRU yang akan datang.
 
    
Anwar (1947), Wan Azizah (1952) dan Nurul Izzah (1980)

Nepotisme keluarga Anwar ini diperteguhkan apabila Nurul Izzah disahkan sebagai Timbalan Presiden PKR (No. 2) pada 23 Mei 2025. Ini menjadukan, sejak ditubuhkan pada tahun 1998, kepimpinan No. 1 PKR (dahulunya ADIL) dipegang secara bergilir antara Anwar dan Wan Azizah. Perlantikan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden telah mengesahkan hasrat Anwar tidak mahu melepaskan kawalan ke atas PKR ini di luar keluarga mereka.

Berikut pula adalah antara pertalian darah di kalangan pemimpin di peringkat Negeri atau Nasional di Malaysia. Dalam kajian saya ini tidak melibatkan hubungan ahli politik dengan tokoh korporat tetapi dari kalangan ahli politik  dan juga pegawai tinggi Kerajaan.

SENARIO NEPOTISME DI JOHOR

Sebahagian dari amalan nepotisme keluarga politik di Johor telah disentuh lebih awal kerana ia telah menjangkau ke pweringkat kepimpinan nasional, iaitu keluarga Abdul Rahman Mohd Yassin dan keluarga Dato' Sir Onn Jaafar.

KELUARGA TAHA DAN SALIM. Dato' Hj Taha bin Zakaria adalah mantan Stae Representative untuk Batu Pahat Coastal (1954-1959) dan ADUN Rengit (1959-1964). Beliau juga mantan EXCO Kanan Negeri Johor merangkap Timbalan MB.  Anak Dato' Taha, Dato' Hj Daud adalah Ahli Parlimen Batu Pahat (1982-1995), Pengerusi PAC (1983-1985) dan  Timbalan Menteri (1985-1995). Manakala isteri Dato' Mohd Yunus bin Sulaiman (Datin Zaharah) ADUN  Gelang Patah (1974-1986) dan Tanjung Putri (1986-1990), EXCO (1978-1986) dan Speaker DUN Johor (1986-1990) adalah anak saudara kepada Dato' Taha.

Datuk Hjh Fatimah binti Salim, Ahli Dewan Negara (1977-1983) adalah adik kepada Tan Sri Redzuan bin Salim, ADUN Peserai (1974-1986). Manakala Puan Sri Atkah binti Abdullah, ADUN Seri Medan (1990-1999) adalah isteri Tan Sri Redzuan. Selanjutnya Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, Ahli Parlimen Sungai Benut (1990-2004) dan ADUN Machap (2004-2013) adalah menantu kepada Datuk Fatimah Salim. Redzuan dan Fatimah adalah adik angkat kepada Dato' Taha.

        
Daud (1939-2014) Taha Zakaria (1915-1989) dan Mohd Yunus

    
Tan Sri Redzuan, Puan Sri Atkah dan Dato' Hamid

KELUARGA SYED ALBAR. Tan Sri Syed Hamid Albar, Ahli Parlimen Panti/Kota Tinggi (1990-2013) Menteri Kabinet (1995-2008) adalah anak kepada Tan Sri Syed Jaafar Albar, Ahli Parlimen Johor Tenggara/Panti (1959-1977), Setiausaha Agong UMNO (1953-1963), Menteri Muda (1960-1962) dan Ketua Pemuda UMNO (1976-1977).

   
Tan Sri Syed Hamid (1944) dan Tan Sri Syed Jaafar (1914-1977)

KELUARGA SYED ASSAHAB. Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain AsSahab, Senator (2007-2010), ADUN Penawar (2018-2022) ADUN Mahkota (2022-2024)  adalah anak perempuan kepada Dato' Syed Zain bin Syed Edrus AsSahab ADUN Simpang Rengam /Parit Raja (1969-1988) dan Speaker DUN Johor (1978-1986).

   
Datuk Sh Azizah (1960-2024), Dato' Syed Zain (19xx-1988)

KELUARGA KOSAI. Datuk Dr Robia binti Kosai, Ahli Parlimen Muar (1999-2004) ADUN Sg Balang/EXCO Johor (2014-2013), MP Timbalan Menteri EXCO Johor adalah anak kepada Dato' Kosai bin Hj Salleh, ADUN Parit Bakar/EXCO Johor (1959-1968). Manakala ibu Robiah, Datin Hajah Zaharah binti Abdul Majid adalah ADUN Pt Jawa/Seri Menanti/Semerah (1969-1982).

    
Dr Robia (1949-2014), Dato' Kosai (1914-1968) dan Datin Zaharah

KELUARGA FATIMAH MAJID. Datin Paduka Siti Fatimah Abd Majid adalah ADUN wanita pertama di Johor. Beliau menjadi ADUN Plentong (1959-1964) kemudian menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru Timur (1964-1969, Batu Pahat Dalam (1969-1974) dan Semerah (1974-1978).  Siti Fatimah adalah ibu kepada Datuk Siti Zainab @ Zainabon binti Sheikh Abu Bakar Ahli Parlimen Tebrau (1990-1999) dan Timbalan Menteri (1995-1997). 

Dato' Siti Fatimah (1919-2013) dan Siti Zainab (1941)
(gambar Datuk Siti Zainab amat sukar diperolehi)

KELUARGA SAPIAN. Dato' Hj Osman bin Sapian, ADUN Kempas (1999-2021) dan Menteri Besar Johor ke 16 (2018-2019) adalah adik kepada Datuk Abdul Aziz Sapian, ADUN Nusa Jaya (2004-2013). Kedua-duanya memulakan kerjaya politik dengan UMNO tetapi mulai 2018, Osman menyertai BERSATU. 

  
Dato' Osman (1950-2021) dan Datuk Abdul Aziz (19xx)

KELUARGA CHUA. Datuk Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis (2008-2018) dan  Timbalan Menteri (2010-2018) adalah anak kepada Tan Sri Dr Chua Soi Lek, ADUN Penggaram (1986-2004),  EXCO Johor (1990-1995), Ahli Parlimen Labis (2004-2008) dan Menteri (2004-2008) dan juga Presiden MCA (2008-2013).

  
Datuk Tee Yong (1977) Tan Sri Sooi Lek (1947)

KELUARGA MAT AZIZ. Tan Sri Hj Mohamad bin Aziz adalah ADUN Parit Yaani (1986-1999), Ahli Parlimen Sri Gading (1999-2013) dan Speaker DUN Johor (2013-2018). Setelah Mohamad bersara dari Parlimen, isteri beliau Puan Sri Azizah binti Zakaria telah dipilih menjadi ADUN Parit Raja (2013-2018).

  
Tan Sri Mohamad (1940-2020) dan Puan Sri Azizah (1955)

KELUARGA KAMISAN. Dato' Hj Zulkarnain bin Kamisan, ADUN Sri Medan (2013 hingga kini) adalah anak kepada Dato' Hj kamisan bin Ashari, ADUN Sri Medan (1974-1990). Gambar allahyarham Dato' Kamisan tidak diperolehi. 


Zulkarnain Kamisan (1972)
(gambar Allahyarham Datuk Kamisan Ashari tidak ditemui)

KELUARGA IBRAHIM. Mohd Azahar bin Iibrahim, ADUN Tenang (2011-2028) dan dan adiknya Datuk Norshida binti Ibrahim, ADUN Buluh Kasap (2013-2018) adalah anak kepada Datuk Ibrahim bin Daud, ADUN Tenang (1999-2004)

      
Azahar (1972) Datuk Norshida (1975) dan Datuk Ibrahim (19xx-20xx)

TERBARU

KELUARGA RAHIM. Dalam PRN ke 16 Johor pada Julai 2026, calon BN, YB Nadhirah Afiqah binti Rahim (Iqa Rahim) telah memenangi kerusi DUN Serom. Iqa Rahim adalah anak kepada Dato' Abdul Rahim bin Talib, Ketua UMNO Bahagian Ledang.

  
Iqa Rahim dan Datuk Rahim Talib

SENARIO NEPOTISME DI KEDAH
 
Selain dari kegagalan Tun Dr Mahathir membina warisan politiknya, Kedah juga melahirkan beberapa keluarga politik di peringkat Negeri dan Persekutuan.

KELUARGA SHEIKH FADZIR.  Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu (1978-2008), Timbalan Menteri (1990-1999) dan  Menteri Kabinet (1999-2004). Beliau mempunyai tiga lagi adik yang aktif dalam politik.  Datuk Musa Sheikh Fadzir adalah Senator (2004-2010) dan Pengerusi KTMB (2021-kini); Allahyarham Datuk Haidar Ali Sheikh Fadzir, mantan Ketua Pemuda UMNO WP KL;  dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, ADUN Kuala Ketil (2004-2008) dan Ahli Parlimen Kulim-BB (2008-2013).

        
Tan Sri Abdul Kadir (1939), Datuk Musa (1950), Datuk Haidar Ali (1961-2005) dan 
Dato' Abdul Aziz (1963)

KELUARGA FADZIL NOOR. Datuk Hj Fadzil bin Mohd Noor adalah Presiden PAS (1989-2002). Beliau juga adalah ADUN Bukit Raya (1982-1999), ADUN Anak Bukit (1999-2002)  dan Ahli Parlimen Pendang (1999-2002). Fadzil juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen (1999-2002).

    
Dato' Fadzil (1937-2002), Mohd Faiz (1977) dan Ahmad Fauwaz (1981) 

KELUARGA JOHARI ABDUL. Tan Sri Johari bin Abdul merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani (2008-2022) dan ADUN Gurun (2018-2022) serta Speaker Dewan Rakyat (2022 - kini). Manakala anaknya  Dr Muhammad Taufiq bin Johari adalah Ahli Parlimen Sungai Petani (2022- kini). 

Johari juga merupakan anak saudara Datu' Shuaib bin Lazim , Senator (1985-1991). Sepupu Johari, Datin Seri Shuriani binti Shuaib adalah isteri kepada Dato' Serohd Shafie bin Apdal (Sabah).

  
Tan Sri Johari (1955) dan Dr Taufiq (1996)

KELUARGA ISMAIL NASUTION. Datuk Hj Sahlan bin Ismail Nasution adalah SUPol PM (2008-2018), pernah bertanding dalam PRU 13 di Parlimen Pokok Sena tetapi tewas. Adiknya, Dato' Seri Saifudin  bin Ismail Nasution pula aktif bersama PKR/Pakatan harapan. Saifudin adalah ADUN Lunas Kedah (2000-2004), Ahli Parlimen Machang (2008-  2013), Ahli Parlimen Kulim-Bdr Baharu (2018-2022) dan ADUN Pulau Jerejak (2018-2023)  serta Menteri Kabinet (2018-2020) & (2022- kini). Beliau juga adalah SU Agung PKR ((2010-2014) & (2018-2024).

  
Datuk  Shahrir (19xx) dan Dato' Seri Saifudin (1963)

SENARIO NEPOTISME DI KELANTAN
 
Seperti di Johor, kepimpinan politik di peringkat awal, khususnya UMNO banyak melibatkan keluarga bangsawan termasuk kerabat istana. Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud  Menteri Besar Kelantan ke 6 (1944-1953), Duta (1956-1958), Ahli Parlimen Kota Bharu Hilir (1959-1974) dan Speaker Dewan Rakyat (1974-1977) adalah anak kepada  Dato' Nik Mahmud bin Nik Ismail, MB Kelantan ke 5 (1921-1944). Salah seorang anak Nik Ahmad Kamil adalah Lt Jen Nik Mahmood Fakharuddin Kamil adalah mantan Timbalan Panglima Tentera Darat.

    
Tan Sri Nik A. Kamil (1909-1977), Dato' Nik Mahmud (1882-1964)
(gambar Dato' Nik Mahmood Fakharuddin Kamil (1936-1990) tidak diperolehi)

KELUARGA TENGKU AHMAD. Dato' Tengku Noorasiah binti Tengku Ahmad, Ahli Parlimen (UMNO) Tumpat (1974-1982) adalah kakak kepada Dato' Tengku Zaid bin Tengku Ahmad, Ahli Parlimen (PAS) Pasir Mas (1967-1978). Dua ornang lagi adik kepada Tengku Noraishah adalah  Sultanah Johor, iaitu Sultanah Nora (Sultan Ismail) dan Sultanah Zanariah (Sultan Iskandar).

      
Tengku Noorasiah (1930-2013), Tengku Zaid (1932-1983), Sultanah Nora (1937) dan Sultanah Zanariah (1940-2019)

KELUARGA TENGKU HAMZAH.  Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang (1974-2022) dan Menteri Kabinet (1976-1987) adalah anak kepada Tengku Hamzah bin Tengku Zainal Abidin, Menteri Besar Kelantan ke 7 (1953-1959).

  
Tan Sri Tengku Razaleigh (1937) dan Tengku Mohd Hamzah (1909-1961)

KELUARGA NIK AZIZ.  Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah  Ahli Parlimen (PAS) Kelantan Hilir (1967-1974), Pengkalan Chepa (1974-1986), ADUN Chempaka (1986-1995) Semut Api/Cempaka (1995-2015) dan Menteri Besar Kelantan ke 17 (1990-2013). Dua orang anak lelaki beliau aktif dalam politik. Nik Abduh adalah  Ahli Parlimen (PAS) Pasir Mas (2013-2018), Bachok (2018-2022) dan Senator (2023-kini). Abang Nik Abduh, Nik Omar kurang menyerlah dari adiknya dan keluar dari PAS pada 2017 dan menyertai Amanah pernah bertanding di DUN Chempaka (2018) dan Parlimen Pasir Salak (2022) dan tewas kedua-duanya. Salah seorang menantu Nik Aziz, Ir Abdul Ariffahmi bin Abd Rahman pernah menimbulkan kontroversi kerana dilantik menjadi CEO Perbadanan MB Kelantan Diperbadankan (2009) dan beliau segera meletak jawatan. 

       
Tan Sri Nik Aziz (1931-2015) Nik Abduh (1970), Nik Omar (1965) dan Ir Ariffahmi

KELUARGA NIK ABDULLAH. Dato' Nik Mohd Amar bin Nik Abdullah, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1995-2004), ADUN Panchor (2004-kini), EXCO (2004-2013), Timbalan MB Kelantan (2013-2022) dan Speaker DUN (2023-kini) adalah anak Dato' Nik Abdullah bin Haji Arshad, ADUN Kota Bharu Pantai (1959-1974), Sering (1974-1986) dan Ahli Parlimen  Pengkalan Chepa (1986-1995). Seorang menantu Nik Abdullah, Dr Muhammad bin Md Daud adalah ADUN Tendong (2008-2011)

    
Dato' Nik Amar dan (1959) dan Dato' Nik Abdullah (19xx-1996) 
Dr Muhammad (1947-2011)

SENARIO NEPOTISME DI MELAKA

KELUARGA ABDUL GHAFFAR. Tun Abdul Ghaffar bin Baba Sebagai pendokong kemerdekaan, Ghaffar  mempunyai kekuatan tersendiri dalam politik Malaysia. Beliau adalah ADUN Tg Keling (1959-1969), Ketua Menteri Melaka ke 2 (1959-1967),  Ahli Parlimen Jasin (1969-1999), Batu Berendam (1999-2004), Menteri Kabinet  (1970-1976) (1986-1993) dan TPM (1986-1993). Menteri Namun kehadiran pemimpin era moden dan agresif telah meminggirkan Ghaffar. Ghaffar telah  mempertaruhkan anak keduanya Mohd Tamrin dalam kancah politik nasional sebagai Ahli Parlimen Batu Berendam (1986-1995) tetapi kerjaya politik beliau terhenti setakat itu. Menantu pertama Ghaffar berjaya bertapak dalam politik Melaka. Datuk Seri Ahmad bin Hamzah adalah ADUN Serkam (1995-2008) dan Ahli Parlimen Jasin (2008-2022) dan Timbalan Menteri (2020-2022). Selain itu, salah seorang menantu Ghaffar, Laksamana Tan Sri Aziz Jaffar adalah Panglima Tentera Laut ke 15 (2008-2015).

      
Tun Ghaffar (1925-2006), Datuk Tamrin (1947), Datuk Seri Ahmad Hamzah (1948) dan 
Tan Sri Aziz Jaffar (1956)

KELUARGA TAN. Tun Tan Cheng Lock adalah pengasas MCA dan Presiden MCA (1949-1959). Beliau tidak mahu menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan Menteri.  Anak Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin adalah Presiden MCA ke 3 (1961-1974), Ahli Parlimen Melaka Tengah (1955-1974) dan Menteri Kabinet (1955-1974).

   
Tun Chen Lock (1883-1960) dan Tun Siew Sin (1916-1988)

KELUARGA ITHNIN. Datuk Ahmad bin Ithnin adalah  Ahli Parlimen Jasin (1969-1978), Senator (1979-1982) dan ADUN Merlimau (1982-1986).  Adik Ahmad, Datuk Seri Abu Zahar bin Ithnin adalah ADUN Sungai Rambai (1986-1995) Speaker DUN (1986-1994), ADUN Merlimau (1995-1999), Ketua Menteri Melaka ke 8 (1997-1999), Ahli Parlimen Jasin (1999--2004) dan SUPar (1999-2004).  
Datuk Roslan bin Ahmad, ADUN Merlimau (2011-2021) dan EXCO (2013-2018)(2020-2021) adalah anak kepada Datuk Ahmad Ithnin. Manakala  
Datuk Khaidiriah @ Dira Abu Zahar, ADUN Rim (2021-kini) adalah anak kepada Abu Zahar Ithnin.

    
Datuk Roslan (1967), Datuk Seri Abu Zahar (1937-2013) Datuk Dira (1984)
(gambar Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin tidak ditemui)

SENARIO NEPOTISME DI NEGERI SEMBILAN

KELUARGA ABDUL SAMAD. Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad, ADUN Linggi (1978-2004) Menteri Besar NS ke (1982-2004), Ahli Parlimen Jempol (2004-2008), Menteri Kabinet (2004-2005), ADUN Bagan Pinang (2009-2013) Ahli Parlimen Jempol (2013-2018) dan Pengerusi Felda (2011-2017). Setelah isterinya meninggal dunia pada tahun 2005, Mohd Isa berkahwin pula dengan Puan Sri Dato' Bibi Sharliza binti Mohd Khalid, ADUN Paroi (2004-2008) dan ADUN Juasseh (2023-kini). Dalam PRN Negeri Sembilan 2023, anak Mohd Isa, Mohd Najib bin Mohd Isa bertanding di DUN Bagan Pinang tetapi tewas.

    
Tan Sri Mohd Isa (1949), Puan Sri Dato' Bibi Sharliza (1971) dan Mohd Najib (1978)

TERBARU

KELUARGA HASIM. Dalam PRN ke 16 Negeri Sembilan pada Ogos 2026, calon BN, YB Siti Nur Umaira binti Hasim (Maira Hasim) telah memenangi kerusi DUN Labu. Mira Hasim adalah anak kepada Dato' Hasim bin Rusdi, mantan ADUN Labu (2008 - 2013) dan (2013 - 2018).

 

KELUARGA KASSIM. Calon PH(PKR) yang tewas untuk DUN Ampangan dalam PRN ke 16 Negeri Sembilan, Dato' Mohamad Nazri bin Kassim adalah adik kepada Usaz Suhaimi bin Kassim mantan ADUN Lenggeng (2018 - 2023).

 
Suhaimi Kassim & Nazri Kassim

SENARIO NEPOTISME DI PAHANG
 
Kesah keluarga Dato' Hussein (ayah Tun Razak), orang Pahang dalam senario politik Malaysia telah diceritakan di awal Bab Malaysia. Selain dari keluarga Hussein terdapat beberapa lagi keluarga politik di peringkat politik Negeri  Pahang
 
KELUARGA MOHD SETH. Dato' Abd Halim bin Mohd Seth, ADUN Kerdau (1986-1990) adalah adik kepada Tan Sri Haji Yahya bin Mohd Seth, ADUN Sanggang (1959-1974) Menteri Besar Pahang (1964-1972).

Tan Sri Yahya (19xx-19xx) 
(gambar Dato' Abd Halim (1946-2011) tidak diperolehi)

KELUARGA ABD RAHMAN TALIB. Dato' Sri Fauzi bin Abd Rahman, Ahli Parlimen Kuantan (1990-1999),  SUPar (1990-1997), Timbalan Menteri (1997-1999), ADUN Beserah (1999-2004), Ahli Parlimen Indera Mahkota (2013-2018) adalah anak kepada Dato' Abdul Rahman bin Talib, Ahli Parlimen Kuantan (1959-1968) dan  Menteri Kabinet (1959-1965). Fauzi bertukar dari UMNO kepada PKR pada tahun 2008.

  
Dato' Seri Fauzi (1946) dan Dato' (Dr) Abd Rahman (1916-1968)

KELUARGA MOHD KAWI. 
Dato' Mohamed Khairudin bin Mohamed Kawi, ADUN Tg Besar (1959-1969), ADUN Jerantut (1969-1974), ADUN Jenderak (1974-1978) dan Speaker DUN Pahang (1974-1978) adalah abang kepada Dato' Rahimah Mohamed Kawi,  ADUN Kuala Tahan (1995-1999). 

  
Dato' Seri Khairudin (1928-2013) dan Dato' Rahimah (1937-2024)

SENARIO NEPOTISME DI PERAK

KELUARGA GHAZALI JAWI.  Tan Sri Mohamed Ghazali bin Hj Jawi, Ahli Parlimen Sg Perak Ulu (1955-1959), ADUN Larut Selatan/Matang (1956-), Menteri Besar Perak (1957-1960), Senator (1963-1964) Duta ke Mesir (1960-1964) Ahli Parlimen Ulu Perak (1964-1969) Menteri Kabinet (1964-1974), ADUN Kenering (1974-1977) Menteri Besar Perak (1974-1977). Mohd Ghazali adalah bapa kepada Tan Sri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali, ADUN Kenering (1977-1978), Ahli Parlimen Gerik (1978-1999), Timbalan Menteri (1986-1999) ADUN Kenering (1999-2004), ADUN Pengkalan Hulu (2004-2013) dan MB Perak ke 9 (1999-2008). Seorang lagi anak Ghazali Prof Tan Sri Ir Dr Mohd Zulkifli bin Ghazali adalah Naib Canselor UTM ke 4 (2001-2008) dan kini salah seorang Pro-Canselor UTM.

      
Tan Sri Mohd Ghazali (1924-1982), Tan Sri Mohd Tajol Rosli (1946) dan 
Prof Tan Sri Mohd Zulkifli

KELUARGA YUSOF RAWA. Dato' Yusof bin Abdullah (Yusof Rawa) adalah Ahli Parlimen Kota Setar Selatan (1969-74), Timbalan Menteri (1973-1974), Ahli Parlimen Ulu Muda (1974-1978), Duta (1974-78) dan Presiden PAS (1982-1989). Anak Yusof Rawa, Datuk Seri Dr Mohd Mujahid bin Yusof adalah Ahli Parlimen Parit Buntar (2008-2022), mewakili PAS (2008-2015) dan PAN (201.5-2022) dan Senator (2023-kini)- dan Timbalan Presiden PAN (2023-kini)

   
Dato' Yusof Rawa (1922-2000) dan Dato' Dr Mujahid Rawa (1964)

KELUARGA LIM. Tun Dr Lim Kheng Yaik adalah Senator (1972-1978), Menteri (1972-1973), ADUN Jalong (1978-1986), Ahli Parlimen Bruas (1986-2008), Menteri Kabinet (1986-2008) serta Preseden Gerakan (1980-2007).  Anak beliau Lim Si Pin adalah Ketua Pemuda Gerakan- masih kurang menyerlah kerana kerjaya politiknya terbantut akibat kejatuhan BN dalam tahun 2018. Pernah menyertai PRU 13 di kawasan Parlimen Batu (WPKL) dan tewas.

  
Kheng Yaik (1939-2012) dan Si Pin  (x) 

KELUARGA ONG. Tan Sri Ong Ka Chuan adalah ADUN Chenderiang (1986-2004), Ahli Parlimen Tg Malim (2008-2018) dan Menteri Kabinet (2008-2009) (2015-2018) adalah abang kepada Tan Sri Ong Ka Ting, Ahli Parlimen Pontian (1990-2004), Tg Piai (2004-2008), Kulai (2008-2013), Menteri Kabinet (1999-2008) serta Presiden MCA (2004-2008).

  
Dato' Ka Chuan (1954) dan Tan Sri Ka Ting (1956)

Dato' Hajah Mastura bin Mohd Yazid adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar (2016-2022) dan Timbalan Menteri (2021-2022) menggantikan tempat suaminya  Dato' Wan Khairil Anuar bin Wan Ahmad,  Ahli Parlimen Kuala Kangsar (2008-2016). Dato' Khairil Anuar terbunuh dalam kemalangan helikopter di Betong Sarawak pada 5 Mei 2016. 

  
Dato' Mastura (1962) dan Dato' Wan Khairul Annuar (1960-2016)

SENARIO NEPOTISME DI PERLIS

KELUARGA SHEIKH AHMAD. Tan Sri Radzi bin Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangan (1982-1990) dan (2004-2013)), Timbalan Menteri (1983-1990) dan Menteri (2006-2008) dan Senator (2020-2022) adalah anak kepada Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, AMPN Paya (1954-1959),  ADUN Bintong (1959-1974) dan Menteri Besar Perlis (1959-1972). Radzi mewakili UMNO (1982-1988), S46 (1990-1996), UMNO (1996-2018) dan menyertai BERSATU pada 2018.

  
Tan Sri Radzi (1942) dan Tan Sri Sheikh Ahmad (1896-1982)

KELUARGA KASIM. Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim adalah ADUN Tambun Tulang (1995-2013), Menteri Besar Perlis ke 7 (1995-2008), Ahli Parlimen Arau (1986-1995) dan (2013-kini) dan Menteri Kabinet (2013-2018) dan (2021-2022). Shahidan mewakili UMNO (1986-2022) dan PAS (2022-kini). Adik Shahidan, Dato' Ismail bin Kassim adalah Ahli Parlimen Arau (2008-2013) dan DUN Tambun Tulang (2013-2022).

  
Dato' Seri Dr Shahidan (1951) dan Dato' Ismail (1959-2023)
 
KELUARGA ALI.  Dato' Azihani binti Ali, ADUN (UMNO) Sena (1999-2008) adalah anak perempuan kepada Dato' Hj Ali bin Hj Ahmad, ADUN (UMNO) Oran (1978-1986) dan Menteri Besar Perlis ke 5 (1981-1986). 

   
Dato' Azihani (19xx) dan Dato' Ali (1925-1992)

SENARIO NEPOTISME DI PULAU PINANG
 
KELUARGA SINGH DEO. Dato' Seri Karpal Singh a/l Ram Singh Deo, seorang peguam yang terkenal adalah Pengerusi DAP (2004-2014). Beliau juga merupkan Ahlli Parlimen Jelutong (1978-1999), Bukit Gelugor (1999-2014). 

Legasi politik Karpal diteruskan oleh 3 orang anak-anaknya yang juga berkerjaya sebagai peguam.  Anak sulungnya, Jagdeep Singh Deo adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor (1999-2018) dan Datok Keramat (2018-2022). Anak keduanya, Gobind Singh Deo pula adalah Ahli Parlimen Puchong (2008-2022) dan Damansara (2022-kini), Menteri Kabinet (2018-2020) dan (2022-kini) serta Pengerusi DAP (2025-kini). Manakala anak ketiganya Ramkarpal Singh adalah Ahli Parlimen Bkt Gelugor (2014-kini) dan Timbalan Menteri (2022-kini).

      
Karpal (1940-2014), Jagdeep (1971), Govind (1973) dan Ramkarpal (1976)

 SENARIO NEPOTISME DI SABAH

KELUARGA MUSTAPHA. Tun Datu Mustapha bin Datu Harun adalah Yang DiPertua Negara Sabah pertama (1963-1967) kemudian menceburkan diri dalam politik sebagai ADUN Bengkoka (1971-1976) dan Banggi (1976-1981), Ketua Menteri Sabah ke 3 (1967-1975). Darah politik Tun Mustapha mengalir dalam tubuh anak-anak lelakinya. Datuk Abdul Hamid adalah ADUN Usukan (1986-1987), Datu Amir Kahar  adalah ADUN Banggi (1986-2008) dan Ahli Parlimen Marudu (1990-2004) dan Datuk Badaruddin , walaupun aktif dalam politk namun belum pernah memenangi kerusi ADUN atau Parlimen.

    
Tun Mustapha (1918-1995), Datuk Amir Kahar (1950), Datuk Badaruddin (1960-2024)
(tiada gambar Datuk Abd Hamid (19xx-1987)

KELUARGA FUAD STEPHENS. Tun Mohd Fuad Stephens bin Abdullah (nama asal: Donald Aloysius Marmaduke Stephens) adalah Ketua Menteri Sabah pertama (1963-1964), Duta (1968-1973), Yang DiPertua Negara Sabah ke 3 (1973-1975), ADUN Kiulu (1976) dan KM Sabah ke 5 (Apr- Jun 1976). Terkorban dalam tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976. Balu Tun Fuad, Toh Puan Rahimah Stephens (nama asal: Cecilia June Luther) mengambil alih ADUN Kiulu (1976-185) dan Menteri Sabah (1976-1985).

  
Tun Mohammad Fuad (1920-1976) dan Toh Puan Datuk Rahimah (1930-2022)

KELUARGA SAKARAN. Tun Sakaran Mohd Hashim bin Dandai adalah ADUN Semporna (194-1982), Sulabayan (1982-1990) & (1994-1995), Ahli Parlimen Semporna (1986-1995), Ketua Menteri Sabah ke 8 (1994) dan Yang DiPertua Negeri Sabah ke 8 (1995-2002). DUN Sulabayan diwarisi oleh anak lelakinya Datuk 
Mohd Nasir bin Sakaran, ADUN Senallang (1999-2018), Sulabayan (1990-1994) dan (1995-1999) serta Menteri Kabinet Sabah (2008-2018).

    
Tun Sakaran (1930--2021) dan Datuk Mohd Nasir (1953) 

KELUARGA TITINGAN. Datuk Abu Bakar Titingan bin Damsani adalah tokoh politik Sabah serta kumpulan pengasas USNO di zaman Tun Datu Mustapha. Beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Anak sulung Abu Bakar, Datuk Ahmad Baharom Titingan adalah ADUN Balung (1981-1990) TKM (1990-1994). Adik Ahmad Bahrom, Datuk Tawfiq bin Abu Bakar Titingan adalah ADUN Apas (2004-2018) dan Menteri (2013-2018). Tawfiq meninggal dunia dalam jawatan. Kekosongan DUN Apas diisi oleh adiknya, Datuk Mohd Nizam bin Abu Bakar menjadi ADUN Apas (2018- kini). dan Timb Menteri (2022-kini).

    
Datuk Ahmad Bahrom (1946), Datuk Tawfiq (1962-2018) dan Datuk Mohd Nizam (1968).
(gambar Datuk Seri Abu Bakar Titingan (1920-1980) tidak diperolehi)

KELUARGA KITINGAN. Tan Sri Datuk Seri Pairin Kitingan adalah Ketua Menteri Sabah ke 7 (1985-1994) juga merupakan ADUN Tambunan (1976-2018), Ahli Parlimen Keningau (1986-2018) serta penaja dan Presiden PBS (1985-2018).
Adik Pairin, Datuk Dr Jeffery Gapari @ Geoffery Kitingan adalah ADUN Bingkor (1994-2004) & (2013-2018), DUN Tambunan (2018-kini), Ahli Parlimen Keningau (2018-2022) dan Timbalan KM Sabah (2020-kini). Jeffery kerap bertukar parti, dari PBS ke PBRS ke AKAR kembali ke PBS, kemudian ke PKR dan kini STAR.

  
Datuk Seri Pairin (1940) dan Datuk Seri Jeffery (1947), 

KELUARGA AMAN. Tun Musa bin Aman, kini adalah Yang DiPertua Negeri Sabah (mulai 2025), beliau adalah ADUN (USNO) Sugut (1990-1994), ADUN (UMNO) Sg Sibuga (1994-2022), Menteri Sabah (1999-2003) dan Ketua Menteri Sabah ke 15 (2003-2018). Abang Musa, Datuk Ayub bin Aman adalah ADUN (Berjaya) Bingor  (1976-1985) dan Menteri Sabah (1978-1984). Seorang lagi adik Musa, Datuk Seri Anifah bin Aman adalah Ahli Parlimen (UMNO) Beaufort (1999-2004), Kimanis (2004-2018), Timbalan Menteri (1999-2008) dan Menteri Kabinet Pusat (2009-2018) dan kini Presiden PCS (2020). 

Anak Musa, Datuk Yamani Hafiz bin Musa adalah Ahli Parlimen Sipitang (2019-2022), Pengerusi FELCRA (2020-2021),  Timbalan Menteri Pusat (2021-2022) dan ADUN Sindumin (2025 - kini)Seorang menantu Musa, Datuk Mohd Ariffin bin Mohd Ariff adalah ADUN (GRS) Membakut (2004-kini) dan Menteri Sabah (2020-kini). Dalam PRN 2025, seorang lagi anak Musa, Hazem Mubarak telah dipilih sebagai ADUN Sungai Manila (2025 - kini).

Seorang anak saudara Musa (anak Ayub) iaitu Annuar bin Ayub adalah ADUN (Solodariti) Liawan (2020-2025).

      
Tun Musa (1951), Datuk Ayub (1942) dan Datuk Anifah (1953)

   
Datuk Yamani (1977), Datuk Mohd Ariffin (1963), Annuar (1961) dan Hazem Mubarak (1982)

KELUARGA SAID. Tun Mohamed Said bin Keruak adalah Yang DiPertua Negeri Sabah ke 7 (1987-1994). Sebelum ke jawatan itu, Mohd Said mwerupakan ADUN Usukan (1967-1981), Ahli Parlimen Kota Belud (1971-1982), Menteri Kabinet Sabah (1962-1976) dan Ketua Menteri Sabah ke 4 (1975-1976).

Ketokohan Mohd Said diwarisi oleh anak lelakinya, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Mohd Said adalah ADUN Usukan (1994-1999) & (2015-2018), Ahli Parlimen Kota Belud (1995-2008) Ketua Menteri Sabah ke 9 (1994-1996), Senator (2015-2018) dan Menteri Persekutuan (2015-2018). Selain itu, kakak kepada Dr Mohd Salleh, Datin Dr Saidatul Badru binti Mohd Said juga aktif dalam pergerakan wanita UMNO namun tidak pernah menjadi Wakil Rakyat.

    
Tun Mohd Said (1925-1995) dan Datuk Seri Mohd Salleh (1957) dan 
Datin Saidatul Badru (1950) 

KELUARGA MOJUNTIN. Politik dalam keluarga Mojuntin didahului oleh Datuk Peter Joinod Mojuntin adalah Ahli Parlimen Sabah (1963-1964), ADUN Moyog (1967--1976) dan Menteri Kabinet Sabah (1976). Peter terbunuh dalam kemalangan pesawat pada tahun 1976. Ini diikuti oleh abangnya Datuk George Jomiton Mojuntin yang merupakan ADUN Matunggong (1978-1981). 
Kekosongan dari kematian Peter diisi oleh adiknya,Conrad Jomilon Mojuntin yang merupakan  ADUN Moyog (1976-1985) yang juga Menteri Kabinet Sabah (1983-1985)

Legasi keluarga Mojuntin diteruskan oleh  Datuk Donald Peter Mojuntin, Ahli Parlimen Penampang (2004-2008), ADUN Moyog (2008-2013), Pemb Menteri (2008-2013) dan  Senator (2018-2021) yang merupakan anak lelaki kepada Peter Mojuntin.

      
George Jomiton (1935-1984), Datuk Peter Joinod (1939-1976) Conrad Jomilon (1948-2021) dan Datuk Donald Peter (1965) 

KELUARGA ONGKILI.  Datuk Dr James Peter Ongkili adalah ADUN Tamparuli (1976-1983) dan Ahli Parlimen Tuaran (1978-1986) dan Menteri/TKM Sabah (1978-1983) Menteri Kabinet Pusat (1983-1986). Adik James ialah Datuk Dr Maximus Ongkili adalah ADUN Langkon (1994-1999), Ahli Parlimen Kota Marudu (2004-2022) dan Menteri Kabinet Pusat (2004-2018) dan (2020-2022).

  
Datuk Dr James (1939-2006) dan Datuk Dr Maximus (1953)

KELUARGA APDAL.  Keluarga Apdal adalah kembangan dari keluarga Sakaran Dandai. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah Ahli Parlimen Semporna (1995-kini), Timbalan Menteri (1999-2004), Menteri Kabinet Pusat (2004-2015), ADUN Senallang (2018-kini), Ketua Menteri Sabah ke 15 (2018-2020). Beliau juga adalah Presiden Warisan sejak ditubuhkan pada tahun 2016.

Adik Mohd Shafie, Datuk Mohammad Yusof bin Apdal adalah ADUN Lahad Datu (2013-2018), Ahli Parlimen Lahad Datu (2018-kini) dan Timbalan Menteri (2022-kini).  Mohd Shafie dan Mohd Yusof adalah anak saudara kepada Tun Sakaran bin Dandai. Datuk Mohd Shafie adalah menantu kepada Datuk Shuib bin Lazim, Senator (1988-1991).

  
Datuk Shafie (1957) dan Datuk Yusof (1960)

KELUARGA MOHD DUN.  Datuk Seri Mohd Dun bin Banir, ADUN Beaufort (1967-75) dan Lumadan (1976-1981) Menter Kabinet Sabah (1975-1976). Anak lelaki Mohd Dun, Datuk Jahari @ Johari bin Mohd Dun adalah ADUN Lumadan (1980-1985) dan Pemb Menteri (1982-1985). Manakala adik Johari,  Datuk Seri Azizah binti Mohd Dun, Ahli Parlimen Beaufort (2004-2008) dan (2013-2022), ADUN Klias (2008-2013), Timbalan Menteri (2004-2008) dan (2013-2018) serta Pengerusi MARA (2020-2023).

  
Datuk Seri Azizah (1958) dan Datuk Johari

KELUARGA AHMAD RAFAEE.  Datuk Dayang Mahani binti Ahmad Raffae, ADUN Lumadan (1986-1999) dan Senator (2004-2007) adalah anak kepada Yang DiPertua Negara Sabah ke 2, Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae bin Pengiran Haji Omar.Tun Ahmad Rafee(1965-1973).

  
Datuk Dayang Mahani (1951-2022) dan Tun Ahmad Raffae (1907-1995)

KELUARGA KURUP.  Tan Sri Joseph Kurup adalah ADUN Sook (1985-2004), Menteri Sabah (1985-2004) dan Ahli Parlimen Pensiangan (2008-2018) juga Timbalan Menteri (2008-2013) dan Menteri Persekutuan (2013-2018). Anak Joseph, Dato' Srei Arthur Joseph Kurup adalah Ahli Parlimen Pensiangan (2018- kini) dan Timbalan Menteri Persekutuan (2023- kini).

  
Tan Sri Joseph (1944-2024) dan Dato' Sri Arthur (1982)

 SENARIO NEPOTISME DI SARAWAK

KELUARGA ABDUL RAHMAN. Tun Abdul Rahman bin Ya'kub adalah Ahli Parlimen (lantikan) Sarawak (1963-1969), Ahli Parlimen  Payang (1969-1978) & Paloh (1978-1981), Menteri (1969-1970), ADUN Kuala Rejang (1970-1981), Ketua Menteri Sarawak ke 3 (1970-1981) dan Yang DiPertua Negeri Sarawak ke  ke 4 (1981-1985).

Anak perempuan Abdul Rahman, Datuk Norah binti Abd Rahman adalah Ahli Parlimen Tanjung Manis (2008-2018).
Selain dari itu, Tun Abd Rahman adalah bapa saudara kepada Tun Abdul Taib bin Mahmud dan besan kepada Tun Abdul Razak bin Hussein.

  
Tun Abd Rahman (1928-2015) dan Datuk Norah (1958)

KELUARGA TAIB. Pehin Tun Abdul Taib bin Mahmud adalah anak saudara Tun Abdul Rahman bin Ya'kub. Beliau merupakan Ahli Majlis Perundangan Sarawak (1963-1966), Menteri Negeri (1963-1970), Ahli Parlimen Samarahan (1970-2014), Timb Menteri (1970-1972) dan Menteri Persekutuan (1972-1981), ADUN Sebandi (1981-1991) ADUN Asajaya (1991-2001) dan Balingian (2001-2014),  Ketua Menteri Sarawak ke 4 (1981-2014) dan Yang DiPertua Negeri Sarawak ke 7 (2014-2024).

Anak lelaki Taib, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib dalah Ahli Parlimen Kota Samarahan (2008-2013) dan Timbalan Menteri Persekutuan (2008-2009). Manakalan anak perempuan Taib, Datuk Hanifah Hajar binti Abdul Taib merupakan Ahli Parlimen Mukah (2018- kini) dan Timbalan Menteri Persekutuan (2020 - kini).

Sulaiman Abdul Rahman berkahwin dengan Anisa Chan binti Abdullah, anak kepada Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, ADUN Miri (1983-1991) dan Piasau (1991-2011),  Timbalan KM Sarawak(1996-2011) dan juga Presiden SUPP (1997-2011). 


    
Tun Taib (1936-2024), Datuk Sulaiman (1968) dan Datuk Hajar (1972)

Tan Sri George Chan  (1936)

KELUARGA JUGAH. Tun Temenggong Jugah anak Barieng adalah tokoh ulung Sarawak moden. Beliau adalah Ahli Parlimen (lantikan) Sarawak (1959-1964), Ahli Parlimen Kapit (1964-1974) dan Menteri Persekutuan (1963-1969).

Anak Jugah, Tan Sri Leonard Linggi anak Jugah adalah Ahli Parlimen Kapit (1978-1986), manakala cucu Jugah (anak Linggi), Dato' Sri Alexander Nanta anak Linggi
iaitu Ahli Parlimen Kapit (1999-kini) adalah Timbalan Menteri (2013-2018) dan Menteri Persekutuan (2020- kini).

Selain itu, Wilson Ugak anak Kumbong, Ahli Parlimen Hulu Rejang (2013- kini) dan Timbalan Menteri Persekutuan (2022- kini) adalah sepupu kepada Alexander Nanta.

      
Tun Jugah (1903-1980), Datuk Leonard Linggi (1940) dan Datuk Alexander Nanta (1958) 
dan Wilson Ugak (1962)

KELUARGA ABANG OPENG.  Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari (Johari @ Joe) bin Abang Openg adalah ADUN Satok (1981-2021) Gadong (2021-kini), Ahli Parlimen (), Menteri (1984-kini) dan Ketua Menteri/Premier Sarawak ke 7 (2017-kini) adalah anak kepada Tun Haji Abang Openg bin Haji Sapiee, Gabenor Sarawak pertama (1967-1969). Adik perempuan Joe, Datuk Dayang Madinah binti Abang Openg adalah Ahli Dewan Negara (2010-2016). Isteri Abang Johari adalah Dayang Jumaani binti Tuanku Haji Bujang (1949-2025). Tun Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Hj Othman (1898-1986) adalah Gabenor Sarawak kedua (1969-1977).

    
Abang Openg (1905-1969), Abang Joe (1950) dan Datuk Dayang Madinah (19xx)

KELUARGA ADENAN.  Pehin Tan Sri Dr Adenan bin Hj Satem adalah Ahli Parlimen Batang Sadong (2004-2008), ADUN Tannjung Datu (2011-2017), Menteri Kabinet Pusat (2004-2006), Menteri (2011-2014) dan Ketua Menteri Sarawak ke 5 (2014-2017). Balu Adenan, Puan Sri Datuk Amar Jamilah binti Anu mengambil alih tempat Adenan sebagai ADUN Tanjung Datu (2017-2021) .

  
Tan Sri Adenan (1944-2017) dan Puan Sri Dato' Jamilah (1955)

KELUARGA S'NG.  Datuk Larry Sng Wei Shien adalah  ADUN Pelagus (2001-2011), Ahli Parlimen Julau (2018-kini), Pengerusi MOPC (2021-2023) dan Pengerusi MTIB (2023-kini) adalah anak lelaki kepada Datuk Sng Chee Hua, Ahli Parlimen Julau (1995-1999) dan ADUN Pelagus (1991-2001). Penulis percaya, kedua dua S'ng ini mempunyai kaitan dengan salah seorang Ahli Parlimen Sarawak (1964-1969) bernama S'ng Chin Ho.

  
Datuk S'ng C.H (19xx) dan Larry Sng W.S (1979)

KELUARGA JABU. Gerald Rentap Jabu (1974), ADUN Layar (2016- kini) dan Timbalan Menteri (2016-kini) adalah anak kepada Tan Sri Dato' Patinggi Alfred Jabu anak Numpang, ADUN Layar (1974-2016) dan Menteri/Timbalan KM Sarawak (1981-2016).

  
Gerald (1974) dan Tan Sri Alfred (1940)

SENARIO NEPOTISME DI TERENGGANU

KELUARGA WAN MOKHTAR. Tan Sri Dato' Hj Wan Mokhtar bin Wan Ahmad  menyandang jawatan Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun (1974-1999). Beliau adalah juga ADUN Chukai (1974-199) dan pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan Duta ke Arab Saudi (2000-2005). Adik Wan Mokhtar (Wan Asiah) berkahwin dengan Dato' Hj Wan Abdul Kadir bin Wan Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Utara (1969-1974) dan Timbalan Menteri (1973-1974). 

Manakala anak Wan Mokhtar, Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar adalah ADUN Air Putih (2013-2018). Legasi keluarga Wan Mokhtar terbantut lantaran kekalahan teruk UMNO di Terengganu dalam PRU 1918.

    
Tan Sri Wan Mokhtar (1932-2020. Dato' Wan Abd Kadir (1929-1976) dan 
Wan Abdul Hakim (1968)

KELUARGA ABDUL HADI. Tuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang adalah Presiden PAS (2002-kini). Beliau merupakan ADUN Marang (1982-1986), ADUN Rhu Redang (1986-2018), Menteri Besar Terengganu ke 11 (1999-2004) serta Ahli Parlimen Marang (1990-2004) & (2008-kini).

Anak Abdul Hadi, Muhammad Halil bin Abdul Hadi adalah ADUN Batu Buruk (2018-kini) serta Timbalan/ EXCO (2018-kini). Selain itu, dua orang menantu Abdul Hadi juga aktif dalam politik. Mohd Akmal bin Kamarudin adalah ADUN Selama, Perak (2018-kini) dan EXCO (2018-2022). Seorang lagi ialah Tuan Hj Zaharuddin bin Muhammad, aktif di Selangor sebagai YDP PAS Subang dan Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (2015-2017). 

      
Tan Sri Abdul Hadi (1947),  Muhammad Halil (1977), Mohd Akmal (1978) dan 
Zaharuddin (1976)

SENARIO NEPOTISME DI SELANGOR

KELUARGA MOHD ALI. Mohd Ali hanyalah seorang pegawai Kerajaan  Negeri Selangor di zaman Perang Dunia I. Tiada cerita istimewa tentang Mohamad Ali. Namun 5 dari 10 anak-anaknya telah mencipta sejarah tersendiri. 
Anak sulungnya, Tun Ismail bin Mohd Ali adalah Gabenor Bank Negara (1962-1980), merupakan anak tempatan pertama diberi amanah untuk menyandang jawatan tersebut. 

Tan Sri Datin Paduka Saleha binti Mohd Ali pula adalah wanita (UMNO) pejuang awal kemerdekaan, namun selepas merdeka hanya aktif dalam pertubuhan amal/kebajikan (NGO) berkaitan wanita dan  islam. Tun Dr Hasmah binti Mohd Ali merupakan doktor wanita Melayu terawal di Tanah Melayu. Hasmah kemudiannya berkahwin dengan Tun Dr Mahathir bin Mohammad yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 4 (1981-2003) dan ke 7 (2018-2020). 
 
Tan Sri Ahmad Razali bin Mohd Ali adalah Menteri Besar Selangor ke `10 (1982-1986) dan beliau juga adalah ADUN Kampong Baru (1967-1969), ADUN Dengkil (1969-82) dan ADUN Ampang (1982-1986).

Tun Mohamed Hashim bin Mohd Ali pula adalah Panglima Tentera Darat ke 10 (1985-1987) dan Panglima Angkatan Tentera ke 9 (1987-1992).

MUNGKIN, inilah satu-satunya keluarga di Malaysia di mana terdapat 3 orang menerima anugerah gelaran TUN dan dua TAN SRI dalam adik beradik seibu sebapa.

  
Tun Ismail  (1918-1998) dan Tan Sri Saleha  (1923-2011)

    
Tun Dr Hasmah  (1926); Tan Sri Ahmad Razali (1928-2001) dan 
Tun Hashim (1937-2025)

KELUARGA ONN SELANGOR.  Tan Sri Onn bin Ismail adalah ADUN Sementa (1974-1986), ADUN Pelabuhan Klang (1986-1999) serta Speaker DUN Selangor (1995-2008) dan juga Pengerusi Tetap UMNO (2004 Anak perempuannya Datuk Norhayati bin Onn adalah Senator (2005-2008) dan SUPol PM (2014-2018).

  
Tan Sri Onn (1939-2023) dan Datuk Norhayati.

KELUARGA MOHD ZIN SULAIMAN.  Dato' Hj Mohd Zin bin Sulaiman adalah ADUN Batu Tiga (Selangor (1986-1995). Anaknya, Datuk Nawawi Mohd Zin adalah ADUN Sg Renggam/Kota Anggerik (1999-2008) dan seorang lagi anaknya,  Nasarudin Mohd Zin juga aktif dalam politik dan merupakan Ketua UMNO Bahagian Klang (2025- kini). 

    
Dato' Mohd Zin, Datuk Ahmad Nawawi dan Nasaruddin

KELUARGA NOH OMAR.  Tan Sri Noh bin Omar adalah Ahli Parlimen (UMNO) Tg Karang (1995-2022), Timb Menteri (2004-2008), Menteri Kabinet (2009- 2013), (2016-2018) & (2021-2022). Manakala anaknya Nurul Syazwani binti Noh adalah ADUN Permatang (Bersatu) (2022- kini).

  
Tan Sri Noh (1958) dan Nurul Syazwani (1988)

SENARIO NEPOTISME KELUARGA LIM 
DI SERATA NEGARA

Tan Sri Lim Kit Siang dilahirkan di Batu Pahat tetapi memulakan kerjaya politiknya di Melaka sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka (1969-1978) sebelum berpindah ke Petaling, Selangor (1978--1982) kembali ke Kota Melaka (1982-1986) kemudian berpindah ke  Tanjung (1986-1999) Ipoh Timur (2004-2013) dan Iskandar Puteri, Johor (2013-2022). Beliau juga merupakan ADUN Kg Kolam, PP (1986-1990) dan Padang Kota (1990-1995). Beliau juga adalah Setausaha Agong DAP (1969-1999) dan Pengerusi DAP (1999-2004).

Legasi Kit Siang diteruskan  oleh anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka (1986-1999) dan Bagan, PP (1999- kini). Beliau juga adalah ADUN Air Putih (2008- kini), Ketua Menteri Pulau Pinang ke 4 (2008-2018), Menteri Persekutuan (2018-2020). Guan Eng adalah Setiausaha Agong DAP (2004-2022) dan Pengerusi DAP (2922-2025). Isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Chong adalah ADUN Durian Daun, Melaka (1999-2004) dan Kota Laksamana (2004-2013).(

Adik Guan Eng Lim Hui Yi adalah Senator (2018-2021) dan Ahli Parlimen Tanjong (2022- kini) serta Timbalan Menteri (2022- kini).

      
Tan Sri Kit Siang (1941), Guan Eng (1960), Betty Chew (1964) dan Hui Yi (1963)


LAIN-LAIN HUBUNGAN KELUARGA DI KALANGAN TOKOH MALAYSIA

KELUARGA LEE. Tun Henry Hau Shek Lee, dilahirkan di Hong Kong dan berhijrah ke Malaya pada tahun 1924, juga merupakan pesara Kolonel dalam tentera British adalah ahli rombongan kemerdekaan ke London 1956. H.S Lee juga adalah Menteri Kabinet pertama Malaya  (1955- 1959). Anak sulungnya Douglas Kim Kiu Lee pernah memenangi pilihanraya Majlis Munisipal Kuala Lumpur (1952) manakala seorang lagi anaknya Tan Sri Alexander Yu Long Lee merupakan Ahli Parlimen Batu, KL (1986-1995) adalah juga Timbalan Menteri (1986-1995),

   
Tun HS Lee (1900-1988) dan Tan Sri Alex Lee (1939-1999)

KELUARGA ABDUL SAMAD. Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad adalah Ahli Parlimen (UMNO) Johor Bahru (1978-1988-1990) & (2008-2018), Timb Menteri (1979-1983) dan Menteri Kabinet (1983-1987) & (2008-2009). Adik Shahrir, Tuan Hj Khalid bin Abdul Samad merupakan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) (2008-2015) -(Amanah) (2015-2022) dan Menteri Kabinet (2018-2020). (2018-2022).

  
Tan Sri Shahrir (1949) dan Hj Khalid (1957)

KELUARGA KHIR JOHARI. Tan Sri Mohamed Khir bin Johari adalah Ahli Majlis Perundangan (1955-1959), Ahli Parlimen Kedah Tengah (1959-1974) dan Menteri Kabinet Persekutuan (1957-1973) dan Duta (1973-1976). Waris Khir tiba-tiba muncul dalam DAP. Zairil bin Khir merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera (2013-2018) dan ADUN Tg Bunga (2018- kini).

  
Tan Sri Khir (1923-2006) dan Zairil Khir (1982)

KELUARGA SAMMY. Tun Dato' Seri Ar Sammy Vellu a/l Sangalimuthu adalah Ahli Parlimen Sungai Siput (1974-2008), Menteri Kabinet Persekutuan (1980-2008) dan Presiden MIC ke 7 (1979-2010). Beliau cuba membawa anak lelakinya Vell Paari ke arus perdana politik negara namun tersekat lantaran kejatuhan Kerajaan BN pada tahun 2018. Vell Paari adalah Senator (2020- kini), Naib Presiden MIC (2018- kini)  dan CEO Maika Holdings (milik MIC).

    
Tun Sammy Vellu (1936-2022) dan Dato' Seri Vellapari (1962)

KELUARGA LING. Tun Dr Ling Liong Sik adalah Ahli Parlimen Mata Kuching, P.Pinang (1974-1986), Ahli Parlimen Labis (1986-2004), Timbalan Menteri (1976-1986), Menteri Kabinet Persekutuan (1986-2003) dan Presiden MCA (1986-2003). Percubaan anaknya Lim Hee Leong, Naib Ketua Pemuda MCA (2005-2008) ke arus perdana politik negara telah tersekat lantaran kejatuhan Kerajaan BN pada tahun 2018.

    
Tun Dr Ling Liong Sik (1943) dan Ling Hee Liung (1969)

KELUARGA TUN AZMI. Tun Mohamed Zaki bin MohameAzmi, Ketua Hakim Negara ke 12 (2008-2011) adalah anak kepada Tun Mohamed Azmi bin Mohamed, Ketua Hakim Negara ke 2 (1968-1974).

  
Tun Zaki (1945) dan Tun Azmi (19xx-19xx)

KELUARGA SANY. Jeneral Tan Sri Mohd Sany bin Abd Ghaffar adalah Panglima Tentera Darat ke 6 (1975-1977) dan Panglima Angkatan Tentera ke 6 (1977-1982). Dua orang anak beliau turut mengikuti  jejaknya dalam ATM.  Lt Jen Dato' Mohd Shahrani bin Mohd Sany, Panglima Angkatan Bersama ke 8 (2015-2016) dan Laksamana Tan Sri Mohd Redza bin Mohd Sany adalah Panglima Angkatan Bersama (2017-2018) dan Panglima Tentera Laut ke 17 (2018-2023)

    
Jen Tan Sri Sany (1927-2015), Lt Jen Dato' Shahrani (1957) dan 
Laks Tan Sri Redza(1963)

KELUARGA AZIZAN. Dato' Seri Amir Hamzah bin Azizan adalah Senator (2023- kini) dan Menteri Kewangan II (2023- kini). Amir Hamzah adalah anak kepada Tan Sri Azizan bin Zainal Abidin, pesara pegawai tinggi Perkhidmatan Awam (PTD) kemudian menjadi  Presiden PETRONAS (1988-1995), Pengerusi MAS  dan Pengerusi Perbadanan Putrajaya.

  
Dato' Seri Amir Hamzah (1967) dan Tan Sri Azizan (1935-2004)

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, isu pertalian darah dalam pemerintahan sesebuah negara atau negeri ini bukan satu benda baru dan ia berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Ia bukan satu kesalahan sama ada dari segi agama atau etika KECUALI jika pemilihannya berasaskan cara yang TIDAK BETUL. Cara yang tidak betul ini yang disebut sebagai kronisme dan nepotisme.

Keindahan  nepotisme politik ala-Malaysia ialah ia kelihatan lebih demokratik. Walaupun pemimpin yang berkuasa boleh menunjuk atau groom siapa sahaja sebagai pengganti, kuasa mutlak tetap ditangan pengundi (PRU) atau pemilihan parti. 

Terdapat pemilihan ahli keluarga dibuat secara spontan (tanpa dilatih dan melalui anak tangga dari bawah) atas dasar mengenang jasa ayahnya (apabila berlaku kematian seseorang pemimpin). Si ayah membantu dari belakang, menggunakan pengaruhnya untuk menarik sokongan. Namun jika anak itu tidak berbakat atau tidak bersungguh-sungguh ia akan terkandas dan hilang.

Terdapat juga bakat yang diuji melalui anak tangga heirarki pentadbiran parti politik dan negara. Bakat kepimpinan diasah apabila diberi peluang menjawat dari satu jawatan ke jawatan yang lain. 

Contoh bagi kedua-dua jalan nepotisme di atas adalah: Najib Razak,Tawfik Ismail, Tamrin Ghaffar, Tajol Rosli Ghazali, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin, Nik Abduh Nik Aziz dan Mohd Nizar Najib.

Manakala nepotisme dalam bentuk menyediakan laluan atau tempat yang jelas kepada  ahli keluarga semasa seseorang itu masih memegang berkuasa merupakan bentuk nepotisme yang tidak beretika. Contoh tempatan adalah seperti Tun Razak-Tun Hussein, Lim Kit Siang-Lim Guan Eng, Anwar-Azizah-Nurul Izzah, Mohamed Aziz-Azizah, Johari-Taufiq dan Nik Aziz-Nik Abduh, Abdul Hadi-Halil dan beberapa tokoh politik peringkat negeri di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.