Tuesday, March 3, 2015

MTA 129 : PEWARIS TAHTA RAJA MELAYU


Pewaris Tahta
Negeri-Negeri Melayu
Malaysia

Dalam negara Malaysia terdapat 13 buah Negeri dan satu Wilayah Persekutuan. Dari 14 buah Negeri/Wilayah tersebut terdapat 9 buah Negeri Beraja yang mempunyai Ketua Negeri bergelar Sultan, Raja atau Yang DiPertuan Besar.  Perlembagaan Malaysia memperuntukan kuasa-kuasa khusus untuk Kerajaan Negeri melalui Dewan Undangan Negeri yang berfungsi seperti Parlimen di dalam Kerajaan Persekutuan.

Penulis sudah banyak menulis dalam tajuk-tajuk sebelum ini berkaitan dengan Kerajaan dan Ketua Negeri (khususnya Raja-Raja Melayu). Secara ringkasnya, gelaran Ketua Negeri di Negeri-Negeri Melayu adalah seperti berikut:

(1)   Negeri-Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak dan Selangor mempunyai Ketua Negeri bergelar Sultan.

(2)   Ketua Negeri Perlis bergelar Raja Perlis.

(3)   Ketua Negeri bagi Negeri Sembilan bergelar Yang DiPertuan Besar.

(4)   Bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak- Ketua Negerinya adalah Yang DiPertua Negeri yang dilantik oleh SPB Yang DiPertuan Agong mengikut tempoh-tempoh yang tertentu (sebelum 1977 dikenali sebagai Gabenor).

Kali ini penulis ingi menulis berkaitan Pewaris Takhta di Negeri-Negeri Melayu yang mempunyai Kerajaan Beraja. Mengikut Perlembagaan kesemua Negeri Melayu Beraja, Raja yang memerintah adalah dipilih secara KETURUNAN dan memerintah negeri seumur hidup. Bagaimanapun cara pemilihan Raja yang mengganti apabila Raja yang memerintah mangkat adalah tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Negeri berkenaan.

Perlembagaan Negeri juga membolehkan Raja yang sedang memerintah diturunkan dari takhta (digantikan dengan Raja yang baru) apabila berlaku keadaan seperti Raja yang memerintah mengalami kecacatan fizikal atau mental, menghidapi penyakit secara berpanjangan, hilang keupayaan atau tidak berupaya lagi untuk memerintah Negeri dengan efektif. Seseorang Raja juga boleh secara sukarela mengundurkan diri atau mengosongkan takhta atas apa jua alasan baginda.

Dalam sistem Monarki di Malaysia, seseorang Raja yang sedang memerintah lazimnya akan menamakan seseorang warisnya sebagai pewaris takhta. Kuasa-kuasa 'advisory' pengganti Raja ini lazimnya diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis DiRaja (nama dan had kuasanya berbeza di setiap Negeri) setelah diperkenankan oleh Raja. Kecuali di Negeri Sembilan di mana kuasa penuh perlantikan dipegang oleh Lembaga Udang Luak Yang Empat. Di beberapa negeri, kuasa penuh perlantikan adalah atas hak dan budi bicara Sultan tanpa perlu berunding dengan Majlis. Contoh:

(1)   Johor: Jemaah Majlis DiRaja Johor.

(2)   Kedah: Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

(3)   Kelantan: Majlis Perajaan Negeri Kelantan

(4)   Negeri Sembilan: Datuk Undang Luak Yang Empat

(5)   Pahang: Jemaah Pangkuan DiRaja Pahang

(6)   Perak: Dewan Negara Perak

(7)   Perlis: Majlis Mengangkat Raja

(8)   Selangor: Dewan DiRaja Selangor

(9)   Terengganu: Dewan Pangkuan DiRaja

Kaedah perlantikan pewaris takhta ini berbeza di setiap negeri.  Hanya satu saja persamaan, iaitu semua Negeri hanya membenarkan mestilah seorang LELAKI sahaja menjadi Pewaris Raja.  Pewaris Raja tidak semestinya anak atau putera kepada Raja yang memerintah. Raja atau 'Kuasa Majlis' boleh melantik waris terdekat seperti anak lelaki, saudara (abang/adik) lelaki, bapa saudara dan sebagainya Bakal Raja atau Pemangku Raja.

Dalam sejarah Malaysia pernah berlaku, apabila almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong III (1960-1965), baginda telah melantik MENANTU baginda, Tunku Sulaiman ibni Tunku Aris Bendahara Abu Bakar (suami kepada Puan Sharifah Salwa binti Tuanku Syed Putra ) menjadi Pemangku Raja Perlis. Ini kerana putera sulong baginda yang juga Raja Muda (Syed Sirajuddin) sedang menuntut di United Kingdom.

Pewaris atau Bakal Raja biasanya dipanggil dengan gelaran 'salutation' Duli Yang Teramat Mulia (DYTM).  Manakala nama gelaran jawatannya juga berbeza antara negeri, iaitu:

(1)   Johor menggunakan gelaran 'Tunku Mahkota' Johor (Johor juga satu-satunya Negeri yang mempunyai jawatan Tunku Mahkota dan Raja Muda - bagaimanapun setakat ini jawatan Raja Muda hanya pernah diisi tiga kali sahaja iaitu Tunku Mahmud Iskandar (1966-1981) dan Tunku Ismail (2006 - 2010) dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (22 Nov 2018 - kini)

(2)   Kelantan dan Pahang menggunakan gelaran 'Tengku Mahkota'

(3)   Kedah, Perak, Perlis dan Selangor menggunakan gelaran 'Raja Muda'.

(4)   Terengganu menggunakan gelaran 'Yang DiPertuan Muda'

Manakala tiada panggilan/gelaran yang khusus bagi bakal Raja di Negeri Sembilan kerana pemilihan pengganti Raja (YDP Besar) hanya dipilih dan diumumkan oleh Undang Luak Empat setelah YDP Besar mangkat di kalangan empat penyandang gelaran putera pewaris (Putera Yang Empat).

Sekarang, marilah kita berkenalan dengan pewaris-pewaris takhta Negeri-negeri Melayu Beraja di Malaysia.

Pewaris Tahta 
JOHOR DARUL TAAZIM

Perlantikan senarai pewaris takhta Negeri Johor Darul Taazim adalah kuasa mutlak DYMM Sultan Johor.  Sejarah Kesultanan Johor moden (bermula almarhum Sultan Abu Bakar) menunjukkan bahawa semua pengganti Sultan adalah terdiri dari putera sulung Sultan. Pada 10 Ogos 1961, Tunku Mahkota (Tunku Mahmud Iskandar- putera sulung) telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan adindanya Tunku Abdul Rahman Alhaj.  Pada 1 Dis 1966 Tunku Mahmud Iskandar telah dilantik menjadi Raja Muda Johor- satu jawatan baru yang diwujudkan di bawah (heirarki) Tunku Mahkota dari segi kekananan pewaris takhta. 

Bagaimanapun pada 29 April 1981, Tunku Mahmud Iskandar telah dilantik semula menjadi Tunku Mahkota Johor beberapa hari sebelum dilantik menjadi Sultan pada 11 Mei 1981 dan adindanya Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Tunku Aris Bendahara Johor.  Jawatan Raja Muda dikosongkan sehingga diisi oleh Tunku Ismail Ibrahim pada 8 April 2006 (sehingga 29 Jan 2010).

Senarai kekananan pewaris takhta Johor adalah seperti berikut:


Tunku Mahkota Johor
DYTM Brigedier Jeneral Tunku Ismail Ibrahim Abdul Majid Idris Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim dengan membawa gelaran rasmi DYTM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim DK(I) DK(II) SPMJ SMIJ SSIJ SMJ PIS(I)


Tunku Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru. Bondanya ialah DYMM Raja Zarith Sofiah binti almarhum Sultan Idris al Mutawakil Alallahi Shah Afifullah.  Mendapat pendidikan di Hale School, Wembley Downs, Western Australia; dan mengikuti latihan Pegawai Kedet di Indian Military Academy, Dehra Dun.

Ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 10 Dis 2004 dan di Rejimen ke 61 Kavalri dan diberi penghormatan mengetuai barisan tentera berkuda yang mendahului perbarisan Hari Republik India pada tahun 2007. Kini adalah Komandan Askar Timbalan Setia negeri (JMF) dan pegawai kehormat Rejimen Gerak Khas Malaysia.

Baginda dilantik menjadi Raja Muda oleh almarhum nendanya pada 8 April 2006 dan dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor pada 29 Januari 2010.

Baginda berkahwin dengan Che Puan Khalida binti Bustamam pada 24 Okt 2014 dan dikurniakan seorang puteri pada 25 Jun 2016.

Baginda adalah Pro-Chanselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Dari segi urutan kekananan jawatan pewaris takhta Negeri Johor adalah seperti berikut:

(1)   Tunku Mahkota Johor

(2)   Raja Muda Johor

(3)   Tunku Bendahara Johor

(4)   Tunku Temenggong Johor

(5)   Tunku Laksamana Johor

(6)   Tunku Panglima Johor

(7)   Tunku Putera Johor

Raja Muda Johor

YTM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Tunku Iskandar) ibni Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar. 

Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim

Penyandang jawatan Raja Muda Johor ini kosong sejak Tunku Ismail dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor pada 29 Jan 2010.

Pada 22 Nov 2018, DYMM Sultan Johor telah berkenan melantik cucunda baginda, YTM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Tunku Iskandar) ibni Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (Tunku Ismail) sebagai RAJA MUDA JOHOR.

Perisytiharan ini dibuat sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Johor ke 60 di Istana Besar pada 22 Nov 2018.

Tunku Iskandar diputerakan pada 14 Oktober 2017 merupakan putera sulung (anakanda kedua) DYTM Tunku Mahkota Johor (TMJ). 


Tunku Bendahara Johor

YAM Mejar Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar Alhaj DK SPMJ 

YAM Tunku Abdul Majid diputerakan pada 20 Julai 1970 merupakan putera kedua almarhum Sultan Iskandar.  Bondanya ialah almarhumah Tunku Sultanah Zanariah. Dilantik menjadi Tunku Bendahara Johor (tarikh tidak diperolehi). 

Tunku Majid berkahwin dengan Tunku Teh Mazni binti Tunku Yusuf pada 13 Jan 2005 dan dikurniai dengan dua cahaya mata iaitu Tunku Mahmood Iskandar dan Tunku Aisya Menjalara Iskandar


Tunku Abdul Majid Idris ibni almarhum Sultan Iskandar

Tunku Temenggong Johor

YAM Komander Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim DK SPMJ PIS.

YAM Tunku Idris diputerakan pada 25 Disember 1987.  Mendapat latihan di Pusat Latihan Darat dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada tahun 2006. Menjalani latihan penerbangan di Aviation Integrated Training School, Ipoh dan ditugaskan sebagai juruterbang di Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD). 

Dilantik menjadi Tunku Temenggung Johor pada 26 Februari 2010.

Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman

Tunku Laksamana Johor

(Jawatan bergelar ini kosong sejak kemangkatan penyandangnya Almarhum Inspektor Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim pada 5 Dis 15)

YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim  DK DPMJ PIS.  Diputerakan pada 5 Julai 1990. Dilantik menjadi Tunku Laksamana Johor pada 22 November 2012. Tunku Abdu Jalil telah mangkat pada 5 Disember 2015 jam 7.11 petang setelah menderita sakit kanser sejak lebih setahun yang lalu. Jenazah almarhum dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru.

Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar

Tunku Panglima Johor

YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim DK DPMJ PIS.  

YAM Tunku Abdul Rahman diputerakan pada 5 Februari 1993. Dilantik menjadi Tunku Panglima Johor pada 22 November 2012.

Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri

Tunku Putera Johor

YAM Tunku Abu Bakar Iman ibni Sultan Ibrahim DK.  

YAM Tunku Abu Bakar diputerakan pada 30 Mei 2001. Dilantik menjadi Tunku Putera Johor pada 22 November 2012.

Tunku Abu Bakar Iman

https://royal.johor.my/waris/

Pewaris Tahta 
KEDAH DARUL AMAN

Almarhum DYMM Sultan Abdul Halim AlMuadzam Shah yang mangkat pada 11 Sep 2017 tidak mempunyai putera untuk mewarisi tahta Kerajaan Kedah Darulaman. Jawatan Raja Muda telah dikosongkan sehingga tahun 1981.

Apabila Almarhum Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Sultan pada tahun 1958, almarhum telah melantik adindanya Tunku Abdul Malik sebagai Raja Bendahara pada tahun 1959 sebelum dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1981. Tunku Abdul Malik juga dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila Almarhum Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong pada bulan Sep 1970.

Raja Muda (Tunku Abdul Malik) telah mangkat pada tahun 2015 dan jawatan tersebut dikosongkan sehingga tahun 2016. Dengan kemangkatan Tunku Abdul Malik, pewaris tahta pertama jatuh kepada Raja Bendahara iaitu Tunku Anuar (adinda kedua DYMM Sultan). Semasa Almarhum Sultan Abdul Halim menaiki tahta Yang DiPertuan Agong untuk kali kedua pada bulan Dis 2011, Tunku Anuar dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Raja. Pada tahun 2014, Tunku Anuar pula mangkat dan pewaris utama tahta jatuh pula kepada Tunku Temenggong Kedah iaitu Tunku Tan Sri Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah.

Tunku Salehuddin kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda pada Nov 2016 sehingga baginda dinobatkan menjadi Sultan Kedah pada 12 Sep 2017.


Raja Muda Kedah
YAM Dato' Seri Tunku Sarafuddin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin DMK DSDK


Baginda diputerakan pada 2 Mac 1967 dan mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi; Sek Men Sea Park, Petaling Jaya; dan Kolej Damansara Utama. Mendapat ijazah Undang-undang (LLB) dari Brunel University Uxbridge, Middlesex, UK , United Kingdom dan Barrister-at-Law (Inner Temple) dan Holborn College, UK.

Pengalaman berkhidmat dalam pelbagai perbadanan korporat seperti Sime Darby Berhad (1992 - 1997), Peguambela/Peguamcara Mahkamah Tinggi (1994), Jardime and Flemming Sdn Bhd (1997-1999), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (1999-2010), Haisan Resources Bhd (2014-2016) dan Asia Metropolitan (M) Sdn Bhd (2015 - 2017). Kini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan SYABAS Bhd dan Kumpulan Darul Ehsan Bhd.

Berkahwin dengan Che Puan Zaheeda binti Mohamed Ariff pada tahun 2003 dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri:

(1)   Tunku Zara Bahiyah (2004)

(2)   Tunku Sulaiman Badlishah (2007)

Baginda dilantik menjadi Tunku Laksamana Kedah pada 10 Januari 2017 dan kemudiannya dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 26 Nov 2017.
Almarhum DYTM Tunku Dato' Seri Haji Abdul Malik ibni almarhum Sultan Badlishah  DMK DK DKH SPMK DK(Selangor) DK(Terengganu) SPCM SPMJ DA PSB dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 28 Nov 1981 dan telah mangkat pada 29 Nov 2015.



Almarhum Tunku Dato' Seri Haji Abdul Malik diputerakan pada 24 September 1929. Almarhum mendapat pendidikan di Wadham College, UK dan dilantik menjadi Tunku Bendahara Kedah pada tahun 23 Februari 1959 dan seterusnya dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 28 November 1981.

Pada 21 September 1970, almarhum telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah semasa kekandanya Sultan Abdul Halim dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong V sehingga 20  September 1975. Bagaimanapun apabila Tuanku Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong untuk kali kedua pada 11 Dis 2013, Almarhum Tunku Abdul Malik tidak dilantik menjadi Pemangku Sultan kerana baginda gering.


Baginda berkahwin pada 16 Julai 1956 dengan Tengku Raudzah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah (kemudian bergelar Raja Puan Muda Kedah). Raja Puan Muda Kedah ini telah mangkat pada 21 Sep 2015 dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Kedah.


Pada jam 0100 pagi, 29 November 2015, Tunku Abdul Malik telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah baginda dimakamkan di Makam DiRaja Langgar.



Almarhumah Tunku Raudzah binti almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah

Setelah Raja Muda Kedah mangkat, adindanya Tunku Mahmud Salehuddin telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Dis 2016. Tunku Salehuddin kemudiannya dimasyhurkan menjadi Sultan Kedah pada 11 Sep 2017.


Tunku Mahkota Kedah

YAM Dato' Tunku Sazuddin Badlishah ibni  Sultan Mahmud Salehuddin DSDK.


Baginda diputerakan pada 27 April 1970 dan mendapat pendidikan di Sek Ren Seri Petaling, Sek Men Bukit Bintang, KDU University College dan memiliki ijazah dalam Rekabentuk dan Pemasaran dari University Kansas Wesleyan, USA. Baginda dilantik menjadi Tunku Laksamana Kedah pada 26 Nov 2017 dan seterusnya dilantik menjadi Tunku Mahkota Kedah pada 19 Jun 2022. Gelaran Tunku Mahkota Kedah merupakan gelaran yang baru diwujudkan.

Tunku Bendahara Kedah

YAM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani ibni almarhum Sultan Badlishah DK SHMS SSDK DSDK.


Tunku Abdul Hamid Thani diputerakan pada 18 Jun 1951 (bondanya adalah almarhumah Sultanah Asma).  Baginda dilantik  menjadi Tunku Laksamana Kedah pada 28 November 1981 dan seterusnya dimasyhurkan sebagai Tunku Bendahara Kedah pada 10 Jan 2017 bagi menggantikan kekandanya Tunku Tan Sri Mahmud Salehuddin yang dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Dis 2016. Baginda berkahwin dengan Raja Puan Bendahara Nora binti Abdullah.

Penyandang gelaran Tunku Bendahara Kedah sebelum ini, DYTM Dato Seri Utama Tan Sri Tunku Haji Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah telah mangkat pada 21 Mei 2014.


Almarhum Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah DKH SPMK.  Diputerakan pada 30 Jun 1939 oleh bondanya Sultanah Asma. Dilantik menjadi Tunku Temenggong pada 21 Januari 1979 dan kemudiannya dilantik menjadi Tunku Bendahara pada 28 November 1981.  Baginda berkahwin dengan YAB Dato Seri Nur Suzana binti Abdullah (Toh Puan Bendahara). 

Pada 11 Disember 2011, apabila DYMM Sultan Haji Abdul Halim dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong XIV, YAM Tunku Annuar telah dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah sehingga baginda mangkat pada 21 Mei 2014.


Tunku Temenggung Kedah

YAM Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah DKH DKYR SHMS SSDK PSM PAT JP 


Jawatan pewaris ini kosong apabila penyandangnya DYTM Brigadier Jeneral Dato' Seri DiRaja Tunku Tan Sri Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah DK PMN SHMS SSDK BCK dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 15 Dis 16.  

Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Brigadier Jeneral Tan Sri Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim diputerikan pada 22 Julai 1966 di Alor Setar, merupakan puteri kandung kepada almarhum  Sultan Kedah ke 28, Almarhum Al-Sultan Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah bersama Sultanah Bahiyah. Beliau juga mempunyai dua adik beradik  angkat (sepupunya), iaitu kekandanya Tunku Soraya dan Tunku Sarina (meninggal 1991).

Tuanku Puteri menerima pendidikan awal di Kolej Tunku Kursiah (KTK) dan meneruskan bidang pengajian Politik di Cheltenham Ladies' College, England.

Tunku Puteri Intan juga menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) yang merupakan salah satu daripada Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia sehingga dilantik sebagai Brigadier Jeneral.

Menjadi pencetus penubuhan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah seumur hidup selain memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.

Tunku Puteri juga adalah  Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai 5 Januari 2011 dan Pro Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sejak 10 Oktober 2010. Tunku Puteri Intan Shafinaz juga merupakan  Felo Diraja Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 2014, Tunku Intan Shafinaz pernah dilantik menjadi  Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menggantikan Tuanku Sultan Kedah selama baginda bersemayam dan menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara.

Pada 13 Disember 2011, Tuanku Puteri telah dilantik bersama-sama tiga ayahanda saudaranya dari kerabat damping Diraja Kedah iaitu Tunku Temenggong Kedah, Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang Dipertua Majlis Jemaah DYMM  Tuanku Sultan Kedah dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke 14 (13 Dis 2011 – 12 Dis 2016).

Pada 11 Januari 2009  Tunku Puteri  telah  diisytiharkan sebagai  Yang Amat Mulia Tunku Panglima  Besar Kedah, dan kemudiannya pada 11 Januari 2017 di lantik menjadi  Tunku Temenggong Kedah. 

Tunku Laksamana Kedah

Jawatan bergelar Tunku Laksamana Kedah telah kosong sejak penyandangnya Tunku Shazuddin Ariff Badlishah dilantiik menjadi Tunku Mahkota Kedah pada 19 Jun 2022.

Tunku Panglima Besar Kedah

Jawatan bergelar Tunku Panglima Besar Kedah telah kosong sejak penyandangnya Tunku Intan Shaafinaz dilantiik menjadi Tunku Temenggong Kedah pada 11 Jan 2017.


Pewaris Tahta 
KELANTAN DARUL NAIM

Tengku Mahkota Kelantan
DYTM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni almarhum Sultan Ismail Petra 
DK SPMK 


Tengku Muhammad Fakhry Petra diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 7 April 1978. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan dan mendapatkan pendidikan menengah di United World College, Singapura. Baginda kemudian menyambung pelajaran di Hurtwood House, England di peringkat A Level. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran di University of Westminster, London dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan.

Pada 30 Mac 1997 Tengku Muhammad Fakhry Petra telah dilantik menjadi Tengku Temenggong Kelantan. Bagaimana perlantikan tersebut dibatalkan pada 30 September 2020.  Turut dibatakan (ditarik balik oleh DYMM Sultan ialah anugerah darjah kebesaran DK dan SPMK.   Baginda kemudiannya dimasyhuran sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 12 November 2022 dan seterusnya dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 4 Januari 2024 bagi menggantikan kekandanya Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang digugurkan.
asih kosong

Mantan Tengku Mahkota Kelantan

DYTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni almarhum Sultan Ismail Petra DK SPMK DMK (Kedah) PhD


DYTM Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra diputerakan di Kota Bharu pada 20 Jun 1974. Beliau mendapat didikan di Maktab Sultan Ismail, Alice Smith School KL.  Mendapat ijazah dari Oakham School, University College London dan mendapat ijazah kedoktoran (PhD) dari Inst of Classical Studies, Univ of London.

Baginda dilantik menjadi Tengku Bendahara pada 30 Mac 1989 dan kemudiannya dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan mulai 18 Oktober 2010. Semasa Sultan Kelantan menduduki tahta Yang DiPertuan Agong ke 15 dari 12 Disember 2016 hingga 19 Januari 2019, Tunku Muhammad Fa-iz telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kelantan.  Bagaimanapun, pada 4 Januari 2024, DYMM Sultan Kelantan telah melucutkan jawatan Tengku Mahkota Kelantan atas alasan yang tidak dinyatakan.  

Pada 19 April 2019, Tengku Fa-iz bernikah dengan Cik Sofie Louise Johansson yang berasal dari Sweden.

Susunan kekananan Pewaris Takhta Kelantan seterusnya ialah:

Tengku Bendahara Kelantan

Jawatan Tengku Bendahara masih kosong sejak 4 Januari 2024. Penyandang terakhirnya ialah Tengku Muhammad Fa-iz Petra dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Tengku Temenggong Kelantan

Tengku Tan Sri Mohammad Rizam bin Tengku Abd Aziz bin Tengku Muhammad Hasmzah bin Tengku Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Muhammad III DK PSM SPMK SJMK 


YM Tengku Tan Sri Mohamad Rizam diputerakan pada 19 Julai 1961 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, merupakan putera sulung kepada Tengku Abdul Aziz dan YAM Tengku Merjan binti almarhum Sultan Yahya Petra. Beliau pernah berkhidmat dalam bidang perbankan bersama RHB Bank. Beliau dilantik sebagai Tengku Panglima Raja Kelantan pada tahun 2010 dan seterusnya menjadi Tengku Temenggong Kelantan menggantikan YTM Tengku Muhammad Fakhry Petra pada tahun 2014.

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan menantu kepada Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tunku Puan Sri Dato' Noor Hayati binti almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1991.

Tengku Laksamana Kelantan

Tengku Abdul Halim ibni almarhum Sultan Ibrahim Petra DK SJMK DSPJ.


Tengku Abdul Halim adalah putera ketujuh almarhum Sultan Ibrahim Petra. Bondanya ialah Chik Safiah, isteri perkahwinan kelima almarhum Sultan. Beliau berkahwin dengan Puan Sharifah Azwan binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada tahun 1970.

Pada 26 Mac 2010, telah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan.


Pewaris Tahta
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Sistem Perajaan Negeri Sembilan adalah paling unik di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Raja yang memerintah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penggantinya. Baginda hanya boleh melantik putera atau kerabatnya untukmengisi jawatan pewaris Raja.

Negeri Sembilan adalah Negeri beraja di Malaysia yang tidak mempunyai gelaran Raja Muda atau Putera Mahkota. Ini bukan bermakna tiada pewaris takhta Negeri.  Keadaan ini disebabkan Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih.  Pewaris takhta Negeri Sembilan terdiri daripada Putera Yang Empat iaitu empat orang Putera Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dipilih sebagai pewaris tahta.  Apabila berlaku kemangkatan Yang di-Pertuan Besar, barulah Undang Yang Empat akan bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Besar yang baru dikalangan Putera Yang Empat sebelum jenazah dimakamkan.

Keunikan sistem ini menyebabkan anak sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (yang baru mangkat) tidak semestinya menggantikan ayahandanya  seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja lain di Malaysia (kecuali Perak yang mana bakal Sultannya adalah Raja Muda mengikut sistem giliran). 

Gelaran-gelaran Putera Yang Empat mengikut kekanan adalah seperti berikut:

(1)    Tunku Besar Seri Menanti (asalnya digelar Tunku Besar).

(2)    Tunku Laksamana

(3)    Tunku Muda Serting (asalnya digelar Tunku Muda)

(4)    Tunku Panglima Besar

Pemilihan pengganti Yang di-Pertuan Besar dikalangan Putera Yang Empat bermula semenjak pemerintahan Yamtuan Raden (1831 - 1861). Dalam istiadat-istiadat yang berlangsung di Istana, Putera Yang Empat mengikut peraturannya duduk seiring dengan Yang di-Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar dalam istiadat-istiadat penting seperti Pertabalan Yang di-Pertuan Besar, Istiadat Undang mengadap dan Istiadat Penghulu Mengadap. Dalam sejarah Negeri Sembilan penyandang jawatan Tunku Besar, Tunku Laxamana dan Tunku Muda Serting pernah dipilih menjadi Yang DiPertuan Besar.

Buat masa ini Putera-Putera Yang Empat adalah seperti berikut:

Tunku Besar Seri Menanti

YAM Lt Kol Tunku Ali Ridhauddin ibni Tuanku Muhriz DKYR.  


Tunku Ali Ridhauddin diputerakan di Petaling Jaya pada 26 April 1977 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Antarabangsa Sri Inai dan Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Marlborough College, Wiltshire, UK dan Christ’s College, Cambridge hingga menerima ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1998.

Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian ke Kennedy School of Government, Harvard University, Boston, Massachucettes, USA serta mendapat ijazah Masters in Public Administration.

Baginda mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan di syarikat swasta melalui jawatan-jawatannya sebagai Analyst (Corporate Finance) di BZW Asia Ltd (1997),  McKinsey and Co in London, Hong Kong and Singapore offices (1998-2004), Naib Presiden Kanan di Khazanah Nasional Bhd (2004-2009), Pengarah Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd (2009-2010), Pengarah di Themed Attraction and Resorts Sdn Bhd (sejak 2010), Resorts and Hotels, Iskandar Malaysia Studios, Sun Life Malaysia,  dan Bangkok Bank Bhd. Baginda juga merupakan Penasihat Kanan kepada TPG Capital.

Tunku Ali dilantik menjadi Tunku Besar Seri Menanti pada 23 Februari 2009. Baginda juga adalah Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Baginda berpangkat Leftenan Kolonel di Rejimen 508 Askar Wataniah sejak 10 Nov 2009. 

Baginda juga merupakan Governor Marlborough College Malaysia, Fellow Centre for the Advancement of Social Business,  Pengerusi kepada Munawirah Foundation, Teach for Malaysia, WWF-Malaysia, dan Bumi Armada Bhd dan Penaung Diraja kepada Enactus Malaysia Foundation.

Tunku Laksamana

YAM Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni almarhum Tuanku Ja'afar DKNS DKYR SUNS SPTJ SPNS SPMS SPMP DSTM PPT PJK Knight Grand Cross of the Order of Bernardo O'Higgins (Chile) Ordre National de la Legion D'honneur (France).


Tunku Naqiuddin diputerakan pada 8 Mac 1947. Mendapat didikan di Junior King's School, Canterbury, Kent; dan menerima ijazah Bachelof of Science (Economy) dari University of Wales, Aberystwyth.

Tunku Naquiyuddin telah dilantik menjadi Tunku Laksamana pada tahun 1977. Semasa Tuanku Jaafar Alhaj menduduki tahta Yang DiPertuan Agong, Tunku Naquiyuddin telah diilantik menjadi Pemangku YDP Besar Negeri Sembilan dari 16 April 1994 hingga 24 April 1999.

Beliau berkahwin dengan YAM Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador SPTJ.  Beliau adalah salah seorang Pro-Chanselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tunku Muda Serting

YAM Tunku Tan Sri Imran ibni almarhum Tuanku Ja'afar DTNS DKYR PMN SPNS AMN PJK.


Tunku Imrandiputerakan pada 21 Mac 1948 dan mendapat didikan di Nottingham University dan menerima ijazah Bachelor of Law (LLB). Tunku Imran dilantik menjadi Tunku Muda Serting pada tahun 1976.

Baginda berkahwin dengan YM Che Engku Puan Sri Mahirah binti Abdullah @ Moira Rodrigo.

Tunku Panglima Besar

YAM Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni almarhum Tuanku Ja'afar DKYR SPTJ.  


Tunku Nazaruddin diputerakan pada 26 Oktober 1959.  Mendapat didikan di Cheltenham College, Gloucester, University College, London dan Middlesex University dengan mendapat ijazah Bachelor of Science.

Tinku Nazaruddin telah dilantik menjadi Tunku Panglima Besar pada tahun 1984.  dab Baginda berkahwin dengan YM Datin Seri Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman pada 6 November 1997.


Pewaris Takhta
PAHANG DARUL MAKMUR

Tengku Mahkota Pahang 
KDPM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustaffa Billah Shah DK SAAS SSAP SIMP


KDPB Tengku Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah  diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang). Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah DPB Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham.

Pada Mei 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Baginda kini sedang melanjutkan pengajian di Royal Military Academy, Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang pada 18 Jun 2018. Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019 dan apabila Sultan Pahang dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke 16, Tengku Hassanal telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Pahang dari  31 Januari 2019 hingga 30 Januari 2024.

Tengku Arif Bendahara

YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah SSAP (15 Januari 2019)

Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah


Tengku Muda Pahang

YAM Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah 
DKP DK SSAP SIMP

Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah 
Al-Musta’in Billah

Tengku Abdul Rahman diputerakan pada 30 Ogos 1960 dan memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Harrow College Middlesex, UK. Dimasyhurkan sebagai Tengku Muda Pahang pada 24 Oktober 1986.

Berkahwin dengan YM Che Puan Julita Aishah binti Abdul Latif (27 Julai 2002) dan Che Puan Siti Bahiyah binti Akip (2012).

Tengku Panglima Raja 

YAM Brig Jen Dato' Sri Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni almarhum Tengku Ibrahim 
ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah SSAP SIMP (15 Ogos 2019)

Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni almarhum Tengku Ibrahim

Tengku Panglima Perang

YAM Leftenan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah SIMP PPA (mulai 1 Ogos 2022)

Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Tengku Arif Temenggong

YAM Dato' Sri Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah DK SSAP (mulai 24 Oktober 2002).

Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah 
Al-Musta’in Billah

Tengku Panglima Besar

YAM Tan Sri Dato' Srei Tengku Azlan ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah DK PSM SSAP SIMP SPTJ DSAP  (mulai 30 Julai 2021).



Tengku Besar Pahang

YAM Tengku Kamil Ismail ibni almarhum Tengku Idris Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah 
DK SSAP SIMP

Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah

YAM Dato' Sri Tengku Kamil Ismail diputerakan pada 1 Februari 1950 adalah cucunda kepada DYMM Sulrtan Selangor kelima. Tunku Kamil juga merupakan bekas suami kepada Tunku Tan Sri Hajjah Meriam binti almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.


Pewaris Takhta
PERAK DARUL RIDZUAN

Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru. 

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.

Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama.

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.

Satelah Raja Pemerintah dimashyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir. 

Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum dilaksanakan haknya atau menjalankan tanggung-jawabnya, Bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran itu dianugerahkan mengikut adat Melayu.

Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut:

(1)   Raja Kecil Bongsu.
(2)   Raja Kecil Tengah.
(3)   Raja Kechil Sulong.
(4)   Raja Kecil Besar.
(5)   Raja Di Hilir.
(6)   Raja Muda.

Kelazimannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Perlantikan Raja Kecil Bongsu akan ditetapkan oleh Dewan Negara Perak..

Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.

Nota: Megikut catatan sejarah yang penulis pernah temui, susunan pewaris tahta Perak yang asal sebelum ini lebih banyak lagi dari yang ada sekarang. Dikatakan, terdapat 11 tingkatan yang perlu dilalui sebelum sampai ke jawatan Sultan:

(1)    Raja Muda
(2)    Raja Bendahara
(3)    Raja Di Hilir
(4)    Raja Di Hulu
(5)    Raja Di Darat
(6)    Raja Di Baruh
(7)    Raja Kecil Besar
(8)    Raja Kecil Sulong
(9)    Raja Kecil Tengah
(10)  Raja Kecil Muda
(11)  RajaKecil Bongsu

Raja Muda Perak

DYAM Laksamana Pertama Dato' Seri Raja Jaafar Alhaj ibni almarhum Raja Muda Musa DK DKA SPCM JSM MPA(Cornell) PSSTLDM.


Jawatan Raja Muda kosong apabila penyandangnya DYTM Dato' Seri Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah DK SPSA SPCM SPTS  DK(Selangor) SPMP (Perlis) diisytiharkan menjadi Sultan Perak ke 35 pada 29 Mei 2014.

Pada 20 Jun 2014, Raja Di Hilir Perak, DYAM Laksamana Pertama Raja Dato' Seri Ja'afar bin Raja Muda Musa  DK SPCM JSM telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Perak.

Raja Jaafar diputerakan pada 26 September 1941 dan mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh; Universiti Malaya dan mendapat ijazah BA pada tahun 1965.  Melanjutkan pengajian ke University of Cornell, USA dan mendapat ijazah Sarjana (MPA) pada tahun 1975.

Baginda dilantik menjadi Raja Kechil Tengah (1984), Raja Kechil Sulong (1998) dan dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak pada 10 Mac 1998. Diisytiharkan menjadi Raja Muda Perak Wakilus Sultan pada 20 Jun 2014.

Berkahwin dengan YAM Dato Seri Raja Nur Mahani binti Raja Haji Shahar Shah SPCM (meninggal dunia pada 4 Okt 2017), berkahwin (kedua) dengan Cik Puan Hasleza (Putri Liza) pada 2002 (meninggal dunia pada 6 Okt 2002) dan pada tahunb 2019 berkahwin pula dengan Dato' Seri Raja Nazatulshima binti almarhum Sultan Idris Shah Kadasallah.

Raja Di Hilir Perak

YAM Brigedier Jeneral Raja Tan Sri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris al Mutawakil Allahi Shah Afifullah DK DKA II DK II (Johor) SPCM SSDK PSSTUDM.

 

YAM Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris al Mutawakil Allahi Shah Afifullah diputerakan di Kuala Lumpur pada 8 Feb 1955. Dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu (1984), Raja Kechil Tengah (1987), Raja Kechil Sulong (1998) dan Raja Kechil Besar pada 18 Mac 2010.  Pada 20 Jun 2014, Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak.

Baginda berkahwin dengan Tunku Dato Seri Hajjah Soraya binti Tunku Abdul Aziz DK SSDK.

Raja Kecil Besar Perak

DYAM Raja Azlan Mudzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzudin Shah SPCM SPMP.


Jawatan Raja Kecil Besar Perak di kosongkan kali pertama pada 25 Nov 2006 apabila penyandangnya DYAM Raja Yussuf Izzuddin Iskandar ibni almarhum Sultan Idris Shah Afifullah dilucutkan dari jawatan. Adindanya, Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik mengisi kekosongan pada 18 Mac 2010. Pada 20 Jun 2014, jawatan ini menjadi kosong sekali lagi apabila Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak.

Pada 20 Jun 2014, DYAM Raja Azlan Mudzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah diisytiharkan menjadi Raja Kecil Besar Perak. Raja Azlan Mudzaffar diputerakan pada 14 Mac 2007.

Raja Kecil Sulong Perak

Raja Ahmad Nadzim Azlan Shah ibni almarhum Raja Ashman Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Maghfirullah  Shah DKA II SPCM.


Penyandang sebelum ini iaitu YAM Dato' Seri Raja Ashman Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfarlah telah mangkat pada 30 Mac 2012. Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah diputerakan pada 28 Dis 1958 dan dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

Almarhum Dato' Serti Raja Ashman Shah ibni almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Maghfarlah

YM Raja Dato Ahmad Nazim Azlan Shah ibni almarhum Raja Dato Seri Ashman Shah diputerakan di Kuala Lumpur pada 10 Mac 1994, merupakan anakanda kedua  dan juga satu-satunya putera tunggal almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dari bondanya Datin Seri Noraini Jane binti Kamarul Ariffin. 

Beliau dilantik menjadi Raja Kechil Tengah pada 18 Mac 2010 dan seterusnya dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Sulong pada 6 September 2014.

Raja Ahmad Nazim merupakan bekas pelajar di Sek Keb Bukit Damansara. Beliau kemudiannya meneruskan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Antarabangsa Garden (GIS). Selepas menamatkan A-Level di Kolej Marlborough, Raja Ahmad Nazim melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge, London, United Kingdom.

Raja Kecil Tengah Perak

YM Dato’ Seri Raja Iskandar ibni almarhum Raja Ziran @ Raja Zaid ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah SPCM.

YM Dato’ Seri Raja Iskandar 

YM Raja Iskandar dilahirkan pada tahun 1941 dan bondanya ialah almarhum Raja Azian Aishah binti Raja Badiuzzaman. Beliau berkahwin dengan Che’ Puan Rokiah binti Haji Ibrahim. Beliau dilantik menjadi Raja Kecil Tengah pada 27 Ogos 2016.

Raja Kecil Bongsu Perak

KOSONG 

Penyandang terdahulu (yang dilantik pada 1 Julai 2016, YM Dato’ Seri Raja Izuddin Chulan bin Raja Zainal Azman Shah bin Raja Sir Chulan ibni almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II SPCM telah mangkat pada 28 Mac 2022.

Almarhum Dato’ Seri Raja Izuddin Chulan

Almarhum Dato' Seri Raja Izuddin Chulan dilahirkan di Ipoh pada 14 Februari 1941 dan bondanya bernama  Che’ Puan Zainab binti Abdul Hamid. Beliau dilantik menjadi Raja Kecil Bongsu pada 27 Ogos 2016. Beliau berkahwin dengan Raja Arbi binti Raja Amir Shah.


Pewaris Tahta
PERLIS DARUL SUNNAH


Raja Muda Perlis
DYTM Brigedier Jeneral Dato Seri DiRaja Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DK SPMP  



DYTM Dato' Seri DiRaja Syed Faizuddin Putra Jamalullail diputerakan pada 30 Disember 1967 dan mendapat pendidikan awal di Sek Keb Putra dan Sek Men Tinggi Derma, Kangar serta  Penang Free School, Georgetown, Pulai Pinang, selanjutnya ke Carey Grammar School, Melbourne. Baginda seterusnya mengikuti pengajian tertiari di La Trobe University of Bundoora, Victoria, Australia dan menerima ijazah Bachelor of Economy pada tahun 1989.

Dilantik menjadi Raja Muda Perlis pada 1 Ogos 2000 dan dilantik menjadi Pemangku Raja Perlis dari 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006 semasa ayahandanya Tuanku Syed Sirajuddin menaiki takhta Yang DiPertuan Agong.

Bagindan berkahwin dengan YAM Datin Seri Lailatul Akashah binti Dato Haji Khalil Akashah SPMP (bergelar Raja Puan Muda Perlis). Mempunyai seorang putera dan seorang puteri. Putera pewaris adalah Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail yang diputerakan pada 12 April 2009.

Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail

Urutan pewaris takhta Negeri Perlis seterusnya ialah:

Tengku Sharif Bendahara

YAM Dato Seri DiRaja Syed Badaruddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP.  


YM Dato' Seri DiRaja Syed Badaruddin Jamalullail diputerakan pada 1 Januari 1945. Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Tengku Budriah, Kangar dan Penang Free School. Kemudiannya melanjutkan pengajian ke Wellingborough School, Northants dan menerima ijazah Sarjana Kewangan dari Cambridge University, England. 

Beliau menyertai Fraser and Neave (Malaya) Sdn Bhd (1968) sehingga menjawat Pengarah (1987-2001) dan Pengerusi Fraser and Neave Coca Cola Sdn Bhd sejak 2001. Beliau juga menjadi Pengarah Hwang-DBS (Malaysia) Bhd, Hwang-DBS Investment Bank Bhd, CGU Insurance Bhd, Yayasan Tuanku Syed Putra Board of Trustees dan lain-lain.

Berkahwin dengan YM Tunku Mudzia binti almarhum Tuanku Munawir (meninggal dunia 2004).

Tengku Sharif Temenggong

YAM Dato Seri DiRaja Syed Amir Zainal Abidin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP

Dato' Seri DiRaja Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail

YM Dato' Seri DiRaja Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail diputerakan pada tahun 11 Jan 1950. Memiliki Diploma in Automobile Engineering dari Exeter College, England dalam tahun 1970. Memulakan kerjaya di Cycle & Carriage Bintang dari tahun 1970 hingga 1980. Pada tahun 1981 menyertai Maju Ria Sdn Bhd sebagai Pengarah. Pernah menjadi Pengerusi Taylors College, Subang Jaya dan  Pengerusi Garden International School.

Berumahtangga kali pertama dengan YAM Tengku Puteri Datin Paduka Zahariah binti al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (berpisah), kemudian berkahwin dengan Datin Sri Nur Aini binti Datuk Abdullah dan perkahwinan ketiga dengan Chik Puan Heidi Hamid (berpisah).

Tengku Sharif Laksamana

YAM Dato Seri DiRaja Syed Razlan ini almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP

Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail

YM Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail diputerakan pada 21 Ianuari 1951. Beliau memiliki Diploma dari Kolej Pertanian Malaysia, ijazah Bachelor of Science dari Louisiana State University, USA dan ijazah Master of Science dari North Carolina State University. Beliau berkahwin dengan YM Dato Paduka Sharifah Hishmah binti Dato Syed Hassan Shahabuddin (Tengku Puan Laksamana).

Beliau aktif dalam politik antara tahun 2004 hingga 2013 dan pernah menjadi Ahli Parlimen (BN) Arau (2004 - 2008) dan ADUN Pauh (2008 - 2013).

Tengku Sharif Panglima

YAM Dato Seri DiRaja Syed Zainal Anwar ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail PSM SSPJ SPMP SSIS.

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Syed Zainal Anwar Jamalullail

YM Tan Sri Dato' Seri DiRaja Syed Zainol Anwar Jamalullail diputerakan pada 20 Februari 1952.  Memiliki ijazah Bachelor of Arts (Accountancy) dari Macquarie University, NSW Australia dan akauntan bertauliah (CACPA), Australia. Beliau telah berkahwin dengan YAM Tengku Putri Datuk Paduka Toh Puan Seri DiRaja Nur Zihan binti almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Pewaris Takhta
SELANGOR DARUL EHSAN


Raja Muda Selangor
DYTM  Dato' Seri Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah 
DK SPMS SSIS SPMK Grand Officier de l'Ordre de Saint Charles (Monaco)

DYTM Dato' Seri Tengku Amir Shah

Tunku Dato' Seri Amir Shah diputerakan pada 12 Dis 1990 oleh bondanya Puan Nurlisa binti Abdullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Victoria Kuala Lumpur. Baginda dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 ketika berusia 12 tahun dan dimasyhurkan pada 8 Oktober 2016.

Pada 2 Oktober 2025, baginda berkahwin dengan YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Abdul Aziz.

Tengku Bendahara Selangor

Jawatan ini masih kosong sejak penyandangnya almarhum YAM Tengku Dato Azman Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah DK SPMS SJMK mangkat. Beliau diputerakan pada 1 Jan 1931, dilantik menjadi Tengku Bendahara pada 13 Mei 1959 dan mangkat pada 23 Mac 2014.  

Almarhum Tengku Dato' Seri  Azman Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin 
Alam Shah

Tengku Aris Temenggung Selangor

Jawatan ini kosong sejak penyandangnya YAM Tengku Muhammad Yusuf Shah  ibni almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah DK SPMS meninggal dunia pada 3 Januari 2018. Tengku Muhammad Yusuf Shah diputerakan pada 28 April 1926 dan dilantik menjadi Tunku Aris Temenggung pada tahun 1937.

Almarhum Tengku Muhammad Yusuf Shah ibni almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah

Tengku Laksamana Selangor

YAM Dato' Seri Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SJMK SPMJ SPMS PIS.  


YTM Dato' Seri Tengku Sulaiman Shah diputerakan pada 17 Jun 1950 (bonda: Raja Nur Saidatul Ihsan)..  Baginda mendapat didikan di Aitchison College, Lahore, Pakistan dan di United Kingdom. Baginda dilantik menjadi Tengku Panglima Besar pada 15 Jun 1972, Tengku Panglima Raja pada 2 Mei 1977 dan dilantik menjadi Tunku Laksamana pada 1 Julai 2016. Berkahwin dengan Tunku  Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj.

Nota:  Dilantik menjadi Tengku Laksamana bagi menggantikan almarhum Tengku Badli Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah (dilantik 1961) dan mangkat pada 1 Jun 1988.

Tengku Panglima Besar Selangor

YAM Brigedier Jeneral Dato Seri Tengku  Abdul Samad Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SPMS PSSTUDM. 

Tengku Abdul Samad Shah Alhaj

YM Dato' Seri Tengku Abdul Samad Shah diputerakan pada 27 September 1953 (bonda: Raja Nur Saidatul Ihsan). Baginda mendapat didikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur, Wollongong Grammar School dan Wolaroi College, Orange, NSW, Australia. Baginda dilantik menjadi Tengku Panglima Besar pada tahun 1981. Granted the title of Tengku Panglima Besar 1981. 

Baginda adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemandu PSSTUDM, Pengerusi Shahwira Group of Companies, Pengerusi SHL Consolidated, Pengerusi Sin Heap Lee Bhd Group dan Pengarah beberapa buah syarikat.

Pada 4 Mac 1983, baginda berkahwin dengan YM Hajah Tunku Datin Sri Anita Abdiyah binti Tunku Dato’ Sri Adnan (meninggal dunia pada 8 Dis 2012).

Tengku Panglima Raja

YAM Tengku Dato Seri Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SPMS SSSA SPTJ SSMT PSD DSMT DPMS. 

YAM Tengku Dato Seri Ahmad Shah

YAM Dato' Seri Tengku Ahmad Shah diputerakan pada 16 Mei 1955 (bonda: Che' Puan Mahiran). Memiliki Diploma in 
Business Studies dari ITM Shah Alam.  Dilantik menjadi  Tengku Indera Setia pada 9 Mei 1992 dan  sebagai Tengku Panglima Raja pada 12 Ogos 2020.

Baginda berkahwin dengan YAM Tunku Irina binti almarhum Tuanku Ja'afar Alhaj pada 16 April 1981.

Tengku Besar Putra Raja

YAM Tengku Ismail Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah DK SPMS

YAM Tengku Ismail Shah

YM Dato' Seri Tengku Ismail Shah diputerakan pada 12 Ogos 1937 dan dilantik menjadi Tengku Panglima Besar pada 13 Mei 1959 dan kemudiannya sebagai
Tengku Besar Putra pada 28 Jun 1961. Baginda berkahwin dengan YBhg Puan Hajjah Zaharah binti Abdul Rashid pada tahun 1960.

Tengku Indira Pahlawan DiRaja

YAM Tengku Dato Setia Putra Sifzizzan alHaj ibni almarhum Tengku Azman Shah  ibni  almarhum Sultan Hisammuddin Alam Shah SSSA DJMK DSSA SSA



Tunku Putra Sifzizzan diputerakan pada 22 Julai 1951. Dilantik menyandang gelaran Tengku Indira Pahlawan pada 28 Februari 2005.

Tengku Andika Seri Amar DiRaja

YM Tengku Iskandar Shah ibni Tengku Ismail Shah 
 ibni  almarhum Sultan Hisammuddin Alam Shah (21 Feb 2016)

Tengku Seri Paduka Shahbandar

YM Dato' Tengku Ardy Esfandiari ibni almarhum Tengku Abdul Hamid Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (21 Feb 2016). Isteri: YBhg Che Puan Siti Rahilah binti Muhammad Hashim.

Tengku Indira Setia

masih kosong.

Tengku Seri Wangsa Diraja

Tengku Dato' Setia Ramli Alhaj ibni almarhum Tengku Shaharuddin Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah DK SSIS DSSA SMS PJK. Isteri: YM Raja Zuraidah binti Raja Ibrahim.

Tengku Indra Bijaya Diraja

YM Tengku Salehuddin Ismail Iskandar Ibrahim Hishamuddin Shah ibni Tengku Sulaiman Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1 Julai 2016)

Tengku Seri Perkasa Diraja

YM Tengku Mushaiddin Shah ibni Tengku Abdul Samad Shah 
ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah SMS (1 Julai 2016).


Pewaris Tahta
TERENGGANU DARUL IMAN
  
Yang DiPertuan Muda Terengganu
YTM Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin DKR DKT SSMZ


DYTM Tengku Muhammad Ismail diputerakan pada 1 Mac 1998 oleh bondanya Tuanku Permaisuri Nur Zahirah.  Dilantik menjadi Yang DiPertuan Muda Terengganu pada 12 Januari 2006 dan dimasyhurkan pada 12 Dis 2006.

Urutan kekananan pewaris takhta Negeri Terengganu seterusnya ialah:

Tengku Sri Bendahara

YAM Dato' Tengku Mustafa Kamil ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK SSMT SIMP.  

Tengku Dato' Mustafa Kamil 

YAM Dato' 
Tengku Mustafa Kamil diputerakan pada 1 April 1968 oleh bondanya YTM Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdul Rahman al Sagoff. Memiliki Diploma in Hotel Management dari Caezar Ritz College, Switzerland. 

Baginda merupakan Pengerusi dan CEO Matrix Revolution Sdn Bhd, Pengerusi dan CEO Transwater API Sdn Bhd, Pengarah di Berjaya Golf Resort Bhd, Berjaya Vacation Club Bhd, Berjaya Redang Beach Resort Sdn Bhd dan lain-lain.

Berkahwin dengan Y.Bhg  Datin Jasmine binti Abdullah.

Tengku Sri Panglima Raja

YAM Leftenan Kolonel Tengku Dato' Seri Badrul Zaman ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK SSMT.  

YAM Dato' Seri Tengku Badrul Zaman

YAM Dato' Seri 
Tengku Badrul Zaman diputerakan pada 10 November 1974 oleh bondanya YTM Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdul Rahman al Sagoff.  

Baginda memiliki ijazah Bachelor of Business Administration dari American University of London. Baginda adalah  Pengarah  Scenic Avenue Sdn Bhd dan Handal Offshore Services Sdn Bhd.  Ketika Sultan Terengganu menduduki tahta Yang DiPertuan Agong, baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Permangku Raja dari 13 Disember 2006 hingga 21 Disember 2011.

Baginda telah berkahwin dengan YABhg Tok Puan Sri Wan Hibatul Hidayah binti Wan Ismail.

Tengku Sri Temenggong Raja

YAM Brigadier Jeneral Dato' Seri Tengku Badrul Hisham @ Baharuddin ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah.  


YAM Brig Jen Dato' Seri Tengku Baharuddin 

YAM Tengku Baharuddin  diputerakan pada 10 Disember 1976 oleh bondanya Puan Khadijah. Baginda 
memiliki sijil dalam Pengurusan Hotel dari Singapore Hotel and Tourism Education Centre (SHATEC) pada tahun 1994 sebelum melanjutkan pengajiannya ke University of De Montfort, United Kingdomdi dan menerima ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dan Perniagaan Pelancongan (Pemasaran) pada tahun 1996. 

Baginda berkahwin dengan Y.Bhg To' Puan Nor Intan Zurina binti Muhammad (berpisah) dan kemudian berkahwin dengan  Y.Bhg To' Puan Seri Nabilah Khan binti Mahmud Khan pada tahun 2016.

Tengku Sri Raja

kosong

Tengku Sri Paduka Raja

YAM Tengku Dato' Seri Ibrahim Shah ibni almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah DK SSMT.

YM Tengku Ibrahim Shah

YAM Tengku Ibrahim Shah diputerakan pada 25 Jan 1939. Mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum menyertai Perkhidmatan Awam Terengganu Civil Service pada tahun 1959 sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Baginda berkahwin (pertama ) dengan YM Puan Sharifah Aminah binti Syed Abdul Rahman (berpisah) dan kemudiann berkahwin dengan YBhg To’ Puan Rosita @ Lau Yam Hong binti Abdullah.

Tengku Seri Laksamana Raja

Jawatan ini kosong apa bila penyandang YAM Dato' Tengku Abdullah Sulaiman ibni almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah DK SPMT mangkat 14 Ogos 2020.

Almarhum Tengku Abdullah Sulaiman


SEMOGA MEMBERI ILMU DAN MANFAAT
9 FEB 2026

No comments:

Post a Comment