Saturday, March 14, 2015

M 143 LGBT


.L.G.B.T.
.
Akronim LGBT ini hanya aku tahu dalam tempoh 2-3 tahun kebelakangan ini sahaja (selepas 2010). Masa kecik-kecik dulu apa yang kita tahu hanyalah pondan, iaitu istilah yang digunakan untuk lelaki yang mempunyai perwatakan yang lembut (bukan sikap lemah lembut).  Kalau kita lembik masa buat kerja, orang akan kata 'macam pondan je'.  Istilah-istilah lain seperti tomboy, lesbian, homoseks, gay hanya diketahui setelah aku tamat sekolah menengah, masuk universiti atau pun setelah aku masuk TUDM.  Apatah lagi istilah transgender.  Baru sangat aku ketahui.

Dulu masa aku dalam Darjah Satu (Tahun 1966) di Sek Keb Seri Rejo Sari, ada salah seorang 'classmate' perempuan bernama Normah (cukup itu sahaja- aku tak akan letak nama penuh - kerana aku tak mahu menyebut nama penuhnya - dibimbangi ia dapat dikesan oleh anak atau cucu beliau).  Dari hari pertama dia memakai seragam sekolah lelaki (masa itu memakai baju kemeja lengan pendek putih dan berseluar pendek berwarna 'light brown' (sebelum ditukar ke warna biru tua beberapa tahun kemudian) dan rambutnya dipotong pendek seperti potongan lelaki.  Tapi dia bukan 'tomboy'.  Sikap dan perawakannya 100% feminine.  Duduk dalam kelas dan main pun sama dengan kanak-kanak perempuan.  Dengarnya ibu-bapanya amat mengharapkan dapat anak lelaki.  Bagaimanapun memasuki Darjah 2 atau 3, dia dipakaikan dengan pakaian perempuan.


LESBIAN, GAY, BISEXUAL & TRANSGENDER

LESBIANISMA 
adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, mereka mahu menghalalkanmusahaqah




GAY 
adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e (seks sesama lelaki)  dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;




BISEXUAL 
adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;




TRANSGENDER 
ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsaiaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan tomboy, pengkid & maknyah (pondan)! 



Puak Hak Asasi Manusia Malaysia sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi'e dimansuhkanAlasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November ini. Mereka mendakwa bahawa banyak negara sudah memansuhkan Seksyen 377A-D, antaranya Britain, India dan Singapura!  

Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada malapetaka dan ujian dan fitnah akhir zaman yang maha dahsyat ini. Ya ALLAH, peliharalah aqidah dan iman kami peliharalah akhlak dan amalan kami. Ameen

Berkaitan LGBT ini, semasa aku belajar di UTM pada tahun 1977-79, aku mengalami satu peristiwa yang tak boleh aku lupakan.  Pada suatu malam, aku menaiki sebuah teksi dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur ke kampus UTM di Jalan Gurney.  Aku kurang arif (masih baru lagi) untuk menaiki bas kerana masih belum mahir nombor-nombor bas di KL. Pemandunya seorang yang berbangsa India. Aku duduk di kerusi hadapan.

Sepanjang perjalanan dia suka berbual dan banyak bertanya tentang diriku. Sebagai penumpang aku melayani perbualan macam biasa.  Masa itu aku pun masih bodoh-bodoh lagi, maklumlah belum pun satu semester di UTM.  Makin lama driver itu semakin mesra berbual dan banyak memuji-muji aku. Sambil berbual, tangan kirinya mula memegang peha aku. lama-lama makin menjadi, meraba-raba dan mengurut-ngurut peha aku, Ishhh, aku jadi gabrah. Aku dah rasa lain macam.  Aku pun suruh dia cepat sikit kerana pintu kampus akan ditutup (aku duduk di asrama UTM)nanti Pak Guard akan banyak tanya.  Dia macam tak mau menurunkan aku, di bawa berpusing-pusing di jalan-jalan yang tidak biasa.  Sumpah, masa itu aku tak terfikir tentang gay atau homoseks ini.  Cuma aku rasa amat tak selesa kena raba macam itu.

Mujur cepat sampai ke kampus dan aku cepat-cepat turun. India tu punyalah tunjuk muka sedih nak berpisah dengan aku, macam nak melepaskan kawan rapat.  Perggh, lega.

Bila sampai di bilik asrama, aku pun bercerita dengan kawan-kawan aku.  Mereka gelakkan aku. Maklumlah kebanyakan mereka dari sekolah asrama penuh dan tentu dah biasa dengan istilah-istilah berkaitan LGBT ini.  Kata mereka, "Nasib kau tak kena tibai keling driver tu"


ISU L.G.B.T

Sejarah Kehilangan Tamaddun Kemanusiaan.

Kesah Masyarakat Bandar Pompeii, Italy yang dilaknat oleh Allah kerana kehancuran moral masyarakatnya akibat salah satu penangan LGBT iaitu liwat.  Saya perolehi dari lamanweb 
www.takusahrisau.wordpress.com


Ramai orang tertarik dengan apa yang terdapat di Pompeii. Mengikut catatan sejarah, Pompeii (salah sebuah bandar di negara Italy) merupakan sebuah bandar maju, budaya sofitikated dan masyarakat yang fleksibel namun daripada segi agama, mereka runtuh.! Pompeii musnah sama sekali pada 79AD. Malang bagi Pompeii, bandar metropolitan ini hilang daripada ingatan masyarakat dunia sejak daripada tarikh itu. Apa yang berlaku di Pompeii hingga menghilangkannya dalam peta dunia pada 79AD?
Peristiwa pada 79AD?
Gunung Vesuvius berada hanya tidak sampai 100km daripada pusat bandar Pompeii. Masyarakat Pompeii menganggap Gunung Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii. Tiada seorang pun di antara mereka curiga dengan kelibat Gunung Vesuvius yang bagaikan memerhati galagat masyarakat Pompeii dalam diam. Pada 79AD, bagaikan melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius telah meluahkan bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar jirannya, Herculenium. 

Peristiwa itu menyebabkan masyarakat Pompeii menjadi kelam-kabut. Hasil arkeologi pada tahun 1748 telah menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam timbunan debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius. Pelbagai reaksi akhir dipamerkan. Malah terdapat mayat yang menunjukkan reaksi bergitu mengerikan termasuk satu mayat anjing yang terawet seakan-akan mengelupur kesakitan sebelum menemui ajal. Anjing itu tidak sempat dibukakan ikatan mungkin kerana tuannya terlampau tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri.
 
  
 

Penemuan yang Mengejutkan. 

Tiada apa yang mengejutkan melainkan penemuan banyak pasangan mayat yang terawet sedang melakukan persetubuhan. Dalam satu penemuaan lain, ahli arkeologi menemui pula posisi mayat dalam persetubuhan luar tabii. Ini membangkitkan kisah misteri di sebalik tragedi 79AD. 

Masakan tidak, tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada kaum Nabi Lut as di Sodom dan Gomorroh dan kaum-kaum lain yang dihapuskan Allah swt seperti yang terdapat di dalam Al-Quran. Apa yang lebih mengejutkan adalah penemuan mayat-mayat seperti sedang menikmati juadah seakan-akan mereka tidak sedar bahawa azab seksa sedang menghambat mereka. Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk digambarkan. Dalam  firman Allah swt: 

Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.(Surah Maryam: Ayat 98)

Selain mayat-mayat yang terawet, bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara kemas. Allah swt Maha Mengetahui. Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi merakamkan kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu. Penemuan ahli arkeologi mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan prostitusi telah membuatkan ramai cendiakiawan agama terpaku seketika. Berginilah agaknya harga sebuah kemodenan. 
Bayangkan bagaimana murkanya Allah swt kepada masyarakat Pompeii. Mereka telah melampaui batas-batas norma masyarakat malah tidak teruk kalau dikatakan mereka telah melepasi tahap kejahilan masyarakat Lut. SubhanaAllah. Pembaca lihatlah gambar-gambar yang dilampirkan. Cubalah nilai sendiri dengan iman para pembaca..

ISU KEPERIBADIAN
ISU KELUARGA
ISU MASYARAKAT
ISU NEGARA
ISU GLOBAL
ISU AGAMA
ISU AKHIRAT


AYAT AL QUR'AN YANG MENGEJI HUBUNGAN SEJENIS


SURAH HUD- AYAT 77-83

Maksudnya: “Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan”. Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.” Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”. (Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.”


KENAPA SESEORANG MENJADI GAY 

  • Kurangnya kasih sayang daripada ibu atau ayah. Sejak kecil, dia tidak mendapat kasih sayang daripada seorang lelaki atau perempuan, yang mana apabila besar cenderung berubah menjadi seorang gay atau lesbian.
  • Pengaruh bersekitaran, samada melalui rakan-rakan, ahli keluarga, dan sebagainya.
  • Mengalami masalah dengan kaum berlainan. Sebagai contoh, mungkin menghadapi kesukaran memikat perempuan, atau perempuan pernah menipunya, atau pernah menyaksikan banyak kes cerai termasuk yang melibatkan keluarga terdekat sehingga menanam di dalam fikiran yang perempuan itu teruk, atau pernah berdepan dengan apa-apa masalah penderaan seksual atau disaat mereka memerlukan seseorang, tiada perempuan yang pernah hadir, kebiasaannya lelaki dan sebagainya. 
  • Kurang didikan agama. Kurang didikan atau kurang penghayatan. Ada yang mungkin telah dididik tetapi masih tergolong dalam golongan begini. Jadi boleh kata kurang penghayatan.
  • Persekitaran seperti bersekolah di sekolah untuk lelaki sahaja, masuk penjara dalam satu tempoh yang lama dimana hanya ada satu kaum sahaja di dalamnya dan sebagainya.
  • Pengaruh media. Ramai artis gay yang menjadi idola. Kurangnya rancangan khas untuk lelaki dan sebagainya.
  • Kekurangan layanan batin dari isteri, nafsu seks yg tinggi, berkahwin atas desakan atau paksaan dan cuba menjadi heteroseksual pada zahir pandangan orang lain.

Wanita itu dijadikan oleh Allah sebagai satu makhluk yang cantik dan indah, kenapa lah dicari  lelaki jugak. Janganlah kita jadi seperti kaum Nabi Luth dilaknat oleh Allah. Bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup.
(REF:zakikhan.net)

KENAPA SESEORANG MENJADI LESBIAN 

Kebanyakan perempuan biasanya mendapat pengalaman seksual dengan sesama jenis sekali atau dua kali dalam hidup mereka.Tetapi mereka tidak mengganggap bahawa diri mereka itu lesbian, cuma perasaan ingin tahu sahaja," kata Suzi Godson seorang pakar seks dan hubungan di dalam The Times dan selaku penulis The Sex Book. Ada beberapa perkara yang menjadi penyebab kenapa perempuan suka buat eksperimen dengan perempuan yang lain.
  • Untuk merasakan sesuatu yang berbeza. Hal ini lebih susah nak dijelaskan kerana seringkali bukannya perempuan tertarik pada gender yang lain, Ketika melihat perempuan lain yang cantik, pandai dan wangi, apa yang perempuan tu rasa ketika berada dekat dengan dia? Sebab apa lelaki ni terlalu obses dengan payudara wanita? Apa yang dirasakan oleh lelaki tersebut apabila menyentuh titik sensitif wanita tersebut? Bila perempuan boleh mengagumi keindahan tubuh perempuan yang lain, bukankah ini bermaksud lebih mudah pula untuk memberikan dan merasakan sentuhan dari wanita ke wanita?
  • Bersembang secara emosional dan verbal.  Mesti korang semua tahu yang lelaki ni susah sangat nak memahami perempuan. Oleh sebab itulah, eksperimen sesama perempuan seringkali terjadi kerana kemampuan mereka untuk berkomunikasi secaraverbal. Perempuan sesama perempuan boleh bersembang secara terbuka dan sejujurnya, bukankah ini salah satu kunci dari hubungan seks yang baik.
  • Mengubati sakit hati.  Bila baru clash dengan pasangan. Perempuan mesti merasakan saat-saat sangap atau nafsu memuncak. Selain tidak mempunyai pasangan lelaki, perempuan mungkin juga sedang menjauhkan diri dari lelaki-lelaki lain, Jadi, dia pun cuba nak lakukan perkara terkutuk tersebut sesama perempuan, boleh jadi yang lama dah dia kenal, atau on the spot terus buat, Walaubagaimanapun, dalam seks juga ada unsur-unsur yang boleh didapati sehingga perempuan tu rasa dia buat dengan lelaki.
  • Lebih Lembut. Perempuan ni ada bibir yang sangat lembut dan ciuman juga lembut. Hal ini lah yang membezakan dengan lelaki, ketika lelaki bernafsu buas, lelaki ni lebih cenderung “bersemangat lebih”. Mereka juga selalu mengeluarkan air liur yang banyak ketika bercium.
  • Perempuan lebih pandai dalam seks oral.  Lelaki sering tak tahu bahagian yang mana yang menyelesakan untuk disentuh, terutamanya di area vagina. Perempuan pula, tahu nak buat apa kat perempuan lain kalau diorang buat seks oral. Lagi pun, tidak ada bulu yang baru dicukur sehingga rasa kasar apabila menyentuh bahagian sensitif perempuan tersebut.
  • Tidak pengotor.  Perempuan selesa buat seks dekat tempat yang bersih, dengan seluar dalam yang baru, Ketika nak kentut, perempuan akan keluar dari bilik tidur, atau pun belah dari bilik, tetapi lelaki ni lain, langsung tak ambik tahu, dah lah buang angin merata-rata pastu gelak pulak, ingat lawak la tu. 
(REF: mazeermohamad.blogspo.com)

No comments:

Post a Comment