Monday, March 2, 2015

M 124 ANAK LUAR NIKAH

ANAK LUAR NIKAH
"ANAK HARAM"
"ANAK TAK SAH TARAF"

Tengahari 30hb Ogos 2013, dalam perjalanan pulang dari satu tugas rasmi di Kuantan aku singgah bersolat Jumaat di Masjid Jamek As Syakirin, Bandar Maran. 

Tajuk Khutbah Jumaat pada hari itu ialah: Menyambut Kemerdekaan. Kebetulan keesokan harinya merupakan Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 56 dengan themanya "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku".


Antara fokus yang diberikan dalam teks khutbah tersebut ialah kesan dari Malam Menyambut Hari Kemerdekaan yang di adakan setiap tahun di kebanyakan bandar-bandar utama seluruh negara.


Pada malam hari kemerdekaan, akan diadakan pesta hiburan sementara menunggu tepat jam 12.00 tengah malam. Acara pesta akan dipenuhi dengan nyanyian, tarian dan pertunjukan pentas, semuanya bersifat hiburan yang melekakan khususnya anak-anak muda. Mereka bercampur-gaul antara lelaki dan wanita tanpa batasan. Pesta akan berterusan sehingga awal pagi. Anak-anak muda yang bersukaria dan sebahagiannya dipengaruhi oleh alkohol dan dadah. Ke mana perginya mereka selepas habis pesta? Mereka mungkin tidur dalam kereta atau di hotel-hotel atau di rumah-rumah sewa mereka. Maka malam itu banyaklah berlaku perzinaan malah pesta seks bebas di kalangan mereka. Islam, Hindu, Budha, Kristian semuanya sama. Ada yang pakai protection (condom) dan ada yang lalai.


Ini berlaku di KL, JB, Ipoh, PP, Kuantan, KK, Kuching, Alor Setar, Seremban, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Sibu, Miri dan lain-lain banar utama. Implikasi setelah 9 bulan dari tarikh tersebut pada tiap-tiap tahun, akan lahirlah ratusan bayi luar nikah @ anak haram di seluruh negara. MAJORITINYA IALAH ORANG ISLAM.

Statistik yang diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara adalah "MasyaAllah".


STATISTIK ANAK LUAR NIKAH MENGIKUT BANGSA
(2005 - 2009)

.
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH MENGIKUT BANGSA
(2006 - 2010)
.
TAHUN
2006
2007
2008
2009
2010
ETNIK
MELAYU
13545
16100
16541
17303
17490
(%)
35.4%
36.4%
35.3%
33.0%
33.0%
(%) +/-
+15.9%
+2.7%
+4.4%
+1.1%
CINA
4739
5111
4943
4128
3864
(%)
12.4%
11.6%
10.6%
7.9%
7.3%
(%) +/-
+7.3%
-3.3%
-16.5%
-6.4%
INDIA
4621
4818
4772
5044
4703
(%)
12.1%
10.9%
10.2%
9.6%
8.9%
(%) +/-
4.1%
0.95%
5.4%
6.8%
LAIN-LAIN
15353
18205
20566
25903
26475
(%) +/-
15.7%
11.5%
20.6%
2.2%
(%)
40.1%
41.2%
43.9%
49.5%
49.9%
KESELURUHAN
38,258
44,234
46,822
52,378
52,982
(%) +/-
+13.5%
+5.5%
+10.6%
+1.1%

LAPORAN BERITA

152,182 orang anak luar nikah 2008-2010


KUALA LUMPUR 15 Nov 2011. Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).  

Ujarnya, antara punca timbulnya gejala tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela melakukan hubungan seks. 

"Faktor-faktor lain ialah tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan repoduktif dan seksual, kurangnya perhatian ibu bapa serta diperkosa saudara sendiri dan kesemua faktor ini adalah hasil daripada kerja kes yang dijalankan oleh pihak Pegawai Kebajikan Masyarakat," katanya.

Seai Kie berkata, ekoran berlakunya masalah tersebut, pihak kementerian telah memberi perhatian serius bagi menanganinya dengan mengambil langkah-langkah tertentu.
Pertama, beliau berkata, kementerian telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada tahun 2009 yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa kesan negatif terhadap perlakuan seksual luar nikah.


"Pihak kementerian juga telah melancarkan kempen Kami Prihatin dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Persatuan Karyawan dan Astro Holdings Sdn. Bhd. pada April 2010. Kempen ini dijalankan secara berterusan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bersama-sama menangani anak luar nikah," katanya.


Beliau berkata, kementerian juga telah menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang menyasarkan golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun.

Pusat remaja ini akan memberi maklumat berkaitan dengan isu-isu psikososial, termasuk menyediakan khidmat kaunseling, khidmat klinikal dan kemahiran hidup, perhubungan antara jantina dan tingkah laku berisiko termasuk perlakuan seksual sebelum nikah.
"Melalui program outreach kafe@TEEN di sekolah dan pusat komuniti kita telah berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program bermula November 2005 sehingga September 2011," katanya.


Beliau berkata, kementerian juga menyediakan perkhidmatan Talian Nur 15999 bagi membantu mereka yang mengandung luar nikah mendapatkan khidmat kaunseling termasuk mendapatkan perlindungan.

Menjawab soalan tambahan apabila ditanya mengenai tindakan terhadap mereka yang mengandung anak luar nikah, Seai Kie berkata, tiada tindakan terhadap ibu yang bukan beragama Islam, tetapi bagi ibu beragama Islam mereka tertakluk kepada peruntukan kesalahan jenayah syariah.

"Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000, dipenjara tiga tahun. Untuk ibu di bawah 16 tahun mereka tertakluk di bawah peruntukan 376 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol. Ini disebabkan mereka masih di bawah umur.

"Bagi mereka yang lebih 18 tahun dan sabit kesalahan merogol gadis di bawah umur boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan," 

Fakta Kes Anak Luar Nikah

1. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)), Datuk Alwi Ibrahim, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

2. 17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.

3. Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka 4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna sebanyak 4700 pasangan lelaki perempuan melakukan hubungan seks haram setiap hari.

4. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

5. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

6. Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja 

(1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

.
PANDANGAN SAYA....
.
Dulu-dulu anak-anak ini disebut sebagai Anak Haram. Panggilan ini bunyinya amat kasar, pastinya bunyinya amat menyedihkan diri anak-anak tersebut. Malah jika seseorang yang membela anak angkat yang terdiri dari anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan yang sah dengan lelaki yang menjadi bapa kepada anak tersebut (atau anak yang dilahirkan melalui hubungan haram), mereka (ibu bapa angkat) tersebut juga akan marah dengan panggilan tersebut.

Entry saya kali ini tidak sekali-kali memperendah atau menghina anak-anak yang dilahirkan oleh hubungan haram ini. Setiap anak-anak yang dilahirkan di dalam dunia ini adalah bersih bagaikan kain putih. Tiada dosa walau setitik pun.

Apabila kumpulan anak-anak dalam kategori ini dipinggirkan oleh masyarakat maka mereka akan kecewa dengan kehidupan. Mereka akan membalas dendam, mereka akan tenggelam dalam kehidupan yang bergelumang dengan kekotoran. 

KALAU MENGIKUT PERKIRAAN MUDAH DARI STATISTIK DI ATAS, SETIAP DUA TAHUN SERAMAI 100,000 ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN DI MALAYSIA. DAN SABAN TAHUN KADAR INI KELIHATAN SEMAKIN MENINGKAT.

SECARA AMNYA ANAK-ANAK LUAR NIKAH INI TIDAK BERSALAH. MEREKA PUN TIDAK MAHU DILAHIRKAN SEBAGAI ANAK LUAR NIKAH. NAMUN IBU BAPA (HARAM) MEREKA YANG BERSALAH. KONSEKUENS DARI LAMBAKAN ANAK LUAR NIKAH DALAM MASYARAKAT ADALAH:
  • MEREKA MEMBESAR DAN AKAN DEWASA DAN SEPERTI INSAN/MANUSIA LAIN MEREKA INGIN BERUMAHTANGGA. SILA ANGKAT TANGAN BERAPA ORANG YANG TIDAK AMBIL KESAH KALAU DAPAT MENANTU ANAK LUAR NIKAH?
  • SEBAHAGIANNYA YANG BERNASIB BAIK DIAMBIL SEBAGAI ANAK ANGKAT OLEH KELUARGA YANG INGINKAN ANAK. DIBELA DIBESARKAN DENGAN PENUH KERAHSIAAN. BANYAK KES ANAK-ANAK INI INI DIBINKAN ATAU DIBINTIKAN KEPADA BAPA ANGKAT. APABILA SAMPAI MASA MEREKA BERUMAHTANGGA BARULAH RAHSIA DIPECHKAN. BAGAIMANA PERASAAN MEREKA DAN PASANGAN MEREKA?
  • SEBAHAGIAN LAGI MENJADI ANAK TERBIAR, DIKETEPIKAN MASYARAKAT, MENJADI ANAK GELANDANGAN, MEREKA AKAN MEWARISI PENJAWATAN JAWATAN PERAGUT, PEROMPAK, PEMBUNUH, PENAGIH DADAH DAN PELBAGAI JENAMA JENAYAH YANG LAIN.
  • SEBAHAGIAN LAGI, ANAK LUAR NIKAH DARI YANG DILAHIRKAN OLEH ORANG ISLAM MUNGKIN JATUH KE TANGAN KELUARGA BUKAN ISLAM DAN MEREKA AKAN SELAMANYA MENGIKUT KEPERCAYAAN KELUARGA ANGKAT MEREKA.
  • ADA ANAK LUAR NIKAH YANG DILAHIRKAN OLEH HASIL HUBUNGAN SUMBANG MAHRAM ANTARA BAPA DENGAN ANAK. APA AKAN JADI DENGAN ANAK INI? ANAK ATAU CUCU SI BAPA?
  • ADA ANAK YANG DILAHIRKAN OLEH IBU YANG MENGADAKAN HUBUNGAN SUMBANG MAHRAM DENGAN ANAK LELAKI? BAGAIMANA KALAU IBU ITU MASIH PUNYA SUAMI DAN MENGAMBIL JALAN SINGKAT MEMBINKAN ATAU MEMBINTIKAN ANAK ITU KEPADA SUAMINYA? ANAK ITU AKAN BERKAHWIN NANTI DENGAN NASAB YANG SALAH...MAKA AKAN JADI KETURUNAN ITU BERPANJANGAN.

Kes adik beradik bersekedudukan 22 tahun
Oleh: RADHUAN HUSSAIN

TEMERLOH 12 Okt 2005. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua daripada empat saksi utama yang gagal hadir perbicaraan kes seorang lelaki berusia 47 tahun dan kakak kandungnya berusia 52 tahun yang didakwa bersekedudukan sejak 22 tahun lalu sehingga melahirkan enam orang anak.

Dua saksi yang dikenakan waran tangkap itu ialah bapa kandung mereka dan seorang saudara perempuan pasangan itu.

Sementara dua lagi saksi utama ialah dua anak perempuan pasangan terbabit berumur 18 dan 16 tahun. Kedua-duanya bagaimanapun tidak dikenakan waran tangkap oleh mahkamah.

Berikutan ketidak hadiran empat saksi utama itu, Hakim Syarie Abdul Rahman Md. Yunus turut memutuskan perbicaraan kes tersebut ditangguhkan kepada 21 dan 22 Disember depan.

Sebelum itu, Ketua Pendakwa, Abdul Rahim Jaafar memohon mahkamah supaya mengeluarkan waran tangkap kepada empat saksi utama dan menangguhkan perbicaraan disebabkan mereka gagal menghadiri perbicaraan hari ini.

Katanya, walaupun enam lagi saksi pendakwa hadir di mahkamah hari ini, perbicaraan tidak boleh dijalankan kerana empat saksi utama tidak hadir walaupun sapina sudah dihantar kepada mereka.

Permohonan Abdul Rahim bagaimanapun mendapat bantahan peguam syarie, Sazali Abdul Aziz dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam yang mewakili pasangan adik beradik itu.

Menurut Sazali, perbicaraan perlu diteruskan kerana enam saksi pendakwa lain hadir.

Sazali juga membantah waran tangkap dikenakan ke atas bapa dan dua anak perempuan pasangan itu atas alasan bapanya demam manakala sapina kepada dua anak pasangan terbabit tidak dapat disempurnakan.

Berdasarkan laporan, pada 26 Januari 2005, Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh menerima maklumat terdapat sepasang adik beradik yang hubungan mereka mahram telah bersekedudukan hingga melahirkan beberapa orang anak.

Berikutan itu, kira-kira pukul 11.25 malam pada tarikh yang sama, sepasukan penguat kuasa diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Muhammad Yusri membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Tualang Indah Mentakab dan pasangan adik beradik itu ditemui di dalam rumah tersebut.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 147 (1) (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali dan sebatan tidak melebihi enam rotan.
 
  • ADAKAH ANDA MAHU BERBESAN DENGAN PASANGAN INI?
  • ADAKAH ANDA MAHU BERMERTUAKAN PASANGAN INI?
  • BAGAIMANA NASIB ENAM ANAK YANG DILAHIRKAN HASIL HUBUNGAN HARAM PASANGAN INI?
SUNGGUH MENAKUTKAN......

YA ALLAH YA RABBI, JAUHILAH DIRIKU DAN AHLI KELUARGAKU SERTA SAUDARA-SAUDARAKU DARI BENCANA INI.

No comments:

Post a Comment