


Bermula pada awal tahun 1980an, negara mula mengubah haluan dari bergantung kepada hasil bahan mentah (bijih dan komoditi) kepada negara perindustrian. Kehadiran pelabur-pelabur dari negara asing khususnya dari Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Holland dan Amerika Syarikat telah memelukan kerjaan membuka kawasan perindustrian baru di luar kawasan perbandaran asal serta meningkatkan kemudahan pengangkutan dengan membina rangkaian jalan raya yang lebih baik.
Pada pendapat penulis, risiko pekan mati di Perlis amat rendah kerana faktor saiz negeri yang kecil. Tambahan lagi, kedudukan negeri Perlis di hujung laluan utama Semenanjung, malah tidak dilalui langsung oleh Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Semenanjung tidak menjejaskan geografi perbandaran di negeri ini.
Dengan pertumbuhan penduduknya yang kecil, kemeriahan Perlis banyakmengharapkan pelancong dari negeri-neri Semenanjung yang lain. Bandar dan pekan yang ada masih mencukupi untuk orang Perlis. Musim kebanjiran orang luar ke Perlis adalah minggu pendaftaran/konvokesyen di Universiti Malaysia Perlis dan UITM Perlis serta Kolej-Kolej IPTA/IPTS, IPG, MRSM dan SMBP. Jika pelancong gagal mendapat hotel atau rumah inap di Perlis, mereka masih boleh mendapatkannya di Changlun, Sintok, dan Jitra. Malah Alor Setar dan Sungai Petani pun masih selesa jarak perjalanannya.
(1) KAKI BUKIT (PEKAN SAYUR). Sebuah pekan kecil bersejarah berusia lebih 100 tahun yang dibuka pada awal 1900an oleh masyarakat Cina ketika zaman kegemilangan lombong bijih timah di sekitar Gua Kelam. Suasana kini sangat sunyi dan lengang kerana generasi muda keluarga bekas pelombong telah banyak berhijrah ke bandar seperti Kangar dan Arau atau di Perlis. Hanya beberapa keluarga yang masih tinggal dan hanya sedikit meriah dan bercahaya ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.



Antara pekan-pekan yang menghadapi pembangunan yang agak lembab adalah:
(1) SIMPANG EMPAT. Sebuah pekan kecil dahulunya berada di laluan utama Utara-Selatan kini lebih sunyi apabila aliran kenderaan berat dan pengangkutan utama telah beralih menggunakan lebuhraya. Namun pekan ini tetap menjadi pilihan aktiviti ekonomi penduduk sekitanya.

(2) LANGGAR. Walaupun kaya dengan nilai sejarah dan lokasi Kompleks Makam Diraja Kedah, suasana hariannya lebih tenang dan tidak sesibuk pusat bandar Alor Setar yang terletak kira-kira 9 km daripadanya.
(3) PENDANG. Pekan ini di tengah-tengah kawasan sawah padi, ia mengekalkan suasana kampung yang mendamaikan dan jauh daripada kesesakan bandar besar. Pendang mengekalkan status dan kepentingannya di kalangan penduduk daerah Pendang kerana ia beroperasi sebagai pusat pentadbiran daerah yang tenang.

(4) BUKIT KAYU HITAM. Bukit Kayu Hitam tidak mati tetapi mengalami kemurungan akibat terdapat pilihan (lebih kompetitif) dan perubahan pintu masuk rasmi yang mempunyai kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand serta kejatuhan nilai RM yang menggalakkan penduduk Malaysia sendiri membeli belah di seberang.
Punca kemurungan beberapa pekan/bandar di Kedah adalah kebergantungan kepada hasil tempatan (seperti padi) tanpa suntikan industri baharu atau tarikan pelancongan yang konsisten. Selain dari itu, kecenderungan golongan muda berpindah ke bandar besar seperti Alor Setar, Pulau Pinang, atau Lembah Klang untuk peluang pekerjaan, meninggalkan penduduk warga emas di pekan asal.Seperti Perlis, saiz negeri yang kecil tidak memungkinkan terdapat pekan-pekan di Pulau Pinang yang boleh mati. Pulau Pinang lebih sukar kerana jumlah penduduknya jauh berkali ganda dengan Perlis. Apa yang dapat dilihat adalah pekan-pekan di Seberang Perai (kecuali Butterworth dan Bukit Mertajam) merupakan kawasan majoriti Melayu. Maka pembangunan di SP lebih perlahan berbanding di pulau. Pun begitu, bandar Balik Pulau masih kekal dengan imej pekan British seperti tahun 1960an. Kerajaan Pulau Pinang lebih rela menebus laut menjadi pulau atau kawasan baru dari membangunkan kawasan pergunungan di barat daya PP.

(1) KEPALA BATAS. Sebenarnya ketepuan pekan Kepala Batas adalah disebabkan Almarhum Pak Lah (PM ke 5) yang juga mantan Ahli Parlimen Kepala Batas telah memberi tumpuan istimewa untuk membangunkan Bandar Baru Bertam. Malah pernah dikatakan untuk menjadikan Bertam sebagai pusat pentadbiran baru untuk SP. Selain dari itu perbandaran Kepala Batas berpindah ke kawasan baru berhampiran yang lebih sistematik.
Kepesatan pembangunan Bertam menjadikan bahagian pekan lama Kepala Batas kelihatan lebih tenang dan mengekalkan seni bina klasik awal abad ke-20. Ramai penduduk beralih ke pusat komersial baharu, menyebabkan pekan lamanya menjadi lebih lengang kecuali pada hari-hari tertentu.


(3) NIBONG TEBAL. Kawasan di sebelah selatan Pulau Pinang yang bersempadan dengan Perak. Suasananya sangat kampung, damai, dan sunyi daripada kesibukan bandar besar seperti Georgetown atau Bayan Lepas. Bandar Nibong Tebal kelihatan membesar kerana ia telah bertaut dengan bandar Parit Buntar (Perak) dan Bandar Baharu (Kedah). Penjana utama pembangunan Nibong Tebal (dan Parit Buntar) yang dahulunya amat perlahan adalah kewujudan kampus Kejuruteraan USM.

Petrak adalah neegri yang paling banyak pekan tepu atau pekan mati, malah ada yang mencapai tahap gelaran sebagai pekan zombi. Sebagaimana yang penulis tulis di perenggan muqaddimah, punca utama kemunculan pekan mati ini adalah seiring dengan kejatuhan industri perlombongan bijih tuimah.
Pekan yang satu waktu dahulu mungkin dianggap sebagai Hatyai atau Las Vegas kini menjadi sunyi sepi malah ditakuti untuk dijadikan tempat bermastautin.
Beberapa pekan kecil di negeri Perak yang terkenal dengan suasana tenang, bangunan klasik, atau sejarah yang seakan-akan terhenti daripada arus pemodenan adalah:
(1) PUSING. Pekan Pusing merupakan sebuah pekan kecil yang pernah menyumbang kepada kemewahan Empayar British di awal abad ke 20. Pekan ini terletak di antara Ipoh dan Batu Gajah. Pekan Pusing yang menyimpan sejarah besar Tanah Melayu ini kini kelihatan seperti sebuah pekan yang dilupakan.
Pusing mencapai zaman kegemilangannya sekitar awal abad ke-20. Pada tahun 1908, sebuah stesen keretapi telah dibina di sini sebagai laluan pengangkutan utama untuk membawa keluar hasil bijih timah. Laluan ini aktif sehinggalah tahun 1943, dan menjadi nadi perhubungan yang penting di era sebelum merdeka.
Nama "Pusing" dipercayai diambil sempena liku-liku Sungai Kinta yang melalui kawasan ini. Sebelum kewujudan keretapi, sungai inilah yang digunakan untuk mengangkut bijih timah ke lokasi lain - menjadikan kawasan ini strategik dalam jaringan ekonomi bijih ketika itu.
Namun segalanya berubah selepas tahun 2008, apabila Lebuhraya Ipoh–Lumut siap dibina. Aliran trafik yang dahulunya melalui pekan ini, kini terus memintas. Aktiviti ekonomi mula menyusut dan Pusing perlahan-lahan berubah menjadi pekan yang ‘mati’ – tinggal hanya cebisan kenangan dan bangunan lama.
(2) PAPAN. Pekan Papan terletak bersebelahan dengan pekan Pusing. Keduanya melalui sejarah kegemilangan yang sama tetapi sejarah Papan ditambah lagi kepahitannya dengan isu pembuangan radioaktif. Nama "Papan" berasal daripada aktiviti awal penduduk yang terlibat dalam kerja pembalakan dan membekalkan kayu papan dari sekitar kaki Bukit Kledang.
Sekitar pertengahan abad ke 19, Sultan Jaafar Safiuddin Muazzam Shah membuka lombong bijih timah di sini sebelum dikembangkan oleh Raja Bendahara Ismail yang dianggap pengasas awal bandar Papan. Selepas Perang Perak dan penyingkiran Raja Ismail, British menyerahkan kawasan ini kepada pemimpin komuniti Mandailing dari Sumatera iaitu Raja Asal dan Raja Billah. Raja Billah kemudian dilantik sebagai penghulu dan membina Rumah Besar Raja Billah (atau Istana Billah) pada tahun 1896.Kebakaran besar pada tahun 1911 telah memusnahkan sebahagian besar rupa bentuk pekan ini dan menjadi titik tolak kemerosotan populasi serta ekonominya. Ketika pendudukan Jepun, Papan menjadi kubu kuat Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA). Di sinilah pejuang tanah air dan jururawat berani Sybil Kathigasu menjalankan klinik rahsia untuk membantu pejuang anti-Jepun sebelum dia ditangkap dan diseksa.

Pekan Papan melalui satu lagi bencana apabila berlaku kontroversi Radioaktif antara tahun 1979 hingga 1984 apabila pekan ini dijadikan pusat pelupusan sisa radioatktif. Pekan Papan menjadi lokasi bantahan anti-nuklear pertama di Malaysia berikutan isu pencemaran sisa radioaktif daripada kilang Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) - usahasama syarikat Jepun dan tempatan. Akhirnya, syarikat
ARE akhirnya menghentikan operasi sepenuhnya pada Januari 1994.
Pun begitu, yang terkini, pekan ini mula menerima usaha pemuliharaan sebagai destinasi pelancongan sejarah (histourism) dan lokasi penggambaran filem, serta dicalonkan untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana keaslian senibina lamanya.
(2) KG KEPAYANG. Pekan Kampung Kepayang, Sg Raia yang terletak di selatan Simpang Pulai juga sering dijuluki sebagai pekan hantu kerana deretan bangunan kedai kayu dan batu lama yang terbiar serta sepi, walaupun kawasan sekitarnya masih didiami oleh penduduk. Sejarah kegemilangan dan kejatuhan pekan ini adalah sama dengan kesah pekan Pusing dan Papan.

(3) KATI, Pekan Kati di kaki Banjaran Bintang dalam daerah Kuala Kangsar bukan sebuah pekan mati tetapi sebuah pekan yang masih mengekalkan identiti pekan tradisi tahun 1960an. Walaupun negara telah 70 tahun merdekam pekan ini masih mengekalkan suasananya yang tenang, sepi, malap dengan deretan kedai lama yang tutup awal.
Sejarah pekan Kati ini juga tidak dapat mengelakkan diri dari dikaitkan dengan bijih timah, Suatu ketika duhulu, penduduk kampung sekitar yang melombong bijih timah secara kecil-kecilan di kaki-kaki gunung dan menjual hasil kepada peraih atau taukeh di pekan ini. Bijih timah ditimbang dengan ukuran kati. Maka bijih dijual kati. Pergi pekan timbang kati, pergi pekan kati. Pekan Kati.
Setelah tiada lagi perniagaan bijih secara timbang kati ini, yang tinggal hanyalah pekan Kati. Malah tiada keperluan untuk memodenkan pekan ini seiring dengan arus pembangunan negara. Maka, pekan Kati kekal dalam keadaan sebegitu sehingga kini,

(4) MANONG. Pekan Manong juga dalam daerah Kuala Kangsar, merupakan pekan terakhir di tebing Sungai Perak dalam daerah Kuala Kangsar yang menampilkan suasana kampung yang sangat tenang serta seni bina kedai lama. Suatu ketika dahulu, sungai merupakan kaedah perhubungan utama, Manong boleh dianggap sebagai sebuah pelabuhan dan pusat aktiviti komersil yang penting - termasuk pengangkutan hasil bijih timah.
Tendangan pertama yang menyebabkan kejatuhan Manong adalah tamatnya industri bijih timah di Perak. Manong masih bertahan sebagai pusat komersil tempatan dan menjadi tempat persinggahan untuk perjalanan dari Parit ke Taiping. Namun tendangan kedua, pembinaan lebuhraya WCE menjadikan luka semakin parah dan boleh membawa kelumpuhan.

Kedudukan Manong di tebing Sungai Perak yang indah masih memberi harapan kepada Manong untuk diberi vitamin baru agar dapat bertahan setidak-tidaknya sebagai bandar tradisional untuk menjadi destinasi pesara seperti Taiping dan Seremban,
(5) PARIT. Pekan Parit dalam daerah Perak Tengah adalah sebuah pekan klasik yang terletak tenang di tepi Sungai Perak, kaya dengan nostalgia zaman dulu. Suatu waktu dahulu Telok Intan, Lambor Kanan dan Parit adalah bandar pelabuhan yang penting di sepanjang Sg Perak. Pada tahun 1979 Daerah Perak Tengah ditubuhkan dan Parit dipilih menjadi pusat pentadbirannya. Sebelum itu, Parit berada dalam daerah Kuala Kangsar.
Pekan yang terletak jauh dari laluan utama Utara Selatan sama ada jalan Persekutuan atau Lebuhraya PLUS. Dahulunya, Parit adalah salah satu pekan yang dilalui oleh pengguna jalan dari Lumut, Sitiawan, Beruas dan Telok Intan ke Ipoh. Ia semakin tersisih apabila terbinanya Lebuhraya Ipoh/Batu Gajah ke Sitiawan/Manjung. Dan Parit terus terpinggir apabila statusnya sebagai pusat pentadbiran daerah Perak Tengah diambil alih oleh bandar baru Seri Iskandar. Semua bentuk pembangunan sosio-ekonomi bertumpu ke Seri Iskandar.
Siapnya Lebuhraya WCE merupakan tikaman beracun untuk pekan Parit. Parit semakin jauh dari laluan orang Perak sendiri. Semua kayu sokongan yang diharapkan untuk membolehkan Parit terus berdiri dan membangun telah dipatahkan.
Hari ini ia bukanlah sebuah pekan mati tetapi sebuah pekan yang telah tepu namun masih mengekalkan konsep pekan tradisi dan pusat komersil penduduk tempatan. Parit akan kekal survival sebagai sebuah pekan perkampungan yang tenang dan tenteram. Mungkin jika ada pembinaan IPTA atau Kem Tentera berhampiran pekan ini, Parit akan kembali meriah.
Nama Bukit Merah tercetus apabila tanah bukit yang diterokai oleh peneroka asal tadi berwarna merah. Salah seorang dari mereka telah mencangkul tanah bukit itu dan terjumpa tanah merah dan akhirnya kawasan itu dinamakan Bukit Merah sempena peristiwa itu. Pada tahun 1905 sebuah empangan air (antara yang terawal) dibina dan membentuk tasik buatan manusia seluas 480km persegi. Sebahagian kecil tasik dan beberapa buah pulau buatan ini dimajukan menjadi Bukit Merah Laketown Resorts,
(7) TAPAH ROAD. Tapah Road adalah sebuah pekan yang suatu ketika dahulu sangat penting dan berkait rapat dengan revolusi industri perlombongan bijih timah dan perkembangan sistem pengangkutan kereta api di Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19.

(8) TEMOH. Selain pekan Papan, pekan Temoh boleh dirujuk sebagai pekan yang benar-benar mati (kalau tidak pun 90% mati) di Perak akibat dari penutupan industri perlombongan bijih timah.
Walau bagaimanapun, pekan kecil ini tidak sepenuhnya ditinggalkan dan kini mempunyai beberapa usaha menghidupkannya semula. Keseluruhan pekan ini boleh dijadikan sebagai MUZIUM yang berkaitan dengan bijih timah. Sebahagian rumah kedai boleh diubahsuai menjadi hotel/motel atau restoran. Mungkin juga Temoh menjadi alternatif kepada Papan sebagai pusat penggambaran filem klasik.

SELANGOR
Di sebalik kepesatan pembangunan bandar-bandar besar, negeri Selangor masih menyimpan beberapa buah pekan kecil yang tenang, sunyi, dan kaya dengan nilai nostalgia. Kebanyakan pekan ini merupakan bekas penempatan perlombongan bijih timah atau stesen persinggahan laluan lama yang kini seolah-olah "terhenti daripada masa".

Pekan Kerling Terletak di daerah Hulu Selangor, Kerling merupakan sebuah pekan kecil yang sangat tenang dan agak sunyi. Dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi, pekan lama ini mempunyai deretan kedai papan klasik yang menceritakan sejarah era kolonial dan menjadi destinasi ideal bagi mereka yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kota.
Pekan Rasa Sebuah lagi permata di daerah Hulu Selangor ialah Pekan Rasa. Pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah yang sangat sibuk satu ketika dahulu, pekan lama ini kini bertukar sepi dan hanya mengekalkan struktur bangunan warisan. Pekan ini sangat sesuai untuk diterokai jika anda menyukai suasana vintaj dan harmoni.
Pekan Lama Kuala Selangor Walaupun kawasan Kuala Selangor terkenal dengan pelancongan, bahagian Jalan Kota di Pekan Lama Kuala Selangor (terutamanya di lot-lot kedai berusia lebih 100 tahun di bahagian belakang) kini agak malap dan sunyi sepi. Kebanyakan aktiviti perniagaan telah berpindah ke pekan baharu, meninggalkan kawasan warisan sejarah ini dalam suasana yang cukup damai.
Pekan Bangi Lama Terletak tidak jauh dari kawasan universiti terkemuka, Pekan Bangi (atau Bangi Lama) masih mengekalkan wajah lamanya di sebalik arus pembangunan pesat. Suasananya jauh lebih perlahan berbanding bandar-bandar satelit di sekelilingnya, menjadikannya kanvas memori yang hidup melalui deretan kedai-kedai papan tradisionalnya.
Pekan Beranang Terletak di sempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan, Beranang ialah sebuah pekan kecil yang aman dengan pengaruh budaya tempatan yang kuat. Kehidupan di sini bergerak perlahan, dikelilingi oleh suasana perkampungan tradisional yang mendamaikan jiwa.
NEGERI SEMBILAN
Beberapa pekan kecil atau kawasan yang semakin sepi di Negeri Sembilan sering kali dipengaruhi oleh faktor pembinaan jalan pintas baharu, migrasi penduduk ke bandar besar, atau kemerosotan aktiviti ekonomi asal seperti perlombongan. Antaranya adalah:
(1) KOTA. Pekan Kota terletak kira-kira10 km ke selatan bandar Rembau. Keadaan pekan ini tidak banyak berubah sejak berdekad yang lalu; hanya mempunyai dua deret rumah kedai usang, sebuah balai polis, pejabat pos, dan stesen minyak Petronas. Dulu merupakan pusat awal sejarah Adat Perpatih (dikenali sebagai Gombigho).
(2) RANTAU. Pekan Rantau• Lokasi: Daerah Seremban / berhampiran Seremban dan Port Dickson.
• Keadaan: Pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah yang sibuk pada lewat 1800-an. Kini agak sepi dengan penduduk beralih kepada aktiviti pertanian dan perniagaan kecil-kecilan setelah terpinggir daripada limpahan pembangunan bandar baharu.
(3) PENGKALAN KEMPAS. Pekan Pengkalan Kempas (Linggi, Port Dickson)• Lokasi: Port Dickson.
• Keadaan: Sempat hampir menjadi "pekan mati" kerana pengguna jalan raya menggunakan jalan pintas. Namun, ia kini mula dihidupkan semula melalui inisiatif komuniti tempatan dan persatuan yang melukis mural pada bangunan-bangunan lam
MELAKA
MELAKA
Di negeri Melaka, terdapat beberapa pekan kecil atau kawasan lama yang beroperasi dalam suasana tenang, damai, dan sering kelihatan sunyi berbanding tumpuan pelancong utama di Bandaraya Melaka.
Senarai Pekan Kecil / Lama yang Sunyi & Tenang di Melaka
Pekan Jasin & Sekitarnya (Bemban, Selandar, Nyalas):• Daerah Jasin merupakan daerah paling luas di Melaka, tetapi mempunyai suasana luar bandar yang perlahan (slow travel) dan jauh daripada hiruk-pikuk pelancong.
• Di Pekan Jasin terdapat bangunan kolonial lama dari sekitar 1930-an serta bangunan bersejarah seperti Muzium Pertanian Jasin (bekas pejabat pos pertama) yang sering kelihatan sepi daripada pengunjung.
• Pekan seperti Nyalas, Bemban, dan Selandar mengekalkan imej pekan desa yang dikelilingi kehijauan dan deretan kedai lama.
Pekan Merlimau:• Terletak di laluan lama antara Melaka dan Muar. Dahulu ia merupakan simpang empat yang sangat sibuk, namun sejak pembukaan jalan pintas (bypass) sekitar 1970-an, pekan ini menjadi lebih lengang dan tenang.
Pekan Brisu (Alor Gajah):• Sebuah pekan kecil di daerah Alor Gajah yang dipenuhi deretan kedai kayu lama, memberi suasana nostalgia era 1960-an yang sunyi dan perlahan.
Batang Melaka:• Pekan kecil yang merentasi sempadan dan penuh dengan kezipan suasana kampung serta perkhidmatan kereta api yang santai dan jauh dari kesibukan kota.
KELANTAN
Keadaan di Pekan Rantau Panjang
• Hilang Pengunjung: Kawasan yang dulunya terkenal sebagai syurga membeli-belah dan zon bebas cukai kini semakin lengang walaupun pada hujung minggu.
• Peniaga Terjejas: Ramai peniaga tempatan terpaksa menutup kedai atau gulung tikar kerana kurangnya kedatangan pelancong dan pembeli.
• Faktor Penyumbang: Perubahan aliran pelancong yang memilih untuk terus melintas ke sebelah negara jiran (Golok, Thailand), nilai mata wang, serta kesan ekonomi pasca-pandemik menyumbang kepada kemerosotan aktiviti perniagaan di sini.
Adaka
JOHOR
Beberapa pekan atau bandar kecil di Johor sering digambarkan sebagai sunyi atau bertukar menjadi "pekan mati" (dead town) akibat faktor ekonomi, penghijrahan golongan muda ke bandar besar, serta penutupan atau perubahan landskap aktiviti utama:
Pekan Renggam dan Pekan Paloh di daerah Kluang sering kali digelar sebagai antara pekan sepi atau "pekan mati" yang paling ikonik di negeri Johor akibat kepesatan ekonomi luar yang membuatkan anak mudanya berhijrah. Selain itu, Pekan Panchor di Muar dan Pekan Jabi di Segamat juga terkenal dengan suasananya yang sunyi, suram, dan menyimpan seribu satu nostalgia era 80-an serta 90-an.
[Rich media excluded from paste]
Senarai Pekan Sepi dan Bersejarah di Johor
Pekan Renggam Pekan ini kerap disifatkan sebagai "pekan mati" ekoran ekonomi yang mendatar dan ketiadaan kemudahan asas moden seperti mesin ATM yang mencukupi. Suasananya sangat sunyi, dikelilingi oleh ladang-ladang kelapa sawit tua, dan dipenuhi oleh golongan warga emas selepas majoriti golongan mudanya berhijrah ke bandar besar.
Pekan Paloh Sebuah lagi pekan lama di daerah Kluang yang kelihatan seperti "pekan koboi". Sebaik sahaja waktu petang melabuhkan tirai, jalan-jalannya mula lengang dan kedai-kedai papan lama pra-merdeka di sini ditutup awal, memberikan getaran (vibe) nostalgia yang sangat sepi tetapi damai.
Pekan Panchor Terletak di pinggir Sungai Muar, pekan kecil ini dahulunya merupakan pelabuhan sungai yang sibuk dan pernah menjadi penempatan awal Kesultanan Melaka. Kini, ia bertukar menjadi destinasi memancing udang galah yang sangat tenang, sunyi, dan jauh daripada hiruk-pikuk kota.
Pekan Jabi Terkenal di kalangan penduduk tempatan Segamat sebagai tempat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak era 80-an dan 90-an. Premis perniagaan lama dan deretan kedai yang semakin berkurangan membuatkan pekan kecil ini terus diselimuti suasana suram.
Mengapa Pekan Ini Menjadi Sepi?
• Penghijrahan Belia: Ketiadaan peluang pekerjaan dan ketiadaan kilang atau institusi pendidikan tinggi menyebabkan anak-anak muda memilih untuk mencari rezeki di Johor Bahru atau Kuala Lumpur.
• Perubahan Mod Transportasi: Pembinaan lebuh raya utama menyebabkan jalan-jalan lama yang melalui pekan-pekan kecil ini tidak lagi dilalui oleh pengguna jalan raya, sekali gus menjejaskan perniagaan tempatan.
• Faktor Usia Penduduk: Kebanyakan kedai runcit dan kedai kopi di pekan-pekan ini diusahakan oleh warga emas secara sara diri, menyebabkan operasi perniagaan tamat awal sebelum waktu malam.
Renggam (Daerah Kluang)• Situasi: Sering disebut sebagai contoh pekan mati akibat ekonomi yang agak perlahan dan penghijrahan belia.
• Fabrik / Isu: Kekurangan bank, tiada mesin ATM atau mesin deposit tunai yang mencukupi, peluang pekerjaan terhad, serta kekerapan bas yang tidak efisien.
Pekan Tangkak (Pekan Lama Tangkak)• Situasi: Walaupun dahulu terkenal sebagai "syurga kain ela" dan pintu masuk ke Gunung Ledang, beberapa bahagian pekan lama mula berdepan suasana yang lebih sunyi tanpa limpahan pengunjung seperti zaman kegemilangannya.
Pekan Panchor (Muar)• Situasi: Terletak di tepi sungai dan terkenal dengan jeti serta aktiviti memancing udang galah, namun suasananya cenderung tenang dan sunyi pada hari biasa (hanya agak aktif pada hujung minggu atau waktu tertentu).
Pekan Jabi (Segamat)• Situasi: Sebuah pekan kecil dan perkampungan yang lengang serta tidak sibuk, kecuali jika ada penduduk setempat atau pelawat yang tersesat atau mempunyai urusan keluarga
PAHANG
Di Pahang, beberapa pekan dilaporkan merosot aktiviti ekonomi dan menjadi seperti "pekan mati" atau kurang membangun berbanding kawasan lain:
Pekan Chenor (Maran)
3.8(4)
Chenor, Pahang
Pekan lama ini semakin suram kerana aktiviti kebudayaan dan kerancakan pekan sehari pada hari Khamis sudah tidak semeriah dahulu.
Pekan Merapoh (Lipis)
Sublocality1
Kuala Lipis, Pahang
Directions
Dikenali sebagai pintu masuk ke Gunung Tahan, namun kurang prasarana seperti hotel, chalet, pasar raya, atau kedai serbaneka menyebabkan pelancong memilih untuk menginap di Gua Musang, Kelantan.
Pekan Ibol Tunggal, Pekan Kampung Awah, dan Pekan Tajau (Maran / Jerantut): Tiga pekan ini mengalami nasib "hidup segan mati tidak mahu" akibat pembubaran Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) sejak 25 tahun lalu, menyebabkan projek pembangunan terbengkalai dan bangunan kedai menjadi usang.
PUSING
D
dd
No comments:
Post a Comment